Você está na página 1de 12

BAB 4

ANALISIS DAN INTERPRETASI


Menurut Bhasah (2003), ujian pencapaian menukur pengetahuan, kebolehan dan kemahiran
pelajar yang menjadi fokus dalam pengajaran di kelas-kelas. Antara aspek yang boleh
diukur melalui sesuatu ujian pencapaian termasuklah ujian pencapaian akedemik, aptitude,
minat dan sikap murid-murid. Sehubungan dengan itu, penyelidik mengambil keputusan
untuk membuat analisis data sebelum intervensi, selepas intervensi, pemerhatian dan
analisis data supaya dapat mengenalpasti berbagai-bagai pencapaian para responden.

4.1

Ujian

Bagi analisis data kuantitatif hasil lembaran kerja, pengkaji akan menggunakan formula
berikut untuk mengira markah pencapaian responden dalam setiap lembaran kerja.

Bilangan soalan yang betul


=100
Jumlah soalan
Formula ini dikira dengan membahagikan bilangan soalan yang betul dengan jumlah soalan
dalam lembaran kerja dan darab dengan 100 peratus (%). Pengkaji akan menggunakan
skala gred akademik untuk menilai dan menentukan pencapaian responden bagi setiap
lembaran kerja. Panduan penentuan gred dan interpretasi ditunjukkan di dalam jadual 4.1.
Gred
A

Tahap Pencapaian
Cemerlang

Markah
85 100

Interprestasi
Menguasai kemahiran menjawab soalan penambahan

Baik

70 84

pecahan dengan cemerlang


Menguasai kemahiran menjawab soalan penambahan

Sederhana baik

60 69

pecahan dengan baik


Menguasai kemahiran menjawab soalan penambahan

Sederhana

50 59

pecahan dengan sederhana baik


Menguasai kemahiran menjawab soalan penambahan

Memuaskan

40 49

pecahan dengan sederhana


Masih dalam proses penguasaan kemahiran menjawab

Lemah

01 39

soalan penambahan pecahan


Gagal menguasai kemahiran menjawab soalan

TH

00

penambahan pecahan
Tidak hadir

Jadual 4.1 Panduan Penentu Gred (Skala Gred Sekolah Rendah Tahun 1 5)
Setelah menjalankan ujian diagnostik dan memilih 4 orang responden, penyelidik
telah menyediakan ujian pra kepada mereka. Ujian pra mengandungi 10 soalan yang

berkaitan dengan penambahan pecahan wajar. Rajah 4.1.1 menunjukkan gred keputusan
sebelum intervensi bagi para responden.

GRED KEPUTUSAN SEBELUM INTERVENSI


4
3.5
3
2.5
2
1.5
1
0.5
0

Rajah 4.1.1 Gred Keputusan Sebelum Intervensi


Rajah 4.1.1 menunjukkan keempat-empat responden mendapat gred F sebelum
mereka menerima intervensi. Ujian pra mengandungi 10 soalan yang bersesuai dengan
tahap responden, namun mereka hanya boleh satu hingga tiga soalan sahaja. Situasi
tersebut tidak sepatutnya berlaku dalam kalangan murid-murid Tahun Empat. Sebenarnya
mereka sekurang-kurangnya lulus mendapat gred E dalam ujian pra kerana soalan yang
diberikan hanya menguji kemahiran asas penambahan pecahan wajar berlainan penyebut
tanpa menguji kemahiran berfikir aras tinggi.
Selepas penyelidik mengetahui tahap penguasaan para responden, penyelidik telah
menjalankan intervensi selama tiga kali. Setiap kali menjalankan intervensi, responden
dikehendaki menggunakan kaedah petak ketingting untuk menjawab soalan yang diberi.
Setelah menjalankan intervensi, penyelidik memberikan para responden ujian pos.
Rajah 4.1.2 keputusan selepas intervensi bagi setiap responden

KEPUTUSAN SELEPAS INTERVENSI


6
5
4
3
2
1
0

Rajah 4.1.2 Gred Keputusan Selepas Intervensi


Rajah 4.1.2 menunjukkan keempat-empat orang responden lulus dalam ujian pos
selepas mereka menerima intervensi. Ujian pos mengandungi 10 soalan yang sama dengan
ujian pra dan seorang daripada mereka dapat menjawab dengan betul bagi kesemua soalan
yang diberikan manakala dua orang responden boleh menjawab lapan soalan betul dan
seorang responden boleh menjawab tujuh soalan dengan betul. Keadaan tersebut
menunjukkan mereka telah berkeupayaan untuk menjawab soalan penambahan pecahan
wajar berlainan penyebut dengan baik.
Rajah 4.1.3 menunjukkan markah perbandingan sebelum intervensi dan selepas
intervensi, markah keseluruhan bagi setiap responden adalah terus meningkat setelah tiga
kali menjalani intervensi. Peningkatan markah yang konsisten tersebut telah menunjukkan
kelempat-empat responden berkeupayaan untuk menjawab soalan yang diberi dalam masa
yang ditetapkan.

PERBANDINGAN SEBELUM DAN SELEPAS INTERVENSI

Markah Ujian

100
90
80
70
60
50
40
30
20
10
0

Sebelum Intervensi
Selepas Intervensi

Responden

Rajah 4.1.3 Perbandingan Pencapaian Sebelum dan Selepas Intervensi


Jadual 4.2 Bilangan soalan yang dijawab betul
Bi
l

Nama

Markah
Sebelum

1
2
3
4

Responden 1
Responden 2
Responden 3
Renponden 4

Intervensi
1/10
1/10
2/10
1/10

Gred

10
10
20
10

F
F
F
F

Peningkatan
Selepas
Intervensi
8/10
7/10
10/10
8/10

Gred

80
70
100
80

B
C
A
B

70
60
80
70

Jadual 4.2 menunjukkan bilangan soalan yang dijawab dengan betul bagi setiap
responden. Bagi responden ketiga terdapat peningkatan yang paling tinggi dalam kumpulan
sasaran. Responden boleh menjawab dua soalan dengan betul sebelum intervensi tetapi
setelah menjalani intervensi dia mampu menjawab semua soalan dengan betul. Responden
ini mengalami peningkatan 80 markah daripada 20 markah sebelum intervensi kepada 100
markah selepas intervensi.
Pada masa yang sama, responden pertama dan keempat menunjukkan peningkatan
drastik. Masing-masing dapat meningkatkan markahnya daripada 10 markah sebelum
intervensi kepada 80 markah selepas intervensi. Masing-masing mengalami peningkatan
sebanyak 70 markah berbanding sebelum intervensi dan selepas intervensi.

Manakala,

responden

kedua

menunjukkan

peningkatan

yang

memuaskan.

Responden kedua dapat meningkatkan markahnya daripada 10 markah sebelum intervensi


kepada 70 markah selepas intervensi. Walaupun beliau hanya meningkat 60 markah sahaja
jika dibuat perbandingan antara sebelum intervensi dan selepas intervensi, tetapi beliau
menunjukkan peningkatan yang boleh dibanggakan.
Secara kesimpulannya, semua responden dapat meningkatkan prestasi mereka
selepas intervensi. Ia dapat dilihat melalui gred keputusan ujian pra dan ujian pos.
Penyelidik dapat melihat peningkatan bagi setiap responden iaitu dari gred F dalam ujian pra
kepada gred A, B, dan C dalam ujian pos setelah mereka menerima tiga kali intervensi.

GRED KEPUTUSAN SEBELUM DAN SELEPAS INTERVENSI


4
3.5
3
2.5
Sebelum Intervensi

Selepas Intervensi

1.5
1
0.5
0

Rajah 4.1.4 Gred Keputusan Sebelum Intervensi dan Selepas Intervensi

4.2

Pemerhatian
Dalam sesi bimbingan, penyelidik juga turut melaksanakan teknik pemerhatian untuk

melihat perubahan pada para responden. Penyelidik menggunakan senarai semak


pemerhatian (Lampiran E) semasa sesi bimbingan dijalankan untuk mengenalpasti tingkah
laku para responden.
Berdasarkan

pemerhatian

penyelidik,

responden

kedua

merupakan

pelajar

perempuan yang pasif. Beliau mempunyai daya ingatan yang pendek. Justeru itu, susah
bagi beliau menambah pecahan wajar berlainan penyebut. Semasa sesi bimbingan kali

pertama dijalankan, beliau bukan sahaja tidak melibatkan diri secara aktif tetapi juga tidak
menumpukan

perhatian

kepada

penyelidik

semasa

penerangan

mengenai

cara

menggunakan kotak ketingting diberikan. Keadaan ini menyebabkan beliau kurang


berminat dengan teknik petak ketingting kerana beliau kurang jelas dengan cara
penggunaanya. Sehubungan dengan itu, beliau tidak dapat menjawab soalan yang
diberikan dengan menggunakan teknik petak ketingting dalam sesi bimbingan yang
pertama.
Walau bagaimanapun, keadaan ini telah dibuat penambahbaikan semasa sesi
bimbingan kali kedua dijalankan. Setelah penyelidik mengulangi beberapa kali cara melukis
petak ketingting, beliau menganggap petak ketingting sebagai sebuah robot. Secara tidak
langsung ia dapat menarik minat dan beliau melibatkan diri secara aktif. Dalam sesi
bimbingan tersebut, beliau boleh menjawab soalan yang diberikan dengan menggunakan
teknik petak ketingting walaupun tidak mampu menjawab semua soalan dengan betul.
Responden pertama dan keempat merupakan murid-murid PROTIM matematik.
Mereka berdua agak pasif, pendiam dan tidak suka bertanya walaupun mereka menghadapi
masalah dalam pembelajaran. Oleh sebab itu, penyelidik perlu menginteprestasi tingkahlaku
bukan lisan seperti mimik muka, isyarat tangan dan kedudukan badan mereka untuk
mengetahui pemikiran dalam hati mereka semasa sesi bimbingan dijalankan.
Semasa sesi bimbingan kali pertama dijalankan, kedua-dua responden tersebut
dapat memberikan kerjasama kepada penyelidik. Mereka mematuhi peraturan dan mengikut
peraturan yang diberikan oleh penyelidik. Oleh itu, mereka boleh menjawab soalan yang
diberikan dengan teknik petak ketingting dan boleh menumpukan sepenuh perhatian
semasa intervensi diberikan.
Walaupun mereka mengetahui cara menggunakan petak ketingting, tetapi mereka
memerlukan bimbingan kerana mereka mempunyai keupayaan daya ingatan pembelajaran
yang lemah. Kadangkala mereka silap menulis hasil darab pada petak ketingting
menyebabkan jawapan yang dihasilkan salah. Selepas mereka menjalani tiga kali intervensi,
mereka boleh menguasai teknik petak ketingting dan mahir dalam penggunaanya. Oleh itu,
mereka juga boleh menjawab dengan betul beberapa soalan yang diberikan.
Bagi responden ketiga, beliau merupakan pelajar yang bersifat ingin tahu. Oleh yang
demikian, beliau suka mencuba sesuatu yang baru. Apabila beliau diperkenalkan dengan
teknik petak ketingting, beliau berasa seronok dan asyik bertanya cara menggunakan
petak ketingting. Selepas penyelidik menerangkan cara menggunakannya mereka mula
membuat kerja tanpa menunggu. Dalam sisi bimbingan kali pertama, beliau memang

bersifat aktif untuk menjawab soalan yang diberikan. Oleh kerana responden menguasai sifir
dengan baik maka, beliau boleh menggunakan teknik petak ketingting untuk menjawab
soalan yang diberikan dari sesi bimbingan kali pertama sehingga bimbingan kali ketiga.
Dalam sesi bimbingan, beliau juga kelihatan yakin.
Secara keseluruhan, setiap responden menunjukkan minat pada teknik petek
ketingting apabila mereka mengetahui cara penggunaanya. Selain itu, mereka juga berasa
seronok dan menganggap petek ketingting sebagai sebuah robot. Oleh itu, mereka lebih
fokus semasa intervensi dijalankan. Sepanjang tempoh intervensi, mereka menjadi lebih
aktif dan menunjukkan sifat berusaha untuk menjawab dengan lebih berkesan.
Dengan menggunakan teknik petek ketingting, kefahaman responden lebih senang
dibina dan dapat mengukuhkan ingatan dalam minda mereka. Walaupun bukan semua
responden dapat menjawab kesemua soalan yang diberi dengan betul pada sesi bimbingan
kali pertama, tetapi berlaku peningkatan drastik pada bimbingan sesi terakhir. Situasi
tersebut dapat membuktikan faedah yang dibawa oleh teknik petak ketingting kepada para
responden. Secara tidak langsung, mereka lebih aktif dan berminat pada mata pelalajaran
metamatik pada akhirnya.

4.3 Analisis Data


Setelah pengkaji mengumpul dokumen yang dibuat oleh responden, pengkaji telah
membuat analisa yang jelas dalam bentuk jadual. Tujuan pengkaji menganalisis hasil kerja
murid adalah untuk membanding beza perkembangan responden terhadap tajuk
penambahan pecahan wajar berlainan penyebut. Hasil analisis dokumen, dapat membantu
pengkaji menilai kesesuaian teknik petak ketingting dalam membantu murid menguasai
kemahiran yang diajar.
Dalam proses menganalisis hasil lembaran kerja responden, pengkaji telah
mendapati beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh empat orang murid semasa
menambah pecahan wajar berlainan penyebut. Pengkaji telah meringkaskan kesilapan
dalam bentuk jadual untuk memudahkan pengkaji lebih menumpukan perhatian terhadap
masalah kesilapan yang sering dihadapi oleh responden.

Jadual 4.3.1 Kesilapan murid dalam menyelesaikan masalah tambah pecahan wajar
berlainan penyebut.

Kesilapan
Tidak memahami prosedur untuk menyelesaikan

penambahan pecahan wajar berlainan penyebut


Tidak memahami prosedur untuk menyelesaikan
penambahan pecahan wajar berlainan penyebut

dan memudahkan pecahan


Cuai dalam melakukan

prosedur

R1

R2

R3

R4

Jumlah

operasi

penambahan pecahan wajar berlainan penyebut

dan memudahkan pecahan

Berdasarkan kepada jadual 4.3.1 responden kedua telah melakukan tiga kesilapan
semasa menambah pecahan wajar. Kesilapan ini telah menyebabkan responden tidak dapat
memberi jawapan yang betul semasa membuat latihan. Manakala responden pertama dan
keempat, telah melakukan dua kesilapan iaitu penambahan pecahan wajar serta
memudahkan pecahan dan cuai ketika melakukan prosedur penambahan pecahan wajar.
Ingin menjawab soalan dengan cepat tanpa membuat semak semula adalah sebab
kesemua responden cuai semasa membuat proses penambahan.

Jadual 4.3.2 Hasil peningkatan menjawab soalan lembaran kerja

Responden
1
2
3
4

Jumlah Bilangan Soalan Yang Dijawab Dengan Betul


Lembaran Kerja
Lembaran Kerja
1
2/10
1/10
3/10
2/10

2
5/10
4/10
6/10
5/10

Lembaran Kerja
3
10/10
7/10
10/10
10/10

Daripada jadual 4.3.2, pengkaji mendapati setiap responden menunjukkan


peningkatan dalam penguasaan penambahan pecahan wajar berlainan penyebut. Setelah
teknik petak ketingting diperkenalkan, setiap peserta telah menunjukkan minat untuk
belajar penambahan pecahan wajar. Lembaran kerja pertama dibuat selepas intervensi
pertama dilaksanakan. Untuk menambah kefahaman murid, intervensi kedua dilaksanakan.
Seterusnya responden membuat latihan dalam lembaran kerja kedua. Peningkatan purata
sebanyak 30% boleh dilihat dalam hasil lembaran kerja kedua responden. Oleh itu, teknik

petak ketingting dapat membantu murid menguasai penambahan pecahan wajar dengan
baik.
Intervensi ketiga dilaksanakan untuk mengukuhkan ingatan responden. Peningkatan
penguasaan murid dapat dilihat dalam lembaran kerja tiga. Dalam lembaran kerja ketiga,
responden pertama, ketiga dan keempat boleh menjawab semua soalan dengan betul.
Manakala responden kedua hanya menjawab tujuh daripada sepuluh soalan kerana cuai
dalam menambah.
Pengkaji dapat merumuskan bahawa keempat-empat orang responden berjaya
menguasai kefahaman konsep penambahan pecahan wajar. Peningkatan responden jelas
dapat dilihat dalam lembaran kerja ketiga. Hasil tersebut menunjukkan bahawa keempatempat orang responden mampu menguasai konsep penambahan pecahan wajar dengan
baik

BAB 5

KESIMPULAN DAN RUMUSAN

5.1

Kesimpulan dan refleksi


Dalam kajian tindakan ini, penyelidik berfokus kepada penguasaan topik tambah

pecahan wajar dalam kalangan murid tahun 4. Objektif kajian ini adalah untuk membantu
murid-murid menguasai kemahiran asas tambah pecahan wajar berlainan penyebut
menggunakan kaedah petak ketingting.
Secara keseluruhannya, objektif kajian ini boleh dikatakan telah tercapai. Kaedah
petak ketingting telah mencapai ketiga-tiga objektif yang ditentukan iaitu menguji
keberkesanan kaedah petak ketingting dalam menyelesaikan masalah penambahan
pecahan wajar berlainan penyebut serta mengenal pasti kesilapan prosedur yang dilakukan
oleh murid dalam melakukan operasi tambah pecahan wajar berlainan penyebut dalam
bentuk termudah dan meningkatkan tahap penguasaan murid-murid dalam memahami
prosedur untuk menyelesaikan masalah tambah pecahan wajar dalam bentuk termudah.
Instrumen seperti perbandingan sebelum dan selepas intervensi serta hasil analisis
pemerhatian telah membuktikan bahawa kaedah tersebut adalah berkesan bagi murid-murid
Tahun Empat. Pencapaian sebelum intervensi untuk kumpulan sasaran telah meningkat
selepas intervensi dijalankan. Gred keputusan menunjukkan keempat-empat responden
telah meningkat daripada Gred F kepada Gred A, B dan C setelah menerima intervensi
sebanyak tiga kali. Pada akhirnya, mereka berupaya lulus semasa menjawab ujian.
Selain itu, penyelidik juga dapat memerhati perubahan kumpulan sasaran sepanjang
intervensi diberikan. Sebelum petak ketingting diperkenalkan, mereka tidak berminat pada
mata pelajaran Matematik. Oleh itu, mereka belum bersedia untuk menerima ilmu
pengetahuan yang disampaikan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Keadaan ini punca utama mereka tidak dapat membuat operasi tambah pecahan
wajar berlainan penyebut.
Ekoran dari itu, penyelidik memperkenalkan petak ketingting kepada kumpulan
sasaran dan menggalakkan mereka mempraktikkannya apabila menjawab soalan yang
melibatkan operasi tambah pecahan wajar. Dengan ini, dapat membantu menyelesaikan
masalah tambah pecahan wajar yang mereka hadapi sekarang. Oleh yang demikian,
mereka bersemangat untuk menggunakannya.

Secara keseluruhannya, penggunaan petak ketingting telah dapat membantu murid


lemah Tahun Empat dalam kemahiran menambah dua pecahan wajar dengan penyebut
yang berbeza sehingga 10. Sesi intervensi yang telah dilaksanakan telah berjaya membantu
responden menguasai kemahiran menambah pecahan. Hal ini adalah kerana pengkaji telah
mengaplikasikan pembelajaran bermula daripada peringkat konkrit, piktorial dan seterusnya
kepada peringkat abstrak di mana menurut Sousa (2007) hasil yang optimum akan dapat
dicapai sekiranya pendekatan konkrit, piktirial dan abstrak digunakan dalam Matematik.
Selain itu, pengkaji mendapati penggunaan petak ketingting yang terdiri daripada
bentuk segiempat sama, bulatan dan separa bulatan itu sendiri telah membantu responden
mengingati alogoritma dengan mudah sebagai salah satu cara alternatif. Tambahan pula,
penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang menggunakan pendekatan bentuk
permainan dan warna yang digunakan telah dapat menarik minat murid untuk mempelajari
Matematik. Hal ini disokong A.Zanzali 2010) yang mengatakan bahawa penggunaan BBM
dapat meningkatkan kefahaman dan menarik perhatian pelajar untuk lebih fokus dan
memahami konsep yang diajar.
Kajian tindakan ini telah dapat meningkatkan tahap profesionalisme pengkaji, di
mana melalui kajian tindakan ini pengkaji telah menyedari akan kepentingan seseorang guru
itu menyiasat dan mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh murid dalam sesuatu
pembelajaran serta menambah baik amalan dalam proses PdP. Disamping itu, kajian
tindakan ini telah memberi peluang kepada pengkaji untuk menjana idea yang kreatif dan
efetif untuk digunakan dalam pedagogi dengan membuat analisis serta rujukan ilmiah di
mana hal ini selaras dengan hasrat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (20132025) yang ingin membentuk guru yang kreatif dan inovatif dalam menghasilkan
pembelajaran yang berkualiti.
Kesimpulannya, dapatan yang diperolehi telah membuktikan keberkesanan kaedah
petak ketingting iaitu dapat membantu responden Tahun Empat menguasai kemahiran
menambah dua pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza sehingga 10 secara
berkesan.

5.2

Cadangan Kajian Seterusnya


Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian telah membuktikan keberkesanan

kaedah petak ketingting ini merupakan suatu kaedah yang mudah dan menarik di mana
murid hanya perlu mengingat bentuk petak ketingting yang dilukis bagi menyamakan

penyebut dan melakukan operasi penambahan pecahan. Tambahan pula, kaedah ini dapat
meminimakan kesilapan murid di mana kebarangkalian untuk murid cuai dalam algoritma
adalah rendah.
Namun begitu, kajian ini terbatas kepada penambahan dua pecahan wajar sahaja
serta memerlukan inovasi lain untuk menerangkan konsep pecahan dalam konteks
kehidupan

sebenar.

Sebagai

penambahbaikan,

pengkaji

mencadangkan

untuk

mengaplikasikan kaedah petak ketingting ini dalam perisian ICT untuk mewujudkan
suasana interaktif serta mengembangkan penggunaan kaedah ini dalam topik penambahan
dan penolakan nombor bercampur. Tentunya, murid-murid perlulah diajar dan didedahkan
dengan suatu teknik yang dapat membantu mereka menyelesaikan sesuatu masalah
dengan cara yang mudah diingati.

Você também pode gostar