Você está na página 1de 2

Artikel

Langkah Mengukuhkan Perpaduan Dalam Kalangan Rakyat Malaysia


September 15th, 2014
Setiap tahun menjelang sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan, rakyat Malaysia tidak
asing lagi dengan tema sambutan yang silih berganti. Jika slogan tersebut dibaca dan
diteliti, ia akan membawa satu mesej yang sama iaitu kepentingan masyarakat berbilang
kaum, budaya dan agama di negara ini agar hidup bersatu-padu, saling menghormati
antara satu sama lain serta saling membantu sesama jiran tetangga.
Perpaduan yang kuat dan kukuh antara rakyat mampu menjana kejayaan dan
kecemerlangan bagi kesejahteraan serta kemakmuran negara. Oleh yang demikian,
perpaduan dan keharmonian adalah elemen yang sangat penting dalam mengekalkan
keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tanpa perpaduan, nescaya
kemerdekaan dan kedaulatan negara yang telah diperoleh sejak sekian lama akan
hilang dalam sekelip mata. Persoalannya, bagaimanakah kita dapat mengukuhkan
perpaduan kaum di negara ini?
Sebagai langkah pertama dalam membentuk perpaduan, rakyat haruslah bergaul dan
memupuk persefahaman antara kaum. Dalam keadaan tersebut, ibu bapa perlulah
sentiasa menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Bak
kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya.
Anak-anak digalakkan berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa dan ibu bapa
juga disarankan membawa anak-anak mereka mengunjungi rumah jiran semasa hari
lebaran atau perayaan. Dengan cara itu, ibu bapa dapat menjadi suri teladan kepada
anak-anak dan membolehkan mereka menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia
yang terdiri daripada pelbagai jenis kaum dan etnik.
Selain itu, ibu bapa juga boleh berkomunikasi dengan anak-anak dalam pelbagai
bahasa, misalnya bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, dan bahasa-bahasa ibunda.
Apabila golongan muda menguasai pelbagai bahasa, mereka dapat berkomunikasi
dengan rakan yang berlainan bangsa dengan mudah. Pokoknya, nilai-nilai perpaduan
dan permuafakatan hendaklah didedahkan kepada generasi muda sejak awal lagi agar
jiwa perpaduan dalam diri mereka dapat berkembang dengan sempurna.
Seterusnya, institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan semangat
bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Antara langkah yang dapat

diambil adalah dengan memberikan kerja-kerja berkumpulan. Dalam konteks ini, guruguru hendaklah membahagikan pelajar secara berkumpulan dalam melaksanakan
projek-projek sekolah, seperti kajian sains, persembahan, dan sambutan-sambutan
majlis di sekolah.
Guru-guru juga haruslah membahagikan kedudukan pelajar dengan sempurna untuk
menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan
bukannya sesama satu kaum sahaja. Dalam proses menjayakan inisiatif-inisiatif
tersebut, guru tidak boleh mencetuskan isu-isu sensitif semasa mengajar, misalnya
dengan mengagung-agungkan warisan budaya sendiri dan mengejek budaya kaum lain.
Pendek kata, pelajar-pelajar dan guru-guru perlulah bekerjasama demi menzahirkan
semangat perpaduan di peringkat sekolah.
Di samping itu, golongan pelajar perlulah belajar dan menghayati sejarah negara agar
dapat memahami erti perpaduan negara. Sebagai satu daripada langkah untuk
mewujudkan permuafakatan bangsa, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewajibkan
pelajar-pelajar agar lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) mulai tahun 2013.
Langkah tersebut diharapkan dapat menyedarkan anak-anak bangsa tentang akibat
kurangnya perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat. Mengetahui dan memahami
peristiwa yang berlaku dalam sejarah negara seperti tragedi berdarah 13 Mei 1969,
sudah tentu golongan muda dan belia akan lebih menghargai perpaduan dan
keharmonian yang dikecapi selama ini. Pemahaman rakyat Malaysia tentang sejarah
tanah air dapat menyemai semangat perpaduan dalam diri mereka.
Pada masa yang sama, rakyat Malaysia hendaklah menghindari sebarang tindakan
yang boleh mencetuskan provokasi kaum. Walaupun rakyat diberi hak kebebasan
bersuara, mereka haruslah tidak mengambil kesempatan dengan mencetuskan isu-isu
sensitif dan kontroversi yang dapat merosakkan rasa muhibah dan perpaduan.
Masyarakat setempat juga boleh memainkan peranan dalam mengukuhkan perpaduan
kaum di negara ini melalui penganjuran aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong,
Program Rukun Tetangga, dan kempen Bulan Kemerdekaan untuk mengeratkan
hubungan antara masyarakat pelbagai kaum. Aktiviti-aktiviti seperti ini mampu menjamin
kesejahteraan hidup warga setempat, dengan membuka ruang dan peluang komunikasi
antara jiran tetangga berlainan bangsa.

Você também pode gostar