Você está na página 1de 10

PENGENALAN

Tauhid secara bahasa arab merupakan bentuk masdar dari fiil wahhada-yuwahhidu (dengan
huruf ha di tasydid), yang ertinya menjadikan sesuatu satu saja. Syaikh Muhammad bin Shalih
Al Utsaimin berkata: Makna ini tidak tepat kecuali diikuti dengan penafian. Iaitu menafikan
segala sesuatu selain sesuatu yang kita jadikan satu saja, kemudian baru menetapkannya
(Syarh Tsalatsatil Ushul, 39).
Secara istilah syari, makna tauhid adalah menjadikan Allah sebagai satu-satunya sesembahan
yang benar dengan segala kekhususannya (Syarh Tsalatsatil Ushul, 39). Dari makna ini
sesungguhnya dapat dipahami bahwa banyak hal yang dijadikan sesembahan oleh manusia,
bisa jadi berupa Malaikat, para Nabi, orang-orang shalih atau bahkan makhluk Allah yang
lain, namun seorang yang bertauhid hanya menjadikan Allah sebagai satu-satunya
sesembahan saja.
Pembagian Tauhid

Dari hasil pengkajian terhadap dalil-dalil tauhid yang dilakukan para ulama sejak dahulu
hingga sekarang, mereka menyimpulkan bahwa ada tauhid terbagi menjadi tiga: Tauhid
Rububiyah, Tauhid Uluhiyah dan Tauhid Al Asma Was Shifat.
Pentingnya mempelajari tauhid

PENGERTIAN TAUHID ULUHIYYAH

Perkataan Uluhiyyah diambil daripada perkataan Al-Ilah ( ) maksudnya ialah yang


disembah ( ) . Oleh kerana itu tauhid Uluhiyyah dinamakan juga dengan tauhid ibadah.
Dari segi istilah agama tauhid Uluhiyyah bermakna keyakinan kita bahawa hanya Allah yang
berhak disembah dan dia tidak boleh disekutukan dengan apa pun juga. Tauhid ini juga yang
membezakan antara orang muslim dengan orang musyrik. Walaupun orang Yahudi menyakini
bahawa Allah yang mencipta, menghidup dan mematikan makhluk namun mereka tidak
bergelar muslim kerana penyekutuan yang mereka lakukan.
Ibnu Taimiyah menyatakan bahawa Tauhid inilah yang membezakan orang yang bertauhid
murni dengan orang musyrik. Barangsiapa yang tidak memenuhi kriteria tauhid Uluhiyyah
maka ia masih terikat ke dalam kemusyrikan.
Tauhid Uluhiyyah merupakan natijah yang tabii dan semestinya dari tauhid Rububiyyah.
Pengakuan hanya dengan Tauhid Rububiyyah tidak diakui oleh Islam, kerana tauhid ini juga
yang diakui oleh iblis dan golongan kafir. Apabila adanya pengakuan dengan tauhid
Uluhiyyah maka semestinya mengandungi pengakuan pada tauhid Rububiyyah, dan keduadua tauhid ini diakui selagi mana ia mengakui dengan sebenarnya tauhid Zat, Asma, Sifat.
Menurut Ismail Omar pula (1999) pula, tauhid uluhiyyah ialah menegaskan Allah SWT
dalam segala jenis ibadat. Sesungguhnya kita hanya perlu mengabdikan diri kepada Allah
SWT dalam segala jenis ibadat.

KESIMPULAN
Banyak orang yang mengaku Islam. Namun jika kita tanyakan kepada mereka, apa itu tauhid,
bagaimana tauhid yang benar, maka sedikit sekali orang yang dapat menjawabnya. Sungguh
ironis melihat realita orang-orang yang mengidolakan artis-artis atau pemain sepak bola saja
begitu hafal dengan nama, hobi, alamat, sifat, bahkan keadaan mereka sehari-hari. Di sisi lain
seseorang mengaku menyembah Allah namun ia tidak mengenal Allah yang disembahnya. Ia
tidak tahu bagaimana sifat-sifat Allah, tidak tahu nama-nama Allah, tidak mengetahui apa
hak-hak Allah yang wajib dipenuhinya. Yang akibatnya, ia tidak mentauhidkan Allah dengan
benar dan terjerumus dalam perbuatan syirik. Waliyydzubillah. Maka sangat penting dan
urgen bagi setiap muslim mempelajari tauhid yang benar, bahkan inilah ilmu yang paling
utama. Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin berkata: Sesungguhnya ilmu tauhid
adalah ilmu yang paling mulia dan paling agung kedudukannya. Setiap muslim wajib
mempelajari, mengetahui, dan memahami ilmu tersebut, karena merupakan ilmu tentang
Allah Subhanahu wa Taala, tentang nama-nama-Nya, sifat-sifat-Nya, dan hak-hak-Nya atas
hamba-Nya (Syarh Ushulil Iman, 4).

Larangan Penggunaan Kalimah ALLAH bagi Bahan Penerbitan Kristian: Suatu Prinsip
Islam dalam Memelihara Aqidah Umat Islam

Pada prinsip ajaran Islam, kita telah kemukakan sebelum ini di mana secara jelas Islam tidak
mengakui konsep Triniti yang dipegang oleh orang-orang Kristian dan menafikannya daripada
sifat kesempurnaan ALLAH s.w.t.. Ini menunjukkan betapa Islam menitik beratkan tentang
kemurnian aqidah Islam daripada kesesatan triniti tersebut. Ini secara tidak langsung juga
menunjukkan betapa Islam melarang sebarang bentuk pencemaran terhadap konsep ketuhanan
ALLAH dalam aqidah murni umat Islam termasuklah mencemarkan konsep tauhid dalam bab
ketuhanan dengan idea triniti.

Dalam Surah An-Nisa ayat ke-171 dan Surah Al-Maidah ayat ke-73 secara jelas menolak
konsep trinit yang cuba dinisbahkan kepada ALLAH. Ini secara tidak langsung menunjukkan
Islam juga menolak sebarang usaha untuk menggunakan kalimah ALLAH yang pada asalnya
merujuk kepada TUHAN yang MAHA ESA kepada suatu tuhan versi triniti.

Kalimah ALLAH perlu merujuk kepada Tuhan yang sama sebagaimana yang diimani oleh
orang-orang Islam sedangkan penggunaan kalimah ALLAH dalam kalangan orang-orang Kristian
merujuk kepada tuhan lain yang bersifat triniti, bukan keesaan. Ini tertolak sama sekali.

Adapun penggunaan Al-Quran dalam menggambarkan sesetengah pihak mempersekutukan


ALLAH dengan menjadikan tuhan-tuhan lain selain Allah bukan menunjukkan ianya suatu
galakan kepada menggunakan kalimah ALLAH bagi agama-agama lain, tetapi ianya sebagai
suatu penolakan terhadap ajaran syirik agama-agama lain yang mana sebahagian daripadanya
telah menggunakan kalimah ALLAH bagi merujuk kepada tuhan dengan konsep yang salah,
sebelum kedatangan Islam lagi, terutamanya dalam kalangan orang-orang musyrikin Arab
dan Ahlul-Kitab yang hidup di tanah Arab.

Ia sebenarnya kembali kepada penggunaan istilah ALLAH dalam konteks bahasa Arab yang
mana sebahagian daripada ahli ilmu bahasa Arab mengatakan bahawasanya ALLAH adalah kata
nama daripada Illah yang bermaksud tuhan yang disembah sebagaimana yang diriwayatkan oleh
Al-Munziri daripada Ibi Al-Haitham yang disebut dalam kitab Lisan Al-Arab. Jadi, penggunaan
kalimah Allah dalam bahasa Arab boleh merujuk kepada maksud tuhan yang disembah secara
mutlak (mabud) menurut sebahagian ahli bahasa walaupun kata Allah khusus merujuk kepada
Allah s.w.t. sahaja di sisi majoriti ahli bahasa. Maka, dengan keluasan bahasa Arab inilah, AhlulKitab yang tinggal dalam masyarakat Arab juga menggunakan kalimah Allah bagi merujuk
kepada tuhan-tuhan sembahan mereka.

Oleh kerana itu juga, sebahagian ulama masih lagi memberi ruang kepada penggunaan kalimah
ALLAH bagi orang-orang Kristian Arab khususnya kerana ianya secara adatnya sudah dimaklumi
secara umum bahawasanya ALLAH yang dimaksudkan oleh orang Kristian Arab berbeza dengan
ALLAH yang dimaksudkan oleh orang-orang Islam. Ini kerana, salah guna istilah ALLAH itu
berlaku sejak sebelum kedatangan Islam lagi di mana orang-orang musryikin tetap turut
mengakui menyembah ALLAH namun mereka menjadikan tuhan-tuhan lain sebagai perantaraan
antara mereka dengan ALLAH menurut mereka. Ahlul-Kitab di dunia arab yang hidup dalam
masyarakat Arab tersebut sudah terbiasa menggunakan kalimah Allah sebagai merujuk kepada
tuhan mereka walaupun disaluti fahaman yang batil.

Maka, toleransi dalam dunia Arab-Islam hanyalah kerana latar belakang sejarah yang sudah
sekian lama malah tidak lagi membawa kekeliruan kepada orang-orang Islam di Arab. Ini kerana,
biarpun Islam tidak mengiktiraf konsep ketuhanan triniti Kristian tersebut, namun tidak ada
dalil qatie melarang orang-orang Kristian khususnya Arab yang sudah terbiasa dengan kalimah
Allah, menggunakan kalimah tersebut berdasarkan keluasan ilmu bahasa Arab itu sendiri. Dari
sinilah timbulnya toleransi dalam masyarakat Arab dengan orang-orang Kristian Arab. Namun,
dalam masa yang sama, tidak dinafikan adanya seruan agar mereka berhenti daripada
memperkatakan bahawa Allah itu salah satu daripada tuhan triniti. Seruan yang sebegitu juga
boleh dijadikan hujah bagi melarang penggunaan kalimah Allah bagi orang-orang Kristian secara
tidak langsung.

Apa yang menghairankan, ada usaha pihak-pihak Kristian yang menggunakan bahasa selain
bahasa Arab dalam penulisan-penulisan mereka, sibuk juga menggunakan kalimah ALLAH bagi
merujuk kepada tuhan mereka sedangkan pada dasarnya ia menyalahi prinsip Islam dan
menyalahi kepercayaan mereka sendiri kerana tuhan mereka bukanlah ALLAH sebagaimana
yang disembah oleh orang-orang Islam.

Kalau mereka pun menyembah tuhan dengan konsep ketuhanan triniti, namun masih mengaku
tuhan yang mereka sembah adalah ALLAH, maka mereka secara tidak langsung mendakwa
berpegang kepada kalimah bahagian pertama daripada syahadah iaitu La ilaha illaLlah (yang
Tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan ALLAH), kerana mereka juga mendakwa tidak
menyembah melainkan Allah tetapi dalam bentuk kepercayaan mereka yang sesat (yakni, triniti).
Sedangkan menurut ajaran Islam, hanya orang-orang Islam sahaja yang berpegang dengan
kalimah syahadah.

Oleh yang demikian, majoriti ulama Islam menegaskan bahawasanya lafaz ALLAH adalah suatu
nama yang khas yang tidak terbit dari mana-mana kata terbitan yang mana ianya suatu nama

khusus bagi zat TUHAN yang MAHA ESA. Konsep keesaan Tuhan itu adalah intipati utama bagi
kalimah ALLAH itu sendiri.

Konsep ketuhanan triniti bagi orang-orang Kristian jelas tidak merujuk kepada konsep tauhid yang
menjadi inti bagi konsep ketuhanan di sebalik nama ALLAH itu sendiri. Jadi, tidak selayaknya
kalimah ALLAH digunakan oleh orang-orang Kristian merujuk kepada tuhan mereka yang tidak
bersifat keesaan.

Kalau mereka mahu kekalkan penggunaan bahasa asal bible, samada


dalam Hebrew atau Greek, maka mereka boleh memanggil tuhan mereka
sebagai Elohim, El, Yahweh, Jehovah atau Ho Theos. Mengapa perlu menggunakan kalimah
Allah sedangkan ianya bukan bertujuan untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Arab.
Kalau penterjemahan perkataan tuhan kepada bahasa Arab, maka ada ruang kepada
menterjemahkannya kepada Allah jika memilih pendapat sebahagian ahli bahasa Arab di mana
Allah itu adalah terbitan dari kata Ilah yang bermaksud tuhan (riwayat Ibn Haitham dalam Lisan
al-Arab).

Namun, jika ingin terjemahkan god kepada bahasa Melayu, atau bahasa Inggeris, tidak pernah
membawa kepada kalimah Allah kerana dalam penggunaan bahasa Melayu, kalimah Allah
merujuk kepada kata nama khusus bagi Tuhan yang Maha Esa, iaitulah Tuhan yang disembah
oleh orang-orang Islam sahaja, bukan tuhan dalam bentuk umum.

[rujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua. Boleh didapati secara online


dihttp://prpm.dbp.gov.my/carian.aspx?cari=Allah&domain=PRPM ]

Larangan penggunaan kalimah ALLAH kepada agama-agama lain (termasuklah kepada agama
Kristian) selain agama Islam di Malaysia adalah suatu dasar yang menepati maqosid
syariayyah Islam yang menjaga agama masyarakat Islam daripada kekeliruan itu sendiri. Ia juga
merupakan suatu dasar yang menutup ruang fitnah yang lebih besar. Ia juga dalam rangka untuk
mempertahankan Perkara 11 (4) yang bertujuan menjaga aqidah umat Islam yang awam
khususnya daripada kepercayaan-kepercayaan agama lain.

Oleh yang demikian, pelbagai kaedah-kaedah fiqhiyyah yang sesuai digunakan dalam larangan
penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang bukan Islam seperti kaedah Sad Az-Zariah dan
sebagainya. Bahkan, sejak fatwa umum di Malaysia atau di negeri-negeri tertentu melarangnya,

ianya sepatutnya sudah selesai, kerana keputusan hukum pemerintah itu mengangkat
perselisihan.

Kesimpulan: Asas-asas Umum Larangan Penggunaan Kalimah Allah bagi Orang-orang


Kristian

Orang-orang bukan Islam samada dari kalangan orang-orang Kristian khususnya atau selainnya,
perlu menghormati prinsip ajaran Islam dan maslahat umat Islam di Malaysia khususnya
berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan itu sendiri. Pedirian bahawasanya kalimah
ALLAH tidak boleh digunakan bagi merujuk kepada konsep ketuhanan selain daripada aqidah
Islam adalah merujuk kepada beberapa asas:

Pertama: Nas-nas daripada Al-Quran dan hadith menunjukkan konsep kemurnian aqidah Islam
yang menolak sebarang pencemaran bagi konsep ketuhanan ALLAH s.w.t. yang berpaksikan
aqidah tauhid. Oleh yang demikian, kalimah ALLAH yang merujuk kepada tuhan yang
berpaksikan trinit dan sebagainya yang sesat adalah menyalahi prinsip ajaran aqidah Islam yang
murni itu sendiri. Dalil-dalil yang menolaknya adalah seperti surah Al-Ikhlas, Surah An-Nisa ayat
ke-171, Surah Al-Maidah ayat ke-73 dan sebagainya.

Kedua: Ia bercanggah dengan kemurnian konsep kalimah syahadah yang menunjukkan hanya
orang-orang Islam sahaja yang menyembah ALLAH s.w.t.. Maka, kalaulah orang-orang Kristian
pun menyembah ALLAH dengan konsep triniti, maka mereka juga mendakwa tidak menyembah
melainkan ALLAH tetapi Allah yang bersifat triniti. Hal ini justeru menafikan pengkhususan
kepada orang-orang Islam dalam berpegang dengan kalimah syahadah (La ilaha illaLlah). Maka,
ia suatu yang tertolak dari sudut kemurnian kalimah syahadah ajaran Islam itu sendiri.

Ketiga: Ia boleh membawa kepada kekeliruan kepada masyarakat awam Islam khususnya
di Malaysia. Ia boleh menimbulkan prasangka seolah-olah tuhan yang disembah oleh orangorang Kristian adalah sama dengan Tuhan yang disembah oleh orang-orang Islam. Ini membuka
pintu kepada murtad yang dicela oleh Islam itu sendiri. Berdasarkan peruntukan Perkara 11 (4),
adalah wajar larangan kalimah ALLAH digunakan bagi orang-orang kafir atau bukan Islam. Ia
demi menjaga maslahat umat Islam itu sendiri.

Daripada inilah, ada kaedah-kaedah tertentu dalam qawaid fiqhiyyah untuk mencegah
kemudaratan yang lebih besar dan fitnah yang lebih bahaya dalam masyarakat Islam, maka

larangan menggunakan kalimah Allah kepada orang-orang Kristian di Malaysia khususnya boleh
digunakan.

Keempat: Orang-orang Krisitian di Malaysia khususnya juga tidak mempunyai sebab yang kuat
untuk menggunakan kalimah ALLAH bagi merujuk kepada tuhan mereka kerana penggunaan
istilah ALLAH di Malaysia (penggunaannya secara adat dan dari sudut bahasa Melayu itu sendiri)
khusus merujuk kepada Tuhan orang-orang Islam sahaja. Malah, mereka (orang-orang Kristian)
juga tidak menulis tulisan mereka dalam bahasa Arab sehingga perlu menggunakan kalimah
ALLAH bagi merujuk perkataan tuhan atau god. Mengapa mereka tidak menggunakan
perkataan tuhan, untuk menterjemahkan kalimah tuhan yang mereka gunakan, kerana god dalam
bahasa Melayu adalah tuhan. Bahkan, mereka boleh gunakan nama-nama yang lebih dekat
dengan tradisi Bible sepertielohim (bahasa Ibrani), yahweh dan sebagainya yang sering
digunakan oleh mereka sebelum ini.

Kelima: Larangan penggunaan kalimah ALLAH bagi orang-orang bukan Islam bagi merujuk
kepada tuhan-tuhan mereka adalah suatu yang wajar di Malaysia khususnya, kerana Malaysia
adalah negara yang meletakkan Islam sebagai agama negara, sedangkan Islam pula menolak
konsep pencemaran terhadap kemurnian aqidah Islam termasuklah penggunaan kalimah ALLAH
bagi orang-orang bukan Islam. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan [Perkara 3 (1) dan
Perkara 11 (4)], pendirian larangan tersebut adalah wajar kerana prinsip ajaran Islam tidak boleh
dihalang oleh kebebasan beragama dengan agama-agama lain. Sebarang usaha atau amalan
oleh penganut-penganut agama lain yang boleh membawa kepada mencemarkan prinsip dan roh
agama Islam adalah ditolak kerana konsep kebebasan itu sendiri tidak boleh menjangkau kepada
hak-hak pihak lain. Adapun penggunaan kalimah ALLAH bagi orang-orang bukan Islam dalam
penulisan dan penerbitan khususnya, sudah menjangkau daripada sempadannya kerana ianya
mencemarkan kemurnian ajaran agama Islam yang merupakan agama Persekutuan dalam
konteks di Malaysia.

Orang-orang Kristian khususnya, jika berpegang teguh dengan ajaran mereka, pasti mereka akan
menghormati kedudukan tinggi agama Islam di negara ini serta kedudukan Raja-raja dan Yang
di-Pertuan Agung sebagai Ketua Umum Negara dan Ketua Agama, lalu mereka juga akan
menghormati larangan penggunaan kalimah ALLAH yang mana ianya berteraskan ajaran Islam
yang merupakan agama Persekutuan dan agama bagi Ketua Umum Negara.

Dalam surat Paul kepada orang-orang Rom (iaitu Romans: 13) menceritakan tentang suruhan
agar orang-orang Kristian khususnya, agar mentaati raja-raja yang memerintah di sesuatu tempat
tersebut. Maka, sekiranya larangan menggunakan kalimah Allah bagi orang-orang Kristian
digubal, maka mereka perlu menerimanya atas semangat mematuhi ajaran Bible (Romans: 13)
itu sendiri.

Maka, dari sudut menjamin kesejahteraan dan keharmonian masyarakat di Malaysia secara
umumnya sahaja, larangan penggunaan kalimah Allah kepada orang-orang Kristian dan bukan
Islam adalah suatu yang praktikal. Umat Islam di Malaysia yang mempunyai banyak ruang
kelemahan dari sudut pendidikan agama dan sebagainya, seharusnya tidak terdedah kepada
kekeliruan yang lebih besar seperti berkongsi nama tuhan yang sama dengan penganut agamaagama lain.

Apatah lagi, setelah dinilai secara dasarnya, Islam sememangnya menyeru ke arah tidak
menisbahkan kesyirikan, triniti, anak dan sebagainya kepada Allah yang Maha Esa. Allah s.w.t.
sendiri menyucikan zatNya dan sifat-sifatNya daripada perkataan-perkataan seperti
konsep triniti dan sebagainya yang menyeleweng tersebut. Jadi, dasar dan prisinp asas Islam
secara umum sememangnya membawa kepada tidak memberi ruang untuk menisbahkan konsep
ketuhanan yang salah kepada Allah s.w.t.. Ini juga memberi makna bahawa tidak boleh
menamakan sesuatu tuhan yang berteraskan konsep ketuhanan yang salah dengan nama Allah
yang merujuk kepada Tuhan yang Maha Esa lagi Maha Benar.

Kita melihat pengecualian atau toleransi para ulama Islam di dalam masyarakat Arab khususnya
terhadap penganut agama Kristian Arab kerana mereka sudah biasa menggunakan kalimah
Allah bagi merujuk kepada Al-Ilah atau Tuhan. Namun, penggunaan itu tidak berlaku samada
dalam bahasa Inggeris mahupun bahasa Melayu. Jadi, secara tidak langsung, toleransi terhadap
penggunaan kalimah Allah kepada orang-orang Kristian dalam masyarakat Melayu di Malaysia
khususnya boleh menimbulkan kesamaran dan tidak menepati penggunaan bahasa yang
sebenar.

Bahkan, dengan membenarkan orang-orang Kristian menggunakan kalimah Allah bagi merujuk
kepada tuhan sembahan mereka merupakan antara hambatan dalam dakwah islamiyyah
kerana mereka (orang-orang Kristian) secara asasnya sudah mengganggap bahawa mereka
sudahpun menyembah Allah sebagaimana orang-orang Islam menyembah Allah, tetapi mereka
memahami Allah mereka dengan kefahaman yang berbeza.

Jadi, dengan alasan mereka sudah menyembah Allah, mereka tidak perlu lagi untuk menganut
agama Islam kerana beza antara orang-orang Islam dengan orang-orang Kristian di sisi mereka
hanyalah, orang-orang Islam mengikut Nabi Muhammad s.a.w. sedangkan orang-orang Kristian
mengikut Nabi Isa a.s., sedangkan kedua-dua agama mengajar konsep ketuhanan yang sama.
Inilah alasan mereka yang cuba dijelaskan kepada masyarakat awam Islam khususnya,
bahawasanya agama mereka juga adalah agama kebenaran dan orang-orang Kristian juga
menyembah Allah seperti orang-orang Islam.

Justeru, secara prinsipnya, masyarakat Islam sewajarnya tidak meredhai orang-orang Kristian
menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada tuhan mereka kerana tuhan mereka tidak
bersifat keesaan tetapi sebaliknya bersifat triniti. Di sisi orang-orang Kristian, mereka cuba
membuktikan bahawasanya konsep triniti adalah konsep tauhid (atau monotheism). Maka, sebab
itulah mereka juga mahu menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada tuhan mereka agar
masyarakat Islam awam khususnya faham bahawa, mereka (orang-orang kristian) juga
menyembah tuhan yang Maha Esa tetapi dalam bentuk triniti.

Oleh kerana penggunaan kalimah Allah dalam bahasa Melayu atau dalam penggunaan umum
masyarakat di Malaysia merujuk kepada Tuhan yang Maha Esa (sebagaimana disebutkan
dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua), maka tidak wajar orang-orang Kristian dibenarkan
menggunakan kalimah tersebut bagi merujuk kepada tuhan triniti mereka, kerana Islam sama
sekali tidak mengiktiraf konsep triniti tersebut sebagai konsep tauhid.

Di samping beberapa sudut lain seperti keharmonian aqidah umat Islam dan sebagainya, maka
pendirian yang melarang penggunaan kalimah Allah bagi orang-orang Kristian khususnya dan
bagi orang-orang bukan Islam amnya, adalah suatu pendirian yang tepat dan kukuh khususnya di
Malaysia. Mudah-mudahan ianya dapat membantu dalam menjaga aqidah umat Islam yang
semakin terdedah kepada pelbagai serangan fahaman yang sesat samada dari dalam mahupun
luar.

Você também pode gostar