Você está na página 1de 7

ANALISIS BAHAN-BAHAN 3 DIMENSI (BONEKA BUAH)

Peringkat
Analisis (Analysis)

Perkara
Analisis keperluan :
a) Masalah
- Masalah yang dihadapi adalah murid-murid Tahun 1
belum menguasai kemahiran lisan (kemahiran mendengar
dan bertutur) dengan baik, khususnya menyebut dan
mengeja perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku
kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan
dengan betul dan tepat.
b) Penyelesaian
- Bagi menyelesaikan masalah ini, guru mengambil
pendekatan untuk menggunakan bahan bantu mengajar
bagi merangsang murid-murid menyebut dan mengeja
perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata,
diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung
dengan betul dan tepat. Bahan bantu mengajar yang
digunakan dalam pembelajaran secara langsung adalah
berfokuskan kepada kata nama am.
Analisis tugasan :
a) Tarikh dan hari
- Proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
dilaksanakan pada 10 April 2015 bersamaan hari Jumaat.
b) Masa
- Masa yang diperuntukkan adalah selama 1 jam iaitu
bermula pada pukul 8.15 pagi sehingg 9.15 pagi.
c) Tema
- Tema bagi pelajaran pada hari tersebut ialah Mari
Bertani.

d) Tajuk
- Tajuk pelajaran yang diajar oleh guru adalah Dusun Pak
Abu.
e) Sasaran
- Murid-murid Tahun 1 iaitu seramai 30 orang. Seramai 14
orang murid lelaki dan 16 orang murid perempuan.
d) Standard Kandungan:
- 1.2 : Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa,
iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan
betul.
e) Standard Pembelajaran
- 1.2.5 : Mendengar, memahami, menyebut dan mengeja
perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata,
diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung
dengan betul dan tepat.
f) Objektif
- Terdapat tiga objektif pelajaran yang telah digariskan iaitu
pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, muridmurid dapat :
i.

Menyebut

daripada

perkataan

yang

mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal


berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan
ii.

betul dan tepat.


Mengeja perkataan 6 daripada 9 yang mengandungi
dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding,
digraf dan konsonan bergabung dengan betul dan

iii.

tepat.
Menulis dan membina ayat tunggal berdasarkan 6
daripada 9 kata nama am yang dipelajari dengan

betul.
Analisis strategi:
-

Guru ingin mengajar kemahiran lisan (kemahiran


mendengar dan bertutur) sejajar dengan masalah yang
dialami oleh murid-murid. Pengajaran berfokuskan pada
aspek mendengar, memahami, menyebut dan mengeja
perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata,
diftong,

vokal

bergabung

berganding,

dengan

digraf

dan

dan

tepat.

betul

konsonan
Strategi

penyampaian yang dipilih oleh guru adalah

bersoal

jawab, penerangan dan latih tubi menyebut dan


mengeja perkataan yang dipelajari secara berulang kali.

Reka
(Design)

Bentuk Objektif
-

Guru merancang untuk menggunakan bahan bantu


mengajar yang berbentuk konkrit bagi membantu muridmurid

menguasai

kemahiran

lisan

(kemahiran

mendengar dan bertutur) dengan cepat dan berkesan.


Murid-murid dapat menggunakan bahan bantu tersebut
secara

langsung

dalam

proses

pengajaran

dan

pembelajaran yang dijalankan.


Alat taksiran
-

Guru membuat pemerhatian ke atas murid-murid


semasa

proses

berlangsung

sama

pengajaran
ada

murid

dan

pembelajaran

dapat

menguasai

kemahiran menyebut dan mengeja perkataan yang


mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal
berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan
betul dan tepat.
Strategi pengajaran

Justeru itu, guru menggunakan strategi pengajaran yang


berpusatkan kepada bahan bagi menangani masalah
yang

dihadapi

sekaligus

mencapai

objektif

yang

disasarkan.
Media
-

Guru memilih media 3D sebagai bahan bantu mengajar


iaitu Boneka Buah yang tediri daripada rambutan,
betik, tembikai, mangga, kelapa, pisang, limau, manggis

Perkembangan

dan nanas.
Bahan:

(Development)

a) Kandungan bahan
- Dalam menyediakan bahan bantu mengajar, guru telah
mengambil

kira

faktor

keselamatan

murid-murid.

Sehubungan dengan itu, antara kandungan bahan yang


digunakan bagi menghasilkan Boneka Buah ialah:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.

Kekabu
Kain (oren, hijau, putih, kuning, dan merah)
Washable Colour Felt
Benang dan jarum.
Mata boneka
Gam
Warna air
Berus

b) Bentuk media
- Bentuk media yang digunakan adalah 3D iaitu Boneka
Buah. Guru membina model Boneka Buah yang hampir
menyerupai bahan maujud yang sebenar.
Penilaian
-

Bahan yang dibina adalah bersesuaian dengan tajuk


pelajaran iaitu Dusun Pak Abu yang bertemakan
dengan Mari Bertani seperti terkandung dalam buku

teks Bahasa Melayu Tahun 1.


Secara tidak langsung, bahan ini menepati standard
kandungan dan pembelajaran yang ingin diajar kepada

murid-murid. Dengan adanya bahan Boneka Buah ini,


proses pembelajaran dapat berlaku dengan baik dan
berkesan apabila guru menggunakan bahan tersebut
untuk menggalakkan penglibatan murid secara aktif.
Bagi menjadikan bahan ini lebih baik, guru menerapkan

unsur kartun. Guru mengubah suai bahan tersebut


dengan menambah mata, kaki, tangan, dan mulut
Boneka Buah supaya kelihatan menarik dan mampu
meningkatkan fokus murid-murid terhadap apa yang
dipelajari. Guru juga menggunakan Washable Color Felt
yang berwarna-warni bagi membuat kaki, tangan, dan
mulut boneka.
Pelaksanaan

i.

(Implementation)

Dalam langkah set induksi, guru menunjukkan


tayangan video berkaitan dengan dusun buahbuahan. Kemudian, guru bersoal jawab dengan
murid-murid berdasarkan tayangan video tersebut.
Seterusnya, guru mengaitkan jawapan murid dengan

ii.

isi pelajaran yang hendak disampaikan.


Dalam langkah 1, guru meminta murid-murid
meneka apa yang terkandung dalam bakul yang
dibawa oleh guru. Seterusnya, guru menunjukkan
kepada murid-murid boneka yang terdapat dalam
bakul tersebut. Kemudian, guru menyebut nama
buah

yang

ditunjukkan.

Guru

meminta

murid

menyebut semula nama buah berdasarkan boneka


yang ditunjukkan oleh guru satu-persatu. Guru
meminta menulis nama-nama buah di papan tulis.
Kemudian, guru mengeja nama-nama buah tersebut
dan meminta beberapa orang murid untuk mengeja
iii.

semula nama-nama buah dengan bimbingan guru.


Dalam langkah 2, guru membahagikan murid-murid
kepada

kumpulan.

Setiap

kumpulan

terdiri

daripada 6 orang. Guru menyediakan sebuah balang


yang mengandungi teka teki tentang buah-buahan.

Seorang daripada wakil kumpulan akan mencabut


kertas

yang

terdapat

dalam

balang

tersebut.

Seterusnya, murid tersebut akan membawa kertas


teka teki dalam kumpulan masing-masing untuk
berbincang

bersama-sama.

Kemudian,

seorang

wakil kumpulan akan menunjukkan boneka buah


yang merupakan jawapan kepada teka teki tersebut.
Seterusnya, murid tersebut mengeja nama buah
yang ditunjukkan di hadapan kelas sebelum diikuti
iv.

oleh murid-murid lain.


Dalam langkah 3, guru telah membahagikan muridmurid kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan Anggur
dan Kumpulan Betik. Kumpulan Anggur diberikan
aktiviti pengayaan manakala kumpulan Betik pula
diberikan aktiviti pemulihan. Guru mengedarkan
lembaran kerja kepada murid-murid. Guru meminta
murid-murid Kumpulan Anggur untuk membina ayat
tunggal berdasarkan kata nama am yang dipelajari
serta melukis gambar buah pada kertas yang
diedarkan

berdasarkan

Boneka

Buah

yang

dintunjukkan di hadapan kelas. Bagi murid-murid


kumpulan Betik pula, guru meminta murid-murid
v.

menulis nama buah dan mewarnakannya.


Guru merumuskan isi pelajaran dan member pujian
ke atas sikap yang ditunjukkan oleh murid-murid.
Guru menerangkan kepentingan memakan buahbuahan.

Penilaian
(Evaluation)

Bahan bantu mengajar ini mampu mengatasi masalah


yang dihadapi oleh murid-murid Tahun 1 iaitu muridmurid

yang

belum

menguasai

kemahiran

lisan

(kemahiran mendengar dan bertutur) dengan baik,


khususnya menyebut dan mengeja perkataan yang
mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal

berganding, digraf dan konsonan dengan betul dan


tepat. Dengan berbantukan Boneka Buah ini, muridmurid yang belum menguasai daapat menyebut dan
-

mengeja perkataan dengan betul dan tepat.


Penggunaan bahan bantu mengajar model 3D ini
mampu memberikan satu pengalaman baharu kepada
murid-murid,

yakni

murid-murid

dapat

melihat,

menyentuh dan merasa bahan tersebut. Tambahan


pula, pengetahuan murid-murid tentang sesuatu yang
abstrak

dapat

dikukuhkan

dengan

sesuatu

yang

berbentuk konkrit sekaligus menjadikan ingatan murid-

murid lebih tekal terhadap isi pelajaran.


Namun
demikian,
bahan-bahan
diperbanyakkan

lagi

supaya

semua

ini

boleh

murid

dapat

menggunakannya secara maksimum dalam proses


pengajaran dan pembelajaran.

Você também pode gostar