Você está na página 1de 2

Apakah pengajaran simulasi bidang maklumat?

Pengajaran simulasi bidang maklumat adalah pengajaran dan pembelajaran dalam


pelbagai bentuk medium teknologi yang ada pada masa kini. Sebelum menyentuh dengan lebih
mendalam, eloklah jika kita berkenalan dahulu dengan bidang maklumat. Simulasi adalah salah
satu kaedah pembelajaran secara berkesan melalui lakonan atau situasi yang diwujudkan supaya
menyerupai situasi sebenar tetapi dalam bentuk yang dipermudahkan, diringkaskan atau
dikecilkan supaya masalah atau isu yang berkaitan dengan pembelajaran lebih mudah
diselesaikan. Bidang pula selalunya dikaitkan dengan aspek kajian sesuatu perkara. Manakala
maklumat ialah data yang telah disusun supaya ia mempunyai maksud dan nilai kepada
penerima. Penerima seterusnya mentafsir maksud serta membuat kesimpulan dan implikasinya.
Selain itu, maklumat juga boleh didefinisikan sebagai satu data yang boleh digunapakai dan
dieksploitasi untuk mencari maklumat baru sehingga berjaya mengubah ataupun menambah
sesuatu keputusan yang telah dibuat.

Pengajaran simulasi bidang maklumat dalam bilik darjah adalah pengajaran yang
berasaskan murid dan dijalankan dengan kawalan oleh guru sebagai fasilitator. Guru boleh
merancang pengajaran berdasarkan bidang maklumat yang pelbagai. Antaranya adalah bidang
maklumat dalam dalam bentuk elektronik. Di sekolah, guru boleh mengaplikasikan pembelajaran
didalam bilik darjah dengan menggunakan teknologi berkomputer. Selain perkomputeran, guru
boleh membangunkan beberapa aplikasi berasaskan pengajaran dalam bidang bahasa seperti
aplikai didalam talefon pintar dan sebagainya kerana bidang maklumat tidaklah terbatas kepada

penggunaan teknologi komputer sahaja. Dengan kata mudah, guru boleh mempelbagaikan
kaedah pengajaran dengan menggunakan simulasi bidang maklumat untuk mempermudahkan
pemahaman murid dan memberi keseronokan dalam pembelajaran. Pada amnya, simulasi akan
berjaya jika melibatkan situasi kehidupan seharian. Simulasi juga digunakan bersama-sama
dengan kaedah buku teks, perbincangan dan penyoalan.

Rujukan :

Kamaruddin Hj. Husin, Kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa, Sarjana : Universiti
California (1986).
Raminah Hj. Sabran, Kaedah pengajaran Bahasa Malaysia, Fajar Bakti (1987).
Azizah Jaafar, Kemahiran Maklumat : Teori dan Amalan, Penerbit UTM Press, 2010.

Você também pode gostar