Você está na página 1de 40

ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

1.0 Pendahuluan 1
1.1 Definisi Kerja Sosial 4

2.0 Elemen-Elemen Penting Kerja Sosial 7

3.0 Peranan Kerja Sosial Dalam Memupuk Perpaduan 14


Masyarakat

4.0 Polisi dan Perundangan Kerja Sosial 21


4.1 Jenis Polisi Sosial 22
4.2 Polisi Sosial Terdapat di Malaysia 24

5.0 Pengaruh Kerja Sosial Bagi Memupuk Perpaduan 26


Masyarakat

6.0 Kesan-Kesan Kerja Sosial yang Mempengaruhi 29


Perpaduan Masyarakat

7.0 Kesimpulan 33

8.0 Lampiran 34

9.0 Peta minda 38

10.0 Bibliografi 39
IMPAK ELEMEN-ELEMEN KERJA SOSIAL DIKALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA

TERHADAP PERPADUAN MASYARAKAT.

1.0 PENDAHULUAN

Kerja sosial wujud kerana menyedari bahawa dunia ini tidak sempurna dan pekerja sosial

berusaha untuk berkhidmat kepada individu dan institusi masyarakat dalam menghadapi

ketidaksempurnaan.Ketidaksempurnaan yang dimaksudkan adalah seperti kemiskinan,

pengangguran, penderaan dan kecacatan.Jika semua ini tiada sudah tentu dunia ini akan penuh

dengan kasih sayang, makanan yang mencukupi, kesihatan yang baik, kurangnya tekanan,

jenayah dan penderitaan tetapi kenyataannya tidak begitu.Sebagai pekerja sosial yang berbakti

kepada masyarakat, mereka tidak sanggup melihat kanak-kanak kecil yang kelaparan, wanita dan

kanak-kanak menderita akibat didera secara fizikal dan seksual, orang-orang tua terbiar tanpa

penjagaan rapi, orang miskin terus melarat di tepi jalan dan golongan “istimewa” yang disisih

jauh dari masyarakat.

Kerja sosial menitikberatkan terhadap menjaga kebajikan rakyat.Kebajikan dalam

konteks ini boleh diertikan kepada sesuatu keadaan yang ‘sama rata, sama rasa’ antara

manusia.Kerja sosial ini lazimnya diuntukkan kepada semua rakyat.Dalam sektor awam, keadaan

ini lebih menyeluruh.Di samping itu mereka hendaklah juga menerima keadaan individu yang

berlainan dari pelbagai segi dan masalah yang dibawanya itu.Ini juga bergantung kepada

pandangan dan sikap mereka yang inginkan sesuatu perkhidmatan atau bentuk bantuan dan

sebagainya.
Mereka yang terlibat dengan pemberian perkhidmatan ini, hendaklah juga menjalani

tanggungjawab dengan memahami segala kehendak-kehendak tertentu klien atau penerima

bantuan yang terjebak ke dalam keadaan sosial yang merosakkan.Oleh yang demikian, mereka

yang menguruskan perkhidmatan ini adalah bertanggungjawab kepada wakil-wakil

rakyat, kepada kelompok pendesak yang berkempen bagi pihak kelompok-kelompok tertentu

juga kepada pengguna-pengguna individu yang memerlukan sesuatu perkhidmatan yang tidak

digariskan secara hitam putih.

Menurut Morales dan Sheafor (1998;1) di Amerika Syarikat, kerja sosial wujud pada

abad yang kedua puluh sebagai satu profesion yang penting dalam masyarakat.Kerja sosial telah

berkembang dengan pesat sejajar dengan permintaan kepada kebajikan manusia dan

perkhidmatan sosial.Ketika senario politik kebangsaan meletakkan keutamaan yang tinggi

terhadap kebajikan sosial, peluang bagi kerja sosial telah dibuka dengan banyaknya dan bekalan

tenaga kerja telah meningkat dengan begitu cepat.Pekerja-pekerja sosial yang terlibat dalam

profesion ini telah melahirkan rasa kepuasan kerana dapat berbakti untuk kesejahteraan hidup

manusia.

Ismail Baba (1990;509) pula menyatakan bahawa di Barat, kerja sosial dibina sebagai

satu disiplin daripada kerja amal untuk golongan miskin dan juga golongan tertentu.Apabila

masyarakat bergerak dari praindustri kepada suasana industry, urusan kerja amal semakin

menjadi sofistikated di mana pengetahuan dan kemahiran untuk bekerja dengan golongan yang

memerlukan bantuan menjadi alat penting kepada pekerja sosial.

Fuziah Shaffie dan Abd Razak Abd Manaf (2001), Pengenalan Kerja Sosial ,Utusan Publication and Distributors, hal 3-4
Wan Azmi Ramli(1993), Dasar Sosial Di Malaysia, Golden Books Centre , hal 1

Di Malaysia, proses yang sama turut berlaku apabila Kementerian Perpaduan Negara dan

Pembangunan Masyarakat (asalnya Kementerian Kebajikan Sosial) telah ditubuhkan pada tahun

1964 untuk berkhidmat kepada masyarakat yang memerlukannya.Kerja sosial telah mula

mendapat perhatian dan berkembang pesat sejak kebelakangan ini.Kebanjiran gejala sosial,

keruntuhan nilai murni, tekanan hidup, perubahan system sosial, proses pembangunan yang

melimpah ruah serta faktor lain telah banyak mempengaruhi keperluan terhadap kebajikan dan

perkhidmatan sosial.Seiringan dengan keperluan masyarakat, penubuhan Persatuan Pekerja

Sosial Profesional Malaysia (MASW) pada 3 Mac 1973 telah memberi sumbangan yang besar

kepada perkembangan kerja sosial di Negara ini.

Memandangkan bahawa dunia ini tidak akan menjadi sempurna adalah munasabah untuk

kita mengandaikan bahawa keperluan kepada kerja sosial adalah tinggi dan berterusan.Walaupun

agensi pekerjaan tidak menjaminkan penambahan pekerja sosial yang baru institusi pengajian

tinggi boleh memainkan peranan dengan melahirkan graduan-graduan dalam bidang kerja sosial

ini bagi menampung keperluan tenaga kerja sosial pada masa akan datang.

Fuziah Shaffie dan Abd Razak Abd Manaf (2001), Pengenalan Kerja Sosial ,Utusan Publication and Distributors, hal 3-4

Wan Azmi Ramli(1993), Dasar Sosial Di Malaysia, Golden Books Centre , hal 1
1.1 DEFINISI KERJA SOSIAL

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, kerja membawa erti usaha(kegiatan, urusan) yang

bertujuan untuk menghasilkan (menyelesaikan, menyediakan) sesuatu.Manakala sosial pula

membawa maksud segala yang berkaitan dengan masyarakat; perihal masyarakat atau

kemasyarakatan.

Morales dan Sheafor (1998 ; 34) telah membincangkan dengan terperinci mengenai tiga

usaha penting yang telah dijalankan bagi mencari satu definisi kerja sosial yang tepat dan

jelas.Usaha yang pertama telah dijalankan pada tahun 1920-an di mana Persatuan Kerja Sosial

Malaysia telah mengadakan beberapa mesyuarat bersama eksekutif-eksekutif agensi di

Milford,Pennsylvania.Para perwakilan yang mempunyai latar belakang yang berbeza ini telah

mengenalpasti beberapa faktor yang mirip kepada amalan kerja-kerja sosial tetapi masih gagal

untuk mendapatkan definisi yang tepat dan jelas.

Seterusnya pada tahun 1950-an sekali lagi timbul minat untuk membangunkan definisi

kerja sosial ini.Penggabungan di antara beberapa organisasi yang khusus dalam bidang kerja

sosial dan National Association of Social Work (NASW) selesai pada tahun 1955.Buat pertama

kalinya semangat perpaduan telah mempengaruhi profesion kerja sosial dan usaha untuk mencari

definisi kerja sosial yang akan menggambarkan keseragaman amalan kerja sosial yang pelbagai

mula dijalankan dengan bersungguh-sungguh1.

Salah satu langkah penting yang telah diambil ialah dengan menerbitkan Working

Definition of Social Work Practise pada tahun 1958.Walaupun ia tidak menyediakan satu

definisi yang menyeluruh, tetapi dokumen yang telah dibentuk ini menjadi asas penting kepada
Fuziah Shaffie dan Abd Razak Abd Manaf (2001), Pengenalan Kerja Sosial ,Utusan Publication and Distributors, hal 5-9
1
Hepworth, Dean H., Rooney, Ronald H. and Larsen, Jo Ann (1997)Direct Social Work Practise : Theory and Skill, RSBN : 5, Brooks/Cole

Publishing Company.

definisi yang akan datang.Dokumen ini sebenarnya memberi gambaran bahawa pekerja sosial

bukan sahaja menumpukan perhatian terhadap matlamat merawat tetapi juga menekankan soal

pentingnya perubahan sosial atau pencegahan.Ia juga menekankan soal perhubungan di antara

individu dan persekitarannya serta menggariskan bahawa tanggungjawab sebagai pekerja sosial

adalah untuk memberikan perkhidmatan serta menjadi sebahagian daripada pelbagai kumpulan

masyarakat.

Konsep ini disokong oleh Mary Ann Suppes dan Carolyn Cressy Wells(1991;6) di mana

mereka percaya bahawa kerja sosial adalah satu profesion berkenaan dengan hubungan antara

manusia dan persekitaran yang mempengaruhi kemampuan seseorang untuk menyempurnakan

sesuatu tugas serta menyedari aspirasi dan nilai.Adalah penting bagi pekerja sosial memeriksa

aspek individu dan persekitaran sosial bagi mengetahui bahawa kedua-dua faktor berkenaan

berinteraksi dalam proses penyelesaian masalah yang konstruktif.Ia dapat dijalankan melalui

penggunaan maklumat daripada pelbagai bidang terutamanya sosiologi dan psikologi dalam

usaha untuk menilai permasalahan klien serta membentuk pelan intervensi yang realistik dan

berguna.2

Usaha terakhir dalam mencari definisi kerja sosial berlaku di sekitar tahun 1970-an dan

1980-an di mana NASW telah menerbitkan tiga edisi khusus di dalam jurnal Social Work.Antara

isi kandungan tiga edisi ini ialah beberapa perbahasan dan perbincangan yang teguh walaupun

bukan kesimpulan berkenaan dengan sifat kerja sosial.Sungguhpun aktiviti yang dilakukan ini

meningkatkan pemahaman terhadap ciri-ciri kerja sosial, ia tidak mendorong kearah definisi

yang telah diterima umum.


Fuziah Shaffie dan Abd Razak Abd Manaf (2001), Pengenalan Kerja Sosial ,Utusan Publication and Distributors, hal 5-9
2
Suppes, Mary Ann and Wells, Carolyn Cressy (1991), The Social Work Experience, McGraw-Hill Incorprotion

Walau bagaimanapun sebagai sebahagian daripada usul yang yang sejajar dengan para

petugas yang mengklasifikasikan system untuk pekerja sosial, Lembaga Pengarah NASW

akhirnya menerima definisi yang diterima dengan meluas oleh kita sekarang iaitu :

“Kerja sosial adalah satu aktiviti professional yang membantu individu,

kelompok atau masyarakat untuk meningkat atau membaiki kapasiti

mereka bagi memenuhi keperluan sosial dan mewujudkan satu keadaan

yang kondusif bagi mencapai tujuan tersebut”.

(Morales and Sheafor, 1998;35).3

Center For Human Rights United Nations(1994,4) menjelaskan bahawa kerja sosial

adalah satu profesion yang bertujuan menghasilkan perubahan sosial kepada masyarakat secara

umumnya dan perkembangan individu secara dasarnya.Biasanya kerja sosial diamalkan dalam

lima konteks yang berkait rapat antara satu sama lain iaitu dari aspek geografi, politik,

sosioekonomi, budaya dan kerohanian.Perhatian kepada kelima-lima konteks ini akan

menentukan kesedaran dan hala tuju kearah keunggulan serta pencapaian amalan kerja sosial

yang dinamik.

Fuziah Shaffie dan Abd Razak Abd Manaf (2001), Pengenalan Kerja Sosial ,Utusan Publication and Distributors, hal 5-9
3
Morales, Armando T. and Sheafor, Bradford W.(1995) Social Work : A Profesion of Many Face. RSBN : 7, Allyn and Bacon, A Simon and

Schuster Company
2.0 ELEMEN-ELEMEN PENTING KERJA SOSIAL

2.1 PENEROKAAN

Meneroka masalah klien dengan mendapatkan maklumat/data yang komprehensif tentang klien,

masalah dan faktor persekitaran termasuklah sebab dan rujukan untuk bantuan.

Umumnya terdapat tiga kategori bakal klien yang terlibat dalam proses bantuan

ini.Pertamanya klien yang datang dengan kerelaan sendiri.Keduanya, klien yang telah dirujuk

atau dicadangkan oleh orang lain seperti guru, doktor, ahli keluarga untuk mendapatkan

bantuan.Seterusnya klien yang tidak rela atau dipaksa (involuntary clients) untuk memperoleh

khidmat bantuan sebagai syarat mematuhi kehendak undang-undang( Compton & Galaway,

1994; 350).

Pekerja sosial sepatutnya memberi penerangan secara jelas dan padat berkenaan tujuan

pertemuan sulung ini.Selain itu, pekerja sosial boleh menggambarkan kepada klien tentang

bagaimana seorang pekerja sosial boleh membantu dan faedah sesi pertemuan terhadap diri

klien.

Di samping itu juga, pekerja sosial turut terlibat dalam proses pembinaan perhubungan

dan ikatan kerja dengan klien.Komunikasi yang berkesan dalam hubungan bantuan sangat

penting.Keadaan perhubungan kerja yang erat juga dikaitkan dengan persepsi klien terhadap

pekerja sosial sebagai seorang yang memahami dan secara tulus ikhlas berminat untuk memberi

bantuan kepada klien.Klien seringkali mempunyai perasaan waswas atau ragu-ragu tentang

proses bantuan terutamanya klien paksaan.Mereka tidak melihat diri mereka mempunyai

Abd Razak Abd Manaf, Zakiyah Jamaluddin(2002) ,Kerja Sosial:Artikel-Artikel Pilihan, RSBN:1, Utusan Publication and Distributors
masalah dan selalu menyalahkan sumber-sumber kesusahan kepada orang lain atau keadaan.Ada

juga klien yang mengakui mempunyai masalah tetapi tidak berdaya serta kekurangan insentif

untuk berubah dan semata-mata mengharapkan pekerja sosial untuk menyelesaikan masalah

mereka.

Antara tugas utama dalam proses ini ialah untuk menyediakan maklumat kepada bakal

klien apa yang sepatutnya dijangkakan dalam proses bantuan .Ringkasnya, menjalinkan

hubungan kerja yang erat memerlukan mereka yang terlibat untuk mencerminkan sikap tidak

menilai/melabel (judgemental), sikap penerimaan, sifat dan gelagat menghormati hak klien untuk

penentuan kendiri (self-determination), tingkah laku menghormati keunikan dan harga diri klien

serta keupayaan menyelesaikan masalah dan sifat simpati serta kejujuran.

2.2 PENILAIAN / PENAKSIRAN

Pembentukan formula penilaian adalah penting dalam meneliti sesuatu keadaan klien.Pekerja

sosial seharusnya mengenalpasti sistem yang terbabit dalam sesuatu kerumitan dan juga sumber-

sumber yang relevan untuk proses bantuan ini.Penilaian masalah adalah satu proses yang kritikal

kerana semua maklumat yang menyeluruh mesti dikumpulkan dahulu.Dalam penilaian masalah,

pekerja sosial akan menggunakan konsep teori untuk untuk memahami masalah yang

dikemukakan.

Penilaian yang mencukupi termasuklah analisis masalah, orang yang terlibat dan peranan

konteks ekologi. Analisis masalah menunjukkan keadaan kesulitan yang dihadapi seperti

melibatkan ketidakcukupan sumber, keputusan tentang sesuatu aspek yang kritikal dalam

kehidupan seseorang, kerumitan dalam system individu, antara perorangan dan masyarakat atau

Abd Razak Abd Manaf, Zakiyah Jamaluddin(2002) ,Kerja Sosial:Artikel-Artikel Pilihan, RSBN:1, Utusan Publication and Distributors
interaksi antara semua faktor di atas.Analisis ini juga melibatkan pertimbangan tentang tempoh

masa dan tahap masalah serta keupayaan klien untuk menangani masalah yang timbul.

Analisis sistem individu pula termasuklah penilaian kehendak dan keperluan klien,

kemampuan daya tindak, kekuatan dan kelemahan serta motivasi klien untuk menyelesaikan

masalah.Penilaian tentang faktor ekologi bertujuan untuk mengenalpasti sistem-sistem yang

mesti diperkukuhkan, digerakkan atau dibina demi memenuhi keperluan klien.Sistem-sistem

yang selalu berhubung kait dengan keperluan klien seperti sistem sokongan sosial, keluarga,

penjagaan anak-anak, sistem penjagaan kesihatan, sistem pekerjaan dan kerjaya serta

persekitaran fizikal.

Faktor budaya juga amat penting dalam penilaian ekologi kerana keperluan individu dan

sosial serta cara memenuhinya berbeza daripada satu budaya dengan satu budaya yang lain.

Abd Razak Abd Manaf, Zakiyah Jamaluddin(2002) ,Kerja Sosial:Artikel-Artikel Pilihan, RSBN:1, Utusan Publication and Distributors
2.3 PENETAPAN MATLAMAT

Sekiranya pekerja dan individu klien, keluarga atau kelompok telah mencapai kata sepakat

tentang keadaan masalah yang dihadapi dan sistem yang terbabit, mereka telah bersedia untuk

berbincang dan menetapkan pencapaian matlamat.Ini adalah proses gabungan bertujuan

memeriksa keperluan yang perlu diubah dan tindakan berkaitan yang mesti diambil untuk

menyelesaikan keadaan bermasalah tersebut.

Setelah matlamat atau objektif dirundingkan, pekerja sosial dan klien akan merumuskan

kontrak atau piagam kerja.Piagam kerja ini mengandungi persetujuan secara formal di antara

klien dan pekerja sosial tentang matlamat yang perlu dicapai, strategi relevan yang perlu

dilaksanakan, peranan dan tanggungjawab klien, tempoh masa intervensi supaya kemajuan dapat

diukur dan hak bersangkutan proses intervensi.Pembentukan dan penghuraian kontrak adalah

satu proses yang utama kerana ia menjelaskan kepada klien, apa yang mereka jangkakan atau

harapkan daripada pekerja sosial dan juga apa yang dijangkakan oleh pekerja sosial daripada

mereka.

2.4 PERANCANGAN

Pekerja sosial dan klien akan sama-sama merancang strategi dan kaedah pelaksanaan bantuan

sejajar dengan keupayaan, kesanggupan dan kesediaan klien.Aktiviti yang direka bentuk

mestilah berdasarkan kepada matlamat yang ingin dicapai oleh klien.Di samping itu juga, pekerja

sosial dan klien hendaklah berbincang tentang hasil intervensi yang bakal diterima serta sebarang

kemungkinan masalah yang timbul dan bagaimana untuk mengatasinya.

Abd Razak Abd Manaf, Zakiyah Jamaluddin(2002) ,Kerja Sosial:Artikel-Artikel Pilihan, RSBN:1, Utusan Publication and Distributors

2.5 PELAKSANAAN
Elemen pelaksanaan ini berorientasikan tindakan atau perubahan.Ia melibatkan pemindahan

pelan / perancangan yang telah dirumuskan antara pekerja sosial dan klien kepada tindakan.Klien

akan mencurahkan usaha kearah matlamat yang diidamkan.Proses ini bermula dengan

meletakkan matlamat umum.Manakala strategi dan tugasan umum dijadikan asas panduan bagi

penghasilan matlamat.Tugasan dan strategi umum ini seterusnya disusurgalurkan menjadi

tugasan dan strategi spesifik untuk dinilai secara berkesan.

Pekerja sosial akan memilih dan melaksanakan intervensi yang telah direka bentuk untuk

membantu klien mencapai objektif dan tugasan mereka.Berkaitan dengan hal ini,adalah amat

penting untuk kerap kali memantau tahap kemajuan yang dialami oleh klien bertujuan untuk :

a) Menaksir keberkesanan strategi dan intervensi yang diamalkan.

b) Membimbing dan memberi panduan kepada usaha klien kearah perolehan matlamat.

c) Mengetahui reaksi klien terhadap kemajuan yang dikecapi.

d) Menumpukan perhatian kepada pencapaian matlamat dan menilai kemajuan bagi

mengekalkan semangat dan motivasi klien untuk berusaha menangani masalah mereka.

Dalam pada itu, tidak dinafikan terdapat pelbagai halangan dan rintangan yang mempengaruhi

hasrat klien untuk memenuhi kehendak matlamat mereka.Halangan mungkin berkisar kepada

individu klien, keluarga, teman akrab dan juga mungkin disebabkan oleh faktor organisasi

perkhidmatan sosial itu sendiri.

Abd Razak Abd Manaf, Zakiyah Jamaluddin(2002) ,Kerja Sosial:Artikel-Artikel Pilihan, RSBN:1, Utusan Publication and Distributors

2.6 PENILAIAN
Ini adalah elemen penting dalam proses penyelesaian masalah kerana pekerja sosial

berkemampuan untuk menguji keunggulan intervensi yang diguna pakai dan untuk memantau

kejayaan, kegagalan serta kemajuan dalam menikmati hasil yang menguntungkan.Elemen ini

juga mengambil kira hasil yang akan berlaku dan menyediakan maklum balas serta peluang

untuk berbincang kembali permasalahan yang timbul.Ia juga berguna kepada klien dan pekerja

sosial untuk mengenalpasti apa yang berguna dan tidak penting dalam proses pencapaian

matlamat.

2.7 PENAMATAN / PENGAKHIRAN

Ia meliputi empat aspek penting :

a) Menaksir sama ada matlamat individu klien atau objektif kelompok telah dicapai dengan

jaya dan merancang penamatan dengan sewajarnya.

b) Kesan penamatan yang berjaya dalam perhubungan bantuan.

c) Perancangan untuk pengekalan perubahan dan perkembangan berterusan selepas

penamatan.

d) Penilaian hasil/input/keputusan daripada proses bantuan.

Peringkat ini melibatkan pembebasan dari proses penyelesaian masalah.Ini adalah satu

proses yang sensitif yang seharusnya dirancang kerana klien perlu belajar bagaimana

Abd Razak Abd Manaf, Zakiyah Jamaluddin(2002) ,Kerja Sosial:Artikel-Artikel Pilihan, RSBN:1, Utusan Publication and Distributors
menangani sesuatu masalah tanpa bergantung kepada orang lain.Penamatan boleh

menjadi satu proses gembira atau sedih dan pekerja sosial seharusnya peka dengan

perasaan klien dan juga perasaan mereka sendiri.

Proses penyelesaian masalah yang telah dibincangkan secara ringkas di atas menggambarkan

interaksi yang dinamik antara pekerja sosial dengan klien serta kompleksnya permasalahan

manusia.

Abd Razak Abd Manaf, Zakiyah Jamaluddin(2002) ,Kerja Sosial:Artikel-Artikel Pilihan, RSBN:1, Utusan Publication and Distributors
3.0 PERANAN KERJA SOSIAL DALAM MEMUPUK PERPADUAN

MASYARAKAT

Profesion kerja sosial semakin mencabar dan peranan ahlinya turut berkembang.Berikut adalah

peranan penting kerja sosial :

3.1 Perkhidmatan secara langsung.

Kerja sosial di bawah kategori ini akan membuat pertemuan dengan klien / pelanggan pekerja

sosial atau kumpulan sasaran.Kerja sosial akan bertanggungjawab dalam hal-hal berikut :

3.1.1 Kaunseling individu atau kerja kes individu.

3.1.2 Kaunseling perkahwinan/terapi keluarga.

3.1.3 Perkhidmatan kerja kelompok ( meliputi juga kelompok sokongan, terapi kelompok,

kelompok bantuan kendiri, kelompok tugasan dan kelompok bina kemahiran).

3.1.3 Mendidik atau menyebar maklumat – kerja- kerja sosial menyediakan maklumat penting

dalam sesi individu, gabungan dan kelompok dan juga membuat sesi penerangan kepada

orang awam atau kumpulan sasaran.

Contohnya, pekerja sosial boleh mengadakan sesi pendidikan berkenaan kemahiran

keibubapaan,pengurusan tekanan atau pelbagai aspek kesihatan mental dan penjagaan

kesihatan.

3.2 Sistem penghubung

Secara umumnya, klien selalu memerlukan sumber-sumber yang tidak dapat diberikan atau

disediakan oleh agensi sosial, kurang berpengetahuan tentang sumber-sumber yang ada atau

Abd Razak Abd Manaf, Zakiyah Jamaluddin(2002) ,Kerja Sosial:Artikel-Artikel Pilihan, RSBN:1, Utusan Publication and Distributors

Elaine Phoo Tiew Khoon (1983), Interaksi Kejiranan di Kalangan Penduduk yang Berbilang Kaum di Sebuah Kawasan Perumahan, hal 10-17
tidak berkeupayaan menggunakan sumber serta kemudahan yang tersedia.Kebiasaannya, kerja

sosial bertindak menghubungkan klien dengan sumber-sumber lain.Peranan sebagai sistem

penghubung ini meliputi :

3.2.1 “Broker”

Kerja-kerja sosial yang dilakukan mestilah mengetahui tentang sumber-sumber komuniti supaya

boleh membuat rujukan sewajarnya.Pengetahuan tentang polisi berkaitan dengan sistem sumber

dan hubungan kerja dengan pegawai utama adalah mustahak untuk proses rujukan yang

berjaya.Pekerja sosial juga bertanggungjawab membentuk mekanisme rujukan yang mudah dan

berkesan serta cara pemantauan yang efisyen untuk mengetahui sama ada klien mematuhi segala

tuntutan rujukan.

3.2.2 Mengurus kes/penyelaras

Kerja sosial berperanan untuk mengurus kes iaitu mempunyai tugas menilai keperluan klien,

mengatur dan menyelaras keperluan dan melaksanakan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak

sumber lain.Selain itu, kerja sosial juga memastikan segala perkhidmatan berjalan lancar

mengikut tempoh masa dan jangka waktu yang telah ditetapkan.Pekerja sosial perlu memelihara

hubungan akrab dengan klien dan juga penyedia perkhidmatan yang lain bagi menentukan

perancangan serta penyediaan perkhidmatan beroperasi dengan baik.

Abd Razak Abd Manaf, Zakiyah Jamaluddin(2002) ,Kerja Sosial:Artikel-Artikel Pilihan, RSBN:1, Utusan Publication and Distributors

Elaine Phoo Tiew Khoon (1983), Interaksi Kejiranan di Kalangan Penduduk yang Berbilang Kaum di Sebuah Kawasan Perumahan, hal 10-17

3.2.3 Mengantara dan mendamaikan.


Kadang kala berlaku perselisihan antara klien dan pihak yang menyediakan perkhidmatan

mengakibatkan klien tidak menerima bantuan yang diperlukan dan yang sepatutnya mereka

berhak memperolehnya.Banyak faktor yang menyebabkan klien dinafikan bantuan sekaligus

memberi kesan jangka pendek atau panjang seperti penarikan permohonan bantuan oleh klien

atau pergantungan khidmat bantuan oleh pihak berkenaan.

Pekerja sosial boleh bertindak sebagai pengantara dengan matlamat untuk menghapuskan

segala halangan atau rintangan yang membantutkan usaha-usaha kearah proses

bantuan.Seiringan dengan peranan ini, pekerja sosial mestilah berhati-hati mendengar cerita dari

kedua-dua belah pihak yang terlibat dan secara langsung berkemampuan untuk membezakan

fakta dan perasaan bagi mengenalpasti sebab berlakunya perselisihan itu.

Apabila keadaan sebenar telah diketahui, pekerja sosial boleh merancang tindakan

pemulihan yang bersesuaian untuk tujuan menghapuskan halangan, menjelaskan kemungkinan

salah faham dan menyelami perasaan negative yang membatasi proses

perkhidmatan.Pengetahuan tentang kemahiran mengantara semakin mencabar dalam usaha kerja

sosial menguruskan konflik dalam masyarakat seperti hak penjagaan anak, hak lawatan, proses

perceraian dan sebagainya.

Abd Razak Abd Manaf, Zakiyah Jamaluddin(2002) ,Kerja Sosial:Artikel-Artikel Pilihan, RSBN:1, Utusan Publication and Distributors

Elaine Phoo Tiew Khoon (1983), Interaksi Kejiranan di Kalangan Penduduk yang Berbilang Kaum di Sebuah Kawasan Perumahan, hal 10-17

3.3 Memelihara dan mengukuhkan system


Pekerja sosial mempunyai tanggungjawab menilai struktur, polisi dan program-program yang

mempunyai kelemahan dalam sesebuah organisasi demi mempertingkatkan keberkesanan

perkhidmatan.Antara peranan pekerja sosial dalam konteks ini ialah sebagai :

3.3.1 Penganalisis organisasi.

Pekerja sosial akan mengenalpasti faktor-faktor dalam struktur agensi, polisi serta prosedur yang

mempunyai impak negatif dalam proses kelicinan perkhidmatan.Pengetahuan tentang teori-teori

pentadbiran dan organisasi serta dinamik organisasi adalah satu keperluan dalam melaksanakan

tugas ini.

3.3.2 Pemudah cara / fasilitator

Bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan pendekatan yang kondusif bagi

memantapkan perkhidmatan termasuklah penyediaan input-input berkaitan kepada pihak

pentadbir atau pengurusan agensi; penggunaan mesyuarat staf untuk memperakukan atau

mengajukan masalah; penggabungan dengan staf lain untuk memberi tekanan kepada pentadbir

yang menentang serta menggalakkan penyertaan atau penglibatan dalam sesi latihan

perkhidmatan dan sebagainya.

3.3.3 Ahli pasukan (rakan sepasukan)

Kebiasaannya pasukan mengandungi psikiatri atau doktor, ahli psikologi, pekerja sosial,

jururawat dan mungkin kaunselor pemulihan, ahli terapi pekerja serta ahli terapi rekreasi.Ahli-

ahli dalam kumpulan tersebut mempunyai pelbagai kemahiran dan kepakaran yang digunakan

Abd Razak Abd Manaf, Zakiyah Jamaluddin(2002) ,Kerja Sosial:Artikel-Artikel Pilihan, RSBN:1, Utusan Publication and Distributors

Elaine Phoo Tiew Khoon (1983), Interaksi Kejiranan di Kalangan Penduduk yang Berbilang Kaum di Sebuah Kawasan Perumahan, hal 10-17
untuk merumus penilaian.Sebagai ahli pasukan, pekerja sosial kerap kali menyumbang

pengetahuan berkaitan dinamik keluarga dan terlibat dalam kerja-kerja terapi dengan ahli

keluarga.

3.3.4 Pakar perunding/orang yang memerlukan runding cara

Pekerja sosial memerlukan khidmat rundingan, nasihat dan input pakar seperti doktor, psikiatri

dan pekerja sosial yang lain yang luas kemahiran dan kepakaran berkenaan sesuatu masalah.Di

samping itu, pekerja sosial juga berperanan sebagai pakar perunding cara kepada ahli profesion

yang lain dan kepada rakan sejawat yang memerlukan khidmat kepakaran mereka.

3.4 Menyelidik dan menyelidik pelanggan

Pekerja sosial menghadapi tanggungjawab untuk memilih intervensi yang boleh dinilai dan

untuk menilai keberkesanan intervensi serta memantau secara sistematik kemajuan yang dicapai

oleh klien mereka.Proses dan reka bentuk penyelidikan mestilah saintifik untuk mengukur

keberkesanan amalan mereka.Pekerja sosial tidak sepatutnya bergantung hanya kepada

pertimbangan dan kesimpulah klinikal kerana ia boleh menjurus kearah penyelidikan yang tidak

sahih dan berat sebelah.

Abd Razak Abd Manaf, Zakiyah Jamaluddin(2002) ,Kerja Sosial:Artikel-Artikel Pilihan, RSBN:1, Utusan Publication and Distributors

Elaine Phoo Tiew Khoon (1983), Interaksi Kejiranan di Kalangan Penduduk yang Berbilang Kaum di Sebuah Kawasan Perumahan, hal 10-17
3.5 Membina / memajukan sistem

Kadangkala pekerja sosial mempunyai peluang untuk memperbaiki atau mengembangkan

perkhidmatan agensi berdasarkan penilaian keperluan klien yang tidak dapat dikesan, jurang

pada perkhidmatan, keperluan kepada perkhidmatan pencegahan dan sebagainya.Antara peranan

pekerja sosial yang berkaitan termasuklah :

3.5.1 Pemaju program

Pekerja sosial selalu mempunyai peluang untuk mengembangkan perkhidmatan berlandaskan

keperluan semasa klien.Perkhidmatan yang boleh diperluaskan termasuklah program

pendidikan/bimbingan, kelompok sokongan dan program pembinaan kemahiran.

3.5.2 Perancang.

Pekerja sosial bekerja secara formal dan tidak rasmi dengan golongan berpengaruh bagi

merancang program-program sebagai satu respon kepada keperluan yang masih tidak boleh

dipenuhi dan bakal keperluan masa.Berbeza dari satu tempat ke satu tempat keperluan-keperluan

meliputi program penjagaan anak, pengangkutan bagi warga tua dan kurang upaya, program

rekreasi dan lain-lain.

3.5.3 Pemaju polisi dan prosedur.

Secara umumnya, pihak pentadbir atau pengurusan akan meminta input serta maklum balas

daripada staf professional berkenaan keberkesanan agensi atau organisasi dalam memberi

perkhidmatan kepada penggunanya.Disebabkan pekerja sosial berkhidmat secara langsung

Abd Razak Abd Manaf, Zakiyah Jamaluddin(2002) ,Kerja Sosial:Artikel-Artikel Pilihan, RSBN:1, Utusan Publication and Distributor

Elaine Phoo Tiew Khoon (1983), Interaksi Kejiranan di Kalangan Penduduk yang Berbilang Kaum di Sebuah Kawasan Perumahan, hal 10-17
dengan klien, mereka berada di kedudukan strategik untuk menilai keperluan klien dan

bagaimana sesuatu polisi dan prosedur menjaga atau menidakkan keperluan klien.Adalah amat

penting pekeja sosial terlibat secara aktif dalam proses pembuatan keputusan berkaitan dengan

polisi dan prosedur.

3.5.4 Advokasi / pembela

Selain membela individu klien pekerja sosial juga bergabung dengan kelompok klien, pekerja

sosial serta professional yang lain memperjuangkan polisi sosial dan undang-undang dengan

tujuan menyediakan sumber-sumber yang diperlukan dan memperkukuhkan keadilan

sosial.Pekerja sosial berkhidmat menerusi pembelaan dan tindakan sosial demi mengejar atau

menjamin kesejahteraan serta keharmonian klien mereka.

Abd Razak Abd Manaf, Zakiyah Jamaluddin(2002) ,Kerja Sosial:Artikel-Artikel Pilihan, RSBN:1, Utusan Publication and Distributors

Elaine Phoo Tiew Khoon (1983), Interaksi Kejiranan di Kalangan Penduduk yang Berbilang Kaum di Sebuah Kawasan Perumahan, hal 10-17

4.0 Polisi dan Perundangan Kerja Sosial.


Pembangunan dan kemajuan sesebuah Negara adalah berpandu kepada polisi ekonomi,namun

begitu polisi social juga turut memainkan peranan didalam sesebuah pembentukan Negara.

Pembentukanj, penggubalan serta perlaksanaan polisi social ini biasanya selaras dengan

pembentukan,keperluan serta kemajuan sesebuah Negara itu.

Sebelum kita mengatahui impak kerja sosial ini terhadap perpaduan masyarakat, kita harus

mengatahui apakah polisi social yang terdapat kini.

Sebelum polisi sosial ini di rungkai dengan lebih lanjut, terlebih dahulu kita perlu jelas tentang

definisi polisi social. Pelbagai pendapat yang dikemukakan oleh ahli tokoh akedemik dan ahli

ekonomi terutamanya di dalam mendifinisikan terma polisi social. Townsend(1976)

mengekemukakan polisi social adalah polisi yang berkaitan dengan pentadbiran kebajikan awam

iaitu membanggunkan dan menguruskan sesuatu peruntukan kepada kerajan tempatan seperti

kesihatan,pelajaran,kebajikan dan keselamatan social untuk kesejahteraan masyrakat . Dalam hal

ini,kerajaan turut memainkan peranan bagi mencapai polisi ini.

4.1 Jenis Polisi Sosial


Ripley dan Franklin(dalam Noor Azizah,2001) telah membahagikan polisi social kepada empat

jenis yang utama.

4.1.1 POLISI BERBENTUK PERATURAN

Polisi ini telah di bentuk untuk di jadikan panduan dn sebagai tatacara bagi menyelaras segala

tindak tanduk sama ada individu mahupun organisasi. Ini bermaksud setiap organisasi dan

individu akan terhad kepada setiap perbuatannya seperti yang telah di tetapkan didalam polisi ini.

Sekiranya terdapat mana-mana individu ataupun organisasi yang melanggar sempadan yang telah

di tetapkan, tindakan undang-undang boleh di kenakan terhadap individu terbabit.contoh yang

dapat kita perhatikan dalam kerajaan Malaysia adalah apabila kerajaan menggubal Akta Kanak-

kanak 2001 antara lain nya bertujuan menjelaskan tindakan yang akan diambil sekiranya terdapat

individu yang melakukan pengabaian,penganiyaan,penderaan ataupun keganasan terhadap

kanak-kanak.polisi sebegini umum nya merujuk dan melibatkan tindakan seperti menggubal

undang-undang di mana sesuatu peraturan atau tatacara tersebut boleh dijelaskan dan dikuat

kuasakan yang membawa nilai dari segi keberkesanannya.4

Azlin Hilma Hillaluddin, Fatimah Zailly Ahmad Ramli,Rusimah Sayuti dan Yusmarhaini Yusof(2005) . Polisi, Perundangan dan Amalan Kerja
Sosial. , Universiti Utara Malaysia,RSBN : 1,hal: 4-12

4
Azlin Hilma Hillaluddin, Fatimah Zailly Ahmad Ramli,Rusimah Sayuti dan Yusmarhaini Yusof(2005) . Polisi, Perundangan dan Amalan
Kerja Sosial. , Universiti Utara Malaysia,RSBN : 1,hal: 5

Noor Azizah, Ahmad (2001) Kerja Sosial di Malaysia : Hubungkait di Antara Polisi Sosial dan Amalan Kerja Sosial. Utusan Publication and
Distributors
4.1.2 POLISI BERBENTUK AGIHAN SEMULA

Polisi seperti ini biasanya dibentuk oleh kerajaan untuk meninggikan lagi kesejahteraan

masyarakat termasuklah penyediaan infrastruktur dan juga perkhidmatan kepada masyarakat dan

bagi mengelakkan kewujudan jurang masyarakat yang terlalu tinggi. Bagi melaksanakan tujuan

ini, pihak kerajaan biasanya akan mendapatkan sumber kekayaan bagi kelompok golongan yang

memiliki kekayaan dan akan menyalurkan sumber itu untuk membantu kelompok lain yang

memerlukan bantuan. Contoh yang di laksanakan oleh kerajaan kita ialah cukai pintu,cukai

pendapatan,cukai jalan dan lain-lain.

4.1.3 POLISI BERBENTUK AGIHAN

Polisi ini biasanya bertujuan untuk memastikan setiap kelompok masyarakat mendapat peluang

menikmati kekayaan Negara dengan sama rata dan lebih adil disamping mengelakkan jurang

perbezaan dari segi sumber. Contohnya, kerajaan kita membentuk DEB yang mempunyai tujuan

iaitu membasmi kemiskinan dan merapatkan jurang perbezaan antara ekonomi.

Azlin Hilma Hillaluddin, Fatimah Zailly Ahmad Ramli,Rusimah Sayuti dan Yusmarhaini Yusof(2005) . Polisi, Perundangan dan Amalan Kerja
Sosial. , Universiti Utara Malaysia,RSBN : 1,hal: 4-12

Noor Azizah, Ahmad (2001) Kerja Sosial di Malaysia : Hubungkait di Antara Polisi Sosial dan Amalan Kerja Sosial. Utusan Publication and
Distributors

4.1.4 POLISI KESELAMATAN


Polisi ini biasanya di bentuk dan digubal bagi memastikan Negara berada didalam keadaan aman

dan selamat dari sebarang aspek dan bentuk sama ada dari dalam dan juga luar Negara.

Contohnya,tumpuan yang diberikan oleh kerajaan kepada kerajaan dalam mennagani masalah

dadah dan ketagihan yang boleh memusnahkan Negara. Ini telah membawa kepada penggubalan

Akta Dadah Berbahaya 1985 terutamanya dari segi pengedaran dadah yang boleh mengenakan

hukuman gantung kepada individu yang terlibat. Kerajaan turut mewujudkan Akta Keselamatan

Dalam Negeri(Internal Security Act(ISA)1960). Polisi luar turut diambil bagi menyelaraskan

hubungan antara Negara ini dengan Negara lain seperti Zon Bebas Senjata Nuklear Asia

Tenggara(South East Asian Nuclear Free Weapon Zone(SEANFEZ)dan Forum Serantau (Asean

Regional Forum)AFR.

4.2 POLISI SOSIAL YANG TERDAPAT DI MALAYSIA.

4.2.1 Dasar Kebajikan Masyarakat Negara(DKMN)

DKMN mampu di anggap sebagai tonggak utama kepada polisi social kerana ia berkaitan

dengan kesejahteraan rakyat Malaysia.ia bertujuan menggalakkan kesejahteraan rakyat dan

mengambil kira kesejahteraan masyarakat dalam menuju kea rah keadilan dari segi social.ini

adalah kerana perubahan-perubahan yang berlaku mampu mewujudkan tekanan serta masalah

social kepada individu,keluarga,kelompok dan komuniti.ia merupakan suatu corak pendekatan

,pencegahan dan pembanggunan dalam masyarakat. Melalui program dan perancangan.

Azlin Hilma Hillaluddin, Fatimah Zailly Ahmad Ramli,Rusimah Sayuti dan Yusmarhaini Yusof(2005) . Polisi, Perundangan dan Amalan Kerja
Sosial. , Universiti Utara Malaysia,RSBN : 1,hal: 4-12

Noor Azizah, Ahmad (2001) Kerja Sosial di Malaysia : Hubungkait di Antara Polisi Sosial dan Amalan Kerja Sosial. Utusan Publication and
Distributors
4.2.2 Dasar Warga Tua(DWT)
Digubal berdasarkan peningkatan demografi warga tua dan kesedaran bahawa betapa pentingnya

peranan warga emas terhadap pembanggunan Negara. Diperkenalkan pada tahun 1995 untuk

memberi peluang kepada warga emas bagi menikmati peluang yang di sediakan.ia turut memberi

penekakan terhadap usaha penglibatan warga tua di dalam mengoptimumkan potensi diri.

4.2.3 Dasar Belia Negara

Diperkenalkan bagi menggerakkan tenaga belia terutama dalam membimbing pergerakan belia

Negara dengan memberi perkhidmatan social dan riadah kepada golongan ini.

Dasar ini bertujuan supaya membanggunkan taraf hidup social dan ekonomi belia disamping

mengukukkan perpaduan dan meningkatkan keselamatan Negara. Hal ini adalah kerana belia

merupakan sumber yang penting kepada Negara kita. Melalui pertubuhan belia yang wujud dan

program untuk belia, dasar ini membentuk identity belia itu sendiri.

4.2.4 Dasar Wanita Negara

Dasar wanita Negara (DWN) yang di gubaltahun 1989 adalah untuk menggalakkan penyertaan

wanita dalam proses pembanggunan Negara dengan membuka peluang yang lebih luas bagi

menceburi bidang social,ekonomi dan politik. Ia berselaras dengan kesedaran pentingnya

peranan dan sumbangan yang di pegang oleh wanita dalam membanggunkan Negara.rasionalnya

dalaha supaya kita diberi panduan serta haluan dalam segala usaha pembanggunan supaya

kepentingan dan penyertaan wanita tidak terabai.

Azlin Hilma Hillaluddin, Fatimah Zailly Ahmad Ramli,Rusimah Sayuti dan Yusmarhaini Yusof(2005) . Polisi, Perundangan dan Amalan Kerja
Sosial. , Universiti Utara Malaysia,RSBN : 1,hal: 4-12
Noor Azizah, Ahmad (2001) Kerja Sosial di Malaysia : Hubungkait di Antara Polisi Sosial dan Amalan Kerja Sosial. Utusan Publication and
Distributors

5.0 PENGARUH KERJA SOSIAL BAGI MEMUPUK PERPADUAN MASYARAKAT


Kerja sosial mempunyai peranan di dalam memupuk perpaduan di negara kita. Dalam setiap

tindakan serta aktiviti kerja sosial ini, mereka mempunyai nilai-nilai perpaduan yang ingin di

terapkan di dalam diri setiap golongan belia. Sama ada dalam bentuk latihan, gerakan mahupun

diri mereka sendiri, telah diterapkan nilai-nilai perpaduan dan ciri-ciri kerjasama kerana bantuan

serta tunjuk ajar yang di berikan memainkan peranan mereka tersendiri.

5.1 PERGERAKAN DAN HAL EHWAL BELIA.

Ia bertangggung jawab di dalam memberi bimbingan,nasihat dan bantuan di samping

melaksanakan rancangan DEB. Pertubuhan-pertubuhan belia ini di galakkan wujud di bandar

mahupun di luar bandar. Terdapat sebanyak 2946 buah pertubuhan yang dianggotai oleh

golongan belia di tubuhkan. Pertubuhan –pertubuhan Belia ini dibentuk berdasarkan prinsip

demokrasi dan kebebasan berpersatuan. Majlis Belia Malaysiayang tertubuh pada tahun 1964

adalah bertujuan menyediakan pentas umum kepada pelajar dengan berlainan matlamat dan

keahlian untuk kegiatan bersama-sama bagi merapatkan lagi ikatan perpaduan. Majlis

perundingan Belia Negara merupakan suatu majlis tertinggi yang ditubuhkan pada tahun1971

yang terdiri daripada pelbagai perwakilan pemimpin-pemimpin belia dari pelbagai kaum.

Ian O’Connor, Paul Smyth and Jeni Warburton(2000). Social Work and Human Service:Challenges and Chance, Pearson Education. RSBN :1

Wan Azmi Ramli(1993), Dasar Sosial Di Malaysia, Golden Books Centre

Abd Razak Abd Manaf, Zakiyah Jamaluddin(2002) ,Kerja Sosial:Artikel-Artikel Pilihan, RSBN:1, Utusan Publication and Distributors

Noor Azizah, Ahmad (2001) Kerja Sosial di Malaysia : Hubungkait di Antara Polisi Sosial dan Amalan Kerja Sosial. Utusan Publication and
Distributors

5.2 LATIHAN BELIA


Matlamat utama kementrian dalamrancangan latihan bukanlah semata-mata untuk melahirkan

belia-belia sebagai pencari kerja yang lebih berkelayakan, tetapi juga supaya mereka mampu

memberikan kesejahteraan dan keamanan di dalam Negara kita.

5.3 BIRO BIMBINGAN BELIA

Disamping memberi peluang latihan kepada belia-belia lepasan sekolah, ia juga memberikan

bimbingan,nasihat,panduan dan penerangan pada golongan belia masa kini. Bimbingan dan

panduan-panduan inilah mampu memberikan serta memupuk perpaduan di kalangan masyarakat

Malaysia.

Ian O’Connor, Paul Smyth and Jeni Warburton(2000). Social Work and Human Service:Challenges and Chance, Pearson Education. RSBN :1

Wan Azmi Ramli(1993), Dasar Sosial Di Malaysia, Golden Books Centre

Abd Razak Abd Manaf, Zakiyah Jamaluddin(2002) ,Kerja Sosial:Artikel-Artikel Pilihan, RSBN:1, Utusan Publication and Distributors

Noor Azizah, Ahmad (2001) Kerja Sosial di Malaysia : Hubungkait di Antara Polisi Sosial dan Amalan Kerja Sosial. Utusan Publication and
Distributors

5.4 MISI KERJA SOSIAL


Ia merupakan perkara yang penting bagi membina perpaduan. Misi yang menjadi asas kepada

kerja social adalah ‘caring’,’curing’ dan’changing’. Caring yang membawa maksud penjagaan

bertujuan untuk membuat individu terbabit selesa dan berupaya menghadapi limitasi yang ada

pada mereka. Contohnya penjagaan orang-orang miskin di pusat penjagaan tanpa mengira kaum.

Curing pula bermaksud perawatan untuk membantu individu terbabit dan agar mereka mampu

menolong diri sendiri. Bentuk perawatan yang di laksanakan termasuklah modifikasi tingkah

laku,kaunseling, dan terapi. Changing pula bertanggung jawab dalam melakukan perubahan dan

pengubahan social. Ini bermaksud sekiranya terdapat kesalahan dalam polisi dan

sebagainya,mereka perlu mengutamakan kepentingan klien dan menolong serta menyakinkan

pihak tertentu bahawa pihaknya akan memberikan tindak balas dan perubahan sepatutnya.

Ian O’Connor, Paul Smyth and Jeni Warburton(2000). Social Work and Human Service:Challenges and Chance, Pearson Education. RSBN :1

Wan Azmi Ramli(1993), Dasar Sosial Di Malaysia, Golden Books Centre

Abd Razak Abd Manaf, Zakiyah Jamaluddin(2002) ,Kerja Sosial:Artikel-Artikel Pilihan, RSBN:1, Utusan Publication and Distributors

Noor Azizah, Ahmad (2001) Kerja Sosial di Malaysia : Hubungkait di Antara Polisi Sosial dan Amalan Kerja Sosial. Utusan Publication and
Distributors
6.0 KESAN-KESAN KERJA SOSIAL YANG MEMPENGARUHI PERPADUAN

MASYARAKAT.

6.1 Kesan Pertama

Keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi.Kesejahteraan menyeluruh setiap

individu, keluarga dan masyarakat dapat dijamin dan dapat menikmati :

6.1.1 Keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal secukupnya.

6.1.2 Persekitaran fizikal yang sihat, bersih, selamat dan mesra insane.

6.1.3 Persekitaran sosial yang mengutamakan nilai-nilai murni.

6.1.4 Peluang untuk meningkatkan kualiti hidup dari segi kesihatan, pendidikan,

pekerjaan / kerjaya, keselamatan, kerohanian dan maklumat.

6.1.5 Kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat serta hak sebagai warganegara yang

dilindungi oleh undang-undang.

6.1.6 Keperluan hidup yang lain sesuai dengan perkembangan semasa.

Pelbagai peluang dan kemudahan dapat diwujudkan untuk setiap individu, keluarga dan

masyarakat dan dapat menikmati keperluan asas kehidupan serta menyertai arus pembangunan

Negara.Setiap individu juga mendapat hak untuk kelangsungan hidup, perlindungan,

perkembangan dan penyertaan serta dapat menikmati keperluan asas sepanjang hayat, tidak

terpinggir dan tersisih daripada arus pembangunan.Keperluan hidup yang holistic menjadi teras

kehidupan setiap individu, keluarga dan komuniti.

Pamplet Dasar Sosial Negara. Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat
6.2 Kesan Dua

Insan dapat dibangunkan dan diperkasakan sepanjang hayat.Setiap individu dapat dibangunkan

tanpa membezakan kumpulan etnik, agama, budaya, jantina, wilayah, fahaman politik, taraf

perkahwinan dan keupayaan fizikal serta mengambil kira kepekaan terhadap keperluan dan

kehendak jantina.Individu akan dapat mempertingkatkan sumber serta kebolehan diri secara

optimum bagi mencapai matlamat kendiri dan masyarakat pada setiap peringkat kitaran

hidup.Kemesraan dan kasih sayang dapat diterima oleh setiap individu sekiranya usaha ini

berterusan.

6.3 Kesan Tiga

Sistem sokongan sosial dan perkhidmatan sosial dapat diperkukuhkan dan dibangunkan.Sistem

sokongan sosial yang sedia ada iaitu sistem keluarga, komuniti, kumpulan etnik, agama,

pendidikan dan organisasi sosial akan menjadi semakin kukuh dan dapat berfungsi secara

optimum sebagai sistem kawalan sosial.Setiap anggota masyarakat juga semakin membangun.

6.4 Kesan Empat

Identiti, kepentingan dan keperluan pelbagai kelompok etnik dalam masyarakat Malaysia dapat

diiktiraf.Sikap toleran dan saling membantu di dalam dan di antara kaum yang berbeza pasti

wujud.Kelompok keagamaan sebagai kelompok sosial yang mengamalkan sistem nilai dan cara

hidup tersendiri juga diiktiraf selaras dengan Perlembagaan Negara.Sistem nilai dan cara hidup

penganut agama lain dihormati serta menggalakkan interaksi dan saling memahami antara

penganut pelbagai agama tersebut.

Pamplet Dasar Sosial Negara. Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat
6.5 Kesan Lima

Semua anggota masyarakat akan mencapai kecemerlangan melalui sistem pendidikan yang

fleksibel, aksesibel, inovatif, relevan dan dinikmati oleh semua anggota masyarakat sepanjang

hayat mereka.Ini kerana sesebuah organisasi atau agensi dapat menyediakan keperluan asas

sosial serta memberikan sokongan dan bimbingan kepada kakitangannya sebagai satu

tanggungjawab asas.Organisasi atau agensi yang memberikan perkhidmatan sosial

mementingkan kakitangannya yang dilengkapi dengan kemahiran sosial dan teknologi terkini

serta dapat berhubung langsung dengan kumpulan sasaran.

6.6 Kesan enam

Sesebuah komuniti sama ada di dalam Bandar atau di luar Bandar bekerjasama dan saling

membantu menyediakan pelbagai perkhidmatan dan dapat memenuhi keperluan anggotanya serta

mendirikan amaran awal untuk mengenalpasti gejala sosial yang semakin berleluasa.Dengan ini

khidmat bimbingan yang ditawarkan oleh semua organisasi kepada kumpulan sasaran yang

memerlukan khidmat bimbingan ini bermutu dan professional.Setiap organisasi merupakan satu

pasukan yang intervensi yang terlatih dan berkemahiran kerana sentiasa bersedia mengendalikan

pelbagai jenis krisis sosial dengan berkesan.Dengan ini masyarakat dan gejala sosial dapat

dipisahkan terutamanya kepada remaja-remaja sekarang yang sentiasa mengikut jiwa muda

mereka.

Pamplet Dasar Sosial Negara. Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat
6.7 Kesan Tujuh

Menjana sinergi multisektor.Kerjasama di kalangan sektor awam serta antara sektor awam

dengan sektor swasta dipertingkatkan dan mewujudkan satu sinergi tenaga dan sumber dalam

masyarakat.Ini dapat menjamin perkhidmatan sosial yang terbaik bagi semua anggota

masyarakat, berasaskan konsep bahawa pembangunan sosial adalah tanggungjawab

bersama.Persaingan dan pertindihan peranan antara pelbagai agensi dan sektor dapat

dikurangkan serta diatasi supaya penggunaan sumber dan tenaga dapat dioptimumkan.

6.8 Kesan Lapan

Mewujudkan mekanisma Perancangan Sosial yang bertaraf agensi pusat di peringkat

persekutuan, negeri dan daerah dan dapat merancang, melaksana, memantau, menyelaras serta

menilai keberkesanan perancangan dan pelaksanaan perkhidmatan sosial dalam

masyarakat.Peranan kepimpinan diperluaskan dan meningkatkan taraf di peringkat akar umbi

dalam perancangan, pelaksanaan dan pemantauan pembangunan sosial.Dengan ini pelbagai

lapisan masyarakat dapat disedarkan supaya terlibat secara proaktif, dalam proses globalisasi

dengan memanfaatkan pelbagai peluang dan potensi untuk memajukan diri, keluarga dan

komuniti.

Pamplet Dasar Sosial Negara. Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat

7.0 KESIMPULAN
Kerja sosial memainkan peranan penting di dalam semua hal. Sama ada dari segi semangat

kerjasama,perpaduan dan keharmonian masyarakat. Kesedaran tentang keperluan kerja social

dalam masyarakat ini harus dijadikan sebagai suatu cabaran kepada mereka yang mendukung

cita-cita ini.kita haruslah menanam nilai-nilai diri yang tinggi dan modal insane yang baik

bagi mewujudkan masyarakat yang harmoni. Setiap orang saling bergantung di antara satu

sama lain dan perlulah mengamalkan sikap saling berkerjasama.kita berhubung rapat kerana

ia mampu menjamin kebahagian serta perpaduan.ia turut membantu mengurangkan

kesunyian dan dan turut membantu didalam kesusahan. Perpaduan seharusnya dapat di capai

dengan penglibatan yang tidak berbelah bagi bagi setiap kaum di dalam aktiviti kerja sosial.

8.0 LAMPIRAN
Bidang perkhidmatan kerja sosial

Bidang kerja sosial Agensi yang terlibat

Kebajikan keluarga : mencegah daripada berlakunya Agensi keluarga

penderaan dan keganasan dalam rumah tangga dan

membaiki peranan ibu bapa.

Kebajikan kanak-kanak : membantu mencari keluarga Agensi keluarga dan kanak-

angkat dan memberi perlindungan kepada anak-anak yatim. kanak.

Penjenayahan : membantu bekas banduan mnyesuaikan diri Penjara, sekolah latihan dan

dalam masyarakat setelah keluar dari penjara. mahkamah

Penjagaan kesihatan fizikal : membantu pesakit dalam Hospital dan pusat pemulihan.

menghadapi penyakit yang dihidapi terutama rawatan yang

konsisten.

Penjagaan kesihatan mental : membantu mereka yang Hospital, klinik dan program

memerlukan penjagaan psikiatrik atau bentuk bantuan lain. kesihatan mental awam.

Perkhidmatan untuk belia : mengukuhkan potensi dan Pusat kemasyarakatan dan

keupayaan bekerjasama dengan orang lain dalam perumahan.

melaksanakan tugas kemasyarakatan.

Pengurusan pendapatan, latihan kerjaya dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyrakat,

pekerjaan program bantuan pekerjaan.

Penggunaan bahan : membantu memulihkan penagih dadah Program pemulihan ketagihan

dan alkohol. dadah dan arak.

Jururunding persendirian : menawarkan khidmat

psikoterapi, terapi kumpulan dan terapi keluarga serta

perkahwinan.
Garvin dan Seabury(1997). Interpersonal Practise in Social Work (page 6)

Elaun Pekerja Cacat Mengikut Jenis-Jenis Kecacatan

1999 2000 2001 2002

Kes RM Kes RM Kes RM Kes RM


Kecacatan

Penglihatan 922 849,070 976 1,090,140 1,048 1,708,903 1,097 2,592,163

Pendengaran 599 493,360 652 715,580 702 1,006,039 783 1,776,273

Anggota 2,193 1,826,537 2,328 2,517,730 2,517 4,486,542 2,845 6,477,739

Akal 351 296,430 375 421,350 343 829,482 541 858,270

Lain-lain - - 0 0 0 0 0 0

Jumlah 4,065 3,465,397 4,331 4,744,800 4,610 8,130,966 5,266 11,704,445


JKKM(2004) dalam http://www.jkm.gov.my/mel/statistikml.htm

Bilangan Yang Menerima Bantuan Bencana Alam daripada JKMM Mengikut Etnik

Tahun Melayu Cina India Bumiputra Bumiputra Lain- Jumlah

Sabah Serawak lain

1996 3,518 265 389 - - 13 4,185

1997 6,849 351 741 - - 571 8,512

1998 4,107 626 1,121 - - 60 5,824

1999 30,325 566 2,311 - - 856 34,058

2000 10,057 700 1,137 1 2 40 11,937

2001 4,937 740 774 791 494 97 7,833

2002 8,592 825 563 539 239 1,114 11,872


JKKM(2004) dalam http://www.jkm.gov.my/mel/statistikml.htm

KEMENTERIAN PERPADAUAN NEGARA DAN PEMBANGGUNAN MASYARAKAT.

Pada oktober 1990 kementrian perpaduan negara dan pembangunan masyarakat di wujudkan

menggantikan kementriab kebajikan masyarakat dengan lima Jabatan/Agensi di bawahnya iaitu,

1) Jabatan Kebajikan Masyarakat;

2)Jabatan Perpaduan Negara;

3)Urusetia Hal Ehwal Negara(HAWA);

4)Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara(LPPKN);

5)Yayasan Kebajikan Negara(YKN)

Objektif KPNPM:

Mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang sejahtera dan beridentiti sendiri dengan

penduduknya bersatupadu,berkualiti,berdikari dan mengamalkan budaya ikram.

Strategi:
Strategi kementrian ini bagi tahun 1992 ialah untuk memberi penekanan yang lebih kepada

aktiviti-aktiviti pendidikan awam,penggalakan,pencegahan,pemulihan dan pembanggunan

masyarakat.

Kementrian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.

Laporan mesyuarat Pakar Inter-Region mengenai ‘Sosial Welfare Organisation and Administration (U.N Publication Sales No.E 68.IV.8)

9.0 PETA MINDA

Tingkah laku
manusia dan
persekitaran sosial

Penyelidikan KOMPONEN Dasar dan


perkhidmatan
TERAS ILMU kebajikan sosial

KERJA SOSIAL

Latihan amali atau Kaedah amalan


praktikum kerja sosial

PENYEDIA PERKHIDMATAN SISTEM PENGHUBUNG


SECARA LANGSUNG
-broker
-penyelesai masalah individu

-terapi pasangan dan keluarga -pengurus/penyelaras kes

PERANAN PEMELIHARA
-perkhidmatan kerja kelompok -penimbang
SISTEM tara/pendamai/peguam bela
Pendidik/penyebar maklumat
-penilai organisasi

-pemudah cara/fasilitator
PEKERJA SOSIAL
Ahli pasukan

Perunding/orang yang
memerlukan rundingan
PEMAJU SISTEM

-pemaju program.

-perancang

-pemaju polisi dan prosedur


PENYELIDIK DAN
PENYELIDIK -advocate
PELANGGAN

10.0 BIBLIOGRAFI

Abd Razak Abd Manaf, Zakiyah Jamaluddin (2002) Kerja Sosial Artikel-Artikel

Pilihan.Kuala Lumpur :Utusan Publication and Distribution Sdn Bhd.

Azlin Hilma Hillaluddin, Fatimah Zailly Ahmad Ramli, Rusimah Sayuti, Yusmarhani Yusof

(2005) Polisi, Perundangan dan Amalan Kerja Sosial. Jabatan Penerbitan dan Tekologi

Media Universiti Utara Malaysia.

Dasar Kebajikan Masyarakat Negara. Diperoleh 18 Mac 2009 daripada

http://www.Kempadu.gov.my/JKM/BM/dasar.htm

Dasar-Dasar Kerajaan.Diperoleh 18 Mac 2009 daripada

http://www.intan.kintan.my/Ikwas/MISC/dasarkerajaan.htm

Fuziah Shaffie, Abd Razak Abd Manaf (2001) Pengenalan Kerja Sosial Artikel-Artikel

Pilihan. Utusan Publication and Distribution Sdn Bhd.

Garvin dan Seabury(1997). Interpersonal Practise in Social Work.

Ian O’Connor, Paul Smyth,Jeni Warburton(2000)Social Work and The Human Service

Challenges And Changes. Longman


Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Statistik Perkhidmatan Kebajikan. Diperoleh 24

April 2004 daripada http://www.jkm.gov.my/mel/statistik.htm

Pamplet Dasar Sosial Negara. Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat

Wan Azmi Ramli, (1993) Dasar Sosial di Malaysia. Golden Books Centre Sdn Bhd.

Noor Azizah, Ahmad (2001) Kerja Sosial di Malaysia : Hubungkait di Antara Polisi Sosial dan

Amalan Kerja Sosial. Utusan Publication and Distributors

Hepworth, Dean H., Rooney, Ronald H. and Larsen, Jo Ann (1997)Direct Social Work Practise :

Theory and Skill, RSBN : 5, Brooks/Cole Publishing Company.

Suppes, Mary Ann and Wells, Carolyn Cressy (1991), The Social Work Experience, McGraw-

Hill Incorprotion

Elaine Phoo Tiew Khoon (1983), Interaksi Kejiranan di Kalangan Penduduk yang Berbilang

Kaum di Sebuah Kawasan Perumahan, hal 10-17

Morales, Armando T. and Sheafor, Bradford W.(1995) Social Work : A Profesion of Many Face.

RSBN : 7, Allyn and Bacon, A Simon and Schuster Company

Você também pode gostar