Você está na página 1de 3

KERTAS KERJA LATIHAN KEBAKARAN

SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR KUBU 2014

PENDAHULUAN
Memandangkan aspek keselamatan merupakan elemen yang terpenting
dalam semua institusi, pihak sekolah di bawah Unit 3K ( Keselamatan /
Kebersihan / Kesihatan ) mengambil inisiatif untuk mengadakan program
yang berbentuk peningkatan dan keselamatan murid. Program ini diadakan
untuk memberi kesedaran kepada warga sekolah betapa pentingnya isu
keselamatan diambil berat oleh semua pihak. Program ini telah dirancang
dalam dua siri bagi melengkapkan semua yang terlibat dengan pengetahuan
keselamatan yang secukupnya. Diharapkan dengan adanya program ini akan
memberikan impak yang besar kepada tahap keselamatan sekolah SK Pasir
Kubu ini. InsyaAllah.
RASIONAL
Memupuk rasa prihatin warga sekolah terhadap keselamatan sekolah pada
setiap masa dan ketika. Keselamatan adalah keutamaan sekolah.
OBJEKTIF

Menanam perasaan cintakan sekolah.

Sentiasa bersiap sedia dalam apa jua keadaan.

Mengajak murid kearah kesedaran keselamatan.

Menambah pengetahuan berkaitan keselamatan kepada murid-murid.

Memupuk keprihatinan untuk menjaga keselamatan.

Tahu tindakan atau prosedur semsa menghadapi musibah kebakaran

MATLAMAT

Memertingkatkan penghayatan tentang keselamatan.

Melahirkan murid yang prihatin.

Melahirkan insan yang berpelajaran dan berpendidikan luas.

Mempertingkatkan kefahaman, pengetahuan dan kesedaran dalaman


dikalangan guru dan murid.

Melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.

SASARAN
Semua murid tahun 1, 2, 3, 4, 5, 6 dan semua warga Sekolah Kebangsaan
Pasir Kubu
.
BUTIRAN PROGRAM

Tarikh: 3 Februari dan 13 Oktober 2014

Hari: Isnin

Masa: 09.00 pagi

Tempat: Padang Sekolah

AKTIVITI

Latihan kebakaran atau latihan pengosongan bangunan

Taklimat keselamatan

Demontrasi memadam kebakaran

PENILAIAN AKTIVITI
Laporan serta dokumentasi.

PENUTUP

Program ini diharapkan dapat dilaksanakan dengan baik dan seterusnya


memberiimpak yang positif kepada semua guru dan para pelajar supaya
mendapat pengetahuan mengenai keselamatan di sekolah.

Disediakan Oleh ;

..

Disahkan Oleh ;

..

Nor Hayati bt. Abd. Razak


Shaid@Shuib

Abd. Rahman b.

( Penyelaras 3K SK.Pasir Kubu)


)

( GK. HEM SKPasir Kubu

Você também pode gostar