Você está na página 1de 22

5.

1Analisis Pemerhatian
Pembelajaran Murid ( Nota Lapangan )
Pemerhatian terhadap murid dari kumpulan sasaran telah dijalankan pada sesi pertama
memandangkan pengajaran dan bimbingan guru hanya berlaku pada sesi pertama. Sesi pertama
dijalankan selama kira-kira 1 jam dan murid telah diterangkan secara eksplisit berkenaan caracara mengenalpasti anu dan membina ayat-ayat matematik daripada suatu pernyataan atau soalan
berayat yang diberi. Pemerhatian dijalankan dengan melihat kepada beberapa aspek utama iaitu
dari segi respon pelajar terhadap intervensi yang dijalankan, pemahaman murid dalam
menentukan anu dan membina ayat matematik selepas intervensi, serta kesan intervensi terhadap
murid.
Sesi pengajaran dimulakan dengan saya cuba untukguru merangsang semula
pengetahuan sedia ada murid tentang topik sasaran. SayaGuru menggunakan soalan terbuka bagi
membolehkan murid dapat menjawab soalan secara bebas dan lebih selesa untuk mengutarakan
pendapat mereka mengenai anu. Kemudian, sayaguru menjelaskan topik sasaran secara
terperinci berdasarkan pendapat atau jawapan yang telah diberikan oleh murid Di sini, murid
dilihat mempunyai sedikit sebanyak pemahaman tentang anu. Hal ini dapat dibuktikan melalui
pemerhatian yang telah dilakukan di mana pada mulanya apabila dikehendaki untuk memberi
pengertian kepada anu, murid hanya berdiam diri. Namun begitu, murid mula memberikan
jawapan yang baik dan memberangsangkan apabila guru memberikan satu contoh pernyataan di
papan putih. Kemudian, guru mula mengenalkan teknik model bar kepada murid secara
berperingkat.

Pada mulanya, guru saya memperkenalkan istilah-istilah bagi komponen-komponen


yang terlibat di dalam sebuah ayat matematik penolakan dengan berpandukan contoh pernyataan
di papan putih .Istilah-istilah ini akan digunakan kemudiannya dalam pembinaan model bar. Di
dalam ayat matematik penolakan, pada kebiasannya terdapat 3 komponen atau elemen yang
terlibat di dalam pembinaan sebuah ayat matematik iaitu nilai asal atau jumlah, berapa yang
diambil atau dibuang dan juga hasil tolak atau baki. Dengan menggunakan istilah-istilah ini,
Sayaguru kemudiannya membandingkan membuat perbandingan di antara istilah-istilah tersebut
dengan contoh yang bersesuaian berdasarkan pernyataan yang ditunjukkan di atas papan putih..
Pernyataan yang ditulis pada papan putih pada sesi tersebut adalah seperti berikut : Ahmad ada 5 ekor ikan.2 ekor ikan mati dan bakinya masih hidup
Berdasarkan pernyataan tersebut, guru bertanya kepada murid tentang ayat manakah
yang menunjukkan nilai asal atau jumlah, berapa yang diambil dan hasil tolak atau baki. Murid
berjaya menentukan setiap ayat yang mewakili komponen yang ditanya di mana mereka
menyatakan 5 ekor ikan yang dipunyai oleh Ahmad sebagai jumlah atau nilai asal, 2 ekor ikan
yang telah mati sebagai berapa yang diambil dan seterusnya, ayat bakinya masih hidup yang
juga merupakan anu adalah hasil tolak atau baki. Selepas itu, guru mula melukis model bar pada
papan putih dan menerangkan cara pembinaan model bar tersebut kepada para murid.

Dalam pembinaan model bar ini, murid pada awalnya diarahkan untuk melukis sebuah
bar terlebih dahulu. Bahagian dalam bar ini pula dibahagikan kepada dua bahagian. Seterusnya,
panjang seluruh bar itu dijelaskan oleh guru sebagai jumlah dan nilainya dicatatkan di situ.
Manakala setiap bahagian di dalam bar tersebut masing-masing dilabel sebagai berapa yang
diambil dan hasil tolak atau baki.Guru menerangkan nilai bagi setiap bahagian berapa yang
diambil dan hasil tolak atau baki akan ditulis sepanjang panjang bahagiannya pada bar tersebut.
Kemudian , guru merujuk semula kepada pernyataan dan menuliskan semula nilai-nilai serta
ayat yang mewakili jumlah, hasil tolak dan berapa yang diambil ke dalam bar yang telah dilukis.
Hasilnya adalah seperti berikut : -

2
Ikan mati

?
Ikan hidup

5 merupakan nilai yang tidak diberi di dalam


Oleh kerana bilangan ikan yang masih hidup
pernyataan tersebut iaitu anu, maka panjang bahagian tersebut dilabelkan dengan simbol ?
bagi mewakili nilai anu tersebut. Seterusnya, guru menerangkan langkah pembinaan ayat
matematik berdasarkan model bar tersebut dengan cara berikut :-

Jumlah/Nilai Asal Berapa yang diambil = Hasil Tolak/ Baki


Dalam masa yang sama, guru menjelaskan bahawa berapa yang diambil boleh menjadi
baki atau hasil tolak dan sebaliknya. Maka, ayat matematik yang boleh dibina daripada
pernyataan tersebut adalah :52=

dan,

5-

=2

Semasa guru memberi penjelasan berkenaan model bar ini, murid dilihat dapat
memberikan respon yang baik dan sangat memberangsangkan. Sebagai contoh, apabila guru
bertanya kepada murid tentang ayat matematik yang sesuai untuk pernyataan di atas berdasarkan
penerangan yang telah diberi, salah seorang daripada murid tersebut berjaya memberikan salah
satu daripada ayat matematik yang diinginkan manakala satu lagi murid berjaya menemukan
ayat matematik lain yang juga bersesuaian dengan pernyataan yang diberi. Murid juga
memberikan perhatian yang baik terhadap pengajaran guru dan dilihat agak teruja untuk
mencuba menggunakan kaedah yang telah diterangkan oleh guru. Guru kemudiannya
mengedarkan lembaran kerja bagi membolehkan murid mempraktiskan semula apa yang telah
mereka ketahui dengan menyelesaikan soalan di dalam lembaran kerja tersebut. Sebelum
menjawab, murid diberikan penerangan tentang kehendak soalan pada lembaran kerja. Murid
kemudiannya diarahkan untuk cuba menjawab soalan pertama pada lembaran kerja dan
kemudiannya disusuli dengan sesi perbincangan sesama rakan dan guru.

Daripada gambarajah di atas,atas, dapat dilihat bahawa murid sedang cuba untuk
menjawab soalan pertama pada lembaran kerja. Pada mulanya, sebahagian daripada mMuridmurid tersebut dilihat agak keliru tentang cara untuk melukis bar memandangkan ini pertama
kali mereka menggunakan kaedah tersebut. Oleh itu, pada masa ini, murid banyak bertanya
kepada guru dan guru terpaksa memberi penerangan secara individu bagi menjelaskan
kekeliruan murid.

Berdasarkan Gambarajah di atas menunjukkan, didapati murid sedang cuba untuk


menjawab soalan di dalam lembaran kerja yang telah diedarkan. Ternyata murid memberikan
perhatian yang baik semasa di dalam kelassesi pengajaran dan di mana ini membolekan mereka

dapat melaksanakan teknik model bar dengan baik semasa diarahkan untuk menjawab soalan.
Namun begitu,seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, masih ada yang memerlukan sedikit
bimbingan bagi memperjelaskan sedikit kekeliruan yang ada pada mereka kerana kekeliruan dari
aturcara peletakan nilai,pembinaan bar dan sebagainyamemandangkan teknik ini masih baru
buat mereka. Guru dan murid kemudiannya berbincang mengenai soalan pertama yang telah
mereka selesaikan. Guru mendapati bahawa 3 daripada 4 orang murid berjaya menjawab dengan
baik tanpa sebarang kesalahan manakala seorang lagi masih melakukan sedikit kesalahan di
dalam membina ayat matematik. Namun begitu, setelah berbincang, murid menyedari tentang
kesalahan yang telah dilakukannya dan menunjukkan perubahan yang positif apabila diarahkan
untuk menyelesaikan soalan-soalan lain pada lembaran kerja tersebut. Secara tuntasnya, muridmurid berjaya menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan sesi intervensi dapat
memberikan impak yang positif kepada para murid.
Jadi, secara keseluruhannya,
bBerdasarkan pemerhatian yang telah dilakukan semasa dan selepas intervensi dijalankan
terhadap murid-murid dari kumpulan sasaran, didapati ada berlakunya beberapa perubahan
positif pada murid. Dari segi aspek respon pelajar terhadap intervensi yang digunakan iaitu
teknik model bar, perkara pertama yang guru dapat lihat adalah pelajar selesa dan tidak
mengalami banyak kesulitan di dalam menggunakan teknik model bar ini. Hal ini dapat
diperhatikan ketika murid membuat soalan pertama pada lembaran kerja yang diberikan. Hampir
semua murid dapat melukis model bar yang tepat berdasarkan pernyataan yang diberikan di
dalam soalan pertama. Mereka juga dapat menjelaskan dengan baik apabila ditan ya mengenai
mengapa mereka melabel model bar tersebut dengan nilai-nilai tertentu yang diambil dari
pernyataan yang diberi di dalam soalan. Dari segi pemahaman murid dalam penentuan anu dan
pembinaan ayat matematik pula, penggunaan model bar ini dilihat membolehkan murid untuk -

Murid dapat menyatakan atau menjelaskan berkenaan nilai anu berdasarkan bukti daripada
model bar yang telah dilukis.

:-

Selain itu, murid juga dapat mengenalpasti anu dan membina ayat matematik daripada
soalan berayat dengan lebih pantas serta efisyen. Sebelum teknik model bar ini dijalankan, murid
kerap tertanya-tanya dan tidak pasti di dalam pengenalpastian anu serta pembinaan ayat
matematik. Namun begitu, apabila mereka sudah diperkenalkan dengan teknik tersebut, murid
dapat mengenalpasti anu dan membina ayat matematik dalam masa yang singkat dan jawapan
yang dihasilkan lebih tepat.
Dari segi kesan teknik model bar ini terhadap pembelajaran murid pula, - muridPelajar
dilihat lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan yang diajukan berkenaan topik yang dipilih
iaitu penggunaan anu dalam penolakan secara lisan dan bertulis. Mereka dapat menjawab dan
menjelaskan cara pengenalpastian anu dan pembinaan ayat matematik daripada suatu pernyataan
dengan lebih baik.
- Murid jugaPelajar boleh mengesan kesalahan yang dilakukan oleh rakan lain dan
menegur antara satu sama lain dengan berkesan. Penggunaan teknik ini juga menjadikan
- sSuasana pembelajaran lebih memberangsangkan dan murid kelihatan seronok untuk
belajar.
- Murid dapat mengenalpasti anu dan membina ayat matematik daripada soalan berayat dengan
lebih pantas serta efisyen
- Murid dapat menyatakan anu berdasarkan bukti daripada model bar
- Murid juga dilihat lebih selesa untuk menjawab soalan berkenaan topik penggunaan
anu dalam penolakan dan .

- Murid dapat memahami intipati di dalam sebuah soalan berayat dengan lebih baik di
mana murid kini boleh menyatakan komponen-komponen penolakan daripada suatu soalan
berayat yang diberi.. Hal ini seterusnya secara tidak langsung
-Murid dapat memperbaiki pemahaman mereka tentang cara membina ayat matematik
penolakan daripada soalan berayat atau pernyataan yang diberi. Di samping itu,
-mMurid dapat menyatakan jalan kira yang betul dan sistematik di dalam membina ayat
matematik yang sesuai bagi sesebuah pernyataan atau soalan berayat. pernyataan atau soalan
berayat.
- Murid dapat menyesuaikan pemahaman mereka berkenaan model bar tersebut kepada
bentuk atau tahap soalan yang berbeza.
- Murid juga dapat menambahbaik pemahaman tentang pembinaan ayat matematik yang
mana teknik model bar ini dapat membantu mereka menyedari bahawa terdapat banyak ayat
matematik yang boleh dibina daripada sesuatu pernyataan yang diberi
Pengajaran guru ( Refleksi )
Berdasarkan rakaman video yang telah saya lakukan semasa sesi pengajaran saya
menggunakan teknik model bar, saya telah mendapati terdapat beberapa perubahan positif dari
segi gaya pengajaran yang telah saya laksanakan. Pemerhatian kepada pengajaran guru ini dibuat
pada beberapa aspek iaitu kesan penggunaan teknik model bar terhadap pengajaran guru dan
implikasi teknik model bar ini terhadap guru. Dari segi kesan intervensi ini terhadap pengajaran
guru, terdapat beberapa perkara yang dapat diperhatikan.Pertamanya, pada awal kelas, saya
menggunakan pengetahuan sedia ada murid untuk mengenalkan topik penggunaan anu dalam
penolakan kepada para murid. Hal ini menggalakkan kemahiran berfikir di kalangan murid saya
yang mana ini mendatangkan suasana yang memberangsangkan untuk memulakan pembelajaran
hari tersebut seterusnya menyediakan ruang untuk guru dan murid belajar secara efisyen. Hal ini

dapat dilihat di dalam klip rakaman video yang mana murid memberikan penglibatan yang baik
dan aktif di awal sesi pengajaran dan pembelajaran.
Selain daripada itu, penggunaan contoh yang saya tulis di papan putih membolehkan
murid untuk menyesuaikan pemahaman mereka tentang apakah itu anu dan menggalakkan
mereka untuk berinteraksi dengan guru apabila ditanya. Buktinya, daripada rakaman yang
dibuat, apabila ditanya berkenaan dengan anu pada awal kelas, murid masing-masing sudah
mempunyai jawapan sendiri berdasarkan gerak bibir mereka yang cuba memberikan pendapat
tetapi tidak jelas. Namun begitu, apabila diberikan contoh pernyataan atau soalan berayat di
papan putih, kesemua murid dapat memberikan respon yang baik dan dapat memberikan contoh
anu daripada contoh soalan tersebut dengan tepat.
Gaya bahasa yang saya gunakan semasa menerangkan berkenaan cara
pembinaan ayat matematik juga dilihat mudah diterima dan difahami oleh para murid. Istilah
yang saya gunakan dalam menerangkan tentang pembinaan ayat matematik adalah jumlah atau
nilai asal, berapa yang diberi atau dibuang dan hasil tolak atau baki. Daripada pemerhatian
daripada video, murid didapati dapat memahami istilah-istilah tersebut dan dapat mengaitkan
istilah-istilah tersebut ke dalam contoh soalan berayat atau pernyataan yang telah saya tulis di
papan putih. Hal ini membolehkan murid lebih bersedia untuk diperkenalkan dengan teknik
model bar di dalam membina ayat matematik.
Saya juga mendapati bahawa pengajaran saya dengan menggunakan teknik
model bar adalah lebih disenangi dan mudah difahami oleh para murid. Pengajaran saya juga
dapat meningkatkan kefahaman murid berkenaan cara membina ayat matematik daripada suatu
soalan berayat atau pernyataan. Hal ini kerana, suatu soalan berayat atau pernyataan dapat
diwakilkan semula ke dalam bentuk model bar dan perkara ini membolehkan murid untuk
memahami suatu pernyataan dengan lebih baik. Berdasarkan pemerhatian, murid didapati dapat
menyesuaikan diri dengan teknik model bar ini dengan pantas serta dapat menjelaskan

komponen-komponen yang perlu di dalam membina ayat matematik dengan lebih baik. Oleh itu,
jika dahulunya, murid daripada kumpulan sasaran ini agak sukar untuk membina ayat matematik
daripada suatu soalan berayat atau pernyataan, murid-murid tersebut kini dapat membina ayat
matematik dengan lebih pantas dan tepat. Murid juga dilihat dapat menjelaskan semula tentang
cara mereka mendapatkan ayat matematik yang telah mereka temui serta dapat menegur rakan
apabila mereka membuat kesalahan.

Dari segi implikasi teknik model bar ini terhadap saya, saya mendapati bahawa dengan
menggunakan teknik model bar ini, saya menjadi lebih mudah dan selesa untuk mengajar topik
penggunaan anu dalam penolakan ini. Hal ini kerana, sebagai guru, saya memerlukan bukti yang
konkrit dan jelas di dalam menerangkan sesuatu perkara yang telah saya ajar kepada para murid
saya. Oleh itu, melalui model bar ini, sebagai guru, saya berasa selamat dan bersedia di dalam
menerangkan dengan sebaik mungkin berkenaan penentuan anu dan pembinaan ayat matematik
kepada murid-murid saya. Saya juga berasa lebih yakin untuk menjawab apa jua bentuk soalan
yang diberikan oleh murid saya kerana saya boleh menggunakan bukti-bukti atau jalan kerja
yang dapat dilihat oleh murid saya dengan jelas.

Analisis Dokumen
Saya telah menjalankan ujian pada sesi ke-2 pengajaran saya memandangkan muridmurid dari kumpulan sasaran telah berjaya menguasai teknik model bar ini pada sesi yang
pertama. Ujian dijalankan selama 30 minit.Murid diberikan 6 soalan dari aras yang berbeza dan
dikehendaki untuk menjawab tanpa bantuan daripada guru mahupun rakan-rakan lain. Hasil
daripada analisis ujian ini akan digunakan untuk menilai penguasaan murid di dalam
menentukan anu serta membina ayat matematik daripada soalan berayat dengan berbantukan
teknik model bar. Berikut adalah kategori analisis peratusan markah murid dalam ujian tersebut.
Markah (%)
80 100
60 79
50 59
0 49

Gred Pencapaian
Cemerlang
Baik
Sederhana
Gagal

Dapatan daripada ujian yang dilakukan menunjukkan setiap murid berjaya menjawab
soalan yang diberikan dengan cemerlang. Keempat-empat murid daripada kumpulan sasaran
berjaya menjawab kesemua soalan yang diberikan di dalam ujian dengan betul dengan
menggunakan teknik model bar.
Bil
1
2
3
4

Nama Murid
Amar
Ali
Fitrah
Jamilah

Skor ( %)
100
100
100
100

Gred Pencapaian
Cemerlang
Cemerlang
Cemerlang
Cemerlang

Catatan Analisis
Telah mencapai tahap
Telah mencapai tahap
Telah mencapai tahap
Telah mencapai tahap

Markah yang diperolehi oleh mereka ini juga menunjukkan bahawa murid sudah
menguasai kemahiran menentukan anu serta membina ayat-ayat matematik yang bersesuaian
daripada soalan berayat.. Murid dilihat telah berjaya menambahbaik tahap pencapaian mereka di
dalam penggunaan topik penggunaan anu ini di mana terdapat peningkatan yang sangat ketara
dari segi gred pencapaian mereka setelah menjalani pengajaran dengan menggunakan teknik
model bar ini. Jadual dan gGraf di bawah menunjukkan dapatan markah murid di dalam topik
penggunaan anu dalam penolakan ini semasa tinjauan awal dan perbandingan di antara markah
murid dari kumpulan sasaran sebelum dan selepas menjalani intervensi.

Nama Murid
Bil

Markah kerja rumah

(Bukan Nama
Menentukan anu

Membentuk ayat

6
6
6
5

Matematik
3
3
3
1

Sebenar)
1.
2.
3.
4.

Amar
Ali
Fitrah
Jamilah

(%)
75
75
75
50

Keputusan Ujian Murid Sebelum & Selepas Intervensi


100
90
80
70
60
50
40
30
20
10
0

Amar

Ali
Sebelum Intervensi

Fitrah

Jamilah

Column1

Keputusan Ujian Murid Sebelum & Selepas Intervensi


100
90
80
70
60
50
40
30
20
10
0

Amar

Ali
Sebelum Intervensi

Fitrah

Jamilah

Column1

Didapati, semua murid telah berjaya mempertingkatkan pemahaman mereka di


dalam topik ini dan murid dilihat berjaya memperolehi pencapaian yang baik selepas menjalani
intervensi. Jika dilihat cara murid-murid ini menjawab soalan yang diberikan pula selepas
menjalani intervensi, terdapat beberapa perkembangan yang dapat dilihat dari segi strategi dan

kaedah yang mereka gunakan untuk menjawab soalan di dalam topik penggunaan anu dalam
penolakan ini.

Gambarajah di atasatas menunjukkan jalan kerja yang ditunjukkan oleh murid A di


dalam menjawab salah satu soalan di dalam ujian yang telah dijalankan. Daripada soalan ini ,
dapat dilihat bahawa murid ini dapat menentukan anu bagi pernyataan yang diberi dengan baik
di mana murid tersebut menyatakan ayat beberapa bahagian dicat sebagai anu bagi pernyataan
tersebut. Kemudian, murid tersebut telah menggunakan teknik model bar bagi membina ayat
matematik yang bersesuaian bagi pernyataan tersebut. Murid A telah berjaya membina dua ayat
matematik yang sesuai berdasarkan lukisan model bar yang telah dilakukannya.

Gambarajah di atas pula menunjukkan hasil kerja yang ditunjukkan oleh murid B yang
mana didapati murid ini juga tidak mengalami masalah di dalam menentukan anu daripada

pernyataan yang diberi. Murid tersebut telah menggunakan teknik model bar di dalam membina
ayat-ayat matematik daripada pernyataan tersebut. Kedua-dua ayat matematik yang dihasilkan
pula adalah dilihat sebagai sesuai dan menepati pernyataan yang diberikan. Maka dapat dilihat di
sini bahawa murid B juga telah berjaya menguasai teknik model bar ini dan ternyata ianya
berjaya membantu murid tersebut di dalam menjawab soalan seumpama ini.

Gambarajah di atas menunjukkan hasil kerja murid C di dalam menjawab soalan terakhir
yang telah saya sediakan di dalam ujian mereka. Soalan terakhir ini berbentuk KBAT
( Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) dan memerlukan murid untuk berfikir dan benar-benar
menguji pemahaman murid tentang penggunaan teknik model bar. Daripada hasil kerja di atas
didapati murid faham di dalam menentukan anu daripada soalan tersebut. Soalan ini
mengandungi 2 anu yang mana perkara ini adalah bukan suatu situasi yang berbeza daripada
soalan-soalan yang pernah saya berikan kepada mereka sebelum ini. Namun begitu, murid ini
berjaya menjawab soalan ini dengan baik di mana dia dapat melukis model bar yang tepat dan
juga ayat matematik yang sesuai dengan soalan tersebut. Perkara ini turut dilakukan oleh murid
A, B dan D di mana mereka juga berjaya menentukan anu serta membina ayat matematik yang
bertepatan daripada soalan ini. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa kesemua murid dalam
kumpulan sasaran telah berjaya menguasai teknik model bar ini dan berjaya menambahbaik
mutu pembelajaran mereka khususnya di dalam topik penggunaan anu dalam penolakan ini.

Analisis Temubual
Temubual telah dijalankan dalam 2 sesi yang mana sesi pertama adalah untuk pasangan
murid lelaki 4tmanakala sesi ke-2 adalah untuk pasangan murid perempuan.Temubual ini
dijalankan bagi mendapatkan respon daripada para murid dari kumpulan sasaran tentang
pendapat mereka mengenai intervensi yang telah dijalankan kepada pembelajaran mereka dan
kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru. Dengan menggunakan temubual secara separa
berstruktur, murid diajukan soalan dan perbualan antara guru dan murid telah direkodkan dengan
menggunakan perakam suara. Temu bual ini kemudiannya telah ditulis semula dalam bentuk
transkripsi bagi memudahkan menganalisis data. Dapatan daripada kedua-dua sesi temubual ini
Guru : Baik. Bagus. Seterusnya, cuba bandingkan cara cikgu mengajar menggunakan
adalah
agak model
konsisten
mana kesemua
muridmengajar
rata-ratasebelum
menyuarakan
pendapat yang hampir
kaedah
bar yang
ini berbanding
cara cikgu
ini di kelas?Adakah
baradalah
ini mudah
sama.model
Berikut
salahdifahami?
satu petikan daripada hasil temubual dengan murid :Murid : Senang dan lebih mudah menggunakan kaedah ini berbanding sebelum
ini ( kaedah yang cikgu gunakan di kelas )
Guru : Jadi kaedah ini sememangnya dapat membantu kamu?
Murid : Ya,membantu
Guru : Bagaimana kaedah ini membantu kamu?
Murid : Lebih cepat untuk mengetahui dan memahami anu

iaitu :Daripada petikan yang diambil daripada hasil temubual di atas menunjukkan bahawa
murid-murid mendapati bahawa tTeknik model bar ini sememangnya dapat membantu
mereka di dalam menentukan dan memahami anu daripada suatu soalan berayat. Perkara ini
seterusnya akan membawa kepada kefahaman yang lebih baik di kalangan murid terhadap cara
pembinaan ayat matematik.
Guru : Adakah pengajaran yang cikgu lakukan semalam itu menyeronokkan?
Kalau seronok kenapa?
Murid : Seronok sebab cikgu buat lawak dan teknik ini macam seronok
Guru : Okay bagus.untuk
Lagi? digunakan. Tak pening kepala sangat
Murid : Kaedah serta bahasa atau istilah yang digunakan lebih mudah difahami. Contohnya
seperti jumlah, nilai..

dan membina ayat matematik dengan lebih cepat

Guru : Oh, lagi?

Berdasarkan
Murid
: Baki petikan transkripsi temubual di atas, didapati mMurid berasa seronok dengan cara
pengajaran
digunakan
oleh guru.ini
Hal
ini adalah kerana
murid-murid
Guru
: Adakahyang
penggunaan
istilah-istilah
memudahkan
pemahaman
kamumendapati
dalam teknik
pengajaran cikgu?

model bar yang digunakan memudahkan mereka untuk menjawab soalan di dalam topik
Murid : Ya*Menganggukkan kepala

penggunaan anu dalam penolakan ini seterusnya membolehkan mereka menyelesaikan soalan

Guru : Pada pandangan kamu, adakah arahan dan penerangan yang cikgu berikan jelas

tersebut dengan lebih teratur dan sistematik.

semasa mengajar kaedah model bar ini?

Murid : Jelas. Tetapi mungkin agak kurang sedikit dari segi penerangan berkenaan tajuk atau
perkara yang harus saya isikan di dalam kotak. Saya tidak tahu mana satu yang
harus diletakkan di sini ( pemberian tajuk kepada bahagian di dalam model bar )

Selain daripada itu, berdasarkan petikan transkripsi temubual di sebelah, murid juga
menyatakan bahawa gaya bahasa atau istilah yang digunakan oleh saya semasa mengajar lebih
mudah difahami oleh murid walaupun mereka akui masih memerlukan sedikit penambahbaikan
dari segi penyampaian berkenaan langkah pembinaan model bar. Hal ini berikutan istlah-istilah
yang saya gunakan semasa sesi pengajaran seperti jumlah atau nilai asal, berapa yang diambil
atau dibuang serta hasil tolak atau baki adalah tidak asing bagi mereka. Tidak asing di sini
bermaksud, mereka pernah belajar atau menemui istilah-istilah tersebut sebelum ini dan hal ini
membolehkan mereka lebih mudah memahami apa yang ingin disampaikan oleh saya.Namun
masih ada perkara yang perlu diperbaiki dari segi penerangan saya mengenai pemberian tajuk
kepada setiap bahagian di dalam model bar tersebut supaya ianya lebih mudah difahami oleh
murid.

Murid juga menyatakan bahawa teknik model bar ini membolehkan mereka untuk membuat
penjelasan terhadap jawapan yang mereka hasilkan iaitu dalam menentukan anu dan pembinaan
ayat matematik. Hal ini dapat dibuktikan melalaui petikan transkripsi temubual di bawah

Guru : Jika selepas ini kamu diberi peluang untuk menjelaskan berkenaan kaedah ini
kepada rakan lain, adakah kamu boleh menjelaskannya kepada rakan lain
(selepas membuat latih tubi) ?
Murid : Boleh ajar sikit-sikit.

Berdasarkan petikan tersebut, murid mengatakan bahawa mereka dengan sedikit


sebanyak, dapat menyampaikan semula pengetahuan mereka berkenaan teknik model bar ini
kepada rakan mereka sekiranya telah membuat latih tubi. Di sini, dapat dilihat bahawa teknik
model bar ini dapat meningkatkan kemahiran berfikir murid tentang cara untuk menentukan anu
dan membina ayat matematik secara terancang.Hal ini seterusnya dapat merangsang murid ke
arah kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) apabila mereka dikehendaki untuk menjelaskan
tentang teknik ini kepada rakan mereka. Oleh itu, teknik model bar ini dilihat dapat
meningkatkan gaya pemikiran dan cara pembelajaran murid.Istilah atau gaya bahasa yang
digunakan semasa guru mengajar mudah untuk difahami oleh murid namun perlu sedikit
penambahbaikan dari segi penyampaian berkenaan langkah pembinaan model bar
Murid boleh menggunakan model bar pada bentuk soalan yang berbeza.
-

Murid boleh menerangkan semula kaedah ini kepada rakan lain sekiranya telah
membuat banyak latih tubi

Gaya pembelajaran guru lebih mudah diterima dan difahami oleh murid.

Bagi merumuskan dapatan daripada temubual ini, didapati para murid daripada kumpulan
sasaran dapat menerima teknik model bar dengan baik dan bersependapat bahawa teknik ini
sememangnya dapat membantu mereka di dalam menjawab soalan di dalam topik penggunaan
anu ini. Gaya pengajaran yang ditunjukkan oleh guru pula dapat membantu mereka kerana

istilah-istilah dan gaya bahasa yang digunakan oleh guru untuk sesi pengajaran pada kali ini
lebih mudah difahami. Teknik yang dianjurkan juga diajar dengan terperinci dan murid dapat
belajar dengan lebih baik dan menyeronokkan.

Você também pode gostar