Escolar Documentos
Profissional Documentos
Cultura Documentos
Gerhana di barat
Gerhana di jazirah Arab
Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat
pengiringan mereka.
Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari.
Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti
terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang
mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.
Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya
sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh
membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan
mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua
matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.
Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di
kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata
yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi
Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S. Apabila binatang ini
memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan
tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila
tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini
adalah orang kafir'.
Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan
membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat
Nabi Muhammad S.A.W.
Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua
golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj
dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan
oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya
tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum
nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.
PENGAJARAN
Segala apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. itu adalah
benar belaka janganlah disangsikan dan ragu-ragu.
Sekiranya kita menghayati apa yang tersirat pada kisah di atas
memang kebanyakannya telah berlaku kini.
Tak perlu Nostradamus' Prediction untuk kita jadikan panduan atau
ikutan seperti orang kafir atau menunggu hasil kajian saintifik
tentang amalan dan sunnah Rasullullah s.a.w.
Percayalah seyakin-yakinnya dan amalkan
-Wallahualam-