Você está na página 1de 16

PENGENALAN

Sejarah Gelagat Organisasi telah bermula semenjak manusia mengenal erti hidup secara
bersosial. Sejarah tamaddun awal di negeri China, India,Farsi, Rumawi dan kebangkitan
tamaddun Islam bermula pada abad keenam telah membuktikan terdapatnya sistem dalam
menguruskan organisasi. Sungguhpun begitu bidang ini telah mendapat perhatian yan lebih
mendalam sejak dua dekad yang lalu lebih lebih lagi selepas tercetusnya revolusi industri di
Eropah. Pelbagai kajian berkaitan dengan bidang ini telah dilakukan oleh pelbagai pihak
untuk melihat hubungan di antara perilaku manusia dengan kecermelangan organisasi. Ramai
pengkaji telah membahagikan tahap sejarah perkembangan gelagat organisasi.
Organisasi adalah suatu badan yang dianggotai oleh pelbagai individu dengan
kelebihan yang pelbagai yang menjalankan tugas dan peranan yang berbeza bagi mencapai
matlamat yang sama (Robbins, 2003). Pencapaian matlamat organisasi pula adalah
bergantung kepada dua elemen iaitu elemen kemanusiaan dan elemen bukan kemanusiaan.
Elemen kemanusiaan adalah seperti akauntabiliti dan komitmen terhadap organisasi.
Manakala elemen bukan kemanusiaan seperti proses, polisi, struktur dan teknologi. Keduadua elemen ini akan mempengaruhi tingkah laku dalam organisasi sama ada secara individu
atau kumpulan terhadap pencapaian organisasi (Abd. Aziz, 2003).
Menurut Robbins (2005) tingkah laku organisasi didefinisikan sebagai satu bidang
kajian yang menyelidik impak gelagat yang dihasilkan oleh individu, kumpulan dan struktur
di dalam organisasi bertujuan untuk mengaplikasikan pengetahuan tertentu bagi menjamin
kemajuan dan kecekapan sebuah organisasi. Manakala menurut Martin (2005) tingkah laku
organisasi dirujuk kepada sikap dan peribadi individu dan kumpulan dalam sesebuah
organisasi. Sementara George & Jones (1996) mendefinisikan tingkah laku organisasi sebagai
satu bidang yang memberikan penumpuan kepada peningkatan pengetahuan dengan
menggunakan kaedah saintifik ke atas semua manusia yang menganggotai organisasi.
Oleh itu, itu tingkah laku organisasi sebagai satu bidang pengkhususan yang
tersendiri, boleh ditakrifkan sebagai satu bidang kajian pelbagai displin yang menggunakan
kaedah-kaedah saintifik untuk mengkaji bagi memahami tingkah laku individu dan kumpulan
serta proses organisasi, faktor-faktor yang mempengaruhinya, implikasi tingkah laku dan
proses tersebut terhadap organisasi dan kaedah serta teknik memperbaikinya untuk tujuan
pengurusan pembangunan staf serta meningkatkan produktiviti organisasi keseluruhannya
secara berterusan (Ahmad Sukri, 2002).
1

Bagi memastikan kemajuan dan kejayaan sesebuah organisasi, antara aspek penting
tingkah laku organisasi yang biasa dikaji ialah gelagat organisasi pekerja. Gelagat organisasi
ini adalah berkait dengan persekitaran organisasi yang dikenali sebagai iklim organisasi. Ini
kerana menurut Ostroff (1993) iklim organisasi mempengaruhi tingkah laku individu
terhadap organisasinya. Gelagat organisasi ini juga mempunyai kaitan dengan gelagat
kewarganegaraan organisasi, yang biasanya dikenali sebagai gelagat sukarela.
Salah satu faktor penting dalam kepuasan bekerja ialah bagaimana pekerja
berkomunikasi dengan ketua atau organisasi. Jika komunikasi yang berjalan adalah positif
maka sikap dan kepuasan terhadap kerja yang dilakukan akan meningkat. Manakala jika
perkara sebaliknya berlaku maka ini akan memberikan kesan negetif kepada kerja dan
organisasi.

Rajah 1 : Komunikasi dalam Organisasi

BENTUK-BENTUK KOMUNIKASI
Komunikasi terbahagi kepada dua bentuk. Bentuk yang pertama ialah komunikasi lisan atau
dikenali juga dengan komunikasi verbal. Komunikasi lisan bermaksud sebarang komunikasi
yang disampaikan kepada pendengar dengan menggunakan bahasa pertuturan. Contohnya,
berceramah, berpidato, pengucapan umum, temuramah dan sebagainya (Abdullah Hassan dan
Ainon Mohd. 2001:48).
Bentuk komunikasi yang kedua pula ialah komunikasi bukan lisan atau dikenali juga
sebagai komunikasi non-verbal. Komunikasi bukan lisan boleh diertikan sebagai sebarang
komunikasi yang disampaikan kepada pendengar tanpa melibatkan bahasa pertuturan.
Contohnya tulisan, simbol, cara pemakaian, ekspresi muka, pandangan mata, gerak-geri
anggota tubuh, nada suara dan sebagainya (Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. 2001:48).
Ketika menyampaikan ilmu, Rasulullah bukan hanya menggunakan komunikasi lisan,
akan tetapi baginda juga menggunakan komunikasi visual yang merupakan salah satu
daripada komunikasi bukan lisan. Daripada Abdullah bin Abbas r.a. berkata, Nabi
Muhammmad s.a.w. melukis empat garisan di atas tanah dan baginda bertanya, Adakah
kamu tahu mengapa Aku melakarkan empat garisan ini? Mereka menjawab, Allah dan
RasulNya lebih mengetahui. Lalu baginda bersabda, Semulia-mulia wanita di dalam syurga
kelak ada empat orang iaitu Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad, Maryam
binti Imran dan Asiah binti Muzahim, isteri Firaun. Dalam riwayat ini jelas terbukti bahawa
Rasulullah turut menggambarkan teknik lakaran yang tergolong dalam kategori bahasa bukan
lisan dalam menyampaikan mesejnya kepada para sahabat (Razali Saaran. 2010: 128).
Komunikasi bukan lisan lebih berkesan daripada komunikasi lisan. Apabila
komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan tidak selari, komunikasi bukan lisan lebih
diutamakan. Hal ini kerana komunikasi bukan lisan yang terpamer daripada tubuh selalunya
bertindak secara semula jadi dan adakalanya mudah dikenal pasti oleh orang lain. Menurut
seorang ahli psikologi Amerika, Mehrabian mengatakan bahawa apabila seorang manusia
cuba menyampaikan perasaan atau hasrat hatinya, komunikasi yang terlibat ialah 55 peratus
komunikasi bukan lisan, 38 peratus melalui intonasi dan tujuh peratus melibatkan komunikasi
lisan. Hal ini menunjukkan peratusan komunikasi bukan lisan adalah yang tertinggi dan ianya
bersifat kekal yang diwarisi melalui pendidikan sejak kecil ( Dewan Bahasa. Disember 2008:
12 dan 14 ).

KEPENTINGAN KOMUNIKASI
1. Memahami Dunia Sekitar dan Manusia Lain
Manusia berkomunikasi disebabkan mereka hendak memahami segala kejadian dan peristiwa
yang berlaku di sekelilingnya. Dengan berkomunikasi mereka dapat memahami alam
sekeliling dan kehidupan ini. Manusia berkomunikasi untuk saling memahami antara satu
sama lain. Para pendakwah berkomunikasi untuk memahami perkara-perkara yang dialami
oleh sasaran dakwahnya sendiri seperti memahami masalah, dunia persekitaran kehidupan
madu dan mengenali siapa diri madu tersebut. (Abdullah Hassan. 2002: 25-26).
Komunikasi antara pendakwah dan sasarannya bukan sahaja membantu pendakwah
memahami madu tetapi madu juga dapat mengenali siapa diri si pendakwah itu. Madu
dapat mengetahui segala aspek dalam diri pendakwah seperti keistimewaan dan kelemahan
serta mengetahui samada pendakwah mengetahui atau membenci diri mereka. Semua ini
dapat diketahui melalui kata-kata yang diucapkan oleh pendakwah. Inilah yang dikatakan
komunikasi membantu untuk mengetahui persekitaran dunia dan memahami manusia lainnya.
(Abdullah Hassan. 2002: 25-26).

2. Menjalin Hubungan
Kepentingan komunikasi yang kedua ialah membantu manusia menjalin hubungan. Beberapa
kajian yang dibuat oleh pakar-pakar psikologi mengesahkan bahawa faktor kebahagiaan
manusia yang paling besar ialah apabila wujudnya perhubungan yang rapat sesama manusia.
Kebahagiaan ini begitu besar sehingga boleh mengatasi kebahagiaan wang, kerjaya dan
seks( Abdullah Hassan. 2002: 26-27 ).
Manusia memerlukan perhubungan yang rapat kerana ia dapat mengurangkan rasa
kesepian dan kesunyian, membuatkan diri seseorang itu rasa dihargai disebabkan wujudnya
kata-kata atau perbuatan yang menyatakan penghargaan serta dapat menambahkan rasa
kenikmatan dan mengurangkan rasa kesengsaraan hidup kerana menjadi fitrah manusia
perlunya perkongsian dalam kehidupan berkongsi keseronokan dan berkongsi kedukaan bagi
mengurangkan kedukaan( Abdullah Hassan. 2002: 26-27 ).

3. Memberi Inspirasi
Dalam urusan organisasi, seseorang pemimpin itu perlulah melatih diri agar dapat membina
komunikasi yang baik dengan semua pihak. Hal ini kerana, dalam sesebuah organisasi
memerlukan banyak idea serta maklumat bagi melancarkan gerak kerja yang berkualiti.
Apabila semua orang dapat berkomunikasi dengan baik, maka akan wujud pelbagai idea dan
sekaligus ia akan memberi inspirasi kepada mereka yang pada awalnya tidak mempunyai
sebarang idea mengeluarkan idea yang begitu menarik. Itulah yang menjadi kepentingan
dalam komunikasi. Apabila wujudnya komunikasi, maka akan terbitlah kekreatifan dalam
memberi pelbagai inspirasi idea menarik( Abdullah Hassan & Ainon Mohd. 2002: 15-16 ).

4. Meleraikan konflik
Satu lagi fungsi penting komunikasi ialah memperbaiki hubungan yang sedia ada. Kesilapan
yang paling asas dalam komunikasi ialah mesej yang disampaikan oleh penyampai tidak
difahami dengan jelas atau timbulnya salah faham dalam memahaminya. Akibat daripada itu,
ia boleh menimbulkan konflik atau pelbagai gangguan emosi lain seperti emosi marah,
kecewa, keliru dan sebagainya. Atas faktor inilah pembaikan semula mesej perlu
diperjelaskan melalui komunikasi yang lebih jelas dan berkesan. Rundingan boleh dibuat
antara individu terbabit bagi mencari punca konflik dan menyelesaikannya( Hashim Fauzy.
2001: 3-4 ).

KEPERLUAN KOMUNIKASI DALAM PENGURUSAN ORGANISASI


Seperti dinyatakan sebelum ini, organisasi tidak dapat lari daripada berkomunikasi kerana
keberkesanan komunikasi akan melancarkan perjalanan perancangan ke arah mencapai
matlamat sesebuah organisasi. Kesemua fungsi-fungsi elemen proses pengurusan akan
disalingkaitkan melalui komunikasi. Terdapat banyak kepentingan keperluan komunikasi
dalam organisasi dan di antaranya dapat dinyatakan seperti berikut ;
1. Komunikasi

akan

dapat

membantu

organisasi

mencapai

objektif

dengan

mempengaruhi pekerja mengubah kelakuan, minat dan kerjasama untuk bekerja dan
mencapai matlamat organisasi melalui kaedah lisan, bertulis, mekanikal dan simbolik.

2. Melalui komunikasi, organisasi akan dapat memperolehi banyak maklumat yang


diperlukan seperti pengetahuan teknologi, latihan kerja, kewangan dan sebagainya. Ini
bertujuan agar usaha menyusun strategi ke arah bagaimana hendak berfungsi secara
cekap dan berkesan.
3. Komunikasi berupaya mengawal tingkah laku ahli-ahli dalam beberapa cara seperti
memo, senarai tugas, surat pekeliling dan sebagainya.
4. Komunikasi juga turut berperanan dari segi perkembangan dan pertumbuhan
dorongan dengan menjelaskan kepada pekejra-pekerja terhadap tindakan yang perlu
dilakukan, prestasi yang mesti ditunjukkan dan langkah-langkah untuk meningkatkan
prestasi.
5. Secara formal atau tidak, semua aktiviti kerja memerlukan interaksi antara satu sama
lain. Maka perlunya komunikasi dalam menjalankan tugas masing-masing supaya
bersama-sama menuju pencapaian satu matlamat.
6. Dalam membuat keputusan, mesyuarat dan perbincangan adalah perlu. Alternatif yang
dipersetujui dari mesyuarat dan perbincangan akan disebarkan kepada seluruh ahli
organisasi. Kesemua aktiviti ini akan melibatkan komunikasi.
7. Tujuan bimbingan, latihan dan pembaikan, pengurus perlu menjalankan penilaian
prestasi ke atas mutu dan gaya kerja pekerjanya. Kedua-dua pihak perlu mengetahui
maklumat ini bagi kebaikan bersama. Ini hanya boleh dilakukan melalui komunikasi
agar sesuatu tujuan hasrat tercapai.
8. Komunikasi juga turut berperanan menyelesaikan sesuatu masalah organisasi. Apabila
timbul ketegangan dalam organisasi, pihak pengurusan dan pekerja boleh bekerjasama
untuk menyelesaikannya samada melalui dialog, perbincangan, mesyuarat dan
sebagainya. Kata sepakat hanya dapat diperolehi setelah komunikasi yang baik
dilaksanakan.

KOMUNIKASI BERKESAN
Kajian terhadap keperluan berkomunikasi secara berkesan telah dibuat sejak sekian lama di
dalam dan di luar negara. Komunikasi yang berkesan tidak hanya sekadar ditinjau dari segi
6

kepuasan yang timbul di kalangan kakitangan organisasi. Dakwaan-dakwaan berkaitan


dengan keberkesanan komunikasi organisasi akan menjadi lebih sahih sekiranya dibuktikan
hubungannya dengan pembolehubah-pembolehubah organisasi yang lain.
Salah satu elemen yang penting dalam penyelidikan komunikasi organisasi adalah
komunikasi pemimpin dan ahli atau juga dikenali sebagai pertukaran pemimpin-ahli.
Hubungan antara pemimpin dan ahli yang harmoni dan baik dapat melicinkan lagi perjalanan
organisasi serta dapat mencapai misi dan visi organisasi. Secara tidak langsung, komunikasi
yang berkesan antara ketua dan subordinat akan dapat menentukan kejayaan sesebuah
organisasi

Di antara kepentingan komunikasi berkesan di dalam organisasi adalah seperti berikut :


i.

Komunikasi yang berkesan juga harus dilihat dari segi dimensi Kesepaduan
Organisasi iaitu tahap sejauh mana kakitangan bersepadu dan terlibat dalam interaksi
interpersonal bagi mencapai matlamat yang dikongsi bersama. Komunikasi yang
kabur akan menimbulkan kekeliruan dan salah faham yang boleh menjejaskan
kesepaduan organisasi. Salah satu isu dalam konteks pengurusan organisasi di
Malaysia ialah penglibatan dalam sesebuah organisasi seperti penglibatan dalam
membuat keputusan yang dikatakan rendah terutamanya bagi kakitangan di sektor
awam.

ii.

Keperluan berinteraksi merupakan salah satu dimensi komunikasi penting dalam


persekitaran organisasi. Keperluan berinteraksi meningkat apabila kakitangan
berhadapan dengan maklumat yang mencabar kepercayaan, sikap dan pengetahuan
mereka. Keperluan berinteraksi ini ialah persoalan-persoalan di dalam diri kakitangan
dan mereka bermotivasi untuk mencari maklumat yang boleh mengatasi konflik dan
masalah yang dihadapi.

iii.

Masalah ketidakberkesanan komunikasi pihak atasan ini juga diakui wujud dalam
konteks berkomunikasi dalam masyarakat Malaysia di mana komunikasi pihak atasan
dikatakan lebih berbentuk sehala, kurang terbuka, serta kurang menitikberatkan
pendapat dan pandangan pihak bawahan. Masalah komunikasi yang berlaku di
organisasi adalah pengaliran maklumat sehala daripada pihak atasan kepada pihak

bawahan di samping kecenderungan pihak atasan mengambil keputusan tanpa


mengambil kira pendapat dan pandangan pihak subordinat.

MASALAH KOMUNIKASI DALAM KEPEMIMPINAN ORGANISASI


Permasalahan ini perlu di lihat dari aspek masalah komunikasi dalam kepemimpinan dan
masalah kepemimpinan dalam komunikasi. Adalah malang jika ada pemimpin yang tidak
tahu

akan

kepentingan

komunikasi yang berkesan

dan

seterusnya bertindak

mengabaikannya atau bersikap lewa ketika berkomunikasi. Dalam sesebuah organisasi


terdapat beratus atau beribu pekerja atau pengikut yang datang dari pelbagai rencam budaya
dan latar belakang. Agama, budaya, bangsa, daerah yang berbeza antara satu sama lain
memerlukan bentuk komunikasi yang berbeza ketika berhubung. Pemimpin tidak boleh
merangkup sekali gus bahawa semua pengikutnya sama. Dari aspek jantina sahaja sudah
menagih kaedah komunikasi yang berbeza. Bagi organisasi yang ekstrem seperti angkatan
tentera dan polis, kaedah komunikasinya secara total berbeza dengan komunikasi para guru
dan murid di sebuah sekolah. Bahasa yang keras dan arahan yang tegas dan disampaikan
dalam situasi serius ditagihkan dalam mentadbir sesebuah organisasi keselamatan. Manakala
bahasa yang mesra dan penyampaian penuh diplomasi diperlukan di sebuah sekolah atau
syarikat swasta lain.
Oleh kerana komunikasi seperti senjata dua mata, maka ia perlu disampaikan dengan
baik, sempurna, sesuai dengan khalayak, sesuai dengan masa dan keadaan. Jika tidak, ia akan
memberi maksud yang berbeza kepada pengikut. Sekiranya saluran komunikasi yang tidak
sesuai digunakan, kemungkinan mesej yang disampaikan tidak sampai sepenuhnya atau tidak
sampai langsung. Situasi ini akan menjadikan kelam kabut jika pengikut terus melaksanakan
tugas tanpa mendapat arahan yang jelas. Inilah masalah sebenar komunikasi dalam
kepemimpinan organisasi. Sejarah kepentingan penyampaian komunikasi lisan ditunjukkan
oleh Panglima Perang China iaitu Sun Tzu ketika diuji Maharaja China. Sun Tzu mengatakan
setelah arahan diberikan tetapi pengikut masih tidak dapat melaksanakan dengan baik atau
salah pelaksanaannya, maka berkemungkinan arahan yang diberikan tidak jelas dan terang.
Setelah arahan diberi dengan jelas dan terang dan berulang tetapi pengikut masih tidak dapat
melaksanakannya dengan baik atau salah melaksanakannya, maka kesalahan diletakkan pada
pengikut, maka pengikut perlu di hukum.

Sesetengah pemimpin dalam organisasi, buta teknologi komunikasi atau bersikap


negatif dan menolak teknologi. Pemimpin khususnya generasi terdahulu yang masih tinggal
menjadi pemimpin atasan sesebuah organisasi menolak teknologi komunikasi. Teknologi
komunikasi bergerak pantas dan menjadi lebih kreatif dan inovatif. Sikap pemimpin yang
menolak teknologi komunikasi menjadikan mereka buta pada peralatan tersebut sedangkan
pengikutnya celik pada peralatan tersebut. Sikap pemimpin seperti ini lah yang memberi
masalah komunikasi pada masa hadapan kerana masih bergantung pada sistem lama. Contoh
terbaik dalam isu ini ialah kekalahan tentera China dalam perangannya dengan Taiwan.
Tentera China yang digeruni telah kalah dalam peperangan ini kerana panglima perangnya
menolak teknologi komunikasi. Mereka masih percaya kepada kaedah komunikasi dengan
menggunakan burung merpati. Setiap mesej atau maklumat medan pertempuran disampaikan
dengan burung merpati. Apabila Tentera Taiwan menubuhkan tim penembak dan
melancarkan operasi menangkap burung merpati, banyak maklumat rahsia perang China
diketahui oleh Tentera Taiwan. Antaranya ialah kebocoran strategi perang, maklumat
kekuatan anggota dan persenjataan, susun atur serangan dan pertahanan dan laluan yang akan
digunakan. Dari sudut yang lain, barangkali tidak keterlaluan jika di katakan boleh dan
mungkin akan menjadi realiti pada masa akan datang yang mana ketua kampung hanya
menghantar jemputan perkahwinan melalui pesanan SMS. Sungguhpun ia melanggar budaya
dan amalan tetapi kaedahnya amat mudah dan cepat.

AMALAN KOMUNIKASI KETUA


Menurut Jablin (1979) salah satu gelagat ketua yang menjadi penentu kepada tindakan ketuaketua dalam organisasi adalah pola komunikasi yang diguna pakai oleh ketua apabila mereka
9

berinteraksi dengan subordinat mereka. Jablin memperjelaskan lagi cara bagaimana ketua
berinteraksi adalah sangat mustahak kerana kerana dua perkara yang saling bergantung rapat.
Pertama dari segi persekitaran kerja. Beliau berpendapat persekitaran kerja sebagai satu ciri
unik dalam interaksi ketua-subordinat kerana ketua dan subordinat akan bertemu pada setiap
hari untuk berkerja. Kedua, ketua dan subordinat perlu memenuhi tugas yang dipertanggung
jawabkan ke atas mereka. Justeru itu, cara ketua berinteraksi dengan subordinat amatlah
penting kerana ia boleh menentukan keberkesanan sesebuah organisasi. Hal ini dibuktikan
melalui tinjuan yang dilakukan oleh Johnson (1992) yang mendapati kemahiran
berkomunikasi dan amalan komunikasi sebagai kemampuan utama yang perlu dimiliki oleh
pengurus.
Clampitt dan Downs (1994) pula mentakrifkan komunikasi ketua-subordinat sebagai
satu komunikasi yang berbentuk dari atas dan bawah diantara ketua dan subordinat. Mereka
memperjelaskan takrifan ini lagi dengan memperincikan tiga prinsip utama dalam interaksi
ketua dan subordinat iaitu sejauh mana ketua itu terbuka kepada idea yang diberikan oleh
subordinat, sejauhmana ketua mendengar dan memberi perhatian kepada apa yang
diperkatakan oleh subordinat dan prinsip ketiga dalam komunikasi ketua subordinat adalah
sejauh mana panduan yang diberikan oleh ketua dalam menyelesaikan masalah yang
berkaitan dengan tugasan kepada subordinat.
Dalam kajian yang melibatkan amalan komunikasi ketua Johlke dan Dulhan (2000)
menyatakan amalan komunikasi ketua dalam sesebuah organisasi boleh digambarkan melalui
empat dimensi amalan komunikasi ketua iaitu, kekerapan berkomunikasi, pemilihan saluran
komunikasi, isi kandungan komunikasi dan arah aliran komunikasi apabila ketua dan
subordinat berinteraksi seperti yang dikemukakan oleh Krone, Jablin dan Putnam (1987).
Dimensi kekerapan berkomunikasi merujuk kepada jumlah hubungan yang berlaku
dikalangan ahli-ahli organisasi berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Farace, Monge dan
Russell, (1977). Kekerapan komunikasi ini boleh bertindak sebagai penghubung antara ketua
dan subordinat dan ia merupakan satu kaedah bagi ketua mempengaruhi tindakan ahli dalam
sesebuah organisasi dibawah kawalannya. Dimensi amalan komunikasi ketua yang kedua
pula adalah pemilihan saluran komunikasi yang boleh ditakrifkan sebagaiman bagaimana
sesuatu mesej itu disampaikan. Stohl dan Reeding (1987) menyatakan cara terbaik
menggambarkan pemilihan saluran komunikasi adalah melalui darjah formaliti sesuatu
interaksi atau juga dikenali sebagai communication mode. Jika ketua memilih untuk
berinteraksi secara formal dengan subordinat mereka, maka saluran komunikasi seperti memo
10

atau mesyuarat digunakan untuk berinteraksi sebaliknya pula interaksi bersemuka dengan
subordinat akan digunakan jika komunikasi itu tidak formal. Dimensi ketiga tentang amalan
komunikasi ketua seperti yang dikemukakan oleh Johkle, Duhan, Howell dan Wilkes (2000)
dalam kajian mereka adalah berkaitan dengan isi kandungan komunikasi ketua dan
subordinat merujuk kepada strategi yang digunakan oleh ketua untuk mempengaruhi
subordinat mereka (Fisher, Maltz dan Jaworski, 1997).
Ini bermakna interaksi ketua terhadap subordinat bertujuan untuk mempengaruhi
gelagat subordinat mereka. Ketua boleh memilih untuk berinteraksi secara langsung atau pun
tidak langsung dengan subordinat mereka. Interaksi langsung di antara ketua dan subordinat
merujuk kepada tekanan oleh ketua terhadap subordinat melalui interaksi yang berteraskan
arahan manakala interaksi secara tidak lansung pula ketua mempengaruhi tindakan subordinat
melalui perkongsian maklumat dan pembuatan keputusan bersama. Dimensi terakhir amalan
komunikasi ketua adalah arah aliran interaksi ketua dan subordinat. Terdapat dua konsep
utama dalam aliran komunikasi ini seperti yang dikemukakan oleh Farace, Monge dan
Russell (1977). Konsep pertama adalah komunikasi satu arah, manakala konsep kedua adalah
komunikasi pelbagai arah. Komunikasi satu arah merupakan komunikasi yang berlaku dari
ketua kepada subordinat sahaja manakala komunikasi pelbagai arah adalah komunikasi dari
ketua kepada subordinat dan dari subordinat kepada ketua.

KEPUASAN KERJA.
Kepuasan kerja pula dikaitkan kepada perasaan seronok hasil daripada pekerjaan dan keadaan
persekitaran pekerjaan. Menurut Locke (1976) pula, kepuasan kerja didefinisikan sebagai
keseronokan atau emosi yang positif hasil daripada penilaian sesuatu kerja atau pengalaman
11

kerja. Faktor yang mempengaruhi kepuasan kerja seseorang pekerja berbeza dengan pekerja
yang lain. Kajian-kajian yang dilakukan sebelum ini seperti kajian oleh Likert, (1993),
Schuler, (1995); Porter dan Roberts (1993) mendapati komunikasi memainkan peranan utama
dalam setiap sistem dalam organisasi dan secara konsisten terdapat hubungan antara dimensi
hubungan komunikasi ketuasubordinat dengan kepuasan kerja. Hubungan ini semakin kuat
apabila kepuasan kerja dikaitkan dengan hubungan pekerja ketua terdekat mereka. Subordinat
mempersepsikan ketua berdasarkan kepada gaya komunikasi, kredibiliti dan kualiti maklumat
yang boleh meningkatkan moral dan motivasi dan kepuasan kerja (Pettit, Goris dan Vaugh,
1997).
Oleh yang demikian, Job Descriptive Index (JDI) yang diperkenalkan oleh Smith,
Kendall dan Hulin (1969) digunakan dalam pemungutan data kajian ini. Kepuasan kerja
menurut Smith, Kendall dan Hulin (1969) merujuk kepada semua aspek pekerjaan yang mana
sumber kepuasan atau ketidakpuasan boleh diukur. Konsep ini merangkumi kerja itu secara
sejadi, ganjaran yang diperolehi, peluang kenaikan pangkat, karektor ketua dan sikap rakan
sekerja terhadap kerja. Indeks JDI adalah alat pengukuran kepuasan kerja yang popular dan
telah diterjemah ke dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Sepanyol (Hulin, Drasgow dan
Komocar, 1982). JDI pertama kali dibangunkan lebih 20 tahun lepas (Smith, Kendall dan
Hulin, 1969) dan sejak itu ia digunakan secara meluas sebagai alat pengukuran kepuasan
kerja (OOconnors, Peters dan Gordon, 1978). Sebab utama menjadikannnya popular kerana
ia merangkumi pengukuran yang lengkapsesuai dengan pekerja yang berpendidikan rendah
dan merupakan format yang ringkas. JDI telah diuji terhadap beratus ribu individu dalam
beratus-ratus organisasi sama ada sektor swasta dan juga sektor awam (Maghrabi dan
Johnson, 1995).
Berdasarkan kajian ini didapati bahawa pekerja tidak berpuas hati dengan pekerjaan
mereka. Ini dapat dilihat melalui kaji selidik yang dijalankan. Pekerja tidak berpuas hati
dengan atau mendapat tekanan tentang kerja yang diberikan kepada mereka, suasana di
tempat kerja, arahan-arahannyang disampaikan oleh pihak atasan dan interaksi diantara ketua
dan orang bawahan. Semua ini dapat dilihat melalui teori ERG yang diperkenalkan oleh
Clayton Alderfer.

TEORI ERG

12

Teori ERG diperkenalkan oleh Clayton Alderfer dari Yale University. Beliau telah
menyambung kajian yang dibuat oleh Abraham Maslow dengan lebih mendalam di samping
menjalankan penyelidikan yang lebih empirikal. Hasil kajiannya dikenali sebagai ERG yang
membawa maksud existence, relatedness dan growth. Sekarang mari kita lihat erti perkataan
tersebut. Pertama, kewujudan (existence) membawa maksud memberikan keperluan asas
kepada setiap manusia yakni keperluan fisiologikal dan keselamatan (Teori Keperluan
Maslow). Sementara perhubungan (relatedness) memberi pengertian sebagai kehendak kita
untuk

mengekalkan

kepentingan

perhubungan

antara

perorangan

(interpersonal

relationships). Hubungan sosial dan status ini memerlukan interaksi yang aktif dengan orang
lain sekiranya mereka hendak memuaskan hati mereka. Konsep ini selari dengan konsep
sosial dan penghormatan (esteem) yang diklasifikasikan oleh Maslow. Akhirnya,
pertumbuhan (growth) pula menekankan kepada keperluan kehendak intrinsik/dalaman untuk
pembangunan dalaman individu berkenaan. Pembangunan dalaman ini termasuk kategori
penghormatan dan pencapaian hasrat diri seperti yang dikemukakan oleh Maslow dalam teori
hierarkinya.
Teori ERG menekankan kepada dua perkara utama iaitu :
i.

Lebih daripada satu keperluan mungkin beroperasi pada masa yang sama seperti

ii.

keperluan kewujudan dan perhubungan yang diperlukan seiring atau serentak.


Sekiranya keperluan di peringkat lebih tinggi tidak boleh dicapai atau tergugat, maka
kehendak kepada keperluan di peringkat rendah akan meningkat.
Jadi, sebagai rumusan boleh dikatakan bahawa memenuhi kepuasan keperluan di

peringkat rendah akan membawa kepada kehendak keperluan di peringkat yang lebih tinggi
tetapi keperluan tersebut boleh bertindak sebagai faktor penggalak. Dalam masa yang sama
faktor penggalak akan bertindak sebagai faktor kepada kekecewaan dalam usaha untuk
mencapai kepuasan di peringkat yang lebih tinggi.
Teori ERG juga lebih konsisten dengan pengetahuan bahawa setiap individu adalah berbeza
seperti perbezaan pendidikan, latar belakang keluarga, persekitaran budaya dan faktor-faktor
lain. Untuk itu pihak pengurusan seharusnya menyusun semula pengurusan organisasi
bersesuaian dengan kehendak para pekerja bawahan. Antara proses pengurusan yang perlu
diberi perhatian ialah:
1. Perancangan

13

Sebelum pihak pengurusan memulakan aktiviti organisasi, perancangan hendaklah dibuat


terlebih dahulu. Pada peringkat perancangan, perkara yang perlu dipersoalkan adalah seperti
berikut:
i.

Tujuan dan objektif: Ini termasuk mengenal pasti perkara yang ingin dicapai oleh
sesebuah organisasi berdasarkan matlamat penubuhan organisasi tersebut dan prestasi
yang diinginkan seperti kadar pertumbuhan organisasi atau peratusan keuntungan dan
lain-lain.

ii.

Strategi organisasi: Apabila matlamat dan tujuan telah ditakrifkan dengan jelas,
organisasi perlu mencari jalan (strategi) untuk mencapai matlamat dan tujuan seperti
yang diharapkan itu. Di dalam strategi, pihak pengurusan akan membincangkan
perkara seperti strategi pemasaran yang meliputi perletakan harga, perluasan pasaran
atau perbezaan barangan agar organisasi itu dapat bersaing dengan pihak luar.

iii.

Langkah seterusnya, pihak pengurusan harus mengatur program atau projek mengikut
strategi yang berasaskan matlamat organisasi.
2. Penyusunan

Penyusunan melibatkan kerja menstruktur organisasi dan penstafan (proses pengambilan


kakitangan). Struktur organisasi menunjukkan pembahagian kerja mengikut aktiviti
(pemasaran, kewangan, pemprosesan dan lain-lain), tingkat (hierarki) autoriti, penyelarasan
melalui peraturan dan dasar serta prosedur yang dibuat. Penstafan meliputi perancangan
sumber manusia, pengambilan dan pemilihan kakitangan, orientasi dan latihan, penilaian
prestasi, sistem pampasan (gaji, upah, dan faedah), program peningkatan produktiviti dan
kualiti, program keselamatan dan kesihatan kakitangan, dan program kebajikan dan
perkhidmatan kakitangan.
3. Pengarahan
Pengarahan merupakan fungsi penting untuk menjamin aktiviti organisasi berjalan dengan
teratur dan sempurna dalam suasana yang harmoni. Untuk mencapai matlamat ini faktorfaktor motivasi, kepimpinan, dan sistem komunikasi perlu diberi perhatian oleh pihak
pengurusan.

14

4. Pengawalan
Pengawalan merupakan fungsi terakhir untuk menentukan bahawa prestasi organisasi telah
dicapai mengikut perancangan; masalah dalam penyusunan dikenal pasti dan langkah tertentu
diambil; faktor-faktor di dalam organisasi, keinginan dan sifat kakitangan yang ada hubungan
dengan prestasi dan tingkah laku perlu diberi perhatian dan diawasi.

PENUTUP
Komunikasi dalam berorganisasi adalah satu perkara yang penting untuk difahami, dihayati
dan dilaksanakan dalam organisasi. Disarankan agar semasa berkomunikasi, kita perlulah
memahami diri orang lain sebelum orang lain memahami diri kita seperti mana yang telah
dititipkan di dalam buku tulisan Stephen Covey The 7 Habits of Highly Effective People
yang mana beliau mengatakan bahawa Seek first to understand, then to be understood yang
bermaksud cuba memahami dahulu, kemudian cuba untuk difahami. Kelemahan
berkomunikasi akan mengundang kesalahfahaman terhadap arahan yang diberikan daripada
pentadbiran tertinggi kepada pentadbiran di bawah. Tidak mustahil, ia akan menyebabkan
pertikaian dan pertembungan dalam pentadbiran organisasi.

RUJUKAN
A. BUKU
1) Prof. Dr. Ansary Ahmed et. al (2007). Open University Malaysia: BBGO 4103:
Gelagat Organisasi. Kuala Lumpur. Meteor Doc Sdn Bhd.
2) Kathryn M. Bartol & David C. Martin (1998). Management. New York. Iriwin
McGraw-Hill

15

3) Stephen P. Robbins; penterjemah Abdul Razak Ibrahim & Ainin Sulaiman (2000).
Gelagat Organisasi Edisi Kelapan. Kuala Lumpur. Pearson Education Asia Ptd. Ltd.
4) Ebi Shahrin Sulaiman et. Al (2003). Prinsip Pengurusan. Kuala Lumpur. McGrawHill
B. Jurnal
1) HUBUNGAN ANTARA KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI DENGAN
KEPUASAN KERJA, PRESTASI KERJA DAN KOMITMEN KERJA. SHARIFAH
BAHARUM shary@medic-ukm-my Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, R.
BALAN RATHAKRISHNAN balanratha@yahoo.com Sekolah Psikologi dan Kerja
Sosial Universiti Malaysia Sabah.
2) Nurrohim Hassa, Lina Anatan ( 2009, Mei). Efektivitas Komunikasi dalam Organisasi
Fakultas Ekonomi Universitas Pembangunan Nasional Veteran Yogyakarta dan
Fakultas Ekonomi Universitas Kristen Maranatha Bandung. Jurnal Manajemen, Vol.7,
3) PERANAN KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI ,Fatma Wardy Lubis.
4) http://psasir.upm.edu.my/10261/1/FBMK_2003_10_A.pdf

C.
1)
2)
3)

Internet
http://www.khairulfaizi.net/2014/11/bahagian-ke-18-kepentingan-komunikasi.html
http://inspirasiabadi89.blogspot.my/2013/04/komunikasi-dalam-organisasi.html
http://radzihamid.blogspot.my/2012/05/peranan-dan-implikasi-komunikasidalam.html

16

Você também pode gostar