Você está na página 1de 7

Apakah pendekatan PBSS?

Enam teras utama telah digariskan bagi mewujudkan satu pendekatan bersepadu di antara
warga sekolah, PIBG, sektor awam, sektor swasta, badan bukan kerajaan serta masyarakat
setempat ke arah melahirkan sekolah yang sihat.
1.
2.

Polisi Kesihatan Sekolah


Persekitaran Fizikal Sekolah yang Sihat dan Selamat

3.

Persekitaran Sosial Sekolah yang sihat dan Selamat

4.

Penglibatan Komuniti

5.

Kemahiran Kesihatan Diri

6.

Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

Teras-teras ini hendaklah diterjemahkan kepada strategi-strategi dan kaedah pelaksanaan


yang lebih khusus agar ianya mudah difahami dan dapat dilaksanakan oleh semua warga
sekolah.
PBSS memberi ruang untuk tindakan bersepadu yang mengambil kira:

kurikulum sekolah

keadaan fizikal dan sosial sekolah

perkhidmatan kesihatan sekolah

peraturan dan garis panduan yang memberi impak kepada kesihatan.

Ianya melibatkan semua warga sekolah termasuk pentadbir sekolah, guru, pelajar, pekerja
dan masyarakat setempat.
Matlamat PBSS
Melahirkan warga sekolah dan persekitarannya yang sihat, selamat dan berkualiti ke arah
pencapaian wawasan negara.
Objektif PBSS
Memastikan agar setiap sekolah dapat:

Menetapkan polisi kesihatan sekolah.

Memelihara dan menigkatkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria dan selamat.

Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan cara hidup
sihat.
Meningkat kerjasama dan penglibatan komuniti di dalam program kesihatan sekolah.
Memberi pengetahuan serta memupuk sikap dan amalan kesihatan yang baik agar
setiap

warga sekolah lebih bertanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan diri, keluarga


dan
masyarakat.

Menyediakan perkhidmatan kesihatan sekolah dari aspek:


- Penilaian taraf kesihatan murid
- Khidmat rawatan (termasuk rawatan kecemasan), rujukan, bimbingan dan kaunseling
Pengawalan dan pencegahan kejadian penyakiT
Mengenal pasti, merujuk dan membantu dalam penempatan kanak-kanak kurang
upaya

Kebaikan dan Kepentingan PBSS


PBSS ini memberi beberapa kebaikan seperti di bawah:

Ia mempergunakan model kesihatan holistik yang merangkumi aspek fizikal, mental,


sosial dan persekitaran. Ini mempastikan satu persekitaran sekolah yang sihat
terbentuk dan membuka peluang kepada kanak-kanak untuk mengamalkan tabiat
kesihatan yang baik.

Ia menggalakkan penglibatan keluarga dalam perkembangan pengetahuan dan


kemahiran kesihatan kanak-kanak.

Ia juga memberi penekanan kepada pentingnya persekitaran fizikal seperti


bangunan, sanitasi, bekalan air dan padang permainan kanak-kanak yang
mempengaruhi kesihatan kanak-kanak.

Ia juga mengenal pasti kepentingan iklim sosial sekolah di dalam membantu


suasanA pembelajaran yang positif.

Ia menghubungkaitkan sekolah dengan perkhidmatan kesihatan daerah dan


kawasan bagi menyelesaikan masalah kesihatan tertentu di kalangan nakankanak.

Ia memberi penekanan kepada penglibatan pelajar secara aktif di dalam kurikulum


formal untuk membentuk satu siri pengetahuan dan juga kemahiran berkaitan
kesihatan.

Peranan Guru
Antara peranan guru ialah:

Memahami teras utama PBSS.

Menyokong, melaksana dan memperkukuhkan aktiviti-aktiviti PBSS yang dirancang


oleh Jawatankuasa PBSS peringkat sekolah.

Bertanggungjawab untuk memastikan aktiviti-aktiviti PBSS boleh dilaksanakan oleh


Jawatankuasa PBSS peringkat sekolah.

Menjadi contoh kepada murid dalam mengamalkan cara hidup sihat.

Menggalakkan murid menyertai aktiviti PBSS dengan aktif.

Memberi penerangan kepada Ibu bapa dan mesyarakat setempat mengenai PBSS.

GEMUK perkataan yang sangat ditakuti wanita manakala gendut senario


biasa pada lelaki. Kebanyakan orang percaya selepas berkahwin, perempuan
mudah menjadi gemuk dan lelaki cenderung untuk gendut.
Bagaimanapun, ia sebenarnya sekadar cakap kosong yang tidak pernah
disertai dengan kajian saintifik.
Walaupun genetik memainkan peranan penting tetapi masalah itu ia juga
berkaitan dengan aktiviti fizikal dan pemakanan individu.
Gemuk sebenarnya trend yang semakin meningkat bukan saja di Malaysia
tetapi seluruh dunia yang dikaitkan dengan proses urbanisasi dan globalisasi.
Ramai orang tidak bergiat aktif, tidak bersenam dan mengamalkan gaya
pemakanan tidak sihat.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengakui obesiti adalah epidemik
yang mewarnai peta dunia. Hampir satu bilion orang dewasa di seluruh dunia
terlebih berat dan satu pertiga daripadanya gemuk. Ironinya, negara seperti
India yang dicatatkan sebagai negara yang memiliki kes kekurangan nutrisi
yang tinggi juga menghadapi masalah ini.
Lahirkan anak ramai bukan punca gemuk
WANITA berisi juga menarik.
DI BARAT, gemuk dan terlebih berat badan memang perkara biasa. Malah
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan pola peningkatannya lebih
cepat berbanding negara membangun.
Bagaimanapun WHO memberi jawapan yang sama kepada punca masalah ini
iaitu pengambilan makanan yang tinggi gula, lemak tepu dan kurang khasiat
digabung dengan sikap malas bersenam.
Justeru, kepercayaan wanita mudah menjadi gemuk selepas kahwin adalah
mitos belaka.

Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kawalan Penyakit, Jabatan Kesihatan


Awam Kementerian Kesihatan, Dr Noor Azah Daud, berkata logiknya selagi
menjaga pemakanan dan rajin bersenam, jumlah kekerapan melahirkan anak
bukanlah soalnya kerana ada juga perempuan yang tidak berkahwin juga
gemuk.
Sebenarnya apabila umur meningkat iaitu bermula usia 40 tahun, fisiologi
otot mengecil atau mengecut secara perlahan-lahan dan ia boleh diisi
dengan lemak. Keadaan ini bukan terhad pada wanita saja tetapi juga lelaki,
katanya.
Simpanan tenaga utama adalah lemak. Apabila pengambilan tenaga lebih
banyak daripada tenaga yang digunakan, tisu berlemak (adipose tissue)
semakin bertambah. Keadaan itu selalunya seiring dengan peningkatan BMI
justeru berat badan.
Penggunaan tenaga tubuh sebenarnya sepadan dengan berat badan.
Peningkatan tenaga yang tidak seimbang menyebabkan pertambahan berat
badan.
Saya sentiasa sibuk di pejabat dan rumah, mengapa saya masih gemuk? Ini
mungkin soalan biasa di kalangan wanita. Jawabnya mudah, kata Dr Noor
Azah, secara relatifnya lelaki lebih aktif justeru mereka lebih berupaya
mengawal berat badan berbanding wanita.
Memang wanita juga aktif. Bagaimanapun keaktifan itu tidak termasuk
bersenam. Selalunya wanita aktif dengan urusan pejabat dan sibuk dengan
rumah tangga tetapi secara realiti wanita tidak banyak bergerak, katanya.
Maksudnya, dalam melakukan kerja pejabat dan kerja rumah kekuatan
tangan yang lebih diperlukan. Pergerakan tangan digunakan untuk menaip
dan memasak atau melipat pakaian. Pergerakan tangan tidak termasuk
dalam kategori penggunaan otot besar. Penggunaan jari atau otot kecil
bermaksud kurang mengeluarkan tenaga.
Berbanding otot besar seperti bahu, paha dan pinggul, setiap pergerakan
otot besar lebih dari 10 minit membantu mengeluarkan tenaga. Kerana itu
setiap kali melakukan aktiviti fizikal ia mesti lebih dari jangka masa itu.
Anologi paling mudah, mentega yang dikeluarkan dari peti sejuk mengambil
masa 10 minit untuk mencair. Justeru, jika mahu kurus perlu ada
keseimbangan antara tenaga yang diambil dan digunakan.
Ada wanita mengambil jalan pintas untuk kurus. Mengambil pil pelansing
dan mengamalkan diet tidak sihat. Apa yang perlu mereka tahu, pil
pelansing ada pelbagai cara tindakannya. Ada berfungsi mengurangkan

penyerapan makanan dan ada mengurangkan selera makan.


Cara betul kurangkan berat badan adalah amalan bersenam dan makan
makanan sihat. Jangan makan pil kurus kerana sebaik saja berhenti
mengambilnya, berat badan akan naik dua kali ganda daripada asal. Malah
ada kes ia juga boleh menjejaskan buah pinggang kerana ia sudah tidak
boleh lagi berfungsi sebagai penapis, katanya.
Dr Noor Azah berkata, ubat menguruskan badan tidak banyak membantu
dan ia bergantung pada fungsinya. Paling utama pengguna perlu pastikan ia
diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Gemuk sepatutnya tidak boleh menjadi trend. Obesiti adalah penyakit.
Walau apapun kepercayaan, sama ada normal untuk wanita gemuk selepas
kahwin atau biasalah kalau lelaki gendut selepas berkahwin ia harus
dihapuskan sama sekali,
Antara komplikasi gemuk adalah barah. Memang penyakit barah itu
sebenarnya disebabkan banyak faktor, tetapi kalau banyak lemak risiko
barah lebih tinggi. Justeru, mereka yang obes lebih cenderung diserang
barah.
Genetik memang memainkan peranan tetapi ia tidak sehebat penangan
tabiat pemakanan tidak betul dan sikap malas bersenam. Genetik hanya
memberi sumbangan yang kecil saja dalam epidemik gemuk.
Jika seseorang itu gemuk sejak kecil, sel lemaknya lebih besar dan banyak.
Walaupun apabila dewasa, kegemukannya tidak bertambah, bilangan sel
lemak tidak berkurang. Maksudnya, dia susah untuk menjadi kurus
berbanding mereka yang gemuk selepas dewasa, katanya.
Antara wanita dan lelaki malah antara satu individu dengan individu lain,
tidak ada satu kadar pembakaran lemak (BMR) sama. Ada individu yang
makan kerap tetapi tidak gemuk. Mereka ini tergolong dalam kelompok BMR
tinggi.
Merujuk pada kajian pemakanan di kalangan dewasa Malaysia (MANS) pada
2003 mendapati prevelan obesiti dan terlebih berat lebih tinggi di kalangan
wanita berbanding lelaki.
Perbandingan antara kaum pada 1995 pula mendapati prevelan obesiti lebih
tinggi di kalangan orang Melayu diikuti India dan Cina manakala kajian MANS
menunjukkan obesiti tertinggi adalah di kalangan masyarakat India.
Kajian MANS juga mendapati pengambilan tenaga penduduk Malaysia adalah
70 peratus daripada pengambilan makanan yang dicadangkan. Cadangan

pengambilan tenaga penduduk Malaysia dewasa adalah antara 1,200 hingga


1,800 kalori (kcal) sehari tetapi ia berbeza mengikut umur dan jantina.
Kajian itu juga menunjukkan sebahagian besar rakyat Malaysia (85.5
peratus) mengamalkan gaya hidup sedentari (lebih banyak duduk) manakala
hanya 14.4 saja bersenam.
Kata Dr Noor Azah, secara umum bagi wanita tisu lemak berlebihan
tersimpan di pinggul, kaki dan paha manakala bagi lelaki lebihan itu lebih
banyak berkumpul di perut.
Secara umum, senaman untuk menguatkan jantung adalah berlari 30 minit
tetapi jika ingin menguruskan badan, cukup dengan berjalan-jalan santai
tanpa berhenti bagi tempoh satu jam.
Lelaki mudah gendut bila usia meningkat
APA punca gemuk dan gendut? Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kawalan
Penyakit, Jabatan Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan, Dr Noor Azah
Daud, berkata puncanya adalah ketidakseimbangan dalam pengambilan
tenaga dengan penggunaan tenaga.
Ini ditambah dengan tiada perubahan dalam tabiat dan pengambilan
makanan berlemak dan tinggi kalori.
Kombinasi pengambilan nutrisi berlebihan ditambah pula dengan gaya
hidup lebih banyak duduk adalah punca utama obesiti epidemik, katanya.
Selain malas bersenam, perubahan persekitaran fizikal (obesogenic
environment) juga mempengaruhi keadaan ini.
Antara lelaki dan perempuan, lelaki cenderung untuk menjadi gendut apabila
usia semakin meningkat. Lelaki seperti juga perempuan bergelut dengan
isu pertambahan berat badan atau gemuk sepanjang usia. Begitupun, ada
yang tidak menyedari pertambahan dalam ukur lilit perut mereka.
Gemuk atau gendut sebenarnya boleh dicegah dengan pengambilan diet
yang betul dan senaman. Senaman untuk setiap individu, tua dan muda
tidak sama. Apabila usia meningkat misalnya, selain mengubah menu
makanan anda juga perlu tahu senaman sesuai untuk terus kekal langsing
atau menurunkan berat badan.
Secara umum, untuk menurunkan berat badan anda perlu membakar
sebanyak mana kalori yang anda ambil. Maksudnya elak makanan tinggi
lemak dan karbohidrat dan makan dalam kuantiti yang kecil.

Jadikan pembakaran lemak sebagai aktiviti rutin. Walau di mana anda


berada di rumah atau pejabat, lakukan bila berkesempatan. Misalnya,
gunakan tangga untuk ke kantin atau ke surau. Begitupun turun naik tangga
lakukan dengan menggunakan kasut bertapak rendah bukan kasut bertumit
tinggi.
Info
Dalam sesetengah budaya, gemuk dikaitkan dengan tarikan fizikal, kekuatan
dan kesuburan. Artifak lama dikenali sebagai Venus figurines iaitu statut
bersaiz poket adalah model perempuan gemuk. Walaupun signifikan budaya
ini tidak direkodkan tetapi ia dikatakan popular di zaman prasejarah di
Mediterranean. Dalam budaya Eropah pula, perempuan gemuk dikaitkan
dengan ritual magis dan kesuburan.
Gemuk juga diiktiraf sebagai simbol kekayaan dan status sosial terutama
dalam kelompok masyarakat yang mengalami masalah kekurangan
makanan. Dalam sejarah awal Eropah moden juga gemuk dikaitkan sebagai
simbol kekayaan sebelum akhirnya ia dikaitkan dengan keghairahan, selera
dan erotik.
Dalam seni halus, perempuan gemuk juga mendapat tempat. Misalnya
dalam karya pelukis era baroque, Peter Paul Rubens (1577-1640) sehingga
timbulnya istilah 'Rubenesque'. Ia dilihat sebagai simbol prestij.

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2008/06/gemuk-dangendut.html#ixzz3HykZaKCh

Você também pode gostar