Você está na página 1de 6

ISLAM MENGGALAKKAN CARA HIDUP YANG

SIHAT




.

Sidang jumaat yang berbahagia,

Marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah, dengan mentaati segala


perintahnya dan meninggalkan segala larangannya, kita bersyukur kepada Allah
kerana kita dapat hidup dengan aman dan damai. Mudah-mudahan dengan
nikmat tersebut kita dapat melaksanakan ibadat kepada Allah serta menjadi
seorang mukmin yang berjaya didunia dan diakhirat. Sidang jumaat yang
dikasihi sekalian,Tajuk khutbah kita pada hari ini ialah ISLAM

MENGGALAKKAN CARA HIDUP YANG SIHAT.

Muslimin Muslimat Yang Di Rahmati Allah,


Islam adalah agama yang amat menyukai gaya hidup sihat dan menitik beratkan
kesejahteraan manusia termasuklah dalam menentukan tahap kesihatan diri .
Gaya hidup sihat berkait rapat dengan kesihatan jasmani dan rohani. Gabungan
kesihatan fizikal dan kerohanian akan menentukan prestasi pekerjaan dan
tempoh hayat seseorang. Dengan demikian, kesihatan menjadi harta yang amat
bernilai dalam kehidupan seseorang. Pemakanan yang berlebihan atau
kandungannya yang tidak seimbang

sering menyumbang kepada pelbagai

penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit jantung, darah tinggi, penyakit
buah pinggang, kanser dan sebagainya. Perkembangan penyakit kronik di
negara kita amat membimbangkan. Sebagai contoh, menurut kajian kesihatan
dan morbiditi kebangsaan ( NHMS ) bagi tahun 2011 terdapat 3 juta orang
pengidap kencing manis di negara kita berbanding lima tahun lalu, hanya 1.5
juta orang pengidap kencing manis. Untuk mengawal keadaan ini ke arah
mengekalkan prestasi kesihatan yang lebih baik, maka Islam menggalakkan
umatnya bersederhana dalam pengambilan makanan dan minuman ,
sepertimana firman Allah subhanahuwataala didalam surah Al-Araaf ayat 31 :



Dan

makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu

melampau;

Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang Yang melampaui batas.

Muslimin Muslimat Yang Di Rahmati Allah,


Selain pemakanan, bersukan atau beriadah juga adalah sebahagian daripada
amalan gaya hidup sihat. Islam menggalakkan umatnya supaya mengamalkan

aktiviti latihan jasmani yang bersesuaian dengan Islam. Ini bertepatan dengan
saranan Umar R.A yang menggalakkan bersukan dan latihan jasmani:






Mafhumnya: "Ajarlah anak kamu berenang, memanah dan menunggang
kuda."

Ini adalah seruan yang jelas bahawa Islam meletakkan kepentingan beriadah
dalam melatih umatnya dan menjadikan badan mereka sihat dan cergas. Pepatah
Melayu ada menyebut: Minda Yang Cerdas Bermula Dari Badan Yang
Sihat. Justeru, gaya hidup sihat dalam Islam juga dapat diperolehi dengan
melakukan ibadah-ibadah khusus seperti berwudhuk, bersolat, berpuasa dan
sebagainya. Orang Islam digalakkan bersuci dengan berwudhuk dan
membersihkan badan. Berwudhuk boleh menghilangkan jangkitan kuman dan
habuk-habuk daripada terus melekat di badan atau di dalam rongga-rongga.
Sesungguhnya amalan berwudhuk lima kali sehari ini selari dengan tuntutan
ilmu kesihatan. Selain amalan berwudhuk, solat fardhu lima waktu dan solat
sunat (nawafil) yang lain juga berkeupayaan memberi ketenangan dan
mengawal tekanan hormon dalam badan manusia. Solat yang khyusuk mampu
memberi kesegaran kepada anggota badan dan membina kecergasan minda.
Solat yang khyusuk adalah solat yang sempurna yang melibatkan tumpuan
penuh fizikal dan hati kepada Allah SWT. Dalam usaha mencapai hakikat
khyusuk ini, maka kita hendaklah bermula dari amalan mengambil wudhuk
dengan sempurna, melaksanakan solat dengan cermat dari segi bacaan, qiyam,
rukuk, iktidal, sujud, thoma'ninah serta memahami isi bacaan.

Firman Allah SWT dalam surah al-Ma'aarij ayat 19-20 :

Maksudnya: "Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah.


Apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat resah gelisah. Dan apabila ia beroleh
kesenangan, ia sangat kedekut. Kecuali orang yang mengerjakan sembahyang."
Berdasarkan

ayat

ini,

ternyata

keistimewaan

amalan

ibadah

khusus

membuktikan bahawa Islam telah menyediakan pakej penjagaan kesihatan


fizikal (jasmani) dan spiritual (rohani) yang begitu diperlukan oleh manusia
sejagat tanpa perlu taksub kepada konsep penjagaan kesihatan yang lain.

Muslimin Muslimat Yang Di Rahmati Allah,


Solat khyusuk secara zahirnya adalah menghadapkan diri kepada Allah SWT
dengan penuh adab dan penghormatan. Kerana Dia adalah Raja di dunia dan
Raja di akhirat, Raja yang Maha Kaya lagi Maha Berkuasa. Solat yang
mencapai tahap khyusuk, bukan sahaja memberi kesan baik dalam hubungan
kita dengan Allah SWT, malah berupaya membentuk keperibadian muslim yang
unggul. Bukan sekadar itu sahaja, beberapa kajian daripada pakar-pakar
perubatan telah memperakukan bahawa puasa Ramadan dan puasa-puasa sunat
yang lain, memberi kesan yang amat baik untuk kesihatan manusia.

Mimbar ingin mengingatkan jemaah sekalian, bahawa mewujudkan hubungan


yang harmoni dalam masyarakat dan mengekalkan persekitaran bersih adalah
gaya hidup sihat yang dituntut dalam Islam.

Dalam sebuah hadith :

))
((...



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Kebersihan itu sebahagian


daripada iman "

) Hadis riwayat Muslim ( .

Hadis ini menunjukkan betapa pentingnya umat Islam sentiasa menjaga


kesucian dan kebersihan diri yang merupakan lambang keimanan . Suci tetapi
tidak bersih atau bersih tetapi tidak suci, boleh menjejaskan amal ibadah. Secara
umumnya Islam mengharuskan umatnya mengamalkan gaya hidup sihat selagi
amalannya selari dengan akidah, ibadah dan akhlak . Namun jika amalan gaya
hidup sihat itu mencemari akidah dan syariah seperti adanya aktiviti atau
pergerakan pemujaan, jampi serapah, mendedah aurat dan berlaku percampuran
antara lelaki dan perempuan, maka ia adalah HARAM dan MAKSIAT.

Muslimin Muslimat Yang Di Rahmati Allah,

Mengakhiri khutbah jumaat pada hari ini, mimbar menyeru umat Islam agar
memberi sepenuh perhatian dan mengambil langkah berikut bagi menjamin
amalan gaya hidup sihat iaitu :
Pertama:

amalkan sikap mencegah lebih baik daripada mengubat.

Kedua:

amalkan pemakanan sederhana dan seimbang.

Ketiga:

pastikan amalan gaya hidup sihat kita tidak berlawanan dengan


akidah dan hukum syarak; dan

Keempat: sentiasa merujuk kepada panduan Al Quran dan Assunah menurut


fahaman Assalafussoleh , supaya gaya hidup sihat kita diberkati
Allah SWT dan disenangi oleh umat Islam.
5

Allah

berfirman dalam surah Ibrahim ayat 34:



Mafhumnya: Dan dia (Allah) telah memberi kepada kamu sebahagian dari
tiap-tiap apa jua Yang kamu hajati. dan jika kamu menghitung nikmat Allah
nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia
(yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi
sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.

Você também pode gostar