Você está na página 1de 2

ANAK GAJAH TERJATUH KE DALAM LUBANG

Assalamualaikum wbt, selamat sejahtera dan salam satu Malaysia saya


ucapkan kepada tuan pengacara majlis, panel hakim yang arif lagi bijaksana,
guru-guru

dan

rakan-rakan

sekalian.

Saya

Sabrina

binti

Fauzi

ingin

menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Anak Gajah Terjatuh Ke


Dalam Lubang.
Bapa gajah dan ibu gajah membawa anaknya bermain-main.Mereka
tiba di pinggir hutan. Ketika itu, matahari bersinar lembut.
Di situ banyak bunga liar berwarna-warni. Bapa gajah dan ibu gajah
memetik banyak bunga liar.Bunga-bunga liar itu diikat menjadi jambak
bunga.
Ketika bapa gajah dan ibu gajah membuat jambak bunga, anak gajah
meninggalkan

ibu

bapanya

untuk

pergi

bermain-main

sendirian.Pada

mulanya, anak gajah bermian dengan kupu-kupu. Kemudian, ia makan


cendawan.
Anak gajah terus berjalan ke sana ke mari. Tiba-tiba ia terjumpa buahbuahan pisang yang masak di atas jalan. Air liurnya mula mengalir. Anak
gajah pergi mengambil buah-buahan pisang itu. Tiba-tiba tanah di situ
runtuh.
Anak gajah tidak dapat mengawal diri lalu jatuh ke dalam lubang yang
besar. Rupa-rupanya lubang itu perangkap pemburu.
Anak gajah berasa takut. Ia berfikir bagaimana hendak keluar dari
dalam lubang itu yang sangat dalam itu.
Anak gajah menjerit meminta tolong. Bapa gajah dan ibu gajah
terdengar jeritan itu lalu pergi ke lubang itu. Bapa gajah dan ibu gajah

mengelilingi lubang itu. Kemudian mereka menghulur belalai ke dalam


lubang.
Oleh sebab lubang itu terlalu dalam, belalai gajah tidak dapat sampai
ke dasar lubang. Ibu gajah berpesan kepada anaknya supaya tidak menjerit
kerana takut didengari oleh pemburu.
Bapa gajah memujuk anak gajah supaya tidak bimbang. Ibu dan
bapanya sedang berfikir bagaimana untuk menyelamatkannya. Bapa gajah
dan ibu gajah pun berbincang. Bapa gajah akan menggunakan gading untuk
membuat tangga.Ibu gajah pula pergi mengambil dahan-dahan kayu untuk
menimbus lubang.
Anak gajah mengumpul dahan pokok dan menimbus lumpur. Lubang
menjadi cetek dan tangga siap dibuat.Anak gajah memanjat tangga. Bapa
gajah menggunakan belalai untuk mengait belalai anak gajah. Akhirnya anak
gajah ditarik keluar dari lubang.
Anak gajah menjerit kegembiraan. Sejak hari itu anak gajah tidak
mahu makan apa-apa yang ditinggalkan di atas jalan.
Demikianlah tadi cerita Anak Gajah Terjatuh Ke Dalam Lubang.
Kawan-kawan, apabila dalam kesusahan janganlah kita cepat mati akal.
Bertenang dan carilah jalan untuk mengatasinya.
Sekian, terima kasih.

Você também pode gostar