Você está na página 1de 13

Pembinaan Modul Aktiviti Seni Kreatif (ASK) Untuk Pendidikan Prasekolah

Ling Pik Kuong


Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang, Sarawak.
ABSTRAK Pengalaman intensif dalam bidang seni ini merupakan instrumen asas dalam
pendidikan yang mempromosikan pemikiran kreatif serta nilai estetika (Dokumen Standard
domain Kreativiti, Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010). Perkara ini selaras
dengan pandangan Edwards (2006) di mana beliau menamakan aktiviti ini sebagai Aktiviti Seni
Kreatif (ASK). Untuk merealisasikan pelaksanaan ASK dalam pengajaran dan pembelajaran
pendidikan prasekolah, penyelidik telah membangunkan sebuah Modul ASK yang berlandaskan
prinsip amalan bersesuaian dengan perkembangan dan teori pembelajaran konstruktivisme yang
dipelopori oleh Piaget dan Vygotsky (Gardner, 1983). Justeru, satu Model Pembinaan Modul
ASK telah digunakan dengan pengaplikasian reka bentuk kajian tindakan. Draf Modul ASK yang
dibangunkan merangkumi konsep 5K untuk meningkatkan lagi perkembangan domain kreativiti
yang berorientasikan proses. Konsep 5K ini merupakan lima langkah pengajaran dan
pembelajaran dalam pelaksanaan ASK. Ia bermula dengan langkah kesensitifan dan diikuti
dengan kelancaran, keluwesan, kejelasan dan keaslian. Rancangan Pelajaran Slot (RPS) yang
direka cipta dengan pengintegrasian konsep 5K dengan Model Konstruktivisme 5 Fasa Needham
(1987) telah digunakan untuk melaksanakan kajian tindakan secara kolaboratif dengan guru
prasekolah dalam kelas konteks sebenar. Dapatan kajian yang diperolehi melalui pemerhatian
tingkah laku murid serta hasil karya setiap individu telah menunjukkan peningkatan pemikiran
kreatif serta nilai estetika murid. Walaupun tahap peningkatan pemikran kreatif berbeza antara
murid, kepentingan pelaksanaan ASK dengan konsep 5K untuk perkembangan domain kreativiti
kanak-kanak tidak dapat dinafikan. Eksplorasi aktiviti seni bidang berbeza seperti seni muzik
dan seni pergerakan kreatif adalah digalakkan ke arah pembentukan kanak-kanak yang lebih
bersifat kreatif dan berdaya estetika mengikut kehendak semasa dan kehendak akan datang.

1.0

PENDAHULUAN

Sejak penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) pada tahun 1987 (Tajul 1993), ia
telah memberi tumpuan utama kepada usaha memperkembangkan potensi individu secara
holistik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Perkembangan aspek intelek yang
menyeluruh ini merangkumi pemikiran kritis dan kreatif (BPK 2001). Namun, manifestasi
keprihatinan kerajaan dalam penggubalan FPK bagi memastikan fungsi utama pendidikan iaitu,
perkembangan menyeluruh gagal kerana secara sedar atau tidak, hasrat ini masih belum
direalisasikan sepenuhnya dalam sistem pendidikan (Tajul 1993; Tajul & Nor Aini Dan 2006).
Buktinya, kejayaan pelajar masih lagi diukur dari segi perkembangan inteleknya, iaitu
kecemerlangan dalam bidang akademik, khususnya peperiksaan awam atau pencapaian dari segi
fizikalnya, iaitu kecemerlangan dalam bidang sukan. Hal ini memberi impak kepada peranan
prasekolah serta gurunya dalam pengajaran dan pembelajaran yang memfokus kepada
pencapaian akademik sahaja. Masalah dan cabaran kualiti pendidikan prasekolah ini disedari

oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan kini berlaku lagi inovasi kurikulum prasekolah
dengan penggubalan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) pada tahun 2009
dengan enam tunjang yang pelbagai. Antaranya, tunjang fizikal dan estetika memberi fokus
kepada tiga bidang, iaitu seni visual, muzik serta drama dan gerakan kreatif. Ketiga-tiga bidang
seni yang difokuskan ini selari dengan pengenalan Kursus Seni Dalam Pendidikan oleh
Bahagian Pendidikan Guru (BPG) pada tahun 2005. Hal ini selaras dengan pandangan Edwards
(2006), di mana bersetuju bahawa pengalaman intensif dalam bidang seni merupakan instrumen
asas dalam pendidikan yang mempromosikan pemikiran kreatif. Aktiviti-aktiviti seni yang
memupuk perkembangan kreativiti kanak-kanak ini dikenali sebagai Aktiviti Seni Kreatif
(ASK).

2.0

PERNYATAAN MASALAH

Nilai penghasilan imej dan reka bentuk dalam karya kanak-kanak menyokong pembentukan
pendidikan awal kanak-kanak (Lowenfeld & Brittain 1975; Edwards 2006; Craft 2000).
Sehubungan ini, tingkahlaku kanak-kanak yang kreatif dalam penghasilan karya harus
diperkembangkan untuk mencapai pembelajaran optimum terutamanya ke arah pemikiran kreatif
kanak-kanak. Aspek ini telah mengeksplisitkan kemahiran berfikir secara kreatif dan disebatikan
dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan prasekolah. Kemahiran ini diharapkan dapat
dikuasai melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dengan membekalkan
peluang pembelajaran yang memperkembangan domian kreativiti kanak-kanak.
Menyedari kepentingan aktiviti seni dalam program pendidikan prasekolah, kajian ini
berhasrat untuk menjalankan eksplorasi aktiviti-aktiviti seni yang mampu membangkitkan
domain kreativiti kanak-kanak sebagai Modul ASK. Sumber ilham pembangunan modul ASK ini
daripada kajian Ling & Hasnah (2009) yang meninjau persepsi ibu bapa dan guru prasekolah
terhadap kepentingan ASK. Dapatan kajian tersebut telah menunjukkan kehendak tinggi ibu bapa
dan guru prasekolah terhadap ASK. Selain itu, kajian tersebut juga telah mengesan tahap
kefahaman guru prasekolah yang ada pada tahap sederhana saja terhadap pelaksanaan ASK.
Kebanyakan guru dikesan kurang berkeyakinan dalam melaksanakan ASK. Dapatan kajian ini
selaras dengan kajian Chua (2008) yang juga menunjukkan bahawa guru-guru pendidikan seni
visual Tingkatan Empat banyak menghadapi masalah dalam usaha memperkembangkan domain
kreativiti semasa pengajaran dan pembelajaran. Chua (2003) telah menyarankan pemupukan
domain kreativiti pelajar, khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual.
Justeru, kajian ke arah pembangunan Modul ASK adalah berlandaskan Standard Domain
Kreativiti sepertimana yang ditetapkan dalam KSPK (2009) yang perlu dilaksanakan supaya
membekalkan satu lagi rujukan dan panduan kepada guru prasekolah dalam persediaan
perancangan pelajaran harian dalam pendidikan prasekolah.

3.0

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk:


1. Membangunkan satu model untuk pembangunan modul pelaksanaan Aktiviti Seni Kreatif
(ASK) yang boleh dijadikan rujukan dan panduan kepada guru prasekolah dalam kelas
konteks sebenar.
2. Meneroka pelaksanaan bidang menggambar dalam seni visual yang bersesuaian dengan
pelaksanaan ASK.

4.0

SOALAN KAJIAN

Kajian ini cuba menjawab soalan-soalan berikut:


1. Bagaimanakah model untuk pembangunan modul pelaksanaan Aktiviti Seni Kreatif
(ASK) yang boleh dijadikan rujukan dan panduan kepada guru prasekolah dalam kelas
konteks sebenar?
2. Bagaimana pelaksanaan bidang menggambar dalam seni visual yang bersesuaian dengan
pelaksanaan ASK?

5.0

KERANGKA KONSEP KAJIAN

Kerangka konseptual kajian pada Rajah 1 berlandaskan dokumen standard KSPK 2009.
Sepertimana yang dinyatakan dalam dokumen standard KSPK 2009, Standard Domain Kreativiti
mempromosikan aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan melalui tunjang fizikal dan estetika.
Hal ini selaras dengan pelaksanaan Aktiviti Seni Kreatif (ASK) untuk membangkitkan pemikiran
kreatif kanak-kanak. Aktiviti Seni Kreatif (ASK) merupakan aktiviti seni dalam bidang seni
muzik, seni visual dan drama serta gerakan kreatif untuk perkembangan domain kreativiti kanakkanak. Walau bagaimanapun, kajian ini hanya akan memokuskan kepada aktiviti seni kreatif
dalam bidang seni visual sahaja. Untuk merealisasikan proses pelaksanaan ASK dalam
pengajaran dan pembelajaran, penyelidik telah berusaha membangunkan suatu amalan yang
bersesuaian dalam kelas konteks sebenar. Amalan tersebut dinamakan konsep 5K yang
merupakan lima langkah yang berorientasikan `proses ke arah perkembangan pemikiran kreatif
kanak-kanak. Konsep 5K bermula dengan langkah kesensitifan dan diikuti dengan kelancaran,
keluwesan, kejelasan dan keaslian. Langkah-langkah perkembangan domain kreativiti ini
diselaraskan ke dalam Model Konstruktivisme 5 fasa Needham (1987) semasa pengajaran dan
pembelajaran atas pertimbangan tema dan aktiviti yang ingin dilaksanakan. Fasa Needham
(1987) ini merangkumi fasa orientasi, pencetusan idea, penstrukturan semula idea,
pengaplikasian idea dan refleksi. Saranan pengintegrasian konsep 5K dengan 5 fasa Needham ini
diilustrasikan pada Rajah 1 di bawah.

Dengan adanya penyelarasan cara pelaksanaan ASK ini, guru juga perlu menepati
standard kandungan dan standard pembelajaran dalam tunjang Fizikal dan Estetika untuk
mencapai objektif Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dalam aspek mengembangkan
daya kreatif dan estetika kanak-kanak. Setelah dimurnikan sampel ASK serta langkah-langkah
pelaksanaan ASK ini melalui reka bentuk kajian tindakan, semua lembaran kerja dan rancangan
pelajaran slot dikumpul dan disatukan sebagai Modul ASK. Modul ASK memberi fokus untuk
membekalkan sampel ASK yang boleh dijadikan rujukan dan panduan kepada guru prasekolah
dalam persediaan pengajaran dan pembelajaran harian. Pembangunan Modul ASK ini secara
langsungnya berkesinambungan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah pembangunan
insan yang seimbang.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH

OBJEKTIF KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN

(MENGEMBANGKAN DAYA KREATIF & ESTETIKA)

Tunjang Fizikal & Estetika


Modul ASK dalam bidang Seni Visual
Model Konstuktivisme Needham (1987)

Rajah 1 Kerangka Konseptual Kajian

6.0

KONSEP 5K DALAM PELAKSANAAN ASK

Menurut Edwards (2006), pengajaran dan pembelajaran perkembangan domain kreativiti harus
berorientasikan proses dan bukannya produk. Hal ini bermaksud proses penghasilan idea melalui
imaginasi dan penerokaan perlu diberi keutamaan dan bukannya kejayaan produk yang terhasil.
Dalam proses perkembangan kanak-kanak, Bandura (1997) mengutarakan bahawa peniruan
dengan deria pancaindera merupakan proses pembelajaran utama bagi kanak-kanak. Perkara ini
bersinambungan dengan modul Seni Dalam Pendidikan (BPG, KPM 2006) yang juga
menekankan pengamatan deria seni, iaitu lihat, hidu, rasa/ perasaan, sentuh dan dengar ke arah
perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh. Justeru, langkah menajamkan kesensitifan deria
seni ini merupakan langkah permulaan bagi proses perkembangan pemikiran kreatif yang boleh
dilanjutkan dengan perkembangan kemahiran pemikiran intuitif, analogik dan metaforik
(Jackman, 2001).
Setelah peringkat peningkatan sensitiviti deria seni kanak-kanak, proses perkembangan
pemikiran kreatif disusuli peringkat kelancaran pengetahuan sedia ada dengan pengalaman baru.
Menurut Piaget (1967) & Vygotsky (1978), kelancaran persembahan idea berasaskan
pengetahuan sedia ada dalam perkembangan kognitif dan pengalaman sosial interaksi harian.
Justeru, usaha membekalkan pelbagai pengalaman pembelajaran untuk meningkatkan
pengetahuan kanak-kanak secara langsung membantu proses kelancaran untuk perkembangan
pemikiran yang kreatif.
Proses perkembangan pemikiran kreatif akan dibangkitkan lagi dalam peringkat
keluwesan, di mana kanak-kanak dirangsang untuk memikirkan pelbagai alternatif secara logik
ataupun tidak logik melalui imaginasi dan penerokaan masing-masing. Berimaginasi dan
penerokaan ialah proses penting yang tidak seharusnya diabaikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (Craft, 2000). Guru seharusnya memotivasikan murid supaya berani
mengemukakan keluwesan idea ini.
Keluwesan idea menjadi lebih ternilai setelah peringkat kejelasan. Dalam peringkat
kejelasan, kanak-kanak dikehendaki menyusun semula idea, membuat pilihan idea yang bernas
dengan kemampuan memperjelasnya secara verbal ataupun non-verbal. Menurut Craft (2005),
idea yang jelas mudah diterima oleh diri sendiri dan juga orang lain untuk diperkembangkan lagi
sehingga peringkat keaslian.
Peringkat keaslian sering diangkat sebagai kemuncak dalam satu gelungan proses
perkembangan pemikiran kreatif (Craft, 2005). Dalam peringkat ini, kanak-kanak digalakkan
untuk menghasilkan suatu idea/ produk yang baru, asli dan bernilai. Kebolehan inventif
merupakan kriteria pentaksiran kreativiti yang berorientasikan produk (Jackman 2001; Edwards,
2006).
Selain kebolehan inventif ini, pemikiran kreativiti ini semestinya dapat dikesan melalui
setiap peringkat kelancaran, keluwesan, kejelasan dan keaslian. Keempat-empat aspek ini
bagaikan petunjuk pada penghasilan karya dan idea (KPM, 2010). Keempat-empat kriteria ini
disarankan sebagai kriteria pentaksiran pemikiran domain kreatif oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia (2010). Untuk menyelaraskan kriteria pentaksiran domain kreatif ini dengan proses

perkembangan pemikiran kreatif yang dibangunkan, penyelidik telah berusaha membangkitkan


kriteria Kesensitifan sebagai kriteria yang penting dan pertama, khususnya dalam pentaksiran
pemikiran domain kreatif dalam pelaksanaan ASK. Justeru, konsep 5K dibangunkan dengan
penambahan konsep Kesensitifan kepada 4K iaitu, kelancaran, keluwesan, kejelasan dan keaslian
yang sedia ada dalam dokumen KPM, 2010. Dalam konteks kajian ini, konsep 5K bukan sahaja
merupakan kriteria pentaksiran pemikiran kreatif dalam pelaksanaan ASK malah juga
merupakan langkah-langkah pelaksanaan ASK dalam pendidikan prasekolah. Rajah 2 di bawah
memberi penerangan konsep 5K dalam pelaksanaan ASK.

Kesensitifan

Kelancaran
Keluwesan
Kejelasan
Keaslian

peringkat menajamkan sensitiviti dalam deria seni


Peringkat persembahan idea dari pengetahuan sedia dengan pengalaman pembelajaran yg baru
Peringkat mengolah, menambah dan mempelbagaikan idea secara logik atau tidak logik.
Peringkat penyusunan dan pemilihan idea imaginatif yang pelbagai.
Peringkat inventif dalam penghasilan idea/ produk yang baru, asli dan bernilai.

Rajah 2 Definisi Konsep 5K


Proses perkembangan pemikiran kreatif pemikiran kreatif bersifat generatif dengan
proses berterusan dalam gelungan di mana satu tahap pencapaian peringkat keaslian boleh
dilanjutkan ke tahap yang lebih tinggi atas dorongan ataupun refleksi (Craft, 2005). Amalan
refleksi harus diperkenalkan khususnya selepas peringkat assimilasi, ataupun setelah satu kitaran
konsep 5K. Pelaksanaan sesi refleksi dapat merangsang suatu setting yang baru ke gelungan
kreativiti yang ke-2. Sehubungan ini, konsep 5K yang dibangunkan untuk pelaksanaan ASK juga
berbentuk gelungan yang tiada penghujungnya. Usaha menjalankan sesi apresiasi dan refleksi
ialah langkah yang wajib dalam proses pelaksanaan ASK.

7.0

MODEL PEMBANGUNAN MODUL ASK

Pembinaan Modul ASK berdasarkan prinsip amalan bersesuaian dalam konteks kelas sebenar
telah merangsang pengkaji mengolah satu model pembangunan pengajaran dan pembelajaran
yang baru dengan menggunakan reka bentuk kajian tindakan. Ilustrasi model ini ada pada Rajah
2 dan ia merangkumi dua peringkat.

Rajah 2 Model Pembangunan Modul ASK


Dalam peringkat pertama, penyelidik membina matlamat, mengenal pasti teori, rasional,
konsep dan sasaran. Kemudian penyelidik menganalisis keperluan dan kehendak KSPK secara
literatur sebelum menyenaraikan objektif yang khusus bagi rancangan pelajaran slot untuk
bidang menggambar dalam seni visual. Seterusnya, penyelidik memilih tema yang bersesuaian
untuk pelaksanaan aktiviti seni kreatif yang disarankan. Pada peringkat kedua pula, penyelidik
mengadaptasikan model Carr dan Kemmis (1986) bersama Model Kurt Lewin (1952) untuk
menjalankan kajian tindakan berkolaborasi dengan guru prasekolah. Prinsip kolaboratif
dititikberatkan supaya dapat sama-sama mencari cara penyelesaian masalah terhadap praktis atau
amalan dalam pelaksanaan ASK. Melalui kitaran kajian tindakan ini, proses penambahbaikan
dan pemurnian Modul ASK berlaku sehingga lebih mantap.

8.0

METODOLOGI KAJIAN

Pemilihan lokasi kajian secara `purposive, iaitu Prasekolah IPG Kampus Sarawak di Miri
adalah atas pertimbangan kebolehlaksanaan, kesesuaian dan juga kos kajian. Selain itu, guru
prasekolah yang dilantik sebagai pelaksana ASK merupakan `willing partner yang sanggup
memberi komitmen tinggi untuk menjalankan kajian tindakan berbentuk kolaboratif ini.
Berdasarkan prinsip amalan bersesuaian dalam konteks kelas sebenar, maka, subjek dan bilangan
penyelidikan (murid) tidak diolah oleh penyelidik. Kesemua murid dalam kelas, iaitu 6 orang
lelaki dan 7 orang perempuan dijadikan subjek penyelidikan.

9.0

RUMUSAN DAPATAN KAJIAN

Aktiviti menggambar dengan teknik gurisan telah dirancang dan dilaksanakan sebagai tindakan
kelas untuk mengenalpasti kelebihan dan kelemahan pelaksanaan ASK berdasarkan modul yang
dibangunkan. Pelaksanaan aktiviti ini dirancang berdasarkan konsep 5K, khususnya untuk tujuan
perkembangan domain kreativiti kanak-kanak. Kesemua aktiviti yang diterokai ini menenuhi
kehendak dan mencapai standard pembelajaran setelah tiga kitaran tindakan kelas dalam reka
bentuk penyelidikan tindakan. Aktiviti seni ini boleh dikumpul sebagai sampel untuk Modul
ASK. Bukan itu sahaja, penyelidik juga berusaha mengenal pasti kelebihan dan kelemahan setiap
kitaran pelaksanaan ASK dengan konsep 5K yang berkaitan. Jadual 1 merupakan rumusan data
yang dikumpul setelah setiap pelaksanaan ASK.
Jadual 1 Rumasan Pelaksanaan ASK Aktiviti Menggambar
Kitaran
Penyelidikan
tindakan
&
Keterangan
ASK
Sampel ASK 1:
Menggambar
dgn
teknik
gurisan

Sampel ASK

Media: Karyon
Kitaran 1:
Bebas
menghasilkan
gambar
Kitaran 2:
penerokaan
pelbagai jenis
garisan
Kitaran 3:
Menggambar
bertemakan
rumah impian

Setelah 3
kitaran

Catatan/
kelebihan &
kelemahan
-ASK ini digemari .
-arahan mudah disusuli
dengan tunjuk ajar
dapat merangsang
murid.
-tajuk bebas
merisaukan murid.
-kurang berjaya
melancarkan idea yang
dikendaki.
-tiada berlaku
penerokaan terhadap
alat pengguris
walaupun digalakkan.

praktis & amalan


pelaksanaan ASK

Kaedah demonstrasi
dengan arahan
mudah dan jelas
sangat diperlukan.
Pendekatan bertema
digalakkan bersama
dengan kebebasan
penerokaan.
Kelancaran idea
dibangkitkan
melalui kesensitifan
deria serta
pengetahuan sedia
ada.

-minat melihat pameran


mini tetapi kurang
Dedahan sesi
berkebolehan dalam
refleksi
sesi refleksi.
diperbanyak

Dalam proses penghasilan karya menggambar dengan teknik gurisan ini, penyelidik
mendapati bahawa pemikiran murid terangsang semasa penerokaan garisan yang pelbagai.

Semasa kitaran pertama, murid kurang berkeyakinan dalam penghasilan gambar yang bebas
temanya. Selain itu, mereka juga tidak banyak menggunakan pengguris yang pelbagai dalam
penerokaan garisan yang pelbagai. Dengan ini, fokus kitaran kedua membekalkan peluang untuk
penerokaan garisan. Pencapaian murid pada kitaran ketiga menunjukkan bahawa pendekatan
bertema serta rangsangan penghubungkaitan pengetahuan sedia ada berjaya membangkitkan
pemikiran kreatif kanak-kanak.

10.0 PERBINCANGAN
Konsep 5K merupakan langkah pengajaran dan pembelajaran yang dibangunkan khas untuk
pelaksanaan ASK untuk perkembangan domain kreativiti kanak-kanak dalam pendidikan
prasekolah. Pengaplikasian konsep 5K ini boleh dipadankan dengan Model Konstruktivisme 5Fasa Needham (1987) semasa pelaksanaan ASK dalam pengajaran dan pembelaran seperti yang
diilustrasikan pada Jadual 2 di bawah ini.
Jadual 1 Pelaksanaan ASK dengan pengaplikasian Konsep 5K dengan
Model Konstruktivisme 5-Fasa Needham (1987)
Fasa
Needham

Fasa SDK

Konsep 5K

Orientasi
Kesensitifan

Persediaan

Pencetusan
idea

Kelancaran
+
Keluwesan

Tujuan
- Menimbulkan
minat
dan
menyediakan
suasana
Melatih
sensitiviti
terhadap suasana
yang sedia wujud.
Supaya murid dan
guru sedar tentang
idea terdahulu dan
dilanjutkan
dengan
penambahan idea.

Kaedah
Amali
penyelesaian
masalah
sebenar

Amali,
perbincangan
dalam
kumpulan
kecil,
pemetaan
konsep
&
Mewujudkan laporan
kesedaran tentang
idea
alternatif
yang berbentuk
saintitif

Contoh ASK
Murid
memerhatikan
hasil
karya
yang
dipaparkan .

Perbincangan
dan
pengagihan
tugas
untuk
aktiviti
menggambar
dengan teknik
gurisan

Perbincangan
Menguji dalam
kesahan idea-idea kumpulan
sedia ada
kecil

Penstrukturan
semula idea
Penjelasan &
pertukaran

Pendedahan
situasi konflik

Kejelasan
Imaginasi

Penukaran
idea berlaku
dalam
kumpulan
terhadap
pemilihan alat
dan
bahan
yang
disediakan.
Pengukuhan idea Penulisan
Menghasilkan
yang telah dibina sendiri kerja karya
dalam situasi baru projek,
menggambar
dan biasa.
menyelesaikan tersendiri
masalah dalam dengan
konteks
mengguris
berbeza
imej
yang
berdasarkan
dikehendaki.
idea baru.

Pembinaan
idea baru

Penilaian

Aplikasi
idea

Tindakan

Penilaian/
Refleksi

- Pengubahsuaian, Refleksi
pengembangan
kendiri
atau
penukaran
idea.
Pembacaan,
Menguji input guru.
kesahan
untuk
idea-idea
baru
yang dibina.
Amali

Murid
menyelesaikan
masalah yang
dihadapi
dengan
alternatif
sekiranya ada.
(penguris yang
berbeza)

Keaslian

Menyedari
tentang perubahan
idea murid yang
lain.

Penulisan
kendiri,
perbincangan
kumpulan,
catatan
- Murid boleh peribadi dan
membuat refleksi lain-lain.
sejauh manakah
idea asal mereka
telah berubah.

Perbandingan
hasil ciptaan
dengan rakan
lain
atau
dengan
idea
asal sendiri.

Berdasarkan model konstruktivisme ini, peringkat kesensitifan dilaksanakan pada fasa


orientasi. Pada fasa ini, pelaksana ASK membekalkan peluang-peluang untuk menajamkan
kesensitifan deria, khusunya deria penglihatan untuk bidang seni visual, deria pendengaran untuk
bidang seni muzik dan deria rasa, sentuh, lihat dan sebagainya untuk bidang pergerakan dan
drama. Sebagai misalannya, pelaksana ASK memaparkan pelbagai gambar untuk diperlihatkan
kanak-kanak sebagai peringkat kesensitifan dalam fasa orientasi. Fasa pencetusan idea
merupakan peringkat kelancaran idea di mana ia dibangkitkan dengan pengalaman atau
pengetahuan yang sedia ada. Kelancaran idea yang pelbagai dengan memikirkan idea alternatif

secara logik atau tidak logik merupakan peringkat keluwesan dalam konsep 5K. Motivasi
ataupun galakan untuk berfikiran imaginatif melalui pelbagai penerokaan membantu fasa
pencetusan idea ini. Setelah pencetusan idea yang pelbagai, murid digalakkan memberi kejelasan
idea melalui penstrukturan dan pemilihan semula idea. Fasa ini disamakan dengan peringkat
kejelasan dalam konsep 5K. Fasa Penstrukturan semula idea disusuli dengan fasa aplikasi idea
di mana ia merupakan peringkat penghasilan idea yang asli, baru dan bernilai. Keaslian idea
secara inventif juga bagaikan fasa pengukuhan kepada idea yang telah dibina dalam baru.
Dengan adanya ciptaan/ idea baru ini, pelaksana ASK seharusnya menjalankan satu sesi apresiasi
dan refleksi untuk membangkitkan lagi pemikiran kreatif yang boleh dilanjutkan ke setting
yang baru. Semasa sesi apresiasi dan refleksi ini, peringkat kesensitifan mungkin bermula lagi
dengan membandingbezakan idea lama dengan idea baru yang mungkin ditemui. Proses kitaran
ini tidak semestinya bermula dengan peringkat kesensitifan atau fasa orientasi lagi. Ia boleh juga
berlaku di mana-mana fasa dalam Model Konstruktivisme 5 Fasa Needham (1987) ini.
Walaupun sampel dalam Modul ASK hanya menjurus kepada aktiviti seni visual saja, ia
tidak bermaksud pelaksanaan ASK hanya mampu dilaksanakan dalam bidang tersebut sahaja.
Menurut Edwards (2006), aktiviti seni kreatif merangkumi seni muzik, seni pergerakan kreatif
dan seni visual. Justeru dalam pelaksanaan aktiviti seni muzik dan seni pergerakan kreatif, guru
juga boleh mengaplikasikan konsep 5K dalam pengajaran dan pembelajaran masing-masing.
Yang mungkin berbeza bagi aktiviti seni muzik ialah ia lebih menitikberatkan deria dengar dan
aktiviti seni pergerakan pula, lebih berfokus kepada deria sentuh dan rasa.
Selain itu, rancangan pelajaran slot untuk aktiviti menggambar; membuat corak dan
rekaan; membentuk dan membuat binaan disediakan berdasarkan tunjang Fizikal dan Estetika,
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (2009) boleh dibangunkan lagi dalam Modul ASK. Walau
bagaimanapun, pengguna Modul ASK tidak digalakkan untuk mengikutinya dengan sepenuhnya.
Mereka digalakkan mengolah, mengubah suai mengikut kehendak kelas masing-masing
sebelum pengaplikasiannya. Seperti mana yang ditolak oleh ahli falsafah progressivisme dengan
kurikulum yang dikatakan standard untuk kegunaan semua (Ornstein & Hunkins, 2004),
pelaksanaan ASK dengan konsep 5K tidak boleh diangkat sebagai suatu yang standard untuk
kegunaan semua kelas prasekolah. Pengaplikasian ASK mesti diselaraskan mengikut kesesuaian,
iklim sekolah, kesediaan murid dan guru serta iklim dan kemudahan yang ada di sekolah
berdasarkan lokasi dan jenis prasekolah yang berbeza. Maka, inisiatif guru dalam pembangunan
aktiviti seni kreatif yang sesuai amatlah penting kerana guru tersebut paling memahami
kehendak murid serta kelasnya. Guru yang berinisiatif tinggi akan memajukan diri dalam proses
mencari perisian yang baru dan menyelesaikan masalah atau cabaran yang dihadapi. Sikap dan
inisiatif guru yang melaksanakan apa juga kurikulum atau konsep baru yang menentukan
keberkesanannya (Rohaty, 2003). Untuk meningkatkan inisiatif seseorang guru, galakan dan
rangsangan luar perlu dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelaksanaan ASK.
Bengkel dan kursus yang berkaitan boleh dilaksanakan supaya guru dilatih dan berkemampuan
untuk membangunkan aktiviti seni kreatif yang bersesuaian untuk kelas masing-masing.
Pensyarah-pensyarah dari Institut Pendidikan Guru juga boleh mengadakan demonstrasi
pelaksanaan ASK semasa pemantauan atau penyeliaan praktikum di sekolah-sekolah.
Selain inisiatif guru, keberkesanan pelaksanaan ASK juga dipengaruhi oleh amalan dan
praktis guru semasa pengajaran dan pembelajaran. Praktis guru yang sentiasa mengarah dan

menegur dengan kata-kata yang tidak memotivasikan, tidak akan membangkit pemikiran kreatif
kanak-kanak. Kanak-kanak perlu dimotivasi dan dirangsang untuk berfikir secara kreatif kerana
idea imaginatif mungkin tidak dilancarkan atau dikukuhkan tanpa galakan dan sokongan
daripada guru. Amalan dan praktis yang bersesuaian dengan pelaksanaan ASK merangkumi
arahan guru, cara memotivasi kanak-kanak, cara peneguran dan lain-lain. Saranan amalan dan
praktis yang dirumuskan dalam Modul ASK tidak mengarah - `non-didactic , tidak menghakimi
- `non-judgemental, motivasi tinggi - `highly motivative dan konstrain minima minimal
constraint untuk kanak-kanak yang terlibat dalam aktiviti seni kreatif ini.
Selain kebolehlaksanaan Aktiviti Seni Kreatif dalam tunjang Fizikal dan Estetika,
pelaksanaan ASK dengan konsep 5K boleh juga disepadukan, diintegrasikan dan diserapkan
dalam tunjang yang lain seperti komunikasi, literasi sains dan teknologi, kemanuisaan dan
kerohanian, sikap dan nilai . Untuk memastikan keberkesanan proses penyepaduan,
pengintegrasian dan penyerapan, pendekatan bertema disarankan supaya memberi fokus kepada
pengajaran dan pembelajaran yang dikehendaki oleh tunjang masing-masing. Pengubahsuaian
konsep 5K mungkin berlaku mengikut kehendak kurikulum atau hasil pembelajaran yang
berbeza. Penguatkuasaan pelaksanaan ASK untuk aspek perkembangan kreativiti dan estetika
harus dipandang serius. Penyepaduan dan pengintegrasian pengetahuan dan kemahiran seni saja
ke dalam tunjang yang lain tidak membawa kesan yang maksima sekiranya diabaikan
perkembangan pemikiran kreatif.

PENUTUP
Sebagai kesimpulan, pembentukan konsep 5K dalam pelaksanaan aktiviti seni visual merupakan
salah satu sampel kurikulum yang lebih berorientasikan proses dalam perkembangan domain
kreativiti. Dengan adanya konsep 5K, guru boleh mengintegrasikannya dalam tunjang yang lain
semasa mendidik anak murid kita. Kesemua usaha ke arah perkembangan domain kreativiti
kanak-kanak merupakan langkah pro aktif Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menangani
cabaran pendidikan yang berkualiti. Ini selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaaan
dan matlamat Malaysia tahun 2020 dalam pembentukan modal insan yang kritis, kreatif dan
inovatif untuk kehendak semasa dan masa depan Negara.

RUJUKAN
Bandura, A. (1997) Self-efficacy: Toward a unifying theory of behavioral change. Psychological
Review, 84, 191-215.
Chua, Y.P. (2003) Relationships between thinking skills dan left, right and whole brain learning
styles. Journal article in The Learning Conference 2003. Institut of Education, University
of London http:/lc03.commongroundconferences.com/proposalsystem/presentations/
p000682.html [24 Nov. 2009]

Craft, A. (2000) Creativity across the primary curriculum. London: Routledge.


Craft, A. (2005) Creativity in schools: tensions and dilemmas. London: Routledge.
Edwards L. C. (2006) The creative arts: a process approach for teachers and children.
Ed. ke-4. New Jersey: Pearson.
Gardner, H. (1983) Frames of mind: the theory in practice. New York: HarperCollins.
Gardner, H. (1993) Multiple intelleginces: The theory in practice. New York: Basic Books
Jackman, H.L. (2001) Early Education Curriculum: A Child Connection to the World. Ed ke-2.
USA: Thomson Learning , Inc
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2009) Dokumen Standard Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK)
Ling Pik Kuong & Hasnah Toran. (2009) Pelaksanaan aktiviti seni kreatif (ASK) dalam
pengajaran dan pembelajaran pendidikan prasekolah Malaysia. Jurnal Penyelidikan
Pendidikan Guru.Jilid 4, 2008/2009. hlm.143-158.
Lowenfeld, V. & Brittain, W.L. (1975) Creative and mental growth. Ed. ke-6. New York:
MacMillan
Needham,, R. (1987) Teaching strategi for developing understanding in science. The University
of Leeds: Centre for Studies in Science and Mathematics Education.

Ornstein, Allan C. & Hunkins, Francis P. (2004) Curriculum:foundation, principles, adn issues.
USA: Pearson Education, Inc.
Pusat

Perkembangan Kurikulum. (2001)


Perpustakaan Negara Malaysia.

Pembelajaran

secara

konstruktivisme.

KL:

Rohaty Mohd. Majzub. (2003) Syarahan Perdana - Pendidikan prasekolah. Cabaran


Kualiti. Universiti Kebangsaan Malaysia
Tajul Ariffin Noordin & Nor Aini Dan. (2006) Menorbatkan paradigm Al-quran sebagai reality
pendidikan bersepadu. (dlm) Prosiding Wacana Pendidikan Isalam ke-5. Bangi. Fakulti
Pendidikan, UKM.

Você também pode gostar