Você está na página 1de 3

5/6/2015

Antara Kelebihan Umat Islam Akhir Zaman


Emel atau Telefon

Daftar

Kata Laluan
Log Masuk

Biarkan saya kekal dilog masuk

Lupa kata laluan anda?

Antara Kelebihan Umat Islam Akhir Zaman


pada 18hb Mac 2012 pukul 9.47 ptg

PENGENALAN
Umat Islam atau umat Nabi Muhammad saw mempunyai pelbagai kelebihan di dunia dan
akhirat. Inilah kurniaan Allah Subhana wa Taala kepada umat Nabi Muhammad saw dimana
ia sebagai pelengkap kepada tatacara dalam melalui kehidupan di muka bumi ini samada
dari segi akidah, ibadah mahupun segala aspek kehidupan masyarakat yang bertamadun.
Bersyukurlah atas nikmat Allah yang tidak terhingga ini. Di dalam Al-Quran juga telah
dinyatakan bahawa umat Islam adalah umat yang terbaik.
Terjemahan : Surah Ali 'Imran [3] : 110
110. Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh
kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah.
Sekiranya Ahli Kitab beriman tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada
yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.
Namun sejak kebelakangan ini terdapat kata-kata atau penulisan atau ceramah yang
mengatakan umat akhir zaman ini akan menjadi semakin buruk dan semakin buruk. Hari
esok akan lebih buruk dari hari ini dan seterusnya. Benarkah begitu? Apakah Islam
mengajar kita untuk terus berfikiran negatif, sedangkan di dalam Al-Quran dan sunnah yang
sahih mengajar kita untuk bersangka baik pada Allah dan bersikap optimis. Janganlah
begitu.
PERBINCANGAN
Terdapat banyak ayat Al-Quran dan hadith yang sahih mengenai kelebihan umat Islam
akhir zaman (tidaklah memperkecilkan umat terdahulu kerana umat akhir zaman sendiri
adalah pengikut dan mencontohi umat terbaik terdahulu; iaitu zaman sahabat Rasulullah
saw, para tabiin dan tabiut tabiin).
Antaranya;
1. Sentiasa ada golongan umat Islam yang pasti menang.
Dari Tsauban r.a : Rasulullah saw bersabda, "Senantiasa ada sekelompok umatku yang
dimenangkan atas kebenaran. Tidak akan membahayakannya orang yang memusuhinya
hingga Hari Kiamat sedangkan mereka tetap seperti itu (berada dalam kebenaran)." [3544]
Sahih Muslim
Kata Imam Ahmad mengenai hal ini adalah ahli hadith. Kata Imam al-Bukhari, mereka
adalah para ahli ilmu. Oleh itu, umat akhir zaman ini tetap ada ilmuan Islam yang sentiasa
menang dan tidak mampu diganggu-gugat oleh sesiapapun kerana mereka di dalam jagaan
Allah Subhana wa Taala.
Persoalannya untuk apa mereka dimenangkan? Tentulah untuk memimpin umat Islam dari
musuh-musuh Islam dan seterusnya menegakkan agama Islam di muka bumi ini serta akan
terus dimenangkan sehingga hari yang ditentukan-Nya.
2. Sentiasa ada golongan yang membawa umat Islam ke arah manhaj sebenar.
Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, "Setiap seratus tahun Allah mengutus
kepada umat ini seseorang yang akan memperbaharui agama ini (dari penyimpangan)."
[3740] Sahih Abu Daud
Maksud memperbaharui agama bukanlah mengada-adakan sesuatu yang tiada dalam
Islam, tetapi ia adalah membawa agama ini kembali kepada jalan yang lurus mengikut

https://ms-my.facebook.com/notes/bacalah-quran-dan-hayatinya/antara-kelebihan-umat-islam-akhir-zaman/229259550504816

1/3

5/6/2015

Antara Kelebihan Umat Islam Akhir Zaman

ajaran yang diajar oleh Rasulullah saw, iaitu kembali kepada Al-Quran dan Al-Sunnah yang
sahih serta menghancurkan bidaah yang menyesatkan.
Perkataan seseorang pula bukanlah bermakna seorang sahaja, tetapi samada secara
individu, perkumpulan atau sesebuah pertubuhan atau organisasi. Mereka akan
membetulkan kembali bidaah-bidaah yang terjadi dari bisikan syaitan dan membawa umat
Islam kembali berpegang kepada Al-Quran dan sunnah yang sahih.
3. Sentiasa dimuliakan dengan Al-Quran.
Dari Amir bin Watsilah r.a, katanya : Bahawasanya Nafi bin Abdul Harits pada suatu
ketika bertemu dengan Khalifah Umar r.a di Usfan.
-(Diringkaskan Hadis ini mengenai Umar r.a bertanya kepada Nafi, mengapa diangkat
Ibnu Abza (hamba yang dimerdekakan) menjadi ketua bagi penduduk Wadi. Lalu Nafi
menerangkan, bahawa Ibnu Abza mempunyai kefahaman mengenai Al-Quran dan pakar
ilmu faraid kerana itulah dia diangkat menjadi ketua di situ)-

Bacalah Quran Dan


Hayatinya

Kata Umar r.a, Benar! Nabi saw pernah bersabda, Bahawasanya Allah akan memuliakan
suatu kaum dengan Kitab ini (Al-Quran) dan menghinakan yang lain. [0783] Sahih Muslim
Umat Islam akan dimuliakan kerana ilmu yang didasarkan serta berpandukan dari Al-Quran.
Al-Quran adalah sumber utama ilmu bagi mereka yang ingin berusaha dan mencarigali
khazanah yang terdapat di dalamnya samada ilmu sains, kerohanian, perubatan,
kejuruteraan, ilmu falaq dan sebagainya.
Umat Islam yang dapat menguasai Al-Quran dan faham bagaimana mengaplikasikannya
dalam kehidupan akan dimuliakan. PERLU DIINGAT bahawa perkara ini adalah umum
kepada semua manusia dan bukannya khusus kepada umat Islam.

Nota daripada Bacalah Quran Dan Hayatinya


Semua Nota

Dapatkan Nota melalui RSS


Benam Pos

Maksudnya Al-Quran itu diturunkan atau ditujukan kepada seluruh manusia dan seandainya
orang kafir yang berpegang kepadanya, tetapi umat Islam meninggalkannya maka
dihinakanlah umat Islam itu di mata orang kafir. Inilah antara punca terbesar umat Islam
diperlakukan lebih buruk dari binatang ternakan pada masa ini, iaitu meninggalkan dan
meremehkan Al-Quran kononnya atas dasar kemodenan serta membebaskan diri dari
kejumudan.
Kita boleh lihat ikan paus, panda, beruang, harimau yang dibunuh oleh pemburu mendapat
liputan seluruh dunia akan kekejaman pemburu tersebut. TETAPI umat Islam yang dibunuh
dan disembelih di tanah air mereka sendiri dituduh pengganas dan dihalalkan darah
mereka atas kebenaran dan persetujuan siapa?
Tidak lain tidak bukan kerana umat Islam sendiri membenarkannya dengan meninggalkan
Al-Quran...; lalu kita dihinakan malah diperlakukan lebih buruk dari binatang ternakan.
Semoga Allah menyelamatkan umat Islam di seluruh dunia. Semoga Allah memberi hidayah
dan petunjuk kepada pemimpin-pemimpin kita.
KESIMPULAN
Tiga hadith di atas memadai bahawa sesungguhnya Allah benar-benar memelihara umat
Nabi Muhammad saw dan tidak membiarkan umat akhir zaman ini terus dalam kesesatan.
Hendaklah kita terus bersikap optimis dan yakin bahawa pada masa akan datang umat
Islam akan menjadi lebih hebat dan semakin hebat.
Apa yang penting adalah apa yang perlu kita lakukan sekarang untuk membentuk generasi
umat Islam yang hebat esok hari. Kita adalah perintis dan penggerak dalam membentuk
masa depan umat Islam dan ini adalah sunnatullah. Maksudnya, Apa yang kita lakukan hari
ini membentuk masa hadapan (bersesuaian dengan takdir Allah Subhana wa Taala).
Caranya, kembali kepada hadith-hadith di atas iaitu kembali kepada Al-Quran, Al-Sunnah
yang sahih, mencontohi umat terbaik terdahulu (sahabat, tabiin dan tabiut tabiin) serta
berusaha dan bekerjasama dalam membentuk dan melahirkan umat Islam yang mempunyai
pendidikan yang hebat, penguasaan ekonomi (saling membantu sesama umat Islam) dan
paling utama menyebarkan rasa cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.

https://ms-my.facebook.com/notes/bacalah-quran-dan-hayatinya/antara-kelebihan-umat-islam-akhir-zaman/229259550504816

2/3

5/6/2015

Antara Kelebihan Umat Islam Akhir Zaman

sumber-koleksi hadis

Suka Komen Kongsi


Ahmad Tahir,

dan 9 yang lain sukakan ini.

Paling relevan

13 kongsian
Ahmad Tahir izinkan saya untuk share
pada 25hb Mac pukul 8.37 ptg
Muhammad Syahmi nk sebarkan
pada 30hb Disember 2014 pukul 5.40 ptg
Muhammad Syahmi nk minta izin nk copy yer
pada 30hb Disember 2014 pukul 5.40 ptg
Tazkirah alhamdulillah
pada 22hb Jun 2014 pukul 7.00 ptg

Daftar

Log Masuk

Messenger

Mudah Alih

Cari Rakan

Lencana

Orang ramai

Halaman

Lokasi

Permainan

Lokasi

Perihal

Cipta Iklan

Reka Halaman

Pembangun

Kerjaya

Privasi

Kuki

Ad Choices

Terma

Bantuan
Facebook 2015
Bahasa Melayu

https://ms-my.facebook.com/notes/bacalah-quran-dan-hayatinya/antara-kelebihan-umat-islam-akhir-zaman/229259550504816

3/3

Você também pode gostar