Você está na página 1de 14

1.

Pengenalan

Anggaran angka dalam pengiraan sesuatu perkara bukanlah suatu yang asing dalam
kehidupan kita sehari-hari. Saban waktu kita sering menganggarkan sesuatu tanpa memberi
jumlah atau bilangan yang tepat. Misalnya apabila ada yang bertanya Pukul berapa kamu
sampai ke sekolah setiap hari?, kita mungkin menjawab Pukul 6.30 pagi. Walhal kita
mungkin sampai sama ada awal atau lewat daripada itu. Strategi ini sebenarnya memudahkan
kerana dengan memberikan anggaran seperti itu, walaupun tidaklah tepat sepenuhnya, tetapi
ia telah membantu memberi gambaran akan waktu kita berada di sekolah setiap hari.
Strategi ini dikenalai sebagai pembundaran, iaitu kita membundarkan sesuatu angka kepada
angka bulat yang hampir. Pembundaran ini memudahkan kita membuat anggaran akan
sesuatu. Misalnya sekiranya kita membeli belah di pasaraya dan ingin mengetahui berapa
harga kesemua baranagan yang telah kita ambil untuk memastikan wang kita mencukupi, kita
boleh mennganggarkan harga barang-barang tersebut kepada suatu nilai bulat yang hampir
dan memberikan kita harga kasar kesemua barangan yang kita hendak beli itu.
Dalam penulisan ini penulis akan menerangkan kepentingan strategi pembundaran dalam
kehidupan sehari-hari dan juga pengajaran matematik pembundaran kepada pelajar-pelajar
dalam kelas matematik. Melalui penulisan ini nantinya akan dapat difahami kelebihan
penggunaan strategi pembundaran dalam praktik seharian.
2.0

Pembundaran

Pembundaran ialah satu kaedah matematik untuk memudahkan atau meringkaskan jumlah
(nombor). Pembundaran melibatkan sama ada menambah atau mengurangkan nombor digit
selepasnya. Maksudnya menukar sesuatu nombor kepada sebutan nombor bulat untuk
membuat anggaran atau memendekkan sebutan. Sebagai contoh jumlah wang sebanyak
RM526.50, boleh dibundarkan menjadi RM525.00 (pembundaran kepada sa yang hampir,
atau RM530.00 (pembundaran kepada puluh yang hampir, atau RM500.00 (pembundaran
kepada ratus yang hampir.
Contoh-contoh pembundaran adalah seperti berikut:

i)

Pembundaran kepada sa paling hampir

Ali and Wong pergi ke sebuah restoran untuk makan tengahari. Pelayan restoran telah
menyerahkan bill yang mengandungi harga setiap hidangan, tetapi terlupa memasukkan
jumnlah keseluruhan makanan. Anggarkan jumlah keseluruhan bill mereka sekiranya bill Ali
berjumlah RM3.75 dan Wong RM4.29.
Strategi pembundaran yang digunakan ialah membulatkan digit terakhir kepada sa
yang terdekatdalah seperti berikut:
3.75

3.8

+ 4.29

+ 4.3
8.1

Oleh itu jumlah anggaran harga yang perlu dibayar ialah RM8.10

ii)

Nombor berwarna telah dibundarkan


Pembundaran kepada puluh terdekat

Sekolah Ahmad mempunyai 342 orang pelajar lelaki dan 527 orang pelajar perempuan.
Berapakah anggaran jumlah kesemua pelajar di sekolah Ahmad:
Strategi pembundaran adalah menggunakan puluh yang paling hampir:
342

340

+527

530
870

iii)

Pembundaran kepadas ratus yang paling hampir

Khairuddin berjalan sejauh 1478 kilometer sementara Abu berjalan sejauh 2389 meter.
Berapa jarak yang telah dilalui oleh Khairuddin dan Abu?
1478

1500

+2389

2400
3900 meter

iv)

Pembundaran kepada ribu yang terdekat

Raju menerima gaji sebanyak RM3750. Raju menggunakan RM1970 untuk menjelaskan
beberapa bayaran. Berapakah baki gaji Raju?
3750

4000

-1970

2000
RM2000

v)

Pembundaran Puluh ribu yang paling hampir

Sebuah kilang membuat kasu telah mengeluarkan sebanyak 27300 pasang kasut. 12400
pasang kasut telah diekspot untuk pasaran luar negeri, manakala 15780 pasang kasut
dijual untuk pasaran tempatan. Berapakah baki kasut yang belum terjual?
27300

30000

- 11250

10000

16050

20000

-15780

20000
0

3.0

Pembundaran dalam Kehidupan Sehari-hari

Dalam kehidupan kita sehari-hari, sama ada disedari ataupun tidak, kita sering menggunakan
strategi pembundaran dalam mengira atau membuat sesuatu.

Berikut beberapa kes

pembundaran yang kita sering lakukan dalam aktiviti sehari-hari.

i)

Membuat Makanan / Masakan

Kita sering melihat resepi untuk memasak sesuatu. Dalam resepi itu kita sering melihat
penggunaan ukuran-ukuran tertentu. Kalau dahulu penggunaan ukuran sesudu teh, setengah
biji, secubit dan secukup rasa, tetapi sistem anggaran sering menggunakan ukuran yang lebih
standard. Perhatikan ukuran-ukuran resepi seperti di bawah ini. Bahan-bahan yang diperlukan
itu adalah untuk menghasilkan anggaran 100 biji biskut Arab. Namun begitu, itu hanyalah
anggaran sahaja kerana beberapa faktor lain bnoleh mempengaruhi seperti saiz doh yang
tepat.

Resepi Biskut Arab


Bahan-bahan (100 biji)

minyak sapi 500 g

tepung gandum 1 kg

gula halus 200 g

sedikit ceri untuk hiasan

papercup

Cara-cara
1. Ramas minyak sapi bersama tepung gandum sehingga menjadi doh.
2. Uli doh bulat- bulat dan goyangkan dalam bekas gula halus.
3. Kemudian ambil doh tersebut dan masukkan dalam papercup dan hias dengan
ceri diatasnya.
4. Akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 20 minit.
ii)

Mengisi Minyak Kereta

Mengisi minyak kereta dengan kuantiti yang mencukupi akan menjamin sampai ke
destinasi tanpa masalah kehabisan minyak. Dalam memastikan minyak yang diisi
mencukupi kita sebenarnya sering membuat anggaran. Misalnya sekiranya Rm10.00
minyak RON95 membolehkan kita memandu kereta sejauh kira-kira 30 kilometer,
maka untuk perjalanan sejauh 150 kilometer kita perlu mengisi sebanyak RM50.00.
Dalam hal ini kita tidaklah perlu mendapatkan satu angka yang benar-benar tepat,
dengan menggunakan anggaran yang baik kita akan dapat sampai ke destinasi seperti
yang dirancang.

iii)

Menganggar jumlah barangan untuk dijual

Kita semua pernah membeli makanan di mana-mana kedai makan. Makanan yang
diberikan tidak pernah ditimbang atau diukur. Sebaliknya peniaga akan memasukkan
makanan ke dalam pinggan secara anggaran sahaja. Sepinggan nasi goreng yang kita beli
mungkin tidak sama beratnya dengan nasi goreng yang sama yang dibeli oleh orang lain.
Apa yang berlaku ialah peniaga hanya menganggarkan jumlah nasi mengikut kadar
tertentu yang subjektif sifatnya. Namun sebagai pembeli kita biasanya akur kerana kita
menerima konsep anggaran sebagai salah satu kaedah dalam sistem tersebut.
iv)

Pembayaran Bil Utiliti

Perkara ini juga sering kita lakukan khususnya sekiranya kita melakukan pembayaran bil
utiliti seperti bil telefon, elektrik, air dan sebagainya, di mesin ATM. Sebagai contoh
sekiranya kita ingin membayar bil telefon berjumlah RM148.90, kita tidak boleh
memasukkan jumlah tepat kerana pada kebiasaannya mesin ATM tidak menerima duit
syiling ataupun wang kertas kurang dari RM10.00. Oleh itu kita akan membundarkan
pembayaran kepada RM150.00. Ini merupakan salah satu kegunaan pembundaran dalam
aktiviti harian kita.

v)

Menganggar Bilangan Tetamu untuk Sesuatu Majlis

Mengadakan sesuatu majlis seperti majlis kenduri kendara, kita sering menjemput
sejumlah tetamu ke majlis yang dianjurkan. Seringkali sukar untuk mengangak jumlah
sebenar yang hadir. Ketidak pastian itu akan memberi kesan kepada jumlah makanan yang
hendak disediakan. Dalam hal ini anggaran dan pembundaran sangat membantu kita
dalam menganggarkan jumlah tetamu yang hadir dan jumlah makanan yang perlu
disediakan. Sebagai contoh dengan membundarkan tetamu yang hadir seramai 1500
orang, maka ayam yang diperlukan (dipotong 8 bahagian) adalah sebanyak 187.5 ekor.
Dalam hal ini kita sering membundarkannya menjadi 190 ekor ayam atau 200 ekor ayam.

4.0

Rancangan Pengajaran Harian


Rancangan Pengajaran Harian Matematik Tahun 3 - Dua Dimensi (2D)
Butir-butiran Penting

Mata Pelajaran

: Matematik

Tema

: Bentuk dan Ruang

Tajuk

: Pembundaran

Tarikh

: 03 Mac 2014

Hari

: Isnin

Masa

: 35 minit

Kelas

: 5B

Bilangan Murid

: 32 orang

Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk mengenal nombor bulat dan pembundaran
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :

a.

Mengenal pasti bentuk nombor bulat sehingga ratus ribu

b. Membundarkan nombor kepada puluh, ratus, ribu, puluh ribu, dan ratus ribu
yang terdekat
Pengetahuan sedia ada : Nilai Murni seperti berkerjasama, sifat ingin tahu, ketelitian dan
kekemasan.
Bahan Bantu Mengajar : Komputer riba, kertas warna bersaiz A4, dan lembaran kerja.
Langkah/
Masa
Set

Isi Pelajaran
Mengenal

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran


Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
1. Guru menayangkan

Catatan

1. Murid menonton

Strategi/ Teknik:

Induksi

pasti Nombor video klip tentang

video klip tentang

Penyoalan untuk

(5 minit)

bulat

bentuk dua

bentuk dua dimensi

kelas

dimensi(2D).

(2D) dengan sepenuh


perhatian.

Sumber
pengajaran:

2. Murid menjawab

Video klip

2. Guru bersoal jawab

soalan berdasarkan

dengan murid.

pengalaman dan

Penglibatan murid

Contoh soalan:

pengetahuan sedia

yang aktif

Apakah bentuk yang

ada mereka.

dapat kamu lihat

Jawapan murid :

dalam video klip ini?

Bulatan, bujur, segi


empat tepat, segi

3. Guru masukkkan

empat sama, segitiga,

tajuk hari ini iaitu

bintang dan segi lima.

bentuk dua dimensi


(2D).
1.Guru menayangkan

1. Murid memberi

Strategi/ Teknik:

bentuk dua

Power Point di

perhatian.

Pemerhatian

dimensi

hadapan kelas.

Langkah 1 Ciri-ciri
(8 minit)

(2D).

Sumber
2. Guru

2. Murid

pengajaran:

memperkenalkan

memerhatikan bentuk

Slaid Power Point

bentuk dan ciri-ciri

dua dimensi (2D) dan

bentuk dua dimensi

ciri-cirinya dengan

Sikap

(2D) dalam Power

sepenuh perhatian

Murid:Ketelitian,

Point.

( dalam Power

sifat ingin tahu

a. Bulatan

Point).

- mempunyai

Penglibatan murid

permukaan rata

yang aktif

-mempunyai sisi
melengkung
- tiada bucu
b. Segiempat sama
- mempunyai
permukaan rata
- mempunyai 4 sisi
- mempunyai 4 bucu

- setiap sisi adalah


sama panjang
c. Segiempat tepat
- mempunyai
permukaan rata
- mempunyai 4 sisi
- mempunyai 4 bucu
- 2 sisi bertentangan
adalah sama panjang
d. Segitiga
- mempunyai
permukaan rata
- ada 3 sisi.
- ada 3 bucu.
e. Bujur
- mempunyai
permukaan rata
- mempunyai sisi
melengkung
- tiada bucu
- bentuk tidak bulat
f. Bintang
- mempunyai
permukaan rata
- mempunyai 10 sisi
- mempunyai 5 bucu
g. Segi lima
- mempunyai
permukaan rata

- mempunyai 5 sisi
- mempunyai 5 bucu
1. Guru menunjukkan

1. Murid

Strategi/ Teknik:

bentuk dua

gambar-gambar

memerhatikan

Pemerhatian

dimensi

bentuk dua dimensi

gambar bentuk dua

(2D).

(2D).

dimensi (2D) dengan

Sumber

sepenuh perhatian.

pengajaran:

Langkah 2 Menamakan
(4 minit)

Gambar
2. Murid menamakan
2. Guru meminta

bentuk dua dimensi

Sikap

murid menamakan

(2D) seperti di dalam

Murid:Ketelitian

bentuk dua dimensi

gambar.

(2D) seperti di dalam

Penglibatan murid

Langkah 3 Melakarkan

gambar.
1. Guru memaparkan

1. Murid

yang aktif
Nilai dan sikap

(10 minit)

bentuk dua

satu jadual dalam

memerhatikan jadual

murid:

dimensi

nama bentuk dua

yang telah terpapar di Bekerjasama, sifat

(2D).

dimensi (2D) di atas

atas papan putih.

ingin tahu,

papan putih. Contoh:

ketelitian dan

bulatan, segitiga, segi

kekemasan

empat sama, segi


empat tepat, bujur,
bintang segi lima.
2. Murid dibahagikan
2. Guru

dalam 7 kumpulan.

membahagikan murid

Setiap kumpulan akan

dalam 7 kumpulan.

mendapat sekeping

Setiap kumpulan akan

kertas warna bersaiz

dibekalkan sekeping

A4, gam dan satu

kertas warna bersaiz

sampul surat yang

A4, gam dan satu

berisi dengan satu

sampul surat yang

bentuk dua dimensi

berisi dengan satu

(2D) yang telah

bentuk dua dimensi

dipotong dalam 5

(2D) yang telah

cebisan.

dipotong dalam 5
cebisan.

3. Murid
mencantumkan
kelima-lima cebisan

3. Guru meminta

gambar bentuk dua

murid mencantumkan

dimensi (2D) dan

kelima-lima cebisan

melekatkan di atas

gambar bentuk dua

kertas warna bersaiz

dimensi (2D) dan

A4.

melekatkan di atas
kertas warna bersaiz

4. Setiap kumpulan

A4.

mencantumkan lima
cebisan (gambar
bentuk dua dimensi ),
seorang wakil

4. Setelah

kumpulan

mencantumkan

menampalkan hasilan

gambar bentuk dua

kumpulan merekadi

dimensi (2D), salah

atas papan putih

seorang murid diminta mengikut kumpulan


menampalkan hasilan

bentuk dua dimensi

kumpulan masing-

(2D).

masing di atas papan


putih mengikut

5. Setiap murid

kumpulan bentuk dua

memberi perhatian

dimensi (2D).

pada hasilan tiap-tiap


kumpulan.

5. Guru membuat
pengesahan betul atau
salah pada hasilan
setiap kumpulan.

Penutup

Lembaran

1. Guru mengedarkan

1. Murid menyiapkan

(3 minit)

kerja sebagai

lembaran kerja kepada lembaran kerja yang

menyiapkan

pengukuhan.

setiap murid.

lembaran kerja

diberi oleh guru.

Murid perlu

dengan betul.
Lembaran kerja

5.0

Tayangan Power Point

6.0

Kesimpulan

Pembundaran merupakan salah satu tajuk yang sangat menarik untuk diajar dan difahami.
Hakikat bahawa kita sering menggunakan strategi pembundaran dalam aktiviti harian kita
maka wajarlah pengajaran dan pembelajaran tajuk ini ditekankan kepada para pelajar. Untuk
memudahkan pelajar memahami topik ini dengan lebih cepat dan berkesan, guru wajar
menggunakan kaedah yang menarik dan mudah. Penggunaan tayangan video seperti
powerpoint dapat membantu pelajar memahami topik ini dengan lebih mudah. Contoh-contoh
yang mudah dan soalan-soalan latihan yang bersesuaian akan dapat meningkatkan
pemahaman pelajar.

Koleksi Biskut Raya 2014. Biskut Arab. Diperolehipada 03 Mac 2014 dari
http://resepiraya.blogspot.com/2009/08/biskut-arab.html
Math.Com: The World of Math Online. Estimeting and Rounding Decimals Diperolehi pada
03 Mac 2014 dari http://www.math.com/school/subject1/lessons/S1U1L3DP.html
Math Goodies Glossary. Rounding. Your Destination for Math Education. Diperolehi pada 03
Mac 2014 dari http://www.mathgoodies.com/glossary/term.asp?term=rounding

Você também pode gostar