Você está na página 1de 3

APA ITU PIDATO

Pidato boleh didefinasikan sebagai seni pengucapan dan ungkapan fikiran di khalayak
umum dengan memakai bahasa yang indah untuk memikat dan memukau audiens
untuk terus mendengar apa yang diperkatakan. Pidato dan pengucapan adalah tunggak
kepada lahirnya sebuah masyarakat yang berkeyakinan, bertrampilan, berwibawa dan
mampu mengeluarkan hujah dan idea berkesan bagi melahirkan sebuah bangsa
Malaysia yang berjaya.
Ilmu pidato adalah satu cabang ilmu yang memerlukan kredibiliti dan pengasahan
minda agar menjadikan sesutu bangsa itu bertrampilan dan berjaya. Kewibawaan diri
dapat ditonjolkan dek kerana keyakinan dan kepetahan meluahkan bait perkataaan
yang memukau pendengaran dan minda di hadapan khalayak ramai. Ianya berdasarkan
prinsip fatonah (kebijaksanaan), amanah (kejujuran), tabligh (menyampaikan)
dan siddiq (kebenaran) serta ukhwah (pertalian). Maka pidato yang diperjuangkan di
sini sangatlah berkesan di dalam era masa kini.
Pidato juga merupakan satu kemahiran yang boleh dipelajari. Ramai dikalangan kita
masih menganggap kebolehan ini satu keistemewaan warisan yang diturunkan dari satu
generasi ke generasi berikutnya.
" Mempelajari ilmu pidato itu bukanlah suatu kemahuan tetapi merupakan suatu perkara
penting di abad ini. Seperkara yang berteraskan kemahuan tidak bertahan lama namun
suatu perkara yang berteraskan keperluan akan terus kekal."
Kajian yang telah dijalankan di negara - negara barat dan melalui pemerhatian yang
dibuat di tanahair membuktikan bahawa anggapan begini adalah tidak tepat dan tidak
benar sama sekali. Kemahiran pidato ini sebenarnya boleh dipupuk atau diasah melalui
proses pembelajaran, pendedahan dan amalan dengan panduan serta bimbingan dari
pemidato yang terlatih dalam bidang ini.

Kesimpulannya setiap induvidu yang normal boleh berpidato sekiranya diberi


peluang mengenali dan mempelajari kemahiran tersebut secara terperinci dan
bersistematik
KENAPA PIDATO ITU PENTING
Kemahiran berkomunikasi dan berpidato amat kritikal dalam menentukan keberkesanan
pekerjaan (job effectiveness). Pidato semakin pesat menjadi faktor perbezaan (differentiator)

untuk profesional IT, menurut Boyd Rodman, seorang prodesor IT. Ramai graduan kita
mempunyai kemahiran teknikal dan pengurusan, tetapi masih tidak mampu meraih pekerjaan
yang membanggakan.
"Kemahiran teknikal akan mendapatkan anda pekerjaan, tetapi kemahiran komunikasi dan
berpidato akan mendapatkan anda kenaikan pangkat" Inilah kebiasaan nasihat yang diberikan
kepada bakal - bakal graduan di sebuah kolej swasta di Amerika Syarikat tidak lama dahulu.
Namun kini kemahiran teknikal saja tidak mencukupi untuk mendapat pekerjaan, apatah lagi
untuk kenikan pangkat. Isu graduan menganggur sudah menjadi kritikal. Kebanyakan institusi
pengajian tetinggi terutama di AS memastikan pelajar mereka mendapat latihan pidato dengan
memasukkan pidato sebahagian dari kursus pengajian.
Trend industri adalah ke arah teamwork, kerja berpasukan. Sesiapa yang menjadi ketua
kumpulan perlu membuat persembahan dan penyampaian keputusan penyelidikan kumpulan
tersebut dan sudah pasti mendapat perhatian dan pengiktirafan. Orang Melayu banyak mengalah
dalam hal ini, dan natijahnya bangsa lain yang mendapat pengiktirafan walhal yang mencetuskan
idea adalah orang Melayu. Sifat kepimpinan sangat tipis dan adakalanya tiada langsung, bukan
kerana tidak upaya tetapi tiada keyakinan diri..!
Pentingnya pidato dan kemahiran dalam pembangunan manusia amatlah nyata dan disokong oleh
pelbagai pihak. Pidato memberi keyakinan diri. Ia membantu seseorang menyampaikan idea dan
kreativitinya, kebijaksaannya untuk ditonjolkan ,didengari serta diiktiraf oleh sesiapa juga,
dikongsi bersama untuk kemajuan dan pembangunan ummah.
Pericles menyatakan lebih 2300 tahun yang lalu bahawa "sesiapa yang membuat keputusan
(judgement) atas apa - apa perkara tetapi tidak dapat menerangkannya dengan jelas lebih baik
tidak berfikir langsung tentang perkara tersebut.
Kemahiran pidato adalah satu kemahiran yang diiktiraf seluruh industri, dalam bidang
teknikal,pengurusan maupun ilmiah sebagai teramat penting. Walaupun pelbagai jenis media
massa membanjiri sebagai alat komunikasi tetapi ianya tidak dapat mengambil alih komunikasi

semuka. Pidato adalah cara melafazkan apa yang di minda,expressionof idea; memberi impak
atas isu yang berbangkit; satu bentuk empowerment dalam demokrasi.
Oleh itu, masyarakat berpidato perlulah diwujudkan untuk membudayakan masyarakat yang
maju pemikirannya, berani, berdaya saing dan mampu mematahkan hujah negetif bagi
menghasilkan idea pembangunan serta pemodenan manusia yang positif dan masyarakat yang
madani.

Você também pode gostar