Você está na página 1de 2

Teks Ucapan YDP 

PIBG
Sempena Majlis Anegerah Junjung Bestari 2010 dan Mesyuarat Agung PIBG kali ke- 19

Terima kasih Pengacara Majlis,

Yang Berusaha

Tuan Hj. Abu Bakar bin Md. Ali, BCK.

Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah Kulim Bandar Baharu,


Yang Berusaha Puan Hajah Sarifah bt. Mustafar, Pengetua SMK. Junjung,
Tuan-tuan Pengetua Daerah Kulim Bandar Baharu serta wakil, Tuan-tuan Guru Besar Daerah Kulim
Bandar Baharu serta wakil, Ahli Jawatankuasa PIBG SMK. Junjung, Ahli Jawatankuasa Majlis
Anugerah Junjung Bestari 2010 dan Mesyuarat Agung PIBG kali-19, , guru-guru, ibu bapa dan tuan puan
yang dihormati sekalian. 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. 

Saya melahirkan perasaan bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana kita dapat bersama-sama dalam majlis
Anugerah Junjung Bestari 2010 dan insya-Allah Mesyuarat Agung PIBG kali ke-19 selepas ini. Saya
amat mengalu-alukan Yang Berusaha, Tuan Hj. Abu Bakar bin Md. Ali, Pegawai Pelajaran Daerah,
Pejabat Pelajaran Daerah Kulim Bandar Baharu dapat bersama-sama dengan kita pada hari ini. Di sebalik
kesibukan tugas, Tuan dapat hadir ke majlis yang telah dirancangkan ini. Kami berasa berbesar hati dan
saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan atas sokongan dan prihatin Tuan
PPD terhadap kami. 

            Bagi pihak PIBG sekolah, saya yakin dengan kehadiran Tuan PPD akan dapat menyemarakkan
lagi semangat ibu bapa dan masyarakat Junjung untuk melibatkan diri secara aktif dalam program
pendidikan. Kita sedar bahawa dunia pendidikan mengalami banyak perubahan dari semasa ke semasa.
Peluang pendidikan harus digunakan sepenuhnya bagi menguasai ilmu, kemahiran dan membina
personaliti yang cemerlang. Pendidikan adalah bidang dinamik serta penuh cabaran di mana ia menuntut
perancangan strategik yang teliti dan pragmatik, kos yang besar serta jentera pelaksana yang cekap.
Pendidikan juga terdedah dan terpengaruh dengan tuntutan perubahan selaras perkembangan global dan
regional /serantau. Antaranya cabaran adalah melestarikan tahap profesyen dan menjadikan kualiti
perkhidmatan serta kecemerlangan sebagai identiti. Negara akan kehilangan daya saing, ketinggalan
atau terpinggir dari kemajuan global jika bidang pendidikan tidak menjadi keutamaan atau tidak
diuruskan dengan cekap dan berkesan.

Tahniah, saya ucapkan kepada para pelajar dan waris pelajar yang telah berjaya mencapai
kecemerlangan. Semoga kejayaan demi kejayaan yang dicapai pada masa sekarang akan menjadi
pendorong dan pencetus budaya cemerlang demi mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa
hadapan.

Tuan PPD dan hadirin yang dihormati yang dihormati sekalian,

Selepas Majlis Anugerah Junjung Bestari nanti, Insya-Allah kita akan bermesyuarat dan bersama-sama
menentukan komitmen PIBG untuk membantu pihak sekolah. PIBG bukan sahaja membantu dengan memberi
sumbangan wang atau dana daripada tuan-tuan dan puan-puan kepada pihak sekolah, malah antara perkara utama
yang saya harapkan selaku YDP PIBG ialah pandangan dan pemikiran membina ke arah membantu pihak sekolah
dalam meningkatkan potensi anak-anak kita khususnya dalam bidang akademik dan dunia pendidikan. Komitmen
tuan-tuan dan puan-puan adalah kebanggaan saya.

Saya suka menyentuh beberapa isu utama yang perlu diberi perhatian oleh kita sebagai waris SMK.
Junjung. Kita yakin, tanpa disiplin yang tinggi, pasti kejayaan dan kecemerlangan tidak akan tercapai. Kita juga
mesti sedar, kebanyakan sekolah juga tidak terlepas daripada ledakan isu-isu yang berkaitan pelajar. Para waris
semestinya sedar dan prihatin mengenai masalah ponteng, datang lambat ke sekolah, merokok, buli, melawan
guru, personaliti diri, mencuri dan seumpamanya. Walaupun masalah ini bukan sesuatu yang serius di sekolah ini,
keperihatinan para waris akan menatijahkan sesuatu yang bermakna untuk sekolah.

Saya percaya di bawah kepimpinan dan keprihatinan Tuan PPD dan Tuan Pengetua, kita boleh mencapai
prestasi yang lebih cemerlang dalam semua aspek. Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi
kepada Tuan PPD, Tuan Pengetua, Ahli Jawatankuasa PIBG, Ahli Jawatankuasa Majlis Anugerah Junjung Bestari
2010 dan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-19, para waris SMK. Junjung dan hadirin yang dihormati sekalian.
Terima kasih atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan bersama-sama berada dalam majlis kita hari ini. Saya
menyusun jari memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap. Apa yang saya perkatakan datangnya dari hati
saya yang ikhlas demi melihat kemajuan anak-anak kita jua.  

Sekian.Wabillahi taufiq wal hidayah wasalammualaikum Warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

EN. HABIB MARIKAN BIN BAWASAH.

YDP PIBD, SMK. JUNJUNG.

SESI 2009 / 2010.

Você também pode gostar