Você está na página 1de 2

PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

(RBT3193E)
NAMA

: NORAINASAFILA BINTI MUSA

NO. KAD PENGENALAN

: 870910-49-6164

OPSYEN

: PISMP BAHASA MELAYU GSTT KUMPULAN 2

REFLEKSI
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah kerana atas limpah dan
kurniaNya saya dapat menyiapkan tugasan kerja kursus ini iaitu subjek Perniagaan dan
Keusahawanan RBT3193E. Tugasan ini telah diberi oleh Tuan pensyarah saya yang saya
hormati iaitu Encik Suffian Bin Saheran.
Sebaik menerima tugasan, saya dan rakan-rakan dalam kumpulan telah mengadakan
sesi kolaborasi bersama dengan Tuan Pensyarah subjek RBT 3193E kami iaitu Encik Suffian
Bin Saheran untuk lebih memahami kehendak soalan. Setelah itu, saya dan rakan-rakan dalam
kumpulan juga mengadakan perbincangan dan mencari maklumat. Kemudian, untuk
memudahkan pelaksanaan tugasan, kami menggunakan teknik pembahagian kerja.
Tugasan ini terbahagi kepada beberapa bahagian. Antaranya ialah kami diminta untuk
membina laman blog sendiri dan pembinaan blog tersebut seharusnya meliputi kriteria-kriteria
seperti perlu ada reka bentuk blog, tema blog, pembezaan, kandungan dalam blog, rantaian
atau niches dan value added semasa. Kemudian, setelah menghasilkan blog, di dalam blog
tersebut perlu ada persembahan yang dapat meyakinkan para audien bahawa produk yang
dijual mendapat sambutan yang baik berdasarkan kepada rancangan pemasaran yang telah
dirancang. Namun begitu, terdapat kekuatan, kelemahan dan penambahbaikan yang dapat
dibuat sepanjang saya dan rakan-rakan membina blog perniagaan tersebut.
Dari aspek kekuatan, melalui tugasan ini saya mampu membaca dan memahami
tentang penghasilan blog perniagaan dan juga mengetahui tentang penyata kewangan bagi
sesebuah syarikat. Selain itu, kumpulan kami memperlihatkan semangat yang tinggi dan
kerjasama yang baik. Ini dapat dibuktikan melalui perbincangan bersama dengan rakan-rakan
dalam kumpulan mengenai pembinaan blog perniagaan.

PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN


(RBT3193E)
Dari aspek kelemahan pula, saya dan rakan-rakan tidak dapat menyiapkan tugasan
pada masa yang ditetapkan, atas sebab banyak aktiviti yang perlu diselesaikan. Disebabkan
banyak aktiviti yang harus dilaksanakan, kerja-kerja kami telah tertangguh dan belum dapat
disiapkan dengan sepenuhnya. Oleh hal yang demikian, saya dan rakan-rakan telah
bertungkus-lumus untuk menyiapkan tugasan RBT3193E ini dengan bersungguh-sungguh.
Antara penambahbaikan yang dapat dibuat iaitu, saya perlu perlu menyedari bahawa
pengurusan masa itu penting. Justeru, saya akan sentiasa mempersiapkan diri untuk
menyiapkan dan menghantar tugasan pada masa yang ditetapkan.
Secara keseluruhannya, tugasan ini begitu menguji keupayaan saya dan rakan-rakan
dalam membuat blog perniagaan serta kami juga mempelajari tentang penyata dan analisis
tentang kewangan yang menarik dan mencabar. Semoga pengetahuan yang saya perolehi ini
akan saya praktikkan ketika berada di sekolah kelak.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah RBT
3193E saya iaitu Encik Suffian Bin Saheran kerana beliau telah memberi tunjuk ajar, dorongan
dan motivasi kepada kami dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga, saya ingin
mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada rakan-rakan kumpulan 3 atas kerjasama
dan komitmen yang diberikan dalam menyiapkan tugasan pada kali ini.

Você também pode gostar