Você está na página 1de 11

Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (EDU 3105)

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T kerana dengan izin dan
hidayahNya saya diberi kemampuan untuk menyiapkan kerja kursus bagi Program
Pensiswazahan Guru Semester 4 bagi subjek Teknologi Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran (EDU 3105) ini. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad S.A.W serta para sahabat dan tabiin.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada


pensyarah iaitu Puan Rosnah binti Ahmad Zain dan Puan Mutia Sabihah binti Mohd
Asri, di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang telah dicurahkan bagi memantapkan
lagi tugasan ini serta membimbing saya sehingga tugasan selesai. Saya berdoa
semoga Allah akan membalas segala bantuan yang telah beliau berikan. Segala
jasa baik yang dicurahkan tidak akan dilupakan sepanjang hayat.

Tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada isteri dan anak-anak yang
banyak membantu dan amat memahami serta telah memberikan sokongan, bantuan
dan tolak ansur kepada saya sepanjang menjalankan dan menyiapkan kerja kursus
ini. Semoga jasa baik kalian semua akan dilimpahi dengan pahala dan rahmat Allah
S.W.T

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan di kelas PPG MT4.09 ini dan juga rakan-rakan di SK. Taman Maluri
serta mereka yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam
menyelesaikan tugasan ini. Diharapkan segala usaha dan bantuan yang diberikan
dalam menjayakan tugasan ini akan mendapat ganjaran yang setimpal dan
keberkatan dari Allah Taala.

Akhir kata, semoga Allah memberkati segala ilmu dan pengalaman yang
diperoleh sepanjang menjalankan kerja kursus ini. Semoga tugasan ini dapat
memberikan ilmu dan dapat dijadikan panduan kepada sesiapa sahaja.
Terima kasih.

Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (EDU 3105)

ISI KANDUNGAN

Penghargaan

Kandungan

ii

Rancangan Pengajaran Harian

Refleksi

Rujukan

Lampiran

ii

Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (EDU 3105)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh/ Hari : 02.09.2013 (Isnin)

Masa

: 60 minit

Kelas

: 4 Bakti

Bil. Pelajar : 34 orang

M/ Pel

: Matematik

Tajuk

: 8.0 Isi padu Cecair.


a) Menyukat isi padu cecair.

Objektif :

Pada akhir pembelajaran, murid dapat;


i. membaca ukuran isi padu cecair dengan cara yang betul
ii. menyukat dan membanding isi padu cecair menggunakan unit
piawai
iii. menyatakan anggaran isi padu cecair dalam sesuatu bekas

Pengetahuan Sedia Ada : i) Menyukat air tanpa unit piawai.


ii) Murid sudah mengetahui unit Liter () dan Mililiter (m)
sebagai unit dalam isi padu cecair.
Konsep : 1000 bahagian daripada Mililiter (m) adalah sama dengan 1 Liter ().

Bahan Bantu Mengajar : Botol Minuman, Tin minuman, E-Book Isipadu Cecair,
Tayangan Video dan Lembaran Kerja

Nilai : Bekerjasama, berbincang sesama rakan.

Kemahiran : Membanding beza dan menghubung kait.

Penerapan Nilai : Bekerjasama dan berhati-hati

Pendekatan/ Strategi/ Teknik : Main peranan berpusatkan guru dan murid.


Aktiviti kumpulan dan individu, Tunjuk cara dan
Teknik Penyoalan.

KBKK

: Menjana Idea

Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (EDU 3105)

Langkah / Masa

Isi
Kandungan

Aktiviti Pengajaran dan


Pembelajaran

Sumber /
Catatan

Guru menunjukkan botol


minuman kepada murid dan
bersoal jawab tentang kandungan
cecair yang di bawa.
2. Kaitkan dengan contoh-contoh
lain seperti : kotak minuman,
botol syampu,air tin.

KBKK
Menjana Idea

Guru menerangkan tentang unit


piawai untuk isi padu cecair.
Guru menerangkan tentang alatalat yang digunakan untuk
menyukat isi padu cecair.
Guru menunjukkan cara untuk
menyukat isi padu cecair seperti
dalam e-Book
Kemudian guru meminta murid
menyatakan bacaan isi padu
cecair bagi rajah yang ditunjukkan
di dalam e-Book
Wakil murid menjawab.

Strategi /
Teknik
Berpusatkan
guru.

Set Induksi
( 5 minit )

Bersoal jawab

1.

Langkah 1

Pengenalan Isi
padu Cecair

1.

Pengembangan
( 10 minit )

2.

Penerangan
Guru

3.

4.

5.

Sikap saintifik
dan nilai murni:
Melibatkan diri
secara aktif
.

BBMB
Botol air
minuman, Bekas
penyukat air.
Langkah 2
Pengembangan
( 20 minit )

Menulis Isi padu


Cecair
Contoh :

1.

2.

Aktiviti Individu
3.

4.

5.

Guru menerangkan cara untuk


menulis isi padu cecair dengan
menggunakan e-Book
Guru menerangkan kelebihan
menggunakan unit ukuran piawai
berdasarkan selingan video yang
terdapat dalam e-Book
Guru menerangkan cara
membuat pengiraan bagi
menentukan bacaan yang tepat
bagi sesuatu rajah yang
ditunjukkan.
Kemudian guru meminta murid
menyatakan bacaan isi padu
cecair bagi rajah yang ditunjukkan
di dalam e-Book
Wakil Murid menyelesaikan di
hadapan kelas mengikut cara
guru satu persatu.

Strategi /
Teknik
Berpusat guru
dan murid
Tunjuk cara

BBMB
Slaid Power
Point

KBKK
Menjana Idea

Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (EDU 3105)

Langkah / Masa
Langkah 3
Pengukuhan
( 20 minit )

Isi
Kandungan
1. Lembaran kerja
a) berkumpulan
b) individu

Aktiviti Pengajaran dan


Pembelajaran
1.

2.

Aktiviti
Kumpulan dan
Individu

3.

4.

5.

6.

7.
8.

Penutup
( 5 minit )

Rumusan

Guru mengarahkan murid kembali


kepada kumpulan masingmasing.
Guru memberikan arahan dan
murid mendengar dengan teliti.
Guru memberikan setiap
kumpulan kertas yang
mengandungi beberapa keping
gambar dengan isipadu yang
berbeza. (rujuk lembaran kerja 1
dan lembaran kerja 2)
Murid diminta menyelesaikan
masalah tersebut dengan
menukar unit isipadu cecair yang
diminta di dalam soalan.
Kemudian kumpulan yang berjaya
diminta mempersembahkan hasil
kerja kumpulan di hadapan kelas.
Selepas itu guru memberikan
latihan bertulis untuk menguji
kefahaman murid secara individu.
(buku teks)
Murid menyelesaikan soalan
latihan yang diberikan oleh guru.
Guru membuat pemantauan dan
memberi bimbingan kepada murid
yang masih tidak boleh
mengusainya

Sumber /
Catatan
Strategi /
Teknik
Main peranan
berpusatkan
murid secara
kumpulan dan
individu.

Sikap saintifik
dan nilai murni:
Melibatkan diri
secara aktif di
dalam kumpulan
Dan berhati-hati

BBMB
Kertas soalan
Lembaran
Kerja,
Buku Teks

Guru menyoal murid tentang


perkara yang telah dipelajari
2. Guru membuat rumusan terhadap
pembelajaran yang telah
berlangsung.

1.

Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (EDU 3105)

REFLEKSI

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan rahmatnya,


akhirnya dapat juga saya menyiapkan satu tugasan yang telah diamanahkan kepada
saya ini. Tajuk tugasan ini adalah membina dan menyiapkan e-Book berdasarkan
sukatan pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar. Saya telah memilih tajuk Isi padu
Cecair tahun 4 di bawah kemahiran Menyukat dan Menganggar Isi padu Cecair.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
yang telah memberikan satu tugasan yang sangat menarik dan memberi impak yang
besar kepada diri saya dalam menyiapkan tugasan ini. Di sini saya ingin berkongsi
sedikit sebanyak tentang pengalaman manis dan getir yang saya hadapi serta
faedah-faedah yang saya peroleh melalui tugasan yang diberikan ini.

Tugasan yang diberikan ini adalah berbentuk buku elektronik atau lebih
dikenali dengan nama e-Book. Untuk pengetahuan semua, Electronic Book atau
e-Book ini adalah salah satu media elektronik yang digunakan untuk proses
pengajaran dan pembelajaran. Ia juga merupakan salah satu bahan bantu mengajar
(BBM) yang sangat berkesan dan mampu menarik minat pelajar untuk belajar di
dalam kelas. Dengan terciptanya e-Book ini, pengajaran dan pembelajaran menjadi
lebih berkesan dan boleh menarik minat pelajar untuk terus menumpukan perhatian
dan fokus di dalam kelas.

Untuk menghasilkan e-Book ini, ia memerlukan idea-idea yang kreatif bagi


menghasilkan satu produk yang menarik dan memberi manfaat kepada pembaca.
Proses bagi menyiapkan tugasan ini bermula dengan mengeluarkan dan
menghasilkan idea-idea yang bernas dan kreatif untuk menyediakan satu e-Book
yang berkesan dan bermanfaat kepada semua pelajar. E-Book yang dihasilkan
hendaklah selari dengan BBM yang digunakan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.

Semasa proses menyiapkan e-Book ini, kefahaman yang mendalam


terutamanya tentang bagaimana cara-cara membuat e-Book yang menarik amat
perlu. Oleh yang demikian, saya telah membuat penyelidikan secara mendalam dan
terperinci melalui internet dan laman-laman sesawang untuk mendapatkan

Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (EDU 3105)

maklumat tentang e-Book. Akhirnya, saya telah memahami apa yang dimaksudkan
dengan e-Book dan bagaimana untuk menghasilkan e-Book yang menarik. Daripada
hasil penyelidikan ini, ingin saya kongsi bersama tentang ilmu dan pengalaman yang
telah saya tempuhi ketika proses menyiapkan e-Book ini.

Maksud e-Book ialah salah satu buku elektronik dan ia merupakan bahan
bacaan dalam konsep digital. Ia tidak dapat disentuh dan hanya boleh dilihat pada
skrin komputer. Berbeza jika kita membaca buku yang biasa, kita dapati ia terdiri
dari helaian kertas yang mengandungi teks dan gambar malah kita boleh memegang
dan merasai kualiti buku tersebut. E-Book adalah sama dengan buku yang
mengandungi gambar dan teks. Jika kita melihat fenomena masa kini, e-Book
merupakan antara trend masyarakat hari ini untuk membaca bahan ilmiah dan
mendapatkan sumber maklumat. Ia boleh dimuat turun ke dalam komputer, gajet
elektronik seperti Kindle, Tablet dan telefon Pintar.

Hari ini, semakin ramai penulis menulis dan menerbitkan e-Book dalam
bahasa Malaysia dan dipasarkan di Internet. Antara rekod jualan e-Book ialah, eBook berkaitan kerjaya, berjaya dijual sebanyak 2000 lebih unit dalam masa 8 hari
sahaja dan penerbit berjaya menghasilkan jualan kasar mencecah RM150,000.00.

Terdapat berbagai-bagai format untuk menghasilkan satu buku elektronik


yang popular. Antaranya ialah dengan menggunakan format teks, Portable
Document Format (pdf), Joint Photographic Experts Group (jpeg) dan HyperText
Markup Language (html). Format-format tersebut memiliki kelebihan dan kekurangan
masing-masing dan juga bergantung pada alat yang digunakan untuk membaca
buku elektronik tersebut.

Jika kita melihat pada zaman millenium yang serba canggih ini, semakin
ramai penulis buku menulis dan menerbitkan e-Book dalam bahasa Melayu dan
dipasarkan melalui Internet dan laman sosial. Terdapat banyak cara untuk
mendapatkan ilmu pengetahuan selain dari membaca buku, majalah dan surat
khabar. Oleh itu, pendekatan yang digunakan pada era ini adalah dengan
menggunakan komputer dan gajet elektronik yang senang untuk dibawa ke manamana. E-Book merupakan salah satu cara bagi menyebarkan dan berkongsi ilmu

Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (EDU 3105)

pengetahuan dengan orang lain, dengan menggunakan laman sosial sebagai


medium utama.

Di antara faedah yang boleh kita dapati daripada penggunaan e-Book ini
adalah, ia mudah dan senang di bawa dan digunakan sebagai bahan bantuan untuk
mengajar kerana saiz dan ukurannya yang kecil jika dibandingkan dengan buku
konvensional. Ia juga memiliki ciri pencarian yang mudah, sehingga perkataan
dalam buku elektronik dapat dicari dengan cepat. Selain itu, ia juga boleh dimuat
turun dari laman sesawang atau e-mel ke dalam komputer dan boleh disimpan
dalam bentuk digital atau elektronik. Ia juga boleh disimpan di dalam CD, thumb
drive, hard disc atau disket. Ini adalah kerana saiznya yang kecil dan mudah
dibawa ke mana-mana.

Di samping ia mudah dipindah alih dan senang dibawa ke mana-mana, ia


juga boleh dicetak untuk dibaca secara offline serta dihantar melalui e-mel atau
dimuat naik ke laman sesawang. Bukan itu sahaja, e-Book juga boleh dilindungi
dengan kata laluan (password) malah ia boleh juga dijual secara atas talian. Fail
e-Book tidak boleh dibaca walaupun terlepas ke tangan orang lain malah ia tidak
boleh disalin sekiranya kita melindungi fail e-Book dengan kata lauan tertentu. Ia
milik kita dan pelanggan kita sahaja jika sekiranya kita adalah penulis dan penjual
e-Book tersebut.
Semasa proses menyiapkan e-Book Menyukat dan Menganggar Isi padu
Cecair ini, saya menitik beratkan tentang penghasilan isi kandungan yang
bersesuaian dengan tahap pemikiran murid-murid tahun 4. Jadi, pemikiran kreatif
dan kritis dalam menghasilkan idea-idea yang bernas dan menarik amat penting
bagi mencipta e-Book ini. Terdapat beberapa kesulitan semasa proses menyiapkan
tugasan ini, antaranya ialah memilih gambar yang menarik dan bersesuaian dengan
tajuk. Saya mengambil masa 3 hari untuk mencari dan mengumpul gambar-gambar
dari internet yang akan dimasukkan dalam e-Book ini. Kemudian saya mengambil
masa 3 hari lagi untuk menyusun gambar-gambar menggunakan perisian MS
PowerPoint dan menukarkannya kepada portable document format atau pdf
sebelum dijadikan e-Book menggunakan perisian MartView.

Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (EDU 3105)

Alhamdulillah, masalah yang saya hadapi ketika menyiapkan tugasan ini telah
memberi saya pengalaman dan pengetahuan baru yang bermakna bagi membina
satu e-Book yang berkesan dan bermanfaat. Akhirnya saya dapat menyiapkan satu
buku yang berinformasi dan senang dibawa ke mana-mana untuk digunakan. Saya
yakin murid-murid akan lebih berminat dan memberikan sepenuh perhatian di dalam
kelas jika kita menggunakan e-Book sebagai salah satu bahan bantu mengajar
(BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini telah dibuktikan apabila saya sendiri
telah mencubanya di dalam kelas.

Sebagai kesimpulannya, penggunaan e-Book sebagai BBM dalam proses


pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan impak yang sangat tinggi dan
faedah kepada guru dan pelajar. Sebagai guru di era negara sedang menghampiri
Wawasan 2020 dan dengan pengenalan Pelan Pembangunan Pendidikan Nasional
(PPPM) ini, kita perlulah kreatif dan mengikut arus kemodenan dalam mendidik
murid-murid dan pelajar-pelajar hari ini kerana ia dapat menghasilkan pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan dan mampu mencapai objektif yang dirancang dan
diharapkan.

Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (EDU 3105)

RUJUKAN

1. http://www.formulaebook.com/apa-itu-ebook/
2. http://bisnesmeletop.blogspot.com/2012/02/apa-maksud-ebook.html
3. http://dotcomcell.com/kumpulan-artikel/2011/01/apa-itu-ebook-dan-caramembuat-ebook.html
4. http://layananebook.tripod.com/tentang_ebook.htm
5. http://myikhtiar.com/v2/blog/apa-itu-e-book/
6. http://prospekbisnisku.blogspot.com/2009/05/apakah-e-book-itu.html
7. http://perniagaan-internet-era-kini.jomaffiliate.net/produk-digital-ebook

Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (EDU 3105)

Você também pode gostar