Você está na página 1de 21

My

BUKU REK

Atur cara,
k, dan reka

reka dentu
letak oleh F
ie. S

FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN

INTELEK

ILMU
PENGETAHUAN
AKHLAK MULIA

JASMANI

ROHANI

INSAN
SEIMBANG
DAN
HARMONIS

TANGGUNGJAWAB DAN
SUMBANGAN KEPADA
MASYARAKAT

EMOSI

KESELURUHAN FALSAFAH BERPAKSIKAN KETUHANAN


PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SUATU USAHA BERTERUSAN KE ARAH
MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU
UNTUK MEWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS DARI SEGI INTELEK, ROHANI.
EMOSI DAN JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN. USAHA
INI ADALAH BAGI MELAHIRKAN RAKYAT MALAYSIA YANG BERILMU PENGETAHUAN,
BERKETRAMPILAN, BERAKHLAK MULIA, BERTANGGUNGJAWAB DAN BERKEUPAYAAN MENCAPAI
KESEJAHTERAAN DIRI SERTA MEMBERI SUMBANGAN TERHADAP KEHARMONIAN DAN
KEMAKMURAN MASYARAKAT DAN NEGARA.
WARGANEGARA MALAYSIA YANG BAIK UNSUR ROHANI DAN EMOSI
Percaya dan patuh kepada Tuhan
Unsur-unsur rohani dan emosi merangkumi
Berilmu pengetahuan
aspek berikut:
Berakhlak mulia
Keyakinan terhadap Tuhan
Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat,
Kepercayaan beragama
agama dan negara
Kemantapan jiwa
Berbakti dan memberi sumbangan kepada
Penghayatan nilai-nilai murni dan
masyarakat dan negara
norma
masyarakat
Memiliki sahsiah yang seimbang dan
Berbudi pekerti mulia
sepadu.

Berbakti dan berkorban


UNSUR INTELEK
Unsur intelek ini mengambil kira aspek
UNSUR JASMANI
berikut:
Ciri-ciri unsur jasmani ialah:
Hikmah iaitu ilmu yang boleh membawa
Kecergasan fizikal dan kesihatan diri
kepada kebenaran
Dapat menggunakan anggota dan
Daya pemikiran yang kreatif dan inovatif
tenaga fizikal sendiri untuk berdikari
Daya pemikiran yang logik dan analisis
dan hidup bermasyarakat
Ilmu yang bermanfaat
Masyarakat Malaysia yang berilmu
pengetahuan memiliki sikap suka
membaca serta cintakan ilmu pengetahuan

TATASUSILA PROFESION KEGURUAN


Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara
yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke
arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya demokrasi, kebebasan perseorangan dan
Prinsip-Prinsip Rukun Negara
Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan
yang telah terkumpul sejak berzaman, dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan.
Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya,
maka dengan ini kami menerima Tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion
kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya:
I. TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR
1.
Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.
2.
Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik ekonomi, sosial,
keturunan atau agama.
3.
Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
4.
Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang
diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
5.
Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar.
6
Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus
ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
II. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA
1.
Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
2.
Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga.
3.
Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga atau mengenai anak
mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak
mengetahuinya.
4.
Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang
diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
5.
Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.
6.
Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar
terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
III. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA
1.
Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau
negara, atau pun yang bertentangan dengan Rukun Negara.
2.
Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi
warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan
menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan ugama.
3.
Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara
dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
4.
Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.
5.
Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawanan masyarakat.
6.
Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari
dengan baik.
IV. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN
1.
Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama bagi seseorang guru di
hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
2.
T i d a k m e l i b at ka n d i r i d a l a m ke g i ata n ya n g b o l e h m e n j e j a s ka n ke c e ka p a n ka m i s e b a ga i g u r u .
3.
Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan
mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
4.
Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan.
5.
S e n t i a s a m e n g a w a s i d i r i k a m i s u p a y a t i d a k m e n c e m a r k a n n a m a b a i k p r o fe s i o n p e r g u r u a n .
6.
Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

Catatan: Guru yang dimaksudkan dalam konteks Tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah
institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi, (termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran,
organisasi dan penyeliaan pendidikan.)

PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN
(KURIKULUM KEBANGSAAN) 1997*
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 18 dan 130 Akta Pendidikan 1996, Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut:
1.

Nama dan mula berkuat kuasa.


Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 dan hendaklah mula
berkuat kuasa pada 1 Januari 1998.
2.
Tafsiran.
Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain
"bahan kurikulum" ertinya semua bahan yang digunakan dalam pengajaran kepada dan pembelajaran oleh murid;
"guru besar" atau "pengetua" ertinya seorang pegawai dalam Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik oleh Ketua Pengarah
Pendidikan atau seorang yang dilantik oleh Lembaga Pengelola suatu sekolah swasta dan yang bertanggungjawab untuk mentadbir atau
mengurus suatu sekolah;
"jadual waktu" ertinya suatu pernyataan mengenai mata pelajaran yang akan diajar kepada murid pada tiap hari persekolahan
dalam suatu penggal persekolahan yang mana dinyatakan tempoh dan peruntukan masa selamanya mata pelajaran akan diajar dan nama guru
yang akan mengajar mata pelajaran itu;
"jadual waktu yang diluluskan" ertinya suatu jadual waktu yang diluluskan oleh Menteri;
"kegiatan kokurikulum" ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di
bilik darjah;
"mata pelajaran" ertinya suatu bidang pengajaran dan pembelajaran yang dinyatakan;
"mata pelajaran elektif' ertinya mata pelajaran yang dinyatakan dalam Jadual 9 yang dipilih oleh murid di sekolah menengah
kerajaan dan bantuan kerajaan mengikut minat, bakat, kebolehan dan potensi mereka;
"mata pelajaran tambahan" ertinya mata pelajaran yang dinyatakan dalam Jadual 3 dan 8 yang diajar menurut Akta di sekolah
kerajaan dan bantuan kerajaan;
"mata pelajaran teras" ertinya mata pelajaran yang dinyatakan dalam Jadual 1 dan 5 yang mesti dipelajari oleh semua murid di
sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dan sekolah swasta;
"mata pelajaran wajib" ertinya semua mata pelajaran yang dinyatakan dalam Jadual 2, 6 dan 7, selain daripada mata pelajaran teras,
yang mesti dipelajari oleh semua murid di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan;
"sukatan pelajaran" ertinya suatu pernyataan mengenai perkara untuk diajar kepada murid di sekolah sepanjang tahun
persekolahan atau mana-mana tempoh yang dinyatakan dalam tahun persekolahan itu;
"sukatan pelajaran yang diluluskan" ertinya suatu sukatan pelajaran yang diluluskan oleh Menteri.
3.

Kurikulum Kebangsaan.
(1)
Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang
merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang
murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini
dan untuk menyampaikan pengetahuan.
(2)

Kurikulum bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi mata pelajaran yang berikut:

(a)
(b)
(c)
(d)
(e)
(f)

mata pelajaran teras yang dinyatakan dalam Jadual 1 dan 5;


mata pelajaran wajib yang dinyatakan dalam Jadual 2, 6 dan 7;
mata pelajaran tambahan yang dinyatakan dalam Jadual 3 dan 8;
mata pelajaran elektif yang dinyatakan dalam Jadual 9;
mata pelajaran untuk suatu kelas peralihan yang dinyatakan dalam Jadual 4; dan
mata pelajaran untuk peringkat Sijrl Tinggi Persekolahan Malaysia atau Tingkatan Enam yang dinyatakan dalam Jadual

(3)

Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang berikut:

(a)
(b)
(c)
(d)

penyertaan dalam sukan dan permainan;


penyertaan dalam persatuan dan kelab;
penyertaan dalam badan beruniform; dan
lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri.

10.

(4)
Peruntukan waktu minimum seminggu untuk mata pelajaran yang diajar di bawah kurikulum bagi sekolah kerajaan d a n
bantuan kerajaan di subperaturan (2) adalah dinyatakan dalam Jadual 11 hingga 15.
4.
Bahan kurikulum dan kokurikulum.
Menteri boleh menentukan bahan yang sesuai bagi pengajaran dan pembelajaran kurikulum dan kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan
bantuan kerajaan.

PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN
(KURIKULUM KEBANGSAAN) 1997*
5.
Perubahan jadual, sukatan pelajaran, dan jadual waktu.
Tertakluk kepada subperaturan 3(4), Ketua Pendaftar boleh mengubah atau meminda suatu jadual mengenai semua mata pelajaran yang diajar
di suatu sekolah, sukatan pelajaran, atau jadual waktu dan jadual, sukatan pelajaran, atau jadual waktu yang telah diubah atau dipinda
hendaklah terpakai di sekolah itu.
6.

Jadual, sukatan pelajaran dan jadual waktu diadakan untuk-pemeriksaan.


(1)
Seseorang guru besar atau pengetua suatu sekolah hendaklah dengan serta-merta mengadakan untuk pemeriksaan oleh
Ketua Pendaftar suatu jadual mengenai semua mata pelajaran yang diajar di sekolah dan sukatan pelajaran bagi semua mata pelajaran.
(2)
Seseorang guru besar atau pengetua suatu sekolah, kecuali sekolah gaya pos atau pusat pendidikan jarak jauh, hendaklah
dengan serta-merta mengadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar jadual waktu untuk penggal persekolahan semasa.
(3)
Ketua Pendaftar boleh memerlukan guru besar atau pengetua, / melalui suatu notis secara bertulis, untuk
mengemukakan sesalinan jadual mengenai semua mata pelajaran yang diajar di sekolah, sukatan pelajaran, dan/atau jadual waktu, dalam
tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan notis itu.
7.
Guru perlu mengadakan salinan sukatan pelajaran yang diluluskan dan senarai murid-murid untuk pemeriksaan.
Seseorang guru dalam suatu sekolah hendaklah dengan serta-merta mengadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar salinan sukatan
pelajaran yang diluluskan berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar dan senarai murid di bawah tanggungjawabnya.
8.
Buku rekod guru.
Seseorang guru dalam suatu sekolah, kecuali sekolah gaya pos atau pusat pendidikan jarak jauh, hendaklah menyimpan dan menyenggara suatu
buku rekod dalam mana hendaklah direkod olehnya tidak lewajLdaripada hari akhir.persekolahan setiap minggu dalam suatu penggal
persekolahan, bahagian atau bahagian-bahagian sukatan pelajaran yang diluluskan yang akan diajar pada minggu berikutnya berkaitan dengan
suatu mata pelajaran, dan buku rekod hendaklah dengan serta-merta diadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar.
9.
Jadual, sukatan pelajaran dsb. dalam bahasa selain daripada bahasa kebangsaan diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan.
Jika mana-mana jadual, sukatan pelajaran, jadual waktu, atau masukan dalam buku rekod guru, atau mana-mana salinannya yang diperlukan di
bawah peraturan 6, 7 atau 8 untuk dikemukakan atau diadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar, disediakan dalam suatu bahasa selain
daripada bahasa kebangsaan, seseorang guru besar atau pengetua hendak mengemukakan atau mengadakan untuk pemeriksaan jadual,
sukatan pelajaran, jadual waktu, atau masukan dalam buku rekod guru, atau salinannya dalam bahasa kebangsaan / dalam tempoh 30 hari
daripada diarahkan oleh Ketua Pendaftar.
10.
Jadual waktu perlu dipamerkan.
Seseorang guru besar atau pengetua suatu sekolah hendaklah mempamerkan sesalinan jadual waktu sekolah bagi penggal persekolahan
semasa yang ditandatangan olehnya di suatu tempat yang mudah dilihat di sekolah itu.
11.

Penalti.
(1)
Seseorang guru hendaklah mengajar mengikut suatu sukatan pelajaran yang diluluskan dan suatu jadual waktu yang
diluluskan dan mana-mana guru yang mengajar murid atau mana-mana orang yang membenarkan seseorang guru mengajar murid melainkan
daripada mengikut sukatan pelajaran yang diluluskan atau jadual waktu yang diluluskan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.
(2)
Seseorang guru besar, pengetua atau guru yang melanggar peraturan 6, 7, 8, 9 atau 10 adalah melakukan suatu kesalahan
dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit.
12.
Pemansuhan.
Peraturan-Peraturan (Kursus-Kursus Pengajian) Sekolah 1956 dan Kaedah-Kaedah Sekolah Lepas-Rendah (Kursus-Kursus Pengajian) 1962
adalah dirhansuhkan.

Diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

SURAT PEKELILING IKHTISAS


PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
Office of the Director General of Education Malaysia
PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA
Level 7 Block J Damansara Town Centre
50604 KUALA LUMPUR

Telefon : 03-2586900
Fax
: 03-2535150
____________________________________________________________________________________________________
KP(BS)8591/Jilid XV/(3)
9 Mac 1999
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y. Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 3/1999:
Penyediaan Rekod Pengajaran Dan Pembelajaran
Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memansuhkan Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan 256: "Buku Rekod
Mengajar Guru", bertarikh 1 Julai 1963.
2.
Semenjak Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan 256 dikuatkuasakan, terdapat amalan di mana maklumatmaklumat yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran telah dimasukkan ke dalam Buku Rekod Mengajar Guru
sehingga mengubah sifat dan tujuan sebenar Buku Rekod Mengajar Guru itu diadakan.
3.
Dengan Surat Pekeliling Ikhtisas ini, berkuatkuasa pada tarikh ia dikeluarkan, Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
hendaklah mengandungi hanya dua unsur sahaja, iaitu (i) Rancangan Pelajaran Tahunan, dan (ii) Rancangan Pelajaran Harian.
Pengetua, Guru Besar atau wakilnya hendaklah memastikan kedua-dua unsur tersebut dibuat mengikut prinsip-prinsip
perancangan yang mutakhir.
(i)

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN


Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia.

(ii)

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN


Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang
mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai
objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai.

4.
Rekod Pengajaran dan Pembelajaran bolehlah disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan
teknologi semasa. la haruslah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh
pihak yang diberi kuasa. Bahan-bahan lain yang berkaitan dengan penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan
Pelajaran Harian juga perlu diurus dengan baik dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang
diberi kuasa.
5.
Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua Pengetua, Guru Besar dan guru di negeri Ybhg.
Dato/ Datin/Tuan/Puan.
6.

Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

DATO'DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH


Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

SURAT PEKELILING IKHTISAS


Bahagian Sekolah-Sekolah,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Tingkat 12-14, Bangunan Bank Pertanian,
Leboh Pasar Besar,
Telefon : 2922066
Kuala Lumpur 50604.
Kawat : 'PELAJARAN'
___________________________________________________________________________________________________

KP(BS)8591/Jld 11/(44)
13hb.Mac, 1986
Semua Pengarah Pelajaran Negeri,
Malaysia
Y.B. Dato/ Tuan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1986
Panitia Mata Pelajaran
Dalam menjalankan kerja-kerja penyeliaan sekolah-sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat
Pelajaran Daerah, salah satu perkara yang hendak diselia adalah tentang kewujudan dan keberkesanan panitia mata-mata pelajaran
di sekolah-sekolah. Adalah didapati bahawa ada sekolah-sekolah yang telah menubuhkan panitia mata-mata pelajaran dan dapat
berfungsi dengan baik dan ada pula di sebaliknya. Walau bagaimanapun, sama ada panitia mata pelajaran itu berfungsi atau tidak,
Kementerian Pelajaran difahamkan bahawa pihak-pihak yang telah membuat penyeliaan ini telah ditanya oleh pihak sekolah, atas
dasar atau arahan manakah, panitia mata-mata pelajaran ini perlu ditubuhkan.
2.
Oleh yang demikian, surat pekeliling ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memberitahu pihak sekolah tentang perlunya
penubuhan panitia mata pelajaran, supaya dengan ini, perhubungan dua hala di antara pihak sekolah dengan pihak-pihak yang
membuat penyeliaan dapat diadakan dengan lebih berkesan lagi.
3.
Berikut adalah panduan mengenai panitia mata pelajaran dan pihak sekolah adalah dikehendaki menubuh atau
memperkemaskan lagi panitia mata-mata pelajaran supaya keberkesanan pengajaran-pembelajaran di sekolah dapat ditingkatkan.
3.1
Latarbelakang
Kejayaan para pelajar dalam pembelajaran dan motivasi serta minat mereka terhadap sesuatu mata
pelajaran yang dipelajari mempunyai hubungan rapat dengan kebolehan dan kekesanan guru yang
mengajar. Guru tidak ragu-ragu lagi mempunyai peranan yang penting dalam menentukan sama ada
matlamat pencapaian akademik para pelajar di sekolah tercapai atau tidak.
Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru-guru yang terlibat atau mengajar sesuatu m a t a
pelajaran yang sama menggembelingkan tenaga mereka dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti
dan/atau tugas-tugas mengajar sebagai pehdidik. Mereka juga harus mempunyai semangat
bekerjasama, saling membantu dan berkongsi fikiran, pengalaman serta "kepakaran untuk memperbaiki
lagi kecekapan dan kekesanan mereka. Dengan demikian, guru-guru yang mengajar sesuatu mata
pelajaran berpeluang untuk bekerjasama dan menyelaraskan usaha mereka dengan lebih terkelola dan
bersepadu. Dengan wujudnya badan ikhtisas seumpama ini, guru-guru yang menganggotainya juga
berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada masalah-masalah bukan sahaja dalam bidang
pengajaran bahkan juga masalah yang berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajarpelajar.
3.2

Struktur dan Organisasi


3.2.1
Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru yang
mengajar mata pelajaran yang sama di sesebuah sekolah. (Sekolah-sekolah kecil yang bilangan
gurunya sedikit adalah difikirkan tidak perlu menubuh pelbagai panitia mata pelajaran)
3.2.2
Badan ini hendaklah dipimpin dan dikendalikan oleh seorang guru kanan yang dilantik
sebagai ketua panitia oleh Guru Besar atau Pengetua Sekolah.
3.2.3
Semua ketua panitia mata pelajaran adalah secara otomatis menjadi ahli-ahli Jawatankuasa
Kurikulum Sekolah. Mereka ini mewakili panitia mata pelajaran masing-masing di dalam
jawatankuasa tersebut dan menjadi sebagai penghubung di antara ahli panitia dengan Guru Besar
atau Pengetua Sekolah.
3.2.4
Keputusan-keputusan yang diambil oleh tiap-tiap panitia di dalam perjumpaan-perjumpaannya
berhubung dengan isu-isu atau masalah-masalah kurikulum dan pengajaran perlu dibawa oleh ketua
panitia kepada Guru Besar atau Pengetua atau Penolong
Kanannya, sama ada untuk mendapat penyelesaian atau untuk makluman.
3.2.5
Di sekolah-sekolah di mana Jawatankuasa Kurikulum Sekolah belum ditubuhkan, ketua
panitia masih memainkan peranan penting untuk berhubung dengan Guru Besar atau Pengetua bagi
/membentangkan masalah-masalah atau isu-isu yang sedang dihadapi dan mengesyorkan segala
padangan atau permintaan ahli-ahli panitia berhubung dengan keperluan pengajaran dan
pembelajaran.

SURAT PEKELILING IKHTISAS


3.3

Tujuan Panitia Mata Pelajaran


Berikut adalah di antara beberapa tujuan yang dikenalpasti untuk panitia mata pelajaran:
3.3.1
Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan kekesanan pengajaran-pembelajaran;
3.3.2
Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif dan boleh
mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pembelajaran;
3.3.3
Memperbaiki prestasi pelajar-pelajar dalam peperiksaan (berasaskan sekolah dan awam) dalam
mata pelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan kepada prestasi/sasaran yang
ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah;
3.3.4
Mewujudkan semangat bekerjasama di antara panitia mata pelajaran dengan persatuan atau
kelab akademik.

3.4

Peranan Panitia
Berikut adalah di antara perkara yang dianggap perlu dilaksanakan oleh panitia, sejajar dengan peranannya
sebagai sebuah badan ikhtisas:
3.4.1
Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk kegunaan ahli-ahli
panitia;
3.4.2
Menyediakan rancangan mengajar untuk ketiga-tiga penggal dalam tahun persekolahan.
Rancangan mengajar ini diselaraskan di antara guru dalam sesuatu tingkatan/darjah dan juga di
antara tingkatan/darjah di mana ada kaitan;
3.4.3
Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku teks untuk digunakan oleh pelajarpelajar berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dari segi kehendak sukatan pelajaran dan tahap
kebolehan mereka;
3.4.4
Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan tambahan yang sesuai
dengan keperluan pembelajaran para pelajar dan kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di pusat
sumber sekolah;
3.4.5
Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan (berasaskan sekolah) yang disediakan bagi
tiap-tiap tingkatan atau darjah dan jika perlu menubuhkan bank soalan;
3.4.6
Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan pelajar-pelajar dalam tiap-tiap peperiksaan
berasaskan sekolah (khususnya peperiksaan pertengahan dan akhir tahun) dan mengambil
langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan pengajaran dan pembelajaran;
3.4.7
Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala, sekurang-kurangnya sekali sepenggal dan
mengadakan perjumpaan-perjumpaan secara 'ad hoc' bila dan jika perlu;
3.4.8
Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara formal atau tidak formal)
untuk memikir dan membincangkan masalah-masalah atau isu-isu yang berkaitan, seperti
masalah-masalah yang berhubung dengan kaedah mengajar serta mencari penyelesaian kepada
masalah-masalah atau isu-isu tersebut;
3.4.9
Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi setelah mengikuti kursus atau
seminar dengan ahli-ahli lain;
3.4.10
Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah dan menjalinkan
hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran;
3.4.11
Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan panitia-panitia di
sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan;
3.4.12
Bekerjasama dengan Iain-Iain panitia dan membantunya dalam usaha ke arah memajukan pelajarpelajar yang lemah dalam mata-mata pelajaran tertentu.
3.4.13
Melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyediakan minit mesyuarat dan
mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia;
3.4.14
Menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit atau laporanmesyuarat, surat menyurat dan
rekod-rekod yang berkaitan.
4. Harap Y.B. Dato'/Tuan memaklumkan kandungan surat Pekeliling ini kepada semua sekolah.
Sekian.
'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

Saya yang menurut perintah,

(HJ. JUMAAT BIN DATO' HJ. MOHD. NOOR)


Bahagian Sekolah-Sekolah,
b.p. Ketua Setiausaha,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

SURAT PEKELILING IKHTISAS


Bahagian Sekolah,
Kementerian Pendidikan,
Paras 5, Blok J Selatan,
Pusat Bandar Damansara
50604 Kuala Lumpur
Telefon : 2556900
___________________________________________________________________________________________________
KP(BS)8591/Jld 11/(77)
11 November 1987

Semua Pengarah Pendidikan Negeri


Y.B. Dato'/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1987:
Penyeliaan Pengajaran-Pembelajaran Di Dalam Kelas Oleh Penqetua/Guru Besar Sekolah
Tugas dan fungsi Pengetua/Guru Besar sebagai pemimpin profesionalisme, pengurus dan pentadbir hari ini adalah berbagai-bagai.
Sebagai pemimpin profesionalisme di sekolahnya, tanggungjawab utama seorang Pengetua/Guru Besar ialah untuk memastikan
kejayaan pelaksanaan kurikulum di sekolahnya. Pelaksanaan kurikulum dijalankan melalui proses dan aktiviti pengajaranpembelajaran oleh guru-guru dan keberkesanan pelaksanaan kurikulum di sekolah memerlukan penyeliaan yang rapi dan sistematis
dari pihak Pengetua/Guru Besar sekolah itu. Ini termasuklah penyeliaan pengajaran-pembelajaran terhadap guru di dalam kelas yang
sepatutnya menjadi perkara yang diutamakan dalam senarai tugas dan tanggungjawab Pengetua/Guru Besar. Oleh itu dan dengan
tujuan mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran-pembelajaran di sekolah, Pengetua/Guru Besar hendaklah
diperingatkan bahawa penyeliaan pengajaran-pembelajaran di dalam kelas adalah merupakan tugas yang amat penting.
2.

Berikut adalah syor garis panduan bagi melaksanakan tugas penyeliaan di dalam kelas:
2.1
Rasional
2.1.1
Pelaksanaan kurikulum adalah unsur TERAS fungsi institusi persekolahan. Dengan itu
p e r h at i a n ya n g l e b i h h e n d a k l a h d i b e r i ka n ke p a d a p e nye l i a a n p e n ga j a ra n pembelajaran.
2.1.2
S e b a g a i p e m i m p i n p r o fe s i o n a l i s m e d i s e ko l a h , Pe n g e t u a / G u r u B e s a r a d a l a h
pelaksana utama
kurikulum di sekolahnya. Oleh itu tugas penyeliaan pengajaranpembelajaran adalah merupakan tugas terpenting yang perlu dititikberatkan.
2.1.3
Pe nye l i a a n a d a l a h s at u a s p e k te r p e nt i n g d a l a m p e nta d b i ra n , p e n g u r u s a n d a n
kepimpinan pendidikan. Oleh itu penyeliaan tidak boleh dipisahkan dari peranan
Pengetua/Guru Besar sebagai pengurus, pentadbir dan pemimpin profesionalisme di
sekolahnya.
2.2
Tujuan
2.2.1
Mempertingkatkan daya profesionalisme Pengetua/Guru Besar dan guru-guru dalam
melaksanakan kurikulum sekolah melalui proses pengajaran-pembelajaran sejajar
dengan falsafah, matlamat dan objektif sistem pendidikan negara.
2.2.2
Berkongsi pengetahuan dan pengalaman bagi meluaskan sumber maklumat kepada Pengetua/ Guru
Besar untuk memperbaiki proses pengajaran-pembelajaran di sekolahnya.
Sumber maklumat ini juga boleh digunakan oleh Pengetua/Guru Besar sebagai asas
untuk menilai seseorang guru bagi tujuan tertentu.
2.3
Bidang
2.3.1 Penyeliaan pengajaran-pembelajaran hendaklah ditumpukan kepada 2 (dua) bidang:
a.
bidang organisasi dan
b.
bidang pengajaran dan pembelajaran.
Bidang Organisasi
Di antara ciri-ciri organisasi yang perlu diberi perhatian ialah:i.
i.
Iklim kelas:
organisasi kelas
kawalan murid
komunikasi
motivasi
sikap murid
kebersihan dan perhiasan
ii.
Penyeliaan gerakerja
iii.
Penilaian prestasi
iv.
Profil murid
v.
Panitia matapelajaran

SURAT PEKELILING IKHTISAS


Bidang Pengajaran dan Pembelajaran
Di antara ciri-ciri yang perlu diperhatikan ialah:
i.
Rancangan pengajaran;
Objektif
Isikandungan
ii.
Persediaan alat/bahan pengajaran dan penggunaannya.
iii.
Penyampaian isi pelajaran.
iv.
Teknik bersoaljawab.
v.
Interaksi guru murid.
vi.
Penggunaanmasa.
2.4

Prinsip Perlaksanaan
2.4.1
Penyeliaan pengajaran-pembelajaran di kelas hendaklah dijalankan oleh Pengetua/Guru Besar ke
atas semua guru.
2.4.2
Rekod penyeliaan pengajaran-pembelajaran di kelas hendaklah dicatit dengan ringkas dan tepat.
2.4.3
Penyeliaan pengajaran-pembelajaran hendaklah dirancang dengan seimbang dari segi masa,
matapelajaran, tingkatan/tahun dan guru.
2.4.4
Tugas penyeliaan ini boleh dijalankan dengan bantuan Penolong Kanan dan Penvelia Petanq.
Walau bagaimanapun tanggungjawab sepenuhnya terletak di tangan Pengetua/Guru Besar.
2.4.5
Penyeliaan pengajaran-pembelajaran di kelas hendaklah dijalankan secara sistematis dan
berlandaskan hubungan profesionalisme dengan guru-guru dan bukan untuk mencari kesalahan.
Dalam usaha mempertingkatkan prestasi pengajaran-pembelajaran di kelas, Pengetua/Guru
Besar perlu mendapat maklumat yang tertentu. Maklumat-maklumat itu dapat digunakan oleh
Pengetua/Guru Besar sebagai asas perbincangan dengan guru-guru.

3.
Surat Pekeliling ini adalah untuk mengingatkan kembali mengenai peri mustahaknya tugas-tugas penyeliaan pengajaranpembelajaran sebagai salahsatu tugas dan tanggungjawab Pengetua/Guru Besar. la tidak sekali-kali menafikan
pentingnya tugas-tugas dan tanggungjawab kepimpinan dan penyeliaan seorang Pengetua/Guru Besar dalam Iain-Iain aspek
pentadbiran dan pengurusan sekolah. Oleh itu Pengetua/Guru Besar perlu diingatkan mengenai peri pentingnya melaksanakan
tugas-tugas secara yang seimbang agar pelaksanaan suatu tugas tidak akan menyebabkan tugas-tugas lain tidak diberi perhatian
sewajarnya.
4. Harap maklumkan kandungan Surat Pekeliling Bil. 3/1987 ini kepada semua sekolah dinegeriY.B. Dato/Tuan/Puan.
Sekian.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "

(DATUK WIRAABDUL RAHMAN HAJIARSHAD)


Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "

ASPIRASI SISTEM

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN


MALAYSIA 2013-2025
100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan
daripada prasekolah hingga menengah atas
menjelang 2020

Akses

Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam


pentaksiran antarabangsa seperti TIMMS dan PISA dalam
tempoh 15 tahun

Kualiti

50% pengurangan dalam jurang pencapaian


(bandar-luar bandar, sosioekonomi, gender) menjelang tahun 2020

Ekuiti

Perpaduan

Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian


pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan
menghargai kepelbagaian

Kecekapan

Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid


mengikut peruntukan sedia ada

Kemahiran
memimpin

Kemahiran
berfikir

ASPIRASI
MURID

SEBELAS ANJAKAN

Pengetahuan

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11

Kemahiran
dwibahasa

Etikan &
kerohanian

Identiti
Nasional

Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti


bertaraf antarabangsa
Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan
Bahasa Inggeris
Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai
Tranformasi keguruan sebagai profesion pilihan
Memastikan pemimpin sekolah berprestasi tinggi ditempatkan
setiap sekolah
Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan
penyelesaian khusus berasaskan keperluan
Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran
di Malaysia
Mentranformasi kebolehupayaan dan kapasiti penyampaian
Kementerian
Bekerjasama dengan Ibu bapa, komuniti dan sektor swasta
secara meluas
Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit
Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara
langsung

VISI DAN MISI JPN SABAH

VISI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH


Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH


Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk
Membangun Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

SPEED
Smart Planning Enhances Education Dynamics
MOTTO
Bersama..... Melangkah Ke Hadapan

FOKUS JPN SABAH

1
2

3
4
5
6
7

Melonjakkan Prestasi Peperiksaan Awam UPSR, PMR, SPM


dan STPM.
Pencapaian Sub-NKRA KPM:2.1 Prasekolah Peningkatan kadar penyertaan kanak-kanak
berumur 4 hingga 5 tahun dan peningkatan kualiti
pendidikan prasekolah.
2.2 LINUS Peningkatan penguasaan literasi dan numerasi
murid Tahap 1.
2.3 Sekolah Berprestasi Tinggi.
2.4 Baiah (Tawaran Baru Kepada Pemimpin Sekolah)

Kepimpinan Pendidikan.

Pemantapan Sistem Pengurusan Kualiti.


4.1 Pemantapan Sistem Perkhidmatan Pendidikan.
4.2 Pemantapan Pengurusan Kewangan dan Akaun di Semua
Peringkat.
4.3 Pemantapan Dalam Pengurusan Pentadbiran dan
Pengendalian Peperiksaan Awam serta PBS di Sabah.
Peningkatan Sahsiah Murid
5.1 Pengurangan Kadar Ponteng Dalam Kalangan Murid
Sekolah
5.2 Pembangunan Sukan dan Kokurikulum .
.
Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan di Sekolah.

Perkhidmatan Psikologi, dan Kaunseling.

GURU MENGAJAR MURID BELAJAR

C
CEPAT

C
CERMAT

T
TEPAT

I
INTEGRITI

1 AGENDA 1 IMPIAN

BULATAN
Bersatu, Fokus, Padu
MERAH
Berani
GUNUNG KINABALU
Semangat Jatidiri yang tinggi dan teguh
LOGO 1 MALAYSIA
Mengutamakan murid dalam mencapai
kecemerlangan pendidikan
GURU
Pendidik
5 MURID
Mewakili pelbagai kaum dan latar belakang
melambangkan 5 Prinsip Rukun Negara
BIRU
Perpaduan, Pemuafakatan & Keharmonian
PUTIH
Keikhlasan, Suci

Kita warga pendidikan


Berjuang dalam misi KPM
Sekolah unggul penjana generasi
Dalam misi membangunkan potensi....
Kita warga pendidikan
Memperkasa pendidikan di Sabah
Satu Agenda Satu Impian
Kalau bukan kita siapa lagi...
(co)
Kita warga pendidikan
Berjuang di dalam satu barisan
Malaysia Negaraku Sabah Negeriku
Tak dipersia harapan Negara
Satu Agenda Satu Impian
Jangan buang masa lagi
Majulah kehadapan lagi
Marilah melangkah jangan tunggu lagi
Kalau bukan sekarang bila lagi.

P
PRODUCTIVE

C
CREATIVE

(BDG)
Sabahkan gagah di Malaysia
Malaysia gagah di nusantara
Malaysia gagah di pentas dunia
Satu Agenda Satu Impian
Satu Suara Satu Kepimpinan
Satu Malaysia
Satu.Malaysia !
Lagu Asal: Anak Kecil Main Api
Pencipta : Tan Sri Prof. Dr. Nordin Kardi
Lirik : Datuk Jame Alip
Melodi dan Penyanyi : Asmin Mudin

I
INNOVATIVE

STANDARD KUALITI PENDIDIKAN


MALAYSIA (SKPM) 2010
STANDARD

Bil Aspek

% Wajaran

STANDARD 1

Kepimpinan dan Hala Tuju

10%

STANDARD 2

Pengurusan Organisasi

15%

STANDARD 3

Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum


dan Sukan, dan Hal Ehwal Murid

15

20%

STANDARD 4

Pembelajaran dan Pengajaran

12

20%

STANDARD 5

Kemenjadian Murid

50

35%

STANDARD 1: KEPIMPINAN DAN HALA TUJU


Kepimpinan sekolah berperanan sebagai pemimpin
berimpak tinggi dan berupaya menggembleng dan
menggerakkan warga sekolah secara bersepadu untuk
memajukan sekolah dan meningkatkan kualiti
Pembelajaran & Pengajaran
STANDARD 2: PENGURUSAN ORGANISASI
Organisasi sekolah diurus dengan mengambil kira
potensi dan keperluan staf, kemudahan sumber
dalaman dan memanfaatkan sumber luaran supaya
sekolah dapat berfungsi dengan cekap dan berkesan
STANDARD 3: PENGURUSAN KURIKULUM,
KOKURIKULUM DAN SUKAN, DAN HAL EHWAL
MURID
Bidang kurikulum, kokurikulum dan sukan, dan hal
ehwal murid diurus dengan cekap dan berkesan bagi
memastikan sekolah berfungsi sebagai institusi
pembelajaran dalam melahirkan murid yang seimbang
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
STANDARD 4 : PEMBELAJARAN DAN
PENGAJARAN
Guru merancang dan melaksanakan proses P&P yang
berkualiti tinggi dan bersungguh-sungguh untuk
memperkembang potensi dan pencapaian murid pada
tahap optimum secara berterusan.
STANDARD 5: KEMENJADIAN MURID
Pendidikan di sekolah melahirkan murid yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berupaya mencapai
kesejahteraan diri.

12 STRATEGI PEDAGOGI

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Tugas utama seorang guru adalah untuk memudahkan
pembelajaran murid. Guru harus dapat menyediakan
suasana pembelajaran yang menarik dan harmoni serta
menciptakan pengajaran yang berkesan.
Guru mesti menentukan pendekatan, memilih kaedah dan
menetapkan teknik-teknik tertentu sesuai dengan
perkembangan dan kebolehan murid. Strategi yang dipilih
hendaklah boleh merangsang murid belajar secara aktif,
membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya
menarik hati murid serta menghasilkan pembelajaran yang
bermakna.
Dalam merancang persediaan mengajar, aktiviti yang dipilih
perlu mempunyai urutan yang baik bagi mencapai objektif
pengajaran. Aktiviti tersebut mestilah mampu memberi
sepenuh pengaruh terhadap pemerhatian, meningkatkan
intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta
membantu guru.
Antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru
ialah:

Kaedah Sumbang Saran

Kaedah Tunjuk Cara (demonstrasi)

Simulasi atau kaedah pengajaran kumpulan

Kaedah Perbincangan atau Penyelesaian Masalah

Kaedah Audio lingual

Kaedah Kod Kognitif

Kaedah Projek
KONTEKSTUAL
Mengikut teori pembelajaran kontekstual pembelajaran
hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat
atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada
mereka.
Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks
dengan membuat hubung kait yang bermakna dan relevan
dengan persekitarannya.
Teori Pembelajaran Kontekstual menumpukan kepada
kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di
bilik darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan harian.
Teori ini menggalakkan pendidik memilih dan mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai
pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal
atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang
dihasratkan.
KONSTRUKTIVISME
Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid
membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif
berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.
Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan
yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk
membina pengetahuan baharu.

BELAJAR CARA BELAJAR


Belajar Cara Belajar ialah proses untuk memperoleh teknik
belajar sama ada bersama guru atau tanpa guru.
Peranan Guru:
Menentukan objektif pembelajaran
Menyesuaikan gaya pengajaran guru dengan gaya
pembelajaran murid

Menyediakan pelbagai teknik dan aktiviti untuk


menjalankan PdP

Memilih bahan PdP yang sesuai

Berbincang dengan murid

Menilai secara formatif dan sumatif serta


mengambil rekod pencapaian murid

Mengambil tindakan susulan sewajarnya

PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI


Pembelajaran Akses Kendiri (PAK) adalah pendekatan
pembelajaran yang memberi akses kepada pembelajaran
dan membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan
kemahiran secara berdikari. Dalam PAK, bahan pengajaran
direka dan diuruskan supaya murid belajar mengikut minat,
keperluan, tahap kemampuan dan gaya pembelajaran
mereka. Bagi membolehkan murid mendapatkan maklum
balas tentang pencapaian dan kemajuan mereka, program
PAK menyedia pentaksiran kendiri.
PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH
Penilaian Kendalian Sekolah bermaksud peranan penting
yang dimainkan oleh guru dalam mengesan perkembangan,
kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru
menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai,
merancang dan membina instrumen penilaian, merekod
hasil penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor
dan membuat tindakan susulan.
MODEL KEMAHIRAN BERFIKIR
Kemahiran berfikir dibahagikan kepada kemahiran berfikir
kritis dan kemahiran berfikir kreatif. Kemahiran berfikir
kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan
sesuatu idea dan bersifat evaluatif.
Kemahiran berfikir kreatif ialah kebolehan untuk mencerna
dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea
baharu terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea yang
ada.
Strategi berfikir pula merupakan proses berfikir yang lebih
tinggi peringkatnya dan mengandungi beberapa langkah
yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan
kreatif. Kesemua kemahiran yang digunakan dalam aktiviti
Pdp adalah pada akhirnya menuju ke arah membuat
konsepsi, keputusan dan menyelesaikan masalah.
Kemahiran berfikir menaakul adalah sebagai pelincir dalam
membantu kita membuat pertimbangan secara logik dan
rasional kepada semua kemahiran berfikir dan strategi
berfikir.

1212
STRATEGI
STRATEGIPEDAGOGI
PEDAGOGI

PEMBELAJARAN MASTERI
Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan Pdp
yang memastikan semua murid menguasai hasil
pembelajaran yang dihasratkan dalam sesuatu unit
pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran
seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa
yang mencukupi serta proses PdP yang berkualiti
ICT DALAM PdP
Tiada satu cara pun boleh dikatakan sebagai terbaik dan
mesti digunakan. Pendekatan terbaik sebenarnya apabila
penggunaan ICT sesuai dengan keperluan murid, serta
dapat membuahkan hasil dalam jangka masa yang
munasabah.
Dalam konteks pembelajaran, penggunaan ICT dalam PdP
boleh dikategorikan sebagai:

Tutorial

Penerokaan (eksploratori)

Aplikasi, dan

Komunikasi
Pengintegrasian ICT dalam proses pembelajaran, murid
didedahkan dengan pelbagai maklumat yang boleh didapati
dengan cara yang menarik dan mudah. Guru boleh
m e n g g u n a ka n I C T u n t u k m e m b i n a b a h a n Pd p ,
INKUIRI PENEMUAN
Juga dikenali sebagai teknik Tinjau dan Siasat. Strategi ini
dapat menimbulkan daya refleksi murid. Strategi ini
merangkumi aktiviti:
a.
Proses mengenali masalah
b.
Mengkaji jangkaan atau ramalan
c.
Mengumpul maklumat
d.
Menganalisis
e.
Membuat rumusan
KAJIAN MASA DEPAN
Kajian Masa Depan memberi kesedaran dan merangsang
murid berfikir tentang isu, masalah dan peluang yang bakal
dihadapi. Ini akan membolehkan mereka memandang masa
depan dengan yakin dan optimis. Kajian Masa Depan
terbahagi kepada Kemahiran Asas dan Kemahiran Khusus
Kemahiran Asas yang perlu dibina :
1.
Membuat ramalan tentang trend dan perubahan
yang akan berlaku berdasarkan pengetahuan dan
maklumat yang sedia ada.
2.
Menjangka kesan atau akibat sesuatu fenomena,
trend atau perubahan masa depan; dan
3.
Menggunakan sumber manusia dan sumber lain
bagi mengawal, menangani serta mengendalikan
perubahan supaya mendapat manfaat yang
maksimum
Kemahiran Khusus tidak bersifat hierarki boleh dimulai dan
dinilai mengikut tujuan pengajaran. Guru boleh memulakan
dengan pemahaman konsep masa depan hingga
pemahaman dimensi kemapanan, atau menggunakan salah
satu atau beberapa satu daripada teknik kemahiran khusus
yang bersesuaian dengan tajuk mata pelajaran.

KECERDASAN PELBAGAI
Linda Campbell, Bruce Campbell merumuskan definisi
Howard Gardner sebagai:

Keupayaan mnyelesaikan masalah yang dihadapi


dalam kehidupan yang sebenar

Kebolehan menjana masalah baharu untuk


diselesaikan; dan

Kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan


perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan
sesuatu
budaya
Lapan Jenis Kecerdasan Pelbagai:
a.
Verbal linguistik- kebolehan menggunakan
bahasa lisan, bacaan dan penulisan untuk menyatakan
pendapat dan meberi pandangan
b.
Logik-Matematik-kebolehan menggunakan
nombor, pengiraan, pengkelasan atau menggalakkan
pemikiran kritis
c.
Visual-Ruang- kebolehan melakar penyusunan
grafik seperti membuat peta minda, membayangkan
masalah dan penyelesaiannya
d.
Kinestetikkebolehan manipulasi alat
atau bahan untuk menyelesaikan masalah
e.
Muzikalkebolehan menyedari ritma,
harmoni, kecanggungan untuk mengenal pasti masalah dan
penyelesaiannya
f.
Interpersonalkebolehan mendapat idea
pelbagai melalui interaksi dengan orang lain mengenai
masalah dan penyelesaiannya
g.
Intrapersonalkebolehan membuat refleksi
secara mendalam berasaskan pengalaman, perasaan sendiri
mengenai masalah dan penyelesaiannya
h.
Naturaliskebolehan menggunakan
contoh daripada alam semulajadi untuk mengkaji masalah
dan jalan penyelesaiannya
MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN
MODEL ASSURE
Analyse Learners
State Objectives
Select Instructional Methods, Media and
Materials
Ultilize media and materials
Requires Learners Participation
Evaluate and Revise
MODEL ADDIE
Analyse
Design
Development
Implement
Evaluate

LAPAN PROSES PEMIKIRAN


MEMBUDAYAKAN KEMAHIRAN
BERFIKIR
Projek ini membantu pihak sekolah memupuk
kemahiran berfikir; menyemai budaya
pembelajaran sepanjang hayat; mahir dalam
menyelesaikan masalah dan berupaya mencari
jalan penyelesaian secara kreatif dalam kalangan
murid sekolah.
i-THINK merupakan kerjasama di antara
Kementerian Pelajaran dan Agensi Inovasi
Malaysia (AIM). i-THINK melahirkan inovator
generasi masa depan dengan kebolehan dan
kemahiran berfikir secara kritis serta berupaya
untuk menyesuaikan diri dan menangani
cabaran pada masa akan datang.

Lapan Proses Pemikiran dibangunkan melalui alat berfikir visual, iaitu Peta Pemikiran yang
memudahkan murid-murid dalam memahami konsep, menganalisis masalah dan mencari
penyelesaian.
MENDEFINISIKAN MENGIKUT
KONTEKS
Peta Bulatan

MENERANGKAN
Peta Buih

MEMBANDING BEZA
Peta Buih Berganda

MEMBUAT PENGELASAN
Peta Pokok

HUBUNGAN SELURUH
-BAHAGIAN
Peta Dakap

URUTAN
Peta Alir

SEBAB DAN AKIBAT


Peta Pelbagai Alir

ANALOGI
(hubungan yang sama,
mencari faktor penghubungan)
Peta Titi

KANDUNGAN

1.

MAKLUMAT DIRI GURU

2.

SENARAI TUGAS GURU

3.

JADUAL WAKTU

4.

SENARAI BUKU RUJUKAN

5.

PENULISAN RANCANGAN MENGAJAR TAHUNAN

6.

RANCANGAN MENGAJAR TAHUNAN

7.

TAKWIM PERSEKOLAHAN

8.

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN

9.

REKOD PEMBERIAN KERJA MURID

10.

REKOD PRESTASI MATA PELAJARAN

11.

REKOD PRESTASI PEPERIKSAAN

12.

PENYELIAAN/PERTEMUAN/PERBINCANGAN PROFESIONAL

13.

CATATAN

RANCANGAN MENGAJAR TAHUNAN

TAKWIM SEKOLAH

Você também pode gostar