Você está na página 1de 7

APAKAH ITU 3R (REDUCE,REUSE,RECYCLE)

1. REDUCE (KURANGKAN)
Pengurangan adalah proses di mana meminimakan sisa pepejal yang
terhasil. Sisa pepejal dapat dikurangkan dengan cara menggelakkan
pembelian barangan berbungkus atau barangan pakai buang. Selain itu,
pembelian secara pukal juga dapat mengurangkan sisa pembungkusan
yang secara tidak langsung menjimatkan kos pembelian.
2. REUSE ( GUNA SEMULA)
Menggunakan semula bahan buangan yang telah dibuang setelah
diperbaiki. Tahap pemikiran yang kreatif dan inovatif mungkin boleh
menghasilkan produk yang berguna daripada bahan buangan tersebut.
Secara tidak langsung dengan menggunakan semula bahan ini, ia dapat
menjimatkan wang.
3. RECYCLE (KITAR SEMULA)
Kebanyakan bahan yang dibuang adalah sangat berharga dan boleh
dikitar semula. Barangan ini boleh dikitar semula melalui pemprosesan
dan ia akan menghasilkan bahan yang baru. Terdapat hubung kait antara
nilai keprihatinan terhadap keperluan mengitar semula dan aktiviti kitar
semula. Mereka yang menyokong keperluan program kitar semula juga
didapati aktif mengasingkan sampah, mengitar semula plastik beg dan
kadbod.

TIPS AMALAN 3R (REDUCE,REUSE,RECYCLE)


1.REDUCE(KURANGKAN)
-Beli produk isian semula.
-Gunakan kain tuala bagi menggantikan kertas tisu.
-Beli barangan yang kurang bungkusan.
-Gunakan kedua-dua muka kertas semasa menulis atau membuat salinan
-Gunakan e-mel untuk menghantar surat atau dokumen.
2. REUSE( GUNA SEMULA)
- Bawa beg yang boleh diguna semula semasa membeli barang.
-Bawa bekas makanan sendiri semasa membeli makanan.

-Gunakan kotak serbaguna untuk menyimpan barang-barang.


-Guna semula bekas minuman sebagai hiasan atau bekas pensil.
3. RECYCLE(KITAR SEMULA)
-Mengitar semula 8 botol plastik boleh menghasilkan sehelai jersi.
-Kertas surat khabar boleh dijadikan pelbagai jenis kraf tangan yang
menarik.

KEBAIKAN 3R (REDUCE,REUSE,RECYCLE)
Menjimatkan sumber alam
Mengitar semula dapat membantu mengurangkan penggunaan sumber
alam semula jadi yang tidak boleh diperbaharui.
Memelihara alam sekitar
Mengitar semula bahan-bahan bermakna kita turut mengurangkan jumlah
sisa pepejal yang akan dilupuskan. Malah pengurangan penggunaan
sumber asli dapat membantu mengurangkan aktiviti menebang pokok,
melombong dan sebagainya yang menyebabkan pencemaran alam
sekitar.
Menjimatkan tenaga dan menjimatkan kos
Proses membuat barangan baru dari bahan kitar semula dapat
menjimatkan banyak tenaga berbanding menggunakan bahan mentah asli
yang memerlukan tenaga yang banyak sekaligus menyumbangkan kepada
pertambahan kos pengeluaran. Kos pelupusan sisa pepejal juga dapat
dikurangkan.
Menambah pendapatan
Kita dapat menambahkan pendapatan sekiranya melaksanakan 3R iaitu
dengan menjual semula barang-barang seperti botol kaca, aluminium dan
surat khabar lama. Bagi yang lebih kreatif penghasilan barang-barang
baru dari bahan-bahan tersebut juga boleh dijadikan pendapatan
sampingan.

JENIS-JENIS TONG SAMPAH KITAR SEMULA

Warna BIRU
Kegunaannya adalah untuk membuang kertas. Semua kertas berwarna
dan tidak berwarna seperti akhbar, majalah, buku, helaian kertas katalog,
risalah, kalendar ,kad ,sampul surat dan kotak kadbod. Di dalam tong
yang berwarna biru ini tidak boleh memasukkan kertas tisu, kertas
karbon, kertas minyak atau aluminium, kertas berlapis plastik dan kertas
yang kotor.
WARNA COKLAT
Kegunaannya adalah untuk kaca. Semua kaca yang berwarna dan tidak
berwarna seperti botol minuman ringan, balang makanan, botol vitamin,
dan botol kosmetik. Di dalam tong ini tidak boleh memasukkan kristal,
cermin, cermin tingkat, skrin kenderaan, porselin, seramik, logam,
peralatan makmal, dan balang atau botol bahan toksik.
WARNA JINGGA
Kegunaannya adalah untuk tin aluminium, tin keluli dan plastik. Semua
jenis aluminium dan tin keluli seperti tin minuman ringan dan bekas
makanan. Semua plastik berwarna dan tidak berwarna seperti beg plastik
membeli-belah, botol minuman, botol air mineral, bekas makanan, botol
cecair pencuci dan botol vitamin. Di dalam tong ini tidak boleh
memasukkan bekas cat, bekas bahan toksik, peralatan makmal dan
bekas styrofom.

PROGRAM BERKAITAN KITAR SEMULA


Program waste wise
Program ini disediakan untuk ICI (Industri, komersial dan institusi) bagi
meminimakan sisa dan meningkatkan kitar semula.
Program kutipan bahan kitar semula
Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada masyarakat
untuk mempraktikkan amalan kitar semula ini. Program ini adalah untuk
pengumpulan kertas terpakai yang dijana di setiap jabatan dan premis di
samping bahan-bahan kitar semula yang lain.
Lawatan ke pusat kitar semula
Program ini dijalankan bagi memperkenalkan pusat kitar semula yang
terdapat di Malaysia dan memberikan pelbagai informasi mengenai
operasi yang dijalankan oleh pusat kitar semula ini.
Pameran kitar semula
Pameran ini dijalankan bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan
juga memberikan pendedahan kepada masyarakat berkenaan kitar
semula ini. Pameran ini diadakan bagi menggalakkan lagi masyarakat
untuk melakukan aktiviti kitar semula.
Kempen b erkenaan kitar semula
Pelbagai kempen telah dilakukan oleh semua pihak bagi memberikan
kesedaran kepada masyarakat berkenaan kitar semula. Kempen ini
banyak dilakukan melalui media massa dan pihak sekolah juga telah
memainkan peranan yang penting dalam memupuk kesedaran kitar
semula kepada para pelajar. Kempen seperti hari tanpa beg plastik juga
telah dilaksanakan oleh kerajaan.

CARA MENINGKATKAN KESEDARAN TERHADAP KITAR SEMULA


Pelbagai cara perlu dilakukan dalam meningkatkan kesedaran
terhadap kitar semula. Cara yang pertama adalah dengan mengadakan
kempen kesedaran. Pihak kerajaan dan juga bukan kerajaan mestilah
mengambil inisiatif dalam memupuk kesedaran masyarakat terhadap
kitar semula ini. Kempen tersebut boleh dilakukan di setiap sekolah bagi
memberikan pengetahuan kepada para pelajar dan juga para guru-guru.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di dalam kempen itu adalah dengan
mengadakan ceramah kesedaran terhadap alam sekitar, pameran
berkenaan alam sekitar, pertandingan menggunakan bahan kitar semula,
menulis esei dan sebagainya. Hal ini dapat mendidik para pelajar
terhadap kepentingan kitar semula ini. Kempen ini juga boleh dilakukan
melalui media massa seperti media cetak dan media elektronik.
Maklumat berkenaan kitar semula mestilah disiarkan di dalam surat
khabar, majalah, televisyen, risalah dan sebagainya. Hal ini dapat
mendedahkan kepada orang ramai berkenaan dengan kitar semula ini.
Cara yang kedua adalah pihak kerajaan perlulah menyediakan lebih
banyak pusat kitar semula ini. Hal ini dapat menggalakkan lagi
masyarakat untuk menjalankan aktiviti kitar semula ini kerana banyak
tempat kitar semula terdapat di kawasan mereka. Hal ini akan lebih
memudahkan masyarakat dalam melakukan aktiviti kitar semula. Apabila
pusat kitar semula banyak ditubuhkan maka pusat ini perlulah lebih
banyak menyediakan tong-tong kitar semula bagi memberikan
pendidikan kepada masyarakat cara untuk mengitar semula.
Cara yang Ketiga adalah peranan pihak berkuasa amat penting
untuk menjayakan program ini. Penguatkuasaan undang-undang yang
lebih ketat dan tegas terhadap sesiapa yang membuang sampah sarap
sesuka hati terutamanya di tempat-tempat awam, sungai dan longkang
patut dikenakan denda yang maksimum atau di kompaun atau
dipenjarakan. ini kerana mereka bukan sahaja mencemarkan alam malah
menyebabkan penyakit kerana pembiakan lalat, lipas dan tikus. Ekosistem

hidupan akuatik dan flora fauna akan terjejas jika mereka tidak berubah
sikap.
Cara yang terakhir adalah masyarakat itu sendiri perlu peka
berkenaan kitar semula ini. Masyarakat perlulah menggunakan semula
barangan yang boleh digunakan (reuse), mereka juga boleh menggunakan
barang yang dibuat daripada barang-barang yang diproses semula
(recycle) dan mengurangkan penggunaan barang yang tidak diperlukan
(reduce). Kesedaran tentang kebersihan, penjagaan alam sekitar harus
ada dalam diri masyarakat terlebih dahulu.

KEBURUKAN TIDAK
PERSEKITARAN

MENGAMALKAN

KITAR

SEMULA

KEPADA

Pencemaran sungai
Pencemaran sungai ini telah menyebabkan hidupan akuatik akan pupus.
Air yang tercemar oleh pembuangan sampah sarap, pengaliran sisa toksik
dari kilang-kilang dan minyak mentah dari kapal-kapal tangki yang bocor
akan menyebabkan hidupan akuatik seperti pelbagai jenis ikan dan udang
akan mati. Jika pencemaran sungai tersebut berlarutan, maka kebersihan
sungai di negara kita akan berada di tahap yang paling teruk. Sumber
bekalan air bersih juga akan tercemar maka ia memberikan kesan yang
buruk kepada masyarakat.

Pokok akan banyak ditebang untuk membuat kertas


Apabila pokok banyak ini ditebang maka akan berlaku kepupusan
terhadap habitat alam flora dan fauna. Sekiranya aktiviti ini berleluasa
maka ekologi dan ekosistem hidupan liar akan terganggu. Seterusnya,
haiwan liar akan melarikan diri ke tempat lain ataupun akan wujud
kematian akibat daripada habitatnya yang terganggu.

http://www.ppj.gov.my/cpnavigation/general/la21JamalNasir.pdf
http://www.efka.utm.my/thesis/IMAGES/3PSM/2012JAS/nangmajdahaa080125ttf.pdf
http://www.sisa.my/sisamy/index.php?
option=com_content&view=article&id=60&Itemid=16

Você também pode gostar