Você está na página 1de 12

1.

0 Pengenalan
Apresiasi dan kritikan seni memainkan peranan yang amat penting dalam proses
perkembangan seni visual. Bidang ini berkaitan dengan pelbagai pihak dalam meningkatkan
tahap seni visual di tempat yang baik. Apresiasi merupakan pengenalan kepada prinsip asas
bahasa tampak terutama dalam menganalsis sesuatu benda atau karya. Apresiasi seni juga
merupakan salah satu bidang kritikan seni dan memerlukan latihan dan penglibatan
sepenuhnya deria pandang dan deria sentuh. Secara keseluruhannya apresiasi ialah satu
aktiviti memerhati, mengkaji dan menilai produk seni agar lebih memahami bentuk serta
isinya. Hasilnya khalayak akan menjadi lebih puas menikmati karya seni dengan penuh
penghayatan serta sedar akan aspek bahasa visual yang dipersembahkan oleh pengkarya.
Kemampuan menghayati karya seni dengan lebih mendalam memerlukan penghayat
mempunyai pengetahuan asas seni visual.
Kritikan seni pula satu aktiviti memerhati, menghayati dan menikmati karya seni. Kritikan
seni pula merupakan instrument yang digunakan dalam apresiasi seni visual. Kritikan seni
penting dalam perkembangan seni kerana ia mempengaruhi karyawan, persepsi khalayak, cita
rasa dan strategi pengumpulan seni. Kritikan seni dilakukan dari pelbagai sudut berdasarkan
satu system teratur yang merangkumi aspek deskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan.
Ia juga merupakan satu penilaian ilmu terhadap karya seni yang bersumberkan asas seni
mereka. (HBAE4203 Pengujian dan Penilaian dalam Pendidikan Seni Visual. Jamilah
Omar, (2015) Open Universiti Malaysia (OUM) Meteor Doc. Sdn. Bhd. , Selangor Darul
Ehsan.
Definisi dan Konsep Apresiasi dan Kritikan Seni
Apresiasi seni adalah merupakan proses penghayatan seni yang merangkumi aspek-aspek
pengetahuan, membuat pertimbangan, pernyataan diskriminasi dan penghargaan terhadap
karya seni. Apresiasi seni juga menitikberatkan aspek kritikal serta aspek emosional terhadap
karya seni. Menjalankan proses apresiasi seni sebenar tidak sukar kerana proses ini boleh
diumpamakan sebagai member penghargaan terhadap karya seni. (Prof Dr Haji Abdul
Shukor Hashim, Badrul Isa, Khairezan Rahmat, Zuraimi Zakaria (2011), HBAE1203
Perkembangan Seni Kanak-kanak, Open Universiti Malaysia (OUM), Meteor
Doc.Sdn.Bhd., Selangor Darul Ehsan).

Pendekatan Apresiasi menurut Ecker (1966), ialah seni dapat memberikan penghargaan yang
menyeronokan terhadap karya seni, dilakukan dengan cara naratif dan tersusun untuk
memahami sesuatu karya seni. Ia mencakupi aspek pengetahuan, penilaian, diskriminasi, dan
juga kesedaran emosi terhadap karya seni. (Prof Dr Haji Abdul Shukor Hashim, Badrul
Isa, Khairezan Rahmat, Zuraimi Zakaria (2011), HBAE1203 Perkembangan Seni
Kanak-kanak, Open Universiti Malaysia (OUM), Meteor Doc.Sdn.Bhd., Selangor Darul
Ehsan).

Apresiasi boleh didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai tukang
mengenai hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja,
bagaimana mereka memilih tema dan bahan pelajaran (subject matter) serta gaya dan stail
tertentu mereka. Semuanya ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspekaspek kognitif. Di samping itu ia juga sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan
perasaan terhadap sesuatu hasil seni itu. Ia boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat
dan kebolehan membuat pilihan dan berkait rapat dengan aspek afektif. (Rousliduddin
Ambia, Mohd Jamel Hj, Mohd Taslim Abd Rahim, Manan Sarbani, (2011), HBAE1103,
Pengenalan Pendidikan Seni Visual, Open Universiti Malaysia (OUM), Meteor Doc.
Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan).
Menurut Smith (1966) apresiasi seni memerlukan, logical operation, such as defining,
valuaing, and explaining. Pendidikan seni harus dilihat dalam skop yang lebih luas.
Umumnya para pendidik seni beranggapan Pendidikan Seni di sekolah bukan sekadar
meningkatkan kemahiran dan teknik menghasilkan karya seni sahaja. Menurut
Chapman(1978), If treat art as if it were only a matter of learning facts and mastering
technique, we deny its value and character. Macfee(1961) menegaskan bahawa every
culture, differences in value and belief are expressed through language and art forms such as
dress, architecture an decoration.. . (Rousliduddin Ambia, Mohd Jamel Hj, Mohd
Taslim Abd Rahim, Manan Sarbani, (2011), HBAE1103, Pengenalan Pendidikan Seni
Visual, Open Universiti Malaysia (OUM), Meteor Doc. Sdn. Bhd. Selangor Darul
Ehsan).

Apresiasi menurut Hurwitz dan Day (2001) bermaksud menghargai dan pemahaman
mengenai konsep apresiasi seni adalah melalui pencarian dan penyaluran maklumat yang
terdapat pada karya seperti maklumat mengenai artis atau pengkarya, maklumat mengenai
bahan yang digunakan untuk menghasilkan karya, gaya dan aliran seni karya serta aspek
sejarah karya tersebut. (Prof Dr Haji Abdul Shukor Hashim, Badrul Isa, Khairezan
Rahmat, Zuraimi Zakaria (2011), HBAE1203 Perkembangan Seni Kanak-kanak, Open
Universiti Malaysia (OUM), Meteor Doc.Sdn.Bhd., Selangor Darul Ehsan).
Konsep apresiasi seni sebenarnya antara lain bertujuan untuk membina keyakinan seseorang
untuk berbincang dan menghurai serta membuat diskriminasi terhadap karya seni. Apabila
seseorang itu menjalankan proses apresiasi seni, proses ini tidak akan menyentuh soal-soal
berkaitan betul atau salah interpretasi individu tersebut mengenai karya, kerana tujuan
apresiasi seni adalah untuk memahami karya melalui apa yang dilihat secara langsung.
Menurut Seabolt (2001) menjelaskan bahawa aktiviti kritikan seni melibatkan perbincangan
dan diskusi mengena sesuatu karya seni manakala apresiasi seni pula merujuk kepada aktiviti
menghayati seni dengan melibatkan pengetahuan berkaitan dengan sejarah seni dan
perbincangan serta diskusi mengenai seni. (Prof Dr Haji Abdul Shukor Hashim, Badrul
Isa, Khairezan Rahmat, Zuraimi Zakaria (2011), HBAE1203 Perkembangan Seni
Kanak-kanak, Open Universiti Malaysia (OUM), Meteor Doc.Sdn.Bhd., Selangor Darul
Ehsan).
Di samping itu, konsep dan pelaksanaan apresiasi seni juga bertujuan untuk membina
tatatbahasa visual dan meningkatkan daya estetik seseorang. Pengalaman estetik akan
meningkat kerana proses ini juga mendedahkan seseorang itu dengan bahasa tampak yang
membantu menyelami perasaan penghasil karya. Apresiasi seni mengajar pengkritik dan
pemerhati seni menghargai rasa dan perasaan seniman (Johari Abdul Hamid,2004). (Prof
Dr Haji Abdul Shukor Hashim, Badrul Isa, Khairezan Rahmat, Zuraimi Zakaria
(2011), HBAE1203 Perkembangan Seni Kanak-kanak, Open Universiti Malaysia
(OUM), Meteor Doc.Sdn.Bhd., Selangor Darul Ehsan).

Kritikan seni menurut Feldman (1994) bermaksud wacana tentang sesuatu karya seni sama
ada dalam bentuk lisan ataupun tulisan. Kritikan seni merangkumi pelbagai persoalan asas
dan ruang litup seni visual, seperti bentuk, makna dan konteksnya. Dalam kritikan seni,
pengkritik perlu mengambil kira aspek hal benda, komposisi dan kandungan karya menerusi

strategi terancang yang melibatkan aspek deskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan.
Sesesbuah karya kritikan seni boleh terhasil dalam bentuk jurnalistik mahupun ilmiah,
diterbitkan serta disebarkan untuk pengetahuan pengkarya dan khalayak. (Jamilah Omar
(2015), HBAE4203 Pengujian dan Penilaian dalam Pendidikan Seni Visual, Open
Universiti Malaysia (OUM), Meteor Doc.Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan).
Kritikan seni ialah cerminan masyarakat dan budaya yang terungkap melalui pengucapan
tatabahasa visual pengkarya. Pengkritik mengupas persoalan-persoalan tersebut, justeru
memaklumkan kepada khalayak tentang kedudukan pengkarya dan kebudayaan secara
umumnya. . (Rousliduddin Ambia, Mohd Jamel Hj, Mohd Taslim Abd Rahim, Manan
Sarbani, (2011), HBAE1103, Pengenalan Pendidikan Seni Visual, Open Universiti
Malaysia (OUM), Meteor Doc. Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan).
Kritikan seni perlu direalisasikan agar masyarakat dapat menerima kritikan dan apresiasi seni.
Menurut T.S.Elliot (terjemahan Wong Seng Tong (1991)). Kritikan ialah mengupas dan
menghuraikan karya-karya seni dengan menggunakan tulisan atau tujuan dasarnya adalah
menjelaskan karya-karya seni sementara mengawal selera pembaca.
Menghayati dan mengkritik sesuatu karya seni memerlukan satu disiplin yang khusus. Untuk
menilai, kita perlu mempunyai kriteria-kriteria tertentu. Kriteria asas dalam mengkritik dan
menghayati karya seni ialah seperti Warna, Ruang Komposisi, Tema, Imbangan dan Struktur.
Menurut Encyclopaedia Britannica. Kritikan seni ialah satu perbincangan ilmiah yang
beralasan dan bersistem untuk menghuraikan atau menilai gaya, teknik dan cara penghasilan
karya seni itu.
Manakala Pepper, Stephen C. (1996) pula menyatakan bahawa kritikan seni merupakan satu
bidang ilmu yang perlu diketengahkan.(Salawati Haji Abdul Wahab(2010), HBAE4303
Apresiasi dan Kritikan Seni, Open Univerisiti Malaysia (OUM), Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Selangor Darul Ehsan).

2.0 Kepentingan Apresiasi Seni


Kepentingan apresiasi seni ialah untuk membolehkan pelajar memahami aspek-aspek nilai
estetika, pengertian unsur-unsur seni dan nilai-nilai unsur budaya yang terkandung dalam
hasil seni dan kraf; dan dapat menghubungkaitkan diri dan hasil sendiri dengan hasil-hasil

lain berdasarkan persepsi visual. Begitu juga dengan aktiviti apresiasi seni, kita dapat
melihat perhubungan antara kerja sendiri dengan kerja-kerja orang lain di mana kita dapat
membentuk keyakinan dan kefahaman penghargaan terhadap bidang seni. Jestru antara
bentuk apresiasi yang perlu dilakukan masa kini ialah analsis dilakukan hasil pemerhatian
dan kajian, dalam bentuk penulisan yang dapat menjelaskan secara positif dan membina,
berasaskan teori seperti estetika, falsafah, konteks masyarakat, budaya dan bidang media,
rujukan lebih luas merangkumi muzium, galeri, katalog pameran, buku, lawatan dan internet.
Selain itu kualiti karya dibincangkan secara komprehensif dengan pandangan yang lebih
meluas, selain murid diperkenalkan kepada aliran, gaya dan pelbagai bentuk.
Objektif apresiasi adalah untuk:
Memahami dan bertindak terhadap aspek seni; mengetahui pentingnya nilai seni dalam
kehidupan; menghasilkan karya (produk seni); memahami seni dan hubungannya; dan
membuat dan menggunakan pertimbangan estetik dan kualiti karya seni.

Unsur-Unsur Seni.
Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik lain lain dengan mempunyai jarak-jarak tertenu.
Garisan-garisan yang menarik wujud di alam sekeliling alam semula jadi serta objek buatan
manusia. Dalam alam semula jadi garisan dapat dilihat pada sarang labah-labah,jalinan kulit
kayu, urat pada permukaan daun, rekahan pada batu dan sebagainya manakala alam buat
manusia seperti jala, jalan raya dan sebagainya. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat
mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan
dalam seni visual. Garisan dapat menimbulkan kesan jalinan, ekspresi, irama dan pergerakan.
Dapat membentuk terang-gelap, tebal-nipis, dekat- jauh tinggi-rendah dan sebagainya.(Prof
Dr Haji Abdul Shukor Hashim, Badrul Isa, Khairezan Rahmat, Zuraimi Zakaria
(2011),HBAE1203 Perkembangan Seni Kanak-kanak, Open Universiti Malaysia
(OUM), Meteor Doc. Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan).
Rupa ialah sesuatu kawasan yang berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat dua
dimensi(tidak berjisim). Merupakan hasil pertemuan antara penghujung garisan dan
permulaannya. Rupa dapat dijadikan sebagai identity seperti logo bagi sesebuah pertubuhan

atau organisasi. Susunan rupa motif yang sama secara berulang-ulang berpandukan garisan
grid tertentu akan menghasilkan corak yang menarik. .(Prof Dr Haji Abdul Shukor
Hashim, Badrul Isa, Khairezan Rahmat, Zuraimi Zakaria (2011),HBAE1203
Perkembangan Seni Kanak-kanak, Open Universiti Malaysia (OUM), Meteor Doc. Sdn.
Bhd. Selangor Darul Ehsan).

Bentuk mempunyai struktur jisim dan isipadu. Mempunyai lebih dari satu permukan datar.
Bentuk dapat dilihat daripada pelbagai sudut pandangan seperti karya tiga dimensi atau
daripada satu sudut pandangan seperti dalam karya 2 dimensi yang disebut bentuk ilusi.
Jalinan merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek. Ia dapat
menunjukkan kesan rasa dan ekspresi sesuatu objek kepada kita. Fungsi jalinan pada karya
seni visual dapat menimbulkan corak hiasan pada sesuatu objek, contohnya tembikar hiasan.
Ruang merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan atau kawasam kosong di sekeliling
objek, atau jarak antara dua objek. Dalam kata lain, ruang ialah sesuatu yang wujud di
sekeliling rupa dua dimensi dan bentuk tiga dimensi. Ia juga dikaitkan dengan ruang ilusi
atau tampak, dan berkait rapat dengan 2 dimensi (2d) 3 dimensi (3d). Secara umumnya ruang
ialah bahagian yang tidak dipenuhi oleh rupa atau bentuk sama ada 2 dimensi atau 3 dimensi.
Ianya boleh ditunjukkan apabila objek dihadapan adalah lebih besar dan akan kelihatan
semakin kecil apabila apabila berada semakin jauh. Dapat digambarkan melalui penggunaan
warna yang terang (dekat) dan penggunaan warna yang kabur (semakin jauh)
Dalam karya seni visual, warna ialah pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada
sesuatu permukaan. Ia juga merupakan satu unsure yang menjadikan dunia ini berwarnawarni dan menarik. Imej manusia boleh dibina dengan penampilan warna yang tepat dan
sesuai mengikut situasi tertentu. Objek alam sekeliling. Sesuatu objek boleh dikenal pasti
melalui warna yang ada padanya seperti hijau pucuk pisang , biru laut, kuning lansat, kuning
pinang masak dan sebagainya. .(Prof Dr Haji Abdul Shukor Hashim, Badrul Isa,
Khairezan Rahmat, Zuraimi Zakaria (2011),HBAE1203 Perkembangan Seni Kanakkanak, Open Universiti Malaysia (OUM), Meteor Doc. Sdn. Bhd. Selangor Darul
Ehsan).

Prinsip-Prinsip Rekaan
Harmoni wujud di alam sekeliling apabila munculnya susunan atau ulangan unsur-unsur seni
mengikut cara atau gaya yang tertentu. Ulangan unsur garisan, rupa, bentuk, jalinan ruang
dan warna dapat menghasilkan gubahan yang harmoni. Dalam kata lain, susunan atau
ulangan unsur-unsur seni mengikut cara tertentu sama seimbang atau berhubung kait akan
membentuk harmoni.
Kontra wujud apabila salah satu daripada unsure-unsur seni mempunyai ciri-ciri yang
bertentangan di antara satu sama lain. Ianya bertujuan untuk menimbulkan kesan yang
menarik pada sesebuah karya seni. Kontra berkait rapat dengan penegasan (semakin tinggi
kadar kontra semakin jelas penegasan). Suasana kontra boleh diwujudkan melalui perbezaan
saiz, warna, bentuk, jalinan dan garisan.
Dalam konteks seni visual, penegasan ialah sesuatu yang boleh menarik perhatian dan
tumpuan kepada pemerhatian tampak. Ianya berfungsi sebagai daya penarik, pemusatan
karya, mengelak kebosanan dan menjadikan gubahan lebih dramatic.
Imbangan dalam konteks seni visual ialah keadaan gubahan yang sama sempadan, sama berat
dan graviti, sama kecerahan warna, sama padan dan sama gaya penampilan. Contoh
imbangan pada benda buatan manusia seperti sepasang kasut yang menunjukkan imbangan.
Pergerakan wujud apabila terdapatnya keadaan yang bergetar, bergoyang, bergegar, berayun,
bersinar-sinar dan sebagainya. Terdapat pelbagai pergerakan disekeliling kita dan keadaan ini
menyebabkan dunia kita menjadi rancak, riang, gembira dan dapat menghidupkan suasana
sekeliling. Pergerakan bertujuan untuk member nyawa , rupa dan bentuk visual dalam seni
tampak dua dimensi. Imej yang ditonjolkan akan lebih hidup dan realistik serta menjadikan
gambar tersebut kelihatan lebih menarik.
Kepelbagaian merupakan keadaan penggabungan pelbagai gaya, nilai dan idea yang berbeza.
Susunan atau ulangan unsur-unsur seni yang bertentangan arah dan berbeza saiznya akan
mewujudkan kepelbagaian. Kepelbagaian dapat menimbulkan kontra member gambaran yang
bertenaga serta menambahkan tarikan pada sesuatu hasil karya tersebut.
Kesatuan merupakan olahan motif atau ulangan unsure-unsur seni secara sistematik,
berpandukan grid berdasarkan tema atau idea sesuatu hasil karya. Kesatuan dapat
menimbulkan perasaan yang selasa dan suasana tenteram. .(Prof Dr Haji Abdul Shukor

Hashim, Badrul Isa, Khairezan Rahmat, Zuraimi Zakaria (2011),HBAE1203


Perkembangan Seni Kanak-kanak, Open Universiti Malaysia (OUM), Meteor Doc. Sdn.
Bhd. Selangor Darul Ehsan).

3.0 Apresiasi terhadap karya yang diberikan.

http://artist-calvin.blogspot.com/2013/12/coconut-plantation-dawn-by-abdullah.html
Tajuk : Coconut Plantation - Dawn
Tahun : 1948
Pelukis : Abdullah Ariff
Media : Cat air

Tema : Menggambarkan suasana ladang pokok kepala


Gaya : Gaya romantis Inggeris , sapuan berus yang terkawal
Nilai : Menggambarkan suasana kemakmuran negara
Karya ini dihasilkan oleh Abdullah Ariff pada 1948. Karya ini bertajuk Coconut Plantation
dengan menggunakan cat air. Tema dalam karya ini menunjukkan suasana yang tenteram dan
kemakmuran negara di dalam perladangan buah kelapa sebagai sumber mencari rezeki.
Dalam karya tersebut dapat dilihat bahawa pelukis telah mengaplikasikan gaya
impresionisme dimana seperti kesan cahaya dan baying jelas tergambar dalam catan ini
Karya Coconut Plantation Down (1948) memperlihatkan bagaimana perbezaan cahaya yang
ketara mewujudkan kesan ruang.
Figura dua orang lelaki memanjat pokok kelapa untuk mendapatkan buahnya dimana banyak
buah-buah kelapa yang bertaburan yang masih belum dikutip. Dapat diperhatikan rumahrumah, haiwan ternakan dan sawah padi di bawah kaki gunung di bahagian belakang catan.
Terdapat penggunaan unsure seni garisan yang menegak dan kelihatan semakin pendek dan
halus ke belakang menunjukkan ilusi ruang. Garisan tegak iaitu pokok kelapa dan garisan
mendatar iaitu pada kaki gunung menggambarkan suasana yang tenteram di desa.
Bentuk pokok kelapa yang diolah dengan kesan pantulan cahaya dan baying menunjukkan
waktu pagi. Unsur seni ialah unsur jalinan , ruang dan warna. Dari unsur warna karya ini
menggunakan warna harmoni sebagai penarik.
Asas seni reka yang diaplikasikan ialah dari segi warna, penggunaan warna hijau sangat
sinonim dengan tema dalam karya ini, dengan warna-warna harmoni yang digunakan berjaya
memaparkan bentuk-bentuk pada pokok.
Unsur ruang pula ialah ruang dalam digunakan iaitu daripada warna yang cerah seterusnya
beransur gelap.
Keindahan catan diserikan lagi dengan unsur keseimbangan. Pokok yang dilukis menyerikan
lagi pemandangan, penggunaan warna yang terang di bahagian hadapan dan gelap di
belakang menunjukkan teknik bayangan yang betul digunakan.

4.0 Interpretasi terhadap karya yang diberikan.

Kesimpulan
Di dalam dunia ini terlalu banyak karya-karya seni telah dihasilkan secara individu atau
berkumpulan. Karya seni yang dihasilkan secara individu atau berkumpulan. Karya seni yang
dihasilkan biasanya mempunyai tujuan yang tersirat dan tersurat. Sebagai contoh, karya seni
dihasilkan pada zaman Pra Sejarah lebih menggambarkan situasi dan aktiviti mereka sendiri.
Seni tampak atau seni visual telah lama bertapak di negara ini. Kita mengagungi (Salawati
Haji Abdul Wahab, (2010), HBAE4303 Apresiasi dan Kritikan Seni, Open Universiti
Malaysia (OUM), Meteor Doc. Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan).
Menurut para ilmuan, seni akan menjadi lebih bermakna jika seiring dengan kritikannya.
Sejarah kritikan seni telah wujud kira-kira dua ratus tahun yang lalu. Kajian para sarjana
klasik merealisasikan teori kritikan ini dan telah menjadi perbahasan para seniman. Kita perlu
tahu bahawa, apresiasi seni adalah sebahagian daripada kritikan seni. Menurut Zakaria Ali,
apresiasi seni adalah latihan yang melibatkan deria pandang dan sentuh yang mampu
membantu kita menikmati karya dengan lebih seronok lagi. (Salawati Haji Abdul Wahab,
(2010), HBAE4303 Apresiasi dan Kritikan Seni, Open Universiti Malaysia (OUM),
Meteor Doc. Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan).
Drs. Sidi Gazalba dalam bukunya Pandangan Islam tentang Seni menerangkan, seni adalah
sebahagian daripada kebudayaan yang dicetuskan oleh sesekelompok manusia melalui
pancaindera kelima ekoran fitrah semula jadi yang cinta kepada seni. Manusia memerlukan
satu media perantaraan untuk meluahkan perasaan dan emosi untuk dikongsi bersama
manusia lain. . (Salawati Haji Abdul Wahab, (2010), HBAE4303 Apresiasi dan Kritikan
Seni, Open Universiti Malaysia (OUM), Meteor Doc. Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan).

http://artist-calvin.blogspot.com/2013/12/coconut-plantation-dawn-by-abdullah.html

Você também pode gostar