Você está na página 1de 3

Isu Doping Penyalahgunaan dadah dalam sukan

Tahun 2014 telah mencacatkan pelbagai peristiwa yang tidak dapat dilupakan seperti
peristiwa MH370 dan MH17. Pada bulan Oktober 2014, negara dikejutkanpula dengan berita
kegagalan ujian doping ikon terkemuka negara dalam badminton, Datuk Lee Chong Wei
apabila beliau didapati positif ujian antidoping kerana mengandungi bahan terlarang
Dexamethasone. Beliau dalam kenyataannya menegaskan bahawa beliau tidak pernah
menggunakan bahan terlarang tersebut. Namun, bagaimanakah perkara ini boleh terjadi? Isu
doping bukan perkara yang luar biasa dalam dunia sukan. Isu ini telah lama berlaku dalam
arena sukan di seluruh dunia. Tetapi, apakah sebenarnya yang mennyebabkan para atlet ini
mengambil bahan terlarang tersebut? Apakah kesan-kesan penyalahgunaan dadah dan
bagaimanakah penyalahgunaan dadah dalam sukan boleh dibendung?
Perkataan doping dalam sukan merujuk kepada penggunaan dadah/ubat yang diharamkan
oleh International Olympic Council (IOC), bagi tujuan mendapatkan kelebihan dalam prestasi
atlet. Pengharaman dadah dalam sukan mempunyai dua justifikasi; pertama, ia memberi
kelebihan (atau advantage) kepada atlet yang menggunakannya serta melanggar segala
peraturan dan makna keadilan dalam pertandingan. Kedua, cara pengambilan dan jumlah
yang digunakan akan memudaratkan seseorang individu. Dalam arena sukan, banyak kes-kes
yang telah berlaku akibat penggunaan dadah secara langsung atau tidak langsung. 'Doping'
secara tidak sengaja berlaku apabila atlet mengambil ubat untuk merawat sesuatu penyakit
dan tanpa disedari ubat berkenaan mengandungi bahan yang dilarang. Sebagai contoh, dalam
kes pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei yang telah didapati gagal
ujian doping di mana ianya mengandungi Dexamethasone.

Punca-punca penyalahgunaan dadah oleh atlet


Punca-punca bagi penggunaan bahan-bahan meningkatkan prestasi adalah banyak dan
pelbagai. Secara umumnya tidak ada motif tunggal untuk penyalahgunaan bahan-bahan dan
kaedah-kaedah yang dilarang. Antara sebab-sebab berlakunya doping ialah :
1. Meningkatkan prestasi dalam sukan
Atlet menghadapi tekanan yang besar untuk mencapai kecemerlangan dalam
pertandingan. Selain mendapat pengiktirafan dari segi pingat, mereka juga boleh
mendapatkan wang sebagai ganjaran mereka memenangi sesuatu pertandingan.
Walaupun mereka mengetahui bahawa latihan merupakan cara terbaik untuk
meningkatkan prestasi mereka, namun sesetengah daripada mereka berpendapat
bahawa sesetengah ubat-ubatan dan amalan-amalan lain boleh meningkatkan usaha
mereka dan memberi mereka jalan pintas untuk meningkatan stamina.

2. Sebagai rawatan kecederaan atau kesakitan


Seseorang atlet perlu berada dalam keadaan yang sihat supaya boleh bertanding
dengan sempurna. Namun begitu, terdapat sesetengah atlet yang mengalami

kecederaan ketika bertanding atau melakukan latihan. Untuk mengurangkan rasa sakit
dengan kadar segera, mereka sanggup mengambil ubat-ubatan yang mengandungi
bahan terlarang.

3. Pengambilan tanpa sedar oleh atlet


Kadang-kala, bahan terlarang ini boleh diambil tanpa sedar oleh atlet itu sendiri.
Sebagai contoh, seseorang atlet akan mengambil supplemen sebagai pemakanan
tambahan untuk meningkatkan tahap kesihatan dan stamina. Namun begitu, terdapat
supplemen yang tidak berdaftar yang mengandungi bahan terlarang. Apabila mereka
mengambil supplemen tersebut, tanpa mereka sedari sebenarnya mereka telah
mengambil bahan terlarang tersebut.

Kesan penyalahgunaan dadah oleh atlet


A) Kepada Atlet
Atlet akan dipandang serong oleh masyarakat kerana pada tanggapan mereka, atlet tersebut
telah berjaya menempa nama dan prestasi yang cemerlang dalam sukan selama ini adalah
kerana penggunaan dadah yang secara tidak langsung akan meningkatkan stamina dan
persembahan mereka. Masyarakat akan berfikir bahawa segala kemenangan yang dicapai
adalah secara tidak jujur. Ini akan menyebabkan masyarakat akan hilang keyakinan terhadap
atlet tersebut. Prestasi dan kredibiliti atlet juga akan terjejas. Hal ini adalah kerana tekanan
yang akan dihadapi oleh atlet itu sendiri apabila gagal ujian doping. Tekanan ini akan
seterusnya menjejaskan prestasi mereka. Selain itu, seseorang atlet juga akan digantung
daripada menyertai mana-mana pertandingan dan latihan untuk sesuatu tempoh yang
ditetapkan.
B) Kepada arena sukan dan negara
Isu doping akan menjatuhkan maruah sukan negara. Negara lain akan memandang serong
terhadap negara kita. Hal ini adalah kerana mereka akan berpendapat bahawa atlet negara
Malaysia adalah tidak jujur dan tidak layak untuk bertanding. Mereka juga akan mengesyaki
tahap pengawalan pemakanan atlet tidak dikawal sepenuhya oleh pihak yang
bertanggungjawab. Selain itu, negara juga akan mengalami kerugian kerana akan kehilangan
atlet yang berpotensi. Apabila seseorang atlet gagal dalam ujian doping, mereka akan
digantung daripada bertanding dalam mana-mana pertandingan untuk satu tempoh masa yang
agak panjang. Ini menyebabkan negara kita gagal mendapatkan pengiktirafan. Masa yang
agak lama juga diperlukan untuk membaikpulih keadaan.

Langkah-langkah membendung masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan atlet


Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk membendung masalah ini adalah dengan
memberikan pendidikan dan pengetahuan yang secukupnya kepada para pemain dan pelatih
mereka mengenai bahan terlarang dalam sukan. Hal ini adalah kerana ramai atlet sukan yang
masih lagi tidak mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai bahan-bahan tersebut
terutamanya apabila mereka mengambil supplemen-supplemen seperti ubat-ubatan
tradisional. Pengetahuan mengenai cara mengenalpasti ubat-ubatan yang berdaftar juga perlu
diberi penekanan. Selain itu, mereka juga perlu didedahkan dengan kesan-kesan yang akan
berlaku dengan pengambilan bahan-bahan seperti ini.
Di samping itu, ujian doping juga perlu dilaksanakan dengan prosedur yang lebih ketat
supaya tidak berlakunya penyelewengan ketika ujian dilakukan. Ujian doping perlu dilakukan
ke atas setiap atlet secara rawak bukan sahaja ketika musim pertandingan, tetapi ketika di luar
musim pertandingan. Dengan mengambil pendekatan ini, sudah pastinya atlet akan berasa
tidak selamat dan akan berasa takut untuk menyalahgunakan dadah.
Langkah seterusnya ialah dengan melantik ahli farmasi yang berdaftar untuk mengawasi
pengambilan ubat-ubatan oleh setiap atlet. Walaupun setiap atlet mempunya penasihat nutrisi
ataupun nutritional advisor, yang berperanan mengawasi pemakanan atlet, mereka mungkin
tidak mempunyai pengetahuan mengenai kandungan ubat-ubatan yang diambil oleh atlet
tersebut. Ahli farmasi sebagai pakar dalam ubat-ubatan sememangnya adalah pilihan yang
terbaik untuk memberi nasihat kepada atlet dalam pengambilan ubat-ubatan.
Hukuman yang lebih berat perlu diberikan kepada atlet yang didapati bersalah seperti
dilarang daripada menyertai pertandingan untuk selamanya. Hukuman yang berat seperti ini
akan menyebabkan para atlet berasa takut untuk menyalahgunakan dadah.

Você também pode gostar