Você está na página 1de 19

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

_________________________________________
HBEF 1503
SOSIOLOGI MASYARAKAT
DAN
KETAMADUNAN
MAY 2012

_________________________________________
Nama

WONG YOKE CHENG

No. Matrik

661215085346001

No. K/P

661215085346

No Telefon

012-5299673

Emel

wongyc66@gmail.com

Tutor

SHADDIN BIN SABRI

Ppt

OUM PPW Perak, Ipoh.

SMP PPG JAN 2012


KANDUNGAN

1.0

Pengenalan

2.0

Definisi Istilah

2.1

Definisi masyarakat majmuk

2.2

Definisi perpaduan

2.3

Definisi Etnik

3.0

Sorotan Literatur

4.0

Hasil Dapatan

4.1

Dasar Pendidikan Kebangsaan

4.2

Kekuatan dan Kelemahan Dasar dan Falsafah Pendidikan Negara 9

4.3

4.2.1

Penyata Razak 1956

4.2.2

Penyata Rahman Talib 1959 dan Akta Pelajaran 1961

11

Cadangan-cadangan memperbaiki dan mempertingkatkan


pelaksanaan Dasar Pendidikan Negara
4.3.1
4.3.2

13

Penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa


pengantar utama

13

Mengadakan kurikulum, sukatan pelajaran dan sisterm


peperiksaan yang sama

13

4.3.3

Penubuhan Sekolah Wawasan

4.3.4

Pelaksanaan Program RIMUP

14
15

5.0

Kesimpulan

16

6.0

Bibliografi

18

1.0

Pengenalan
2

Masyarakat merupakan subjek utama dalam pengajian sains sosial. Menurut Kamus
Dewan (2005), masyarakat ialah kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di
sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Oleh kerana sesebuah masyarakat
yang inginkan kestabilan memerlukan ahli-ahli yang sanggup menolong antara satu
sama lain, maka ia perlu kepada nilai-nilai murni seperti kerakyatan hak dan etika.
Ini merupakan perkara asas untuk mencapai keadilan. Boleh juga dikatakan
masyarakat itu merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai individu. Majmuk
terbentuk daripada beberapa bahagian yang merupakan kesatuan atau dalam konteks
masyarakat ia terdiri dari beberapa kumpulan etnik. Dalam konteks Malaysia,
hubungan harmonis antara pelbagai kumpulan etnik dapat membina sebuah
masyarakat Malaysia yang teguh.
Menurut pendapat Furnivall, beliau mengatakan bahawa masyarakat majmuk muncul
akibat daripada dasar-dasar penjajah yang menggalakkan penghijrahan penduduk
mengikut keperluan ekonomi mereka yang telah mengakibatkan wujudnya kelompokkelompok yang pelbagai ragam dalam satu unit politik.
Pada umumnya terdapat tiga kumpulan kaum yang terbesar di Malaysia, iaitu orang
Melayu, Cina dan India. Orang Melayu ialah kaum terbesar dan penduduk asal di
Tanah Melayu yang disebut sebagai kaum bumiputera. Walaupun orang Melayu
ialah penduduk asal di Tanah Melayu, tetapi kehadiran kaum-kaum lain turut
mempengaruhi kehidupan sosial masyarakat tempatan. Proses perubahan ini
memberi kesan jangka panjang kepada negara dan kesan yang paling ketara ialah
kewujudan masyarakat majmuk.
Kewujudan masyarakat majmuk ini tidak berlaku secara sengaja, tetapi melalui satu
sejarah yang panjang, akibat penghijrahan kaum-kaum lain seperti kaum imigran
Cina dan India. Penghijrahan penduduk dari luar menjadikan penduduk di Tanah
Melayu bertambah dengan pesat. Pada tahnn 1957, jumlah penduduk di Tanah
Melayu ialah orang Melayu, 50.0 peratus, Cina, 37.0 peratus, India, 11.0 peratus
dan lain-lain kaum ialah 2.0 peratus (rujuk rajah 1).

Rajah 1 : Taburan Penduduk di Tanah Melayu pada tahun 1957


Kehadiran pelbagai kaum ini membawa kepada wujudnya sebuah masyarakat
majmuk di Tanah Melayu. Masyarakat majmuk di Tanah Melayu ini mengamalkan
budaya mereka sendiri. Walaupun tinggal di sebuah negara yang sama, tetapi mereka
masih mengekalkan identiti, adat resam, agama dan cara hidup yang sendiri.
Begitu juga dalam aspek pendidikan. Oleh itu ketiga-tiga kaum ini saling curigamencurigai dalam segala aspek, mereka telah menubuhkan institusi pendidikan
tersendiri berasaskan kaum. Kaum Cina bersikap dan bersemangat kecinaan. Mereka
telah menubuhkan sekolah Cina dengan menggunakan bahasa Cina, guru Cina dan
sukatan pelajaran serta buku rujukan dari China. Perkara ini juga berlaku di
kalangan orang India. Bagi orang Melayu pendidikan mereka berteraskan budaya
Melayu. Bahasa Melayu, Arab dan agama Islam diutamakan. Semua etnik masingmasing mempertahankan bahasa ibunda mereka dan tidak akan menerima bahasa
ibunda kaum yang lain. Ini adalah mereka akan menganggap adalah tidak wajar dan
tidak penting untuk mempelajari bahasa kaum yang lain.
Perpaduan merupakan elemen penting dalam pembentukan sebuah masyarakat yang
pelbagai kaum di Malaysia. Jika diperhatikan perbandingan yang jelas wujud dalam
sistem pendidikan dalam pembentukan perpaduan etnik yang pelbagai iaitu Melayu,
Cina dan India. Masyarakat majmuk di negara ini mampu merencatkan perpaduan jika
tidak ditangani dengan betul dan berhemah. Menurut Sanusi Osman (1985) masalah
sebenar yang kita hadapi bukan berpunca daripada berbagai kumpulan etnik yang ada
di negara ini, tetapi yang lebih penting ialah perasaan perkauman dalam kalangan
rakyat di negara ini terlalu dibesar-besarkan.

Jelasnya, setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri.


Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan
perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan bagi memupuk integrasi
dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Situasi hanya akan menyebabkan
interaksi mereka hanya terhad di antara etnik yang sama sahaja. Implikasi bagi
hubungan etnik ini hanya memberikan kesan yang negatif kepada negara Malaysia.
Semua etnik masing-masing mempertahankan bahasa ibunda mereka dan tidak akan
menerima bahasa ibunda kaum yang lain. Ini adalah mereka akan menganggap
adalah tidak wajar dan tidak penting untuk mempelajari bahasa kaum yang lain.
Selain itu, adalah menjadi satu kemestian di mana setiap sekolah mengamalkan
sistem pendidikan yang berbeza. Ianya akan memberikan impak yang kurang elok
kepada penstrukturan negara kerana mempunyai corak pendidikan yang berbezabeza.
Merujuk kepada hasil tulisan Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin dalam buku
Pengajian Malaysia, terbitan Oxford Fajar Sdn Bhd pada tahun 2007, usaha kerajaan
ke arah pemupukan hubungan etnik bermula setelah tahun 1957, iaitu selepas Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan bagi mengatasi cabaran-cabaran yang telah
dikemukakan sebelum ini. Kerajaan merancang dan menyediakan pelbagai dasar dan
pelan tindakan untuk mencapai perpaduan dari pelbagai aspek. Kerajaan telah
merangka Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai landasan mewujudkan masyarakat
yang bersatu padu. Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran yang telah termaktub
sebelum merdeka telah disemak semula menghasilkan Laporan Rahman Talib 1960
dan seterusnya dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961 merupakan antara usaha
awal kerajaan dalam sektor Pendidikan. Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan
diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka pendek
dan panjang demi melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.
Antara strategi yang dirancang untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan
Kebangsaan ialah menjadikan Bahasa Kebangsaan bahasa pengantar yang utama,
mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis
sekolah, mewujudkan sistem peperiksaan yang sama dan sebagainya.

2.0

Definisi Istilah:

Terdapat istilah-istilah yang perlu diberi penerangan bagi menentukan ketepatan


maksud yang digunakan. Berikut adalah beberapa istilah yang digunakan dalam
kajian ini:
2.1

Definisi masyarakat majmuk

Menurut Kamus Dewan edisi ketiga (hlm 865), perkataan masyarakat


majmuk memberi maksud: masyarakat yang terdiri daripada beberapa
bangsa. Masyarakat majmuk ialah mayarakat yang mengandungi beberapa
kumpulan etnik yang hidup berdampingan dan bercampur gaul, tinggal dalam
satu unit politik yang sama tetapi hidup secara berasingan dan tidak bersatu
padu, dan mempunyai budaya yang tersendiri. Malaysia merupakan
masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai suku bangsa dan agama.
Menurut pendapat Furnival, beliau mengatakan bahawa pembentukan
masyarakat majmuk di Malaysia bukan suatu yang baru di mana konsep ini
sudah ada semenjak di alam Melaka lagi iaitu dengan kehadiran pedagangpedagang dari luar telah berinteraksi dengan masyarakat tempatan dan ada
setengah dari mereka telah membina penempatan di Melaka. Masyarakat
majmuk muncul akibat daripada dasar-dasar penjajah yang menggalakkan
penghijrahan penduduk mengikut keperluan ekonomi mereka. Kelompokkelompok penghijrahan ini bercampuran tetapi mereka tidak bergantung antara
kaum lain dan amat berpegang kuat kepada bahasa, budaya, agama, idea-idea
dan cara hidup yang tersendiri.
2.2

Definisi perpaduan

Konsep Perpaduan adalah sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh


masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk
satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994), perpaduan membawa maksud:
sesuatu perihalan atau proses penggabungan dan kesepakatan untuk menjadi
satu. Prof. Mohd. Kamal Hasan, Timbalan Rektor, UIA dalam satu forum
perpaduan kaum berkata, kita juga berpandu kepada ayat Al-Quran yang
menyeru semua orang yang beriman, yang bermaksud:
6

Hendaklah kamu bertolong menolong, berbaik-baik dan berkerjasama dalam


perkara yang membawa kepada kebaikan, kebajikan dan ketaqwaan kepada
Tuhan. Dan jangan kamu berkerjasama, tolong menolong dalam perkara yang
mengikut dosa dan permusuhan.
2.3

Definisi Etnik

Etnik atau etnos dalam bahasa asal Greek membawa makna kumpulan
manusia atau bangsa. Ia merujuk kepada pengenalan diri seseorang ke dalam
kumpulan yang mempunyai latar belakang keturunan nenek moyang yang
sama. Mereka mempunyai keturunan dari segi sejarah, negara asal, bahasa,
tradisi, budaya, struktur dan sistem nilai.
Mengikut kamus Dewan pula, etnik merujuk kepada sesuatu kaum atau
masyarakat majmuk yang mempunyai kelompok, yang hidup berlainan tetapi
di bawah sistem politik yang sama. Di Malaysia, orang Melayu, India, Cina,
Kadazan, Dusun, Melanau dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik.
3.0

Sorotan Literatur

Malaysia tidaklah harus menjadi negara yang maju dari segi ekonomi
semata-mata tetapi perlu merangkumi semua aspek. Kita hendaklah mencapai
kemajuan sepenuhnya dari segi perpaduan negara dan kesepaduan sosial, ekonomi,
keadilan sosial, kestabilan politik, sisitem pemerintahan, mutu kehidupan, nilai-nilai
sosial dan kerohanian, selain mempunyai rasa bangga dan keyakinan akan bangsa
sendiri.
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, September 2003)
JASIN 14 Feb. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dasar
pendidikan yang diamalkan di negara ini sejak negara merdeka, sentiasa
mengutamakan kepentingan dan keperluan semua kaum. Menurutnya, setiap rakyat
negara ini, selagi memegang kerakyatan Malaysia dan taat setia kepada negara berhak
menikmati pelbagai kemudahan pendidikan yang disediakan oleh kerajaan.

''Kerana kita sedar, kalau kita mahu mencapai kemajuan besar dalam negara kita dan
mahu menjadi negara maju menjelang 2020 nanti, perkara penting yang harus kita
beri tumpuan adalah soal pelajaran," katanya semasa berucap merasmikan majlis
Pecah Tanah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil Merlimau di sini hari ini.
''Dasar kerajaan tidak membezakan soal pelajaran, sesiapa sahaja yang ada anak
berhak pergi ke sekolah, tidak kira anak ini datang dari kaum India, Melayu, Cina,
Iban atau Orang Asli," kata beliau.
4.0

Hasil Dapatan
4.1

Dasar Pendidikan Kebangsaan

Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan


pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu
sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah
bagi memenuhi kehendak negara. Atas kesedaran inilah lahir satu Dasar
Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan
dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Dasar pendidikan ini telah
disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib.
Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran,
1961.
Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974
untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki
pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang
bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang
terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini
telah diterbitkan dalam tahun 1979.
Menjelang kemerdekaan, matlamat yang terpenting adalah mencapai
perpaduan di kalangan kelompok-kelompok yang berlainan. Secara langsung
dan tidak langsung, sistem pendidikan diberi tugas untuk pembinaan negara.

4.2

Kekuatan dan Kelemahan Dasar dan Falsafah Pendidikan Negara

Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan kerajaan telah merangka beberapa


pelan dasar pendidikan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat
yang berbilang kaum di Malaysia. Hal ini berdasarkan pendapat Azyumardi
Azra (2006) yang menyatakan bahawa pendidikan yang tidak seimbang dan
tidak memberi peluang kepada semua masyarakat untuk menonjolkan
kebolehan harus dilenyapkan kerana pendidikan seperti ini gagal dalam
menjalankan fungsinya untuk menyatupadukan rakyat.
Kerajaan telah berusaha untuk mewujudkan satu sistem pendidikan ke arah
perpaduan kaum di Tanah Melayu. Sistem pendidikan yang diwujudkan lebih
sistematik dan mampu melahirkan bangsa yang bersatu padu. Selain itu, ia
mampu memberi peluang pendidikan kepada semua kaum.
Oleh itu, kerajaan telah memperkenalkan Penyataan Razak 1957 dan Akta
Pelajaran 1961. Ia dirasakan mampu mewujudkan situasi pendidikan yang
memuaskan hati semua kaum.
Melalui perkembangan sistem pendidikan yang dikemukakan, didapati ia
timbul kekuatan dan juga kelemahan dalam penggubalan penyata pendidikan
tersebut.
4.2.1

Penyata Razak 1956

Penyata Razak 1956 ditubuhkan bertujuan untuk membuat kajian dan pindaan
semula ke atas Ordinan Pelajaran 1952 ke arah membentuk satu sistem
pendidikan kebangsaan yang boleh menyatukan seluruh kaum di Tanah
Melayu serta menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di
samping memastikan perkembangan bahasa dan kebudayaan kaum-kaum lain
terjamin.

Antara perkara utama yang menjadi teras penyata ini ialah mengubah corak
semua sekolah rendah dan sekolah menengah supaya bercorak Tanah Melayu
dengan menyamakan sukatan pelajaran di semua sekolah ini.
Justeru itu, selepas memperoleh kemerdekaan, semua sekolah rendah dan
menengah telah menggunakan sukatan pelajaran yang sama dan bercorak
Tanah Melayu. Bagi sekolah Cina, sukatan pelajaran adalah bercorak
kecinaan, manakala sekolah Tamil pula bercorak keindiaan. Keadaan ini
didapati gagal membentuk semagat setia dan cinta Tanah Melayu dalam
kalangan orang Cina dan India.
Menurut Penyata Razak lagi, sekolah rendah dibahagikan kepada Sekolah
Rendah Kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan yang menggunakan bahasa
Inggeris, bahasa Mandarin dan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar. Walau
bagaimanapun, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dijadikan sebagai mata
pelajaran wajib bagi kedua-dua jenis sekolah tersebut. Sementara itu, hanya
satu sekolah menengah sahaja diwujudkan di mana bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris dijadikan sebagai mata pelajaran wajib bagi semua murid.
Penyata Razak menekanakan unsur-unsur dan nilai-nilai perpaduan negara
sebagai satu matlamat yang perlu dicapai untuk menjamin kesejahteraan dan
kepentingan masyarakat majmuk di negara ini. Penyatai ini menandakan
usaha-usaha memulakan penyatuan sistem pendidikan yang memiliki identiti
kebangsaan.
Laporan Razak telah diluluskan pada April 1957 sebagai Ordinan Pelajaran
1957 oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Walau bagaimanapun, Penyata
Razak ditentang oleh masyarakat Tanah Melayu. Bagi guru-guru Melayu,
mereka tidak berpuas hati kerana tidak ada ketegasan dalam perlaksanaan
bahasa Melayu. Bagi masyarakat Cina pula, mereka berpendapat kedudukan
bahasa Cina akan terabai kerana tumpuan yang lebih kepada bahasa Melayu
dan bahasa Inggeris sahaja.

10

Sekolah Tamil pula menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar


yang tunggal. Kebanyakan sekolah Tamil terletak di kawasan ladang dan
sebahagian besarnya dibiayai oleh syarikat-syarikat yang memiliki ladangladang berkenaan. Walau bagaimanapun, keadaan sekolah Tamil tidak pernah
setanding dengan sekolah-sekolah Cina, Melayu atau Inggeris.
4.2.2

Penyata Rahman Talib 1959 dan Akta Pelajaran 1961

Penyata ini memperakukan Penyata Razak dan mengesyorkan cadangancadangan daripada Penyata Razak perlu dilaksanakan. Cadangan laporan
Rahman Talib dimasukkan dalam Akta Pelajaran 1961. Antaranya termasuklah
pelajaran rendah percuma selama sembilan tahun, kenaikan darjah secara
automatik (Tingkatan 1 hingga 3), perluasan pelajaran teknik dan vokasional.
Kesamarataan dan peluang pendidikan kepada semua masyarakat yang
diperkenalkan oleh kerajaan mampu membentuk perpaduan yang utuh.
Kerajaan sangat menggalakkan penduduk Tanah Melayu menghantar anakanak mereka ke sekolah. Oleh itu, tempoh persekolahan wajib bagi anak-anak
ditetapkan sehingga berumur 15 tahun. Ini bermakna mereka sekurangkurangnya akan berada sehingga ke tingkatan tiga. Tujuannya ialah untuk
mengelakkan berlaku keciciran di kalangan penduduk Tanah Melayu
Akta Pelajaran 1961 menetapkan penggunaan satu kurikulum yang sama
untuk semua sekolah yang berlainan aliran. Hal ini bertujuan untuk
mewujudkan perpaduan kaum di negara ini.
Di bawah Akta Pelajaran 1961, bahasa Tamil dan Cina akan diajarkan
sekiranya terdapat permintaan daripada ibubapa. Hal ini memberi peluang
kepada kedua kaum tersebut mengembangkan dan mengamalkan bahasa dan
budaya mereka. Ini membuktikan bahawa kerajaan sangat mementingkan
toleransi dalam memajukan pendidikan negara dan mewujudkan perpaduan
negara.

11

Dari sudut polarisasi dalam kalangan pelajar yang dapat kita lihat adalah
masih lagi terdapat keterasingan pada peringkat sekolah rendah, kerenggangan
pada peringkat sekolah menegah dan institut pengajian tinggi awam (IPTA)
serta institut pengajian tinggi swasta (IPTS) masih wujud. Keadaan sebegini
menyukarkan lagi proses hubungan etnik di Malaysia. Implikasinya di sini
adalah nilai-nilai bagi memupuk semangat kekitaan pada negara Malaysia
tidak dapat diterapkan dengan berkesan kerana masih lagi terdapat jurang di
antara semua kaum. Jika kita lihat, pada masa kini, masih ada lagi para ibu
bapa yang kurang mempercayai untuk menghantar anak-anak mereka ke
Sekolah Kebangsaan. Mereka lebih mudah menghantar anak-anak mereka ke
Sekolah Jenis Kebangsaan kerana merasakan struktur pendidikan di sekolah
tersebut dapat menjamin kecemerlangan akademik anak mereka. Sukar sekali
untuk kita memaksa ibu bapa ini kerana mereka mempunyai satu perspektif
yang perlu kita hormati. Walau bagaimanapun, tidak semua ibu bapa yang
bertindak sedemikian.
Sungguhpun

Dasar

Pendidikan

Kebangsaan

telah

dapat

meluaskan

penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, namun


demikian terdapat rungutan bahawa Sistem Pendidikan Kebangsaan telah
melemahkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar-pelajar di semua
peringkat. Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah-langkah yang
sewajarnya untuk mengatasi masalah ini memandangkan penguasaan Bahasa
Inggeris penting bagi pembelajaran dan pemindahan kemahiran daripada
negara-negara maju, pertumbuhan ekonomi dan perdagangan negara
Kesimpulannya, meskipun terdapat pelbagai usaha untuk menyatukan sistem
pendidikan di Tanah Melayu dilakukan dengan tujuan untuk mewujudkan
perpaduan masyarakat yang berbilang kaum, namun isu perkauman masih
terus berlaku. Peristiwa 13 Mei 1969 jelas membuktikan bahawa perubahan ke
atas sistem pendidikan yang sedia ada belum meraih kejayaan di tahap yang
optimum. Selepas peristiwa ini, usaha diperhebatkan untuk membina satu
sistem pendidikan yang boleh menyatupadukan rakyat berbilang kaum. Oleh
itu, sistem pendidikan mesti menggabungkan nilai setiap kaum bagi
mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional. Untuk itu, penggunaan bahasa
12

kebangsan diperluas di semua jenis sekolah dan dijadikan sebagai bahasa


rasmi tunggal serta bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah. Sebagai
tambahan, sekolah-sekolah aliran Inggeris mula ditukar secara beransur-ansur
kepada aliran bahasa kebangsaan bermula dari darjah satu pada tahun 1970 di
seluruh Malaysia.
4.3

Cadangan-cadangan

memperbaiki

dan

mempertingkatkan

pelaksanaan Dasar Pendidikan Negara


Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan faktor
unggul dalam membina kerakyatan yang tunggal telah lama disedari. Satu cara
yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah
menerusi pendidikan. Berikut merupakan cadangan bagaimana sistem
pendidikan boleh membentuk perpaduan:
4.3.1

Penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama

Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di


Malaysia ialah melalui penggunaan satu bahasa kebangsaan. Penggunaan satu
bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain
dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Selaras dengan matlamat
utama Dasar Pendidikan Kebangsaan, bahasa Malaysia telah diiktiraf sebagai
bahasa rasmi dalam segala urusan dan menjadi bahasa kebangsaan. Ini
bermakna, walaupun sekolah terdiri dari berbagai aliran, Bahasa Malaysia
dijadikan sebagai satu mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah. Langkah
ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa harmoni antara kaum di negara
ini.
4.3.2

Mengadakan

kurikulum,

sukatan

pelajaran

dan

sistem

peperiksaan yang sama


Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan
pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi. Dalam konteks
negara Malaysia, kurikulum juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang
mendukung cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan

13

Rukun Negara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk


keperluan negara (modal insan).
Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata
Razak adalah dianggap sebagai salah satu asas sistem pelajaran kebangsaan
bagi mewujudkan perpaduan negara. Sukatan ini diselaraskan tanpa mengira
jenis dan kategori sekolah. Tujuan dilakukan penyelarasan ini ialah untuk
menghasilkan pelajar yang mempunyai tahap kemampuan dan kebolehan yang
sama. Sukatan pelajaran yang seragam membolehkan pandangan dunia (world
view) setiap kaum di Malaysia hampir sama & tidak mewujudkan perselisihan
dalam persefahaman.
Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah
telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang
seragam. Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam,
pelajaran para pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah.
Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum
di samping mewujudkan keperibadian yang sama.
Jika kita lihat sekarang, dasar pendidikan yang dijalankan kerajaan kini
menampakkan hasilnya. Oleh itu, ditekankan bahawa pendidikan menjadi alat
membentuk perpaduan kaum. Belajar & kajilah sejarah untuk mendapatkan
manfaat berguna dan meningkatkan kualiti hidup kita.
4.3.3

Penubuhan Sekolah Wawasan

Penubuhan Sekolah Wawasan bertujuan untuk mengeratkan perpaduan dan


integrasi kaum di peringkat umur muda iaitu di sekolah-sekolah rendah demi
melahirkan anak bangsa Malaysia yang lebih bersifat cinta akan negara.
Dengan melalui sekolah wawasan ini membolehkan murid-murid di sekolah
rendah memahami sama satu lain walaupun berasal dari pelbagai jenis bangsa
dan latar belakang yang berbeza. Apabila anak Melayu, Cina, India dan kaum
lain berinteraksi sejak peringkat awal persekolahan sudah tentu dapat
melahirkan satu generasi Malaysia yang bersifat pelbagai budaya. Secara tidak

14

langsung, sifat teloransi dan persefahaman antara kaum dapat dipupuk. Hal ini
akan mewujudkan sebuah Negara yang bersatu padu. Dengan pemahaman
sesama lain di sekolah wawasan, perselisihan dan perasaan yang menganggap
tidak adil akan dikurangkan dan motif negara harmoni akan berjaya.
4.3.4

Pelaksanaan Program RIMUP

Aktiviti program RIMUP perlu memanfaatkan penggunaan ICT dengan


optimum dalam usaha melibatkan murid pelbagai kaum untuk berinteraksi
melalui laman web sekolah, laman web sosial dan penggunaan khidmat
pesanan ringkas (sms) serta penggunaan emel. Selain itu, integrasi kaum juga
dapat dipupuk melalui pertandingan yang dianjurkan seperti pertandingan
rekacipta yang berunsurkan budaya pelbagai kaum (rekacipta tanglung, wau,
kaligrafi, khat dan sebagainya); Pihak sekolah perlu memainkan peranan
dalam usaha melibatkan ahli masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum
dalam aktiviti kokurikulum;
Aktiviti sukan dan permainan tradisional kaum Cina dan India perlu
diperkenalkan dengan lebih banyak supaya kaum lain dapat berkongsi dan
mengenali budaya kaum tersebut. Masyarakat setempat juga perlu dilibat
dengan lebih banyak dalam pelaksanaan aktiviti tersebut. Selain itu, sekolah
juga perlu mengadakan jaringan kerjasama dengan persatuan sukan dan
kebudayaan daripada pelbagai kaum dalam usaha menambahkan lagi jenis dan
kepelbagaian sukan dan permainan tradisional pelbagai kaum. Guru-guru
sekolah juga perlu diberikan pendedahan dalam bidang sukan dan permainan
tradisional pelbagai kaum ini;perpaduan merupakan faktor penting dalam
memacu kemajuan sesebuah negara, tanpa mengira bangsa, agama dan
kebudayaan. RIMUP

berjaya memberikan fokus baru sejajar dengan

perkembangan semasa termasuk kesepadanan dengan gagasan 1 Malaysia.


Di samping strategi-strategi di atas, Dasar Pendidikan Kebangsaan juga dilaksanakan
dengan mengada dan memperkemaskan tenaga pengajar yang terlatih dan juga
mendirikan sekolah-sekolah selaras dengan pertambahan kanak-kanak. Di samping
itu, beberapa bahagian dan Jawatankuasa telah ditubuhkan di Kementerian Pendidikan
15

yang meliputi perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Dasar Pendidikan Kebangsaan


bagi mempastikan tercapainya hasrat Dasar Pendidikan ini.
5.0

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, semenjak merdeka Malaysia telah meletakkan matlamat dan


landasan yang jelas untuk negara ini. Malaysia bermatlamat menjadi sebuah negara
yang bermasyarakat majmuk yang bersatu padu, mengamalkan demokrasi
berparlimen dan berjaya sebagai sebuah negara yang makmur dan maju. Ini semua
dapat dilakukan dengan menambah baik sistem pendidikan di negara ini. Oleh itu,
dalam proses mencapai semua matlamat tersebut, Malaysia seperti negara-negara lain
di dunia telah menyusun strategi dan perancangan yang perlu bagi merealisasikan
semua cita-cita tersebut. Strategi dan perancangan ini disusun dengan rapi oleh
kerajaan yang memerintah dan ini dilakukan dengan membentuk dasar-dasar yang
perlu supaya dilaksanakan demi memajukan dan memakmurkan negara secara
keseluruhan.
Perkembangan pendidikan dari tahun 1957 hingga 1963 menunjukkan bahawa negara
sedang merangka satu sistem pendidikan yang mempunyai identiti kebangsaan.
Dasar-dasar yang digubal ini telah mencorakkan sistem pendidikan hari ini. Dalam
perkembangan Sistem Pendidikan Kebangsaan di negara ini, Penyata Razak dan
Penyata Rahman Talib menjadi batu asas kepada kepentingan perpaduan kebangsaan
dan penghasilan tenaga rakyat.
Sistem pendidikan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan melalui kedua-dua sistem
tersebut telah berjaya memberi peluang kepada semua kaum untuk mendapatkan
pendidikan. Peluang untuk mendapatkan pendidikan yang disediakan oleh kerajaan
telah membantu melahirkan golongan intelektual bangsa. Penyelarasan dan
penyeragaman sistem pendidikan di Tanah Melayu turut memberi impak yang sangat
besar terhadap keberkesanan dasar-dasar pendidikan ke arah melahirkan golongan
pelajar yang lebih terjamin kualitinya.
Malaysia akan terus melangkah ke hadapan. Perpaduan kaum akan terus menjadi isu
yang akan panas dan sejuk mengikut keadaan semasa. Sukar untuk kita selesaikannya
dalam tempoh yang singkat. Kita mungkin perlukan 50 tahun lagi untuk membina

16

perpaduan kaum dalam erti kata yang sebenar. Tetapi sementara menunggu tempoh
tersebut seluruh usaha haruslah dikerahkan untuk membina perpaduan kaum. Yang
paling penting usaha ini memerlukan keikhlasan di kalangan kumpulan majoriti dan
juga minoriti. Sukar tetapi kita telah berjaya membuktikanya kita boleh
menguruskannya sejak 50 tahun yang lalu.
Tanpa perpaduan nasional, wawasan 2020 akan menghadapi risiko yang berat dan
mungkin gagal. Jadi, tanamkan pada jiwa anak-anak muda kita dan tiupkan semangat
perpaduan nasional. Sesungguhpun, memupuk perpaduan adalah satu usaha yang
begitu komplaks yang boleh membangkitkan perasaan dan emosi. Namun dengan
adanya kefahaman, penjelasan, dan persetujuan semua pihak terhadap konsep,
rasional dan langkah-langkah tindakan yang dimajukan. Satu Negara Satu Bangsa
(Malaysia) bukan sesuatu impian yang mustahir.

(3642 patah perkataan)

17

6.0

Bibliografi

Abdul Aziz Deraman (2005). Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Fatah Hassan (2003). Pengenalan Falsafah Pendidikan. Pahang Darul
Makmur: PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd.
Asnarulkhaldi Abu Samah & Jayum .A. Jawan.(1997). Kenegaraan Malaysia.
Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Atan Long (1991). Pendidik dan Pendidikan. Petaling Jaya: Penerbitan Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Fadzilah bt Abdullah (1996). Dasar pendidikan kebangsaan. Kuala Lumpur: As
Noordeen.
Hasnah Hussin, Mardiana Nordin (2007). Pengajian Malaysia. Kuala Lumpur:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Laporan Jawatankuasa Kabinet (1984). Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran.


Kuala Lumpur:Kementerian Pelajaran Malaysia.
Mohd Ali Atan (2006). Asal Usul Masyarakat Majmuk. Selangor: Pustaka Cita Tinggi.
Ruslan Zainuddin (2003). Sejarah Malaysia (Edisi Kedua). Shah Alam: Oxford Fajar
Sdn. Bhd.
Shellabear, W.G.(1995). Sejarah Melayu. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Sufean Hussin (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia Teori dan Analisis.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

18

Suhaida Azmi (2007). Perpaduan masyarakat majmuk. Pintar Firus Sdn Bhd.
Tajul Ariffin Bin Nordin (1993). Perspektif Falsafah dan Pendidikan di Malaysia.
Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Zaid Ahmad, Sarjit Singh, Ku Halim Ku Arifin, Ruslan Zainuddin, et.al. (2006).
Hubungan Etnik di Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Bahan tambahan dari internet:


http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/242-dasarpendidikan-kebangsaan.html
http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?
e=STPM&s=PAM&b=JAN&m=2&t=&r=g&i=PNP
http://eprints.utm.my/17084/1/JOE-1-2011-042.pdf
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/460-nkra-pendidikan/11743dasar-dasar-kerajaan-dalam-membentuk-perpaduan.html
http://kulanzsalleh.com/strategi-bagi-menjayakan-dasar-pendidikan-kebangsaan/
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/36-mengenai-pendidikan/1057sejarah-pendidikan-di-malaysia.html

19

Você também pode gostar