Você está na página 1de 12

KERTAS PENERANGAN

(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA
PROGRAM /

EE-021-2:2012 ELECTRONIC EQUIPMENT & APPLIANCE

PROGRAMS CODE &

INTALLATION AND TROUBLESHOOTING

NAME
TAHAP / LEVEL

NO. DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT NUM.

C01 ELECTRONIC SCHEMATIC DRAWING

AND TITLE

NO. DAN PENYATAN


AKTIVITI KERJA / WORK

1.
2.

IDENTIFY ELECTRONIK DRAWING REQUIREMENTS


PREPARE ELECTRONIC SCHEMATIC DRAWING

3.
4.

REQUIREMENT
PERFORM ELECTRONIC SCHEMATIC DRAWING
SUBMIT ELECTRONIC SCHEMATIC DRAWING

ACTIVITIES NUM. AND


STATEMENT

NO. KOD / CODE NUM.

EE-021-2:2012 -C01/P(1/3)

Muka Surat / Page : 1 Drp /


Of : 12

NO. KOD / CODE NO.

EE-021-2:2012 -C01/P(1/3)

Muka Surat / Page : 2


Drpd / of : 12

TAJUK/TITLE: MENGENAL ALATAN LUKISAN DAN SIMBOL ELEKTRONIK

TUJUAN/ PURPOSE:
Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan tentang alatan lukisan
garisan lukisan dan siimbol lukisan elekronik mengikut piawaian. Simbol-simbol
elektronik merupakan satu bahasa grafik yang digunakan untuk menyampaikan
maklumat secara tepat, ringkas dan difahami semua.
PENERANGAN/INFORMATION:
1. Jenis Alatan Lukisan
Antara peralatan yang digunakan dalam lukisan adalah
1.1 Sesiku T

Rajah 1.2

1.2 Set Sesiku 45/30/60/90

Rajah 1.2

NO. KOD / CODE NO.

EE-021-2:2012 -C01/P(1/3)

1.3 Kertas Lukisan

Rajah 1.3
1.4 Papan Lukisan

Rajah 1.4
1.5 Jangka Tolok

Rajah 1.5

Muka Surat / Page : 3


Drpd / of : 12

NO. KOD / CODE NO.

EE-021-2:2012 -C01/P(1/3)

1.6 Jangka Lukis

Rajah 1.6
1.7 Pensel dan Pensel Mekanikal

Rajah 1.7
1.8 Pemadam

Rajah 1.8

Muka Surat / Page : 4


Drpd / of : 12

NO. KOD / CODE NO.

EE-021-2:2012 -C01/P(1/3)

Muka Surat / Page : 5


Drpd / of : 12

2. Jenis Garisan Lukisan


2.1 Garisan Kerja
Memberikan keterangan dan maksud tertentu. membolehkan pembaca lukisan
memahami keterangan kandungannya melalui pembacaan berbagai-bagai jenis
garisan..Setiap garisan hendaklah mengikut ketebalan seperti yang dicadangkan
dalam piawaian:terdapat enam garisan yang utama.
2.2 Garisan Sempadan
Garisan ini akan dilukis secara tebal sekali dalam lukisan. Ia digunakan untuk
bentangan kertas lukisan iaitu untuk melukis sempadan dan petak tajuk pada kertas
lukisan. Ia boleh dilukis dengan pensel HB atau B.
2.3 Garisan Objek
Adalah garisan yang dilukis tebal, hitam serta jelas dan kemas. Biasanya dengan
pensel HB.Ia digunakan untuk menunjukkan susur sesuatu objek yang dapat dilihat .
2.4 Garisan Binaan
Adalah garisan yang dilukis nipis dan halus sekali dalam lukisan. Kebiasanya dilukis
dengan pensil 3H atau 4H.Ia digunakan untuk permulaan pembentukan sesuatu
objek Garisan-garisan ini tidak perlu dipadam juga berlaku kesalahan.
2.5 Garisan Keratan
Adalah garisan yang dilukis nipis tetapi jelas. Biasanya dengan pensil 2H.Garisan ini
dilukis secara condong biasanya pada sudut 45 dari mendatar Ia menunjukkan
permukaan yang dipotong pada pandangan keratan
2.6 Garisan Terlindung
Garisan yang dilukis dengan sederhana tebal dan hitam. Biasanya dengan pensel
2H. Ia dilukis putus-putus dan mempunyai sengkang-sengkang pendek yang diatur
sama jarak di antara satu sama lain. Garisan ini digunakan untuk menunjukkan susur
sesuatu bentuk objek yang tersembunyi dari permukaan.

NO. KOD / CODE NO.

EE-021-2:2012 -C01/P(1/3)

Muka Surat / Page : 6


Drpd / of : 12

2.7 Garisan Tengah


Adalah garisan yang dilukis nipis tetapi jelas. Biasanya pensel 2H Ia dilukis berputusputus dan berselang-seli di antara garisan panjang dan garisan pendek Ia digunakan
untuk menunjukkan satu paksi, tengah atau pusat bagi objekyang berbentuk bulat
dan terimbang
2.8 Garisan Dimensi
Garisan yang dilukis nipis tetapi jelas. Biasanya dengan pensel 2H.Digunakan untuk
menunjukkan dimensi bagi sesuatu objek.

3. Simbol Lukisan Elektronik.


Simbol dalam lukisan elektronik adalah sebagai perwakilan kepada komponen atau
alat sebenar. Ia boleh membantu seseorang itu mengenal pasti komponen dalam
sesuatu

litar dan mengenali jenis litar. Simbol simbol dilukis mengikut piawai

antarabangsa untuk keseragaman sesuatu bentuk litar.


3.1 Simbol Piawai Lukisan Elektronik
Simbol piawai digunakan untuk mewakili komponen elektronik yang sebenar. Ia dapat
menjelaskan penggunaan komponen dalam suatu pemasangan litar. Dilukis mengikut
perkadaran saiz yang sesuai dengan saiz litar. Saiz dan bentuk simbol piawai adalah
berbeza bagi setiap komponen. Simbol piawai yang sama dalam satu litar hendaklah
dilukis dengan saiz yang seragam. Simbol piawai hendaklah dilukis dengan kemas,
jelas dan teliti supaya mudah dibaca. Rujuk pada rajah 3.1(a), rajah 3.1(b), rajah
3.1(c) adalah sebahagian daripada komponen elektronik dan simbol piawaian.

NO. KOD / CODE NO.

EE-021-2:2012 -C01/P(1/3)

Rajah 3.1(a)

Muka Surat / Page : 7


Drpd / of : 12

NO. KOD / CODE NO.

EE-021-2:2012 -C01/P(1/3)

Rajah 3.1(b)

Muka Surat / Page : 8


Drpd / of : 12

NO. KOD / CODE NO.

EE-021-2:2012 -C01/P(1/3)

Rajah 3.1(c)

Muka Surat / Page : 9


Drpd / of : 12

NO. KOD / CODE NO.

EE-021-2:2012 -C01/P(1/3)

Muka Surat / Page : 10


Drpd / of : 12

3.2 Badan Piawaian


Lukisan kejuruteraan dan lukisan elektronik mempunyai simbol, konvensyen dan
kepiawaian tersendiri. Antara faktor yang menyebabkan mengapa piawaian itu
penting adalah kerana untuk memudahkan komunikasi dengan mereka yang terlibat
dalam bidang kejuruteraan dan menyeragamkan dari segi garisan, simbol, kaedah
mendimensi dan sistem unjuran. Terdapat agensi yang terlibat di Malaysia dan luar
negara yang bertanggungjawab menentukan kepiawaian tersebut:
a) SIRIM
b) Kepiawaian British (BS)
c) Institut Kepiawaian Kebangsaan Amerika (ANSI)
d) Pertubuhan Kepiawaian Antarabangsa (ISO)
e) Piawaian Industri German (DIN)
3.3 Etika dalam melukis
Selain daripada itu pelatih haruslah mematuhi;
3.3.1 Ketepatan
Setiap lukisan teknik hendaklah dibuat dengan mengikut ukuran yang tepat. Ini
termasuklah ketepatan ukuran saiz dan penggunaan jenis-jenis garisan mengikut
jenis pensel ataupun sepertimana yang telah ditentukan. Lukisan yang tidak mengikut
ciri-ciri yang disebutkan tadi akan menghasilkan lukisan yang tidak bermutu dan
berkemungkinan tidak dapat diterima.
3.3.2 Teknik melukis
Lukisan hendaklah dilukis mengikut teknik-teknik yang telah ditetapkan termasuk
teknik membina garisan, cara membentuk objek supaya lukisan kelihatan lebih jelas
dan mudah difahami. Ini memandangkan kepada pelbagai jenis garisan dan simbolsimbol tertentu yang boleh digunakan bagi membantu pembikinan lukisan yang lebih
baik. Suatu lukisan yang dilukis dengan tidak mengikut teknik-teknik yang betul akan
menampakkan lukisan tersebut tidak bermutu, susah difahami dan mengelirukan
kerana garisan-garisan nampak kabur.

NO. KOD / CODE NO.

EE-021-2:2012 -C01/P(1/3)

Muka Surat / Page : 11


Drpd / of : 12

3.3.3 Kebersihan lukisan


Setiap pelukis mestilah menanamkan perasaan untuk menghargai lukisan yang
dibuatnya. Dengan itu pelukis akan lebih berhati-hati

semasa membuat lukisan

dengan mengambil kira langkah-langkah tertentu termasuk cara pengendalian alatan


lukisan untuk memastikan kekemasan pada kebersihan lukisannya. Amalan begini
dapat menjadikan pelukis sebagai seorang yang berkebolehan menghasilkan kerja
yang baik. Pelukis yang tidak menghargai lukisannya akan menghasilkan yang kotor
dan tidak kemas. Kebersihan dan penjagaan lukisan adalah satu amalan yang baik
bagi setiap pelajar.
3.3.4 Masa menyiapkan lukisan
Masa yang diambil untuk menyiapkan sesuatu lukisan teknik itu sebaik-baiknya
dengan secepat mungkin yang boleh. Apabila pelukis memulakan lukisannya,
bermakna dia memulakan latihan dalam ciri-ciri lukisan teknik yang memerlukan
kemahiran-kemahiran yang tertentu.

NO. KOD / CODE NO.

EE-021-2:2012 -C01/P(1/3)

Muka Surat / Page : 12


Drpd / of : 12

SOALAN/QUESTION:
Soalan 1.
Apakah tujuan simbol-simbol lukisan digunakan?

Soalan 2.
Senaraikan 2 jenis alatan lukisan;
a)_________________________
b)_________________________

RUJUKAN/REFERENCE:
1. http://www.cadcammanufacture.blogspot.com, 13 Ogos 2015, 14:45
2. http://www.lukisankejuruteraankvkk.blogspot.com 13 Ogos 2015, 15:15

Você também pode gostar