Você está na página 1de 52

AA301 TAMADUN ISLAM

KULIAH 1
PENGENALAN TAMADUN
Disediakan oleh :
Ustazah Asnuurien Najma Binti Ahmad
Pensyarah Unit Pendidikan Islam & Moral
Jabatan Pengajian Am
Politeknik Merlimau
asnuurien@pmm.edu.my

DEFINISI TAMADUN
1. Membezakan manusia dengan manusia yang tidak
bertamadun atau dianggap barbarian (orang gasar).
Cina bangga dengan pencapaian budayanya
mengatakan orang asing tidak bertamadun.
Barat menyatakan peraturan dan sistem
pemerintahan China sebagai tidak bertamadun.
Barat mengatakan tujuan penjajahan untuk
mentamadunkan orang yang dijajah.
Islam melihat tamadun sebagai pencapaian ilmu
pengetahuan yang tinggi.

2. Satu pencapaian tinggi yang telah diperoleh oleh


manusia dalam semua aspek kehidupannya.
3. Status sosial manusia berubah dari kehidupan yang
serba mudah kepada satu organisasi masyarakat
kompleks.
4. Arnold Toynbee: Tamadun dibina berdasarkan tiga
keadaan:
1. Masyarakat pra-tamadun mengorak ke arah
kemajuan. Tamadun Kristian Ortodok Timur
empayar Rom Timur adalah hasil dari Tamadun
Eropah.
2. Kelahiran tamadun dari tamadun lama seperti
Hellenistik dari Tamadun Grecco-Roman.
3. Penukaran tamadun lama kepada tamadun baru.

5. Satu peringkat pembangunan yang tinggi di mana


budaya manusia merangkumi sistem penulisan,
undang2, kerajaan, pengkhususan kerja, agama
dan pembinaan negara kota.
6. Dalam bahasa Arab Tamadun bermaksud
kehalusan budi dan sopan santun.
7. Ibn Khaldun: umran bermaksud kawasan tanah
yang didiami, tinggal menetap berkembang subur
dan maju.
Juga gunakan hadarah bermaksud sedentary life.
8. Farid Wadji dan Sheikh Muhammad Abduh`
gunakan madinah bermaksud bandar.
9. Civilization datang dari perkataan civitas
bermaksud bandar.
10. P. Bagby: budaya yang dijumpai di bandar.

11. Jurji Zaydan: Tamadun dalam bahasa Arab


moden ialah memliliki ciri2 kehidupan bandar, dan
kota2 dalam bahasa Arab bermaksud mudun yang
memiliki ciri-ciri bandar.
12. Prof. Syed Naquib Al-Attas: Tamadun Islam
sebagai satu keadaan kehidupan masyarakat yang
telah mencapai tahap kehalusan tatasusila dengan
mempunyai kebudayaan yang luhur bagi seluruh
masyarakat.
13. Ibn Khaldun: tamadun Islam sebagai pencapaian
manusia yang sudah melebihi keperluan asasi
kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah
pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih
halus dan mempunyai nilai-nilai seni.

14. Karl Marx: tamadun terbahagi kepada


Infratruktus (material) dan superstructure
(spiritual).
15. Marcel Maus: semua pencapaian manusia.
16. Eugene Cavignae: sains, seni, arahan dan
kemurnian yang minimum.
17. Robert J. Braidwood: merujuk tamadun kepada
perbandaran. Dan harus mempunyai satu struktur
politik, undang2 formal dan terdapat beberapa
projek mega.
18. Hattington: tamadun adalah budaya.

Istilah tamdun berasal dari bahasa Arab.


Dalam bahasa Arab, istilah yang digunakan
adalah untuk membincangkan tentang
konsep pembangunan, kemajuan dan
pencapaian manusia adalah :
# hadarah
# madaniyyah
# umran
# tamaddun

Hadarah : dikaitkan dgn kemajuan industri dan


pdagangan.
Ada dua maksud :
1) himpunan kemajuan dalam bidang
ksusasteraan, teknik, keilmuan dan
undang2 yg dipindahkan dari 1 generasi
ke 1 generasi dlm sebuah msyarakat.
2) peringkat perkembangan yg tinggi
berlawanan dgn kehidupan
liar/ganas/digambarkan sbg kehidupan yg
dpt mencapai ideal atau bentuk kehidupan
yg tinggi yg hendak dicapai.
(Mohd.Liki Hamid:2006:6).

Tamadun dalam Bahasa Arab :


-

Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi dlm


Qamus Al-Marbawi tamadun berasal drpd
madana (kehalusan budi pekerti dan akhlak
mulia). membwa maksud kehalusan adat @
pencapaian manusia. (Mustafa Hj Daud:2002:5)
Prof Madya Dr Lutpi Ibrahim : - tamadun
berasal dari tamaddan, tamaddunan dan
madaniah (kehidupan kota yg mhasilkan
pcapaian yg tinggi dlm pelbagai aspek s/ada
kerohanian @ kebendaan.

Ibn Khaldun (seorang sejarawan Muslim pertama)


dalam Al-Muqaddimah memperkenalkan kata
hadharah iaitu sekumpulan manusia yang tinggal
kekal di sesuatu tempat atau kota atau wilayah
dan tanah pertanian.

Kesimpulannya :
Tamadun berasal dari bahasa Arab tamaddana
atau madana yg bererti :
1. suatu lokasi sbg tempat tinggal.
2. membangun
suatu
kawasan
hingga
menjadi
perbandaran.
3. fenomena dr perubahan cara hidup liar @
nomad kpd kehidupan yg berbentuk
maju.(kamus Munjid)
4. kehalusan adat dan kehalusan budi pekerti.
(Idris al-Marbawi)

Tamadun dalam bahasa Inggeris :


Perkataan civilization untuk perkenalkan
tamadun.
Pertama kali digunakan dalam perkamusan
bahasa Inggeris pada abad ke-19M.
Civilization berasal dari bahasa Latin iaitu
civitas (kota).

Kesimpulan of civilization :
the process of civilizing or
become civillized. ( Noah
Webster).
the countries and people
considered to have reached a
high state of social and cultural
development.( Noah Webster)
an advanced stage of human
social development with a high
level of art, relegion, science,
government.(Longman
Dictionary of Contemporary English)

Tamadun dalam bahasa Melayu :


Kamus
Dewan

kebudayaan,
peradaban, kemajuan dan sopan
santun.
Teuku Iskandar : tamadun ialah keadaan
manusia yg dicirikan oleh taraf pemikiran
yang tinggi, negara dan penduduknya
yang mencapai taraf pemikiran tinggi,
budaya atau cara hidup orang tertentu.
peradaban keadaan serta tingkat
kemajuan jasmani dan rohani sesuatu
bangsa atau masyarakat.

Mahmood Mohd Taib al-Najmi tamadun


sbg peraturan masyarakat yang dapat
membantu manusia menambahkan hasil
pengeluarannya sama ada dr segi
pemikiran atau kebendaan.
Prof
Syed Mohd Naquib Al-Attas
mengaitkan tamadun dengan perkataan
Deen ; merujuk kpd keadaan kehidupan
insan yg telah mencapai taraf kehalusan
tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi
seluruh masyarakat.
(Rasid Muhammad:1996:4)

Kesimpulannya :
- Tamadun
ialah satu peningkatan
kemajuan yg dicapai oleh manusia
secara lahiriah atau rohaniah.
- Contohnya
perkembangan
ilmu,
teknologi,
peradaban,
tatacara,
politik, sosial mahupun rohani itu
sendiri.

KONSEP TAMADUN
ISLAM

M.A.J.Beg mengemukakan 1 teori iaitu di


duni ini hanya ada dua konsep tamadun
iaitu Tamadun Islam dan Tamadun Barat.
Muhammad Asad tekankan faktor ISLAM sbg
peranan penting dalam pembentukan
tamadun Islam. Tamadun Islam bersifat
ideologi di mana Al-Quran adalah sumber
ideologinya. Syariah sebagi faktor ke-2
kerana mementingkan daya intelektual dlm
setiap motif.

Ali

Shariati keperibadian Nabi


Muhammad SAW melahirkan tamadun
Islam. Nabi Muhammad SAW bperanan
penting dalam membawa perubahan,
pembangunan dan kemajuan serta
pembinaan masa depan tamadun Islam.
Muhammad Uthman el-Muhammady
pembentukan tamadun dan kebudayaan
Islam berteraskan kpd ajaran Islam sbg
Ad-Deen. kerana Islam ada syariah,
akidah dan akhlak yg merupakan nadi
penggerak mencetuskan tamadun dan
kebudayaan Islam.

Prof

Ismail Faruqi : tauhid merupakan


dasar penting kpd tamadun Islam dan
identiti tamadun Islam yang megaitkan
unsurnya dalam membentuk pandangan
hidup (world view) dan cara berfikir serta
tingkah laku umat Islam ke arah yang
diredhai Allah SWT.

Konsep Tamadun dari Perspektif Islam

Ibn Khaldun
- Kemuncak pembangunan yang berkait
dengan peningkatan kemewahan,
keindahan suasana dan minat kepada
pelbagai aspek industri yg boleh
mempertingkatkan kualitinya.
- Aspek yg termasuk dalamnya ialah
kenegaraan, perancangan bandar,
sosio-ekonomi, sains, pelbagai
pengetahuan dan kesenian.

Sayid Qutb
Segala bentuk kemajuan yang dihasilkan
oleh sekumpulan masyarakat seperti
sistem sosial, pemerintahan, politik,
ekonomi
dan
kebudayaan
yang
berteraskan syariat Allah serta bercirikan
nilai-nilai moral Islam.
Masyarakat yang bertamadun dinilai dari
dasar aqidahnya, sistem nilai, tingkah
laku, hubungn dan aturan sosialnya
bukan kemajuan kebendaan.

Muhammad Rasyid
Redha
Agama

adalah asas tamadun kerana


peningkatan unsur spiritual
mendorong kebangkitan fizikal dan
semua tamadun di dunia di
ditegakkan atas kepercayaan
agama.

Said Hawa

Terbahagi kepada dua tamadun iaitu :

Tamadun Islam:

segala aspek
kemajuan yg tegak
atas kebudayaan
Islam serta hasilnya
juga relevan dengan
kebudayaan itu.

Tamadun Jahiliah :

kemajuan yg
dijelmakan dalam
bentuk kebendaan
dengan tidak
mengambil kira aspek
rohani dan moral.

Umar Audah al-Khatib


Himpunan

ilmu pengetahuan, syariat,


peraturan tradisi dan moral yg
menunjukkan keadaan pemikiran,
ekonomi, akhlak, politik, kesenian dan
seluruh kehidupan kebendaan dan
kerohanian dalam sesuatu sejarah.

Dr. Muhammad Al-Baki


Seluruh

penghasilan atau produktiviti


yang mgambarkan keperibadian manusia
sama ada berbentuk @ gambaran akal,
perasaan, tingkah laku, falsafah,
pengetahuan agama, kesenian dan lainlain.

Konsep tamadun dari perspektif Barat


Arnold Toynbee
Satu sistem masyarakat yg dapat membantu
manusia menambah hasil pengeluaran @
produktiviti ;
Mempunyai 4 elemen penting iaitu :
- bahan-bahan ekonomi,
- sistem politik,
- pengetahuan,
- seni.

Darey Ribeiro
Ciri2 masyarakat bertamadun :a. berakhir nomad dan tetap di satu
kawasan.
b. pembahagian kerja
c. kota/negara terbentuk dengan wujudnya
status sosial.
d. ciptaan tekologi dan alat pertanian.
e. revolusi : - perdagangan, teknologi,
penternakan, dan indsutri.

J.K. Febleman

Kepandaian masyarakat mengeksploitasi


material.
Masyarakat memproses material untuk
menjadikan barang baru bagi sesuatu
keperluan.

Will Durrant
Adalah peraturan masyarakat yang dapat
membantu meningkatkan pengeluaran
kebudayaan merangkumi elemen :
a. Ekonomi
b. Sistem politik
c. Tradisi moral
d. Kesenian

Oswarld Spengler
Memetingkan kebendaan atau material
kerana asas kepada sebuah kemajuan.

E.B Taylor
Rangkaian yg merangkumi aspek2 keilmuan,
kepercayaan, kesenian, nilai moral, perundagan,
tradisi, bakat dan kebolehan yg dihasilkan oleh
masyarakat.

Maryam Jameelah ulas:

Tamadun Barat lebih mempunyai jasad tetapi tidak


ada jiwa dan nilai moral yang diterapkan di
mana akhirnya wujudlah Ciptaan Mesin.
Iaitu manusia yang dibentuk seperti mesin dan
disebabkan itu, masyarakat yang lahir tidak
mempunyai jiwa dan perasaan dan hanya
mampu memberi kepuasan fizikal sahaja. (tiada
roh).

Kalam Allah

(mukjizat yg diturunkan kpd Nabi


Muhammad SAW ) diriwayatkan secara mutawatir
dan membacanya ibadah.
Kitab yg memberi petunjuk(huda),
penjelasan(bayan),peringatan(nazir), rahmat, berita
gembira (busyra), pengajaran(mauizah), dan
penawar (syifa).
Tatacara bagaimana manusia yg diamanahkan oleh
Allah sebagai penguasa,khalifah bagi membentuk
serta mentadbir muka bumi.

Hamid Algar AQ adlh penentu yg boleh


membezakan antara kebenaran dan kepalsuan.
Perhubungan antara AQ dan tamadun dijelaskan
oleh Syeikh Ahmad Kiftaro sesiapa shj yg
mempelajari surah dan ayat2 al-Quran akan
dapat lihat bagaimana Al-Quran menghubungkan
keagamaan, keintelektualan da bagaimana
ajaran Islam bersatu untuk mempercepatkan
kemajuan dalam tamadun.
Prof

Sumber asas ke-2 selepas AQ.


Disandarkan kpd Nabi Muhammad SAW samA
ada perkataan, perbuatan, pengakuan atau sifatsifat kejadian Baginda.
Fungsi As-Sunnah :1. menguat dan penyokong kepada hukum2
dalam AQ.
2. penghurai dan pentafsir kpd ayat2 AQ.
3. tentukan hukum2 yang tidak ada dalam AQ.

1.

Akal (Ijtihad) pencurahan daya


pemikiran secara bersungguh2 untuk
mendapatkan sesuatu hukum syarak
mengenai sesuatu masalah yg tidak
terdapat hukumnya secara qatie dari AQ
atau AS.
- Umat Islam berjaya mengkayakan
ruang lingkup tamadun Islam terutama
aspek muamalat.

2.

Pengalaman

Adalah

guru terbaik dan sangat bjaksana.


Tokoh2 pembina Tamadun Islam menjadikan
pengalman mereka hasilkan sesuatu yang lebih
baik.

3.

Tamadun lain

Contohnya tamadun Greek, Mesopotamia,


Rome, Mesir, Hwang-Ho.
Selagi tidak bercanggah dengn konsep
keimanan kpd Allah, Islam tidak menentang
kemajuan asalkan datangkan kebaikan & tidak
lupa Allah.

Matlamat Tamadun Islam


Melahirkan manusia yg mempunyai
Konsep kpercayaan yg betul iaitu kepada
Allah yg Esa.

Melahirkan manusia yg mpunyai cara


hidup yg tersusun dan sistem rapi.

Melahirkan manusia yg dapt bjawab sbg


Khalifah Allah atas muka bumi dan kenal
diri sendiri dan tahu arah tuju hidup.

1.

Hubungan

tujuan : hambakan diri kpd-Nya iaitu


beribadat seperti dalam surah Az-Dzariyat :56
konsep ibadat adalah jika semuanya diniatkan
kerana Allah .
segala kebajikan yg dilakukan akan dikira
ibadat dengan niat perkara kebaikan.

manusia

(Hablumminallah)

dgn

Allah

2.

Hubungan manusia sesama manusia


(Hablumminannas)
- bukan shj sebagai hamba Allah, tetapi
dari sebuah keluarga yang berasal dari
jiwa yang satu.
- mempunyai hak yang sama dari segi
kemanusiaan dan kebebasan.
- perlu hormat menghormati antara satu
sama lain.

3.

Manusia dengan alam.


- manusia makhluk yang telah
dimanahkan oleh Allah sebagai khalifah
kepada alam.
- letaknya kemakmuran alam dan segala
isinya.
- tidak lakukan kerosakan dan
kemusnahan.
- kerosakan alam adalah disebabkan tidak
menjaga amanah Allah sebagai khalifah.

Keistimewaan Tamadun Islam


Transenden (bersifat kewahyuan) bukan
daricetusan fikiran/nafsu
Berorientasikan kemanusiaan
dgn manusia sbg fokus.

Tamadun yg seimbang & sepadu

Membawa manusia mcapai matlamat


yg hakiki dunia & akhirat
Universal sbb tidak merujuk kpd
kelompok bangsa tertentu.

Dasar2 Tamadun Islam


Memelihara Jiwa dan Agama
Memelihara Akal dan Fikiran
Memelihara Maruah dan
Keturunan
Memelihara Harta Benda
Memelihara Hak & Kebebasan

Jiwa / nyawa amanah Allah dan wajib


memeliharanya.
Membinasakan jiwa sendiri atau org lain adalah
jenayah paling besar.
Hukum hak hidup :
a. tiap2 perkara yg berhubung dgn hidup &
bawa keselamatan tubuh badan dikira wajib
spt memelihara kesakitan, mencegah
penyakit.
b. perkara yg boleh rosakkan tubuh badan &
ancam nyawa atau melemahkannya
adalah haram spt mabuk, heroin, dadah,
yang mendatangkan mudarat kpd tubuh
bdan.

c. Tiap2 perkara yg boleh memelihara


kehidupan hukumnya wajib spt
makan,
minum, dan berpakaian. Dan tidak boleh
melebihi batasan.
d. Tiap2 perkara yg dapat mengelakkan diri
daripada mati
adalah harus bahkan
kadang2 dianggap wajib.

Akal fikiran menaikkan darjah manusia ke


taraf yang paling mulia di kalangan sesama
manusia dan di sisi ALLAH.
Dapat menilai tiap2 perlakuannya sama
ada baik atau buruk.
Mengkehendaki supaya manusia
memelihara akal supaya dapat berfikir
dengan cara yang baik dan teratur
berpandukan ilmu yg mendatangkan
faedah.

Islam menganggap manusia yang beriman


adalah makhluk yang paling mulia di sisi
Allah.
Wajib memelihara maruahnya dan
kehormatan dirinya.
Memerlukan tiap2 orang mendapat hak
untuk melindungi dan menjga kehormatan
diri, mengawal kedudukan mencari rezeki
dsbnya.
Untuk menentukan zuriat dn keturunan
melalui ikatan sah (pernikahan).

Kehormatan hak milik atau harta


kepunyaan manusia sama dengan
kehormatan jiwa manusia itu sendiri.
Harus bekerja dan berusaha utk
memenuhi keperluan hidup.
Hakikatnya, segala yg ada di langit
dan bumi adalah hak ciptaan Allah
tetapi manusia telah diberi kuasa utk
mentadbirkannya mengikut
peraturan yg tertentu.

Hak kebebasan manusia tidak boleh


dicerobohi atau dicabut daripada
manusia melainkan dalam keadaan
darurat iaitu pd masa
mempertahankan kemerdekaan dan
keselamatan bg umat Islam.
Antaranya; membebaskan manusia
drpd penyembahan dan
pendewaan terhadap sesuatu benda
atau sesama manusia.

Kebebasan utama manusia adalah


kebebasan berfikir. Harus diberi
kebebasan dalam meberi pendapat
tanpa diganggu oleh undang2
Katakanlah benar sekalipun ia pahit.
Rasulullah SAW menegaskan sesiapa
yang tidak mahu menyatakan
kebenaran itu sbg syaitan yg bisu.

1.

2.
3.

4.

5.

Tiada paksaan atas org yg memeluk Islam,


malah tidak sah iman org yg menganut Islam
krn dipaksa.
Kebebasan dalam mengamalkan agama.
Kebebasan dlm mengamalkan perkara2 yg
dibenarkan dlm agama mereka sekalipun
ditegah bg org Islam.
Kebebasan dlm menjalankan undang2 yg
berhubung kehidupan spt undang2
perkahwinan, cerai, dan nafkah.
Memelihara hak2 mereka dan menjaga
kehormatan, memberi kebebasan kpd mereka
utk berbincang dlm suatu hal.

1.

2.

Bersama-sama dalam masalah kehakiman


(undang-undang) dan dalam pemilihan
kepimpinan.
Mengawasi tindak tanduk pemimpin serta
menegurinya di samping mengemukakan
pandangan dan buah fikiran.

Você também pode gostar