Você está na página 1de 1

Tazkirah Ringkas : Adab Bergurau

SELAIN mengumpat, satu daripada bencana yang dilakukan oleh lidah manusia ialah gurauan.
Termasuk dalam istilah gurauan ini ialah kelakar, melawak, olok-olok dan berjenaka. Abdus
Samad Falembani dalam kitab Hidayatus Salikin menyebut gurauan sebagai 'al-mizah'. Beliau
membawa hadis Rasulullah yang bermaksud;
"Jangan engkau bantahi saudaramu dan jangan engkau perguraukan dia." (Hidayatus Salikin:
170).
Menurut Imam al-Ghazali, bergurau itu ditegah syarak kerana ia membawa kepada banyak
tertawa. Banyak tertawa itu mematikan hati dan boleh 'menanggalkan' hati. Paling dahsyat,
menurut beliau, ia boleh membawa atau mendorong kepada perbuatan derhaka. Ini
berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud;
"Seseorang lelaki yang berkata dengan suatu perkataan supaya rakannya tertawa maka dia
dijatuhkan ke dalam neraka selama 70 tahun."
Imam Ghazali menasihatkan supaya manusia menjaga lidahnya daripada berkata-kata untuk
menimbulkan gelak ketawa. Kata-kata gurau senda sebenarnya boleh menghilangkan malu
seseorang. Ini kerana dalam mencari bahan ketawa, manusia sanggup membuat cerita bohong
dan tidak munasabah. Untuk mereka-reka bahan lucu, mereka membuat cerita yang ganjil
dan tidak masuk akal dan kebanyakannya cerita dusta. Inilah puncanya orang yang membuat
kelakar boleh hilang malu. Pada hakikatnya malu senjata orang beriman. Malu adalah alamat
atau tanda orang yang beriman. Yang paling mengaibkan, sebahagian daripada kita suka
membawa cerita lucah atau separuh lucah dalam perkataan semata-mata untuk menimbulkan
gelak ketawa orang lain. Rasulullah bersabda bermaksud;
"Malu adalah cabang daripada iman."
Dalam sabda lain, baginda menyatakan;
"Malu dan iman seganding. Apabila terangkat salah satu daripadanya maka terangkatlah
kedua-duanya."
Dapat difahami daripada hadis ini, jika seseorang itu hilang perasaan malu daripada dirinya
maka hilang jugalah imannya. Namun begitu, bergurau ala kadar dibolehkan. Bagi sesetengah
orang yang tidak tahan bergurau mungkin menimbulkan persengketaan atau perkelahian.
Maka ini bertentangan dengan kehendak Islam. Firman Allah bermaksud;
"Sesungguhnya orang beriman itu adalah bersaudara maka perbaikilah hubungan antara keduaduanya." (al-Hujurat: 11).
Justeru, elakkanlah bergurau, bersenda melampaui batas perasaan atau pemikiran rasional
supaya ukhuwah sesama kita tetap terpelihara.
Wallahu a'lam.

Você também pode gostar