Você está na página 1de 17

PENDAHULUAN

Pertumbuhan penduduk merupakan suatu arah pertambahan penduduk sama ada dengan
pesat, perlahan, statik atau berkurangan di sesebuah negara mengikut tempoh masa tertentu.
Petunjuk yang digunakan untuk menunjukkan pertumbuhan penduduk di sesebuah negara itu
adalah jumlah penduduk, kadar kesuburan, kadar mortaliti dan kadar migrasi. Negara yang
sedang membangun seperti Brazil dan Indonesia mempunyai kadar kelahiran penduduk yang
tinggi. Bagi negara yang mundur seperti Tanzania pula mencatatkan kadar kelahiran penduduk
yang sangat pesat. Negara mundur dan negara sedang membangun kurang mempunyai penduduk
dewasa proaktif disebabkan kelahiran yang tinggi. Negara maju seperti United Kingdom
mempunyai kelahiran penduduk yang kurang tetapi mereka mempunyai ramai golongan dewasa
yang proaktif untuk memajukan negara.
Kadar pertumbuhan sesebuah negara itu dapat dilihat menerusi graf piramid penduduk.
Negara mundur dan negara sedang membangun lazimnya akan membentuk graf piramid
berbentuk kon atau dikanali sebagai piramid progresif. Manakala, graf piramid regresif merujuk
kepada negara maju yang mana kadar kelahiran dan kematian adalah rendah.
Kadar pertumbuhan yang tidak sekata antara negara ini terjadi disebabkan beberapa
faktor seperti kadar kelahiran dan kematian, tahap pendidikan, amalan perancang keluarga, taraf
hidup penduduk, perkahwinan, taraf kesihatan dan lain-lain lagi.

UNITED KINGDOM
Berdasarkan kepada analisis pertumbuhan penduduk negara United Kingdom, perbezaan
antara lima tahun jumlah penduduk antara tahun 1995, 2000, 2005 dan 2010 menunjukkan
jumlah penduduk di negara United Kingdom meningkat pada setiap tahun tetapi dalam jumlah
yang sederhana. Pada tahun 1995, jumlah penduduk di negara ini adalah seramai 58 187 ribu
orang dan telah meningkat kepada 59 140 ribu orang pada tahun 2000. Manakala pada tahun
2005 dan tahun 2010 juga telah meningkat kepada 60 487 dan 62 348 ribu orang. Peningkatan
jumlah penduduk ini dilihat tidak berlaku secara mendadak dari tahun ke tahun. Bagi kadar
pertumbuhan penduduk juga dilihat meningkat pada tahun 1995 dan 2000 tetapi dengan kadar
yang sangat rendah iaitu perbezaan hanya sebanyak 0.1 peratus sahaja. Pada tahun 1995, kadar
pertumbuhan penduduk adalah sebanyak 0.3 peratus dan meningkat kepada 0.4 peratus pada
tahun 2000. Selepas lima tahun yang berikutnya, kadar pertumbuhan penduduk meningkat lagi
kepada 0.6 peratus dan terus kekal sehingga tahun 2010.
Negara United Kingdom merupakan negara maju yang mempunyai kadar kesuburan yang
rendah berbanding tiga negara yang dianalisis. Pada tahun 1995, bilangan kelahiran adalah
sebanyak 732 ribu orang. Tetapi pada tahun 2000, kadar kelahiran menurun sedikit kepada 679
ribu orang. Selepas lima tahun seterusnya, kelahiran meningkat kepada 732 ribu orang dan
seterusnya bertambah lagi sebanyak 46 ribu orang pada tahun 2010 menjadi 769 ribu orang.
Kadar mortaliti di negara ini menurun dalam tempoh 10 tahun berturut-turut tetapi dengan
penurunan yang agak perlahan. Pada tahun 1995, kadar mortaliti adalah seramai 645 ribu orang.
Pada tahun 2000, kadar mortaliti menurun kepada 609 ribu orang dan seterusnya menurun lagi
kepada 583 dan 582 ribu orang pada tahun 2005 dan 2010.

Dari segi migrasi pula, kadar migrasi keluar adalah rendah berbanding dengan kadar
migrasi masuk. Kadar migrasi keluar pada tahun 1995 adalah sebanyak 1 per 1000 penduduk.
Tetapi meningkat pada tahun 2000 sebanyak 3 per 1000 penduduk dan terus tidak berubah pada
10 tahun berikutnya. Namun demikian, kadar kemasukan migran ke negara ini dilihat tidak
konsisten. Pada tahun 1995, kemasukan migran adalah sebanyak 75 ribu orang dan meningkat
dengan mendadak kepada 159 ribu orang pada tahun 2000. Pada tahun 2005 pula, kemasukan
migran meningkat menjadi 205 ribu orang dan menurun semula kepada 163 ribu orang pada
tahun 2010.
Analisis piramid penduduk bagi negara United Kingdom
Piramid populasi penduduk bagi negara United Kingdom menunjukan bentuk piramid regresif
atau dikenali sebagai piramid peralihan. Saiz tapak piramid yang sempit dan puncaknya yang
agak tirus menunjukkan kadar kelahiran dan kematian yang rendah. Pada tahun 1995, jumlah
kelahiran hidup di United Kingdom dianggarkan sebanyak 3824272 orang. Jumlah kelahiran
direkodkan menurun kepada 3569216 orang pada tahun 2000. Pada tahun 2005, jumlah kelahiran
menurun lagi kepada 3437003 orang.
Penurunan jumlah kelahiran di negara ini disebabkan oleh faktor keberkesanan program
amalan perancang keluarga seperti pil perancang, kondom dan lain-lain serta perkahwinan di usia
lewat akibat penglibatan wanita dalam kerjaya berprofil tinggi menyebabkan kadar kesuburan
rendah dan meningkatkan kecenderungan mempunyai bilangan anak yang sedikit. Namun, pada
tahun 2010, jumlah kelahiran memperlihatkan peningkatan iaitu sebanyak 3793324. Peningkatan
jumlah kelahiran adalah disebabkan oleh galakan kerajaan untuk melahirkan anak dengan
memberikan pelbagai insentif kepada keluarga yang mempunyai anak yang ramai seperti

potongan cukai, kemudahan perubatan dan sebagainya bagi mengatasi masalah kurangan
penduduk yang dialami oleh negara tersebut setelah hampir sepuluh tahun mengamalkan
program perancang keluarga.
Saiz puncak yang tirus menunjukkan golongan tua yang agak ramai kerana jangka hayat
penduduk adalah tinggi yang dkaitkan dengan pelbagai faktor seperti amalan pemakanan yang
seimbang, gaya hidup sihat semenjak usia muda dan turut dipengaruhi oleh kejayaan dalam
bidang perubatan yang berupaya mengawal pelbagai penyakit. Golongan tua menunjukkan
peningkatan pada setiap tahun. Hal ini memberi bebanan kepada kerajaan kerana terpaksa
menyediakan kemudahan kebajikan seperti pencen, elaun sara hidup dan lain-lain.
Bentuk cerun piramid penduduk United Kingdom yang agak cembung menunjukkan
golongan dewasa yang berumur 15 hingga 64 tahun adalah ramai berbanding golongan muda dan
tua. Jumlah golongan dewasa bagi tahun 1995, 2000, 2005 dan 2010 menunjukkan bilangan yang
agak seimbang antara golongan lelaki dan perempuan. Dalam usia ini, golongan dewasa yang
dianggap sebagai golongan yang produktif yang dapat menjana sumber ekonomi dan pendapatan
negara tersebut. Jumlah golongan dewasa yang ramai akan meningkatkan pendapatan perkapita
penduduk kerana nisbah tanggungan menjadi rendah seterusnya taraf hidup penduduk juga akan
meningkat.
Golongan dewasa yang ramai dapat menyumbang kepada sumber tenaga buruh yang
ramai membolehkan penerokaan sumber alam dilakukan dengan bantuan kecanggihan teknologi
yang sedia ada untuk proses pembangunan di negara tersebut. Tahap sosial penduduk akan
semakin tinggi kerana penduduk mempunyai taraf pendidikan serta kemahiran yang tinggi.

INDONESIA

Jumlah penduduk bagi negara Indonesia meningkat secara berterusan dari


tahun 1995 hingga tahun 2010. Pada tahun 1995, jumlah penduduk bagi
negara Indonesia ialah sebanyak 197 764 ribu penduduk dan jumlah ini terus
meningkat sebanyak 242 968 ribu penduduk pada tahun 2010. Peningkatan
ini ialah sebanyak 45 204 ribu orang penduduk iaitu dengan peratus
peningkatan sebanyak 22.86%. Walaupun jumlah penduduk meningkat
secara berterusan, namun kadar pertumbuhan bagi negara ini adalah
menurun secara berterusan dari tahun 1995 hingga tahun 2010. Pada tahun
1995, kadar pertumbuhan penduduk ialah sebanyak 1.7% dan kadar ini
menurun

secara

berterusan

sebanyak

0.6%

yang

menjadikan

kadar

pertumbuhan penduduk pada tahun 2010 ialah sebanyak 1.1%. Penurunan


pertumbuhan

ini

disebabkan

oleh

penurunan

angka

kesuburan

dan

peningkatan angka kematian di mana penurunan tahap kesuburan lebih


cepat berbanding dengan peningkatan kadar kematian.
Dari segi kesuburan, jumlah kadar kesuburan dan kadar kelahiran
bersih

menunjukkan pola penurunan berterusan. Pada tahun 1995, kadar

kesuburan ialah 2.8 kelahiran bagi setiap wanita dan kadar ini semakin
menurun hingga tahun 2010 iaitu dengan kadar 2.3 kelahiran bagi setiap
wanita. Kadar kesuburan menjejaskan kadar kelahiran bersih bagi negara
Indonesia. Hal ini kerana kadar kelahiran bersih bagi negara ini juga turut
menurun secara berterusan pada tahun 1995 hingga tahun 2010 iaitu
5

masing-masing 24 kelahiran bagi setiap seribu penduduk dengan jumlah


kelahiran sebanyak 4802 ribu orang dan 18 kelahiran bagi setiap 1000
penduduk

dengan

jumlah

kelahiran

sebanyak

4483

ribu

orang.

Ini

menunjukkan penurunan kadar sebanyak 6 kelahiran bagi seribu orang


penduduk dan penurunan jumlah kelahiran sebanyak 319 orang dalam
tempoh masa tersebut.
Manakala dari segi jumlah kematian di negara ini pula mengalami
peningkatan secara berterusan dari tahun 1995 hingga tahun 2010. Pada
tahun 1995, jumlah kematian ialah sebanyak 1327 ribu penduduk dengan
kadar 7 kematian bagi setiap 1000 penduduk. Pada tahun 2010 pula, jumlah
kematian ialah sebanyak 1519 ribu penduduk dengan kadar 6 orang bagi
setiap 1000 penduduk. Ini menunjukkan peningkatan kematian sebanyak
192 penduduk dalam tempoh masa tersebut. Walau bagaimanapun, didapati
kadar kematian bersih merosot dari 7 per 1000 penduduk kepada 6 per 1000
penduduk. Hal ini berlaku dipengaruhi jumlah penduduk negara itu yang
semakin meningkat.
Selain itu, migrasi penduduk turut mempengaruhi penunjuk demograf
bagi negara Indonesia. Jumlah migrasi bersih mengalami pola peningkatan
berterusan dengan keadaan migrasi keluar lebih ramai dari migrasi masuk ke
negara tersebut. Hal ini menyebabkan jumlah migrasi bersih bernilai negatif.
Pada tahun 1995, jumlah migrasi bersih ialah sebanyak -166 ribu penduduk
dengan kadar -1 per 1000 penduduk. Manakala bagi tahun 2010 pula, jumlah

migrasi bersih ialah sebanyak -299 ribu penduduk dengan kadar -1 per 1000
penduduk. Ini menunjukkan peningkatan migrasi bersih seramai -133 ribu
penduduk yang disebabkan oleh pertambahan penduduk yang berhijrah
keluar dari negara tersebut ke negara-negara lain contohnya ke negara
Malaysia dan Singapura bagi mendapatkan pekerjaan.
Analisis piramid penduduk bagi negara Indonesia
Berdasarkan piramid penduduk negara Indonesia bagi tahun terpilih dari
tahun 1995 hingga tahun 2010, negara ini mempunyai piramid progresif
yang selalunya dialami oleh negara-negara mundur dan negara membangun.
Didapati berlaku sedikit perubahan dalam komposisi penduduk mengikut had
umur dan jantina bagi tempoh masa tersebut.
Jika dilihat pada piramid penduduk tahun 1995 dan 2010, tapak
piramid yang lebar menunjukkan kadar kelahiran yang masih tinggi dan
jumlah

kelahiran

didapati

menurun

sedikit

pada

tahun

2010

jika

dibandingkan dengan tahun 1995, 2000 dan 2005. Manakala puncak piramid
yang tirus menunjukkan jumlah kematian yang agak tinggi dan jumlah
kematian ini semakin menurun dari tahun 1995 hingga tahun 2010. Hal ini
demikian

kerana

berlaku

peningkatan

taraf

kesihatan

dan

program

perancangan keluarga yang berkesan.


Piramid penduduk negara Indonesia ini juga menunjukkan jangka hayat
penduduk di negaranya berada pada tahap yang rendah jika dibandingkan
dengan negara-negara maju. Hal ini mungkin disebabkan tahap teknologi
7

perubatan yang ada masih tidak berupaya untuk mengawal penyakit yang
berbahaya.

Walau

bagaimanapun,

jangka

hayat

penduduk

Indonesia

semakin meningkat pada tahun 2010 jika dibandingkan dengan tahun-tahun


sebelumnya. Data statistik penduduk yang diperoleh menunjukkan jangka
hayat penduduk bagi tahun 2010 ialah sekitar 68 hingga 71 tahun.
Dari segi komposisi umur pula didapati golongan muda yang berumur
kurang daripada 20 tahun masih ramai iaitu kira-kira 45% daripada jumlah
penduduk negara berbanding dengan golongan dewasa dan tua. Keadaan ini
menggambarkan

nisbah

tanggungan

yang

tinggi

khususnya

di

usia

persekolahan. Jika dibandingkan pyramid penduduk Indonesia bagi tahun


1995 dan 2010, berlaku sedikit perubahan di mana jumlah golongan dewasa
yang berumur 20 tahun hingga 59 tahun semakin ramai. Ini menggambarkan
golongan yang proaktif semakin ramai dan dapat mengurangkan beban
tanggungan golongan tua dan golongan muda.
Dari segi jantina pula, didapati komposisi jantina antara lelaki dan
perempuan adalah seimbang di mana data yang diperoleh pada tahun 2010
menunjukkan jumlah golongan lelaki dan perempuan masing-masing ialah
116 875 ribu penduduk dan 116 601 ribu penduduk (Projeksi Penduduk
Indonesia, 2000-2010).
TANZANIA
Pada pertengahan tahun 1995, penduduk Tanzania adalah seramai 29,753 ribu. Kadar
pertumbuhan penduduk pada tahun ini adalah sebanyak 2.6 % dengan kadar kesuburan bagi
8

seorang wanita ialah 6.2 %. Kadar kelahiran pada tahun ini ialah sebanyak 44 per seribu
penduduk. Jadi, kelahiran yang dicatatkan pada tahun 1995 adalah sebanyak 1318 ribu kelahiran.
Purata umur bagi seorang penduduk pula dianggarkan 47 tahun. Kadar kematian adalah
sebanyak 105 bagi setiap seribu kelahiran. Kadar kematian bagi seribu penduduk adalah
sebanyak 16 kes bagi setiap seribu penduduk. Bagi keseluruhan tahun berkenaan pula, kadar
kematian yang dicatatkan adalah sebanyak 491 ribu.
Bagi tahun 2000, penduduk Tanzania adalah seramai 33,712 ribu. Kadar pertumbuhan
penduduk pada tahun ini adalah sebanyak 2.7 % dengan kadar kesuburan bagi seorang wanita
ialah 5.7 %. Ianya menurun sebanyak 0.5 % berbanding lima tahun sebelumnya. Ini adalah
disebabkan wanita di Tanzania tidak mengambil pemakanan yang berkhasiat. Kadar kelahiran
pada tahun ini ialah sebanyak 41 per seribu penduduk sedikit menurun iaitu sebanyak 3 kelahiran
berbanding tahun 1995. Namun , kelahiran yang dicatatkan pada tahun 2000 meningkat sebanyak
78 kelahiran berbanding tahun 1995 iaitu sebanyak 1396 ribu kelahiran bagi tahun berkenaan.
Purata umur bagi seorang penduduk pula sedikit menurun iaitu dianggarkan 46 tahun. Kadar
kematian adalah sebanyak 82 bagi setiap seribu kelahiran. Untuk setiap seribu penduduk pula,
kadar kematian yang dicatatkan pada tahun berkenaan ialah 16 kematian. Bagi keseluruhan tahun
berkenaan pula, kadar kematian yang dicatatkan adalah sebanyak 491 ribu.
Bagi tahun 2005, penduduk Tanzania adalah seramai 37,771 ribu. Kadar pertumbuhan
penduduk pada tahun ini adalah sebanyak 2.1 % menurun sebanyak 0.6 % berbanding lima tahun
sebelumnya dengan kadar kesuburan bagi seorang wanita ialah 5.1 %. Ianya menurun sebanyak
0.6 % berbanding tahun 2000. Hal yang sama masih berlaku apabila ramai kaum wanita di
Tanzania masih belum mendapat makanan yang berzat secukupnya. Kadar kelahiran pada tahun
ini ialah sebanyak 38 per seribu penduduk sedikit menurun iaitu sebanyak tiga kelahiran
9

berbanding tahun 2000. Namun , kelahiran yang dicatatkan pada tahun 2005 meningkat sebanyak
25 kelahiran berbanding tahun 2000 iaitu sebanyak 1421 ribu kelahiran bagi tahun berkenaan.
Purata umur bagi seorang penduduk pula sedikit meningkat iaitu dianggarkan 49 tahun. Kadar
kematian adalah sebanyak 74 bagi setiap seribu kelahiran. Untuk setiap seribu penduduk pula,
kadar kematian yang dicatatkan pada tahun berkenaan ialah sebanyak 15 kematian. Bagi
keseluruhan tahun berkenaan pula, kadar kematian yang dicatatkan adalah sebanyak 550 ribu.
Bagi tahun 2010, penduduk Tanzania adalah seramai 41,893 ribu. Kadar pertumbuhan
penduduk pada tahun ini adalah sebanyak 2.0 % menurun sebanyak 0.1 % berbanding lima tahun
sebelumnya dengan kadar kesuburan bagi seorang wanita ialah 4.3 %. Ianya menurun sebanyak
0.8 % berbanding tahun 2005. Kadar kelahiran pada tahun ini ialah sebanyak 33 per seribu
penduduk sedikit menurun iaitu sebanyak 5 kelahiran berbanding tahun 2005. Namun, kelahiran
yang dicatatkan pada tahun 2010 menurun sebanyak 20 kelahiran berbanding tahun 2005 iaitu
sebanyak 1401 ribu kelahiran bagi tahun berkenaan. Purata umur bagi seorang penduduk pula
sedikit meningkat iaitu dianggarkan 52 tahun. Kadar kematian adalah sebanyak 68 bagi setiap
seribu kelahiran. Untuk setiap seribu penduduk pula, kadar kematian yang dicatatkan pada tahun
berkenaan ialah 12 kematian. Bagi keseluruhan tahun berkenaan pula, kadar kematian yang
dicatatkan adalah sebanyak 516 ribu. Bilangan ini menurun berbanding lima tahun sebelumnya
iaitu sebanyak 34 ribu kematian.
Analisis piramid penduduk bagi negara Tanzania
Tanzania memiliki graf penduduk yang bercorak progresif di mana memiliki tapak yang
lebar, bahagian tengah yang melengkung dan puncak yang tirus. Graf berbentuk ini dapat dilihat
dalam keempat-empat tahun iaitu tahun 1995, 2000, 2005, dan 2010. Tiada perubahan yang

10

ketara dapat dilihat berdasarkan kempat-empat graf tersebut. Namun, jumlah penduduk Tanzania
menunjukkan peningkatan bagi keempat-empat tahun tersebut. Pada tahun 1995, jumlah
penduduk Tanzania adalah sebanyak 29.7 juta orang. Jumlah ini terus meningkat kepada 33.7
juta penduduk pada tahun 2000 dan terus menunjukkan pertambahan sebanyak

37.7 juta

penduduk untuk tahun 2005. Bagi tahun 2010, jumlah penduduk Tanzania yang dicatatkan ialah
sebanyak 41.8 juta penduduk meningkat sebanyak 4.5 juta penduduk berbanding lima tahun
sebelumnya.
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan negara Tanzania memiliki graf berbentuk
progresif ini bagi keempat-empat tahun berkenaan. Tapak yang lebar menunjukkan kadar
kelahiran yang tinggi. Ini disebabkan oleh kegagalan perancangan keluarga, perkahwinan pada
usia muda dan keperluan terhadap tenaga buruh. Kebanyakan keluarga di Tanzania memiliki
anak yang ramai iaitu tidak kurang lima orang anak. Malah, kebanyakan penduduk Tanzania
akan berkahwin dalam usia muda iaitu dalam lingkungan umur 16 hingga 22 tahun. Ini turut
mempengaruhi bilangan anak yang akan dimiliki kerana kadar kesuburan wanita pada waktu ini
adalah tinggi.
Golongan penduduk muda iaitu dalam lingkungan umur 5 hingga 14 tahun juga tinggi.
Namun, penurunan bilangan penduduk berlaku bagi golongan dewasa yang produktif. Antara
penyebab berlakunya keadaan ini ialah jangkitan HIV/AIDS. Tanzania merupakan antara negara
yang mempunyai penghidap virus maut ini yang tinggi dalam kalangan golongan dewasanya. Ini
seterusnya menyebabkan pengurangan bilangan penduduknya bermula dari lingkungan umur 20
hingga 40 tahun. Selain daripada faktor HIV/AIDS, kurangnya kemudahan kesihatan dan
perubatan juga menyebabkan golongan dewasa produktif ini semakin berkurangan. Ini turut

11

dipengaruhi oleh amalan penjagaan pemakanan, kesihatan, dan kesejahteraan hidup yang masih
di tahap yang rendah.
Puncak yang tirus pula menunjukkan golongan tua yang sedikit. Ini adalah disebabkan
kurang kemudahan kesihatan dan perubatan moden yang boleh membantu memanjangkan umur
penduduk Tanzania selain daripada kurangnya makanan yang berkhasiat.

BRAZIL
Analisis penduduk di negara Brazil dibuat pada tahun 1995, 2000, 2005, dan 2010. Jumlah
penduduk bagi tiap-tiap tahun di negara ini meningkat dari semasa ke semasa. Pada tahun 1995,
jumlah penduduk di Brazil adalah sebanyak 163 544 ribu orang dan telah meningkat kepada 176
320 ribu orang pada tahun 2000. Manakala pada tahun 2005 dan 2010, jumlah penduduk
meningkat lagi kepada 188 993 ribu orang dan 201 103 ribu orang. Walau bagaimanapun, kadar

12

pertumbuhan penduduk dari segi peratusan menunjukkan penurunan dari tahun ke tahun. Pada
tahun 1995, kadar pertumbuhan penduduk adalah sebanyak 1.6%. Peratusan ini kemudiannya
menurun pada tahun 2000, 2005, dan 2010 menjadi 1.4%, 1.3%, dan 1.2% . Hal ini terjadi
disebabkan oleh faktor kejayaan dalam perancangan keluarga. Contohnya seperti penggunaan pil
perancang, teknik IUD, dan penjarakkan kelahiran. Tahap pendidikan rakyat di negara tersebut
juga semakin berkembang.
Pada tahun 1995, bilangan kelahiran di Brazil adalah sebanyak 3 588 ribu orang.
Bilangan ini meningkat pada tahun 2000 dan 2005 menjadi 3 687 ribu orang dan 3 710 ribu
orang. Walau bagaimanapun, pada tahun 2010, bilangan kelahiran menurun kepada 3 642 ribu
orang. Hal ini terjadi kerana kadar kesuburan bagi setiap wanita di Brazil semakin menurun iaitu
dari 2.5 pada tahun 1995 menurun menjadi 2.2 pada tahun 2010. Penurunan kadar kesuburan ini
terjadi kerana semakin ramai wanita di Brazil yang berkahwin pada usia yang lewat. Mereka
kebanyakannya mula menceburkan diri dalam sesuatu pekerjaan dan mulai komited terhadap
pekerjaan tersebut.
Kadar kematian di negara Brazil menunjukkan peningkatan yang sekata dari tahun 1995
sehingga tahun 2010. Pada tahun 1995, kadar kematian adalah sebanyak 1 037 ribu orang.
Jumlah ini kemudiannya meningkat pada tahun 2000, 2005, dan 2010 iaitu peningkatan kepada 1
123 ribu orang, 1 202 ribu orang, dan 1 277 ribu orang.
Dari segi migrasi yang terjadi di dalam negara Brazil pula, kadar migrasi keluar yang
dilakukan oleh penduduk Brazil dari tahun 1995, 2000, 2005, dan 2010 adalah -0. Manakala bagi
migrasi masuk, jumlahnya adalah tidak konsisten. Pada tahun 1995, migrasi masuk adalah
sebanyak

-13 ribu orang dan meningkat kepada -12 ribu orang pada tahun 2005. Walau

13

bagaimanapun, pada tahun 2005 dan 2010, migrasi masuk menurun lagi kepada -17 ribu orang
dan -18 ribu orang. Simbol negatif yang terdapat di dalam data menerangkan bahawa tiada
migrasi keluar dan masuk yang berlaku di negara Brazil bagi tahun 1995, 2000, 2005 dan 2010.
Analisis piramid penduduk bagi negara Brazil
Piramid penduduk Brazil bagi tahun terpilih dari tahun 1995 hingga tahun 2010, negara ini
mempunyai piramid progresif yang selalunya dialami oleh negara mundur atau negara sedang
membangun. Piramid penduduk Brazil menunjukkan bahawa komposisi penduduk
mengikut had umur dan jantina berlaku perubahan dalam tempoh masa
tersebut.
Jika dilihat piramid penduduk Brazil dari tahun 1995 hingga tahun
2010, tapak piramid yang lebar menunjukkan kadar kelahiran yang tinggi.
Namun begitu, kadar kelahiran pada tahun 1995 adalah sedikit berbanding
dengan kadar kelahiran pada tahun 2000, 2005 dan 2010. Puncak piramid
penduduk Brazil yang tajam menggambarkan bahawa jangkaan hidup
penduduk di negara Brazil rendah. Hal ini disebabkan oleh kadar kematian
dalam kalangan penduduk tua tinggi. Faktor kadar kematian penduduk Brazil
tinggi terutamanya dalam kalangan penduduk tua adalah kurangnya
kemudahan perubatan yang menyebabkan ramai orang mati kerana
menghidap penyakit yang boleh membawa penyakit seperti malaria, taun
dan kepialu.

14

Dari segi komposisi umur, golongan muda yang berumur kurang


daripada 20 tahun adalah ramai jika dibandingkan dengan golongan dewasa
dan tua. Keadaan ini menunjukkan bahawa bilangan penduduk dewasa dan
penduduk muda tidak seimbang. Hal ini menyebabkan penduduk dewasa
perlu aktif kerana mereka terpaksa menanggung anak-anak mereka yang
ramai. Jika dibandingkan piramid penduduk Brazil bagi tahun 2000 dan 2010,
ia menunjukkan bahawa jumlah golongan dewasa yang berumur antara 20
tahun hingga 49 tahun semakin bertambah. Hal ini menunjukkan bahawa
golongan dewasa semakin ramai dan mereka dapat mengurangkan beban
golongan tua.
Dari segi jantina, pada tahun 1995, 2005 dan 2010, komposisi jantina
antara lelaki dan perempuan bagi penduduk Brazil adalah hampir sama.
Namun begitu, pada tahun 2000, komposisi jantina antara lelaki dan
perempuan adalah berbeza sedikit terutamanya golongan yang berumur
kurang daripada 20 tahun. Hal ini kerana golongan lelaki adalah lebih ramai
berbanding dengan golongan perempuan iaitu masing-masing 35 238 363
penduduk dan 33 999 497 penduduk.

15

3.0 PENUTUP
United Kingdom merupakan salah satu negara yang sedang membangun dan telah
mencapai kemajuan dalam era globalisasi masa kini. Manakala Indonesia dan Brazil merupakan
sebuah negara yang sedang membangun. Berbeza pula dengan Tanzania yang merupakan sebuah
negara yang masih mundur. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak pentadbiran masingmasing untuk memajukan negara mereka setanding dengan negara maju yang lain.
Dalam membangunkan sesebuah negara, penduduk memainkan peranan yang penting
kerana penduduk merupakan aset terpenting dalam sesebuah negara, tidak kira negara tersebut
adalah negara mundur, sedang membangun atau telah mencapai kemajuan. Negara yang
mengalami pertumbuhan penduduk yang pesat tidak akan mengalami masalah dalam
menyediakan tenaga kerja. Kadar kesuburan wanita yang tinggi juga akan menyebabkan
pertumbuhan penduduk semakin meningkat. Kemudahan infrastuktur dan peranan pihak kerajaan
dalam pentadbiran akan menyebabkan rakyat selesa untuk tinggal di negara yang diduduki dan
sukar untuk melakukan migrasi keluar.

16

BIBLIOGRAFI
Data Penduduk bagi Negara United Kingdom, Brazil, Indonesia, Tanzania. Diperoleh pada 10
Mac 2011 daripada : http://www.census.gov/ipc/www/idb/informationGateway.php
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pertumbuhan Penduduk. Diperoleh pada 14 Mac 2011
daripada http://www.scribd.com/doc/13898110/A-Fm
Frank Furedi (2003). Population and Development : A Critical Introduction. United Kingdom.
Julie Jetteries. The UK Population : Past, Present and Future. Diperoleh pada 13 Mac 2011
daripada www.statistics.gov.uk.
UK of Great Britian & Northen Ireland. Diperoleh pada 14 Mac 2011 daripada www.UN.ORG.

17

Você também pode gostar