Você está na página 1de 3

SUBJEK

: GGGE6563 STRATEGI PENGAJARAN


PENSYARAH : PROF.DR.SAEMAH BINTI RAHMAN
NAMA
MATRIK

: NORAZELI BINTI ALI @ YUSOF


: GP03096

AKTIVITI 6 (Secara individu):


1) Satu perkara penting yang telah anda pelajari hari ini.
2) Satu soalan yang anda masih ada tentang merekabentuk PnP yang sejajar secara konstruktif
3) Satu tindakan yang akan anda kongsi dengan rakan guru lain di sekolah anda berkaitan
dengan apa yang telah anda pelajar mengenai CA dalam kelas ini

Jawapan aktiviti 6
1) Satu perkara penting yang telah anda pelajari hari ini.
a) Perkara penting yang saya pelajari adalah mengetahui strategi pengajaran iaitu makna
konsep penjajaran konstruktif(CA) yang digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran(PnP) yang melibatkan dua pihak guru dan pelajar. Strategi pengajaran
ini adalah belajar secara berpusat dalam kaedah strategi penyelesaian masalah,
heuristik,

perbincangan,

persoalan,

bermain,

simulasi,

main

peranan

dan

sumbangsaran. (TLA)
b) Konsep ini mendorong saya, belajar membina interaksi dengan pelajar lain melalui
pengetahuan dan kemahiran serta pengalaman yang sedia ada yang mendorong pelajar
aktif membina pengetahuan secara aktif oleh pelajar sendiri melalui proses
perbincangan dan pendapat hasil pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran
terbaru. Disini saya melihat peranan guru mengurus dan membantu pelajar berfikir
untuk membina konsep pengetahuan dan membandingkan informasi baru dengan
kefahaman

melalui bahan-bahan dan situasi yang diberikan kepada pelajar agar

mampu memyelesai masalah yang diberi .Antaranya peranan guru dan pelajar seperti
berikut:
1) Peranan pelajar:
i)
Saya berani megemukakan pendapat terhadap perbincangan tersebut
ii)
Saya berkongsi pengetahuan dan idea dengan rakan-rakan yang lain
iii)
Saya mampu mengaplikasikan idea baru dalam konteks yang berbeza
iv)
Saya mendengar semua pendapat dan pandangan rakan-rakan dihormati
v)

malah tidak memandang rendah kebolehann rakan-rakan yang lain.


Saya melihat hubungkait idea lama dalam membina idea baru dalam
menyelesai masalah.

2) Peranan guru :
i)
Guru menyediakan bahan-bahan topik yang sesuai untuk dibincangan
ii)

dengan pelajar.
Guru tidak terus membincang topik yang disediakan

iii)

Guru memberi masa pelajar untuk membaca, berfikir dan menulis

iv)

pendapat masing melalui pembahagian kumpulan A,B dan C.


Guru mempersoalkan soalan-soalan yang boleh mencetuskan idea pelajar

v)
vi)

dalam membina dan menyelesaikan masalah tersebut.


Guru boleh melihat kemampuan, kebolehan dan minat pelajar
Guru membantu pelajar berinteraksi bertukar idea dan pendapat
menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran begitu menyeronokan
dan tidak membosankan.

SIMBOL
MAKNA
CA
Constructive Alignment
TLA
choosing teaching/learning activities
ILO
Intended learning outcomes
AT
Assessments Tasks

MAKNA DAN FUNGSI


Konsep Penjajaran Konstruktif
Memilih aktiviti pengajaran/pembelajaran
Hasilan Pembelajaran yang diharapkan
Tugasan,latihan,exam,kuiz,projek dan lainlain kefahaman pelajar menguasai

2) Satu soalan yang anda masih ada tentang merekabentuk PnP yang sejajar secara
konstruktif
a) Bagaimana guru merekabentuk PnP melalui kriteria dan kaedah penilaian untuk
mengenal pasti prestasi pelajar melalui konsep penjajaran konstruktif(CA) dalam
pengajaran dan pembelajaran (PnP).Persoalannya kerana pelajar mempunyai tahap
pengetahuan yang berbeza mengikut prestasi pencapaian . Adakah penilaian guru
membantu membina penilaian mengikut tahap dan kemahiran melalui Assessments
Tasks (T.A)

3) Satu tindakan yang akan anda kongsi dengan rakan guru lain di sekolah anda
berkaitan dengan apa yang telah anda pelajar mengenai CA dalam kelas ini.
a) Pertama, perkara yang boleh saya berkongsi idea dengan guru lain melalui konsep
penjajaran konstruktif (CA) adalah kaedah pengajaran dan pembelajaran

yang

berpusat melibatkan semua pelajar dengan membahagikan beberapa kumpulan yang


kecil untuk membuat satu aktiviti dengan situasi yang sama. Melalui aktiviti hands-

on dan minds on yang memberi peluang pelajar bermain melalui situasi dan bahan
yang diberikan oleh guru. Maka dengan cara ini semua pelajar akan terlibat dalam
PnP.
b) Kedua kepentingan (CA), guru mampu menilai kebolehan dan kemahiran pelajar
melalui perbincangan, cadangan dan pendapat dengan membina idea baru yang
kreatif. Contohnya melalui kaedah sumbangsaran yang digunakan mampu menambah
minat pelajar dengan menggunakan 5W (What,Why,Who,Where,When,How)
c) Ketiga melalui keadah soajawab Assessments Tasks (AT) dapat dilaksanakan kerana
guru boleh memilih aktiviti yang sesuai kepada pelajar mengikut tahap kebolehan
pelajar contohnya membuat aktiviti kuiz
d) Keempat guru ada peluang menjadi fasilitator kepada pelajar untuk membina
persoalan dan membuka ruang kepada pelajar dalam penyelesaian masalah hasil
pembelajaran (ILO) yang dilihat melalui konsep 6E/6P iaitu :
6E
excite
explore
explain
extend
exchange
examine

6P
Proses pembelajaran yang menyeronokkan
Penerokaan pelbagai cara untuk mencari bahan maklumat
Penerangan terhadap topik yang dibincangkan
Pencetus idea dan tokok tambah idea serta pelbagai pendapat
Perubahan dalam membina idea dan pendapat bersama rakan-rakan
Penilaian terhadap kefahaman pelajar dari hasil pembelajaran guru

e) Kelima kaedah projek guru boleh merekabentuk (CA) melibatkan persekitaran


sekolah untuk membuat situasi yang mudah pelajar faham dalam pengajaran dan
perbelajaran dengan mengambil contoh pokok bunga dimana pelajar mengetahui
bentuk,warna dan corak. Pengalaman ini boleh membantu guru dalam membuat
(TA).Contonya melalui eksperimen hasil daripada pemerhatian pokok bunga yang
ditanam.
f) Keenam melalui kaedah simulasi, guru mampu melahirkan suasana bilik darjah yang

harmonis kerana guru tidak lagi memberi penerangan tetapi pelajar yang akan
memainkan peranan dalam meyelesaikan masalah dengan topik yang diberi melalui
pengetahuan sedia ada. contohnya aktiviti lakonan secara spontan.

Você também pode gostar