Você está na página 1de 3

Apa Itu Sejarah?

Menurut Kamus Dewan


Sejarah ialah peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa lampau.

Menurut pandangan tokoh:


a) Ibn Khaldun - Sejarah membincangkan tentang masyarakat manusia, atau
peradaban manusia, tentang perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu
b) Muhd. Yusof Ibrahim - Sejarah merupakan catatan ataupun rekod
mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu
c) Herodotus - Penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab
mereka melakukannya
Dua sumber untuk mengkaji sejarah
I. Sumber pertama
a)
b)
c)
d)

fosil - tinggalan haiwan atau tumbuhan dari zaman lampau


manuskrip - naskhah tulisan tangan
artifak - barang tinggalan yang dicipta oleh manusia pada zaman lampau
batu bersurat

II. Sumber kedua


a)
b)
c)
d)
e)

buku
majalah
surat khabar
risalah
ensiklopedia

Tiga kaedah utama untuk mendapatkan maklumat sejarah


I. Kaedah lisan - Kaedah temu bual dengan individu tertentu sama ada tokoh sejarah
atau orang awam.
II. Kaedah bertulis - Kajian sejarah yang dibuat berdasarkan bahan bertulis atau
bercetak seperti buku, majalah dan surat khabar.

III. Kaedah arkeologi - Kajian terhadap tinggalan purba seperti artifak, fosil atau
manuskrip yang belum dicetak.
Kronologi
1. Setiap peristiwa sejarah perlu dikaji mengikut urutan masa yang dinamakan sebagai
kronologi.
2. Kronologi bermaksud susunan peristiwa menurut masa berlakunya peristiwa
tersebut
Kronologi masa

Dekad - Satu dekad bersamaan dengan 10 tahun.

Abad - Satu abad/ kurun bersamaan dengan 100 tahun.

Alaf - Satu alaf bersamaan dengan 1 000 tahun

Era - jangka masa tertentu (yang lama dalam sejarah)


1 abad = 10 tahun
1 abad/ kurun = 100 tahun
1 alaf = 1000 tahun
3. Konsep masa dalam sejarah juga dilihat mengikut zaman, iaitu:
I. Zaman Sebelum Masihi(SM) - Zaman sebelum kelahiran Nabi Isa
II. Zaman Masihi(M) - Zaman selepas kelahiran Nabi Isa
III. Tahun Hijrah - Tarikh yang dikira mulai tarikh hijrah Nabi Muhammad SAW dari
Mekah ke Madinah

Tinggalan sejarah yang terdapat di Muzium Negara

Gendang Dongson

Tengkorak Homo sapien sapien

Manuskrip Sejarah Melayu

Lukisan batu di dinding Gua Niah, Sarawak

Pemukul kulit kayu

Tulang mawas

Tembikar

Tapak arkeologi

Bahan sejarah terdapat di tempat bersejarah

Bukit Tengkorak, Sabah

Gua Niah, Sarawak

Lembah Bujang, Kedah

Kota A Famosa, Melaka

Kota Belanda, Melaka

Kota Margherita, Sarawak

Você também pode gostar