Você está na página 1de 6

ANAK ELOK DIDIDIK UTAMA KESELAMATAN  

Ketika saya berada di Bangkok, Thailand baru-baru ini, saya terbaca satu berita di
muka depan akhbar Bangkok Post bertarikh 12 Januari bertajuk “Jumlah kanak-
kanak hilang semakin meningkat”. Berita mengenai kanak-kanak hilang
mendatangkan kesengsaraan kepada keluarga yang mengalami masalah itu.

Berita dari Bangkok itu disiarkan pada waktu sama dengan berita oleh media di
Malaysia yang membuat liputan meluas mengenai kehilangan seorang lagi kanak-
kanak iaitu Sharlinie Mohd Nashar, 5, yang hilang ketika bermain di taman
permainan kanak-kanak yang jaraknya hanya 200 meter dari rumahnya di Taman
Medan, Petaling Jaya.

Kejadian kehilangan kanak-kanak yang kian meningkat di kedua-dua negara


Thailand dan Malaysia tidak mungkin kejadian yang berlaku secara kebetulan.
Perkara ini patut dikaji secara mendalam oleh pihak berkuasa mengenai
kemungkinan wujudnya sindiket terhadap penculikan kanak-kanak.

Mereka juga perlu melihat kemungkinan wujudnya fidofil (orang yang suka
melakukan seks dengan kanak-kanak) dan menjadikan kanak-kanak sebagai
mangsa kepuasan seks mereka.

Beberapa kejadian kehilangan kanak-kanak di persekitaran kawasan perumahan


sepatutnya menyebabkan kita lebih agresif menangani isu keselamatan anak yang
semakin buruk.

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) mendapati polis sedang


melakukan pencarian secara besar-besaran terhadap Shralinie. Kami meminta
sesiapa yang menyaksikan kejadian penculikan itu tampil ke hadapan untuk
membantu polis menangkap orang yang disyaki.

Seluruh rakyat Malaysia, tidak kira apa bangsa pun, tidak mungkin tidak prihatin
mengenai kehilangan kanak-kanak ini. Pembunuhan kejam kanak-kanak tidak
berdosa seperti Nurin Jazlin Jazimin amat menyentuh perasaan.

Sudah sampai masanya untuk semua rakyat Malaysia termasuk agensi penguat
kuasa undang-undang, pertubuhan sukarela, ibu bapa dan orang awam bekerjasama
dengan satu matlamat iaitu menangani isu keselamatan kanak-kanak.

Tidak ada satu perkara lain yang lebih penting daripada usaha melindungi anak
yang menjadi aset negara paling berharga.

Semua rakyat hendaklah komited memberikan perlindungan terhadap kanak-kanak,


memberikan penjagaan lebih baik dan mencegah penderaan dan pengabaian.

Belas kasihan bermula dari rumah, justeru ibu bapa hendaklah memberikan
komitmen lebih besar terhadap tanggungjawab mereka untuk menjaga keselamatan
anak.

Ibu bapa perlu memberikan perhatian lebih teliti terhadap anak tidak kira di mana
mereka berada terutama ketika di luar  rumah, di taman permainan, di pasar atau di
mana saja.

Ibu bapa juga perlu berusaha secara berterusan mendidik anak supaya lebih
berhati-hati, tidak melayan orang yang tidak dikenali, dan berhati-hati ketika
berada di mana saja. Mereka hendaklah mendidik anak supaya bersikap prihatin
terhadap keselamatan diri dan cara menghadapi keadaan berbahaya.

Selain daripada ibu bapa, pihak sekolah juga boleh memainkan peranan yang
penting untuk mendidik kanak-kanak sekolah supaya lebih mengutamakan
keselamatan.

Mungkin amat sesuai dan tepat pada masanya untuk Menteri Pelajaran
memperkenalkan satu Program Khas Keselamatan Kanak-kanak iaitu kanak-kanak
sekolah diajar pengetahuan mengenai keselamatan dan bagaimana untuk menjaga
keselamatan diri.

Saya juga ingin mencadangkan pembentukan Pasukan Pemerhati Kanak-kanak


(Child Watch) daripada kakitangan kerajaan dan bukan kerajaan yang boleh
memberikan perhatian terhadap keselamatan kanak-kanak serta bekerjasama
dengan agensi penguatkuasa undang-undang untuk melindungi kanak-kanak.

Satu sistem mengesan penjenayah terhadap kanak-kanak perlu diwujudkan supaya


penjenayah ini dapat dihadapkan ke muka pengadilan. Hukuman setimpal dengan
kesalahan mereka perlu dilaksanakan.

Usaha menjadikan tempat awam lebih selamat, terutama kepada kanak-kanak,


hendaklah dilakukan secara aktif dengan pembabitan sepenuhnya oleh badan
penguat kuasa undang-undang, badan bukan kerajaan dan masyarakat
keseluruhannya.

TAN SRI LEE LAM THYE,


Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF)
 
 
     
© Copyright 2003 - 2010 Malaysia Crime Prevention Foundation (MCPF). All rights Reserver.
SURAT

21 HB JANUARI 2008

TERAS sangat prihatin terhadap persoalan keselamatan


kanak-kanak di negara ini.

Kes-kes penderaan kanak-kanak serta perlakuan jenayah ke


atas kanak-kanak menunjukkan adanya perkembangan yang
sangat mengkhuatirkan terhadap keselamatan sosial di
Malaysia.

Sementara kekejaman yang mengerikan terhadap kanak-


kanak menaikkan kemarahan masyarakat disegenap peringkat
, akan tetapi keselamatan kanak-kanak nampaknya semakin
tidak terjanmin dan sudah menjadi isu yang kian
mencemaskan.

Penculikan , perkosaan , penderaan dan pembunuhan bukan


sahaja berlaku di luar rumah malah sudah mula berlaku dalam
rumahtangga di mana kanak-kanak seharusnya mendapat
perlindungan yang sepatutnya.

Soalnya pihak keselamatan hanya mampu bertindak selepas sesuatu insiden jenayah berlaku
ke atas kanak-kanak . Namun masyarakat tidak dapat membendung jenayah yang semakin
menjadi fenomena yang menakutkan ini.

Kami ingin menarik perhatian kepada semua pihak yang kini berdebar menunggu berita
mengenai pembunuh Nurin dan kehilangan Sharlinie . Bahawa semua pihak hendaklah
merenung secara mendalam kenapakah dan apa punca jenayah terhadap kanak-kanak sudah
mula berleluasa di negara ini.

Apakah masyarakat Malaysia sudah kehilangan nilai diri sehingga nyawa kanak-kanak sudah
menjadi begitu murah?. Adakah keruntuhan nilai kemanusiaan kita sudah mencecah tahap
seburuk ini sehingga tidak meletakkan nyawa kanak-kanak sebagai suatu yang sangat
berharga.?

Disamping kelalaian dan kecuaian ibubapa memang boleh diungkit sebagai salah satu punca
masalah ini , namun kita juga tidak boleh mengenepikan keruntuhan nilai kasih-sayang dan
menghargai nyawa kanak-kanak sebagai amanah yang sangat besar kepada sesebuah
masyarakat sedang berkembang dan menjelmakan natijah yang amat
mengerikan.
TERAS mengesa semua pihak jangan meremehkan fenomena jenayah ke atas kanak-kanak
yang sangat merunsingkan ini. Rasa cemas dan tidak selamat kian meningkat sehingga kita
hilang punca bagaimana keselamatan kanak-kanak menjadi semakin tidak terjamin.

Ini belum dilihat dari sudut betapa minda dan emosi kanak-kanak kini sedang terdedah kepada
pelbagai pencerobohan dan keganasan yang membuat jiwa mereka sangat mudah dibentuk
dan dicorak dengan watak yang negatif.

Keghairahan media yang menyiarkan unsur-unsur ganas dan seksual melalui TV , permainan
video , filem serta komik dan majalah juga cukup menambahkan pembentukkan keperibadian
kanak-kanak kepada kerosakkan yang tidak boleh dipandang kecil.

Kami menyeru suatu penelitian yang mendalam dari segi pendidikan nilai sosial dan
perundangan serta pencegahan semua aspek yang negatif dalam masyarakat berkait dengan
keselamatan kanak-kanak hendaklah dilaksanakan segera . Rumusan yang kukuh dan praktikal
untuk menmbenteras jenayah ke atas kanak-kanak hendaklah segera dilancarkan jika kita
mahu negara ini menjadi negara yang selamat untuk generasi tunas buat masa depan .

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden

Pendahuluan
- berita kehilangan kanak-kanak yang disiarkan media massa amat menggusarkan – tindakan
perlu diambil untuk mengatasi masalah ini

Isi-isi
- peranan ibu bapa – mengawasi pergerakan anak-anak mereka
- peranan sekolah – menjadikan sekolah sebagai tempat yang selamat
- peranan taman asuhan kanak-kanak – mengambil langkah-langkah bagi menjamin
keselamatan kanak-kanak
- peranan masyarakat – bersikap prihatin apabila melihat kejadian yang mencurigakan
- peranan polis – mengetatkan kawalan di kawasan tumpuan kanak-kanak
- penguatkuasaan undang-undang – tindakan tegas terhadap penculik dan pembunuh kanak-kanak

Penutup
- semua pihak perlu menggembleng tenaga dalam menangani masalah kehilangan kanak-kanak
PUTRAJAYA, 9 Mac (Bernama) -- Malaysia dan Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM)
bakal berkongsi kepakaran dan kerjasama lebih erat dalam usaha menangani isu
pemerdagangan manusia dengan lebih efektif, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata jalinan kerjasama itu akan dapat diperkukuhkan lagi apabila IOM
menubuhkan cawangan tetapnya di Kuala Lumpur tidak lama lagi.

"Kementerian tiada halangan untuk IOM menubuhkan cawangan tetap itu...kertas cadangan
mengenainya akan dibentangkan kepada kabinet minggu depan selepas mendapat
persetujuan Wisma Putra," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan
dengan Ketua Pengarah IOM William Lacy Swing di sini Selasa.

Hishammuddin berkata kerjasama dengan IOM itu termasuk membantu melatih pegawai
penyiasat dan pendakwa bagi mengendali kes-kes melibatkan pemerdagangan manusia,
penyeludupan orang dan kes berkaitan migrasi.

"Perkongsian kepakaran itu juga dapat memendekkan tempoh proses pembelajaran dan
melaluinya kepakaran pihak-pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia, serta agensi-
agensi berkaitan lain seperti polis marin dapat dipertingkatkan," katanya.

IOM adalah badan bebas yang berpusat di Geneva berperanan dalam soal-soal berhubung
kait dengan migrasi seperti aspek pengurusan, pembangunan dan penempatan semula
sejak 12 tahun lepas.

Pada masa ini pejabat cawangan IOM di Kuala Lumpur menumpang sementara di bangunan
UNCHR di Jalan Bellamy.

IOM mempunyai keanggotaan dari 127 negara, di samping 17 negara pemerhati. Setakat ini
IOM sudah mengendalikan 2,000 projek melibatkan migrasi penduduk dunia.

William berkata pihaknya berhasrat memberikan khidmatnya kepada kerajaan dan rakyat
Malaysia setelah pihaknya berjaya mengadakan kerjasama dengan banyak negara lain di
seluruh dunia.
Malaysia mencatatkan sebanyak 186 kes pemerdagangan manusia dalam tempoh dari 28
Feb 2008 sehingga 7 Feb tahun lepas dan daripada jumlah itu, 154 mangsa adalah wanita,
60 mangsa lelaki dan 17 kanak-kanak. Sebanyak 262 tangkapan direkodkan dalam tempoh
sama.

-- BERNAMA

Você também pode gostar