Você está na página 1de 3

Kuey teow dalam peti sejuk saya masih banyak.

so hari ni cadang nak


masak Char kuey teow Penang. Actually Char kuey teow ni feveret anak2.
Selalu memang tak rajin nak buat sendiri tapi hari ni rajinlah pulak dan
mood pun ok.. biasanya saya beli je kat Simpang Balak sebab kat situ ada
satu gerai Char kue teow yang sedap menjadi pujaan hati kami sekeluarga!!
Dalam sebulan mesti dalam 2 @ 3 kali beli kat situ.
Resepi kat bawah adalah hasil dari surfing kat tenet!! Dan telah di ubahsuai
sikit2 ikut cita rasa saya. Tips nak masak Char kue teow Penang ni api kena
besar lepas tu pergerakan kenalah pantas masa nak masukan bahannya2
tu!! lagi satu kalau nak lebih happeningsudip tu kena hentak2 sikit kat
kuali supaya bising sikit macam diorang selalu buat kat kedai2 tu.
Char kuey teow ni kalau nak sedap siapkan pastenya lebih awal nanti kalau
nak makan barulah di campur dengan kuetiow dan bahan2 lain. kena
masak satu2 baru sedap atau pinggan by pinggan. Maksudnya kat sini kalau
3 orang makan 3 kalilah masak. Char kue tiow memang tak sedap kalau
masak dalam jumlah yg banyak!! Makan pulak mesti kena panas2.. kalau

sejuk kue tiow akan menyerap kuah dan akan menjadi kembang dan tak
sedap dimakan!!!!
Resepi Char Kuey Teow Penang ( sumber asal: dari sini )
Untuk paste

200 gm udang ( lebih pun tak pe!!! )


250 ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sudu besar sos tiram
3 sudu kecil kicap pekat
3 sudu besar kicap manis
1 kiub pati ikan bilis saya tak letak!! takde!!
2 sudu kecil garam ( jika sos tiram masin boleh kurangkan 1 sudu )
1 sudu makan gula

Untuk Kuey teow

200 g kue teow ( @ ambil secekak untuk seorang makan )


1 sudu makan cili kisar
kerang ( tak de saya ganti dengan sotong )
taugeh dan kucai
1 biji telur

Cara penyediaan untuk paste


1. Rebus udang separuh masak. Kemudian asingkan kulit dan kepala udang
tadi. Isi udang diketepikan dulu.
2. Kisar kulit dan kepala udang tadi, bersama air rebusan tadi, tapis dan
ambil stoknya.
3. Campurkan stok udang dengan sos tiram, kicap manis, kicap pekat,
bawang putih, garam gula dan kiub ikan bilis.
4. Reneh bahan paste tadi hingga agak pekat. Sejukkan. Boleh simpan dalam
petisejuk supaya tahan lama.
Cara untuk masak Kuey Teow

1. Tumis cili kisar hingga garing Masukkan 4 sudu besar paste tadi.
2. Masukkan kerang dan udang yang telah direbus tadi.
3. Kemudian masukkkan 1/2 cawan air. Bila kuah mendidih barulah
masuukan kuey teow, kucai dan taugeh.
4. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah di angkat.
** Proses memasak kue teow ni dalam 3-4 minit saja pastikan api kuat dan
pergerakan pantas semasa memasak kuey teow ini!!!. Kalau guna api besar
pergerakan cam kura2 confirm hanguss kue tiow tu!!! hihihi!!!!
*** Char kuey Teow versi saya punya. saya masak paste tu sampai
mendidih jer tak sampai pekat sebab nak cepat makan!! anak2 sume
dah lapar!!! Kemudian saya tumis bawang putih dan cili kisar sampai agak
garing baru saya masukkan agak2 dalam 1 cawan kuah paste tadi, seafood,
taugeh, kucai dan kue teow. last sekali baru pecah kan telur kuah tu kalau
kalau dah kering saya tambah lagi paste tadi!!! Buat basah2 gitu!!!Cepat
betul wat char kuey teow ni tak sampai 15 minit dah siap. kalau paste dah
buat awal 5 minit dah siap!!!

Você também pode gostar