Você está na página 1de 10

SELAWAT MUNJIYYAH

Jika sangat berhajat, eloklah dibaca selawat ini sebelum memulakan doa-doa
yang lain. Kita digalakkan untuk selalu berselawat dan berdoa. Berdoa tidak
semestinya selepas sembahyang sahaja. Terdapat banyak selawat yang boleh
diamalkan dan Selawat Munjiyyah adalah salah satu darinya akan lebih mudah
dimakbulkan Allah SWT.

Ertinya:

"Ya Allah, selawat sejahtera ke atas penghulu kami Nabi Muhammad yang dengan berkat
berselawat

keatasnya

akan

menyelamatkan

kami

daripada

seluruh

kesukaran

dan

kebinasaan dan menyempurnakan semua hajat kami,juga membersihkan dengannya


daripada semua kejahatan dan mengangkat kami dengannya di sisi-Mu setinggi darjat dan
membolehkan kami mencapai tinggi matlamat semua kebajikan ketika hidup juga selepas
mati. Selawat sejahtera juga keatas keluarga, sahabat baginda dan kesejahteraan yang
banyak kepada mereka semua dengan rahmat-Mu wahai Tuhan yang Maha Mengasihani
daripada segala yang mengasihani.

SELAWAT FATIH




TerjemahanNya

Ya Allah, Rahmatilah & berilah kesejahteraan serta berkatilah penghulu


kami Muhammad, pembuka bagi barang apa yang ditutup dan penamat
bagi apa yang telah sudah, penolong bagi yang hak, penunjuk ke arah
jalan yang lurus. Allah berselawat ke atasnya, ahli keluarga & sahabatsahabatnya sebagaimana selayak untuknya sesuai dengan darjat dan
kedudukannya yang tinggi dan besar
Selawat Fatih adalah pembuka atau kata lain merungkaikan kepada perkara-perkara yang sulit dalam
sesuatu urusan. Begitu juga seperti selawat Syifa' sebagai penyembuh kepada penyakit. Selawat Fatih
selalu diamalkan oleh golongan-golongan sufi dan salafus solihin yang hebat-hebat umpamanya
Syeikh Abdul Qadir Jailani. Walaubagaimana pun sebagai hambaNya yang serba serbi kurang dalam
ibadah digalakkan mengamalkan.

Memang ada hadis berkenaan bida'ah. Rasulullah S.A.W bersabda bahawa ulama itu pewaris Nabi.
Tidaklah menjadi kesalahan kalau nak diamalkan kerana ia masih lagi ibadat dan tidak ada pula isi
yang berunsurkan apa-apa yang menentang Al-Quran dan As-Sunnah.

SHALAWAT NARIYAH

Artinya:

"Ya Allah Tuhan Kami, limpahkanlah kesejahteraan dan keselamatan yang sempurna atas
junjungan kami Nabi Muhammad SAW. Semoga terurai dengan berkahnya segala macam
buhulan dilepaskan dari segala kesusahan, ditunaikan segala macam hajat, tercapai segala
keinginan dan khusnul khotimah, dicurahkan rahmat dengan berkah pribadinya yang mulia.
Kesejahteraan dan keselamatan yang sempurnah itu semoga Engkau limpahkan juga
kepada para keluarga dan sahabatnya setiap kedipan mata dan hembusan nafas, bahkan
sebanyak pengetahuan Engkau, Ya Tuhan semesta alam"

Shalawat Nariyah adalah sebuah shalawat yang disusun oleh Sheikh yang satu ini hidup pada zaman
Nabi Muhammad SAW sehingga termasuk salah satu sahabat Nabi SAW. Beliau lebih menumpu bidang
ketauhidan. Shikh Nariyah selalu melihat kerja keras nabi dalam menyampaikan wahyu Allah,
mengajarkan tentang Islam, amal saleh dan akhlaqul karimah sehingga sheikh Nariyah selalu berdoa
kepada Allah SWT memohon keselamatan dan kesejahteraan untuk Nabi SAW. Doa-doa yang
menyertakan nabi biasa disebut shalawat dan sheikh Nariyah adalah salah satu penyusun shalawat
nabi yang disebut Shalawat Nariyah.

SELAWAT TAFRIJIYYAH

Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan
kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan
terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul
Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda.
(Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan
nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam".

Selawat Nariyah disebut juga selawat "Tafrijiyyah" yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika
diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang menginginkan agar
kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan selawat
Nariyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.

SELAWAT SYIFA' PENYEMBUH PENYAKIT.


Selawat syifa adalah salah satu selawat yang sering dikatakan mempunyai pelbagai fadhilat dan
kelebihan dan salah satu daripadanya adalah berkaitan dengan kesihatan dan penyembuhan penyakit.

Walaupun pernah dikatakan selawat ini boleh mendatangkan syirik, tapi ianya berlaku bila selawat ini
disalahertikan dalam penterjemahannya. Menurut Dato Dr. Haron Din, memang terdapat sedikit
kekeliruan sekiranya ianya diterjemahkan terus 'ayat by ayat'. Apa yang penting adalah kita perlu
ingat bahawa segala penyakit dan musibah yang datang semua dari Allah SWT dan penyembuhnya
juga dari ALLAH SWT.

Segala ubat adalah sebagai pengantara atau asbab,dan usaha kita sebagai hambaNYA yang tetap
yakin Allah SWT adalah musabab dan penentu diatas kesembuhan seseorang dan insyaAllah selawat
syifa' juga boleh dijadikan salah satu amalan untuk menyembuhkan penyakit.

SALAWAT SAADAH (KEBAHAGIAAN)

Ertinya:

"YA

ALLAH,

CUCURKANLAH

RAHMAT

KE

ATAS

NABI

MUHAMMAD

SAW,

SEBANYAK

BILANGAN SESUATU YANG ADA DALAM PENGETAHUAN-MU, DENGAN LIMPAHAN RAHMAT


YAG ABADI, SEBAGAIMANA ABADI-NYA KERAJAAN-MU YA ALLAH."

Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan
rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka
ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.

Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu
petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani

Sabda Nabi s.a.w: Sesiapa yg berselawat keatas Nabi s.a.w sekali; Maka Allah akan berselawat
kepadanya seratus kali.(Hr Muslim)

Sabda Nabi s.a.w: "Sesungguhnya Allah swt telah menciptakan malaikat yang memiliki sebuah sayap
di dunia timur dan sebuah sayap lagi di dunia barat, kepalanya di bawah Arasy dan kedua kakinya di
bawah bumi yang ketujuh, padanya ada bulu sebanyak bilangan makhluk Allah swt. Lalu apabila ada
seorang laki-laki atau perempuan dari umatku membaca shalawat kepadaku, memerintahlah Allah swt
kepada malaikat itu untuk menyelam dalam laut dari cahaya di bawah Arasy. Malaikat itu menyelam di
dalamnya kemudian keluar dan mengibaskan sayapnya. Menitislah sebuah titisan dari setiap bulu dan
Allah swt menjadikan dari setiap titisan itu malaikat yang memintakan ampun padanya sampai harl
kiamat".

Sabda Nabi s.a.w: Orang yg lebih baik disisiku di hari kiamat adalah org yg paling banyak selawatnya
kepadaku.(Hr Tirmizi)

Sabda Nabi s.a.w: Hinalah orang yang tidak berselawat kepadaku ketika namuku disebut disisinya.(Hr
Tirmizi)

Sabda Nabi s.a.w: Hari yang terbaik bagi kamu adalah hari jumaat; jadi perbanyakkan selawat pada
hari tersebut. Maka sesungguhnya selawat yg kamu ucapkan akan dibentangkan kepadaku. Para
sahabat bertanya "Bagaimana pula selawat kami dibentangkan kepadamu sedangkan tubuhmu sudah
hancur." Beliau bersabda "Sesungguhnya bumi tidak makan jasad anbiya"(Hr Abu Daud)

FADHILAT SHALAWAT
1. Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali
selesai menunaikan solat fardu.

2. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan
bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

3. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut
yang sakit atau memulas akan sembuh.

4. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan
kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

5. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan
pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

6. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih
dihormati dan dihargai oleh orang lain.

7. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat
mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

8. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti
hasad dengki, dan sebagainya dalam dirinya.

9. Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh
kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

10. Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya
menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

11. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang
diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

12. Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan
dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

13. Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan
pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

14. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak,
Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

15. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya
daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

16.

Amalan

berselawat

secara

teratur

setiap

hari

mampu

membersihkan

kekeruhan

jiwa,

dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

17. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada
gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

18. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta
dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

19. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat
syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

20. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka
amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

21. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari
Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

22. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat
dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

23. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang
mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

24. Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya,
insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

25. Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa
dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

26. Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka
berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

27. Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat
40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

Você também pode gostar