Você está na página 1de 23

HBHE3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

FAKULTI

: PENGAJIAN BAHASA MELAYU

SEMESTER / TAHUN

: JUN / 2015

KOD KURSUS

: HBHE 3203

TAJUK KURSUS

: KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN


PERSEKITARAN

NO.MATRIK

: 650828115006001

NO.KAD PENGENALAN

: 650828115006

NO.TELEFON

: 013-9522528

E-MEL

: falziahmohamad@gmail

PENSYARAH
PUSAT PEMBELAJARAN

: ENCIK SHAHADI BIN ABDUL RAHMAN


: MENTAKAB LEARNING CENTRE

HBHE3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

ISI KANDUNGAN

MUKASURAT

1.0 TEKS CERAMAH

1-5

2.0 PEMANTAUAN KANTIN DAN ANALISIS LAPORAN :

2.1.1 PENDAHULUAN

2.1.2 Laporan Kantin

2.1.3 Keputusan pemantauan dan item yang dinilai


7
1.0

Pengurusan Kantin

2.0

Sebut Harga Kantin

3.0

Surat Menyurat

4.0

Jadual pemantauan

5.0

Laporan Kendiri

7
7
8

6.0

Aduan Kantin dan Fail Keracunan

7.0

Fail Aktiviti Kantin

B) Pemantauan Kesihatan dan Analisis

1.0

Pengurusan kesihatan

2.0

Bebas denggi

3.0

Bilik rawatan

4.0
10

Fail penyakit berjangkit dan 5.0 Fail Penyakit Tidak Berjangkit

6.0

Perkhidmatan kesihatan

7.0

Kes kecemasan

10
10

C ) Cadangan Penambahbaikan Kantin dan Kesihatan


10-11
Kesimpulan
Rujukan

12

HBHE3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Lampiran Bergambar

1.0 TEKS CERAMAH


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh dan salam sejahtera.
Sungguh rendah pohon cemara,
Bergayut kera di balik pohonan;
Lafaz Bismilah pembuka bicara,
Salam sejahtera saya ucapkan.
Terima kasih Puan Pengerusi Majlis. Yang berusaha tuan guru besar,
barisan guru-guru penolong kanan, guru-guru, para ibu bapa, dan
seterusnya murid-murid Sekolah Kebangsaan (Felda) Bukit Puchong yang
dikasihi sekalian. Ucapan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah yang
sudi menjemput saya untuk menyampaikan ceramah berkaitan
Kepentingan Amalan Kebersihan dan Keselamatan Di Sekolah Sempena
hari yang mulia ini, izinkanlah saya untuk memperkatakan maksud yang
tersirat dalam program ini , yakni keceriaan, keselamatan, dan kebersihan
di sekolah dan persekitarannya.
Tuan-tuan, puan-puan serta anak-anak sekalian,
Apakah yang dimaksudkan dengan kebersihan dan keselamatan ?
Bersih bermaksud suci, jauh daripada segala kotoran. Manakala
keselamatan bermaksud suatu keadaan yang selamat daripada segala
kecelakaan dan kemalangan. Berbagai usaha telah dan sedang dilakukan
oleh pihak sekolah, PPD, JPN dan KPM bagi memastikan supaya setiap
sekolah berada dalam keadaan bersih,ceria dan selamat untuk muridmurid. Antaranya ialah , Program keceriaan sekolah yang bertujuan untuk

HBHE3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

mewujudkan sebuah sekolah yang mempunyai persekitaran yang bersih,


ceria, cantik, dan mempunyai kemudahan fizikal yang mencukupi untuk
pelajar iaitu selaras dengan visi kebanyakan sekolah iaitu bagi mencapai
kegemilangan akademik, kokurikulum dan sahsiah warganya yang
berteraskan ilmu, iman dan amal. Amalan kebersihan ialah satu proses
yang bermula dari rumah dan mendapat pengukuhan di sekolah dengan
harapan dapat melahirkan insan yang sentiasa mengamalkan kebersihan
dalam hidup mereka.
1

Antara objektif lain amalan kebersihan ini diamalkan adalah untuk


meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap
kebersihan, keindahan dan keceriaan sekolah, mewujudkan iklim serta
identiti sekolah sebagai institusi yang sihat, bersih, indah dan ceria.
Konsep ini berteraskan kepada lima komponen asas, bagi memastikan
wujudnya suasana persekolahan yang sihat dan selamat iaitu Polisi
Kesihatan Sekolah,Persekitaran Sekolah yang Sihat dan Selamat,
Penglibatan Keluarga dan Komuniti, Kemahiran Kesihatan Diri dan
Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.
Warga dewan yang dihormati sekalian,
Sepertimana yang kita ketahui , pentas terbaik untuk anak-anak kita
menimba ilmu yang tidak ternilai ini ialah sekolah. Sekolah merupakan
platform terbaik seseorang individu mengorak langkah bagi mengisi
mindanya dalam mengatasi segala masalah yang bakal menimpa kelak.
Kerajaan juga menekankan aspek kebersihan kawasan sekolah bagi
kebaikan semua warga sekolah untuk membentuk generasi berpendidikan
pada zaman akan datang yang sihat dan sejahtera. Warga sekolah juga
mestilah berpegang pada slogan yang seringkali disebut iaitu 'sekolahku,
syurgaku' agar dapat menyuntik semangat cinta akan sekolah.
Pembangunan fizikal sesebuah sekolah mestilah seiring dengan
pembangunan persekitaran yang menghijau, ceria, selamat dan sihat.
Sebagai analoginya, sekolah dalam taman merupakan idaman setiap

HBHE3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

manusia supaya alam kita terus dipelihara dan dilestarikan dengan pokok
yang menghijau. Amalan kebersihan ini perlu dilihat dari pelbagai aspek
seperti kebersihan bilik darjah,bilik khas, kantin, tandas, padang dan
sebagainya .Kawasan sekolah yang bersih akan mewujudkan suasana
kondusif kepada para pelajar menimba ilmu tanpa apa-apa masalah. Sikap
pelajar yang menjalankan tugas harian mereka berdasarkan jadual
tugasan untuk membersihkan kelas secara rutin dan bergilir-gilir akan
memastikan bilik darjah sifar sampah. Menurut kajian dan tinjauan yang
dilakukan oleh Agensi Alam Sekitar dalam Laporan Alam Sekitar,
pencemaran sesebuah kawasan sekolah akan melunturkan minat
seseorang pelajar untuk belajar dengan selesa.

Hadirin dan hadirat sekalian,


Kawasan sekolah yang bebas sampah-sarap dapat mengelakkan
penyakit demam denggi daripada merebak. Longkang-longkang sekolah
yang bersih dapat menghindarkan bau busuk manakala semak-samun
yang terurus akan mengatasi haiwan-haiwan yang berbahaya daripada
berkeliaran , contohnya ular, lipan dan kala jengking. Sistem penyaliran
air kumbahan akan memastikan penyakit-penyakit berjangkit tidak
mengancam keselamatan anak murid kita. Alangkah baiknya jika
sekiranya aktiviti bergotong-royong ini dijalankan setiap bulan mengikut
kelas yang berbeza ataupun sebagai hukuman yang berbentuk amal
kepada pelajar yang bermasalah disiplin. Sudah terang lagi bersuluh
bahawa hanya dengan usaha yang bagaikan bukit sama didaki, lurah
sama dituruni akan mewujudkan sekolah yang harmoni, ceria, selamat
dan bersih.
Pelbagai program yang diadakan diperingkat sekolah mahupun
PPD / JPN. Antaranya ialah, pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas,

HBHE3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

membina lanskap dan taman bunga , Pertandingan Tandas Terbersih,


Kantin Ceria, Bilik BOSS Cemerlang, Pertandingan Bilik Pendidikan
Pencegahan Anti Dadah dan sebagainya lagi. Program Sekolah Dalam
Taman wajar diadakan dengan kerjasama PIBG dimana aktiviti menanam
pokok- pokok bunga dan tumbuhan menghijau disekitar kawasan sekolah
bagi melahirkan persekitaran sekolah yang lebih nyaman dan segar
udaranya. Melalui program ini, murid murid juga digalakkan membawa
pokok bunga dari rumah untuk ditanam. Pembinaan pondok- pondok
bacaan disekitarnya akan menarik minat murid untuk membaca pada
masa rehat.
Tuan puan dan hadirin sekalian,
Program program yang berteraskan kepada keceriaan dan
keselamatan sekolah mempunyai banyak kepentingannya. Antaranya,
program ini dapat mengubah budaya warga sekolah dan masyarakat
setempat kepada budaya yang lebih baik apabila kadar ponteng sekolah
menurun, kes vandalisme berkurang dan prestasi akademik meningkat.
Kelas dan sekolah yang ceria dan selamat akan memberi keyakinan
kepada murid- murid untuk hadir ke sekolah. Selain itu, program ini
mampu memberikan ruang kepada para pelajar untuk berinteraksi
sesama mereka melalui kerja-kerja yang dilakukan di luar bilik darjah
seperti menyediakan taman dan landskap di kawasan sekitar sekolah.
3
Melaluinya para pelajar dapat mengenal pasti potensi dan
keupayaan mereka sebagai pemimpin selain membentuk disiplin diri
apabila dilantik mengetuai sesuatu projek.Program ini dapat menjana
keinginan pihak sekolah untuk terus meningkatkan kemajuan sekolah
kerana melalui 3K, mereka berpeluang menilai kedudukan dan pencapaian
sekolah berkenaan. Kerja berpasukan dalam kalangan warga kerja sekolah
dan kepimpinan pengetua telah membuahkan hasil dengan meningkatnya
prestasi kecemerlangan pendidikan di sekolah-sekolah berkenaan.
Terdapat sekolah yang memberi tumpuan kepada aspek keselamatan

HBHE3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

sebagai komponen utama Program 3K. Rasional polisi keselamatan


diperkenalkan ialah untuk memberi pendedahan kepada warga sekolah
mengenai keselamatan fizikal, emosi, sosial dan teknikal.
Tuan- puan yang saya hormati,
Selain kebersihan , keselamatan juga perlu dititikberatkan oleh
semua sekolah memandangkan kini terdapat banyak kes kemalangan
yang membawa kepada kematian di sekolah. Keselamatan di sekolah
lebih kepada pencegahan berlakunya sebarang kes kecederaan dan
kemalangan di semua tempat dalam lingkungan kawasan sekolah seperti
di stor sukan, kantin, dewan, bilik komputer, bilik darjah, asrama, bilik
mandi, tandas, padang dan dapur. Bagi mengelakkan sebarang
kemalangan yang tidak diingini terjadi maka langkah-langkah pencegahan
perlu dirancang, disusun dan dilaksanakan dengan terperinci demi
kebaikan bersama semua warga sekolah. Oleh itu, satu proses prosedur
keselamatan mengenai tatacara penggunaan bilik dan tempat perlu
dibuat .
.Tatacara ini termasuklah dari segi penggunaan secara am, tatacara
penggunaan murid dan tatacara penggunaan guru. Dengan adanya
prosedur ini, pihak pentadbiran dan semua warga sekolah akan
mempunyai komitmen dalam memberi kesedaran terhadap aspek
keselamatan untuk melahirkan iklim sekolah yang kondusif dan selamat.
Tatacara penggunaan boleh didefinisikan sebagai satu prosedur kepada
langkah-langkah keselamatan yang perlu diambilberat oleh semua warga
sekolah bagi memastikan persekitaran sesebuah tempat memberi
keselesaan dan keselamatan untuk menjalankan sebarang aktiviti tanpa
gangguan daripada sebarang musibah. Oleh itu, bagi mewujudkan warga
sekolah yang bahagia, sihat dari mental dan emosi, tatacara penggunaan
tempat perlu dijadikan panduan untuk menjadikan pengurusan prosedur
keselamatan berjalan dengan lancar dan berkesan.
4
Tuan- puan dan para pelajar sekalian,

HBHE3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Selain itu, pihak sekolah wajib melaksanakan program seperti


latihan kecemasan dan kebakaran sekurang- kurangnya 3 kali setahun ,
ceramah kebakaran samada ianya melibatkan pihak swasta mahu pun
pihak Bomba Dan Penyelamat, dalam memastikan semua warga mereka
selamat daripada segala risiko. Seperti yang kita maklum, sekolah adalah
medium terbaik untuk kita tanamkan sikap dan semangat menghargai
dan mencintai alam sekitar kita. Ianya adalah bertujuan untuk generasi
hari ini dan masa depan. Disamping, program program yang dinyatakan
di atas, pihak kerajaan telah mewujudkan perkhidmatan keselamatan
dimana beberapa orang pengawal keselamatan diadakan. Begitu juga
dengan khidmat polis yang diletakkan di beberapa buah sekolah
khususnya disekolah yang berisiko bagi memastikan wrga sekolah
tersebut berada dalam keadaan selamat dan harmoni.
Akhir kata, sebelum saya mengundur diri , izinkan saya menegaskan
bahawa sekolah dan warga sekolah adalah medium terbaik untuk kita
tanamkan sikap dan semangat menghargai dan mencintai sekolah kita.
Oleh itu kita semua bertanggungjawab menjaga kebersihan dan
keselamatan sekolah kita daripada sebarang masalah. Intihannya ,
semua warga sekolah hendaklah bekerjasama untuk menceriakan
sekolah kerana sekolah yang bersih akan menyediakan suasana yang
sangat kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlaku
dengan berkesan . Dalam hal ini guru, pelajar dan kakitangan sekolah
perlu melangkah sederap untuk sentiasa menjaga persekitaran sekolah
supaya bersih , ceria dan selamat. Marilah kita bekerjasama menjalankan
aktiviti keceriaan dan keselamatan langkah-langkah itu untuk
memastikan udara persekitaran kita terjaga.
Kesimpulannya,dengan pelaksanaan langkah-langkah yang
berterusan seperti mengadakan gotong-royong berterusan bukannya
bersifat musim,nescaya kekotoran dan sampah sarap di kawasan sekolah
akan dapat diatasi dan sekolah kita sudah pasti akan bersih dan
pelajarnya pula sihat sejahtera,bak kata pujangga,'Jiwa yang Suci
Terpancar daripada Diri yang Bersih,'.Justeru,marilah kita bersama-sama

HBHE3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

memastikan kawasan sekolah kita sentiasa dalam keadaan bersih dan


sihat. Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian tuan-tuan
dan puan-puan mendengar ceramah ini, dan jika ada sebarang masalah
atau kemusykilan, bolehlah tuan-tuan dan puan-puan kemukakan soalan
selepas ini
Assalammualaikum dan sekian, terima kasih
5

2.0 PEMANTAUAN KANTIN DAN ANALISIS LAPORAN :


2.1.1Pendahuluan:
Kantin merupakan salah satu kemudahan yang disediakan oleh
pihak sekolah sebagai tempat untuk warga sekolah khususnya murid
untuk beristirehat pada waktu rehat. Di sini murid akan mendapatkan
makanan dan minuman yang disediakan dengan harga yang berpatutan.
Pengusaha kantin yang dilantik oleh pihak sekolah harus menyediakan
perkhidmatan yang baik kepada pelanggannya dari kalangan warga
sekolah. Persekitaran kantin yang bersih dan kondusif juga memainkan
peranan penting selain cara penyediaan makanan yang mengikut
prosuder dan speksifikasi yang disarankan oleh pihak sekolah.
2.1.2 Laporan:
Pada hari Selasa, 17 Jun 2015 saya telah membuat pemantauan
ke kantin khususnya di dalam dapur kantin buat kali pertama bagi sesi
persekolahan 2015. Ianya merupakan pemantauan berkala secara
tahunan yang turut dihadiri oleh ketua unit kantin telah mengiringi
pegawai bertugas sepanjang pemantauan dijalankan meliputi kawasan
kantin . Pemantauan yang dijalankan ini bertujuan bagi memastikan
proses penyediaan makanan dilakukan mengikut prosuder yang betul
selain memastikan kebersihan kantin berada di tahap yang memuaskan.
2.1.3 Keputusan pemantauan:
Hasil daripada pemantauan yang dijalankan di dalam kantin, fail
pengurusan kantin serta persekitarannya, didapati semuanya dalam

HBHE3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

keadaan baik dan terkawal. Namun terdapat beberapa perkara yang harus
diambil perhatian bagi memastikan kantin berada dalam keadaan bersih
dan bebas daripada kemungkinan-kemungkinan yang boleh membawa
kemudharatan kepada pelanggan iaitu murid dan kakitangan sekolah.
Berikut adalah item- item yang dinilai;

6
Nilaian Item :
1.0
Pengurusan Kantin
Item 1.4 iaitu bayaran sewa kantin dimana pengusaha kantin perlu
menjelaskan bayaran tersebut mengikut kepada perjanjian iaitu
sebanyak RM200 sebelum atau pada 5 haribulan setiap bulan kepada
pihak sekolah. Namun begitu, daripada pemantauan tersebut, didapati
pengusaha kerap membayar lewat iaitu untuk bulan Mac dan April.
Oleh sebab itu, markah yang diberikan adalah sebanyak 3 markah iaitu
memuaskan. Item lain dibawah pengurusan kantin adalah lengkap.
2.0
Sebut Harga Kantin:
Dibawah item 2.9 iaitu sijil kursus pengendalian makanan pengusaha
dan pengendali juga didapati kurang memuaskan dimana kursus yang
dianjurkan oleh PPD dan Unit Kesihatan Daerah kurang dihadiri oleh
pengusaha. Sehingga pemantauan dijalankan, kursus pengendalian
makanan yang dihadiri adalah sebanyak satu kali sahaja iaitu pada
bulan Mac .Perkara ini tidak seharusnya berlaku memandangkan kursus
tersebut adalah bertujuan menambahkan pengetahuan tentang caracara menguruskan kantin dan penyediaan menu sihat untuk murid.
3.0
Surat Menyurat
Di bawah item ini, ianya melibatkan pemantauan terhadap sistem fail
pengurusan kantin. Item 3.3 yang menunjukkan surat teguran/
peringatan/ bimbingan dan amaran yang perlu diberikan kepada
pengusaha jika terdapat sebarang isu berlaku. Hasil daripada

HBHE3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

pemantauan tersebut, didapati pengusaha kantin tersebut tidak


memakai apron dan penutup kepala ketika menyediakan makanan
kepada murid. Perbuatan tersebut adalah menyalahi peraturan seperti
dalam perjanjian kantin. Sewajarnya pihak Unit HEM sekolah tersebut
mengeluarkan surat peringatan pertama kepada pengusaha kantin
tersebut. Markah yang diperoleh pada item ini ialah 2 iaitu kurang
memuaskan.
4.0
Jadual Pemantauan:
Hasil daripada pemantauan tersebut, item ini tidak menghadapi
sebarang masalah dan memperoleh 4 markah iaitu kategori
baik.Terdapat jadual bertugas guru yang melibatkan AJK Kantin serta
murid dipaparkan pada papan kenyataan di kantin tersebut , begitu
juga dengan wujudnya rekod laporan harian kantin dan RMT.
7

5.0
Laporan Kendiri Kantin;
Item ini merupakan borang kendiri 1 A yang diisi oleh pengusaha
kantin setiap hari manakala borang kendiri kantin 2 pula dilengkapkan
oleh GPK Hem setiap bulan. Hasil daripada pemantauanyang dibuat
didapati markah yang diperoleh adalah sebanyak 4 iaitu berada dalam
kategori baik kerana kedua- dua borang tersebut telah dilengkapkan
mengikut jadual yang ditetapkan.
6.0
Aduan Kantin Dan Fail Keracunan Makanan :
Hasil pemantauan menunjukkan bahawa tidak terdapat sebarang
aduan mengenai kantin samada dari segi kualiti, kuantiti makanan,
harga yang ditawarkan, cara penyediaan makanan daan sebagainya.
Justeru itu, markah yang diperoleh adalah sebanyak 4 markah.Begitu
juga dengan fail keracunan makanan juga memperoleh markah
sebanyak 4 markah iaitu kategori baik kerana tiada sebarang kes
keracunan berlaku sepanjang tempoh perkhidmatan pengusaha
tersebut.

HBHE3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

7.0
Fail Aktiviti Kantin
Bagi item ini markah yang diperoleh adalah sebanyak 0 markah sahaja
iaitu tiada .Ini disebabkan, hasil daripada pemantauan didapati tiada
sebarang aktiviti yang dijalankan oleh unit Kantin sekolah. Sewajarnya,
Unit Kantin perlu mengadakan aktiviti bagi menarik minat murid untuk
datang ke kantin seperti Pertandingan Kantin Terbersih dan sebagainya
lagi.Ini menunjukkan tiada usaha daripada pihak kantin dan juga pihak
sekolah dalam usaha menceriakan kantin mereka.

8
B)

PEMANTAUAN KESIHATAN DAN ANALISIS LAPORAN :

Saya telah menjalankan pemantauan terhadap Unit Kesihatan SK FELDA


Bukit Puchong ,Triang pada 17 Jun 2015. Beberapa aspek pemantauan
telah dinilai dan berikut adalah kategori penilaian tersebut.
1.0 Pengurusan Kesihatan
Sistem fail ini didapati baik iaitu dengan memperoleh markah 3 dimana
semua kriteria yang dinilai di bawah kategori ini adalah memuaskan
kecuali item surat pekeliling berkaitan kesihatan didapati kurang
lengkap.
2.0 Bebas Denggi
Bagi item ini didapati pihak sekolah, markah yang diperoleh ialah 4
iaitu kategori baik dimana aktiviti program bebas denggi dan senarai
semak bulanan membasmi wabak denggi wujud dan laporan sentiasa

HBHE3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

dilengkapkan dan dihantar ke PPD dan Unit Kesihatan Daerah setiap


hujung bulan. Aktiviti membersihkan kawasan sekolah dilakukan secara
berjadual dimana pada setiap hari Rabu ,murid- murid dari Tahun 1
hingga 5 dikehendaki mengutip sampah secara berkumpulan mengikut
kawasan yang ditetapkan dengan pengawasan guru bertugas, guru
kelas dan Setiausaha 3 K.Aktiviti ceramah juga turut diadakan oleh Unit
Kesihatan berkaitan perkara tersebut.
3.0 Bilik Rawatan
Sekolah ini mempunyai bilik rawatan yang cantik dan dilengkapi
dengan peralatan kesihatan, buku rekod penggunaan dan tatacara
penggunaan bilik serta jadual tugas AJK bilik tersebut. Dari segi
keceriaan dan kebersihan bilik rawatan juga menarik dan tersusun
dimana diasingkan buku Rancangan Kesihatan Sekolah Tahun 1 hingga
6.Kad Pemeriksaan Mata dan pelbagai poster kesihatan ditampal
dengan baik.Jadual bertugas juga wujud yang mana ianya melibatkan
guru dan murid yang juga turut dilantik oleh pihak sekolah. Selain itu,
kotak First Aid juga dilengkapi dengan ubat- ubatan yang dibeli oleh
pihak sekolah dan diletakkan dibeberapa buah bilik seperti makmal
Komputer, Makmal Sains, Pejabat, Pra Sekolah. Markah yang diperoleh
daripada item ini ialah 4 iaitu baik.

9
4.0

Fail Penyakit Berjangkit Dan 5.0 Fail Penyakit Tidak

Berjangkit;
Dokumen bagi fail tidak lengkap kerana tidak terdapat senarai nama
murid yang terlibat bagi kedua- dua jenis penyakit tersebut.
6.0 Perkhidmatan Kesihatan
Item ini terdiri daripada jadual imunisasi untuk murid Tahun 1, 6 dan
Tingkatan 1, buku RKS Tahun 1 hingga 6 yang disimpan ditempat yang
dikhaskan iaitu di Bilik Rawatan serta Jadual Lawatan oleh Unit
Kesihatan Daerah disimpan di dalam fail pengurusan dan ditampal

HBHE3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

pada dinding Bilik Rawatan sebagai rujukan.Markah yang diperoleh


bagi item ini ialah 4 iaitu baik.
7.0 Kes Kecemasan
Item ini merujuk kepada kes keracunan makanan ,yang mana setelah
dinilai didapati sekolah ini tidak pernah terlibat dengan kes- kes
tersebut. Begitu juga dengan kes melecur, hysteria, dan gigitan
serangga. Fail Program Susu1 Malaysia ( PSS1M ) wujud di sekolah ini
yang dilengkapi dengan senarai nama murid serta surat persetujuan
menerima susu oleh penjaga. Markah yang diperoleh pada bahagian ini
ialah 4 iaitu baik.
C. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN KANTIN DAN KESIHATAN
SEKOLAH:
Berdasarkan kepada pemarkahan yang diberikan oleh pihak
pemantau, telah menunjukkan bahawa kantin Sekolah Kebangsaan
Felda Bukit Puchong ini berada pada tahap baik sahaja.Ini disebabkan
terdapat beberapa perkara yang perlu dibuat penambahbaikan oleh
pihak sekolah samada dari segi pengurusan sistem fail dan pengurusan
kantin yang lain.
Antara cadangannya ialah mewujudkan kerjasama pihak sekolah
dan PIBG yang erat bagi memastikan keceriaan dan keselamatan di
kantin sentiasa terjamin. Pihak sekolah dibawah Unit Hal Ehwal Murid
perlu membuat pelan strategik bagi memastikan dua unit dibawah
seliaan mereka sentiasa mematuhi kriteria yang telah ditetapkan.
Cadangan kedua , ialah untuk mengatasi masalah bayaran sewa
kantin yang tidak konsisten, pihak sekolah khususnya Unit Hem perlu
mengeluarkan surat amaran kepada pengusaha kantin tersebut.Surat
tersebut bertujuan memberi peringatan kepada pengusaha kantin.
Begitu juga dengan tindakan pengusaha kantin yang memakai pakaian
yang tidak mengikut etika yang ditetapkan, maka surat peringatan
yang sama juga perlu dikeluarkan.
Begitu juga surat peringatan kepada pengusaha kantin yang tidak
hadir kursus yang dianjurkan oleh PPD juga wajar diberikan Kursus
tersebut wajib dihadiri oleh pengusaha kantin bagi menambahkan ilmu
tentang cara pengurusan makanan di kantin dan dapur asrama.Ini

HBHE3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

bertujuan supaya pihak pengusaha kantin sentiasa patuh kepada


arahan yang diberikan berdasarkan kepada perjanjian.
Cadangan seterusnya ialah, dengan menjalin hubungan dengan
badan badan NGO, masyarakat setempat dan belia untuk
menjalankan beberapa aktiviti di sekolah seperti Pertandingan Kantin
Ceria dan Hari Kantin yang mana ianya merupakan satu sarana
ibubapa seperti yang digalakkan oleh KPM. Kerjasama yang erat tidak
semestinya menyumbang kepada tenaga sahaja malahan ianya boleh
dibuat dalam bentuk kewangan dan buah fikiran. Selain dapat
mengeratkan hubungan antara ibubapa dan guru serta PIBG, program
ini diharapkan dapat membantu pihak sekolah dalam mengatasi
masalah disiplin anak- anak mereka.
Peranan panitia pula, iaitu Bahasa , Matematik, Pendidikan Islam,
Sains perlu berganding bahu dalam menceriakan lagi suasana di kantin
sekolah dengan menampal sebarang info berkaitan subjek subjek
tersebut di meja makan murid. Ini bertujuan supaya murid dapat
menambahkan lagi pengetahuan mereka dengan membaca info atau
nota nota tersebut selain dapat mendidik mereka menghargai masa.
Perkara ini bukan sahaja melibatkan Unit Kantin bahkan juga Unit
Kesihatan sekolah. Tampalan segala risalah atau poster berkaitan
kesihatan perlu diletakkan di sekitar kawasan sekolah untuk mendidik
warga sekolah tentang pentingnya menjaga kesihatan diri.
Disamping cadangan- cadangan di atas, pihak sekolah juga boleh
melakukan lawatan penanda aras khusus untuk AJK Unit Kantin dan
Unit kesihatan sekolah beserta Pengusaha dan Pengendali Makanan ke
sekolah sekolah yang terbaik dari segi sistem fail mahu pun keceriaan
kantin dan kesihatan sekolah. Lawatan tersebut bertujuan
menambahkan ilmu dari segi system fail, dokumentasi untuk laporan
serta membuat penambahbaikan bagi meningkatkan prestasi unit
masing- masing.
Selain daripada cadangan cadangan diatas, peranan unit- unit
beruniform dan kelab juga perlu diberi perhatian. Hasil pemantauan
menunjukkan bahawa tidak terdapat sebarang aktiviti kantin seperti

HBHE3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Pertandingan Kantin Bersih dan Hari Kantin di sekolah ini. Justeru itu,
ahli bagi kelab dan badan beruniform tersebut boleh menjalankan
program tersebut .Disamping dapat mengumpul dana bagi kelab
mereka, ianya juga mampu mengeratkan silaturahim antara murid.
11
KESIMPULAN :
Sebagai kesimpulannya, pihak sekolah khususnya Unit Hal Ehwal
Murid perlu sentiasa menyelia dan memantau perjalanan kantin, Unit
3K , Unit Kesihatan dan unit unit lain dibawahnya bagi memastikan
setiap perancangan berjalan dengan lancar. Pemantauan Kantin dan
Kesihatan adalah sangat penting bagi memastikan sebarang kes
keracunan makanan berlaku.Sebarang kes yang melibatkan murid
seperti kes denggi, H1N1,dan sebarang penyakit berjangkit perlu
dirujuk dengan segera ke unit kesihatan daerah untuk mengelakkan
sebarang masalah. Justeru itu , unit 3K ini memainkan peranan yang
sangat penting dalam memastikan sekolah dan warganya sentiasa
selamat, sihat, ceria.
Persekitaran sekolah yang sihat boleh membentuk sikap dan
amalan kearah membina sahsiah warga sekolah yang murni dan dapat
menghadapi cabaran pada masa akan datang. Pihak sekolah
seharusnya berusaha menyediakan persekitaran yang lebih kondusif
untuk perkembangan mental yang sihat.Persekitaran sekolah yang
sihat dapat menyediakan perkembangan sosial yang seimbang dari
segi emosi, mental, jasmani dan intelek mereka.Ibubapa pula perlu
melibatkan diri secara aktif dan menyokong sebarang aktiviti yang
melibatkan kebersihan, kesihatan dan keselamatan yang dirancang
oleh pihak sekolah.

HBHE3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

12
RUJUKAN :
http://sungirls98.blogspot.com/2013/06/kepentingan-menjaga-kebersihankawasan_27.html
http://terataksalju8182.blogspot.com/2011/04/amalan-kebersihansekolah.html
http://hamdenbakar.blogspot.com/2012/12/keselamatan-di-kawasansekolah.html
http://cikguphong.blogspot.com/2013/07/program-keceriaan-sekolahsyarahan.html
http://www.slideshare.net/ladahitam12/amalan-kebersihan-sekolah
http://cikguphong.blogspot.com/2013/07/program-keceriaan-sekolahsyarahan.html

Mohd Noorazam Abdul Razak, Che Ishak Ismail, Albeny Joslyn Panting, Nur
Akmal Ishak HBHE 3203 ,2013 Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran ,
Open AUnivercity Malaysia
Norazhan Che Lan HBHE2103 2012, Program Bersepadu Sekolah
Sihat,Open Univercity Malaysia

HBHE3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

13

LAMPIRAN

HBHE3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

KAWASAN PERSEKITARAN SEKOLAH YANG CERIA DAN SELAMAT

SEKOLAH DALAM TAMAN

KECERIAAN DI KANTIN YANG MENARIK IAITU BILIK MAKAN GURU

HBHE3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

GOTONG- ROYONG BERSAMA PIBG UNTUK


MENCERIAKAN KAWASAN KANTIN

GOTONG- ROYONG
BERSAMA PIBG UNTUK
MENCERIAKAN KAWASAN KANTIN

BILIK DARJAH YANG SELAMAT DAN CERIA MENGGALAKKAN MURID HADIR


KE SEKOLAH

HBHE3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

SENARAI SEMAK PEMANTAUAN KANTIN SEKOLAH


( Penilaian sendiri dan diisi oleh sekolah)
NAMA SEKOLAH: SK
NAMA PENGETUA/ GB:
NAMA GPK HEM: ROSLAILI BT
FELDA BUKIT PUCHONG
NASARUDIN BIN BAKAR
ALIAS
NO.TEL(P) : 09-2459616
SESI : PAGI
JUMLAH MURID: 305 ORANG
NAMA GURU KESIHATAN:
NURULIDAYU BT HASAN

NAMA S/U KANTIN :


NAMA S/U 3K: SILAWATI BT
NORNAZAHIYAH BT
YUSUF
MOHD
ASPEK PEMANTAUAN ( Tandakan ( /) pada ruang berkaitan )
BIL

1.

2.

3.

PERKARA
PENGURUSAN KANTIN
1.1 AJK Kantin
1.2 carta organisasi
1.3 Papan kenyataan
1.4 Bayaran sewa kantin ( bil bayaran )
1.5 Bayaran air & api ( bil bayaran )
SEBUT HARGA KANTIN
2.1 AJK Sebut Harga
2.2 Perjanjian Kantin ( 2 tahun atau pelanjutan
1 tahun )
2.3 Sijil SSM & Sijil Kewangan
2.4 Pendaftaran Online dengan Kem. Kesihatan
Malaysia
2.5 Lesen DBKL
2.6 Maklumat diri & no. tel pengusaha dan
pengendali
2.7 Sijil suntikan TY2 ( pengusaha & pengendali
makanan )
2.8 Permit / passport bukan warganegara
2.9 sijil kursus pengendalian makanan
pengusaha & pengendali
SURAT MENYURAT

0 1

4.
5.

CATATAN

/
/
/
/
/
/
/
/
/
TIDAK
BERKAITAN

/
/
/
/

3.1 Pekeliling / surat menyurat/ surat siaran /


kursus /taklimat

3.2 panggilan mesyuarat / minit mesyuarat


3.3 surat peringatan / teguran / bimbingan /
amaran
JADUAL PEMANTAUAN
4.1 Jadual tugasan guru/ AJK Kantin
4.2 Buku Rekod Kendiri Kantin
LAPORAN KENDIRI KANTIN
5.1 Borang kendiri 1 A( laporan bulanan
pengusaha kantin )

/
/

/
/
/

HBHE3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN


5.2 Borang kendiri 2 ( laporan bulanan oleh GPK
/
Hem / AJK )
6. ADUAN KANTIN
/
7. FAIL KES KERACUNAN MAKANAN
/
8
FAIL AKTIVITI KANTIN
8.1 Pertandingan kantin bersih
/
8.2 Hari Kantin
/
8.3 Rekod kejayaan ( anugerah / sijil kejayaan /
)
Pemarkahan : 0 = Tiada , 1 = Lemah, 2= kurang memusakan, 3= memuaskan ,
4- baik , 5 = cemerlang
T.T Pemantau / cop
ROSLAILI BT ALIAS
GPK HEM, SK FELDA Bukit Puchong

Tarikh pemantauan : 17.6.2015

SENARAI SEMAK PEMANTAUAN KESIHATAN SEKOLAH


( Penilaian sendiri dan diisi oleh sekolah)
NAMA SEKOLAH: SK
ALAMAT: 28300 TRIANG
ZON: BERA
FELDA BUKIT PUCHONG
PAHANG
NO.TEL(P) : 09-2459616
SESI : PAGI
JUMLAH MURID: 305 ORANG
NAMA PENGETUA/ GB:
PK HEM : ROSLAILI BT
GURU KESIHATAN : NURUL
NASARUDIN BIN BAKAR
ALIAS
IDAYU BT HASAN
ASPEK PEMANTAUAN ( Tandakan ( /) pada ruang berkaitan )
BIL
1.
1.
1
1.
2
1.
3
1.
4
1.
5
2.
2.
1
2.
2
2.
3
2.
4
2.
5

PERKARA
PENGURUSAN KESIHATAN
Jawatankuasa

0 1

4
/

Minit mesyuarat

Perancangan tahunan / bulanan

Buku panduan / rujukan / poster/ risalah

Kotak First Aid

BEBAS DENGGI
Fail senarai murid/ guru/ pekerja positif denggi

Tindakan sekolah

Aktiviti / program bebas denggi

Senanai semak bulanan basmi wabak denggi

Tugas Flying Skuad

CATATAN

HBHE3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN


3.
BILIK RAWATAN
3.
Peralatan kesihatan ( Thermometer , ukur tinggi,
/
1
berat )
3.
Disediakan katil, cadar, bantal dan selimut
/
2
3.
Buku rekod penggunaan Bilik Rawatan
3
3.
Jadual tugas AJK
/
4
3.
Kebersihan dan keceriaan bilik
/
5
4
FAIL PENYAKIT BERJANGKIT
HFMD ( Tangan, kaki,mulut )
4.
/
1
4.
H1N1
/
2
4.
Campak, sakit mata , beguk, cacar air ,malaria ,
/
3
kolera, dll
5
FAIL PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT
5.
Kanser , kencing manis, darah tinggi , jantung
/
1
dll
6
PERKHIDMATAN KESIHATAN
6.
Jadual Imunisasi ( Tahun 1, Tahun 6 & Tingkatan
/
1.
1)
6.
Buku Rekod Kesihatan simpan di tempat khas
/
2
6.
Jadual Lawatan/ pemeriksaan kesihatan &
/
3
pergigian
7
KES KECEMASAN
7.
Keracunan makanan
/
1
7.
Melecur( terbakar ) hysteria, gigitan serangga,
/
2
luka ringan
8
Fail Program Susu 1 Malaysia
/
Pemarkahan : 0 = Tiada , 1 = Lemah, 2= kurang memusakan, 3= memuaskan ,
4- baik , 5 = cemerlang
T.T Pemantau / cop
17.6.2015
ROSLAILI BT ALIAS
GPK HEM
SK FELDA Bukit Puchong

Tarikh pemantauan :

Você também pode gostar