Escolar Documentos
Profissional Documentos
Cultura Documentos
TATABAHASA UPSR
AWALAN MENBentuknya
1. Awalan men- sekeluarga dengan awalan-awalan me-, mem-, meng-, dan menge-.
2. Huruf pertama pada kata dasar akan menentukan adakah bentuk awalan men- tetap sebagai men- atau
berubah menjadi me-, mem-, meng-, dan menge.
3. Awalan men- akan tetap sebagai men- apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf
c, d, j, sy, dan z. Contohnya:
Awalan
menmenmen-
Kata Dasar
cari
dengar
jawab
Kata Terbitan
men.cari
men.dengar
men.jawab
4. Awalan men- akan berubah menjadi me- apabila diimbuhkan pada kata-kata yang bermula dengan
huruf l, m, n, ng, ny, r, w, dan y. Contohnya:
Awalan
menmenmenmenmenmenmen-
Kata Dasar
lipat
memaki
nanti
nganga
nyala
rancang
warna
Kata Terbitan
me.lipat
me.makai
me.nanti
me.nganga
me.nyala
me.rancang
me.warna
5. Awalan men- akan berubah menjadi me- juga apabila diimbuhkan pada kata-kata yang bermula
dengan k, s, p, dan t. Tetapi huruf k sebagai huruf pertama pada kata dasar bertukar menjadi ng, huruf
s bertukar menjadi ny, huruf p bertukar menjadi m, dan huruf t bertukar menjadi n. Contohnya:
Awalan
menmenmenmen-
Kata Dasar
kayuh
saji
putar
tikam
Kata Terbitan
me.ngayuh
me.nyaji
me.mutar
me.nikam
6. Awalan men- berubah menjadi mem- apabila bertemu dengan huruf b, f, dan v. Contohnya:
Awalan
menmenmen-
Kata Dasar
buru
fitnah
varnis
Kata Terbitan
mem.buru
mem.fitnah
mem.varnis
7. Awalan men- berubah menjadi meng- apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan hurufhuruf vokul (a, e, i, o, u), atau g, h, dan kh. Contohnya:
Awalan
menmenmenmenmenmenmen-
Kata Dasar
alih
embun
isi
olah
ubah
goreng
hilang
Kata Terbitan
meng.alih
meng.embun
meng.isi
meng.olah
meng.ubah
meng.goreng
meng.hilang
8. Awalan men- berubah menjadi menge- apabila bertemu dengan kata-kata yang terdiri daripada satu
suku kata. Contohnya:
Awalan
menmenmenmenmen-
Kata Dasar
cam
had
pos
syor
tut
Kata Terbitan
menge.cam
menge.had
menge.pos
menge.syor
menge.tut
Tugasnya
9. Tugas awalan men- ialah
(a) sebagai pembentuk kata kerja tak transitif daripada kata-kata lain dalam pelbagai kelas.
Contohnya:
(b) sebagai pembentuk kata kerja transitif daripada kata-kata lain dalam pelbagai jenis. Contohnya: