Você está na página 1de 10

DOKUMENTASI

PROJEK INOVASI SEKOLAH RENDAH

ANJURAN :
UNIT KOKURIKULUM & KELAB KITAR SEMULA
SEKOLAH KEBANGSAAN CHIKU 7

1.0

PROJEK INOVASI
Motor Mesin Rumput

2.0

PENGENALAN
Projek Motor Mesin Rumput adalah inovasi daripada sebuah mesin
rumput jenis tolak dicipta untuk memudahkan kerja pemotongan rumput
disamping memendekkan tempoh masa kerja bagi memotong rumput di padang
sekolah. Setelah enjin mesin dan motorsikal dihidupkan, pengguna memotong
rumput dengan menunggang motorsikal.

3.0

OBJEKTIF
(i)

Memastikan keadaan padang sekolah rapi serta dapat digunakan untuk


aktiviti sukan dan permainan.

(ii)

Menjimatkan penggunaan sumber-sumber baharu.

(iii)

Mengurangkan pencemaran udara, pencemaran air, dan penghasilan gas


rumah hijau.

(iv)

Mengurangkan belanjawan kewangan dengan menghasilkan produk


daripada bahan kitar semula.

4.0

PERNYATAAN MASALAH
Kebanyakan sekolah mempunyai padang untuk aktiviti sukan dan
permainan. Mempunyai padang yang luas menyebabkan kerja memesin rumput
mengambil masa yang agak lama. Bagi padang yang luas, kebiasaannya mesin
rumput jenis tolak digunakan kerana pengguna hanya perlu menolak untuk
memotong rumput. Walaupun mesin jenis tolak ini lebih mudah jika dibandingkan
dengan penggunaan mesin jenis sandang, pengguna masih perlu menolak
mesin ini ketika memotong rumput. Ianya memerlukan pengguna mengeluarkan
tenaga yang banyak lebih-lebih lagi jika kawasan padang luas.

5.0

PERNYELESAIAN MASALAH
Bagi mengatasi masalah memesin rumput di padang sekolah yang luas,
motor mesin rumput adalah inovasi yang dihasilkan. Ianya adalah gabungan
diantara mesin rumput jenis tolak dengan motorsikal lama dan juga troli barang.

6.0

ALATAN DAN BAHAN


A) ALATAN YANG DIGUNAKAN
ALATAN
1. Sepana
Boleh Laras
2. Sepana
Hujung
Terbuka
3. Playar

KEGUNAAN
1. Untuk mengetatkan bolt dan nat pada sambungan
antara mesin rumput dengan motorsikal.
1. Untuk membuka bolt dan nat pada tayar hadapan
mesin rumput
2. Membuka dan mengetatkan bolt dan nat pada hujung
troli
3. Memusingkan bolt dan nat

Gabung

B) BAHAN YANG DIGUNAKAN


BAHAN
1. Mesin rumput jenis tolak

PENGGUNAAN
1. Bahagian
yang
memotong
rumput
2. Ditarik oleh motorsikal

2. Motorsikal Lama

4. Untuk membuka bolt dan nat pada


hadapan mesin

rumput
5. Membuka

bolt

dan

nat

pada

ngetatkan

bolt

dan

nat

pada

sambungan
6. Memb

3. Troli terpakai

1. Sebagai bahagian hadapan


mesin
2. Sebagai bahagian mesin yang
bersambungan dengan motorsikal

3. Absorber terpakai

1. Sebagai penyambung bagi mesin


rumput dan motorsikal
2.

7.0

PELAKSANAAN PROJEK INOVASI


(i)

Membentuk Kumpulan
Mencari ahli kumpulan bagi menjalankan projek inovasi. Ahli kumpulan
terdiri daripada kelas yang sama iaitu kelas 5 Gigih. Ini bagi memudahkan
kami berbincang dan melaksanakan projek.

(ii)

Mengumpul maklumat
Mendapatkan maklumat tentang projek inovasi daripada guru penasihat

(iii)

Taklimat/ pemberitahuan
Mencari maklumat tentang projek yang dibuat. Seterusnya setiap murid
menyatakan masalah berkaitan bidang kokurikulum. Masalah berkaitan
penyediaan padang untuk sukan mendapat perhatian. Justeru itu, setiap
murid dikendaki mengemukan idea kepada penyelesaian bagaimana
untuk memudahkan kerja penyediaan padang untuk sukan terutamanya
bagi kerja memotong rumput.

(iv)

Menjana Idea
Setiap murid membentangkan idea kepada penyelesaian masalah. Idea
mencipta motor mesin rumput adalah penyelesaian terbaik.

(v)

Membuat Lakaran
Setiap murid membuat lakaran. Hanya lakaran yang terbaik dipilih

(vi)

Pengumpulan Bahan
Pencarian bahan-bahan dilakukan sebaik sahaja lakaran disediakan.
Mesin rumput tolak dan troli telah sedia ada di sekolah. Motorsikal lama
dibeli daripada penduduk setempat. Begitu juga dengan absorber terpakai

ianya dibeli melalui kelab kitar semula. Bahan-bahan seperti cat spray,
bolt dan nat dibeli di kedai hardware.
(vii)

Pemasangan Projek
Bahan-bahan seperti mesin rumput jenis tolak, motorsikal dan absorber
dipasang dengan penyambungan menggunakan bolt dan nat. Tayar
hadapan mesin rumput dibuka dan dicantumkan dengan troli dengan
menggunakan bolt dan nat. Seterusnya

(viii)

Menguji Projek
Projek inovasi diuji sebanyak dua kali. Pada uji yang pertama, didapati
terdapat bunyi pada sambungan. Masalah bunyi tersebut diatasi dengan
menukar bolt dan nat yang lebih besar.

(ix)

Kemasan
Projek ini dicat menggunakan cat spray.

8.0

PENUTUP
Penggunaan motor mesin rumput ini telah membantu mempercepatkan
kerja memotong rumput khususnya di padang sekolah. Pengguna hanya
menghidupkan mesin rumput dan enjin motorsikal, seterusnya menunggang
motorsikal untuk memotong rumput. Ianya bukan sekadar menjimatkan masa,
malah tidak banyak kudrat atau kerahan tenaga untuk melakukan kerja
memotong rumput ini.

LAPORAN BERGAMBAR

Rajah 1 : Motor Mesin Rumput siap dipasang

Rajah 2 : Pandu Uji Motor Mesin Rumput

SEKOLAH KEBANGSAAN CHIKU 7


REKOD PENGUMPULAN BARANG-BARANG KITAR SEMULA
TAHUN 2015

KELAS
J
1 GIGIH
2 GIGIH
3 GIGIH
4 GIGIH
5 GIGIH
6 GIGIH
6 CEKAL
Jumlah
Jualan (RM)
Tarikh

BULAN
J
J

Você também pode gostar