Você está na página 1de 18

Anak Tikus Melancong

Ibu tikus menyuruh anaknya melancong


bagi memperluas pengetahuan dan
pengalamannya.
Anak tikus menceritakan pengalaman
kepada ibunya sekembalinya daripada
melancong.
Kata anak tikus itu, Saya ternampak seekor haiwan
yang besar dan cergas. Di atas kepalanya ada jambul yang
besar
dan
suaranya
yang
nyaring!
"
"Oh, itu ayam jantan, anakku, " kata ibu tikus. " Apa lagi
yang kau temui? " tanyanya lagi.
Kata anak tikus itu, " Saya terserempak dengan seekor
haiwan yang lemah lembut sifatnya. Ia mempunyai empat
kaki, berekor panjang, dan bulunya lembut serta cantik.
Haiwan itu sentiasa menjerit ' miau' ,'miau' , ibu. "
"Adakah kamu menghampirinya? tanya ibu tikus
kebimbangan. Jawab anak tikus itu, "Sebenarnya ia ingin
memeluk saya, tetapi apabila saya terdengar suara ayam
jantan, saya melarikan diri kerana ketakutan, ibu! "
"Hai, anakku yang lurus! Haiwan yang lemah lembut
sifatnya itu ialah kucing. Ia suka menangkap dan makan
kaum kita! Nyaris-nyaris kamu ditipuinya."
Kata anak tikus sambil mengangguk-anggukkan
kepalanya, "Oh, barulah saya faham sekarang, ibu! Lain
kali apabila saya mendengar bunyi 'miao', saya akan
melarikan diri, ibu!"

Jawab soalan berdasarkan cerita pendek di atas :


1. Mengapakah ibu tikus menyuruh anaknya melancong ?
A Mencari makanan
B Menemui kawan-kawannya
C Menemui kucing
D Memperluas pengetahuan dan pengalaman
2. Anak tikus menceritakan
ditemuinya
ialah__________.

haiwan

pertama

yang

A arnab
B kucing
C ayam jantan
D itik
3. Anak tikus menceritakan pula haiwan kedua yang
ditemuinya
ialah___________.
A arnab
B kucing
C ayam jantan
D itik
4. Ibu tikus mengatakan kucing suka menangkap dan
makan apa?
A ulat
B tikus
C ayam jantan
D itik
Si Bangau

Seekor bangau yang cantik bersiar-siar di


tepi sungai.
Pada waktu itu, terdapat dua ekor ikan
berenang-renang di permukaan sungai. Si
bangau boleh menangkap ikan itu. Tetapi, oleh sebab
kekenyangan, ia tidak ingin melakukannya.
Apabila Si Bangau lapar, ia pun pergi mencari ikan. Ia
ternampak belut, tetapi ia tidak menggemarinya. Dia
benak fikirannya, ia tidak akan makan ikan yang rendah
tarafnya.
Si Bangau pun melepaskan belut apabila ternampak
ikan kecil."Malulah aku, kalau aku makan ikan sekecil itu,"
fikirnya.
Hari semakin gelap. Di sungai itu tidak kelihatan ikan
lagi. Si Bangau pula kelaparan.
Akhirnya Si Bangau ternampak siput. Dengan pantas,
ia
pun
menyambar
lalu
menelan
siput
yang
bercengkerang keras itu.
Usahlah terlalu memilih kerana pada akhirnya kita
sendiri yang akan kerugian.

Jawab soalan berdasarkan cerita pendek di atas:


belut *

siput * bersiar-siar * gelap *

kekenyangan
1. Seekor bangau yang cantik ____________________ di tepi
sungai.
2. Si Bangau tidak makan ikan yang ditangkapnya kerana
ia
Masih _________________________ .
3. Si Bangau pun melepaskan _____________ apabila ia
ternampak ikan kecil .
4. Si Bangau tidak dapat mencari ikan lagi walaupun ia
sudah
lapar kerana hari semakin _______________ .
5. Akhirnya Si Bangau ternampak _____________ lalu
memakannya.

Anjing Dengan Tuannya


Seekor anjing terjatuh ke dalam
sebuah perigi yang cetek airnya.

Anjing itu berusaha melompat tinggi untuk keluar dari


perigi itu tetapi gagal.
Anjing itu pun menyalak sekuat-kuat hatinya untuk
mendapatkan bantuan.
Tuan anjing itu mengambil sebatang galah untuk
menyelamatkannya.
Anjing berusaha memanjat galah itu. Malangnya galah
itu licin. ia tidak dapat keluar, walaupun mencubanya
beberapa kali.
Anjing yang kesejukan itu telah memarahi tuannya
kerana
tidak
bersungguh-sugguhnya
hendak
menyelamatkannya.
Tuan terpaksa masuk ke dalam perigi itu untuk
menyelamatkan anjingnya.
Semasa memasuki perigi itu, kakinya terkena kepala
anjing itu, anjing itu menyangka bahawa tuannya sengaja
hendak melemaskannya.
Anjing itu pun terus menggigit kaki tuannya dengan
sepantas kilat.
Tuan yang tercedera itu pun memanjat untuk keluar
dari perigi itu. Dia berasa kesal lalu berkata," anjing itu
sendiri yang mencari maut. Jadi, mengapa pula saya
bersusah-payah menyelamatkannya?"
Orang yang tidak tahu membalas budi akan kerugian
akhirnya.
Jawab soalan berdasarkan cerita pendek di atas :

1. Di manakah anjing itu terjatuh ?


A. Di dalam sungai yang cetek.
B. Di dalam parit yang cetek.
C. Di dalam perigi yang cetek.
D. Di dalam longkang yang cetek

2. Bagaimanakah anjing itu meminta bantuan ?


A. Menyalak dengan sekuat-kuat hatinya.
B. Menjerit dengan sekuat-kuat hatinya.
C. Mengiau dengan sekuat-kuat hatinya.
D. mengembek dengan sekuat-kuat hatinya.
3. Mengapakah anjing itu memarahi tuannya ?
A kerana tuannya mengambil sebatang galah untuk
menyelamatkannya.
B kerana tuannya mengambil sebatang galah untuk
memukulnya.
C kerana tuannya gagal menyelamatkannya.
D kerana tuannya tidak bersungguh-sungguh hendak
menyelamatkannya.
4. Mengapakah anjing itu hendak menggigit kaki
tuannya
?
A kerana menyangka tuannya sengaja hendak
melemaskannya.
B kerana kaki tuannya terkena kepala anjing itu.
C kerana anjing itu berasa sakit dan sejuk.
D kerana anjing itu dipukul oleh tuannya.
5. Akhirnya, anjing itu ( tidak / dapat ) diselamatkan oleh
tuannya.
Singa
Lembu

Singa ing

Dengan
Jantan

in

menjadi lembu jantan mangsanya. Tetapi, ia takut akan


tanduk lembu jantan yang tajam itu.

Pada suatu hari, singa mengundang lembu jantan


menikmati hidangan kambing jantan di
kediamannya. Sebenarnya pekara itu adalah muslihat
singa untuk makan lembu jantan.

Apabila lembu jantan tiba, ia mendapati ditempat itu


hanya terdapat sebuah kuali dan sudip yang besar serta
tiada kambing seperti yang dinyatakan oleh singa.

Lembu jantan pun meninggalkan tempat itu tanpa


diketahui oleh singa.

Beberapa hari kemudian, lembu jantan pula


mengundang singa kejamuannya untuk menikmat daging
rusa.

Dengan gembira, singa pun bergegas ke tempat


lembu jantan itu.

Sebaik sahaja tiba di situ, singa berasa hairan dan


terkejut kerana di situ tiada daging rusa. Sebaliknya

hanya ada sebuah kuali dan sudip yang lebih besar


daripada barang-barang singa di tempat itu.

Sambil tertawa, lembu jantan berkata, "lihatlah kuali


dan sudip saya lebih besar berbanding kepunyaan
kamu. Semua ini cukup untuk memasak daging seekor
singa!"

Dengan sekelip mata sahaja,singa terpontang-panting


meninggalkan tempat tersebut.

Selesaikan soalan berdasarkan cerita pendek di atas :


bergegas * terpontang-panting * hidangan * tanduk * besar * menikmat

1. Singa ingin menjadi lembu mangsanya, tetapi ia


takut
akan___________________lembu jantan yang tajam itu.
2. Singa mengundang lembu jantan menikmati
____________________ kambing jantan di kediamannya.
3. Lembu jantan pula mengundang singa kejamuannya
untuk
_______________________daging rusa.
4. Singa berasa gembira lalu______________________ke
tempat
lembu jantan itu.

5. Lembu jantan ketawa sambil berkata bahawa kuali dan


sudipnya
lebih _________________berbanding kepunyaan singa.
6. Setelah mendengar kata-kata lembu jantan itu, singa
pun
lari_______________________meninggalkan tempat
tersebut.
Ayam Jantan Dengan Musang

Seekor ayam jantan yang pintar telah bertindak


sebagai pengawal.Ia bertenggek di atas dahan pokok di
tepi padang sambil memerhatikan sekumpulan ayam
mencari makanan.
Seekor musang ke bawah pokok itu lalu berkata,
"Wahai adikku ayam, usahlah kita berkelahi lagi!Marilah
turun dan bermaaf-maafan serta berpelukan sebagai
kawan."
Jawab ayam jantan itu, "Itu berita baik untuk
aku. Lagipun masanya memang tepat lebih-lebih lagi
dengan kehadiran dua ekor anjing di belakang kamu. Jadi,
bolehlah kita berpelukan bersama-sama!"

Sebaik sahaja mendengar kedatangan anjing, musang


ketakutan lalu berkata,"Lain kali sahajalah kita
berpelukan!" Dengan sekelip mata musang itu pun
menghilangkan dirinya.
Sebenarnya tiada seekor pun anjing yang datang ke
tempat itu. Ayam-ayam yang lain pula sibuk mencari
makanan di tempat itu dengan aman. Ayam jantan yang
pintar itu telah berjaya menyelamatkan nyawa mereka.
Jawab soalan berdasarkan cerita pendek di atas :
1. Apakah tujuan ayam jantan bertenggek di atas dahan
pokok ?
A ingin menjadi pengawal.
B ingin mencari makanan.
C ingin memerhati sekumpulan ayam.
D ingin berkokok.
2. Siapakah datang ke bawah pokok itu ?
A seekor kucing
B seekor anjing
C seekor kambing
D seekor musang
3. Mengapakah ayam jantan mengatakan itu berita baik
untuknya ?
A kerana dapat bermaaf-maafan.
B kerana dapat berpelukan bersama-sama dengan
musang.
C kerana boleh turun ke bawah pokok itu.
D kerana kehadiran dua ekor anjing di belakang
musang.

4. Sebaik sahaja mendengar kedatangan anjing, musang


pun______.
A merasa gembira
B berasa ketakutan
C berasa marah
D berasa kecewa
5. Bagaimana ayam jantan berjaya menyelamatkan
nyawa ayamayam yang lain ?
A menipu musang bahawa kehadiran dua ekor anjing.
B memarahi dan menghalau musang pergi dari situ.
C berkokok dengan sekuat hatinya.
D bermaaf-maafan dan berpelukan dengan musang itu.
Serigala dengan Penggembala

Seekor serigala ingin memakan kambing.


Bagaimanapun, ia tidak berpeluang melakukannya
kerana kambing dikawal dengan ketat oleh penggembala.
Serigala mencari akal. Ia pun mengambil kulit
kambing lalu menyambar sebagai seekor kambing.
Semasa serigala yang menyambar itu mendekati
kambing, penggembala tidak mengetahuinya.

Apabila malam menjelang, penggembala pun


memasukkan kambing ke dalam kandang. Serigala pun
mengikut sama masuk ke dalam kandang itu.
Kandang itu kukuh buatannya. Serigala gembira
kerana berjaya membolosi kandang itu. " Ha ! Ha ! Ha !
Penggembala yang cerdik itu pun berjaya aku tipu. Pada
kali ini dapatlah saya membaham kambingnya ! "
Pada ketika itu, penggembala mengasah parangnya.
Sebenarnya dia mengetahui muslihat serigala itu.
Semasa serigala menanggalkan kulit kambing ingin
menyerang kambing, penggembala itu pun muncul.
Dengan sepantas kilat, penggembala itu terus
menetak serigala.
Sebelum mati, ia mengeluh, " Hai, ingatkan
penggembala itu dapat aku tipu, rupa-rupanya aku yang
ditipu
penggembala
itu
!
"
Jawab soalan berdasarkan cerita pendek di atas :
1. Mengapakah serigala tidak berpeluang memakan
kambing
?
A
kerana
ia
tidak
lapar.
B kerana kambing telah menyembunyikan diri.
C kerana semua kambing telah melari diri apabila
melihat
kehadiran
serigala.
D kerana kambing dikawal dengan ketat oleh
penggembala.

2. Bagaimana serigala dapat mendekati kambing ?


A ia menyamar menjadi kambing dengan mengambil
kulit
kambing.
B ia mendekati kambing tanpa kesedaran
penggembala.
C ia mendekati kambing semasa penggembala sedang
tidur.
D ia menyamar menjadi penggembala dengan
mengambil
kulit
kambing.
3.

Serigala
berasa
gembira
kerana_____________.
A ia berjaya memakan kambing dalam kandang itu.
B
ia
berjaya
membolosi
kandang
itu.
C
penggembala
berasa
ketakutan.
D
penggembala
telah
dimakannya.

4. Mengapakah penggembala mengasahkan parangnya ?


A
kerana
parangnya
tumpul.
B kerana hari sudah menjelang
malam.
C
kerana
ingin
menyembelih
kambing.
D kerana dia mengetahui muslihat serigala itu.
5. Bagaimanakah keadaan serigala pada akhir cerita ini ?
A
ia
berjaya
memakan
kambing.
B ia berjaya membunuh penggembala itu.
C
ia
dibunuh
oleh
penggembala
itu.
D ia telah melarikan diri.
Kucing dengan Burung Nuri

Pada suatu hari, tuan rumah kucing telah membeli


seekor burung nuri. Burung nuri itu diperiharanya di
dalam sangkar.
Tuan rumah amat menyayangi burung nuri itu. Setiap
hari selepas makan, dia akan bermain dengan burung
nuri itu sambil mendengar nyanyiannya yang merdu itu.
Dia memberi burung nuri makanan yang lazat-lazat. Di
samping itu, dia sering memandikan dan mengusapngusap pelepah burung kesayangannya itu dengan
lembut.
Kucing yang dipelihara oleh tuan rumah itu berasa iri
hati. Ia pun memarahi burung nuri. " Setelah sekian lama
bertungkus-lumus menangkap tikus, aku hanya diberikan
tulang ikan sahaja, malah sering dipukul oleh tuan rumah.
"
"Kamu yang tidak perlu bekerja dan hanya tahu
menyanyi sahaja lebih disayangi tuan rumah. Tidak adil !
Langsung tidak adil kepada diri saya ! " sambung kucing.

Nuri pun menjawab, " Sebenarnya kamulah yang


beruntung kerana bebas, sedangkan aku terkurung di
dalam sangkar ini. Adakah kamu sudi menikmati
kemewahan tanpa kebebasan ?
Setelah mendengar kata-kata nuri, barulah kucing
sedar bahawa ia lebih beruntung dan bahagia berbanding
dengan nuri.

Selesaikan soalan berdasarkan cerita pendek di


atas :

beruntung
menyayangi

* sangkar * lazat * iri

hati

1. Burung nuri itu diperihara oleh tuan rumah kucing itu


di dalam
sebuah _______________.
2. Tuan rumah itu amat __________________ burung nuri itu.
3. Burung nuri itu diberi makanan yang ________________
oleh
tuan rumahnya.
4. Kucing yang diperihara oleh tuan rumah itu berasa
_________________.
5. Setelah mendengar kata-kata nuri, barulah ia sedar
bahawa ia

lebih _______________ dan bahagia berbanding dengan


nuri.
Sang Lamri dengan Burung Gagak

Pada musim dingin, seekor gagak yang kelaparan


beterbangan ke merata-rata tempat untuk mencari
makanan.
Tiba-tiba, gagak itu ternampak putik buah ara.
Tanpa berlengah lagi , gagak pun terus hinggap di
dahan pohon ara itu. Ia berhasrat menunggu buah itu
membesar dan masak.
Burung gagak itu mengangankan bahawa buah itu
telah masak, ranum dan manis rasanya dan ia dapat
menikmatinya sepuas hatinya.
Hari demi hari berlalu. Buah ara belum membesar dan
masak lagi. Gagak pula, semakin bertambah lapar.
Gagak berasa kecewa lalu berteriak, " Wak ! Wak ! "

Sang Lamri kasihan melihat perlakuan gagak lalu


bertanya kepada gagak mengapa ia berkelakuan
sedemikian.
Selepas mendengar penjelasan gagak, Sang Lamri
pun berkata, " Usahlah asyik bergantung kepada harapan
sahaja. Berusahalah mencari jalan untuk mengatasi
masalah yang kamu hadapi sekarang juga ! "
Sebaik sahaja mendengar nasihat Sang Lamri, gagak
pun terbang untuk mencari makanan di tempat lain.
Selesaikan soalan berdasarkan cerita pendek di
atas :
menunggu * nasihat * kelaparan * kasihan * ranum
1. Seekor burung gagak yang _______________
berterbangan ke
merata-rata tempat untuk mencari makanan.
2. Gagak itu hinggap di atas dahan pokok ara kerana ia
ingin
_____________ buah itu membesar dan masak.
3. Burung gagak itu menggangankan bahawa buah itu
telah masak,
__________ dan manis rasanya.
4. Sang Lamri merasa _____________ apabila melihat
perlakuan
gagak itu.

5. Setelah mendengar ______________ Sang Lamri, gagak


pun
terbang ke tempat lain untuk mencari makanan.

Você também pode gostar