Você está na página 1de 7

TEKNIK WaKa NABaH BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN

KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN YANG BERKAITAN


DENGAN NILAI MURNI DALAM KALANGAN MURID
TAHUN 4 SEKOLAH KEBANGSAAN SENTOSA, SIBU
Oleh
EVELYNE ORAI WILLIAM
PENDIDIKAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan teknik WaKa NABaH
dalam mengatasi masalah menulis karangan berkaitan dengan nilai murni.
Seramai enam orang murid dan seorang guru Bahasa Malaysia dipilih
sebagai sampel kajian dan responden. Objektif kajian ini ialah mengenal
pasti faktor yang menyebabkan murid kurang menguasai kemahiran menulis
karangan berkaitan dengan nilai murni, mengaplikasikan teknik WaKa
NABaH,

dan

menjelaskan

keberkesanan

teknik

tersebut.

Kajian

menggunakan instrumen soal selidik berskala Dichotomus dan skala Likert,


pemerhatian, gambar, temu bual, ujian pra dan ujian pasca.
diperoleh

melalui

instrumen

tersebut

telah

dianalisis

Data yang

menggunakan

peratusan dan dirumuskan secara kualitatif. Hasil kajian mendapati faktor


murid tidak dapat menguasai kemahiran menulis karangan berkaitan dengan
nilai murni adalah disebabkan kurang pengetahuan mengenai nilai-nilai
murni. Teknik yang digunakan sesuai dalam meningkatkan penguasaan
murid. Kajian mendapati teknik ini berkesan. Hasil kajian menunjukkan
kesan positif dengan peningkatan purata antara ujian pra dan ujian pasca
sebanyak 44.6% dari segi pencapaian murid dalam menjawab soalan nilai
murni tersebut.
ABSTRACT
This study was carried out to assess the effectiveness of WaKa NABaH
technique to overcome the problems in essay writings values. Six students

and one teacher selected for this study and respondents. The objective of
this study was to identify factors that lead to poor essay writing values skills,
applying the WaKa NABaH technique, and describes the effectiveness of the
technique. This study utilized Scaled Dichotomy and Likert questionnaire,
observations, photos, interview, pre-test and post-test. Data obtained were
analyzed using percentages and summarized qualitatively. The results
showed that the students cannot master the skills related to essay writing
values is due to lack of knowledge about the values itself. The technique is
appropriate to improve students mastery. The study found that this
technique is effective. The results show a positive effect with an average
increase between pre-test and post-tests by 44.6 % in terms of student
achievement in answering the question of moral values .
PENDAHULUAN
Kajian ini dijalankan untuk melihat dan mengenal pasti isu ataupun masalah
yang timbul dalam kalangan murid-murid. Masalah yang dapat dikenal pasti
dalam kalangan murid-murid apabila mengajar mata pelajaran Bahasa
Malaysia ini ialah murid lemah atau sukar untuk menguasai kemahiran
menulis karangan berkaitan dengan nilai-nilai murni. Apabila menjalani
praktikum, pengkaji telah diamanahkan untuk mengajar subjek Bahasa
Malaysia bagi kelas Tahun 4. Kelas Tahun 4 ini terdiri daripada 19 orang
murid yang terdiri daripada 11 orang murid perempuan dan 8 orang murid
lelaki. Berdasarkan pencapaian akademik, perkembangan akademik murid
Tahun 4 ini adalah berada pada tahap sederhana. Dari keputusan
peperiksaaan tahun lalu, kebanyakan murid memperoleh keputusan
sederhana di mana rata-rata murid mendapat markah dalam lingkungan gred
B, C dan D.

FOKUS KAJIAN
Pengkaji telah memberikan keutamaan kepada masalah murid Tahun 4 yang
menghadapi kesukaran dalam penguasaan menulis karangan berkaitan
dengan nilai murni. Kajian ini boleh dijadikan sebagai strategi untuk
memperbaiki lagi pencapaian murid yang berada pada tahap baik ke tahap

cemerlang. Pengkaji akan melihat sejauh mana perubahan dan penguasaan


murid dalam kemahiran menulis karangan berkaitan dengan nilai murni.
Murid dapat membina ayat dengan baik berdasarkan nilai murni yang betul
dan mendapat markah yang cemerlang dalam kertas penulisan Bahagian C.
Oleh itu, pencapaian murid dapat ditingkatkan melalui penggunaan teknik
WaKa NABaH. Pengkaji telah mendapati beberapa faktor utama yang
menyebabkan murid tidak dapat menguasai kemahiran menulis karangan
yang berkaitan dengan nilai murni dengan baik. Faktornya ialah murid tidak
dapat mengenal pasti beberapa nilai murni dalam petikan. Murid juga tidak
memahami maksud nilai murni dengan baik. murid-murid tidak dapat
memadankan nilai murni dengan aktiviti atau kata kerja dengan betul
berdasarkan petikan yang dibaca. Format yang sepatutnya diikuti tidak
memenuhi syarat dan sentiasa mendapat markah yang rendah dalam soalan
bahagian ini.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian tindakan pengkaji adalah seperti berikut:
i.

Mengenal pasti faktor yang menyebabkan murid Tahun 4 menghadapi


kesukaran dalam menguasai kemahiran menulis karangan berkaitan

ii.

dengan nilai murni.


Mengaplikasi teknik WaKa NABaH bagi meningkatkan penguasaan
murid Tahun 4 dalam kemahiran menulis karangan berkaitan dengan

iii.

nilai murni.
Keberkesanan penggunaan teknik WaKa NABaH bagi meningkatkan
penguasaan murid Tahun 4 dalam kemahiran menulis karangan
berkaitan dengan nilai murni.

KUMPULAN SASARAN
Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih responden yang terdiri daripada
murid Tahun 4 yang kurang menguasai kemahiran menulis karangan yang
berkaitan dengan nilai murni. Penganalisian data dan keputusan kajian
hanya mewakili kumpulan responden yang telah dipilih sahaja. Kajian ini

melibatkan 19 responden Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Sentosa, Sibu yang


terdiri daripada 9 orang lelaki dan 10 orang perempuan. 6 daripada 19 orang
murid ini merupakan murid yang lemah dalam menulis karangan yang
berkaitan dengan nilai murni. Pengkaji telah mendapat butiran maklumat
peribadi murid melalui borang profil murid daripada guru kelas Tahun empat.
Secara keseluruhannya, pengkaji telah mengambil enam orang murid
sebagai responden iaitu sebanyak 42% daripada 58% murid tahun empat.
Keenam-enam responden ini telah dikenal pasti dalam menghadapi
kesukaran untuk menguasai kemahiran menulis karangan yang berkaitan
dengan nilai murni.
PROSEDUR MENJALANKAN KAJIAN
Pengkaji

menggunakan

Model

Stephen

Kemmis

untuk

mengawal

keseluruhan kajian dan penyelidikan yang dijalankan. Oleh itu, Model


Kemmis dan McTaggart digunakan untuk membantu pengkaji menjalankan
kajian dalam bilik darjah. Langkah pertama untuk menjalankan kajian ini
ialah pengkaji membuat refleksi terlebih dahulu. Di sini, pengkaji akan
mengimbas kembali sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah
dijalankan. Refleksi amat penting kerana pengkaji dapat mengenal pasti
masalah yang dihadapi oleh murid. Langkah yang kedua ialah pengkaji
merancang kaedah kajian tindakan dengan sistematik untuk menyelesaikan
masalah

yang

dihadapi

oleh

murid-murid.

Langkah-langkah

yang

dilaksanakan mampu mengatasi masalah murid dari segi minat, pemahaman


dan penguasaan responden yang dikenalpasti. Langkah ketiga ialah pengkaji
melaksanakan tindakan bagi mengatasi masalah murid dengan melakukan
teknik WaKa NABaH. Pengkaji telah menyediakan ujian pra, intervensi 1,
intervensi 2, intervensi 3, intervensi 4, dan ujian pasca. Langkah yang
seterusnya ialah memerhati. Pengkaji telah mengumpul dan menganalisis
data bagi menilai keberkesanan teknik WaKa NABaH dalam meningkatkan
penguasaan murid dalam kemahiran menulis karangan yang berkaitan
dengan nilai murni.

CARA PENGUMPULAN DATA


Ujian Pra dan Pasca
Ujian pra dan pasca merupakan set latihan lembaran kerja yang dibina oleh
pengkaji yang digunakan untuk mengetahui kefahaman awal murid sebelum
menjalani teknik yang dijalankan oleh pengkaji. Hasil dapatan akan diperoleh
dan dianalisis oleh pengkaji untuk mengenal pasti masalah murid dalam
menguasai kemahiran menulis karangan berkaitan dengan nilai murni.
Kedua-dua ujian ini dijalankan mengikut kesesuaian masa yang dirancang.
Ujian pasca hanya akan dilakukan bagi menguji keberkesanan kaedah yang
digunakan. Menerusi kedua-dua dapatan ini, pengkaji akan dapat mengenal
pasti sama ada keberkesanan tindakan yang telah dijalankan tehadap
kaedah yang telah dijalankan oleh pengkaji.
Pemerhatian
Pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian berstruktur. Pengkaji akan
melakukan beberapa pemerhatian, mendengar dan merekod maklumat
berdasarkan set aktiviti yang telah dikenal pasti. Melalui kaedah pemerhatian
berstruktur, pengkaji meninjau bagaimana tindak balas murid sebelum dan
selepas penggunaan teknik WaKa NABaH diadakan. Pengkaji telah
menyediakan beberapa kriteria yang perlu dicapai oleh murid yang dikaji
seperti murid memahami penggunaan teknik WaKa NABaH dalam
kemahiran menulis karangan yang berkaitan dengan nilai murni, murid dapat
menyatakan nilai murni dengan tepat, murid dapat menulis karangan yang
berkaitan dengan nilai murni dengan format yang betul, dan murid
menunjukkan perubahan sikap semasa menjalankan teknik WaKa NABaH.

Temu Bual
Temu bual adalah satu kaedah kajian yang sangat penting untuk membantu
pengkaji meneroka dan mendapatkan maklumat kajian secara mendalam
daripada responden.

Hasil daripada temu bual ini akan ditranskripsikan

untuk mengenalpasti faktor murid tidak dapat menguasai kemahiran menulis


karangan nilai murni dan melihat sejauhmana keberkesanan teknik WaKa

NABaH di dalam pengajaran. Jenis temu bual yang akan digunakan oleh
pengkaji ialah temu bual berstruktur dan separa berstruktur yang dilakukan
terhadap guru yang mengajar Bahasa Malaysia di mana aktiviti perbualan
dan soal jawab yang ingin ditanya adalah terhad kepada kajian yang akan
dijalankan. Temu bual separa berstruktur dilakukan dengan menyediakan
soalan utama dan soalan susulan berdasarkan jawapan yang diberikan oleh
responden. Semasa mengadakan temu bual,

pengkaji akan mengambil

tindakan untuk merekod dialog atau perbualan antara responden. Kaedah ini
digunakan

untuk

menjawab

persoalan

kajian

mengenai

masalah

pembelajaran nilai murni dan keberkesanan teknik WaKa NABaH.


Analisis Dokumen
Pengkaji telah menggunakan dokumen kertas peperiksaan pertengahan
penggal pertama untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh
responden. Pengkaji akan menyemak kertas peperiksaan murid khususnya
kertas penulisan Bahagian C untuk mendapatkan maklumat berkaitan
dengan kajian yang akan dijalankan. Selain itu, pengkaji akan menyemak
latihan murid dalam bentuk lembaran kerja yang akan diberikan oleh
pengkaji. Pengkaji akan membuat semakan kepada lembaran kerja tersebut
untuk melihat bagaimana teknik WaKa NABaH diaplikasikan untuk
meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran menulis karangan
berkaitan dengan nilai murni. Perubahan ataupun peningkatan kemahiran
menulis karangan yang berkaitan dengan nilai murni dianalisis untuk
membuktikan teknik ini sesuai digunakan untuk aras murid. Analisis dokumen
akan dilakukan oleh pengkaji dari semasa ke semasa untuk melihat
keberkesanan teknik WaKa NABaH kepada responden untuk membantu
mengatasi masalah yang dihadapi.
Soal Selidik
Soal selidik akan digunakan oleh pengkaji untuk menjalankan teknik WaKa
NABaH terhadap responden. Pengkaji telah menggunakan instrumen seperti
borang soal selidik untuk mengumpul data daripada guru dan responden.
Borang soal selidik akan diberikan kepada murid untuk memberikan jawapan
atau maklum balas yang tepat secara jujur. Borang soal selidik yang

dijalankan adalah untuk menilai keberkesanan teknik WaKa NABaH dalam


meningkatkan penguasaan murid Tahun 4 dalam kemahiran menulis
karangan yang berkaitan dengan nilai murni.

Você também pode gostar

  • I Think
    I Think
    Documento1 página
    I Think
    Evelyne Orai William Tam
    Ainda não há avaliações
  • Kertas Kerja 2017
    Kertas Kerja 2017
    Documento4 páginas
    Kertas Kerja 2017
    Evelyne Orai William Tam
    Ainda não há avaliações
  • Lembaran Kerja KVKV
    Lembaran Kerja KVKV
    Documento4 páginas
    Lembaran Kerja KVKV
    Evelyne Orai William Tam
    Ainda não há avaliações
  • Lembaran Kerja Konsonan Gabungan
    Lembaran Kerja Konsonan Gabungan
    Documento1 página
    Lembaran Kerja Konsonan Gabungan
    Evelyne Orai William Tam
    Ainda não há avaliações
  • RPT Linus Literasi THN 2
    RPT Linus Literasi THN 2
    Documento5 páginas
    RPT Linus Literasi THN 2
    zoekoo1
    Ainda não há avaliações
  • Nilai Murni
    Nilai Murni
    Documento1 página
    Nilai Murni
    Evelyne Orai William Tam
    Ainda não há avaliações
  • RPH BM 2.3
    RPH BM 2.3
    Documento1 página
    RPH BM 2.3
    Evelyne Orai William Tam
    Ainda não há avaliações
  • Ujian Pertengahan Penggal 1
    Ujian Pertengahan Penggal 1
    Documento1 página
    Ujian Pertengahan Penggal 1
    Evelyne Orai William Tam
    Ainda não há avaliações
  • Ujian BM T2
    Ujian BM T2
    Documento6 páginas
    Ujian BM T2
    Evelyne Orai William Tam
    Ainda não há avaliações
  • Ujian BM Kertas 2
    Ujian BM Kertas 2
    Documento3 páginas
    Ujian BM Kertas 2
    Evelyne Orai William Tam
    Ainda não há avaliações
  • Rukun Negara-My Presentation 1
    Rukun Negara-My Presentation 1
    Documento54 páginas
    Rukun Negara-My Presentation 1
    Evelyne Orai William Tam
    Ainda não há avaliações
  • I Think
    I Think
    Documento1 página
    I Think
    Evelyne Orai William Tam
    Ainda não há avaliações
  • WAJ3101TITAS Proforma
    WAJ3101TITAS Proforma
    Documento4 páginas
    WAJ3101TITAS Proforma
    Ah B Khy
    Ainda não há avaliações