Você está na página 1de 15

PENDEKATAN MODUL BENGKEL FARDHU AIN AMALI SOLAT TERHADAP

ORANG ASLI DI KAMPUNG BROOKE LAMA, GUA MUSANG


Nazirah binti Abu Bakar, Suhaizam binti Sulaiman, Nurul Dalilah binti Yahaya, Normaisarah
binti Othman
Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
ABSTRAK
Sebagai seorang Muslim, ibadah merupakan salah satu elemen penting dalam ajaran agama
Islam dan solat adalah perkara asas yang perlu dilaksanakan oleh setiap Muslim.
Kebiasaannya seseorang itu akan mula belajar mengenai solat dengan mengikuti latihan
amali solat yang diterapkan dalam kelas fardhu ain di sekolah mahupun di progam-program
luar dari sekolah. Latihan amali solat ini penting kerana menekankan pelbagai aspek solat
yang perlu diketahui oleh setiap orang Islam khususnya bagi mereka yang baru berjinak-jinak
dengan Islam. Masyarakat Orang Asli yang baru memeluk Islam dilihat sebagi sasaran yang
memerlukan satu modul latihan amali solat sebagai platform untuk memahami dengan lebih
jelas berkaitan ibadah solat. Justeru objektif kertas kerja ini adalah untuk mengkaji
pendekatan yang sesuai dan tahap kefahaman Orang Asli Muslim terhadap solat untuk
diaplikasikan dalam modul bengkel fardhu ain amali solat. Selain itu, kertas kerja ini juga
bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana tahap pengamalan dan kesedaran masyarakat
Orang Asli Muslim dalam beristiqamah mengamalkan ilmu yang telah diterapkan khususnya
dalam modul bengkel fardhu ain amali solat serta mengkaji tahap penerimaan Orang Asli
Muslim terhadap pendekatan yang digunakan menerusi modul bengkel fardhu ain amali solat.
Metodologi kajian yang digunakan adalah kaedah tinjauan dengan menggunakan satu set
soal selidik. Hasil dapatan merumuskan keseluruhan modul pendekatan bengkel tersebut
memberi kesan positif kepada masyarakat Orang Asli khususnya dalam meningkatkan
keinginan mereka untuk mempelajari ilmu pengetahuan mengenai Agama Islam khususnya
solat.
Kata kunci: Pendekatan Modul Bengkel Fardhu Ain Amali Solat; Orang Asli.

PENDAHULUAN
Solat adalah merupakan tiang agama dalam Islam. Secara umumnya, solat merupakan
beberapa ucapan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan salam
(Jamila K. A. Mohamed Kutty et al. (2009) dan merupakan suatu komunikasi antara hamba
dengan Tuhannya sebagai cara kita beribadah kepada Allah menurut syarat-syarat yang telah
ditentukan. Ibadat ini wajib dilakukan oleh setiap muslim walau dalam keadaan apa sekalipun
sebagaimana yang dinyatakan dalam firman Allah dalam surah an-Nisa 103:

Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas


orang-orang yang beriman. (Surah An-Nisa:103).
Masyarakat Orang Asli merupakan salah satu komuniti yang melengkapkan ciri
kemajmukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Seperti yang diketahui, masyarakat
Orang Asli adalah golongan minoriti yang kurang diberi perhatian berbanding dengan
golongan yang lain. (Jamilah Mohd Zain & Engku Ahmad Zaki Engku Alwi 2014: 130-140)
Justeru pendekatan dakwah kepada golongan ini haruslah disesuaikan dengan keadaan
mereka bagi memperolehi keberkesanan yang maksima (Razaleigh Muhamat @ Kawangit
2013: 65-66). Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh JAKOA pada tahun 2010, terdapat
seramai 178,197 orang yang mendiami 852 buah perkampungan orang Asli diseluruh
Malaysia terdiri daripada 18 suku kaum dan setiap suku kaum ini mempunyai bahasa yang
tersendiri. (JAKOA 2011)
Hasil dapatan daripada data yang dikumpulkan oleh JAKOA juga menunjukkan pola
beragama orang asli yang menganut animisme adalah seramai 58,043 (33%), diikuti oleh
penganut agama Islam seramai 35,975 (20%), Kristian 17,351 (9.8%), dan lain-lain baki
agama seperti Budha, Bahai, Hindu, dan Agama Suku Adat. Terdapat juga masyarakat orang
Asli yang tidak berpegang kepada mana-mana agama iaitu seramai 42,757 (24%). Jakim
menerusi Penggerak Masyarakat orang Asli (PMOA) telah ditugaskan untuk melaksanakan
kelas fardhu ain secara mingguan diperkampungan orang Asli (Laporan Tahunan Jakim 2014:
46). Kelas ini bertujuan memberikan kefahaman mengenai perkara asas dalam mendalami
ajaran agama Islam. Antara perkara yang dititikberatkan adalah latihan amali solat, amali
wuduk, iqamat, azan dan lain-lain lagi.
Modul Fardhu Ain Amali Solat dalam kertas kerja ini merupakan aktiviti yang
dilaksanakan untuk memastikan Orang Asli yang terlibat dapat menunaikan solat dengan
sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di satu
tempat khusus pada waktu yang bersesuaian. Antara pengisian modul dalam bengkel adalah
bermula dengan teori wuduk dan diteruskan dengan latihan amali mengambil wuduk. Selain
itu, modul tersebut turut menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan solat termasuklah
bacaan dalam solat, perkara yang berkaitan dengan rukun, syarat sah dan batal solat dan
wuduk.
2

Justeru itu, penulis berpendapat bahawa bengkel modul fardhu ain amali solat yang
dilaksanakan adalah bertujuan untuk melahirkan Orang Asli Muslim yang faham dan dapat
menguasai sepenuhnya perkara yang berkaitan dengan ibadah wuduk dan solat. Di samping
itu, keberkesanan dari perlaksanaan modul ini adalah untuk memberi kesedaran supaya
mereka dapat istiqamah dalam melaksanakan ibadah solat ini selepas tamat menjalani latihan
amali solat.
OBJEKTIF KAJIAN
Kertas kerja ini dilakukan bagi mengkaji pendekatan yang sesuai dan kefahaman Orang Asli
Muslim terhadap pengisian modul untuk diaplikasikan dalam modul bengkel fardhu ain amali
solat. Ia juga bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana tahap pengamalan dan kesedaran
masyarakat Orang Asli Muslim dalam beristiqamah mengamalkan ilmu yang telah diterapkan
khususnya dalam modul bengkel fardhu ain amali solat. Seterusnya, Untuk mengkaji tahap
penerimaan Orang Asli Muslim terhadap pendekatan yang digunakan menerusi modul
bengkel fardhu ain amali solat.
METODE KAJIAN
Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan. Borang soal selidik telah digunakan sebagai alat
pengumpulan data. Responden dalam kajian ini adalah terdiri daripada 43 orang masyarakat
orang asli terdiri daripada golongan kanak-kanak , ibu bapa dan pemimpin masyarakat Orang
Asli. Pemilihan responden dilakukan secara kesenangan (convenience). Data-data daripada
borang soal selidik dianalisis menggunakan SPSS dan dipersembahkan dalam bentuk
peratusan dan min.
HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Penilaian terhadap modul bengkel amali solat (sebelum) tertumpu kepada beberapa perkara
berikut :
a) Peserta memiliki pengetahuan tentang solat dan rukun solat.
b) Peserta mampu untuk melaksanakan solat sendiri.
c) Peserta pada waktu solat dan di awal waktu.
d) Peserta dapat memberi respon mengenai solat apabila ditanya.
e) Peserta sedia untuk berkongsi maklumat mengenai solat bersama-sama rakan.
f) Peserta mempunyai minat yang tinggi untuk mempelajari bab solat.

g) Peserta mempunyai kesungguhan yang tinggi mempelajari bab solat dan


menambah amalan agama.
h) Peserta bersedia untuk menambah baik amalannya.
i) Peserta bersedia untuk mengajak rakan-rakan yang lain untuk mempelajari
mengenai solat
j) Peserta mendapat kepuasan daripada mempelajari bab solat.
Jadual 4.3.1 Taburan Mengikut Pengetahuan Tentang Solat Dan Rukun Solat.
Keberkesanan
bengkel amali solat
(sebelum)
Peserta memiliki
pengetahuan
tentang solat dan
rukun solat

Sangat
tidak
setuju

Tidak
setuju

Tidak
pasti

Setuju

Sangat
setuju

Min

17

14

3.81

4.7%

14%

9.3%

39.5%

32.6%

Dapatan soal selidik mendapati bahawa responden mempunyai pengetahuan tentang solat dan
rukun solat yang baik. Hal ini dibuktikan melalui jadual 4.3.1 dimana kadar peratusan yang
sangat bersetuju iaitu sebanyak 32.6% atau 14 orang dan dikuatkan lagi dengan yang
bersetuju iaitu sebanyak 39.5% atau 17 orang manakala hanya 9.3% responden atau 4 orang
yang tidakpasti. Bagi peratusan untuk tidak bersetuju pula mendapati sebanyak 14.0% iaitu
sebanyak 6 orang. Dan yang terakhir bagi peratusan sangat tidak setuju ialah 4.7% iaitu
sebanyak 2 orang responden sahaja. Analisis secara min pada item ini mencapai yang tinggi
iaitu min=3.81. Dapatan ini membayangkan masyarakat orang asli mempunyai pengetahuan
yang baik mengenai solat dan rukunnya sebelum bengkel ini diadakan.
Jadual 4.3.2 Taburan Mengikut Responden Yang Boleh Melakukan Solat Sendiri
Keberkesanan
bengkel amali solat
(sebelum)

Sangat
tidak
setuju

Peserta mampu
3
untuk melaksanakan
7%
solat sendiri

Tidak
setuju

Tidak
pasti

Setuju

Sangat
setuju

Min

11

14

3.60

16.3%

18.6%

25.6%

32.6%

Dapatan soal selidik mendapati bahawa responden iaitu peserta mampu untuk melaksanakan
solat sendiri. Hal ini dibuktikan melalui jadual 4.3.2 dimana kadar peratusan yang sangat
bersetuju iaitu sebanyak 32.6% atau 14 orang dan dikuatkan lagi dengan yang bersetuju iaitu
sebanyak 25.6% atau 11 orang manakala hanya 18.6% responden atau 8 orang yang
tidakpasti. Bagi peratusan untuk tidak bersetuju pula mendapati sebanyak 16.3% iaitu
sebanyak 7 orang. Dan yang terakhir bagi peratusan sangat tidak setuju ialah 7.0% iaitu
sebanyak 3 orang responden sahaja. Pada item ini skor min=3.60 menunjukkan tahap min
yang sederhana memberi petunjuk bahawa terdapat sesetengah masyarakat orang asli boleh
melakukan solat sendiri dan sebahagian lagi masih memerlukan bimbingan dari pihak lain
seperti pendakwah dari kalangan penggerak masyarakat orang asli dan wakil-wakil NGO
yang berkaitan.
Jadual 4.3.3 Taburan Mengikut Responden Yang Melakukan Solat Di Awal Waktu
Keberkesanan
bengkel amali solat
(sebelum)

Sangat
tidak
setuju

Tidak
setuju

Tidak
pasti

Setuju

Sangat
setuju

Min

11

10

2.91

9.3%

25.6%

23.3%

20.9%

20.9%

Peserta solat di
awal waktu

Dapatan soal selidik mendapati bahawa responden tidak melakukan solat diawal waktu. Hal
ini dibuktikan melalui jadual

4.3.3 dimana kadar peratusan yang sangat bersetuju iaitu

hanyalah sebanyak 20.9% atau 9 orang dan dikuatkan lagi dengan yang bersetuju juga iaitu
hanya sebanyak 20.9% atau 9 orang manakala

23.3% responden atau 10 orang yang

tidakpasti. Bagi peratusan untuk tidak bersetuju pula mendapati sebanyak 25.6% iaitu
sebanyak 11 orang. Dan yang terakhir bagi peratusan sangat tidak setuju ialah 9.3% iaitu
sebanyak 4 orang responden sahaja. pencapaian secara min pada item ini berada pada tahap
sederhana iaitu min=2.91.
Jadual 4.3.4 Taburan Mengikut Respon Yang Diberi Mengenai Solat
Keberkesanan
bengkel amali solat
(sebelum)
Peserta dapat
memberi respon
mengenai solat
apabila di tanya

Sangat
tidak
setuju

Tidak
setuju

Tidak
pasti

Setuju

Sangat
setuju

Min

13

16

3.81

4.7%

14%

14%

30.2%

37.2%

Dapatan soal selidik mendapati bahawa responden dapat memberikan respon yang baik
apabila ditanyakan mengenai solat. Hal ini dibuktikan melalui jadual 4.3.4 dimana kadar
peratusan yang sangat bersetuju mendapat respon paling tinggi iaitu sebanyak 37.2% atau 16
orang dan dikuatkan lagi dengan yang bersetuju iaitu sebanyak 30.2% atau 13 orang
manakala hanya 14.0% responden atau 6 orang yang tidakpasti. Bagi peratusan untuk tidak
bersetuju pula mendapati sebanyak 14.0% iaitu sebanyak 6 orang. Dan yang terakhir bagi
peratusan sangat tidak setuju ialah 4.7% iaitu sebanyak 2 orang responden sahaja. Jumlah
min berdasarkan analisis borang soal selidik menunjukkan min=3.81, ini menunjukkan tahap
min yang tinggi.
Jadual 4.3.5 Taburan Mengikut Respon Memberi Kerjasama Dengan Rakan Tentang Solat
Keberkesanan
bengkel amali solat
(sebelum)

Sangat
tidak
setuju

Tidak
setuju

Tidak
pasti

Setuju

Sangat
setuju

Min

Peserta sedia untuk


berkongsi maklumat
mengenai solat
bersama-sama rakan

14

12

13

3.77

2.3%

7%

32.6%

27.9%

30.2%

Dapatan soal selidik mendapati bahawa responden iaitu peserta bersedia untuk kongsi
maklumat mengenai solat bersama-sama rakan-rakan.

Hal ini dibuktikan melalui jadual

4.3.5 dimana kadar peratusan yang sangat bersetuju mendapat respon kedua tertinggi iaitu
sebanyak 30.2% atau 13 orang dan dikuatkan lagi dengan yang bersetuju iaitu sebanyak
37.9% atau 12 orang . Manakala 32.6% responden atau 14 orang yang tidakpasti dan ini
adalah merupakan respon yang paling tinggi bagi seluruh responden. Bagi peratusan untuk
tidak bersetuju pula mendapati sebanyak 7.0% iaitu sebanyak 3 orang. Dan yang terakhir bagi
peratusan sangat tidak setuju ialah 2.3% iaitu sebanyak 1 orang responden sahaja. analisis
secara min pada item ini mencapai min yang tinggi iaitu min=3.77.
Jadual 4.3.6 Taburan Mengikut Minat Responden Untuk Belajar Mengenai Solat
Keberkesanan
bengkel amali solat
(sebelum)

Sangat
tidak
setuju

Tidak
setuju

Tidak
pasti

Setuju

Sangat
setuju

Min

Peserta mempunyai
minat yang tinggi
untuk mempelajari
bab solat

19

21

3.40

2.3%

4.7%

44.2%

48.8%
6

Dapatan soal selidik mendapati bahawa responden mempunyai minat yang tinggi untuk
mempelajari solat. Hal ini dibuktikan melalui jadual 4.3.6 dimana kadar peratusan yang
sangat bersetuju iaitu sebanyak 48.8% atau 21 orang dan dikuatkan lagi dengan yang
bersetuju iaitu sebanyak 44.2% atau 19 orang manakala hanya 4.7% responden atau 2 orang
yang tidakpasti. Bagi peratusan untuk tidak bersetuju pula mendapati sebanyak 2.3% iaitu
sebanyak 1 orang. Jumlah min untuk item ini menunjukkan min di tahap sederhana iaitu
min=3.40.
Jadual 4.3.7 Taburan Mengikut Respon Mempunyai Kesungguhan Belajar Mengenai Solat
Keberkesanan
bengkel amali solat
(sebelum)

Sangat
tidak
setuju

Tidak
setuju

Tidak
pasti

Setuju

Sangat
setuju

Min

Peserta mempunyai
kesungguhan yang
tinggi mempelajari
bab solat dan
menambah amalan
agama

16

24

2.49

7.0%

37.2%

55.8%

Dapatan soal selidik mendapati bahawa responden mempunyai kesungguhan yang tinggi
dalam mempelajari bab solat dan menambah amalan agama. Hal ini dibuktikan melalui
jadual 4.3.7 dimana kadar peratusan yang sangat bersetuju iaitu sebanyak 55.8% atau 24
orang dan dikuatkan lagi dengan yang bersetuju iaitu sebanyak 37.2% atau 16 orang
manakala hanya 97.0% responden atau 3 orang yang tidakpasti. Analisis secara min pada
item ini mencapai min yang sederhana iaitu min=2.49.

Jadual 4.3.8 Taburanan Mengikut Responden Bersedia Untuk Menambah Amalannya


Keberkesanan
bengkel amali solat
(sebelum)
Peserta bersedia
untuk menambah
baik amalannya

Sangat
tidak
setuju
-

Tidak
setuju

Tidak
pasti

Setuju

Sangat
setuju

Min

19

21

3.40

2.3%

4.7%

44.2%

48.8%

Dapatan soal selidik mendapati bahawa responden bersedia untuk menambah baik amalannya.
Hal ini dibuktikan melalui jadual 4.3.8 dimana kadar peratusan yang sangat bersetuju iaitu
sebanyak 60.5% atau 26 orang dan dikuatkan lagi dengan yang bersetuju iaitu sebanyak
34.9% atau 15 orang manakala hanya 4.7% responden atau 2 orang yang tidakpasti. Jumlah
min bagi item ini berada di tahap sederhana iaitu min=3.40.

Jadual 4.3.9 Taburan Mengikut Responden Bersedia Mengajak Rakannya Untuk Belajar
Keberkesanan
bengkel amali solat
(sebelum)
Peserta bersedia
untuk mengajak
rakan-rakan yang
lain untuk
mempelajari
mengenai solat

Sangat
tidak
setuju

Tidak
setuju

Tidak
pasti

Setuju

Sangat
setuju

Min

12

19

4.02

4.7%

4.7%

18.6%

27.9%

44.2%

Dapatan soal selidik mendapati bahawa responden bersedia untuk mengajak rakan-rakan
yang lain untuk mempelajari mengenai solat . Hal ini dibuktikan melalui jadual 4.3.9
dimana kadar peratusan yang sangat bersetuju iaitu sebanyak 44.2% atau 19 orang dan
dikuatkan lagi dengan yang bersetuju iaitu sebanyak 27.9% atau 12 orang manakala hanya
18.6% responden atau 8 orang yang tidakpasti. Bagi peratusan untuk tidak bersetuju pula
mendapati sebanyak 4.7% iaitu sebanyak 2 orang. Dan yang terakhir bagi peratusan sangat
tidak setuju ialah 4.7% iaitu sebanyak 2 orang responden sahaja. analisis min untuk item
diatas menunjukkan tahap tinggi iaitu min=4.02.
Jadual 4.3.10 Taburan Mengikut Responden Yang Mendapat Kepuasan Daripada
Mempelajari Bab Solat
Keberkesanan
bengkel amali solat
(sebelum)
Peserta mendapat
kepuasan daripada
mempelajari bab
solat

Sangat
tidak
setuju
-

Tidak
setuju

Tidak
pasti

Setuju

Sangat
setuju

Min

13

21

3.19

9.3%

11.6%

30.2%

48.8%

Dapatan soal selidik mendapati bahawa responden mendapat kepuasan daripada mempelajari
bab solat berdasarkan pencapaian ditahap sederhana iaitu min=3.19. Hal ini dibuktikan
melalui jadual 4.3.10 dimana kadar peratusan yang sangat bersetuju iaitu sebanyak 48.8%
atau 21 orang dan dikuatkan lagi dengan yang bersetuju iaitu sebanyak 30.2% atau 13 orang
manakala hanya 11.6% responden atau 5 orang yang tidakpasti. Bagi peratusan untuk tidak
bersetuju pula mendapati sebanyak 9.3% iaitu sebanyak 4 orang.

HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN


Penilaian terhadap Keberkesanan Bengkel Amali Solat ( Selepas)
Penilaian terhadap modul bengkel amali solat (selepas) tertumpu kepada beberapa perkara
berikut :
a) Peserta memiliki pengetahuan tentang solat dan rukun solat.
b) Peserta mampu untuk melaksanakan solat sendiri.
c) Peserta pada waktu solat dan di awal waktu.
d) Peserta dapat memberi respon mengenai solat apabila ditanya.
e) Peserta sedia untuk berkongsi maklumat mengenai solat bersama-sama rakan.
f) Peserta mempunyai minat yang tinggi untuk mempelajari bab solat.
g) Peserta mempunyai kesungguhan yang tinggi mempelajari bab solat dan menambah
amalan agama.
h) Peserta bersedia untuk menambah baik amalannya.
i) Peserta bersedia untuk mengajak rakan-rakan yang lain untuk mempelajari mengenai
solat
j) Peserta mendapat kepuasan daripada mempelajari bab solat.

Jadual 4.4.1 Taburan Mengikut Pengetahuan Tentang Solat Dan Rukun Solat
Keberkesanan
bengkel amali
solat (Selepas)
Peserta memiliki
pengetahuan tentang
solat dan rukun solat

Tidak
setuju

Tidak
pasti

Setuju

Sangat
setuju

Min

22

16

4.18

7.0%

4.7%

51.2%

37.2%

Dapatan soal selidik mendapati bahawa responden mengetahui pengetahuan tentang solat dan
rukun solat. Hal ini dapat dibuktikan melalui jadual 4.4.1 dimana 22 orang iaitu bersamaan
dengan 51.2% telah bersetuju dan ditambah lagi dengan 16 orang bersamaan 37.2%
mengatakan sangat setuju. Analisis min pada item ini mencapai min yang tinggi iaitu min=
4.18. Dapatan merumuskan bahawa kemungkinan peserta lebih mengetahui tentang solat dan
rukun solat setelah mengikuti bengkel yang dianjurkan.

Jadual 4.4.2 Taburan Mengikut Responden Yang Boleh Melakukan Solat Sendiri
Keberkesanan
bengkel amali
Solat (Selepas)
Peserta mampu
untuk
melaksanakan solat
sendiri

Tidak
setuju

Tidak
pasti

Setuju

Sangat
setuju

Min

12

15

10

2.67

14.0%

27.9%

34.9%

23.3%

Dapatan soal selidik mendapati bahawa responden sudah mampu untuk menunaikan solat
bersendirian berdasarkan jadual 4.4.2. Seramai 15 orang responden iaitu bersamaan dengan
34.9% bersetuju mampu untuk solat sendiri dan ditambah lagi dengan 10 orang responden
sebanyak 23.3 % sangat setuju dan mampu untuk solat bersendirian. Analisis min bagi item
di atas adalah min=2.67. Oleh kerana responden sudah mempunyai asas pengetahuan solat
seperti yang disebut pada rajah sebelum ini, maka responden berkeyakinan untuk melakukan
solat bersendirian.

Jadual 4.4.3 Taburan Mengikut Responden Yang Melakukan Solat Pada Awal Waktu

Keberkesanan
bengkel amali
solat (Selepas)
Peserta pada
waktu solat dan di
awal waktu

Tidak
setuju

Tidak
pasti

Setuju

Sangat
setuju

Min

12

15

10

2.67%

14.0%

27.9%

34.9%

23.3%

Dapatan soal selidik mendapati bahawa responden solat 5 waktu dan diawal waktu.
Berdasarkan jadual 4.4.3 seramai 15 orang bersamaan 34.9% bersetuju solat di awal waktu
dan hasil dapatan bagi responden bersetuju adalah yang paling tinggi iaitu sebanyak 34.5 %.
Walau bagaimanapun, responden yang memberikan jawapan tidak pasti turut mencatatkan
angka yang lebih tinggi berbanding responden sangat setuju iaitu seramai 12 orang
bersamaan 27.9%. Manakala terdapat juga responden yang memilih untuk memberikan
jawapan tidak setuju iaitu seramai 6 orang bersamaan 14.0%. Min bagi rajah di atas adalah
min= 2.67. Hasil dapatan ini berada di tahap minima dan faktor kurang kesedaran responden
10

tentang kepentingan solat di awal waktu telah mempengaruhi pemilihan jawapan oleh
responden yang terlibat.

Jadual 4.4.4 Taburan Mengikut Respon Yang Diberi Apabila Ditanya Tentang Solat
Keberkesanan
bengkel amali
solat (Selepas)
Peserta dapat
memberi respon
mengenai solat
apabila ditanya

Tidak
setuju

Tidak
pasti

Setuju

Sangat
setuju

Min

19

18

4.18

4.7%

7.0%

44.2%

41.9%

Dapatan soal selidik mendapati bahawa responden dapat memberi respon mengenai solat
apabila ditanya. Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan jadual 4.4.4 dimana seramai 19 orang
atau 44.2% bersetuju dapat memberi respon apabila ditanya mengenai solat dan dikuatkan
lagi dengan seramai 18 orang atau 41.9% sangat setuju dapat memberi respon apabila ditanya
tentang solat. Analisis min pada item ini mencapai min yang tinggi iaitu min= 4.18. Dapatan
ini diperolehi berkemungkinan peserta lebih berkeyakinan untuk menjawah soalan berkaitan
solat setelah selesai mengikuti bengkel yang dianjurkan.

Jadual 4.4.5 Taburan Mengikut Respon Memberi Kerjasama Dengan Rakan Tentang
Solat
Keberkesanan
bengkel amali
solat (Selepas)
Peserta sedia untuk
berkongsi
maklumat
mengenai
solat
bersama-sama
rakan

Tidak
setuju

Tidak
pasti

Setuju

Sangat
setuju

Min

18

18

3.39%

4.7%

16.3%

37.2%

37.2%

Dapatan soal selidik mendapati bahawa responden bersetuju untuk berkongi maklumat
tentang solat kepada rakan-rakan. Berdasarkan jadual 4.4.5, seramai 18 orang responden atau
37.2% mengatakan setuju dan 18 orang responden atau 37.2% mengatakan sangat setuju
untuk berkongsi maklumat mengenai solat kepada rakan di sekeliling mereka. Manakala 7
11

orang responden memilih untuk menjawab tidak pasti dan 2 orang responden menjawab tidak
setuju. Analisa min di atas adalah min=3.39 dan ianya mencapai tahap tinggi. Penulis
mengandaikan bahawa faktor melakukan aktiviti ini bersama-sama telah mempengaruhi
mereka untuk saling membantu dan berkongsi pengetahuan mengenai solat.

Jadual 4.4.6 Taburan Peserta Mempunyai Minat Yang Tinggi Untuk Mempelajari Bab
Solat.
Keberkesanan
bengkel amali
solat (Selepas)
Peserta mempunyai
minat yang tinggi
untuk mempelajari
bab solat.

Tidak
pasti

Setuju

Sangat
setuju

Min

19

23

2.51%

2.3%

44.2%

53.5%

Dapatan soal selidik mendapati bahawa responden mempunyai minat yang tinggi untuk
mempelajari bab solat. Berdasarkan jadual 4.4.6 seramai 19 orang atau 44.2% mengatakan
setuju dan seramai 23 orang atau 53.5% mengatakan sangat setuju untuk mempelajari bab
solat. Di ikuti seorang responden yang memberi jawapan tidak pasti dan min bagi jadual di
atas adalah min=2.51%. Secara keseluruhannya, penulis melihat para responden bertindak
balas yang baik terhadap modul ini kerana mempunyai minat yang tinggi dalam mendalami
ilmu berkaitan dengan solat.

Jadual 4.4.7 Taburan Mengikut Respon Mempunyai Kesungguhan Belajar Tentang


Solat
Keberkesanan
bengkel amali
solat (Selepas)
Peserta mempunyai
kesungguhan yang
tinggi mempelajari
bab
solat
dan
menambah amalan
agama

Tidak
pasti

Setuju

Sangat
setuju

Min

17

24

2.51%

4.7%

39.5%

55.8%

12

Dapatan soal selidik mendapati bahawa responden sangat bersungguh-sungguh untuk


mempelajari bab solat dan menambah amalan agama. Berdasarkan jadual 4.4.7 seramai 17
orang atau 39.5% mengatakan setuju dan seramai 24 orang atau 55.8% mengatakan sangat
setuju untuk menambah amalan agama dan purata min pula adala min= 2.51. Peratusan yang
tinggi di tunjukkan pada jawapan Sangat setuju yang dipilih oleh responden sekaligus penulis
boleh mengandaikan bahawa penguasaan yang baik dalam perkara asas mengenai solat telah
mempengaruhi kesungguhan mereka untuk belajar dengan lebih mendalam mengenai solat.

Jadual 4.4.8 Taburan Mengikut Responden Bersedia Untuk Menambah Amalannya


Keberkesanan
bengkel amali solat
(Selepas)
Peserta bersedia
untuk menambah
baik amalannya

Tidak
pasti

Setuju

Sangat
setuju

Min

14

25

2.48

9.3%

32.6%

58.1%

Dapatan soal selidik mendapati bahawa responden bersedia untuk menambah baik amalannya.
Berdasarkan jadual 4.4.8 seramai 14 orang atau 32.6% mengatakan setuju manakala seramai
25 orang atau 58.1% dan hanya 4 orang responden 9.3% memilih jawapan tidak pasti. Bagi
nilai purata min ialah 2.48 dan ini menunjukkan secara keseluruhan bahawa majoriti
responden mahu dan bersedia untuk menambah amalan mereka. Hasil dapatan ini
menunjukkan penyusunan dan pelaksanaan modul amali solat ini memberi impak positif
kepada para responden untuk lebih mendalami ajaran agama Islam selepas ini.

Jadual 4.4.9 Taburan Mengikut Responden Bersedia Mengajak Rakannya Untuk


Belajar
Keberkesanan
bengkel amali
solat (Selepas)
Peserta bersedia
untuk mengajak
rakan-rakan yang
lain untuk
mempelajari
mengenai solat

Sangat tidak
setuju

Tidak Setuju

Tidak Pasti

Setuju

Sangat
Setuju

12

19

4.7%

4.7%

18.6%

27.9%

44.2%

Min

4.0
2

13

Dapatan soal selidik mendapati bahawa responden bersedia untuk mengajak rakan-rakan lain
untuk mempelajari solat. Berdasarkan jadual 4.4.9 seramai 19 orang atau 44.2% mengatakan
setuju dan seramai 19 orang bersamaan 44.2% mengatakan sangat setuju untuk mengajak
rakan-rakan mempelajari solat. Analisis min pada item ini mencapai min yang tinggi iaitu
min= 4.02. Dapatan ini membayangkan

peserta merasa seronok mengikuti bengkel

seumpama ini dan mengajak sama rakan-rakan untuk ikut serta bersama mereka.

Jadual 4.4.10 Taburan Mengikut Responden Yang Mendapat Kepuasan Daripada Bab
Solat
Keberkesanan
bengkel amali
solat (Selepas)
Peserta mendapat
kepuasan daripada
mempelajari bab
solat.

Tidak setuju

Tidak Pasti

Setuju

Sangat Setuju

Min

13

21

3.18

9.3%

11.6%

30.2%

44.8%

Dapatan soal selidik mendapati bahawa responden berpuas hati kerana dapat mempelajari bab
solat. Berdasarkan jadual 4.4.10, seramai 13 orang atau 30.2% bersetuju dan berasa puas
apabila dapat mempelajari solat manakala seramai 21 orang atau 44.8 % memilih jawapan
sangat bersetuju. Selain itu, seramai 5 orang responden iaitu bersamaan dengan 11.6%
memilih untuk menjawab tidak pasti dan 4 orang responden (9.3%) menyatakan tidak
bersetuju manakala analisa min pada item ini adalah min=3.18. Secara keseluruhan, penulis
berpendapat bahawa modul ini memberi kesan yang positif terhadap pengetahuan agama
responden.
Kesimpulannya, penilaian bengkel fardhu ain amali solat ini yang dikumpulkan
selepas diadakan aktiviti latihan amali solat telah memberikan impak dan kesan yang positif
dalam diri para responden yang terlibat. Selain itu, jadual-jadual yang ditunjukkan di atas
jelas membayangkan bahawa para responden sangat berminat untuk mengetahui dengan lebih
mendalam.

KESIMPULAN
Kertas kerja ini mendapati pendekatan modul fardhu ain amali solat ini sesuai dan releven
untuk diaplikasikan kepada masyarakat Orang Asli. Selain itu, kertas kerja ini juga mendapati
14

penerimaan masyarakat Orang Asli adalah memberangsangkan terhadap pendekatan yang


digunakan dalam modul bengkel fardhu ain amali solat ini. Ini berdasarkan dapatan kajian
yang menunjukkan masyarakat Orang Asli di Kampung Brooke Lama yang memiliki
pengetahuan yang baik mengenai solat dan rukunnya. Impak positif yang jelas diperolehi
selepas pelaksanaan bengkel ini ditunjukkan melalui kesediaan masyarakat Orang Asli untuk
menambah pengetahuan dan memperbaiki kesempurnaan solat itu sendiri. Justeru itu,
pendekatan modul fardhu ain amali solat terhadap masyarakat Orang asli patut diteruskan
oleh pihak-pihak yang berkaitan bagi menyebarluaskan syiar Islam sebagai rahmatan
lilalamin.

RUJUKAN
Al-Quran
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). 2011. Mesyuarat Perancanga Kemajuan Orang
Asli melalui Program Kerjasama JAKIM-JAKOA. Wilayah Persekutan Kuala Lumpur.
Jamila K. A. Mohamed Kutty, Mohd Hanafi Mohd Yasin & Rosadah Abdul Majid. (2009).
Pengajaran dan Pembelajaran Amali Solat di Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah
Pembelajaran. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Siri Ke-7.
Jamilah Mohd Zain & Engku Ahmad Zaki Engku Alwi. 2014. Aktiviti Dakwah jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Terhadap masyarakat Orang Asli: Pelaksanaan dan
Cabarannya. Prosiding Bicara Dakwah Kali ke-15: Pengurusan Dakwah Kontemporari.
Penerbit: Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam,UKM.
Selangor: Bangi.
Razaleigh bin Muhamat @ Kawangit. 23. Dakwah Orang Asli: Suatu Pengalaman
Pengislaman. Jurnal Kemanusiaan. Kolej Universiti teknologi Tun Hussein Onn. Jilid 1.
Bilangan 1. Penerbit: Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. (KUITTHO)

15

Você também pode gostar