Você está na página 1de 36

PENGENALAN SEJARAH

Jadual 1.1: Pengertian Sejarah Menurut Pandangan Tokoh


Tokoh

Pengertian Sejarah

Herodotus

Sejarah bermaksud penyelidikan atau penyiasatan terhadap


segala peristiwa silam mahupun sezaman

Leopold von Ranke

Sejarah haruslah dikaji dan ditulis seperti sebenarnya


berlaku (wes es eigentlich gewesen) berasaskan fakta-fakta
dan dokumen-dokumen yang dikaji secara saintifik

R. G. Collingwood

Sejarah ialah sebuah bentuk penyelidikan tentang hal-hal


yang telah dilakukan oleh manusia pada masa lampau.

E. H. Carr

Sejarah adalah satu proses yang tidak putus-putus antara


ahli sejarah dengan faktanya atau antara masa kini dengan
masa lampau.

Ilmu Khaldun

Sejarah adalah catatan atau maklumat tentang masyarakat


dan tamadun dunia dan perubahan yang berlaku pada
masyarakat tersebut.

Abdul Rahman
Abdullah

Sejarah sebagai realiti objektif (fakta) memerlukan pemikiran


subjektif (interpretasi) sejarahwan yang bertanggungjawab.

Disiplin Sejarah
Politik
Tema politik sentiasa menarik perhatian sejarawan dan masyarakat
kerana naluri manusia sendiri yang gemarkan kuasa, pangkat, harta, dan
wanita. Sifat manusia yang tamak kuasa inilah yang menyebabkan segala
sesuatu dilihat dan dinilai dari sudut pandangan ini. Antara mereka termasuklah
ahli sejarawan yang melihat seolah-olah kuasa politiklah yang sebenarnya
menjadi faktor utama pengerak yang mengubah perjalanan sejarah manusia
selama ini. Maka tidak hairanlah jikalau sejarah politik sentiasa berpengaruh
sepanjang zaman.Sejarah politik terbahagi kepada dua iaitu politik tinggi, dan
politik rendah. Sejarah politik tinggi menyentuh tentang (i) kegiatan golongan
elit yang memerintah, (ii) dasar-dasar pentadbiran dan perlaksanaannya, dan
(iii) urusan diplomatik dan strategik. Sejarah politik rendah lebih tertumpu
kepada kegiatan masyarakat dan orang-orang awam. Sebagai contoh gerakan
politik di kampung-kampung, atau sikap para pengundi atau para penyokong
parti tertentu. Walaupun masih menyentuh sejarah politik namun kesannya
tidak sampai kepada peringkat negara.

Sejarah Sosial

Kemunculan aliran sejarah sosial adalah akibat kritikan terhadap sejarah


politik yang dianggap sempit dan terbatas kepada golongan elit atau pihak yang
berkuasa sahaja. Sejarah sosial mengetepikan politik dan lebih tertumpu
kepada sejarah orang kebanyakan. Di antara aspek-aspek yang dikaji dalam
sejarah sosial ialah kebudayaan, kesenian, kesusasteraan, agama, ekonomi,
pendidikan, perundangan, pemikiran, keluarga, wanita, etnik dan sebagainya.
Ciri utama yang menjadi tumpuan ialah aspek kualitatif berbanding aspek
kuantitatif. Aspek kualitatif yang dimaksudkan ialah sistem nilai atau sikap
golongan yang dikaji sedangkan aspek kuantitatif lebih banyak menggunakan
perangkaan atau rajah dalam kajiannya.
Sejarah Ekonomi
Walaupun pada asalnya sejarah sosial termasuk sejarah ekonomi, tetapi
sejarah ekonomi telah berkembang menjadi satu subdisiplin yang tersendiri.
Sejarah ekonomi terbahagi kepada dua jenis. Jenis yang pertama bersifat
tematik, iaitu menekankan aspek kegiatan ekonomi atau tema-tema ekonomi
dalam sejarah. Manakala jenis yang kedua bersifat paradigmatik, iaitu faktor
ekonomi sebagai skema mental atau asas falsafah dalam menganalisis setiap
kejadian sejarah. Sebagai suatu tema, sejarah ekonomi berkembang hingga
melahirkan dua aliran lagi iaitu aliran tradisional dan aliran New Economic
History (cliometrics). Sifat aliran tradisional agak menyeluruh dan luas hingga
termasuk kegiatan sosial. Manakala sifat aliran New Economic History
(cliometrics) terlalu khusus dan menjurus kepada persoalan ekonomi sematamata dengan menggunakan kaedah-kaedah matematik, ekonometrik dan
kuantitatif. Kedua-dua aliran sejarah ekonomi ini terus berkembang dan saling
melengkapi dalam pendekatan masing-masing. Di antara ciri-ciri sejarah
ekonomi ialah (i) kemampuan membuat generalisasi, (ii) kemampuan menyusun
data secara kuantitatif, (iii) kemampuan membuat kajian perbandingan, dan (iv)
mengindentifikasikan pola atau kecenderungan. Generalisasi walaupun bersifat
abstrak merupakan suatu konstruksi berdasarkan kuantifikasi dan perbandingan
secara empirik untuk menghasilkan suatu hukum.
Pemikiran Sejarah
Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS)
merupakan proses kognitif yang membolehkan murid meneroka idea yang
kompleks dan abstrak dengan bimbingan guru. KPS juga membantu murid
memahami bagaimana sejarawan menggabungjalinkan peristiwa lalu dengan
menggunakan bukti-bukti sejarah bagi menentukan signifikan sesuatu peristiwa
ke arah meningkatkan pemikiran kritis dan kreatif. Penguasaan kesemua
elemen dalam kemahiran ini membolehkan murid dapat melihat sesuatu
peristiwa sejarah secara empati. KPS sesuai diaplikasikan dalam hampir semua
situasi pengajaran dan pembelajaran. Penerapan KPS dapat membantu guru
menghidupkan suasana pembelajaran Sejarah yang sekaligus boleh
meningkatkan minat murid. Ini membolehkan murid menjadi lebih kritis, kreatif
dan inovatif. Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah yang perlu dikuasai oleh murid
di peringkat sekolah rendah adalah seperti berikut:

a) Elemen Asas Sejarah

i. Tokoh
ii. Tempat
iii. Peristiwa
iv. Tarikh/ Masa
b) Konsep Masa
i. Tempoh
ii. Jarak masa
iii. Tarikh spesifik
c) Susunan Masa
i. Awalan, perkembangan dan akhiran
ii. Mengukur dan mengira
d) Konversi Masa
i. Membuat interpretasi garis masa
ii. Menerangkan perubahan dan kesinambungan dalam urutan masa
e) Isu dan Masalah Masa Lalu
i. Mengkaji sebab-musabab
ii. Melihat perubahan dan kesinambungan
iii. Melihat sebab dan akibat
f) Perbandingan Masa Lalu
i. Mencari persamaan
ii. Mencari perbezaan
g) Imaginasi dan Empati
i. Imaginasi secara visual
ii. Mengembangkan kreativiti
iii. Imaginasi berdasarkan perasaan
h) Mencari Sumber
i. Kaedah mencari sumber
ii. Mengenal pasti sumber
iii. Menggunakan sumber
i) Signifikan Bukti
i. Tarikh berlaku
ii. Tokoh yang terlibat
iii. Peristiwa yang berlaku
iv. Lokasi/tempat peristiwa berlaku
v. Bagaimana berlaku
Sumber Sejarah
Mengikut E.H Carr sumber sejarah ialah sekumpulan fakta yang telah dianalisis
dan disahkan fakta yang benar. Tapi bagi Gottschalk, sumber sejarah ialah
kesaksian dalam bentuk tulisan, nota dan saksi utama dalam sesuatu peristiwa
sejarah. R.G Collingwood pula berpandangan sumber sejarah ialah teks dengan
keterangan tentang sesuatu peristiwa sejarah. Sumber sejarah adalah bahan
tinggalan lalu yang mempunyai nilai sejarah sama ada berbentuk tulisan, bahan
artifak, atau keterangan lisan. Lous Gottschalk pula menyatakan sumber
3

sejarah adalah bahan bukti dalam bentuk tulisan, catatan dan saksi utama
kepadaperistiwa sejarah yang berlaku. Secara umumnya sumber sejarah
terbahagi kepada empat iaitu sumber primer dan sumber sekunder, sumber
arkeologi dan sumber lisan.
a.

Sumber Primer

Sumber primer merupakan sumber yang diperoleh daripada saksi kepada


peristiwa yang berlaku. Sumber ini dikenali sebagai sumber asal (early sources,
first sources, main sources, first-hand sources) yang mengandungi maklumat
tentang sesuatu peristiwa yang dikaji. Menurut Nadzan haron (2012) sumber
primer dikategori sebagai sumber asli dan bukan asli. Sumber primer asli adalah
bahan mentah yang belum diproses atau diubahsuai iaitu:i.
dokumen yang belum disalin atau diterjemahkan kepada bahasa
asing dan masih kekal dalam tulisan asal.
ii.
sumber awal yang belum ditafsirkan
iii.
teks asli yang belum ditokoktambah atau belum dipinda.
iv.
sumber yang pertama kali diperoleh yang memberi keterangan
atau maklumat tentang kaji selidik.
Sumber primer bukan asli merupakan sumber yang tidak diketahui keasliannya
dan tidak dalam bentuk sumber asal, tidak diketahui siapa penulis atau yang
menghasilkannya, telah dipinda, diperbetulkan fakta sebenarnya, telah
ditafsirkan dan tidak mampu memberi maklumat yang jelas dan tepat kepada
pengkaji. Antara sumber primer ialah:
i.
manuskrip, surat, catatan harian
ii
fail dan rekod kerajaan
iii
laporan tahunan
iv
artifak
v
gambar
vi
keterangan proto dan saksi mata
b.

Sumber sekunder

Sumber sekunder merupakan sumber yang terhasil daripada sumber primer.


Pembentukannya adalah hasil daripada kajian yang telah dilakukan oleh
sejarawan. Termasuk dalam kategori ini ialah hasil-hasil penulisan oleh penulis
dalam jurnal, buku, tesis, akhbar dan bahan seminar. Ciri-ciri sumber sekunder
menurut Nadzan (2012) antara lainnya ialah:
i.
ii
iii
iv
v
vi
C.

hasil penyelidikan yang telah dilakukan


bahan mentah yang telah diproses oleh pengkaji sejarah semasa
membuat penyelidikan.
sumber yang telah ditafsirkan, dianalisis dan dipertimbangkan
untuk menentukan kesahihan yang terkandung.
sumber yang telah diterjemahkan daripada bahasa asal ke dalam
bahasa terjemahan.
sumber rujukan yang berfungsi sebagai bandingan demi
menguatkan sesuatu pendapat dan pentafsiran pengkaji sejarah
sumber yang mudah diperoleh, tidak berbentuk sulit, telah
diterbitkan dan bukan milik individu.
Sumber arkeologi

Kaedah saintifik mencari bahan tinggalan sejarah yang terlalu lama terutama di
zaman prasejarah dimana tiada rekod bertulis yang disimpan. Ahli arkeologi
akan mengesan, meneroka, mencari dan memperoleh artifak sejarah yang
terdapat. Mereka akan melakukan ekskavasi di tapak-tapak yang telah
dikenalpasti adanya tinggalan sejarah. Sumber ini menjadi asas penting untuk
mengetahui ketamadunan lampau seperti ketamadunan Yunani, Melayu, China
mahupun lain-lain tamadun dunia.
d.

Sumber Lisan

Sumber lisan merupakan keterangan tidak bertulis mengenai seseorang atau


sesuatu peristiwa sejarah. Keterangan lisan ini boleh diperolehi dengan
wawancara sama ada dengan pelaku sendiri, saksimata, pendengar atau
seseorang yang mengetahui tentang sesuatu peristiwa, perkara, tokoh yang
dikaji oleh sejarawan atau ahli akademik. Sumber lisan ini termasuklah:
a.
b.
c.
d.
e.

keterangan proto
keterangann saksimata
keterangan kata dengar
tradisi lisan terkawal
tradisi lisan tidak terkawal

Keterangan proto merupakan sumber yang diperoleh daripada seseorang yang


peranannya dalam peristiwa sejarah yang dikaji. Keterangan saksimata
merupakan keterangan yang diperoleh daripada seseorang yang melihat atau
menjadi saksi peristiwa sejarah yang berlaku. Keterangan dengar adalah apa
yang diketahui melalui sumber orang lain. Manakala tradisi lisan ialah
keterangan yang telah melalui proses transmisi penuturan dari mulut ke mulut
dari generasi ke generasi berikutnya

.SEJARAH AWAL
Sumber arkeologi menjelaskan bahawa Malaysia telah diduduki oleh
manusia sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Sumber ini juga menjelaskan
bahawa terdapat empat zaman prasejarah iaitu:
(a) Zaman Paleolitik (Zaman Batu Awal)
(b) Zaman Mesolitik (Zaman Batu Pertengahan)
(c) Zaman Neolitik (Zaman Batu Baharu)
(d) Zaman Logam (Zaman Gangsa-Besi)
(a) Zaman Paleolitik (Zaman Batu Awal)
Berdasarkan rekod-rekod sejarah, zaman ini wujud kira-kira 35 000 tahun yang
lalu. Komunitinya tinggal dalam gua-gua. Kegiatan ekonomi mereka bersifat
sara diri dan hidup secara nomad. Contoh petempatan komuniti ini ialah di Gua
Badak dan Kota Tampan (Perak), Gua Niah (Sarawak) dan Tingkayu (Sabah).
(b) Zaman Mesolitik (Zaman Batu Pertengahan)
Berbanding dengan Zaman Paleolitik, zaman ini dianggarkan wujud sekitar
11000 tahun yang lalu. Komuniti zaman ini tertumpu di gua-gua batu kapur.
Mereka sudah mula mendiami kawasan sekitar sungai dan pinggir laut.
Peralatan batu yang digunakan dalam kehidupan seharian mereka lebih halus
buatannya. Masih memburu binatang dan mula bercucuk tanam. Kawasan
petempatan mereka seperti di Gua Cha (Kelantan), Gua Kecil (Pahang), Gua
Kepah (Kedah) dan Jenderam Hilir (Selangor).
(c) Zaman Neolitik (Zaman Batu Baharu)
Zaman ini wujud sekitar 5 000 tahun yang lalu. Komuniti zaman ini masih
menggunakan alat-alat batu untuk membantu mereka menjalani kehidupan
seharian. Kegiatan utama mereka adalah memburu binatang, menangkap ikan,
bercucuk tanam dan menternak binatang. Mereka mula mengadakan hubungan
dengan komuniti luar.
Contoh petempatan yang memperlihatkan zaman ini adalah seperti di Gua
Gomantong dan Gua Madai (Sabah), Gua Niah dan Gua Tengkorak (Sarawak).
(d) Zaman Logam (Zaman Gangsa-Besi)
Zaman ini dikatakan wujud sekitar kira-kira 2500 tahun yang lalu. Komuniti
zaman ini tidak lagi menggunakan alat-alat batu untuk membantu mereka dalam
kehidupan seharian. Kehidupan komuniti zaman ini lebih teratur dan beradat.
Contoh petempatan zaman ini adalah di Sungai Lang dan Sungai Langat
(Selangor), Batu Buruk.
Kerajaan kerajaan Awal

Kerajaan-kerajaan di Alam Melayu termasuklah Tan-Tan, Kalasapura, Fo- LoAn, Chiu-Chih, Lo-Yeh, Chih-Tu,Tun-Sun, Pan-Pan dan Hsia-Wai-Lu.
Kerajaan-kerajaan tersebut mempunyai nama dalam loghat bahasa China.
Kerajaan Kedah Tua Kerajaan Kedah Tua merupakan salah satu kerajaan awal
terkenal yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu.
Ia juga dikenali sebagai Kataha, Kadaram, Sai, Kalah,
Kalah Bar dan Kalagram.
Menurut catatan I Ching dari negara China, Kedah Tua
juga disebut sebagai Cheh-Cha.
Kerajaan Kedah Tua diasaskan pada abad ke-5.
Pada peringkat awal, Sungai Mas merupakan pelabuhan
utama tetapi kemudian dipindah ke Lembah Bujang
Kedah Tua dipengaruhi oleh agama Buddha dan
seterusnya diikuti oleh agama Hindu, pengaruh HinduBuddha ini boleh dibuktikan melalui peninggalan candi
yang terletak di Lembah Bujang.
Pelabuhan Kedah Tua telah menjadi tempat penukaran
barang, tempat persinggahan dan tempat membaiki kapal
pelayar dan pedagang dari Arab, India, Sri Lanka, Parsi
dan Eropah sebelum mereka meneruskan perjalanan
mereka ke Timur.
Ia juga menjadi pusat perdagangan pelbagai hasil
tempatan yang dikumpul oleh penduduk tempatan seperti
bijih timah, emas, beras, lada hitam, gading, damar, rotan,
tanduk dan sebagainya.
Walaupun ia adalah sebuah kerajaan samudera tetapi
juga menjadi pengeluar padi terkenal kerana dikurniakan
tanah pamah yang rata dan luas.
Kerajaan Kedah Tua mencapai zaman kegemilangan
semasa pemerintahan Sultan al-Mutawakil (847-861).
Ini dapat dibuktikan melalui penemuan wang perak pada
zaman Sultan al-Mutawakil, manik yang dibawa dari
negara India dan barangan kaca dari Timur Tengah.
Kerajaan Langkasuka Langkasuka atau juga dikenali sebagai Lang-ya-shiu,
Lang-chia-shu
(China),
Langasyuka
(Arab)
dan
Ilangasoka (inkripsi Tangore) yang terletak di kawasan
yang dikenali sebagai Pattani (dahulunya Kedah).
Langkasuka ialah sebuah kerajaan Hindu Melayu silam
yang terletak di Semenanjung Malaysia
Kerajaan ini bersama-sama dengan Kerajaan Kedah Tua
berkemungkinan merupakan kerajaan yang paling awal di
Tanah Melayu.
Mengikut satu sumber, kerajaan ini diasaskan pada kurun
ke-2 masihi.
Legenda orang Melayu mendakwa bahawa Langkasuka
diasaskan di Kedah, dan kemudian berpindah ke Pattani.
Sumber-sumber sejarah tidak banyak tetapi mengikut
satu rekod sejarah Dinasti Liang China (500 M) merujuk
kerajaan itu sebagai "Langgasu" yang diasaskan pada
kurun pertama masihi.
Nama Langkasuka juga ada disebut dalam tulisan-tulisan

Melayu dan Jawa,


sementara tulisan-tulisan dari China pernah menyebut
sebuah negeri iaitu Lang-ya-hsiu atau Lang-chia-shu
Pada tahun 515 M Raja Bhagadatta menjalinkan
hubungan dengan China.
Hubungan itu dikukuhkan lagi dengan duta-duta dihantar
pada tahun 523, 531 dan 568 masihi
Pada kurun ke-12, Langkasuka merupakan negeri
naungan kepada Kerajaan Srivijaya dan pada kurun ke-15
ia digantikan dengan Kerajaan Pattani
Pada tahun 1963, Stewart Wavell mengetuai satu
ekspedisi Cambridge ke Langkasuka dan Tambralinga.
Maklumat mengenai ekspedisi ini boleh didapati melalui
buku "The Naga King's Daughter", terbitan Antara Books.
Kerajaan Chih Tu

Menurut catatan I-Ching, Chih Tu bermaksud Tanah


Merah, yang terletak di negeri Kelantan.
Kerajaan ini diasaskan oleh Raja Guatama pada abad
keenam Masihi.
Beliau ialah seorang raja yang berkuasa mutlak.
Beliau diketuai oleh tiga orang menteri yang
bertanggungjawab dalam pemerintahan dan pentadbiran.
Sistem
pemerintahan
berjaya
mengikut
corak
pemerintahan kerajaan Srivijaya yang menerima pengaruh
Hindu.

Kesultanan Melayu Melaka


Pengasasan Melaka
Parameswara adalah keturunan Raden Wijaya, raja pertama (1293-1309) dan
pengasas Kerajaan Majapahit menikahi Sri Gayatri Rajapatni, puteri dari Sri
Kertanegara, raja terakhir (1268-1292) Kerajaan Singhasari, yang kemudian
memiliki Puteri Tribuana Tunggadewi, pemimpin ketiga (1326-1350) Kerajaan
Majapahit. Beliau menikahi Kertawardana, dan memiliki Puteri Iswari. Si puteri
kemudian menikahi Singawardana, dan memiliki Putri Sarawardani. Kemudian
ia menikahi Ranamenggala, dan memiliki anak bernama Parameswara yang
lahir di tahun 1344 pada saat neneknya, Ratu Tribuana Tunggadewi,
memerintah Majapahit.
Selain itu, beliau masih kerabat dari Ananggavarman atau Ananggawarman,
(anak dari Adityawarman) yang menjabat sebagai gabenor Majapahit di Pagar
Ruyung, Kerajaan Dharmasraya, dan Palembang.
Sebelumnya Parameswara beragama Hindu, dan kemudian memeluk agama
Islam di tahun 1414. Dari agama yang diyakini kita dapat lihat bahawa
Parameswara bukan asli dari Sriwijaya atau Palembang, kerana umumnya
mereka memeluk agama Buddha. Sriwijaya ketika masa lampau adalah pusat
pengembangan agama Buddha di Asia Tenggara.

Menurut "Suma Oriental", Parameswara ialah seorang raja Palembang yang


menggantikan ayahandanya, Raja Sam Agi. Beliau diserang oleh Raja Jawa,
Batara Tamavill, sewaktu beliau menggelarkan dirinya sebagai Mjeura ("orang
yang berani"). Ekoran daripada itu, beliau melarikan diri ke Singapura.
Setelah membunuh wakil Raja Siam (bernama Tamagi) di Singapura,
Parameswara menjadi pemerintah palsu pada satu tempoh yang tidak lama
kerana beliau telah diserang dan dihalau oleh pihak Siam tidak lama selepas itu.
Dengan seribu pengikutnya, beliau menuju ke pantai barat Semenanjung
Melayu untuk mencari tempat perlindungan yang baru.
Menurut Sejarah Melayu ("Malay Annals") yang dikarang oleh Tun Sri Lanang
pada tahun 1565, Parameswara melarikan diri ke Muar tetapi diganggu oleh
biawak yang tidak terkira banyaknya. Penetapan di tempat yang kedua di Kota
Burok juga gagal kerana kubu pertahanan yang mereka cuba mendirikan runtuh
dengan serta merta. Kemudian Parameswara berpindah ke Sening Ujong.
Setelah berada di sana, beliau melantik seorang menteri untuk mewakili dirinya
dan kemudiannya beliau tiba di Sungai Bertam, iaitu suatu kawasan persisiran
pantai. Ketika itu, orang-orang Seletar mendiami di situ dan mereka meminta
Parameswara menjadi raja.
Semasa berburu di muara Sungai Bertam, Parameswara ternampak seekor
pelanduk menendang salah seekor daripada anjing-anjing pemburunya.
Parameswara tertarik dengan kegagahan pelanduk itu lalu beliau memutuskan
membina sebuah penempatan di kawasan tersebut. Selepas menanyakan
nama pokok (Pokok Melaka) yang diteduhnya, Parameswara menamakan
tempat itu "Melaka".
Ancaman serangan daripada pihak Siam menyebabkan keputusan
Parameswara membayar ufti kepada negara China pada tahun 1409 supaya
mendapat perlindungan. Pada tahun 1411, diiringi oleh Laksamana Cheng Ho,
beliau melawat negara China dengan rombongan pengiring sebanyak 540
orang untuk pertemuan dengan Maharaja Ming, Yung Lo.Parameswara
memeluk Islam pada tahun 1414 melalui perkahwinannya dengan puteri Pasai,
Indonesia dan menukarkan nama beliau kepada "Raja Megat Iskandar Shah".
Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan
yang terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan
pula, Melaka merupakan tempat perdagangan rempah dengan berfungsi
sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah
mereka. Ini dapat digambarkan menerusi Duarte Barbosa yang berkata,
"Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia"
(He who is lord of Malacca has his hand on the throat of Venice.)Faktor-faktor
yang menyumbang kepada Melaka menjadi sebuah negeri yang maju adalah
kerana pelabuhannya terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan
Monsun Timur Laut. Pedagang-pedagang dari Jawa, Arab, India, China dan
lain-lain dapat berlindung di Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk
mereka ke laut semula. Semasa pemerintahan Parameswara, ramai orang Cina
menetap di Melaka, berdekatan kawasan Bukit Cina yang mempunyai feng shui
yang terbaik pada masa itu

Perkembangan Melaka
Iskandar Shah mangkat pada tahun 1424 dan diwarisi oleh anaknya, Sri
Maharaja, yang mengambil gelaran "Sultan Muhammad Shah" (1424-1444).
Pada kemangkatannya dalam tahun 1444, beliau diganti oleh putera
bongsunya, Raja Ibrahim. Raja Ibrahim kemudian dibunuh dan dimakamkan
dengan gelaran "Sultan Abu Syahid".
Raja Kassim menaiki tahta pada tahun 1445 dan memakai gelaran "Sultan
Muzaffar Shah" (1445-1459) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai
agama rasmi negeri. Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke
seluruh Kepulauan Melayu seperti Jawa, Borneo dan Filipina. Sebahagian besar
penduduk Asia Tenggara pada ketika itu beragama Hindu. Semasa
pemerintahannya, pihak Siam membuat serangan pertama ke atas Melaka pada
tahun 1447 tetapi ditewas tidak jauh dari Muar.
Pada tahun 1456, Tun Perak menjadi bendahara dengan gelaran "Bendahara
Paduka Raja". Beliau berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang
belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan
Melayu.
Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki takhta.
Disebabkan kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan
luar yang penting bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan diplomatik
dengan Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang
Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk
menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpatih
Putih dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Hang
Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring.
Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah
wujudnya kelompok kaum Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur
di antara pendatang Cina dengan penduduk tempatan. Kaum Peranakan ini
juga dikenali sebagai orang Baba dan Nyonya pada hari ini.Semasa
pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak
kuasanya dan terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan
sebahagian besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan
Majapahit di selatan. Majapahit kemudiannya tumbang pada kurun ke-15. Siam
pula telah menyerang Melaka sebanyak tiga kali tetapi kesemua cubaan
serangan tersebut telah gagal
Kejayaan Melaka
Selepas Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru
menggantikan Srivijaya pada Abad ke-15, Melaka telah berjaya mencapai
kejayaan yang lebih besar kesan daripada faktor perdagangan yang semakin
berkembang pesat. Melaka telah muncul sebagai kuasa besar di Kepulauan
Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain seperti Siam, Srivijaya, dan
China. Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil telah
berkembang dan mengambil alih peranan pusat perdagangan yang dulunya

dipegang oleh Srivijaya. Kejayaan menarik tumpuan perdagangan dari Srivijaya


ini telah mengangkat martabat Melaka ke tahap yang lebih tinggi kerana pada
zaman dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja yang mampu untuk
mengendalikan pusat perdagangan yang cekap dan berupaya menyediakan
kemudahan infrastruktur yang moden.
Keupayaan Melaka telah menyebabkan sebilangan negeri yang dulunya berada
di bawah kekuasaan kuasa Siam dan Jawa telah meminta naungan dan
perlindungan daripada kekuasaan Melaka. Contoh negeri tersebut ialah seperti
Bernam, Klang, Selangor, Sungai Ujung, Kedah, dan Patani yang secara
sukarela datang mendapatkan nobat daripada Melaka. Manakala Pasai pula
sebagai abang tua dalam perdagangan dan agama, sentiasa berkirim salam
dengan Melaka. Bukti kemunculan Melaka sebagai satu kuasa besar yang baru
ialah Melaka telah dua kali berjaya menangkis serangan Siam dan akhirnya
berjaya menguasai Kelantan, menjelang kurun ke-16 Melaka telah memutuskan
hubungan hormat dengan Siam. Hal ini menunjukkan Melaka bukan sahaja
berjaya mencontohi kejayaan Srivijaya dalam perdagangan tetapi juga dari segi
perluasan wilayah.
Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru dapat
dilihat dalam tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli barangbarangan, menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat
termasuk Nusantara, dan juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan
yang dibawa ke Melaka ke tempat lain. Walaupun Melaka merupakan warisan
Srivijaya, namun pencapaian Melaka adalah berbeza daripada Srivijaya kerana
Melaka merupakan tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang menjadi
nadi menggerakan seluruh kegiatan pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.
Kejatuhan Melaka
Pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai
kemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia
Tenggara. Bendahara Tun Perak, pencipta keunggulan Melaka, telah tua. Begitu
juga dengan Laksamana Hang Tuah. Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga
mengalami rancangan jahat dan pilih kasih. Beliau bukan seorang raja yang
cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa keadaan. Ayahandanya (Sultan
Alaudin Riayat Shah) mangkat pada usia yang masih muda. Oleh itu baginda
menaiki takhta ketika masih kanak-kanak. Portugal pada awal abad ke-16
sedang mengasaskan sebuah empayar luar negeri.
Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari
Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah
pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar "Benggali Putih" oleh orang
tempatan. Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau di Melaka seperti
mengusik gadis-gadis dan mencuri, disamping perselisihan faham, Sultan
Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis
dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan.

PERKEMBANGAN NEGERI-NEGERI DI TANAH MELAYU, SABAH DAN


SARAWAK
Negeri-negeri Selat, 1826-1890
Selepas tahun 1824, British mempunyai 3 bentuk petempatan. Pertama, Pulau
Pinang yang telah ditubuhkan sejak tahun 1786. Pada tahun 1805, Kerajaan
India telah mengangkat Pulau Pinang menjadi Presidency ke-4 selepas
Madras, Bombay dan Benggala di India. Pulau Pinang mempunyai seorang
gabenor sebagai ketua negara. Kedua, Singapura yang ditubuhkan pada 1819
dengan seorang Residen yang bertanggungjawab kepada Kerajaan India.
Sebelumnya iaitu di antara 1819-1823, semua arahannya datang secara
langsung dari Raffles di Bengkahulu dan bukan dari Pulau Pinang, tetapi
selepas Raffles pulang ke England (1824), Singapura terus diletakkan di bawah
pentadbiran India. Ketiga, Melaka yang diperolehi melalui pertukaran dengan
Bengkahulu yang diserahkan kepada Belanda berdasarkan Perjanjian InggerisBelanda diletakkan secara langsung di bawah pentadbiran Kerajaan India.
Pada tahun 1826, Kerajaan India mengambil kesempatan untuk
menyatupadukan ketiga-tiga negeri menjadi satu bentuk pemerintahan dengan
tujuan untuk mengurangkan bilangan pegawai-pegawai. Pernyataan ini
kemudian dipanggil Negeri-negeri Selat. Negeri-negeri Selat ini terus menjadi
Presidency ke-4 dan Pulau Pinang dijadikan ibu negerinya. Seorang gabenor
dilantik dan ianya tertakluk kepada arahan-arahan dari Kerajaan India. Pada
tahun 1832, pusat pentadbiran Negeri-negeri Selat dipindahkan ke Singapura.
Pada tahun 1830, taraf Presidency Negeri-negeri Selat telah diturunkan ke taraf
Residency. Dengan itu, jawatan gabenor telah dijadikan Residen. Kemudian 2
orang Timbalan Residen telah dilantik di Pulau Pinang dan Melaka. Tetapi
selepas tahun 1832, jawatan gabenor digunakan semula di Negeri-negeri Selat.
Perpindahan pusat pentadbiran Negeri-negeri Selat
Ketika Negeri-negeri Selat di bawah pentadbiran Kerajaan India ia telah
diletakkan di bawah kawalan 3 bentuk pentadbiran, antaranya:
a.
b.
c.

1831-1851 ditadbir oleh Kerajaan Benggala


1851-1858 diletakkan secara langsung kepada Pejabat Gabenor
Jeneral
1858-1867 diserahkan kepada Pejabat India

Rayuan untuk perpindahan pentadbiran Negeri-negeri Selat dari Pejabat India


ke Pejabat Tanah Jajahan telah bertambah kuat selepas pengenalan Akta Mata
Wang dan cukai pelabuhan. Malah, rayuan dibuat kepada Kerajaan India pada
masa itu terlibat dalam satu pemberontakan sepoi (Dahagi India, 1857) di mana
sepoi-sepoi India bangkit menentang SHTI. Peristiwa Dahagi itu jelas
memperlihatkan kelemahan Pejabat India untuk memerintah India sendiri dan
membuktikan ketidakmampuan untuk mentadbir Negeri-negeri Selat yang jauh.
Dalam rayuan itu, saudagar-saudagar Negeri-negeri Selat telah meminta
Pejabat Tanah Jajahan di London supaya mengambil alih kuasa pentadbiran
Negeri-negeri Selat daripada Pejabat India. Selepas tamatnya peristiwa Dahagi,
iaitu 1858, SHTI telah dibubarkan dan kuasa pentadbiran India diletakkan di

bawah Kerajaan British di London. Pada 10 Ogos 1866, Parlimen meluluskan


Akta Perpindahan Pentadbiran Negeri-negeri Selat dari India ke Pejabat Tanah
Jajahan. Pada 1 April 1867, Akta tersebut dikuatkuasakan dan pentadbiran
Negeri-negeri Selat dipindahkan ke Pejabat Tanah Jajahan di London. Dengan
ini, Negeri-negeri Selat mencapai taraf Tanah Jajahan Mahkota.
Sebab-sebab perpindahan
1.

Kedudukan India yang jauh dari Negeri-negeri Selat

Ketika Negeri-negeri Selat di bawah pentadbiran Kerajaan India, telah timbul


beberapa masalah dan rasa tidak puas hati di kalangan orang ramai terutama
golongan saudagar yang merupakan golongan terpenting. Mereka menuduh
Kerajaan India tidak cuba menyelesaikan masalah dan memenuhi keperluan
mereka. Dengan lain perkataan, Kerajaan India cuai menjalankan
tugasnya. Kesukaran-kesukaran yang dihadapi oleh Kerajaan India dan
mungkin tidak dapat dielakkan kerana kedudukan India yang begitu jauh
daripada Negeri-negeri Selat. Keadaan ini menyebabkan satu-satu arahan
penting yang hendak disampaikan ke Negeri-negeri Selat mengambil masa
yang lama untuk diterima. Keadaan ini menjadi semakin serius apabila tidak ada
pegawai-pegawai India yang mengetahui benar-benar akan kedudukan Negerinegeri Selat. Yang penting, antara India dan Negeri-negeri Selat mempunyai
perbezaan yang besar sama ada dari segi politik mahupun dari segi sosial. Oleh
itu, segala keputusan yang dibuat oleh Kerajaan India sering-kali bertentangan
dengan kehendak-kehendak atau tidak dapat memenuhi keperluan masyarakat
Negeri-negeri Selat.
2.
a.

Sikap kecuaian Kerajaan India dalam masalah Negeri-negeri Selat


Masalah lanun

Sikap cuai Kerajaan India jelas dilihat dalam usaha mereka membasmi lanun
yang dikatakan tidak bersungguh-sungguh. Kejadian rompakan berlaku
berleluasa di Selat Melaka dan perairan Singapura. Kegiatan lanun dilakukan
oleh beberapa puak seperti Ilkanon, Sikarna, Melayu, Dayak dan lain-lain.
Kadang-kala, mereka tidak sahaja merompak malah membakar kapal-kapal
perdagangan serta membunuh anak-anak kapal atau ditawan lalu dijadikan
hamba abdi. Peristiwa rompakan oleh lanun sudah pasti menjejaskan
perdagangan Negeri-negeri Selat. Dalam tahun-tahun 1850, orang Cina turut
terlibat dalam peristiwa lanun.
b.

Mengawal kegiatan kongsi gelap

Seperti masalah lanun, Kerjaan India juga dituduh tidak berjaya dalam
usahanya mengawal kegiatan kongsi gelap cina. Dalam hubungan dengan
kongsi gelap cina, Kerajaan India menggunakan sistem indirect rule iaitu
memberi kebebasan kepada kongsi gelap itu menjalankan kegiatan mereka.
Oleh sebab kongsi gelap cina di Negeri-negeri Selat ditubuhkan berdasarkan
puak-puak, menyebabkan sering terjadi pergaduhan antara mereka yang
kemudiannya diikuti oleh peristiwa pembunuhan. Keadaan ini semua memberi
kesan buruk kepada saudagar. Bagi golongan saudagar Negeri-negeri Selat

pula, usaha-usaha yang lebih giat hendaklah dijalankan lebih-lebih lagi


memandangkan hilangnya monopoli perdagangan Inggeris di Negeri China
pada tahun 1833. Dengan kehilangan monopoli perdagangan itu sudah tentu
tumpuan hendaklah dibuat ke Negeri-negeri Selat. Tetapi, jika kegiatan lanun
dan kongsi gelap tidak dapat dikawal, bermakna cita-cita hendak menjadikan
Negeri-negeri Selat sebagai pusat perdagangan Inggeris yang penting di
bahagian timur tidak akan tercapai.
3.

Sikap kecuaian Kerajaan India terhadap pentadbiran Negeri-negeri Selat

Dasar pengurangan pegawai-pegawai untuk menjimatkan perbelanjaan


pentadbiran Negeri-negeri Selat menyebabkan kecekapan pentadbirannya
merosot. Ini adalah kerana Negeri-negeri Selat semakin maju tetapi bilangan
pegawai tidak mencukupi untuk menguruskan kerja tambahan. Selain itu,
pegawai yang dihantar ke Negeri-negeri Selat juga tidak terlatih dalam
pentadbiran tempatan. Kebanyakan mereka adalah muda dan tidak faham
tentang bahasa dan adat resam orang tempatan. Oleh itu, mereka menghadapi
masalah untuk menjalankan tugas dengan cekap. Pegawai-pegawai ini juga
diberi gaji yang rendah dan kenaikan pangkat tidak terjamin. Jadi, mereka tidak
berminat dalam tugas mereka. Justeru itu, mereka mengamalkan rasuah.
Kerajaan India juga tidak mengambil tindakan tegas untuk mengekalkan
keamanan di Negeri-negeri Selat. Bilangan anggota polis tidak mencukupi untuk
menjaga ketenteraman, misalnya pada tahun 1831, hanya terdapat 18 orang
polis untuk menjaga penduduk seramai 16000 di Singapura. Sistem keadilan di
Negeri-negeri Selat juga tidak cekap kerana tidak ada hakim-hakim dan
peguam-peguam yang terlatih dan kekurangan mahkamah untuk membicarakan
serta mengadili kes-kes jenayah dan awam. Hanya terdapat seorang hakim di
Negeri-negeri Selat pada tahun 1856. Ini menyebabkan banyak kes tertangguh.
4.

Ketiadaan perwakilan tempatan

Kerajaan Negeri-negeri Selat tidak mempunyai majlis perundangan untuk


memilih wakil-wakil rakyat dalam menyuarakan pendapat rakyat tempatan
berkenaan pentadbiran Negeri-negeri Selat. Jadi, undang-undang digubal dan
diluluskan di majlis perundangan di Calcutta atau Parlimen oleh ahli-ahli dan
pegawai-pegawai yang jahil mengenai keadaan Negeri-negeri Selat. Undangundang yang digubal tidak secocok dengan keadaan di Negeri-negeri Selat
kerana keadaan sosioekonomi di Negeri-negeri Selat jauh berbeza daripada
India dan Britain. Malah, undang-undang ini digubal tanpa menghiraukan
pandangan pegawai-pegawai tempatan. Oleh itu, pedagang-pedagang tidak
puas hati dengan tindakan Kerajaan India dan menuntut supaya sebuah majlis
perundangan ditubuhkan dan diwakili oleh wakil tempatan.
5.

Penempatan banduan di Negeri-negeri Selat

Kerajaan India mengambil keputusan untuk menghantar banduan dari India ke


Negeri-negeri Selat, misalnya menjelang tahun 1857, seramai 4000 orang
banduan telah dihantar ke Negeri-negeri Selat. Tindakan ini dibantah keras oleh
saudagar-saudagar yang diketuai oleh W.H. Read. Mereka menganggap
kehadiran banduan akan menjejaskan imej Negeri-negeri Selat dan
mengancam nyawa mereka. Besar kemungkinan perdagangan Negeri-negeri
Selat akan merosot kerana saudagar asing akan merasa bimbang untuk

melakukan aktiviti perdagangan. Selain itu, Negeri-negeri Selat juga terpaksa


membiayai perbelanjaan untuk menanggung banduan-banduan itu dan
seterusnya menambahkan beban kewangan dan sosial mereka.
6.

Dasar tidak campur tangan Kerajaan India

Faktor ini adalah berkaitan dengan kepentingan golongan saudagar. Bagi


pendapat mereka, polisi tidak campur tangan di Negeri-negeri Melayu akan
merugikan perdagangan dan mengurangkan pengaruh British. Mereka inginkan
Kerajaan India untuk campur tangan dan menamatkan keadaan huru-hara di
Negeri-negeri Melayu yang semakin berleluasa. Mereka mengharapkan agar
keamanan di Negeri-negeri Melayu dapat dipulihkan untuk kemajuan
perdagangan dan pelaburan. Namun, Kerajaan India enggan berbuat demikian.
Di sebaliknya, mereka mengamalkan dasar pro-Siam di mana dasar ini telah
merugikan kegiatan perdagangan saudagar British.
7.

Akta Mata Wang, 1855

Pada tahun 1855, Akta Mata Wang telah diluluskan di mana akta ini menjadikan
mata wang rupee dan paisa sebagai mata wang yang sah di Negeri-negeri Selat
bagi menggantikan mata wang ringgit perak dan sen. Akibatnya, bantahanbantahan telah timbul disebabkan saudagar-saudagar telah biasa dengan
penggunaan wang ringgit dan juga disebabkan nilai wang rupee adalah tidak
stabil berbanding dengan nilai wang ringgit. Masalah ini menjadi kemuncak
kemarahan dan rasa tidak puas hati golongan saudagar terhadap pentadbiran
India. Akhirnya, Kerajaan India terpaksa menarik balik pelaksanaan mata wang
rupee.
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
Idea penubuhan persekutuan dikemukakan oleh Frank Swettenham pada tahun
1892 kepada Gabenor Negeri-negeri Selat, Cecil Smith. Pada tahun 1893, Cecil
Smith menghantar laporan kepada Pejabat Tanah Jajahan mencadangkan
penubuhan persekutuan yang terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan
dan Pahang. Dalam laporan itu, beliau menegaskan penubuhan persekutuan
akan menguntungkan British dan negeri tersebut dari segi politik, ekonomi dan
sosial. Frank Swettenham mengambil inisiatif dengan mendapatkan persetujuan
Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan
terhadap penubuhan persekutuan. Pada 1 Julai 1895, Sultan tersebut
menandatangani perjanjian persekutuan. Pada 1 Julai 1896, Negeri-negeri
Melayu Bersekutu ditubuhkan semasa Sir Charles Mitchell menjadi Gabenor
Negeri-negeri Selat.
Faktor-faktor penubuhan
1.

Untuk mewujudkan keseragaman dan kecekapan pentadbiran

Perlaksanaan sistem Residen telah menyebabkan Residen dilantik di Perak


pada November 1874, di Selangor pada Disember 1874, Pahang pada tahun
1888 dan Negeri Sembilan pada tahun 1895. Residen dihantar sebagai
penasihat untuk menasihati Sultan dalam semua hal kecuali hal-hal yang
berkaitan dengan agama Islam dan adat-istiadat orang Melayu. Walau

bagaimanapun, Residen tidak diberi garis panduan di dalam melaksanakan


tugas di Negeri-negeri Melayu. Perlaksanaan sistem Residen bergantung
kepada sepenuhnya di atas kebijaksanaan Residen yang dilantik. Kejayaan dan
kegagalan
menjadi
tanggungjawab
Residen.
Akibatnya,
berlaku
ketidakseragaman dalam pentadbiran di negeri Perak, Selangor, Pahang dan
Negeri Sembilan. Kemajuan di antara negeri ini juga tidak seimbang kerana
kebolehan dan cara pentadbiran Residen berbeza-beza. Terdapat juga
perbezaan-perbezaan dalam pentadbiran Undang-uhndang Tanah, keadilan dan
sistem cukai di antara negeri-negeri tersebut. Kemajuan juga tidak seimbang di
mana negeri yang kaya iaitu Perak dn Selangor lebih maju dari negeri yang
miskin seperti Pahang. Kerjasama antara negeri sukar dijalankan sebab negeri
ini mempunyai unit politik yang berasingan. Frank Swettenham berpendapat
penubuhan persekutuan akan mewujudkan keamanan dan kecekapan
pentadbiran kerana pentadbiran akan dijalankan mengikut arahan pusat.
Perkara yang berkaitan seperti sistem pentadbiran, cukai, undang-undang tanah
dan keadilan akan disatukan dan diselaraskan. Hal ini akan menjimatkan kos
pentadbiran. Usaha memajukan sistem perhubungan juga dapat dilaksanakan
dengan menghubungkan jalan raya dan keretapi di negeri tersebut. Pada
dasarnya, penubuhan persekutuan akan mewujudkan kerjasama ekonomi,
politik dan sosial.
2.

Menghadkan kuasa Residen

Perlaksanaan sistem Residen telah menyebabkan perlantikan Residen di Perak,


Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Walaupun Residen dilantik sebagai
penasihat, mereka muncul sebagai kuasa paling berkesan kerana segala
urusan pentadbiran dijalankan atas arahan Residen. Sultan dan Majlis Negeri
tidak dapat menyekat kuasa Residen. Malah Sultan dan pembesar Melayu
terpaksa merujuk kepada Residen dalam menjalankan pentadbiran negeri.
Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan fungsi sebagai institusi pentadbiran kerana
Residen mempunyai kuasa mutlak. Semua undang-undang yang diluluskan
seperti Undang-undang Tanah mesti ditandantangani oleh Residen sebelum
berkuatkuasa. Gabenor Negeri-negeri Selat juga tidak dapat mengawal kuasa
Residen kerana beliau berada di Singapura dan sibuk dengan urusan-urusan
Negeri-negeri Selat. Penubuhan persekutuan akan mengurangkan kuasa
Residen kerana mereka terpaksa tertakluk kepada arahan kerajaan pusat dan
pentadbiran negeri.
3.

Masalah kewangan Pahang

Ahli-ahli sejarah seperti Profesor Khoo Kay Kim dan K.G. Tregonning
berpendapat bahawa masalah kewangan Pahang menyebabkan British
menubuhkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. British menduduki Pahang pada
tahun 1886 di mana J.P. Rodgers menjadi Residen pertama. British mengambil
Pahang dengan harapan Pahang mempunyai prospek ekonomi cemerlang. Apa
yang sebenarnya ialah Pahang merupakan negeri miskin dengan jumlah
penduduk dan hasil bumi yang kurang. Pada tahun 1890-an, Pahang
menghadapi masalah kewangan. Dalam menjalankan pentadbiran, British
mendapat bantuan kewangan dari Negeri-negeri Selat. Pada akhir tahun 1891,
hutang Pahang pada Negeri-negeri Selat ialah $600 ribu. Pada akhir tahun

1892, hutang meningkat kepada $800 ribu. Masalah kewangan Pahang


semakin runcing apabila berlaku kebangkitan Pahang 1891-1895. Jadi
beberapa cadangan dikemukakan oleh British untuk mengatasi masalah ini.
Cadangan pertama ialah British berundur dari Pahang dan menyerahkan
pentadbiran kepada Sultan. Langkah ini tidak dapat dilaksanakan kerana ia
menjatuhkan maruah British. Tindakan ini juga membuka peluang kepada kuasa
lain untuk bertapak di Pahang yang sudah tentu akan menjejaskan kepentingan
British. Cadangan kedua ialah British mendapatkan pinjaman dari Negeri-negeri
Selat. Ia tidak dapat dilaksanakan kerana pada tahun 1890-an, Negeri-negeri
Selat juga menghadapi masalah kewangan. Hutang yang berjumlah $800 ribu
pada tahun 1892 masih belum diselesaikan.
Cadangan ketiga ialah British mendapat bantuan kewangan dari negeri yang
kaya seperti Perak dan Selangor. Cadangan ini tidak dapat dilaksanakan kerana
Perak dan Selangor enggan membantu sebab ianya satu unit politik berasingan.
Diharapkan dengan penubuhan persekutuan, hasil negeri kaya seperti Perak
dan Selangor dapat digunakan untuk membantu negeri-negeri miskin seperti
Pahang jika negeri-negeri ini digabungkan sebagai satu unit politik. Frank
Swettenham dan C.D. Cowan (Pegawai Tanah Jajahan) menegaskan British
tidak sepatutnya berundur dari Pahang sebaliknya memajukan Pahang daripada
hasil Perak dan Selangor apabila ia bergabung.
4.

Keselamatan

A.C. Miller menegaskan faktor keselamatan menyebabkan penubuhan Negerinegeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896. British bimbang kekacauan seperti
Perang Perak pada 1875-an dan Kebangkitan Pahang 1891-1895 akan berlaku
lagi. Penubuhan persekutuan akan membolehkan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu mempunyai kemampuan dan keupayaan dari segi ketenteraan,
khususnya dalam menjaga keamanan persekutuan tanpa mengharapkan
bantuan luar. C.P. Lucan dalam laporannya menegaskan penubuhan
persekutuan perlu dilihat dari segi aspek keselamatan negeri Melayu dan
Negeri-negeri Selat.
5.

Dasar British

Memang menjadi dasar British pada akhir abad ke-19 untuk menggabungkan
negeri kecil di bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai persekutuan.
Penubuhan persekutuan akan memberi kebaikan politik, ekonomi dan sosial
kepada British dan Negeri Melayu. Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan
selepas kejayaan British dalam penubuhan persekutuan di Amerika Utara, India,
Afrika, Australia dan New Zealand. Pendapat ini disokong oleh ahli sejarah
seperti A.C. Miller dalam bukunya Federation Decision of 1895 dan Jagjit
Singh dalam bukunya Administration of the Federation Malay States 18961920.
Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu ialah sekumpulan lima buah NegeriNegeri Melayu. Negeri-negeri itu ialah Johor ,Terengganu ,Kelantan, Kedah dan
Perlis .Kumpulan ini tidak menggambarkan negeri-negeri berikut sebagai satu

entiti tetapi hanyalah sebagai satu terma untuk menerangkan tentang negerinegeri Melayu berkenaan. Johor menandatangani Perjanjian perlindungan pada
tahun 1885 dan akhirnya tunduk kepada tekanan untuk menerima Penasihat
British pada tahun 1904.
Dibawah Perjanjian Bangkok 1909, Siam (kini Thailand) memindahkan hak-hak
mereka terhadap Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Perlis kepada pihak
British. Pihak British kemudiannya memaksa negeri-negeri Melayu berkenaan
menandatangani perjanjian seperti perjanjian dengan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu.Pegawai kanan pentadbiran koloni British disitu dikenali sebagai
"Penasihat".Bahasa rasmi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu ialah Bahasa
Melayu dengan Tulisan Jawi sebagai tulisan rasmi.Kesemua negeri ini
kemudiannya menyertai Malayan Union dan sekarang merupakan sebahagian
daripada Malaysia
Pembentukan Perlembagaan Malayan Union
Malayan Union yang ditubuhkan pada 1 April 1946 selepas Perang Dunia II
merupakan sebuah gabungan Negeri-Negeri Melayu dengan Negeri-Negeri
Selat (tanpa Singapura) untuk menjadi pengganti British Malaya.Seawal 1942,
kerajaan British telah menubuhkan "Unit Perancangan Tanah Melayu" di United
Kingdom untuk menyediakan pembinaan semula Tanah Melayu selepas Perang
Dunia II tamat. Unit perancangan tersebut dinamakan sebagai Malayan
Planning Unit (MPU) dan Diketuai oleh Mejar-General Ralph Hone.Hone diberi
tugas untuk merangka satu bentuk pentadbiran baru untuk Tanah Melayu
selepas perang tamat.Akhirnya selepas semua perbincangan berlaku maka
cadangan untuk mencadangkan penggabungan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tak Bersekutu, Pulau Pinang, dan Melaka
menjadi Malayan Uniondiusulkan , sedangkan Singapura dikekalkan sebagai
tanah jajahan yang berasingan.
Rancangan Malayan Union mengekalkan Singapura sebagai suatu tanah
jajahan yang berasingan disebabkan ketakutan bahawa penentangan orang
Melayu terhadap penyertaan Singapura akan menjejaskan penerimaan
rancangan tersebut. Terdapat kesangsian tradisional di kalangan peniagapeniaga Tanah Melayu bahawa sektor perniagaan Singapura akan menjejaskan
kepentingan mereka. Selain itu, pihak British juga takut bahawa pemasukan
dasar kewarganegaraan yang liberal akan mengakibatkan ketakutan pemimpinpemimpin Melayu disebabkan bilangan orang Cina Singapura yang besar.
Bagaimanapun, kerajaan British juga hendak menjadikan Singapura sebagai
sebuah pangkalan tentera laut untuk operasi strateginya di Timur Jauh.Namun
begitu tujuan utama British mengecualikan penyertaan singapura kedalam
Malayan Union adalah disebabkan oleh kepentingan ekonominya di Singapura,
kedududkan strategik Singapura sebagai pelabuhan dan Pelbagai lagi faktor
yang berteraskan kepada kegiatan ekonomi mendorong pihak British untuk
mengekalkan singapura sebagai kononnya Tanah jajahan London.
Kebanyakan buku-buku Inggeris menyatakan salah satu daripada sebab utama
untuk pembentukan 'Malayan Union' ialah hasrat kerajaan British untuk
menyediakan Tanah Melayu terhadap kemerdekaan. Ia dilihat sebagai satu
kewajaran kerana pihak British telah pun menandatangani Piagam Atlantik pada
14 Ogos 1941 yang mengisytiharkan bahawa semua negara-negara dunia

berhak untuk menentukan dan memerintah negara sendiri dalam erti kata lain
'Merdeka', Maka, pihak Britain terikat untuk memberikan kemerdekaan kepada
Tanah Melayu. Bagaimanapun, banyak pihak di Tanah Melayu ketika itu
mempercayai bahawa rancangan itu hanya menukarkan taraf negeri-negeri
Melayu daripada sebuah negeri naungan menjadi sebuah tanah jajahan British.
Di mana ia dilihat sebagai satu usaha untuk memanjangkan lagi tempoh
penjajahan British di Tanah Melayu dengan cara berpura-pura berusaha untuk
memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu, sedangkan kuasa pemerintah
Tanah Melayu ketika itu, iaitu sultan-sultan telah pun dilucutkan melalui
pembentukan Malayan Union.
Butiran utama Malayan Union
Rancangan Malayan Union yang akan melibatkan Negeri-Negeri Selat, tetapi
tidak termasuk Singapura, akan terdiri daripada Majlis Perundangan dan Majlis
Mesyuarat Kerajaan yang diketuai oleh seorang Gabenor British. Sultan-sultan
Melayu masih akan mengekalkan kedudukan masing-masing tetapi dalam
bidang kuasa yang sangat terhad, iaitu berkaitan tentang agama Islam dan adat
Istiadat orang Melayu sahaja. Sebaliknya pihak British akan terus memerintah
melalui sebuah majlis penasihat yang diluluskan oleh gabenor Malayan Union.
Kerajaan Malayan Union akan mengambil alih semua aset negeri-negeri
Melayu, kecuali aset yang berkaitan dengan agama Islam dan harta peribadi
sultan-sultan. Di Pulau Pinang dan Melaka yang tidak mempunyai sultan,
Pesuruhjaya Residen akan menjadi ketua pentadbiran. Beliau diberi banyak
kuasa dan hanya bertanggungjawab kepada Gabenor. Ini sekaligus menunjukan
kedaulatan British di Tanah Melayu. Di mana pihak British bertindak mengawal
semua perkara mengenai Tanah Melayu. Dan mereka lebih berkuasa
berbanding sebelum pendudukan Jepun.
Skim Malayan Union juga mencadangkan undang-undang baru yang
memberikan kewarganegaraan kepada semua orang yang dilahirkan di Tanah
Melayu dan Singapura, serta pendatang yang tinggal di sana selama sekurangkurang 10 tahun daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942. Semua
warganegara Malayan Union yang baru itu akan mempunyai hak-hak yang
sama, termasuk penerimaan masuk untuk perkhidmatan awam. Akhir sekali,
kewarganegaran Tanah Melayu diberikan kepada semua tanpa diskriminasi
kaum dan kepercayaan atau pun turut dikenali sebagai 'jus soli'.
Cadangan untuk rancangan Malayan Union diumumkan oleh Edward Gent,
Penolong Setiausaha Rendah Tetap bagi Tanah Jajahan British, buat pertama
kali di Parlimen United Kingdom pada Januari 1944. Wilayah-wilayah Borneo
juga dimasukkan dalam rancangan yang asal tetapi kemasukan itu kemudian
dikeluarkan daripada cadangan yang terakhir kerana ketidaksediaan pihak
kerajaan Borneo yang pada masa itu dan masih lagi berada dalam keadaan
yang kurang stabil. Pada musim bunga 1944, Pejabat Kolonial menjemput Sir
Harold MacMichael, untuk pergi ke Tanah Melayu untuk mendapatkan
tandatangan daripda raja-raja Melayu. Sir Harold Macmicheal bukanlah seorang
yang arif tentang Tanah Melayu, beliau tidak pernah berkhidmat di Tanah
Melayu. Tetapi kerajaan British yang kerap menerima maklumat salah mengenai
Tanah Melayu dan orang Melayu percaya bahawa Sir MacMicheal pernah
berkenalan
baik
dengan
beberapa
putera-putera
dari
Tanah
Melayu.Pemerintahan Tentera British (BMA) merupakan masa yang paling

sesuai bagi MacMichael untuk mendapatkan tandatangan daripada Raja-raja


Melayu kerana keadaan ketenteraan amat sesuai dijadikan asas ugutan untuk
mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu.Beliau hanya mengambil masa
selama 22 hari untuk mendapatkan tandatangan daripada kesemua pemerintah
Tanah Melayu hasil daripada ugutan yang amat bersesuaian dengan keadaan
pada masa itu. Pada 3 September 1945 , ketika pihak British sedang menjalani
pendudukan semula di Tanah Melayu, Kabinet British memberikan kebenaran
untuk dasar Tanah Melayu yang baru dan bersetuju dengan misi MacMichael.
Memperoleh tandatangan daripada sultan-sultan tidak sebegitu susah seperti
yang dijangka. Mac Michael telah bertindak memaksakan sultan-sultan Melayu
untuk menerima cadangan-cadangan pihak British dan tidak memberikan masa
untuk baginda-baginda berunding dengan majlis masing-masing, malah Sultan
yang enggan menandatangani perjanjian tersebut diugut akan digantikan
dengan sultan yang lain di atas tuduhan bekerjasama dengan Jepun semasa
Perang Dunia II. Pada 21 Disember, setiap Sultan atau Pemangku Raja telah
memeterai perjanjian yang baru dengan Sir Harold MacMicheal. Bagaimanapun,
sebilangan daripada sultan-sultan itu menyatakan keraguan terhadap syaratsyarat perjanjian itu, tetapi disebabkan oleh ugutan yang mendakwa pe
baginda-baginda sultan memainkan peranan semasa pendudukan Jepun di
Tanah Melayu telah memaksa sultan-sultan itu untuk merelakan Malayan Union
untuk menunjukkan kesetiaan mereka kepada pihak British dan mereka juga
bimbang akan kehilangan tahta. Tanpa disedari oleh sultan-sultan ini ialah
semua perjanjian terdahulu yang mengakui hak kedaulatan sultan-sultan
Melayu dimansuhkan. Dengan itu, kepura-puraan pihak British bahawa mereka
ingin membantu sultan-sultan Melayu untuk memerintah dihapuskan.
Setelah menerima perjanjian-perjanjian itu, pihak British mendedahkan
rancangan Malayan Union dalam suatu Kertas Putih pada akhir bulan Januari
1946.berserta Kertas Putih satu lagi usul telah dikeluarkan iaitu pembatalan
undang-undang NNS & NNMB yang wujud sebelum ini dan digantikan dengan
kesatuan Malaya yang Baru iaitu Malayan Union.
Gerak balas daripada kaum Melayu
Bertentangan dengan jangkaan British, penduduk Melayu, yang biasanya
bersikap lemah lembut dan sering boleh di arah untuk melakukan itu dan ini
telah bangun bersama-sama untuk membantah skim yang baru itu. Komuniti
Cina dan India juga tidak ghairah dan telah mengkritik sesetengah peruntukan
yang terdapat di dalam kertas putih Malayan Union. Pemimpin-pemimpin
Melayu dan pesara-pesara British daripada Perkhidmatan Awam di Tanah
Melayu telah mengetuai bidasan terhadap rancangan Malayan Union, dan
membidas MacMichael kerana menggunakan 'ugutan' untuk memperolehi
persetujuan daripada sultan-sultan Melayu. Pegawai-pegawai ini bertindak
meLobi Tanah Melayu di Parlimen antara bekas pegawai-pegawai
Perkhidmatan Awam Tanah Melayu yang mengambil bahagian adalah Frank
Swettenham, George Maxwell, R. O. W. Winstedt, Cecil Clementi dan Laurence
Guillemard. Mereka turut menulis surat-surat kepada akhbar nasional dan untuk
merayu kepada Perdana Menteri United Kingdom agar menghentikan usaha
menukar status Tanah Melayu daripada negeri naungan kepada tanah jajahan.
Kegiatan seumpama ini mewujudkan tanggapan bahawa terdapat tentangan

yang hebat terhadap Malayan Unionbukan sahaja daripada penduduk Tanah


Melayu malahan daripada pegawai dalaman British sendiri.
Sultan-sultan Tanah Melayu juga telah terpengaruh oleh perasaan anti Malayan
Union yang dianjurkan oleh pegawai-pegawai Melayu dan rakyat Melayu. ini
mengheret baginda sultan untuk membantah secara terbuka terhadap cara
yang digunakan oleh MacMichael untuk memperoleh tandatangan bagindabaginda untuk perjanjian baru itu. Sultan-sultan tersebut menolak rancangan
Malayan Union dan cadangan untuk menghantar sutu perwakilan ke London
untuk memansuhkan rancangan itu telah disuarakan. Bagaimanapun, sudut
pandangan orang Melayu disampaikan dengan lebih berkesan selepas
penubuhan UMNO atau PEKEMBAR yang telah muncul untuk menyuarakan
bantahan Melayu terhadap Malayan Union.
Pihak British sangat terperanjat dengan perubahan sikap masyarakat Melayu.
Selepas pendudukan Jepun orang-orang Melayu telah sedar bahawa pihak
British tidaklah sekuat yang di sangka, ditambah pula oleh semangat untuk
merdeka yang bertiup kencang dari tanah seberang (Indonesia). Di atas
kesedaran inilah Orang-orang Melayu telah bangun bersama-sama untuk
menentang cadangan pihak British. Tindakan yang kemas telah dilancarkan
melalui UMNO. Negeri-negeri Melayu yang selama ini terpisah dan tidak
bersatu telah bangun bersama-sama, malahan sultan-sultan negeri-negeri
Melayu juga turut bersama-sama bergabung dengan rakyat Melayu untuk
menentang Malayan Union. Satu perkara yang tidak pernah terjadi di Tanah
Melayu sebelumnya.
Perjuangan orang-orang Melayu tidak terhenti setakat itu sahaja, orang Melayu
turut mengadakan ceramah-ceramah umum di seluruh semenanjung untuk
menyedarkan masyarakat Melayu di kampung-kampung. Selepas menerima
tekanan yang begitu kuat, pihak British yang masih ingin meneruskan Malayan
Union mencadangkan satu jawatankuasa dihantar untuk melihat reaksi
masyarakat Melayu. Ahli jawatankuasa tersebut telah terkejut melihat reaksi
yang amat kuat dari orang melayu untuk menghentikan Malayan Union. di mana
sahaja mereka pergi pasti disambut dengan ribuan umat melayu dengan
slogan-slogan anti Malayan Union. Malahan mereka dan Gabenor Malayan
Union ketika itu turut bersimpati dengan orang-orang Melayu. Pada akhir
lawatan tersebut, ahli jawatankuasa terbabit telah mengambarkan sesuatu yang
positif di dalam ucapan mereka. Ramai orang melayu dan UMNO sendiri yakin
bahawa Malayan Union akan berkubur.
Persekutuan Tanah Melayu, 1948
Persekutuan Tanah Melayu merupakan sebuah persekutuan 11 negeri di Tanah
Melayu. Ia dibentuk pada 31 Januari 1948 oleh sembilan Negeri-Negeri Melayu
dan dua penempatan British Pulau Pinang dan Melaka. Perjanjian Persekutuan
telah digubal oleh Sidang Pleno Inggeris-Melayu sejak antara Jun-Disember
1946. Di akhir mesyuaratnya Sidang Pleno telah menghasilkan apa yang
dikenali sebagai Blue Book setebal 100 muka surat.
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani pada 21 Januari
1948 di King House dan diumumkan oleh kerajaan British . Perjanjian ini
ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu, dan Sir Edward Gent, sebagai wakil

Kerajaan British . Perjanjian ini adalah sebagai persediaan ke arah penubuhan


Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Perjanjian ini penting kerana
ia memansuhkan Malayan Union dan menyatukan negeri-negeri Melayu dalam
sebuah Persekutuan untuk pertama kali. Kedudukan Raja-Raja Melayu juga
telah dikembalikan.
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu ini diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British
yang mempunyai kuasa-kuasa eksekutif dengan dibantu dan dinasihati oleh
Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan Tanah Melayu dan Majlis Mesyuarat
Undangan Persekutuan Tanah Melayu. Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan
mengandungi 7 orang ahli rasmi dan 7 orang ahli tidak rasmi. Majlis Mesyuarat
Undangan Persekutuan pula mengandungi Pesuruhjaya Tinggi sebagai
Presiden Majlis, 14 orang ahli rasmi serta 50 orang ahli tidak rasmi yang
mewakili Negeri-negeri Selat, golongan peniaga dan semua kaum. Selain
daripada itu 9 orang Yang Di Pertua Majlis Mesyuarat Negeri, (Menteri Besar)
dan 2 orang wakil dari Negeri-negeri Selat menjadi ahli tidak rasmi. Majlis RajaRaja Melayu akan menasihatkan Pesuruhjaya Tinggi mengenai dasar
imigresen.Residen British digantikan dengan seorang Menteri Besar di tiap-tiap
negeri dalam Persekutuan.
Syarat-syarat Kerakyatan di bawah Persekutuan Tanah Melayu ini diperketatkan
lagi melalui kuatkuasa undang-undang dan naturalisasi secara memohon.
Perjanjian Persekutuan menetapkan kuasa-kuasa Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri. Hal ehwal kewangan mestilah dikendalikan oleh negeri
masing-masing. DYMM Sultan diberikan kuasa penuh ke atas hal-hal agama
dan adat istiadat Melayu. Masalah luar negeri dan pertahanan pula masih
dipegang oleh Kerajaan British. Perjanjian Persekutuan telah dijadikan
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan diisytiharkan dengan rasminya
pada 1 Februari 1948.
Penubuhan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu ini telah menimbulkan
tentangan yang semakin menghangatkan lagi perkembangan politik di Tanah
Melayu. Terdapat usaha-usaha yang dilakukan di beberapa buah negeri di
Semenanjung yang hendak membebaskan dirinya dariapad Persekutuan Tanah
Melayu. Antara gerakan pemisahan yang pernah berlaku ialah Pulau Pinang I
(1948-1949), Pulau Pinang II (1953-1957), Johor dan Kelantan (1955-1956).
Gerakan pemisahan Pulau Pinang dan Johor mempunyai matlamat yang sama
iaitu ingin mengikut jejak Singapura dan berada terus di bawah pentadbiran
British. Manakala gerakan pemisahan di Kelantan bertujuan untuk memulihkan
keagungan agama Islam, bahasa Melayu dan adat istiadat Melayu (Kassim
Thukiman, 2002).
PERJUANGAN MEMBEBASKAN NEGARA
Perjuangan Kemerdekaan
Beberapa langkah telah diambil oleh pihak berkuasa di Tanah Melayu untuk
memerdekakan Persekutuan Tanah Melayu antaranya ialah memperkenalkan
Sistem Ahli. Sistem ini telah dijalankan pada 1 Februari 1951. Sistem Ahli ialah
satu sistem mini-cabinet
dengan ahli-ahlinya bersifat Menteri. Mereka
mengetuai beberapa jabatan yang diletakkan di bawah tanggungjawab mereka.

Antara mereka yang dilantik memegang potfolio tertentu adalah seperti di


bawah,
Jabatan Ahli Dalam Negeri
Jabatan Ahli Ekonomi
Jabatan Ahli Pertanian &Hutan
Jabatan Ahli Kesihatan
Jabatan Ahli Pelajaran
Jabatan Ahli Perindustrian
Jabatan Ahli Tanah,
Perlombongan & Perhubungan
Jabatan Ahli Perumahan dan
Kerjaraya

Dato Onn Jaafar


O.A. Spencer
Tunku Yaakob Sultan Abdul Hamid
DR.Lee Tiang Keng
E.E.C. Thuraisingam
J.D.Hodgkinson
Dato Mahmud Mat
J.D. Mead

Pihak British juga telah memulakan proses pilihanraya di Persekutuan Tanah


Melayu. Peruntukan untuk mengadakan pilihanraya telah termaktub dalam
Perjanjian Persekutuan 1948 yang menjanjikan pilihanraya kepada Persekutuan
Tanah Melayu pada suatu masa yang sesuai. Seorang sejarawan tempatan
menyatakan kemahuan untuk mengadakan pilihanraya ini bukan dimulakan dan
didesak semata-mata oleh Konvensyen Kebangsaan Perikatan UMNO-MCA. Ia
adalah kesedaran semua pihak orang Melayu yang telah terlibat dalam gerakan
nasionalisme, politik dan pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu. Semasa
berucap merasmikan pembukaan Konvensyen Kebangsaan ini, Tunku Abdul
Rahman telah meminta pihak British mengadakan pilihanraya peringkat
Persekutuan.
Pilihanraya pertama di Persekutuan Tanah Melayu diadakan pada peringkat
bandaran. Buat permulaannya pilihanraya Majlis Bandaran Pulau Pinang telah
diadakan pada 1 Disember 1951. Dalam pilihanraya ini parti UMNO, Parti
Radikal Pulau Pinang dan Parti Buruh Pulau Pinang telah bertanding. Parti
Radikal Pulau Pinang telah memenangi enam daripada sembilan kerusi yang
dipertandingkan. Pilihanraya peringkat Majlis Bandaran berikutnya diadakan
pada peringkat Majlis Bandaran Kuala Lumpur. Pada peringkat ini UMNO telah
membentuk Perikatan dengan MCA. Keputusan pilihanraya ini memihak kepada
Perikatan UMNO-MCA, di mana Perikatan UMNO-MCA telah memenangi
sembilan kerusi daripada dua belas buah kerusi, dua kerusi dimenangi oleh IMP
dan satu kerusi dimenangi calon bebas.
Penyelia pilihanraya T.E Smith telah mengumumkan penamaan calon bagi
pilihanraya Persekutuan Tanah Melayu yang pertama ini akan diadakan pada 15
Jun 1955, manakala pengundian telah ditetapkan pada 27 Julai 1955. Proses
pendaftaran pengundi telah dimulakan sejak 18 Ogos 1954 di seluruh
Persekutuan Tanah Melayu kecuali bagi Terengganu di mana pendaftaran
hanya bermula pada 28 Oktober 1954. Pada pilihanraya ini telah ditetapkan
pengundi mestilah berumur 21 tahun ke atas, bermastautin di Persekutuan
Tanah Melayu lebih enam tahun.
Calon yang bertanding pula seramai 159 orang, merebut 52 kerusi. Terdapat
seorang calon wanita iaitu Cik Halimaton Abdul Majid yang bertanding di
kawasan Ulu Selangor. Beberapa buah parti dan calon bebas telah bertanding
dalam pilihanraya ini. Pilihanraya ini telah menjadi latihan kepada anak-anak
tempatan untuk menimba pengalaman dan mengamalkan demokrasi.

PARTI YANG BERTANDING DALAM


PILIHANRAYA 1955
Nama Parti
Melayu
Perikatan
35
Parti Negara
29
Parti Islam Sa Tanah Melayu(PAS)11
Parti Kebangsaan Perak
8
Parti Buruh
Liga Melayu Perak
3
Parti Progresif Perak
1
Calon Bebas
16
Jumlah
103

Cina
15
1
1
2
1
20

India
2
2
1
1
6

Jumlah
52
30
11
9
4
3
2
18
129

Sumber : Smith, Report on the First Election of Members


to the Legislative Council of the Federation of Malaya,
1958:18

Keputusan pilihanraya tahun 1955 adalah seperti berikut,


KEPUTUSAN PILIHANRAYA 1955
Nama Parti

Calon

Menang

Perikatan
Parti Negara
PAS
Parti Kebangsaan Perak
Liga Melayu Perak
Parti Progresif Perak
Parti Buruh
Bebas

52
33
11
8
3
2
4
18

51
1
-

Jumlah
Undi
818013
78909
40667
20996
5433
1081
4786
31642

Peratusan
79.6
7.6
3.9
2.0
0.5
0.1
0.4
3.0

Sumber : Smith, Report on the First Election of Members


to the Legislative Council of the Federation of Malaya
1958:18

Pada bulan September 1955, Perikatan telah menghantar satu rombongan


kemerdekaan ke London dengan diketuai oleh Tunku Abdul Rahman. Beberapa
siri perundingan dan persidangan telah diadakan di antara perwakilan
Persekutuan Tanah Melayu dengan pihak British. Hasil daripada perundingan
ini, satu suruhanjaya perlembagaan dibentuk untuk merangka perlembagaan
bagi Persekutuan Tanah Melayu merdeka.
Suruhanjaya Perlembagaan ini merupakan sebuah badan bebas yang diketuai
oleh Lord Reid, sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perlembagaan. Anggotaanggotanya ialah Sir Ivor Jenning dari United Kingdom, Sir William Mackell dari
Australia, Sir B. Malik dari India dan Hakim Abdul Hamid dari Pakistan.

Suruhanjaya ini dilantik atas nama Yang Maha Mulia Baginda Queen dan Yang
Maha Mulia Raja-raja. Tugas suruhanjaya ini ialah,

Bagi memeriksa aturan2 perlembagaan yang ada di-seluroh Persekutuan Tanah Melayu dengan mengambil perhatian ten

Suruhanjaya tersebut telah menyerahkan draf kerja atau laporan pada Februari
1957 yang telah diperhalusi oleh Jawatankuasa Kerja. Jawatankuasa Kerja
diwakili oleh empat orang pemerintah Melayu, empat orang lagi daripada parti
yang memenangi pilihanraya pertama iaitu Parti Perikatan, Suruhanjaya Tinggi
British, Setiausaha Agung, dan Peguam Negara. Perbincangan mengenai
laporan yang dikeluarkan mengambil masa dua bulan dan apabila pindaan telah
diterima, rang perlembagaan itu dirujuk kepada Majlis Raja-raja untuk disahkan.
Kemudian rang perlembagaan itu dibincangkan semula dengan kerajaan British.
Cadangan Suruhanjaya Reid diterima oleh Parlimen British pada Jun 1957. Draf
perlembagaan dibentang untuk diluluskan Majlis Perundangan Persekutuan.
Rang Perlembagaan itu telah diperkenankan oleh Majlis Raja-raja pada bulan
Jun 1957 dan Majlis Undangan Persekutuan telah menerima dan
meluluskannya pada 15 Ogos 1957 dan Perlembagaan tersebut berkuatkuasa
pada 27 Ogos. (Walau bagaimanapun, secara rasminya pada 31 Ogos iaitu
selepas kemerdekaan.) Perlembagaan tersebut kemudiannya telah dipinda
dengan beberapa perubahan kecil bagi menyesuaikannya menjadi
Perlembagaan Malaysia apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura,
Sabah dan Sarawak lalu membentuk Malaysia.
Cadangan Suruhanjaya Reid
Menurut Laporan Suruhanjaya Reid, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang
merdeka akan diketuai seorang Raja. Di samping itu, sistem kerajaan bersekutu
yang sedia ada akan diteruskan iaitu dengan kewujudan kerajaan pusat dan
kerajaan negeri. Raja-raja Melayu pula akan terus kekal sebagai ketua negeri
masing-masing manakala bagi negeri yang tidak beraja seperti Pulau Pinang
dan Melaka, ia akan bergabung dalam Persekutuan dan diketuai oleh Yang
Dipertua (berperanan seperti Gabenor).
Corak pemerintah telah dipersetujui untuk menggunakan corak demokrasi dan
ahli Parlimen akan dipilih melalui pilihan raya umum untuk mewakili rakyat dan
mengawal pentadbiran kerajaan.
Pindaan laporan Suruhanjaya Reid
Antara pindaan yang telah dibuat ke atas Suruhanjaya Reid ialah pindaan
berkaitan soal bahasa. Suruhanjaya Reid mencadangkan supaya bahasa Cina
dan bahasa Tamil boleh digunakan di dalam Parlimen dan Dewan Negeri.
Cadangan ini telah ditolak tetapi hak orang Cina dan India menggunakan

bahasa masing-masing sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah telah


diterima.
Cadangan mengenai agama juga dipinda dan walaupun rumit, agama Islam
tetap diterima sebagai agama rasmi Persekutuan. Pindaan ini diterima oleh
orang bukan Melayu kerana menjamin hak setiap rakyat Persekutuan Tanah
Melayu untuk bebas menganut agama sendiri.Lagi satu pindaan dibuat ke atas
laporan Suruhanjaya Reid adalah hak istimewa orang Melayu yang menurut
suruhanjaya tersebut, hak keistimewaan orang Melayu hendaklah
dipertimbangkan selepas 10 tahun merdeka. Cadangan ini ditolak sebaliknya
dipersetujui bahawa hak istimewa ini dipertimbangkan dari semasa ke semasa
atas arahan Yang di-Pertuan Agong. Terdapat beberapa syor lain yang dipinda
dan semua pindaan dilakukan selepas perbincangan terperinci di antara semua
pihak yang terlibat yang menunjukkan terdapatnya tolak ansur di kalangan
rakyat pelbagai kaum di Tanah Melayu.
Akhirnya Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan merdeka pada 31 Ogos
1957.
PEMBENTUKAN MALAYSIA
Pada 27 Mei 1961, Tunku telah mengemukakan cadangannya tentang gagasan
Malaysia pada ucapan bersejarahnya di Kelab Wartawan di Singapura.
Menurutnya,
Sebagai satu bangsa, Malaya hari ini sedar bahawa tidak
dapat berdiri sendiri. Di luar bidang politik antarabangsa,
maka politik kebangsaan kita hendaklah berdasarkan pada
konsep yang luas. Lambat laun Malaya akan mencari
persefahaman dengan British dan dengan rakyat-rakyat di
wilayah Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak.

(Nik Anuar Nik Mahmud, 2000)

Terdapat beberapa sebab cadang penubuhan Malaysia ini dikemukakan oleh


Tunku Abdul Rahman, antaranya ialah:
Ancaman komunis
Pengaruh komunis ketara semakin merebak apabila anggota Parti Tindakan
Rakyat (PAP) menubuhkan Barisan Sosialis yang berhaluan kiri di bawah
pimpinan Lim Chin Siong. Kekalahan calon PAP dalam dua pilihan raya kecil
bagi kawasan Hong Lim dan Anson memperlihatkan pengaruh komunis yang
semakin merebak di Singapura. Perkembangan pengaruh komunis di Asia
Tenggara terutamanya Singapura membimbangkan Tunku Abdul Rahman dan
Kerajaan Persekutuan
Tanah Melayu. Tunku risau jika Singapura merdeka bersendirian, Singapura
mungkin akan jatuh ke tangan komunis dan seterusnya menggugat

keselamatan Tanah Melayu. Oleh itu, jika Singapura bergabung dengan


Malaysia, pengaruh komunis dapat disekat. Kebimbangan Tunku Abdul Rahman
dapat dibayangkan dalam ucapannya di Dewan Rakyat pada 16 Oktober 1961.
Tunku menyatakan:
While Singapore is under the British, we feel that there is no treat of open
action by the Communists, which might endanger the peace, and security of the
Federation, but an independent Singapore, anything could happen
(Mohd Noor Abdullah, 1979)
Seimbangkan Kaum
Penubuhan Malaysia dapat membentuk keseimbangan kaum. Pencantuman
Singapura sahaja dengan Tanah Melayu akan mengancam kedudukan orang
Melayu dari segi bilangan penduduk. Sabah, Sarawak dan Brunei perlu
digabungkan dalam Malaysia bagi memastikan keseimbangan antara kaum
bumiputera dan bukan bumiputera.
Komposisi Penduduk Berdasarkan Etnik 1962
Wilayah
Melayu
Cina
& Bumiputera
Tanah
Melayu
&3, 322, 534
3, 424, 351
Singapura
Borneo
872, 853
355, 491
Jumlah

4, 195, 387
(46.6%)

3, 779, 842
(41.9%)

Lain-Lain

Jumlah

977, 802

7, 724,
687
1, 282,
827

54, 383
1, 032, 185
(11.5%)

9, 007,
414
(100%)

Sumber : Ongkili, J.P., 1985:154.

Mempercepatkan kemerdekaan
Pembentukan Malaysia membolehkan Sabah dan Sarawak serta Singapura
memperolehi kemerdekaan lebih awal. Usaha ini seiring dengan ketetapan
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun
1960 yang meminta supaya penjajahan di seluruh dunia ditamatkan melalui
Resolusi 1514(XV). Antara lain, resolusi itu menegaskan:
Convinced that all peoples have as inalienable right to complete freedom, the
exercise of their sovereignty and the integrity of the national territory Declares
that all peoples have the right to self-determination, by virtue of that right, they
freely determine their political status and freely pursue their economic, social
and cultural development
(Mohd Noor Abdullah, 1979)
Untuk merealisasikan penubuhan Malaysia satu Jawatankuasa Perundingan
Perpaduan Malaysia (JPPM) telah ditubuhkan pada Julai 1961 di Singapura.
Jawatankuasa ini telah mencapai beberapa keputusan. Antaranya ialah;
i.Sebuah jawatankuasa akan dibentuk untuk mendapatkan pandangan
rakyat Sabah dan Sarawak berhubung pembentukan Malaysia.

ii.Perlembagaan Malaysia yang akan dibentuk hendaklah berasaskan


Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957.
iii.Islam hendaklah menjadi agama rasmi bagi Malaysia.
iv.Kedudukan istimewa bumiputera Sabah Sarawak dikekalkan.
Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan untuk meninjau reaksi rakyat Sabah
dan Sarawak. Mengikut laporan Cobbold, hampir semua penduduk Sabah dan
Sarawak menyokong pembentukan Malaysia. Selepas persetujuan rakyat
Sabah dan Sarawak diperolehi, satu jawatankuasa merangka perlembagaan
yang menyentuh kedudukan Sabah dan Sarawak dibentuk. Jawatankuasa
Antara Kerajaan (JAK) ditubuh bertujuan mengkaji peruntukan perlembagaan
yang berkaitan dengan penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia.
Jawatankuasa ini telah mengesyorkan,
i.Islam dijadikan agama rasmi Persekutuan
pengecualian kepada Sabah dan Sarawak.

Malaysia

dengan

ii.Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan Malaysia tetapi bahasa


Inggeris digunakan sebagai bahasa rasmi di Sabah dan Sarawak.
iii.Sistem pendidikan dikekalkan dibawah bidang kuasa pusat kecuali
bagi Sabah dan Sarawak.
Bagi penduduk Singapura pula satu referendum telah diadakan untuk mendapat
pandangan penduduk Singapura. Sebanyak 71.1% penduduk Singapura
menyokong penubuhan Malaysia.Cadangan Tunku Abdul Rahman telah
disokong oleh pihak British. Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew
menyatakan kerajaan British terpaksa menerima konsep Malaysia kerana kalau
tidak mereka akan menghadapi satu keadaan seperti Irian Barat. British sedar
demi kepentingan ekonomi, tentera dan politik mereka pada jangka panjang
adalah lebih baik mereka berundur secara teratur sementara masih berkuasa
daripada disingkirkan secara paksa sebagaimana berlaku ke atas Belanda di
Irian Barat.
Cadangan Tunku ini telah menimbulkan reaksi positif daripada pihak Singapura
tetapi negatif dari negara Indonesia. Lee Kuan Yew sepertimana dilaporkan oleh
berita harian pada 4.6.1961 menyatakan sokonganya terhadap Malaysia kerana
matlamat Singapura ialah merdeka dengan Malaya. Singapura menyokong
hanya dengan tujuan memperolehi kemerdekaan. Apabila kemerdekaan
diperolehi, Singapura kemudiannya sanggup menimbulkan beberapa isu dan
akhirnay dipisahkan daripada Malaysia.
Bagi Indonesia pula reaksi pertama datangnya daripada Jawatankuasa Pusat
Parti Komunis Indonesia. Jawatankuasa ini menyifatkan Malaysia sebagai
neokolonial. Pada peringkat awalnya pemerintah Indonesia tidak memandang
serius cadangan ini malah dalam beberapa kenyataan oleh Menteri Luarnya, Dr.
Subandrio seolah-olah menggambarkan pihak pemerintah Indonesia merestui
penubuhan Malaysia.

Akan tetapi apabila tercetusnya pemberontakan Brunei. Pemerintah Indonesia


secara rasmi menganggap cadangan Malaysia bertentangan dengan hasrat
rakyat Kalimantan Utara. Indonesia menunjukkan simpati mereka dan
menyokong pemberontakan itu. Sukarno menganggap gagasan Malaysia
sebenarnya bertujuan menyelamatkan ekonomi British.
Indonesia menentang pembentukan Malaysia kerana ia mempunyai rancangan
untuk menggabungkan wilayah-wilayah di Nusantara ini di dalam satu
persekutuan yang besar yang dikenali sebagai Indonesia Raya. Konsep ini
pernah disuarakan oleh Profesor Mohd Yamin, Penasihat Soekarno selepas
Indonesia merdeka dari tangan Jepun. Profesor Mohd Yamin mencadangkan
Indonesia Raya pada peringkat awalnya menggabungkan Persekutuan Tanah
Melayu dan Indonesia dan kemudiannya akan berkembang membentuk
rangkaian yang lebih besar apabila Burma, Thailand, Vietnam, Filipina dan
Pulau-pulau lain bergabung dalam Indonesia Raya. Hajat Indonesia ini bukan
suatu yang disengajakan tetapi memang telah dirancang oleh beberapa
pemimpin Inodenesia. Dalam perbincangan Badan Penyelidik Usaha Persiapan
Kemerdekaan Indonesia (Investigating Committee for Preparation of Indonesias
Independence) ada disebut tentang kawasan Indonesia merdeka.
Kenyataan Mohd Yamin ini menggambarkan pihak Indonesia memang
mengimpikan Malaya menjadi sebahagian daripada Indonesia. Impian ini
menjadi lebih kukuh apabila ada kalangan rakyat Malaya yang mahukan Malaya
berada di dalam Indonesia. Malah ada rakyat Malaya yang menganggap
mereka merupakan sebahagian daripada rakyat Indonesia. Itulah impian
Indonesia, jadi apabila Tunku mencadangkan pembentukan Malaysia
menggabungkan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Singapura, ia telah
memusnahkan impian Indonesia sejak sekian lama.
Indonesia juga dikatakan menentang gagasan ini kerana Tunku Abdul Rahman
tidak berbincang terlebih dahulu dengan Indonesia untuk menubuhkan
Malaysia. Indonesia berkecil hati kerana ia adalah sebuah negara jiran yang
besar. Indonesia menganggap punca perbalahan ini datangnya dari Malaysia
dan konfrontasi tidak dapat dielakkan lagi. Indonesia telah memperkuatkan
angkatan tenteranya untuk menghadapi Malaysia. Akhbar The Straits Times
melaporkan pada 16 Julai 1963, tentera laut Indonesia telah menubuhkan satu
unit khas, Armada Siaga sebagai persediaan menghadapi Malaysia. Selain
memperkuatkan angkatan tenteranya, pihak pemerintah Indonesia juga telah
menjalankan beberapa tindakan agresif sepanjang tempoh konfrontasi ini. Pihak
pemerintah Indonesia telah menjalankan perang psikologi dan perang ideologi
terhadap Malaysia.
Negara Filipina juga menentang penubuhan Malaysia. Filipinan menentang
kerana menuntut haknya ke atas Borneo Utara. Tuntutan ini jelas apabila
Dewan Perwakilan Filipina yang bersidang pada 24 April 1962 meluluskan
resolusi yang dikenali sebagai Resolusi Ramos member kuasa kepada
Presiden Filipina untuk mengambil langkah bagi memperolehi kembali Borneo
Utara mengikut lunas-lunas undang-undang (Nik Anuar, 2000).
Tentangan-tentangan daripada Negara-negara jiran ini menuntut beberapa
tindakan memperbaiki hubungan diadakan. Pada 30 Julai hingga 5 Ogos 1963,
Sidang kemuncak telah diadakan di Manila diantara Perdana Menteri
Persekutuan Tanah melayu, Tunku Abdul Rahman, Presiden Filipina, Diosdado

Macapagal dan Presiden Indonesi, Sukarno. Hasil daripada Sidang Kemuncak


ini MAPHILINDO ditubuhkan. MAPHILINDO dianggap sebagai penyatuan
rumpun Melayu dan antara tujuannya ialah untuk menyelesaikan masalah
penentang Indonesia dan Filipina berhubungan gagasan penubuhan Malaysia.
Apabila Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963, Indonesia dan Filipina
melancarkan penentangan terhadap Malaysia secara terbuka. Dengan itu
MAPHILINDO telah dibubarkan. Konfrontasi Indonesia hanya tamat apabila
jeneral Suharto mengambil alih pemerintahan Indonesia. Perjanjian perdamaian
antara Malaysia dan Indonesia telah diadakan antara kedua buah Negara ini
pada Ogos 1966.
Walaupun menerima tentangan namun Malaysia Berjaya dibentuk pada 16
September 1963 dengan menggabungkan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan
Singapura. Namun begitu pada 9 Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada
Malaysia.
MALAYSIA DI PENTAS DUNIA
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
PBB merupakan sebuah pertubuhan antarabangsa yang ditubuhkan
untuk menjamin keamanan dan keselamatan dunia, memupuk kerjasama
antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira kaum dan
agama. Ditubuhkan pada Oktober 1945. Ibu pejabat PBB di San Francisco,
Amerika Syarikat (kini di New York). Sehingga Oktober 1991, 166 buah negara
menganggotai PBB. Malaysia menyertai PBB pada 17 September 1957.
Peranan Malaysia dalam PBB, antaranya ialah,
i.Bersama Ireland mengutuk China kerana mencabul hak asasi penduduk
Tibet (1959).
ii.menyertai pasukan pengaman di Congo, Zaire. (1960),
iii.Mengawal genjatan senjata di antara Iran-Iraq (1988).
iv.Menyertai ahli Majlis Keselamatan PBB pada tahun 1965 dan 19891990.
v.Tunku Abdul Rahman membangkitkan soal Apartheid yang diamalkan di
Afrika Selatan.
vi.Membangkitkan isu Antartika.
vii. Memperjuangkan hak asasi Palestin untuk mendapatkans emula
tanah air mereka.
viii.Menganjur Persidangan Antarabangsa mengenai Palestin di bawah
PBB.
ix.Menjadi ahli dalam WHO. UNICEF dan UNESCO.
x.Tun Mahathir dilantik sebagai Pengerusi Persidangan Dadah di Austria
(1987).
xi.Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Yang Dipertua Pertubuhan
Pendidikan, Saisn dan Kebudayaan pada tahun 1989.
xii. Malaysia menghantar tentera menganggotai UNTAC (United Nations
Transitional Authority in Combodia)

Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)


OIC ditubuhkan pada Mei 1971. OIC beribu pejabat di Jeddah, Arab
Saudi. Ia dianggotai negara-megara Islam. Tunku Abdul Rahman menjadi
Setiausaha Agung OIC yang pertama.Tujuan OIC diwujudkan ialah,
i.Mengeratkan hubungan dan kerjasama di antara negara-negara Islam.
ii.Menyelesaikan persengketaan antara negara-negara Islam.
iii.Menghapuskan semua penindasan dan penjajahan.
iv.Mempertingkatkan kedudukan ekonomi dan kemasyarakatan umat
Islam.
Peranan Malaysia dalam OIC antara lainnya ialah,
i.berusaha bersama-sama dengan anggota OIC untuk mencapai
penyelesaian dalam peperangan Iran-Iraq.
ii.Berjaya memulhkan hubungan Mesir dengan negara-negara Arab yang
lain selepas Mesir dipulaukan kerana mengadakan hubungan dengan
Israel.
iii.Berperanan aktif dalam Bank Pembangunan Islam.
iv.Memberi bantuan dalam bidang ekonomi kepada Mali dan Maldives.
v.Menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa dengan kerjasama
dariapad beberapa buah negara Islam.
vi.Memberi biasisiwa kepada pelajar-pelajar dari negara Islam lain bagi
membolehkan mereka menuntut di UIA. Antaranya dari negara
Bangladesh, Sri Lanka, Nigeria dan Gambia.
Komanwel
Komanwel merupakan pertubuhan negara-negara merdeka yang pernah
dijajah oleh Britain. Komanwel mempunyai keahlian 49 buah negara. Malaysia
menganggotai Komanwel pada tahun 1957.Peranan Malaysia dalam Komanwel
ialah,
i.Kerjasama dalam bidang ketenteraan
a.Pada tahun 1957, negara kita telah menandatangani Perjanjian
Pertahanan dengan British, Australia dan New Zealand. Menurut
perjanjian ini ketiga-tiga buah negara ini akan membantu negara kita
mengatasi pencerobohan luar dan komunis.
b.Pada tahun 1971, Perjanjian Pertahanan Lima Kuasa telah diasaskan
di antara Britain, Australia, New Zealand, Malaysia dan Singapura.
Menurut perjanjian ini sekiranya negara yang terlibat di serang oleh
musuh, anggota yang lain boleh menimbang sama ada hendak
membantu atau tidak.
ii.Kerjasama dalam bidang ekonomi
a.Malaysia telah mengadakan hubungan dengan negara-negara
Komanwel untuk kepentingan ekonomi.
b.Britain telah menanam banyak modal di bekas-bekas tanah jajahannya.
c.Negara Komanwel juga mengadakan kerjasama dalam bidang
kewangan iaitu Blok Sterling. Blok Sterling ialah tabung bagi negaranegara yang mengasaskan nilai mata wang mereka dengan mata wang
Britain (pound)
iii.Rancangan Colombo

a.Menurut rancangan Colombo, negara-negara anggota Komanwel yang


kaya akan membantu negara anggota yang memerlukan bantuan.
b.Antara bidang yang diberikan tumpuan ialah bidang latihan. Biasiswa
telah disediakan oleh Britain, Kanada, New Zealand untuk pelajar-pelajar
dari Malaysia, Sri Lanka, India dan Palistan yang melanjut pelajaran ke
institute pengajian tinggi.
c.Malaysia juga menyumbang kepakaran teknologi getah kepada negara
anggota.
iv. Kerjasama dalam bidang pendidikan
a.Sehingga akhir tahun 1970-an, ramai pelajar Malaysia telah dihantar
belajar di negara Britain, Australia dan New Zealand.
b.Biasiswa pendidikan Komanwel juga telah ditubuhkan.
v.Persidangan Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM)
a.Pada tahun 1989 Malaysia telah menjadi tuan rumah Persidangan
Ketua-ketua Kerajaan Komanwel.
b.Antara isu yang dibahaskan ialah persoalan hak asasi, masalah
ekonomi negara sedang membangun, isu alam sekitar dan dasar
Apartheid.
Hasil daripada persidangan ini Peristiharan Langkawi berkenaan alam sekitar
dihasilkan, Penyata Kuala Lumpur berkaitan dasar Apartheid dan Tabung Ekuiti
Komanwel.

Association of Southeast Asian Nations (ASEAN)


ASEAN ditubuh hasil daripada Deklarasi Bangkok pada Ogos 1967.
ASEAN pada peringkat awalnya dianggotai Malaysia, Thailand, Indonesia,
Singapura dan Filipina. Kini, ASEAN mengandungi sepuluh anggota dengan
penambahan negara Kampuchea, Laos, Brunei, Vietnam dan Mnyanmar.

Negara-negara anggota ASEAN


ASEAN ditubuhkan dengan beberapa matlamat, antaranya ialah,
i.Mempercepatkan perkembangan ekonomi, social dan kebudayaan
melalui kegiatan bersama.
ii.Mewujudkan kestabilan dan keamanan serantau berasaskan keadilan
dan kepatuhan undang-undang serta prinsip Piagam bangsa-Bangsa
Bersatu.
iii.Meneruskan usaha pengajian tentang Asia Tenggara

ASEAN mempunya sebuah Sekretariat ASEAN (tetap) terletak di Jakarta,


Indonesia. Terdapat beberapa jawatankuasa yang ditubuhkan untuk
mengerakkan ASEAN. Jawatankuasa tersebut adalah seperti dibawah,
i.Jawatankuasa perdagangan dan pelancongan.

ii.Jawatankuasa kenderaan dan perhubungan.


iii.Jawatankuasa industri, galian dan tenaga.
iv.Jawatankuasa kewangan dan urusan bank.
v.Jawatankuasa makanan.
vi.Jawatankuasa kegiatan social dan kebudayaan.
vii.jawatankuasa pertanian dan perhutanan.
Mesyuarat Menteri-menteri ekonomi ASEAN diadakan dua kali setahun.
Mesyuarat Tahunan Menteri-menteri Luar ASEAN juga diadakan. Manakala
Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan ASEAN (Sidang Kemuncak) diadakan dari
masa ke semasa. Kerjasama yang telah diusahakan oleh ASEAN ialah,
i.Keamanan dan kestabilan
a.Mewujudkan satu kawasan yang aman, bebas dan berkecuali (Zone of
Peace, Freedom dan Neutrality) dengan tidak memihak kepada manamana blok dunia.
b.Peringkat awalnya ASEAN tidak mengiktiraf kerajaan Kampuchea yang
diketuai oleh Heng Samrin dan Hun Sen yang dianggap boneka Vietnam
dan berfahaman kominis.
c.Mengadakan Persetiaan Pemuafakatan dan kerjasama untuk
mewujudkan keamanan dan pemuafakatan yang kekal di antara negara
anggota.
d.Mengiktiraf kerajaan demokratik di bawah pemerintahan Pol Pot
sebagai kerajaan yang sah dan memberi sokongan kepada penubuhan
kerajaan Campuran Kampuchea Demokratik di bawah pimpinan
Norodom Sihanouk.
ii.Kerjasama Ekonomi
a.Kesepakatan telah diperolehi di mana cukai eksport dalam kalangan
anggota ASEAN bagi barang-barang seperti garam, cuka dan rotan
dihapuskan.
b.Projek membuat barang tertentu dibahagikan dalam kalangan anggota,
mislanya Malaysia dan Indonesia mengeluarkan baja urea, Filipina
membuat superfosfat, Singapura membuat enjin diesel dan Thailand
memngeluarkan serbuk soda.
c.Kerjasama antara Malaysia dan Thailand diadakan dalam usaha
carigali minyak.
d.Mewujudkan kerjasama antara negara anggota dengan Kanada dalam
bidang perhutanan.
e.Dialog ekonomi diadakan dengan pemimpin Britain, Amerika Syarikat,
Australia, EEC dan Jepun.
f.Jawatankuasa tetap Ekonomi ditubuhkan dalam bidang perdagangan,
perindustrian, galian dan tenaga, kewangan dan urusan bank,
penagngkutan dan telekomunikasi.
g.Cukai dikurangkan secara beransur-ansur mengikut (ASEAN Free
Trade Agreement) (AFTA).
h.Tahun 1992 dijadikan Tahun Melawat negara-negara ASEAN untuk
menambahkan pendapatan dalam kalangan negara-negara anggota.
i.Peraturan Perdagangan Istimewa diadakan bertujuan menambahkan
perdagangan dalam kalangan negara anggota.

iii.Kerajasama Sosial dan Kebudayaan


a.Dalam aspek kebudayaan, Tabung Kebudayaan ASEAN telah
ditubuhkan untuk membiayai kegiatan kebudayaan.
b.Perayaan Filem dan Lagu ASEAN telah diadakan.
c.Pertukaran rancangan radio dan televisyen diadakan.
d.Pertandingan sukan antara negara anggota juga diadakan seperti SEA
Game dan Pertandingan Bolasepak Piala ASEAN (dulunya dikenali Piala
Tiger).
e.Kerjasam dibidang pendidikan diadakan melalui Pertubuhan MenteriMenteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO). Ditubuhkan di Bangkok
pada bulan November 1965. Matlamatnya ialah untuk mengadakan
kerjasama dalam bidang pendidikan antara negara anggota. Antara
projek SEAMEO ialah penubuhan Pusat Kajian Bahasa Inggeris (RELC)
di Singapura dan Pusat Pendidikan Rantau bagi Sains dan Matematik
(RECSAM) di Pulau Pinang, Malaysia.

Rujukan
Abdul Latif Abu Bakar. (1998). Patriotisme dan Nasionalisme: Satu Pandangan dan
Renungan,dlm.
Jurnal IKSEP (Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme
Malaysia), jilid 1. hlm. 83-84.

Allen, J.D.V. (1967). The Malayan Union.monograph no.10.Conecticut:New


Heaven.
Bhattacharjee, G.P. (1976).Southeast Asian politics:Malaysia and Indonesia.
Culcutta:Minerva Associates PvT.Ltv.
Cheah Boon Kheong.(1987).Red Star Over Malaya. Singapore:Singapore
Tector.
Chandran Muzaffar.(1979).Protector , An anaylsis of the concept and practice of
loyalty in leader led relationship within Malay society. Pulau Pinang:
CO 825/86/55425/4B, Regional Cooperation Economic Development,
Preparation of Plans by South east Asian Territories, Federation of
Malaya.
D.O.K.T N0.120/1949, Summary of Security Activities During Emergency.
Robertson, Eric.(1986).The Japanese file :Pre-War Japanese penetration
in Southeast Asia. Singapore:Heinemann Asia.
Hans Kohn, 1960. The Idea Nationalism : A Study In Its Origin And Background.
New York: Collier Books.
Ismail Said.(2009).Dr.Burhanuddin al-Helmi:pejuang Melayu sejati.Shah
Alam:Karisma Publication.
Ismail Said.(2009).Pengajian Sosial 1.Shah Alam:Karisma Publication.
Ismail Said.(2010). Perkembangan sejarah negara.Puchong: Multimedia
Publication.
Ismail Said.(2011).Menagak Islam membela bangsa.Kuala Lumpur:Unit
Penerbitan Harakah.
Itagaki, Yoichi.(1962).Some aspects of the Japanese policy for Malaya under
the occupation with special reference to nationalism, dlm.KG
Tregonning.papers on Malayan history.Singapore:Journal Southeast
Asian History.
Khoo.KK.(1981).Sino-Malaya relations in Peninsular Malaysia before 1942,
dlm.Journal of Southeast Asian Studies.Vol.XII N0.1 March.
Ongkili,J.P. (1972). Jurnal Jebat. Bangi: Jabatan Sejarah.Penerbitan UKM.

Ratnam, K.J. (1965).Communalism and political process in Malaya.Kuala


Lumpur:University of Malaya Press.
Ruslan zainuddin, Mohd Mahadee Ismail & Zaini Othman.(2005).Kenegaraan
Malaysia.Shah Alam:Penerbitan Fajar Bakti.
Simundjuntak, B.(1969).Malayan Federalism 1945-1963.A study of Federal
problems in a plural society.London:Oxford University Press.
Tengku Anuar .(1987). Pengetahuan kenegaraan Malaysia.Kuala Lumpur:Nurin
Enterprise.
Tunku Abdul Rahman.(1980).Pandang balik.Kuala Lumpur:Heinemann
Educational Books (Asia) Ltd.
Vasil, 1972. The Malaysian General Election of 1969. Kuala Lumpur: Oxford
University Press.
Zarina Othman.(2006).Penubuhan Malaysia.Bangi:Pusat Pengajian Sejarah,
Politik dan strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Zene Hanrahan.(1962).The Communist struggle in Malaya.New York:

Você também pode gostar