Pada suatu petang baginda berjalan-jalan ditepi tebing sungai
diiringi oleh Datuk Menteri dan pengiringnya. Ketika Raja mahu
berangkat pulang ke istana, tiba-tiba mereka terdengar bunyi musang menyalak-nyalak dalam hutan tidak jauh dari situ. Raja berasa hairan. Baginda berpaling dan bertanya kepada Datuk Menteri, Mengapakah terlalu banyak musang menyalak-nyalak ketika telinga beta tidak suka mendengar bunyi salakannya itu?