Você está na página 1de 17

Analisa Keperluan Pembangunan Modul Sains (e-SMART)

Berasaskan Pendekatan Konstruktif 5E Dan Analogi Terhadap


Penerapan Kemahiran Berfikir Kreatif Murid
1

KhairulHasni Abdul Kadir, 2Norazah Mohd Nordin & 3Zanaton Iksan


1,2,3

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia


khairulhasni74@yahoo.com

Abstrak
Usaha meningkatkan kualiti pengajaran guru
dari aspek pengajaran dan pembelajaran sains
adalah selaras dengan inisatif kementerian
pendidikan bagi melahirkan murid yang
berupaya
menaakul
dan
mengaplikasi
pengetahuan secara kreatif dalam suasana
baharu yang berlainan (PPPM 2013-2025).
Penerapan kemahiran kreatif dalam abad ke
21 menjadi objektif utama dalam pendidikan
aliran moden bagi mendepani cabaran era
globalisasi. Namun, didapati guru sains kurang
mengeksploitasi pelbagai kaedah pengajaran
dan kurang memberi perhatian kepada
penerapan kemahiran berfikir murid (PPPM
2013-2025). Rentetan itu, pembangunan
modul atas talian ini bertujuan membantu
guru menerapkan kemahiran berfikir kreatif
murid melalui aktiviti yang disediakan dalam
modul.
Dalam
analisa
keperluan
pembangunan modul sains ini, hasil temu bual
guru-guru sains menyatakan integrasi TMK
dan kaedah analogi mampu meningkatkan
kemahiran berfikir murid. Modul berbentuk
elektronik yang sedang dibangunkan ini
menyediakan
pelbagai
aktiviti
yang
merangkumi pelbagai kaedah pengajaran bagi
mewujudkan pembelajaran bermakna dan
dapat menjana idea murid. Pendekatan
konstruktivisme 5E dan kaedah analogi
menjadi asas dalam reka bentuk pengajaran
modul
bagi
membolehkan
murid
menghubungkait pengalaman
sedia ada
mereka dengan konsep baru dipelajari. Modul
e-SMART yang dibangunkan ini juga selari
dengan aspirasi Kementerian Pendidikan
dalam
Pelan
Pembangunan
Pendidikan
Malaysia (2013-2025) iaitu memanfaatkan ICT
bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di
Malaysia. Modul ini boleh digunakan sebagai
satu strategi alternatif pengajaran guru dalam
menerapkan kemahiran berfikir kreatif murid .

Kata kunci: penerapan kemahiran berfikir


kreatif,
penggunaan
TMK,
penggunaan
analogi, pembangunan modul sains

Pengenalan
Sejajar
dengan
perkembangan
dan
kepesatan teknologi maklumat di abad ke
21,
matlamat
pendidikan
di
era
kebangkitan teknologi masa kini memberi
lebih
tumpuan
kepada
keupayaan
penyelesaian masalah di kalangan murid.
Justeru,
penerapan
dan
integrasi
kemahiran
berfikir
dalam
kurikulum
pendidikan dapat menyediakan keperluan
bagi
murid
memperoleh
keupayaan
tersebut (Philipp et al 2013; Kuhn 2009).
Menyedari kepentingan kemahiran berfikir
ini, maka guru berperanan dalam memberi
bimbingan
serta
menggalakkan
pembelajaran yang berpusatkan murid
agar
mereka
dapat
mempraktikkan
kemahiran
berfikir
dalam
konteks
kehidupan sebenar (Sumalee et al 2012).
Dalam dunia pendidikan sains, kemahiran
berfikir secara kreatif dapat menggalakkan
murid mengaplikasikan pengetahuan ke
atas proses sains bagi mengembangkan
pemahaman asas-asas saintifik (Aktamis &
Ergin 2008). Pemikiran kreatif juga dapat
merangsang pemikiran individu untuk
menghasilkan idea baru dengan mencipta
penyelesaian baru ke atas masalah yang
lampau, malah kreativiti merupakan satu
proses
yang
boleh
dipupuk
dan
dikembangkan (Cannan, L. S. & Fatime

2010). Oleh itu, setiap murid perlu diberi


peluang oleh guru bagi mempertingkatkan
potensi pemikiran kreatif mereka melalui
aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam
semasa pengajaran dan pembelajaran
sains.
Terdapat pelbagai pendekatan dan
strategi yang boleh dilaksanakan dalam
pengajaran dan pembelajaran sains bagi
menerapkan kemahiran berfikir kreatif
murid. Antaranya adalah pendekatan
konstruktivism,
penemuan
inkuiri,
pembelajaran
kontekstual
dan
pembelajaran masteri. Manakala strategi
yang digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran pula ialah menjalankan
eksperimen, mengadakan perbincangan,
membuat simulasi (termasuklah analogi),
penggunaan teknologi, lawatan dan aktiviti
projek (Kuo et al 2014;Peng et al 2013
Christopher 2010). Maka, penggabungan
strategi
pengajaran
dalam
aktiviti
pengajaran
dan
pembelajaran
perlu
diaplikasikan
guru
bagi
memastikan
berlakunya penerapan kemahiran berfikir
kreatif murid, seterusnya merangsang
pemikiran aras tinggi mereka. Pendekatan
pembelajaran
konstruktivism
sering
diaplikasikan dalam pendidikan sains,
kerana ia dapat mencetus pemikiran
kreatif
murid
melalui
proses
menghubungkait pengetahuan sedia ada
murid dengan pengetahuan baru (BPK
2011;Salih & Mustafa 2010).
Teori
konstruktivism yang telah dipelopori oleh
Piaget ini sangat dominan dalam sistem
pendidikan sains kerana pendekatannya
berasaskan
kognitif (Zurainu & Abdull
Sukor 2011).
Persekitaran konstruktivis
melalui pendekatan berasaskan masalah
(Problem Based Learning) pula, dapat
membantu murid meningkatkan kebolehan
pemikiran kreatif dan lebih pragmatik bila
digabungkan dengan alat-alat teknologi
terkini (Halizah & Ishak 2008;Peter et al
2010; Pourhosein Gilakjani et al 2013).
Model 5E terdiri daripada lima fasa
iaitu;
Penglibatan
(Engagement),
Penjelajahan
(Exploration),
Penjelasan

(Explaination), Penghuraian (Elaboration)


dan Penilaian (Evaluation),
merupakan
pendekatan pembelajaran konstruktivisme
yang
sering
diaplikasikan
dalam
pembelajaran sains (Bybee 2006). Setiap
fasa model 5E ini mempunyai matlamat
dan aktiviti
tertentu yang menjadi
panduan
kepada
pengajaran
guru
menerapkan elemen-elemen kemahiran
berfikir bagi membantu murid memahami
pengetahuan, teknologi dan kemahiran
dalam pembelajaran sains. Model ini juga
dapat
membantu
membangunkan
kemahiran sosial, kemahiran komunikasi
kompleks, penyesuaian diri dan kemahiran
pemikiran
murid
agar
mampu
menyelesaikan masalah dalam kehidupan
sebenar (Sharifah dan Fareed 2013).
Kajian lepas berkaitan penggunaan model
konstruktif 5E dalam aktiviti pengajaran
subjek
sains,
telah
menunjukkan
peningkatan pemahaman
murid dan
kemampuan
mereka
untuk
menghubungkaitkan pengetahuan sedia
ada dengan konsep sains dipelajari
(Cardak et al 2008;Mustafa & Gokhan
2012).
Bagi mengukuhkan struktur
pengajaran model 5E ini, pengkaji telah
menggabungkan
kaedah
pengajaran
menggunakan analogi ke dalam fasa
penglibatan dan penerokaan 5E. Analogi
FAR
(focus-action-reflection)
lebih
menfokus
panduan
kepada
guru
bagaimana
untuk
membina
analogi
berdasarkan kepada pengetahuan atau
pengalaman sedia ada murid, agar
kemahiran berfikir kreatif murid dapat
dirangsang
bagi
menghasilkan
pembelajaran
yang
berkesan
(Duit
1991;Aubusson et al 2006; Sarah 2009 dan
George & Angeline 2011).
Selain itu,
analogi juga berperanan sebagai perancah
(scaffolding)
bagi
membantu
murid
membina konsep baru di mana kreativiti
pemikiran mereka dapat dilihat apabila
berlakunya perubahan pada konsep sains
dipelajari (Widder & Jeff 2013).
Selain
daripada
penggunaan
pelbagai kaedah pengajaran, integrasi
penggunaan
teknologi
khususnya
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

dilihat berpotensi memberikan pengajaran


yang berkesan kepada murid (BPK 2011).
Malah, ia membantu murid menjadi celik
teknologi dan dapat mengaplikasikan
pengetahuan
dalam
kehidupan
dan
profesion masa depan mereka (Linn et al
2004). Peningkatan penggunaan TMK di
sekolah-sekolah
mengikut
kurikulum
kebangsaan
dan
orientasi
pedagogi
dijangka dapat menggalakkan kemahiran
TMK, di samping membangunkan kreativiti
murid dan memperkayakan pengalaman
pembelajaran mereka dalam persekitaran
konstruktif (Claro et al 2012; Florentina et
al 2012). Malah, gabungan penggunaan
teknologi seperti simulasi
komputer,
pembelajaran berasaskan web, animasi
interaktif dan video berupaya menjelaskan
konsep abstrak sains dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah
(Thanarkon 2009; Robiatul Adawiah &
Halimah 2011; BPK 2011). Oleh itu, guruguru sains haruslah peka terhadap
perkembangan teknologi maklumat terkini
dan pengaplikasian integrasi TMK dalam
pengajaran dan pembelajaran mestilah
mengikut keperluan murid agar objektif
pembelajaran tercapai dalam masa yang
ditentukan (Norazah & Ngau 2009; Roslina
& Sharifah 2012).

Pernyataan Masalah
Berdasarkan kepada huraian berkaitan
pengajaran guru, ini menunjukkan betapa
pentingnya aspek pemilihan pendekatan,
kaedah, strategi serta bahan yang sesuai
digunakan guru-guru dalam pengajaran
dan pembelajaran sains dalam usaha
menerapkan kemahiran berfikir murid.
Namun begitu, realiti menunjukkan guruguru kurang memberi perhatian dalam
menerapkan kemahiran berfikir murid,
lantas mengurangkan keupayaan mereka
untuk mengaplikasi ilmu pengetahuan dan
berfikir secara kritis di luar konteks
akademik (Laporan PPPM 2013-2025).
Malah, pengajaran yang berpusatkan guru
iaitu penyampaian isi kandungan sematamata serta tidak menghubungkaitkan

pengetahuan sedia ada murid dengan


konsep baru, mengurangkan keberkesanan
dalam meningkatkan kebolehan berfikir
murid (Flick & Bell 2000;Zainol Budiman et
al 2014). Justeru, kemahiran berfikir murid
kurang diterapkan dan proses kognitif
seperti membuat penaakulan (analogical
reasoning) serta membuat kesimpulan
tidak
dapat
tercapai
(Marlina
dan
Shaharom 2010).
Rentetan itu, skor sains murid
Malaysia
dalam
pentaksiran
kognitif
peringkat
antarabangsa
(TIMSS)
menunjukkan penurunan yang ketara
dalam tempoh lapan tahun (TIMSS 2011).
Penurunan
skor
yang
ketara
ini
menunjukkkan
penguasaan
kemahiran
kognitif murid bagi elemen memahami,
mengaplikasi dan menaakul masih di
tahap rendah dan terhad serta tidak
mencapai pencapaian tertinggi, malah
senario ini juga berlaku di kebanyakan
negara lain yang menyertai pentaksiran
TIMSS (Insorn & Sanrach 2012). Maka,
satu modul pengajaran guru dicadangkan
untuk
dibangunkan
bagi
membantu
kemahiran berfikir kreatif murid dapat
diterapkan.
Langkah
awal
sebelum
membangunkan modul, analisis keperluan
perlu dijalankan bagi mengenal pasti
keperluan pembangunan serta komponen
yang diperlukan dalam modul tersebut.

Tujuan Kajian
Kajian
yang
dijalankan
bertujuan
membangunkan modul pengajaran sains
secara atas talian (modul e-SMART)
sebagai satu strategi pengajaran alternatif
kepada guru. Modul e-SMART (electronicScience-Module-using
Analogy-for
cReative-Thinking skill) yang dibangunkan
ini mengambil pendekatan konstruktif
model 5E yang terdiri dari lima fasa, di
samping memasukkan elemen analogi ke
dalam beberapa fasa 5E. Gabungan keduadua pendekatan dan kaedah dalam
membangunkan modul sains ini diharap
dapat membantu guru-guru menerapkan
kemahiran berfikir kreatif murid melalui

aktiviti yang dibangunkan di samping


menggunakan teknologi dalam pengajaran
dan
pembelajaran
sains.
Modul
pengajaran sains ini merupakan satu pakej
pengajaran bagi satu unit konsep tekanan
udara yang mengandungi pelbagai aktiviti,
disusun secara sistematik agar objektif
pembelajaran yang ditetapkan dapat
dicapai (Rusell 1974;Sidek Mohd Noah dan
Jamaludin Ahmad 2005). Kajian reka
bentuk dan pembangunan modul ini
melibatkan beberapa fasa iaitu; fasa
analisis keperluan, fasa reka bentuk dan
pembangunan, fasa pelaksanaan dan fasa
penilaian (Branch 2009). Kertas kerja ini
bertujuan
untuk
menjelaskan
dan
membentangkan sebahagian objektif awal
kajian iaitu untuk menganalisis keperluan
modul
yang
diperlukan
dalam
pembangunan modul sains atas talian.

Objektif Kajian
Objektif pertama kajian ini ialah untuk
mengenal pasti keperluan pembangunan
modul dan komponen dalam modul bagi
menerapkan kemahiran berfikir murid
dalam
aktiviti
pengajaran
dan
pembelajaran dari aspek;
a. Kaedah atau strategi pengajaran guru
b. Aktiviti
dalam
pengajaran
dan
pembelajaran sains
c. Kaedah penyampaian menggunakan
teknologi
dalam
pengajaran
dan
pembelajaran sains

Persoalan Kajian
Berdasarkan kepada objektif pertama,
persoalan yang dikemukakan adalah
berkaitan
aspek
pengajaran
dan
pembelajaran iaitu:
a. Apakah kaedah atau strategi
pengajaran yang digunakan guru
dalam pengajaran dan
pembelajaran subjek Sains?
b. Apakah bentuk aktiviti-aktiviti
yang dijalankan guru semasa
pengajaran dan pembelajaran

sains bagi menerapkan


kemahiran berfikir kreatif murid?
c. Adakah guru sains menggunakan
teknologi semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran?
d. Apakah
komponen
yang
diperlukan dalam pembangunan
modul
sains
yang
sesuai
digunakan
guru
untuk
menerapkan kemahiran berfikir
kreatif murid dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran
sains?

Metodologi
Kajian ini mengambil kaedah kajian kes
iaitu dengan menemubual sekumpulan
guru sains bagi mengkaji keperluan dalam
pembangunan modul bagi mengenal pasti
fenomena pengajaran guru dalam konteks
dunia sebenar (Yin 2011). Manakala reka
bentuk
penyelidikan
pembangunan,
digunakan bagi proses membangunkan
modul (Richey dan Klein 2007;2014).
Bagi kaedah temubual, seramai sembilan
orang guru sains dari sekolah menengah di
bawah Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) telah dipilih untuk ditembual secara
separa struktur. Pemilihan sampel dipilih
secara bertujuan daripada responden
berdasarkan
kriteria
tertentu
bagi
mendapatkan maklumat yang berkaitan
dengan bidang kajian. Antara kriteria guru
yang dipilih ialah guru yang mengajar
subjek sains di sekolah menengah dan
pengalaman mengajar sains sekurangkurangnya lima tahun.
Sebelum proses
temubual dilaksanakan, soalan temubual
dirintiskan dahulu bagi mendapatkan
maklumat yang benar-benar bertepatan
dengan kajian keperluan pengkaji. Soalan
temubual dirintiskan kepada dua orang
guru yang mempunyai ciri-ciri yang sama
seperti responden sebenar. Berdasarkan
hasil temubual kajian rintis menunjukkan
terdapat beberapa soalan yang perlu
ditambah berkaitan keperluan kajian,
seterusnya dimasukkan ke dalam soalan
temubual sebenar.

Setelah
proses
temubual
dan
pengumpulan data dalam kajian sebenar
dilaksanakan, transkrip yang telah lengkap
dikembalikan kepada responden untuk
tujuan semakan.
Transkrip yang telah
disemak, kemudiannya disahkan oleh
responden
dengan
menandatangani
borang pengesahan temu bual bagi tujuan
pengesahan maklumat temubual.
Data
daripada
transkrip
temubual
yang
disahkan dianalisis menggunakan bantuan
perisian Atlas.ti. Data temubual dikategori
dan disubkategori menggunakan kaedah
pengkodan bagi menghasilkan tema (Miles
& Huberman 1985).
Dapatan Kajian
Dapatan kajian diperolehi daripada hasil
analisis temu bual sembilan orang
responden, telah menghasilkan enam
tema seperti ditunjukkan dalam Jadual 1
berikut;

teknologi maklumat (internet)

Tema 1: Strategi dan kaedah dalam


pengajaran sains dipelbagaikan bagi
meningkatkan pemahaman konsep
sains murid
Kesemua
sembilan
responden
menggunakan
pelbagai
strategi
dan
kaedah dalam mengajar sains bagi
membantu murid memahami konsep sains
dipelajari.
Ini secara tidak langsung,
menunjukkan
berlakunya
penerapan
kemahiran berfikir murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran sains.
Sebagai contoh boleh dilihat daripada
responden 1 (GR1), responden 4 (GR4) dan
responden 9 (GR9) yang mengatakan:

GR1:

tapi
saya
terangkan..yang
bergambar tadi tulah.. yang makanan tadi
tukan..penghadaman
..guna
Jadual 1. Tema dapatan analisa
internet...macam-macam caralah. Ada yg
keperluan
kita
bole
terangkan..kita
terangkanlah..yang ada model..kadang
yang sains tulen, saya gunakan model
Tema 1 Strategi dan kaedah dalam
form 5 tu..ambik la tunjuk organ
pengajaran sains dipelbagaikan bagi
kita..kan.kedudukan organ kita ni..ha itu
meningkatkan pemahaman konsep
adalah..saya ambik yang form 5 punya.
sains murid
Kita ceritakan..kita illustrate..
Tema 2 Penggunaan TMK dan analogi dapat
membantu
guru
menerapkan
kemahiran
berfikir
kreatif
dan GR4: ..buat perbincangan, diorang buat
membantu murid memahami konsep pembentangan, macam tulah. Sekarang
lagi ada PBS, diorang kena band 6, band 6
sains
kena buat presentation. Presentation
Tema 3
Guru
menggunakan
kaedah berkumpulan. Diorang memang kena
penyoalan
bagi
menerapkan presentlah kat depan. Guna bahan
kemahiran berfikir aras tinggi murid pengajaran diorang sendiri, macam LCD
Tema 4 Komponen yang diperlukan dalam boleh, macam nak guna kertas mah-jong.
pembangunan modul sains atas Apa-apa sajalah, aktiviti latihan dalam
talian meliputi kepelbagaian kaedah kumpulan,
eksperimen,
kalau
boleh
dan aktiviti dalam pengajaran sains banyakkan bahan untuk diorang melihat.
Tema 5 Kekangan capaian internet menjadi Kita gunakan model, pelajar sains, kita
faktor
penghad
terhadap memang kena ada bahan yang menarik
minat diorang
penggunaan TMK
Tema 6

Elemen
semasa

nilai
murni
diterapkan
menggunakan
alat-alat

GR9: Banyak pendekatan yang kita boleh


gunakan. Selain daripada penggunaan ICT,
simulasi yang ada dalam yang boleh kita
createlah menggunakan simulasi, atau
dalam bentuk youtube ke, kalau
kita
google ada. Aktiviti eksperimen di
makmal, tugasan dalam bentuk projek,
membina model tadi telah mendorong
untuk pelajar berfikir pada tahap yang
tinggi
Tema 2 : Penggunaan TMK dan
analogi
dapat
membantu
guru
menerapkan
kemahiran
berfikir
kreatif
dan
membantu
murid
memahami konsep sains
Selain daripada aktiviti dan strategi dalam
pengajaran sains, kesemua sembilan
responden
juga
bersetuju
bahawa
penggunaan TMK dan analogi dapat
membantu guru menerapkan kemahiran
berfikir murid bagi memahami konsep
sains. Secara tidak langsung, ia dapat
mengembangkan pemikiran kreatif murid
melalui penggunaan kedua-dua kaedah
tersebut. Responden 2 (GR2) menyatakan
penggunaan TMK sangat perlu dalam
pengajaran sains dan beliau menggunakan
analogi bagi menerangkan konsep sains
abstrak kepada murid.
GR2:
yes..memang
sangat-sangat
diperlukan untuk semua budak. Waaajib
guna internet, sebab band 6..kan pakai
PBS (pentaksiran berasaskan sekolah).
Dia kena buat folio, .folio itu dia kan
bentangkan dan isi-isi tu dia kena cari
sendiri dari internet.
Analogi tu kan kalau green house effect
tu, kita kan rasa panas, bila pada diri le
kan, rasa panas sangat. Jadi kalau rasa
panas sangat pun karbon dioksida banyak.
Cuba awak bernafas, panas tak?
Jadi
karbon dioksida tu rasa panas, tapi kena
bagi yang simple-simple la kan. Tak boleh
yang abstrak, form two dia macam asas,
itulah bayangkan kepada yang macam tu,
rasa panas kan.
Greenhouse effect,

karbon dioksida tinggi jadi bumi akan jadi


panas. Karbon dioksida ada dalam badan
kita, ala yang simple-simple je..kalau saya
bagi.
Seterusnya,
tiga
orang
responden
menyatakan
persetujuan
bahawa
penggunaan TMK dan analogi mampu
membantu pengajaran guru sains. Mereka
mengambil strategi penggunaan analogi
berdasarkan
realiti
sebenar
dengan
mengajukan soalan kepada murid bagi
merangsang
pemikiran
murid
untuk
berfikir secara kreatif. Ini dapat dilihat
daripada hasil temu bual daripada
responden 3 (GR3), responden 7 (GR7) dan
responden 8 (GR8) berikut:
GR3: Jadi banyak benda saya rasa lebih
mudah diterangkan oleh CDlah kan! Satu
lagi
form two tu, kita buat teknologi
terkini menggunakan deria pendengaran,
alat teknologi bunyi. So, diorang memang
menggunakan
internet.
Saangatlah
membantu .
Dari aspek penggunaan analogi
responden 3 (GR3) menyatakan:

pula,

Atau pun very general, contohnya saya


tanya. Ok, describe keadaan dalam laut,
dalam laut. Lautan India, yang kapal
terbang MH370, cuba bayangkan apa

suasana dalam laut dalam. Lepas tu


dia pun jawab Gelap, sejuk. Pastu? Ada
pokok tak? Tak tau! Kan contohkan..jadi
kenapa ye?..kenapa gelap?.. cahaya
matahari tak sampai sebenarnya kan?.
Kenapa takde tumbuhan? Takde matahari
macamana nak ada fotosintesis. Biar dia
berfikirlah
Responden 7 (GR7) berpendapat ICT iaitu
TMK menjimatkan masa guru.
Sebenarnya ICT tu jimat kan masa kita
sebenarnya, kita tak perlu tulis nota kat
whiteboard, pancar je.

Dari
aspek
penggunaan
analogi,
responden 7 (GR7) menerangkan:
GR7: Contoh lain, macam pergerakan
jirim tu, saya katalah dengan diorang,
kalau macam nak tunjukkan pergerakan
antara pepejal gas, apa-apa semua, kita
bandingkan macam bilangan pelajar ramai
dalam lif tu kalau penuh boleh tak
bergerak. Contohnya, kalau orang tak
ramai, senang tak dia nak bergerak?
Bolehlah kan, jadi tulah yang pentingnya
dia faham analogi tu kan, boleh dia berfikir
aras tinggi.
Responden 8 (GR8) juga berpendapat
bahawa TMK memang perlu, manakala
analogi pula dapat membantu murid
memahami konsep sains abstrak.
GR8: kita sangat gunakan, sebab kan
sains memang perlu, kita perlu diagram,
kita perlu rajah, kita perlu tengok
movement, jadi kita memang sangat
perlukan.
Kan macam atom tu kan. Kita tak boleh
nak nampak. Jadi kita akan gunakan kalau
nukleus tu, kita bagi dia model ke, K2 yg
statik kat tengah, satu akan bergerak.
Saya suka guna dalam pusingan kaabah.
Haa..macam tu lah. K yang ni akan duduk
kat tengah, yang tu akan berpusing.
Penggunaan analogi sebenarnya telah
disediakan dalam peta i-Think iaitu peta titi
nombor 8, di mana guru boleh mengakses
laman sesawang i-Think.
Namun, hasil
analisis temu bual mendapati, sebahagian
responden guru kurang memahami cara
penggunaannya
dalam
menerapkan
kemahiran berfikir kreatif murid. Sebagai
contohnya, responden 1 (GR1), responden
3 (GR3), responden 7 (GR7) dan responden
8 (GR8) menyatakan pandangan mereka
berkenaan penggunaan peta titi analogi
dalam pengajaran dan pembelajaran sains.
GR1: Yang titi-titi tu kurang guna, yang
tu tak berapa banyak flow tu dalam silibus
kita la..tingkatan dua la.

GR3: Yang itu memang saya tak pernah


attempt untuk sains. Tak pernah attempt.
GR7: Ada juga cikgu yang kurang faham
dengan penggunaan peta analogi atau
peta 8 ni. Peta nombor 8, tapi ikut certain
topik lah, yang mana ada topik boleh
guna, kita guna peta titilah.
GR8: Peta titi tu, peta pemikiran aras
yang paling tinggi jugak tu, sebab aras
untuk menilai dan membuat penilaian
dekat situ. Cuma dari segi penggunaan,
dia tak semestinya kita paksa setiap kali
pembelajaran,
guna
peta,
sebab
setengahnya sesuai, setengahnya tak
sesuai, setengahnya sesuai dengan peta
ni, setengahnya sesuai dengan peta aras
ini.
Tema 3 : Guru menggunakan kaedah
penyoalan
bagi
menerapkan
kemahiran berfikir aras tinggi murid
Apabila soalan berkaitan kaedah yang
digunakan
guru
dalam
menerapkan
kemahiran berfikir aras tinggi termasuklah
kemahiran berfikir kreatif, kebanyakan
responden memberikan kaedah yang sama
iaitu penyoalan. Ini dapat dilihat daripada
hasil analisis temu bual guru daripada
responden 1 (GR1), responden 4 (GR4),
responden 6 (GR6), responden 8 (GR8).
GR1: ..kita latih diorang ni dengan
soalan-soalan. Soalan-soalan aplikasi itu
memang
kita
cuba..dan
terapkan
perlahan-perlahanlah, terap tapi kesan dia
tu..ambik masa. Mungkin setahun hujung
tahun ke. Boleh..kita kena ubah soalan la,
maksudnya..ubah
soalan
untuk
peperiksaan tu.
GR4: dia banyak lebih kepada kita
mewujudkan soalan tau, soalan yang ada
kaitan dengan konsep sains tu dan
kaitannya dengan kehidupan.

GR6: Kalau dalam kelas, biasanya saya


akan tanya soalan-soalan di luar kotak
berfikir mereka.
GR8: ..so kita bagi soalanlah. Biasanya
dia jawab dalam kumpulan, sebab pelajar
sekarang duduk dalam kumpulan, dia
akan jawab dalam kumpulan.
Tema 4 : Komponen yang diperlukan
dalam pembangunan modul sains
atas talian meliputi kepelbagaian
kaedah dan aktiviti dalam pengajaran
sains
Antara soalan penting yang ditanya
kepada
responden
ialah
berkaitan
komponen
yang
diperlukan
bagi
membangunkan modul sains atas talian.
Kesemua sembilan responden memberikan
pelbagai aktiviti dan kaedah yang boleh
digunakan dalam pengajaran sains perlu
diambil kira dalam membangunkan modul
sains atas talian. Ini kerana, pembelajaran
sains menekankan pembelajaran berfikrah
bagi meningkatkan kemahiran berfikir
murid melalui penglibatan murid dalam
pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh guru
(BPK 2011). Sebagai contoh, responden 5
(GR5) menyatakan kandungan modul yang
dibina haruslah ringkas dan menarik agar
murid senang ingat.
GR5: buat yang simple-simple, latihan,
lepas tu ayat tu jangan yg susah, ayat
yang
ringkas,
senang
nak
jawab.
Memanglah bagus, sebab benda tukan
(TMK) dia terangkan benda yang tak
nampak, macam sel tu. Kalau border tu
budak tak suka, kalau gambar menarik
kan?..Dia lebih senang ingat. Tapi, tulah
dia, kena yang ringkaslah dan menarik!
Macam tu.
Responden 6 (GR6) berpendapat bahwa
penggunaan elemen multimedia yang

memberikan pengajaran berkesan kepada


murid.
GR6: Kalau boleh, kita pelbagaikan lagi,
model ke, dia punya video itu, kalau
boleh...hidup..pada saya.
Yang lebih
mesra pengguna ke. Kalau saya, nak ada
pilihan tanpa ada suara dengan ada suara.
Kemudian dia banyak link, link pada
contoh-contoh yang luar biasa yang kita
ada. biar benda tu nampak hidup.
Responden 8 (GR8) mencadangkan agar
satu web sains dibina bagi membantu
murid melakukan aktiviti sains di rumah.
GR8: Kalau ada web yang memang boleh
bantu mereka, maksudnya dekat situ
banyak guidance utk aktivti dia, memang
sangat perlu sebab dia boleh surf sendiri
kat rumah..kita cuma bagi address
Responden 9 (GR9) memberikan beberapa
cadangan untuk dipertimbangkan sebagai
komponen utama modul sains atas talian
ini, antaranya ialah pendekatan inkuiri
melalui aplikasi penyoalan aras tinggi dan
integrasi TMK dalam pengajaran dan
pembelajaran sains.
GR9: kita kena pelbagaikan pendekatan
pengajaran dia. tapi dalam sains ni kita
tak boleh larilah daripada pendekatan
inkuiri. Cikgu kena apply inkuiri aras yang
lebih tinggilah, iaitu jenis berstruktur dan
open inkuiri, inkuiri jenis terbuka. Tapi
malangnya sejauh mana yang ada modul
inkuiri yang integrate dengan ICT ni,
berapa yang ada, satu sekolah tu ada tak
orang yang create modul ni. Jadi, kalau
cikgu boleh create modul pengajaran
inkuiri berasaskan atau diintegrasikan
dengan ICT lagi baguslah. Ha itulah yang
kekangan kita.
Kita kena infuse alat
berfikir, penyoalan tu daripada peringkat
aras rendah dulu kepada aras lebih tinggi,
berkait dengan content.

Tema 5 : Kekangan capaian internet


menjadi faktor penghad
terhadap
penggunaan TMK

rosak. Line internet memang sangat


terhad, dekat makmal memang tak
dapatlah.

Apabila ditanya tentang masalah berkaitan


penggunaan TMK sama ada internet atau
LCD di sekolah, kesemua responden
memberikan jawapan yang sama iaitu
memang ada kekangan dari pelbagai
aspek.
Berikut adalah antara yang
dinyatakan oleh responden berkaitan
kekangan tersebut:

GR9:
Penggunaan ICT, masalah tu
maintenance, ada wireless, macam cikgu
nak guna google nak search maklumat,
ada, boleh. Ada semua cuma dari segi
server jelah.

GR1: Kalau kat makmal memang takde,


kalau nak guna kena bawa broad-band
sendiri. Tu kira masalah lah tu..kalau CD
boleh la, ICT ni macam kalau nak online
memang tak boleh lah.
GR2: ..internet tak sampai. Bilik guru
ada, satu sekolah tak dapat, ini pun cikgu
kejap ada kejap takde.
GR3: Masalahnya ialah wi-fi lah. Time
constraint. Satu lagi teknikal. LCD, wiring,
nak dapatkan paparan yang kita nak dan
sebagainya. Kekangan-kekangan teknikal.
Kita dah letak LCD dalam makmal, tapi
LCD rosak.
GR4: Internet kat makmal takde wifi. Dia
tak
sampai..tak
sampai..tulah
masalahnya..
GR6: saya guna wifi sendiri le, bawak
broadband ke. Yang dapat dekat pejabat,
bilik guru, makmal sains tak dapat,
makmal komputer dapat.
GR7: Memang ada masalahlah. Kadangkadang LCD rosak, pastu internet, wifi tak
berapa adalah, kejap-kejap
ok, kejapkejap tak ok.
GR8: ..line internet, macam tadi masalah
wiring lah, bila wiring tak ok, LCD cepat

Bagi
responden
5
(GR5)
beliau
berpendapat
perisian
sains
yang
dibekalkan untuk pengajaran guru, kurang
membantu atas sebab teknikal.
Beliau
juga kurang mahir dalam penggunaan
teknologi terkini yang menghadkan kepada
penggunaannya dalam pengajaran dalam
kelas.
GR5:. Yang dia guna course ware cd-cd tu
yang dia hantar tu,
rasa tak berapa
sangat membantu. Sebab banyak sangat
soalan,
tak
faham, banyak
sangat
penerangan dan kita pun tak user-friendly,
guna sikit-sikit not responding, not
responding. Memang lah dia kasi cd in
English. Budak langsung tak nak ikut,
tengok gambar-gambar dia tak faham.
Masalahnya yang nak menggunakan
cara-cara
baru
nilah.
Nak
guna
teknologilah nak guna yang dia kata yang
site tu. ha yang nak masukkan site-site tu,
tak reti nak buat lagi.! Tapi benda tu kita
nak buat gambar, nak masuklah bendabenda, tak retilah!
Tema
6:
diterapkan
alat-alat
(internet)

Elemen
nilai
murni
semasa
menggunakan
teknologi
maklumat

Pengalaman dalam pembelajaran sains


dapat memupuk nilai murni di kalangan
murid.
Penerapan nilai murni amat
penting untuk diterapkan kepada murid
agar modal insan yang dilahirkan bukan
sahaja cemerlang dari segi akademik,
malah perlu seimbang dari segi akhlak dan

sahsiah. Oleh itu, hasil temu bual yang


dilakukan
menunjukkan,
kesemua
responden menerapkan nilai-nilai murni
semasa
menggalakkan
murid-murid
menggunakan
TMK
khususnya
menggunakan internet di rumah atau di
cyber cafe.
Berikut merupakan hasil temu bual
sebahagian responden (GR3, GR6 dan
GR9) terhadap penerapan nilai-nilai murni
semasa menggunakan TMK:
GR3: Kalau form three tu saya sukaa
sangat, sebab kita ada tajuk pembiakan,
lepas tu sebab saya ada cd yang ada
kaitkan
al-quran
dengan
sains,
so
memang diorang sukalah. Caranya nilai
murni tu secara sambilan je, tiada topik
khas la.
GR6: ..bekerjasamalah dalam kumpulan.
Biasanya kerja-kerja melibatkan ICT ni
dalam kumpulan.
GR9: Kita kena ingat pelajar-pelajar ni
adalah manusia biasa juga, macam diri
kita jugak, jadi kena ingatkan selalu,
ingatkan dia.
Cari bahan-bahan yang
bermanafaat. Sebab segala mata, telinga
kita akan dipersoalkan nanti apabila kita
mencari dan melihat benda-benda yang
tak sepatutnya. Ha itu jelah, sentiasa
peringatkan,
walaupun
ada
tercetus
sedikit nak tengok benda-benda yang tak
sepatutnya, dah niat, tapi kalau tak buat
tak dikira dosa. Jadi, maknanya orang
kata,
tarbiyahkanlah
sedikitsedikit..haa..supaya bila dia nak buat tu,
dia ingat balik apa yang cikgu kata.

Perbincangan Kajian
Kajian analisis keperluan merupakan
langkah pertama sebelum proses reka
bentuk
dan
pembangunan
modul
dilaksanakan. Kepentingan utama dalam
analisis keperluan kajian ini adalah untuk
menentukan keperluan komponen modul

agar ia menepati kehendak pengguna.


Analisa
keperluan
pengajaran
yang
dijalankan juga dapat mengenal pasti
jurang yang wujud antara keperluan sedia
ada dengan kehendak pengguna, maka ia
dapat membantu mencari penyelesaian
untuk membetulkan kekurangan yang
wujud sama ada dari aspek pengetahuan
atau kemahiran (Indira 2010).
Analisa
keperluan yang dijalankan oleh pengkaji
adalah untuk mendapatkan maklumat
daripada guru sebagai pengguna modul.
Maklumat
pengajaran
guru
yang
dikumpulkan adalah dari aspek strategi
pengajaran, aktiviti yang dilaksanakan dan
penggunaan teknologi dalam pengajaran
sains. Ia bertujuan untuk mengenal pasti
amalan pengajaran guru dalam usaha
menerapkan kemahiran berfikir murid.
Selain itu, analisa keperluan terhadap
komponen modul juga dikumpulkan bagi
menentukan komponen yang diperlukan
dalam membangunkan modul sains di atas
talian. Hasil daripada analisis keperluan
mendapati
kebanyakan
guru
menggunakan pelbagai strategi dalam
pengajaran sains.
Bagi penerapan
kemahiran berfikir, kebanyakan guru
menggunakan kaedah penyoalan bagi
merangsang kemahiran berfikir aras tinggi
murid.
Namun, strategi penyoalan ini
kurang
dipelbagaikan
dari
aspek
penyoalan menggunakan gambar rajah
atau video.
Maka, modul sains yang
dibangunkan
ini
menggunakan
kepelbagaian kaedah dalam menyoal
murid bagi merangsang kemahiran berfikir
kreatif murid untuk menjana idea-idea
baru mereka.
Dari
aspek
penggunaan
teknologi
maklumat (TMK), semua guru bersetuju
bahawa kemahiran berfikir murid dapat
ditingkatkan
seterusnya
membantu
mereka
memahami
konsep
sains.
Kekangan capaian internet dan masalah
penggunaan perisian sains yang telah
dibekalkan menyebabkan penggunaannya
terbatas.
Namun, guru-guru masih
menggalakkan murid-murid menggunakan
teknologi maklumat ini melalui aktiviti

pencarian maklumat daripada internet.


Selain itu, terdapat juga responden guru
(GR5)
yang
kurang
mahir
dalam
menghasilkan bahan berbentuk elektronik
seperti dalam laman VLE Frog untuk
murid. Maka pembangunan modul sains
atas talian ini dilihat mampu membantu
guru menggunakan bahan yang telah
disediakan, di samping melaksanakan
kepelbagaian
aktiviti
yang
dapat
merangsang kemahiran berfikir kreatif
murid.
Penggunaan TMK ini perlu
diperluaskan
bagi
menyahut
hasrat
kementerian pendidikan seperti yang telah
termaktub dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan
iaitu,
memaksimumkan
penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak
jauh dan pembelajaran kadar kendiri untuk
memperluas akses pengajaran berkualiti
tanpa
mengira
kokasi
atau
tahap
kemahiran murid (PPPM 2013-2025).
Bagi tema penggunaan analogi, kesemua
responden guru menyatakan ia mampu
membantu murid memahami konsep sains
dengan lebih berkesan.
Usaha dan
kreativiti
guru
dalam
menerapkan
kemahiran berfikir krearif murid dapat
dilihat daripada hasil analisis temu bual
yang telah dijalankan.
Penggunaan
analogi
peta
titi
8
(i-Think)
pula
menunjukkan sebahagian guru kurang
diaplikasikan dalam pengajaran atas faktor
kurang kesesuaian dan panduan cara
mengguna
yang
terbatas.
Justeru,
penggunaan analogi dalam modul atas
talian
ini,
menjadi
panduan
untuk
memahami cara penggunaan analogi
dalam pengajaran dan pembelajaran sains
melalui panduan analogi FAR (focusaction-reflection).
Penggunaan analogi
dalam modul sains ini secara tidak
langsung
dapat
meningkatkan
pemahaman konsep sains murid dengan
lebih
baik
sekiranya
ia
digunakan
mengikut panduan sistematik (Refik &
Duzgun 2008).
Kaedah penyoalan menjadi satu kemestian
bagi guru dalam menerapkan kemahiran

berfikir khususnya pada aras tinggi, ini


bertujuan membantu murid menjana ideaidea baru bagi memahami konsep sains
dipelajari.
Kajian penyelidik
lepas
mendapati kaedah penyoalan (inquirybased
approach)
yang
memberi
penekanan kepada pemikiran aktif murid
serta diaplikasikan dalam aktiviti hands-on
dapat
mengembangangkan
pelbagai
kemahiran murid termasuklah membuat
kesimpulan daripada data sains yang
diperolehi (Minner et al 2010;Holbrook &
Kolodner
2013).
Oleh
itu,
kaedah
penyoalan berbentuk
soalan terbuka
(open-ending inquiry) menjadi salah satu
komponen keperluan modul agar idea-idea
baru murid dapat dirangsang dengan
berkesan.
Model konstruktif 5E yang
sistematik dengan kombinasi panduan
analogi pula digunakan sebagai reka
bentuk
pengajaran,
membantu
melancarkan
proses pengajaran
dan
pembelajaran guru dalam mengaplikasikan
kaedah penyoalan ini.
Komponen
yang
diperlukan
dalam
membangunkan modul sains atas talian ini
mengambil kira pelbagai aspek dari segi
isi kandungan, kaedah atau strategi
penyampaian dan pendekatan digunakan
bagi memastikan kemahiran berfikir kreatif
murid dapat diterapkan. Antara komponen
yang dicadangkan oleh pihak guru ialah
seperti ditunjukkan dalam Jadual 2.
Jadual 2. Komponen keperluan modul
Respond
en guru

Cadangan komponen
modul

GR1

Permainan
induksi

dalam

GR2

Eksperimen

GR3

Penggunaan multimedia

GR4

Latihan berbentuk
gambar rajah, buat
projek/model

GR5

Buat
mudah

modul

set

latihan

GR6

Pelbagaikan model, guna


video

GR7

Memberi soalan
berbentuk penyelesaian
masalah dan
perbanyakkan bahan
grafik

GR8

Aktiviti
hands-on
dan
membina web yang dapat
membantu
murid
meneroka konsep sains

GR9

Sediakan aktiviti yang


memerlukan pelajar
membuat inovasi kepada
produk/konsep sains yang
sedia ada

Dalam usaha guru untuk melaksanakan


intgegrasi TMK dalam pdp sains, terdapat
kekangan dalam menggunakan talian
internet.
Hasil
dapatan
temu
bual
mendapati guru-guru mempunyai masalah
untuk mendapatkan capaian internet, di
mana ia hanya terhad di kawasan tertentu
sahaja. Maka, penggunaan internet dalam
pengajaran tidak dapat dilakukan secara
langsung.
Namun,
guru-guru tetap
menggalakkan
murid
menggunakan
internet sama ada di rumah atau di kafe
siber untuk mencari maklumat berkaitan
sains agar kemahiran teknologi dan
kemahiran berfikir kreatif murid terus
berkembang seiring dengan kemajuan era
teknologi maklumat. Kajian KhairulHasni
dan rakan-rakan (2014) ke atas muridmurid di daerah Hulu Langat Selangor,
mendapati tahap penguasaan TMK murid
adalah
pada
tahap
tinggi.
Ini
menunjukkan murid boleh berdikari dalam
mencari maklumat berkaitan sains dan
meneroka konsep sains dengan lebih
lanjut. Oleh itu, guru-guru sains boleh
menjadikan modul atas talian ini sebagai
sebahagian bahan bantu mengajar melalui
kaedah flip classroom, di mana murid
perlu meneroka terlebih dahulu isi
pembelajaran (bagi topik tekanan udara)
sebelum sesi pengajaran di kelas bermula.

Tema terakhir yang diperolehi daripada


dapatan analisa keperluan menunjukkan
nilai-nilai murni perlu diterapkan semasa
murid-murid
menggunakan
teknologi
internet. Kesemua responden guru sama
ada secara langsung atau pun tidak
langsung telah menerapkan nilai-nilai
murni dalam pengajaran dan pembelajaran
yang melibatkan penggunaan teknologi.
Penerapan nilai-nilai murni ini tidak boleh
diambil mudah dan perlu diberi penekanan
sewajarnya kerana perkembangan era
teknologi maklumat dalam arus globalisasi
abad ke 21 ini, mendedahkan murid-murid
kepada gejala tidak sihat semasa melayari
internet seperti pembaziran masa dalam
laman sosial (facebook), melayari laman
tidak berkaitan (ponografi) serta pelbagai
ancaman negatif lain. Kajian UNESCO juga
menyatakan
bahawa
kemahiran
penggunaan teknologi haruslah secara
bijak dan beretika yang merupakan
pelengkap kepada kemahiran teknologi
maklumat (Sayers 2006). Maka, nilai-nilai
murni ini haruslah sentiasa diterapkan
seiring dengan pengajaran guru agar
sebuah masyarakat progresif dalam dunia
teknologi
tanpa
sempadan
dapat
diwujudkan di samping mengutamakan
nilai-nilai ketuhanan.

Kesimpulan
Berdasarkan
hasil
perbincangan
yang
dihuraikan,
dapatan
kajian
mendapati
penggunaan
kepelbagaian
pendekatan
dalam
pengajaran
sains
menjadi komponen utama modul bagi
memastikan kemahiran berfikir kreatif
murid
dapat
diterapkan.
Antara
pendekatan dan kaedah pengajaran yang
dicadangkan ialah pendekatan inkuiri,
eksperimen,
projek,
penyelesaian
berasakan masalah, reka cipta dan inovasi,
penggunaan multimedia dan internet.
Penggunaan teknologi maklumat pula
menunjukkan ia satu keperluan yang perlu
diintegrasikan dalam pengajaran,
agar
proses penerapan kemahiran kreatif murid
menjadi lebih lancar, malah kemahiran

penggunaan
teknologi
semakin cekap.

juga

menjadi

Secara keseluruhannya, dapatan analisis


keperluan ini akan digunakan pengkaji
sebagai panduan dalam mereka bentuk
dan membangunkan modul pengajaran
sains ini di atas talian. Dapatan analisis
juga menunjukkan bahawa pembangunan
modul ini adalah berpotensi untuk
dibangunkan
sebagai
satu
strategi
alternatif dan bahan bantu guru dalam
usaha menerapkan kemahiran berfikir
kreatif murid. Sejajar dengan itu, analisa
dalam kajian pembangunan dan penilaian
modul e-SMART ini diharapkan dapat
membantu mempertingkatkan strategi
serta
memperjelaskan
kaedah
atau
pendekatan pengajaran guru dalam usaha
merangsang kemahiran berfikir murid,
khususnya kemahiran berfikir secara
kreatif. Diharapkan juga agar penghasilan
modul ini berupaya untuk merealisasikan
salah satu objektif kementerian pendidikan
dalam Anjakan keempat transformasi
pendidikan
iaitu
memastikan
guru
memberi tumpuan kepada fungsi teras
pengajaran agar kualiti pendidikan dapat
ditingkatkan.

Rujukan
Aktamis, H. & Ergin, O. 2008. The Effect
of Scientific
Process
Skills
Education
on
Students
Scientific
Creativity,
Science
Attitude and
Scademic Achievement. Sia-Pacific
Forum on
Science Learning and Teaching
9(1):1-21.
Aubusson, P. J., Harrison, A. G., & Ritchie,
S. M.
(2006). Metaphor and analogy.
In Metaphor and analogy in science
education (pp.
1-9).
Springer
Netherlands.

Bybee, R. W., Taylor, J. A., Gardner, A., Van,


P.,
Powell, J. C., Westbrook, A., Landes,
N. 2006. The BSCS 5E Instructional
Model: Origins and effectiveness a
report prepared for the office of
science education.
Cannan, L. S. & Fatime, B. K. 2010. How
Much
Science And Technology Lesson
Student Studying Books Support
Creative Thinking? Procedia Social
and Behavioral Sciences 2: 2105
2110.
Cardak O., Dikmenli M. dan Saritas O.
2008. Effect
of 5E Instructional Model in Student
Success In Primary School 6th Year
Circulatory System Topic.
AsiaPacific Forum on Science Learning
and Teaching 9(2):1-11.
Christopher, L. 2010. Fostering Creativity
or
Teaching to the Test? Implications Of
State Testing On The Delivery Of
Science Instruction. The Clearing
House: A Journal of Educational
Strategies, Issues and Ideas 83: 54
57.
Claro, M., Preiss, D.D., San Martin, Jara, I.,
Hinostroza, J.E.,
Valenzuela, S.,
Cortes, F., Nussbaum, M. 2012.
Assessment Of 21st Century ICT
Skills In Chile: Test Design And
Results From High School Level
Students. Computers & Education
59(3):10421053.
Duit, R. 1991. On the role of analogies
and
metaphors in learning science.
Science Education, 75(6):649-672.
Flick, L., & Bell, R. 2000. Preparing
tomorrow's
science teachers to use technology:
Guidelines
for
science

educators. Contemporary issues in


technology and teacher education,
1(1):39-60.
Florentina Iofciu, Miron Cristina , Stefan
Antohe.
2012.
Constructivist approach of
evaluation strategies in science
education. Procedia - Social and
Behavioral Sciences. 31(2011):292296.

KhairulHasni Abdul Kadir, Norazah Mohd


Nordin dan
Zanaton Iksan. 2014. Merging
Analogy and ICT as a Teaching
Strategy to Enhance Students
Thinking Skill & Understanding of
Science Concept. Journal of Applied
Science Research, 10(15): 27-31.

George
Kritikos
and
Angelique
Dimitracopoulou.
2011.
ART (Analogical Reflection
Tool): using analogies to promote
reflection in science education.
Awareness
and
Reflection
in
Learning Networks, 130: 130-137.

Kerry R. Widder, Jeff D. Will. 2013.


Analogy and
Humor as Tools for Understanding
and Retention. Proceedings of the
2013 ASEE IL-IN Section Conference,
American Society for Engineering
Education.

Halizah Awang dan Ishak Ramly. 2008.


Creative
Thinking Skill Approach Through
Problem-Based Learning: Pedagogy
and Practice in the Engineering
Classroom. International Journal of
Human and Social Science, 3:1-14

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah,


Sains
Tingkatan 2. 2011.
Bahagian
Pembangunan
Kurikulum
(BPK).
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Holbrook, J., dan Kolodner, J. L. 2013.


Scaffolding the
development of an inquiry-based
(science) classroom. In International
Conference
of
the
Learning
Sciences: Facing the Challenges of
Complex
Real-world
Settings (p.
221). Psychology Press.
Indira Koneru. 2010. ADDIE: Designing
web-enabled
information literacy instructional
modules.
Journal of Library &
Information Technology, 30(3):2334.
Insorn, P dan Sanrach, C. 2012. Design
and
Development of Adaptive Coaching
System o Enhance the Logical
Thinking Model in Problem-Based
Learning European. Journal of Social
Sciences, 28(4):444-451.

Kuo, Fan-Ray, Chen, Nian-Shing dan


Hwang, Gwo-Jen.
2014. A Creative Thinking Approach
to
Enhancing
the
Web-Based
Problem Solving Performance of
University Students. Computers &
Education 72:220-230.
Kuhn, D. 2009. Do students need to be
taught how
to reason? Educational Research
Review, 4(1):1-6.
Linn, M. C., Davis, E.A dan Bell, P. 2004.
Internet
environments for science education.
Lawrence Elbaum Associates. New
Jersey, London.
Marlina Ali dan Shaharom Noordin. 2010.
Hubungan antara kemahiran berfikir kritis
dengan pencapaian akademik dalam
kalangan
pelajar
fakulti
pendidikan
universiti
teknologi
malaysia.
Jurnal
Teknologi, 52(5):4555.

Miles, M. B., & Huberman, A. M.


1985. Qualitative
data analysis. Newbury Park, CA:
Sage.
Minner, D. D., Levy, A. J., dan Century, J.
(2010).
Inquirybased science instruction
what is it and does it matter? Results
from a research synthesis years 1984
to 2002. Journal of research in
science teaching, 47(4): 474-496.
Norazah Mohd. Nordin, and Ngau , Chai
Hong (2009) Pembangunan dan
penilaian bahan pengajaran dan
pembelajaran berasaskan web
Webquest bagi mata pelajaran
ICT. Jurnal Pendidikan Malaysia, 34
(1): 111-129.
Mustafa Yadigaroglu dan Demircioglu
Gokhan. 2012.
The effect of activities based on 5e
model on grade 10 students
understanding of the gas concept.
Procedia - Social and Behavioral
Sciences, 47: 634-637.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2035
(Pendidikan
Prasekolah
Hingga
Lepas
Menengah).
2013.
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Peng, Shu-Ling, Cherng, Biing-Lin, Chen,
Hsueh-Chih
Lin dan Yen-Ying. 2013. Personal
motivations in creativity: how do the
classroom goal structures influence
creativity
via
self-determination
motivations?
Thinking Skills and
Creativity, 10(162):50-67.
Peter, O. I., Abiodun, A. P., & Jonathan, O.
O. 2010.
Effect of constructivism instructional
approach on teaching practical skills
for
mechanical
related
trade

students
in
western
nigeria
technical
colleges. International
NGO Journa, l 5(3): 59-64.
Pourhosein Gilakjani, A., Mei Leong, L., dan
Nizam
Ismail, H. 2013. Teachers use of
technology
and
constructivism.
International Journal of Modern
Education and Computer Science,
5(4): 49-63.
Philipp, S., Ulrich, K., Romain, M. & Martin,
B. 2013.
Students' complex problem-solving
abilities:
their
structure
and
relations to reasoning ability and
educational success.
Intelligence,
41(5): 289-305.
Refik Dilber & Bahattin Duzgun. 2008.
Effectiveness
of analogy on students success and
elimination
of
misconceptions.
Latin American Journal of Physics
Education, 2 (3): 174 183.
Robiatul Adawiah Jamaluddin & Halimah
Badioze
Zaman.
2011.
pembangunan
perisian cerita animasi interaktif
untuk pendidikan sains.
Jurnal
Teknologi
Pendidikan
Malaysia,
1(4):5-18.
Richey, R. C., and Klein, J. D.
2007.
Design and
developmental reseach. Laurence
Erlbaum Associates, London.
Richey, R. C., and Klein, J. D.
2014.
design and
developmental reseach.
in. J.
Michael, M. David Merrill, Jan Elen
and M.J. Bishop,(Eds), Handbook of
Research
on
Educational
Communications and Technology,
Fourth
Edition,
141-150.
London:Springer.

Rusell J.D. 1974.


Modular instruction: a
guide to
the design, selection, utilization and
evaluation of modular materials.
Dalam
Samsiah
Mohd
Jais,
Mohammad
Nasir
Bistamam,
Mohammad Aziz Shah Mohammad
Arif. 2015. reliability of trauma and
mental health counselling module.
International Journal of Education
and Research 3( 5).
Roslina Mohd. Nor dan Sharifah Nor Puteh.
2012.
Pengajaran Tmk Sebagai Elemen
Tambah Dalam Inovasi Kurikulum
Standard Sekolah Rendah Malaysia.
International Seminar on
Educational Comparative In
Competency Based Curriculum
Between Indonesia and Malaysia,
485-490.
Salih, B. dan Mustafa, M.
2010.
Developing an
instructional
material
using
a
concept cartoon adapted to the 5e
model: a sample of teaching
erosion. Asia-Pacific Forum on
Science Learning and Teaching,
11(1):1-16.
Sarah Longshaw. 2009. Creativity in
science
teaching. School Science Review,
90(332):91-94.
Sayers, Richard. 2006. Principles of
awarenessraising: Information literacy, a case
study. UNESCO, Bangkok.
Sidek Mohd Noh & Jamaludin Ahmad.
2005.
Pembinaan modul: bagaimana
membina modul latihan dan modul
akademik. Penerbit: Universiti
Putera Malaysia. Serdang.
Sumalee, C., Issara, K. & Charuni, S. 2012.

development
and
efficiency
improvement
of
the
learning
innovations
enhancing
learners
thinking potential. Procedia - Social
and Behavioral Sciences, 46:34603464
Thanarkon Wangpipatwong. 2009. The
influence of
constructivist e-learning system on
student learning outcomes. 45-58.
Ed. Tomei Lawrence. Information
communication technologies for
enhanced education and learning.
USA: Penerbit Information science
reference.
TIMSS
2011
Assessment.
2013.
International
association for the evaluation of
educational
achievement
(IEA).
Netherland. Penerbit:: TIMSS &
PIRLS International Study Center.
Zainol Budiman, Lilia Halim, Subahan
Mohd Meerah,
dan Kamisah Osman. 2014. The
effects of cognitive conflict
management on cognitive
development and science
achievement. International Journal
of Science & Mathematics
Education, 12( 5):1169-1171
Yin, R. K. 2011. Applications of case study
research.
London. Penerbit: Sage.
Zurainu Mat Jasin & Abdull Sukor Shaari.
2012.
Keberkesanan
model
konstruktivisme lima fasa needham
dalam pengajaran komsas bahasa
Melayu.
Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, Malay Language Education
Journal (MyLEJ), 2(1): 79-92

Você também pode gostar