Você está na página 1de 68

PENGURUSAN DAN PENDTADBIRAN DALAM

PENDIDIKAN ISLAM
( IXEB 3107 )
SEMESTER 1 (2015/2016)
TAJUK :

PENTADBIRAN PENDIDIKAN ISLAM DI


NEGARA ASEAN
NAMA AHLI KUMPULAN:
BIL.
1.
2.
3.
4.
5.
6.

NAMA
ABIR NOR DAMIA BT. ABD AZIZ
AMALINA BT. MUHAMAD
FATIN QURRATU AINI BT MOHD NASRI
ILI MAHIRA BT ZAMANI
NUR FARAH SYAHIRAH BT NAZIM
WAN NURMAWADDAH BT. WAN ROSLAN

NO.MATRIK
IEB130001
IEB130003
IEB130006
IEB130008
IEB130015
IEB130028

NAMA PENSYARAH:
DR. ASYRAF ISYRAQI BIN JAMIL

ISI KANDUNGAN

BIL

PERKARA

MUKA SURAT

1.

Pengenalan

2.

Malaysia

3.

Indonesia

14

4.

Brunei

21

5.

Singapura

29

6.

Thailand

37

7.

Filipina

43

8.

Myanmar

48

9.

Vietnam

53

10.

Laos

57

11.

Kemboja

60

12.

Kesimpulan

63

13.

Bibliografi

65

PENGENALAN
ASEAN, merupakan singkatan bagi "Association of Southeast Asian Nations" atau
Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara.ASEAN ditubuhkan oleh lima negara pengasas iaitu
Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand di Bangkok pada 8 Ogos 1967 semasa
proses penandatanganan satu perjanjian yang dikenali sebagai Deklarasi Bangkok.Tujuan
ASEAN ditubuhkan adalah untuk mengukuhkan kerjasama serantau.
ASEAN dianggotai oleh 10 buah negara iaitu, Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei,
Thailand, Filipina, Vietnam, Laos ,Kemboja dan Myanmar.Brunei menganggotai ASEAN
pada 8 Januari 1984 iaitu seminggu selepas mencapai kemerdekaan. Hanya selepas 11 tahun
kemudiannya ASEAN menerima ahli baru. Vietnam menjadi anggota yang ketujuh pada 28
Julai 1995, Laos dan Myanmar pula menjadi ahli dua tahun kemudiannya, iaitu pada 23
Julai 1997.Walaupun Kemboja sudah

menyertai

ASEAN

bersama-sama

Myanmar dan Laos, Kemboja terpaksa menarik diri disebabkan masalah politik dalam negara
tersebut. Namun, dua tahun kemudiannya Kemboja menyertai semula ASEAN pada 30
April 1999. Negara anggota ASEAN akan mengadakan mesyuarat pada bulan November
setiap tahun.
Meskipun berbeza sistem politik, ideologi, sejarah, agama rasmi, keutamaan
pembangunan juga struktur pendidikan, negara anggota ASEAN berkongsi visi yang
sama.Bagi negara anggota, pendidikan adalah asas pembangunan yang menyumbang kepada
peningkatan persaingan antara negara.Setiap negara mempunyai sistem dan struktur
pendidikan yang tersendiri bergantung kepada pihak kerajaan.Selain pendidikan umum,
pendidikan Islam juga turut dijalankan di negara ASEAN bagi memenuhi keperluan
masyarakat Muslim, cuma ia berbeza dari segi pelaksanaan dan beberapa aspek.
Oleh itu, penulisan ini bertujuan untuk memberi pencerahan terhadap sistem pendidikan
Islam yang dijalankan di 10 negara ASEAN, meliputi pengenalan, sejarah, institusi,
kurikulum, ko-kurikulum, kedudukan pendidikan Islam dalam pendidikan umum serta isu
pendidikan Islam yang berlaku di negara-negara tersebut.Selain itu, penulisan ini juga akan
menyatakan analisis kelebihan serta kekurangan pendidikan Islam di negara ASEAN dari
sudut pandang penulis.Semoga hasil penulisan ini, dapat memberikan maklumat serta
manfaat kepada semua pihak.

MALAYSIA

1.0 Pengenalan :
Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri dan tiga wilayah. Malaysia didiami oleh 28.96
juta orang. 80% daripadanya tinggal di Semenanjung Malaysia, dan selebihnya tinggal di
kepulauan Borneo.Malaysia didiami oleh penduduk berbilang bangsa dan etnik berikutan
pengaruh sejarah serta politik lampau.Rakyat Malaysia meliputi 55% bangsa Melayu, 25%
bangsa Cina, 7% bangsa India dan 12% orang asli,manakala etnik minoriti lain adalah kirakira 1%.Agama rasmi di Malaysia pula adalah agama Islam.
Beralih kepada sektor pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia bertanggungjawab
penuh ke atas sistem pendidikan di negara ini.Struktur sekolah awam di Malaysia mematuhi
corak 6-3-2, iaitu, enam tahun sekolah rendah, tiga tahun sekolah menengah rendah dan dua
tahun sekolah menengah atas manakala nisbah pelajar kepada guru untuk sekolah rendah
adalah 12.29 :1 dan bagi sekolah menengah pula ialah 13.11 :1. Pada tahun 2012, Malaysia
mencatatkan kadar celik huruf penduduk dewasa sebanyak 94.1%, manakala kadar celik
huruf bagi golongan muda berumur 15 hingga 24 tahun pula adalah 97.9% bagi lelaki dan
98.4% bagi wanita.
2.0 Sejarah Perkembangan Pendidikan Islam :

Pendidikan Islam di Malaysia pada asasnya bermula di dalam istana. Apabila Sultan
Melaka iaitu Parameswara memeluk Islam dan menggunakan nama Iskandar Shah, beliau
telah menjemput ramai alim ulamak untuk mengajar Islam di istana. Pengajaran ini turut
diikuti para pembesar istana dan rakyat jelata yang telah memeluk Islam. Kedudukan istana
sebagai pusat pengajian dan penyebaran Islam ini berterusan sehinggalah kedatangan
penjajah Inggeris pada abad ke-18 Masihi. Setelah itu, timbulnya sistem pendidikan yang
tidak formal seperti kelas mengaji al-Quran.Ia menjadi pelajaran utama bagi semua lapisan
masyarakat ketika itu. Pada peringkat awal, kelas ini dijalankan di rumah guru.Apabila
bilangan pelajar mulai bertambah, kelas al-Quran kemudiannya berpindah ke surau dan
masjid.

Kemudian peranan ini diambil alih oleh institusi pondok. Institusi pondok ialah satu
sistem pendidikan Islam tradisi di Tanah Melayu. Ia merupakan institusi pengajian yang
sangat popular di Tanah Melayu dan Nusantara pada abad ke-19 dan awal abad ke-20. Antara
sekolah pondok yang terkenal ketika itu ialah Pondok Pasir Tumbuh di Kelantan, Pondok
Lubuk Tapah, Pasir Mas Kelantan dan Pondok Lanai di Baling Kedah. Para lulusan pondok
keluar sebagai individu penting yang mengetuai banyak institusi kemasyarakatan di Tanah
Melayu pada ketika itu seperti institusi masjid, pejabat serta jabatan agama.
Bagaimanapun semenjak tahun 1970-an, kegemilangan institusi pondok mulai pudar. Ia
diambil alih oleh institusi madrasah atau sekolah agama/Arab. Banyak institusi pondok telah
ditukar kepada sistem sekolah Arab. Seterusnya, pendidikan Islam secara formal di peringkat
sekolah kerajaan bermula dengan pelaksanaan satu akta yang terdapat dalam Laporan
Rahman Talib 1960. Akta ini menyatakan tentang kewajipan memberikan pendidikan agama
Islam kepada murid-murid agama Islam di setiap sekolah yang mempunyai murid beragama
Islam berjumlah 15 orang atau lebih.Pada tahun 1967, sebuah jawatankuasa yang terdiri
daripada wakil Kementerian Pelajaran, Kolej Islam dan Sekolah-Sekolah Agama Kerajaan
Negeri telah menyusun sukatan pelajaran pendidikan Islam yang baru. Di peringkat sekolah
rendah, ia meliputi pelajaran mengenai akidah, ibadah, sejarah rasul-rasul, budi pekerti serta
bacaan Al-Quran. Di peringkat sekolah menengah pula, pelajar akan mempelajari fiqah,
tauhid, sejarah Islam, ayat al-Quran dan hadis.
Pada tahun 1983, Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah dilaksanakan di peringkat
sekolah rendah.Pada tahun 1988 pula, ianya diteruskan di peringkat sekolah menengah
dengan nama Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).Pada waktu itu , mata
pelajaran pendidikan Islam telah dijadikan mata pelajaran teras di peringkat menengah
rendah dan menengah atas dan ia turut diwajibkan dalam peperiksaan. Pada peringkat
menengah atas, terdapat beberapa mata pelajaran elektif berkaitan pendidikan Islam seperti
Tasawur

Islam,

Pendidikan

al-Quran

dan

al-Sunnah

dan

Pendidikan

Syariah

Islam.Seterusnya,pada tahun 1993, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) telah


diperkenalkan bagi menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah.Melaluinya, satu lagi
bidang telah ditambah ke dalam mata pelajaran pendidikan Islam iaitu bidang asas akhlak
Islam. Ini menjadikan mata pelajaran pendidikan Islam mempunyai tiga bidang iaitu asuhan
al-Quran, asas syariah Islam dan asas akhlak Islam.

Seterusnya, beralih kepada sedikit sejarah tentang perkembangan pendidikan Islam di


peringkat pengajian tinggi.Ia mula dilaksanakan di Tanah Melayu bermula pada tahun 1955
apabila Kolej Islam Malaya ditubuhkan.Ia menjadi perintis kepada penubuhan beberapa buah
kolej Islam dan Universiti Islam yang masih kekal sehingga kini.Selain itu, kursus Tamadun
Islam di semua institusi pengajian tinggi awam dan swasta juga turut diperkenalkan di
samping penubuhan jabatan dan fakulti pengajian Islam di beberapa buah universiti yang
tidak memfokuskan kepada pengajian Islam secara sepenuhnya.

3.0 Institusi dan Kurikulum Pendidikan Islam :

Kurikulum Pendidikan Islam di sekolah rendah dan sekolah menengah milik kerajaan
terbahagi kepada dua, iaitu KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) dan KBSM
(Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah). Kandungan kurikulum ini digubal untuk
memenuhi keperluan setiap Muslim dari segi Fardhu Ain dan juga Fardhu Kifayah bagi
mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.Setiap kurikulum ini mempunyai objektif,
peruntukan waktu dan ciri-ciri pembelajaran yang tertentu mengikut kurikulum peringkat
sekolah dan bersesuaian dengan peringkat dan keupayaan pelajar.
Mata pelajaran Pendidikan Islam teras KBSR mula diperkenalkan pada tahun 1983.
Kurikulum Pendidikan Islam KBSR ini telah disemak pada tahun 1996. Pada tahun 2000, ia
disemak sekali lagi dengan diberi tumpuan kepada kandungan kurikulum dan kaedah
pengajaran.Melalui kurikulum ini,Pendidikan Islam dijadikan mata pelajaran teras yang wajib
diambil oleh semua murid yang beragama Islam.Peraturan Pendidikan 1997 PERKARA 3:4
(Akta Pendidikan 1996) telah memperuntukkan masa 180 minit seminggu bagi mata
pelajaran Pendidikan Islam di SK dan SJK Cina dan Tamil pula sebanyak 150 minit. Ia
dibahagikan kepada enam waktu dengan 30 minit setiap waktu. Mata pelajaran ini diambil
oleh semua murid beragama Islam daripada tahun 1 hingga tahun 6.
Kandungan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah terbahagi kepada empat iaitu
bidang asuhan tilawah Al-Quran, bidang asas Ulum Syariyyah, bidang asas akhlak
Islamiyyah dan bidang pelajaran jawi.Di dalam bidang asuhan tilawah Al-Quran, ia memberi
tumpuan kepada membaca dan menghafaz ayat-ayat Al-Quran dengan betul dan fasih serta
memahami pengertian surah-surah tertentu daripada juzu amma dan menghayati
pengajarannya.Selain itu, bidang asas Ulum Syariyyah pula memberi tumpuan kepada
pemantapan akidah, pembentukan sikap dan tanggungjawab kepada Allah SWT.
7

Selain itu,ia juga menumpukan kepada pengetahuan tentang peraturan ibadat dan
pelaksanaannya serta percontohan dan pengambilan iktibar daripada sirah Rasullah SAW.
Di samping itu,bidang asas akhlak Islamiyyah pula memberi tumpuan kepada kepatuhan
terhadap peraturan dan cara hidup Muslim dalam hubungannya dengan Allah SWT dan
Rasulullah SAW dan juga kepatuhan terhadap peraturan dan tatacara perhubungan manusia
dengan diri sendiri, keluarga, alam sekitar, masyarakat dan negara.Seterusnya, bidang
pelajaran jawi pula memberi tumpuan kepada mempelajari asas seni tulisan jawi serta
kebolehan menulis dan membaca jawi dengan baik.
Selain KBSR, Pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah juga diperkasakan dengan
kewujudan program j-QAF pada tahun 2005, khusus untuk pelajar sekolah rendah. j-QAF
merupakan singkatan kepada Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain.Ia bertujuan
untuk memperkukuhkan penguasaan jawi, memastikan murid-murid khatam al-Quran di
sekolah rendah, mewajibkan pelajaran bahasa Arab dan memantapkan amalan dan
penghayatan fardu ain.

Seterusnya, beralih pula kepada KBSM.Kurikulum ini meliputi aspek pembelajaran


tilawah Al-Quran dan Hadith, bidang pembelajaran Ulum Syariyyah dan bidang
pembelajaran adab berteraskan akhlak Islamiyah. Bidang pembelajaran tilawah Al-Quran
memfokuskan kepada membaca dan menghafaz ayat-ayat al-Quran terpilih mengikut hukum
tajwid yang betul dan fasih, Selain itu,pelajar diharapkan untuk memahami pengertian,
hikmah dan pengajaran ayat-ayat al-Quran dan hadis pilihan.Seterusnya,bidang pembelajaran
Ulum Syariyyah pula menumpukan kepada perkara seperti pemantapan akidah menerusi
peneguhan iman, pemupukan sikap sebagai manusia yang sedar dan insaf akan
tanggungjawab terhadap Allah SWT, diri sendiri, alam sekitar, masyarakat dan
negara.Seterusnya,penghayatan dan pengamalan ibadah menerusi pengetahuan dan
pemahaman tentang peraturan dan disiplin ibadah yang telah ditentukan Allah SWT.Di
samping itu, pelajar diharapkan untuk memahami peranan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah
sebagai ibadat yang diperlukan untuk pembangunan diri dan negara ke arah kesejahteraan
hidup di dunia dan di akhirat.Selain itu, pelajar perlulah meneladani sirah Rasullah S.A.W.
dan tamadun Islam dengan mengetahui, mencontohi dan membangunkan kembali keagungan
tamadun Islam.

Bidang pembelajaran adab berteraskan akhlak Islamiyah pula, memberi tumpuan kepada
adab yang telah diperolehi dan diamalkan di peringkat sekolah rendah, dipertingkatkan di
sekolah menengah dan berdasarkan kepada cara hidup Muslim di dalam hubungannya dengan
Allah S.W.T, diri sendiri, keluarga, alam sekitar, masyarakat dan negara.Selain kurikulum di
dalam kelas, pelajar juga dapat menjalankan aktiviti kokurikulum berkaitan Pendidikan Islam
seperti menyertai persatuan Agama Islam serta pergerakan Puteri Islam (PPIM).
Selain sekolah rendah dan menengah yang menjadi institusi pembelajaran pendidikan
Islam, institusi pondok juga masih lagi diguna pakai dan wujud sehingga kini walaupun
ianya tidak segemilang abad ke 70-an dahulu. Antaranya ialah Madrasah Muhammadiah di
Kuala Krai, Madrasah Diniah, Pondok Pasir Tumboh di Kelantan dan Pondok Baitul Qurra
wal Ilmi, Kampung Paya Sungai Udang,Melaka.
Seperti

yang telah

dinyatakan

dalam

subtopik

sejarah

pendidikan

Islam

di

Malaysia,kebanyakan pondok telah ditukar kepada sistem sekolah agama Arab. Namun
begitu, ia juga menerima banyak mata pelajaran moden dengan sistem kurikulum yang
terancang. Malah sekolah-sekolah ini juga menerima sistem penilaian peperiksaan yang
dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia seperti PMR, SPM dan STAM (Sijil Tinggi
Agama Malaysia).
Dari segi kawalan dan pembiayaan, pertama, terdapat sekolah agama Arab yang tidak
dikawal oleh kurikulum pendidikan yang disediakan oleh kerajaan. Dengan itu, mereka tidak
diberi bantuan kewangan. Sekolah-sekolah dalam kategori ini dikenali sebagai Sekolah
Agama Rakyat (SAR). Sekolah ini walaupun mempunyai sistem pengajian tertentu,
menerima beberapa mata pelajaran moden dalam kurikulumnya serta mengambil peperiksaan
PMR, SPM dan STAM, namun oleh kerana tidak mendapat mendapat bantuan kewangan,
maka kemudahan institusi ini serba kekurangan.
Kedua, terdapat sekolah agama Arab yang mendapat bantuan penuh kerajaan dan diserap
dalam sistem pendidikan nasional sebagai rangkaian sekolah-sekolah kerajaan. Sekolahsekolah jenis ini mempunyai nasib yang lebih baik dari segi infrastruktur, pemantauan dan
kewangan. Selain itu, kerajaan juga menambah sekolah-sekolah agama yang menjadikan
mata pelajaran agama dan bahasa Arab sebagai subjek teras.

Sekolah-sekolah ini ditubuhkan pada peringkat menengah yang dikenali sebagai Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). SMKA merujuk sekolah menengah berasrama
penuh yang hanya mengambil pelajar-pelajar cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan
PMR.Di samping sekolah milik kerajaan dan sekolah agama rakyat, terdapat juga sekolah
milik kerajaan negeri dan swasta

sebagai contoh, rangkaian sekolah MUSLEH yang

menjalankan pengajaran pendidikan Islam.


Pada peringkat pengajian tinggi pula terdapat banyak institusi pengajian tinggi Islam yang
telah ditubuhkan bagi menampung pertumbuhan pelajar daripada aliran Arab ini. Antara
institusi tersebut ialah Universiti Islam Antarbangsa (UIAM), Universiti Sains Islam
Malaysia (KUIM), Kolej Universiti Sultan Zainol Abidin (KUSZA), Universiti Darul Iman
(UDI), INSYANIYYAH, Kolej Islam Yayasan Kelantan (KIYAS), Kolej Universiti Islam
Selangor (KUIS) dan lain-lain lagi. Selain mempunyai bidang pengkhususan keagamaan
seperti Syariah, Usuluddin, Dakwah, dan sebagainya, institusi ini turut menawarkan
pengajian akademik dan profesional yang lain seperti perubatan, kejuruteraan, perakaunan,
ekonomi, undang-undang dan lain-lain lagi.
Selain daripada institusi pengajian tinggi Islam yang khusus, bidang pengajian Islam turut
dimasukan dalam institusi awam lain seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan
Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Dalam university-universiti ini ditubuhkan fakulti
atau jabatan yang menjadikan subjek pengajian Islam sebagai kursus teras yang ditawarkan
sepanjang semester.

10

4.0 Kedudukan Pendidikan Islam :

Pada tahun 2011,Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjalankan transformasi


kurikulum terhadap Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).Kurikulum ini telah
ditambah

baik

dan

dikenali

sebagai

Kurikulum

Standard

Sekolah

Rendah

(KSSR).Transformasi kurikulum ini juga melibatkan Pendidikan Islam.Dalam kurikulum


baru ini, Pendidikan Islam Sekolah Rendah bermatlamat untuk menghasilkan insan yang
berilmu,beriman,beramal soleh dan berakhlak mulia dengan menjadikan al-Quran dan
as-Sunnah sebagai panduan dalam kehidupan seharian supaya menjadi hamba Allah yang
berjaya di dunia dan di akhirat.Oleh itu,ia memberi penekanan terhadap kemahiran membaca
Al-Quran, pemantapan asas-asas akidah,ibadah dan akhlak serta menjadikan sirah
Rasulullah s.a.w. sebagai iktibar dalam kehidupan harian supaya impaknya kelak mereka
mampu

memahami,mengamal

kifayah.Seterusnya

pada

dan

September

menghayati

tuntutan

2012,Kementerian

fardhu

ain

Pelajaran

dan

Malaysia

fardhu
telah

menyediakan laporan awal ringkasan eksekutif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


2013-2025 .Pelan ini mengandungi 11 anjakan untuk transformasi sistem pendidikan.Pada
muka surat ke 24 pelan ini,dijelaskan tentang anjakan ketiga iaitu melahirkan rakyat Malaysia
yang menghayati nilai sejagat. Pengahayatan nilai ini dapat direalisasikan dengan
memperkukuh Pendidikan Islam, menjelang tahun 2017.
5.0 Isu pendidikan Islam :

Isu pertama adalah berkisar tentang masalah kecelaruan tamadun oleh generasi masa kini
dan juga persoalan keboleh pasaran individu yang dilahirkan daripada Pendidikan Islam.Ini
dinyatakan dalam portal Utusan Online bertarikh 7 Mei 2012.Ia memetik kata-kata daripada
Timbalan Menteri Pelajaran ketika itu, iaitu Dr. Mohd. Puad Zarkashi selepas beliau
merasmikan Persidangan Kebangsaan Pendidikan Islam 2012 (PKPI 2012). Di dalam
ucapannya,beliau menyatakan tentang dua isu utama yang menimbulkan konflik dalam
sistem pendidikan Islam di negara iaitu pertama, sistem pendidikan Islam sedia ada telah
melahirkan

generasi

yang

menghadapi

kecelaruan

tamadun

dan

kedua,persoalan

kebolehpasaran individu daripada sistem tersebut.Ia perlu ditangani dalam usaha


membangunkan modal insan yang berkualiti tinggi dengan peradaban mulia.

11

Jika tidak, ia akan menyebabkan ketidakseimbangan sehingga merugikan masa depan


negara.Oleh itu,aspek keberkesanan sistem pendidikan perlu diberi perhatian supaya ia dapat
dihayati oleh masyarakat negara ini.Kedua , masalah pendidikan Islam di Malaysia adalah
mengenai ketiadaan fakulti Islam di Sabah dan Sarawak. Situasi ini menyukarkan para pelajar
di sana untuk mendalami ilmu pendidikan Islam malah mereka harus ke Semenanjung
Malaysia untuk mempelajari ilmu agama. Bagi yang telah mendapat peluang belajar di
Semenanjung, tidak ramai pula dari mereka yang berpeluang untuk kembali berkhidmat di
Sabah dan Sarawak.

Ketiga,timbulnya isu mengenai sekolah agama rakyat (SAR).Ini berikutan SAR diadakan
dengan menggunakan rumah sewa atau dengan menggunakan ruang kelas di sebelah
masjid,surau atau tanah yang didermakan oleh masyarakat. Keadaan ini menjadikan SAR
sebagai bukan sekolah dalam erti kata sebenar menurut Akta Pendidikan. Ini kerana, ia akan
menyukarkan proses mengarusperdanakan sistem pendidikan Islam di peringkat nasional
pada masa depan. Tidak dinafikan,terdapat SAR yang dilihat seperti sebuah sekolah seperti
mempunyai bangunan dan terletak di lokasi yang lebih baik, namun bangunannya agak kecil
dan bilangan kelas juga sangat terhad.

Keempat, timbul isu tentang ketiadaan Sistem Peperiksaan dan Persijilan Yang
Standard.Ini kerana, masih belum lagi terdapat unit dalam bahagian di Lembaga Peperiksaan
untuk mengendalikan urusan peperiksaan bagi sekolah agama negeri dan sekolah agama
rakyat. Dengan ketiadaan sistem peperiksaan dan persijilan yang standard, urusan kurikulum
dan persijilan sekolah-sekolah agama negeri dan rakyat diuruskan sendiri oleh negeri-negeri
dan pertubuhan yang menganjurkan sekolah tersebut.Perkara ini menyebabkan kurikulum di
sekolah-sekolah agama tidak seragam dan ini menimbulkan masalah pengiktirafan.
Berhubung dengan masalah ini, Ustaz Haji Zainal Abidin menyebut bahawa ada negeri yang
tidak mengiktiraf sijil yang dikeluarkan oleh negeri lain.Ini mengakibatkan kerugian di
kalangan pelajar-pelajar kita sendiri kerana tanpa pengiktirafan, sijil yang dikeluarkan tidak
lebih daripada sekeping kertas yang tidak bernilai.

12

6.0 Analisis :
Berdasarkan kajian yang dibuat terhadap pendidikan Islam di Malaysia, dapat disimpulkan
bahawa, pendidikan Islam diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.Salah satu faktornya, disebabkan
agama Islam menjadi agama rasmi di negara ini.Selain itu, dapat dilihat wujudnya pelbagai
dasar dan kurikulum untuk penambahbaikan pengajaran pendidikan Islam.Tambahan pula, ia
sangat komprehensif di mana ia meliputi pendidikan untuk para pelajar di peringkat rendah,
menengah bahkan juga mahasiswa peringkat pengajian tinggi.Sebagai contoh, di peringkat
sekolah rendah dan menengah, terdapat pengkhususan kurikulum seperti pengajaran
al-Quran, hadis, ulum syariah dan akhlak Islamiyyah.Pengkhususan ini memudahkan
pengajaran dengan lebih terperinci dibuat.Di samping itu, penubuhan institusi-institusi
pengajian Islam di peringkat tinggi pula dilihat sebagai satu inisiatif yang sangat baik dan
memberi peluang kepada pelajar lepasan sekolah menengah untuk menyambung pengajian ke
peringkat lebih tinggi dan mendalam dalam bidang pengajian Islam.Akan tetapi, terdapat
beberapa kekurangan sebagai contoh, ketiadaan fakulti Islam,masalah pensijilan standard
serta masalah masalah lain, perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan dan tindakan
sewajarnya perlulah dijalankan dalam usaha memajukan lagi sistem pendidikan Islam di
Malaysia.

13

INDONESIA

14

1.0 Pengenalan :
Indonesia merupakan negara kepulauan yang mempunyai lebih dari 17,000 pulau.
Ia merupakan negara keempat yang mempunyai bilangan penduduk paling ramai di samping
merupakan negara yang mempunyai populasi penduduk Muslim terbesar di dunia.Pada tahun
2011, Indonesia telah mencatatkan bilangan penduduk seramai 237.67 juta orang , yang
terdiri daripada kira-kira 300 etnik yang berlainan sub-kumpulan. Berikutan itu, Indonesia
mempunyai 700 bahasa yang dituturkan oleh pelbagai etnik masyarakatnya.Selain itu,
separuh daripada populasi penduduknya tinggal di kawasan pendalaman.Pernyataan tersebut
memberikan gambaran terhadap cabaran yang dihadapi oleh pihak kerajaan untuk
menyampaikan sistem pendidikan yang berintegrasi dan komprehensif.Selain itu, agama
Islam merupakan agama rasmi dan utama di Indonesia.
Sistem pendidikan di Indonesia adalah berasaskan kepada Pancasila.Kementerian
Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia bertanggungjawab ke atas sistem pendidikan, tetapi
segala yang berkaitan dengan sekolah agama adalah di bawah kelolaan Kementerian Hal
Ehwal Agama. Sistem sekolah di Indonesia adalah yang keempat terbesar di dunia. Ia
mempunyai lebih 50 juta pelajar, kira-kira tiga juta guru dan lebih daripada 300,000 sekolah.
Struktur sekolah awam di Indonesia pula adalah sesuai dengan corak 6-3-3, iaitu, enam tahun
sekolah rendah, tiga tahun menengah rendah, dan tiga tahun menengah atas.
Pada tahun 2010, kadar celik huruf yang dicapai oleh golongan muda berumur 15 hingga
24 tahun di Indonesia adalah 98.8% bagi lelaki dan 98.7% bagi wanita. Manakala, kadar celik
huruf

golongan dewasa di Indonesia pada tahun 2011 pula adalah sebanyak

95.6%.Sementara itu, nisbah pelajar kepada guru untuk sekolah rendah adalah 19.68 : 1
manakala nisbah untuk sekolah menengah adalah 18.49 : 1 pada tahun 2011.

15

2.0 Sejarah Perkembangan Pendidikan Islam :


Pada abad ke-13, Islam telah masuk ke Indonesia dan membentuk beberapa buah kerajaan
Islam seperti Demak, Aceh Samudra Pasai, Sulawesi dan Maluku.Dari kerajaan-kerajaan
inilah, agama Islam mula tersebar ke seluruh nusantara.Pada zaman Belanda, Cornelis Ed
Houtman telah mendirikan beberapa buah sekolah bagi anak-anak Indonesia. Secara
umumnya, ia cenderung membantu penyelenggaraan pendidikan Islam tradisional serta
mendirikan beberapa buah madrasah Islamiyyah dengan melanjutkan sistem lama dalam
bentuk pengajian Al-Quran dan Kitab Kuning.
Pada zaman Jepun pula, pendidikan Islam mula berkembang dengan pesat. Pada zaman
ini, pendidikan Islam cuba menggabungkan antara pendidikan moden Belanda dengan
pendidikan tradisional sehingga melahirkan madrasah-madarasah berkelas yang tidak hanya
memberikan pengetahuan agama tetapi juga pengetahuan umum.Setelah Indonesia merdeka,
pendidikan Islam mulai mendapat tempat dalam sistem pendidikan nasional. Pendidikan
Islam dimajukan setahap demi setahap. Pesantren yang dahulunya hanya diadakan di surau
dan menolak modernisasi, sudah mula menyesuaikan diri dengan tuntutan zaman. Bahkan
ada pesantren yang mendirikan madrasah dan sekolah umum.
Sekolah agama termasuk madrasah ditetapkan sebagai model pendidikan nasional
berdasarkan undang-undang 1945.Selain itu, dalam Akta pengajaran dan pendidikan Nombor
4 tahun 1950, dinyatakan bahawa, belajar di sekolah agama telah mendapat perakuan
daripada menteri agama dan ia dianggap memenuhi kewajipan belajar.Pada tahun 1975,
madrasah dijangka memperoleh kedudukan yang sama dengan sekolah lain dalam segala hal.
Oleh itu, dikeluarkan perakaunan kurikulum sekolah umum dan madrasah.
Seterusnya, telah ditubuhkan Sekolah Tinggi Islam (STI) di Jakarta. Kerana pergolakan
kemerdekaan, STI telah dipindahkan ke Yokyakarta lalu berubah nama menjadi UII
(Universitan Islam Indonesia).Setelah itu, UII dinegerikan dengan syarat ia berada dibawah
naungan Jabatan Agama. Setelah itu, ia berubah nama menjadi PTAIN (Perguruan Tinggi
Agama Islam Negri). Kemudian, ADIA (Akademi Dinas Ilmu Agama) telah dibuka di
Jakarta.Setelah itu, pemerintah menggabungkan ADIA dengan UII dan terhasillah IAIN.
IAIN bertambah pesat dan mendirikan cawangan di berbagai wilayah termasuk Aceh.Pada
tahun 2002 pula, IAIN Syarif Hidayatullah telah berubah menjadi UIN (Universitas Islam
Negri) yang didalamnya menyelenggarakan fakulti agama dan juga pendidikan.

16

3.0 Institusi dan kurikulum Pendidikan Islam


Pesantren merupakan institusi pendidikan Islam yang mempunyai sistem asrama atau
pondok. Di pesantren, kiai mempunyai peranan utama.Di samping itu, masjid berfungsi
sebagai pusat kegiatan dan pengajaran agama Islam di bawah bimbingan kiai.Antara
pesantren yang terdapat di Indonesia adalah Pondok Pesantren Sidogiri Pasuruan, Pesantren
Langitan Tuba dan Pesantren Gontor.Pesantren di Indonesia terbahagi kepada tiga jenis iaitu
pesantren Tradisional (salaf), pesantren Moden dan juga pesantren Komprehensif.
Pesantren Tradisional (salaf) masih mempertahankan bentuk aslinya dengan mengajarkan
kitab yang ditulis oleh ulama abad ke-15 dengan menggunakan bahasa Arab. Pengajaran di
pesantren jenis ini menerapkan sistem halaqah sementara kurikulumnya ditentukan
sepenuhnya oleh para kiai.Pesantren tradisional yang terletak di Sumatra dan Kalimatan
biasanya mempelajari buku-buku asli dalam Bahasa Melayu yang dikarang oleh ulama
Melayu, sedangkan pesantren di Jawa memberikan penekanan kepada Kitab Arab Klasik
yang terkadang diterjemahkan ke dalam bahasa Jawa.Pesantren moden pula menerapkan
sistem belajar moden dan ia dapat dilihat pada penggunaan kelas, baik dalam bentuk
madrasah mahupun sekolah. Sementara itu, pesantren Komprehensif pula, menerapkan sistem
pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan sistem tradisional dan moden.Pendidikan
tradisional diterapkan dengan pengajaran kitab kuning yang biasanya diajarkan pada malam
hari sesudah solat Maghrib dan solat Subuh.Proses pembelajaran pada waktu siang di
pesantren komprehensif pula adalah sama dengan pembelajaran yang diadakan di madrasah
dan sekolah umum.
Seterusnya, penulisan ini akan mengambil Madrasah Miftahul Ulum sebagai sampel yang
mana madrasah ini menerapkan tiga peringkat pengajian iaitu Istidadiyah, Ibtidaiyah dan
Tsanawiyah.Peringkat Istidadiyah merujuk kepada kelas persiapan untuk murid baru yang
akan masuk ke peringkat Ibtidaiyah dan Tsanawiyah tetapi kurang memiliki kemampuan
seperti yang ditetapkan. Seterusnya, peringkat Ibtidaiyah pula akan memastikan

murid

mampu membaca dan memahami kitab yang menjadi pelajaran di madrasah. Selain itu,
terdapat ujian membaca al-Quran yang menjadi syarat untuk ke peringkat seterusnya.

17

Seterusnya, peringkat Tsanawiyah menerapkan pembelajaran Ilmu fikih, Tauhid, Nahwu,


Tafsir, Sejarah Islam, Ilmu Akhlak, Ilmu Balaghah, Usul Fikih, Ilmu Falak,Bahasa Arab dan
banyak lagi.Pembelajaran subjek ini menggunakan kitab-kitab agama yang khusus sebagai
contoh penggunaan kitab Ad-Dasqi al Ummil-Barhin, Nahwu dengan menggunakan
kitab Nazhmu al-Fiyah Ibni Mlik untuk pembelajaran Tauhid dan juga kitab IzhzhatunNsyin untuk pembelajaran Ilmu Akhlak.
Seterusnya, terdapat tiga buah institusi pengajian tinggi yang menawarkan kursus
pengajian Islam di Indonesia iaitu UIN ( Universitas Indonesia Negeri), IAIN (Institut Agama
Islam Negeri) dan STAIN ( Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri ).Hasil transformasi
pendidikan peringkat tinggi, sekarang terdapat 6 UIN, 14 IAIN dan 32 STAIN di seluruh
Indonesia antaranya UIN Jakarta, UIN Bandung dan UIN Makasar.

18

4.0 Kedudukan Pendidikan Islam :


Kurikulum 2013 disusun oleh Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia.Ia
bertujuan untuk menyempurnakan kurikulum sebelumnya dengan pendekatan belajar aktif
berdasarkan nilai-nilai agama dan budaya bangsa.Oleh itu, melalui kurikulum baru
ini,kerajaan telah menukarkan nama mata pelajaran Pendidikan Agama Islam menjadi
Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti.
Selain itu, Kurikulum 2013 juga tidak lagi menggunakan standard kompetensi (SK)
sebagai acuan dalam mengembangkan kompetensi dasar (KD). Sebagai gantinya, Kurikulum
2013 telah menyusun kompetensi inti (KI). Kompetensi inti merujuk kepada tingkat
kemampuan untuk mencapai standard kelulusan yang harus dimiliki seseorang pelajar pada
setiap kelas atau program.Kompetensi Inti merangkumi aspek spiritual,sosial, pengetahuan,
dan keterampilan.Perubahan perilaku pelajar dalam pengamalan ajaran agama dan budi
pekerti menjadi perhatian utama kurikulum ini.
Di samping itu,kementerian juga telah menerbitkan Buku Pegangan Guru.Buku ini dapat
memberikan panduan terperinci kepada para guru Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti
dalam merancang,melaksanakan dan menilai proses pembelajaran mata pelajaran ini. Dalam
buku ini terdapat lima hal penting yang perlu diberi perhatian oleh guru iaitu proses
pembelajaran, penilaian, pengayaan, remedi, dan interaksi guru dengan ibu bapa
pelajar.Dengan demikian, tujuan pembelajaran diharapkan dapat dicapai secara maksmimum
dan selaras dengan tujuan pendidikan nasional iaitu mengembangkan potensi pelajar agar
menjadi manusia yang beriman dan bertakwa kepada Tuhan Yang Maha Esa, selain
berakhlak mulia, sehat, berilmu, kreatif, berdikari, serta menjadi rakyat yang bertanggung
jawab.
Ringkasnya, penghasilan Kurikulum 2013 dan penerbitan Buku Pegangan Guru
menunjukkan bahawa, Pendidikan Islam sudah mula diberi perhatian dalam pendidikan oleh
Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia.Ini kerana, sebelum ini, segala yang
berkaitan dengan pendidikan Islam adalah di bawah kelolaan Kementerian Hal Ehwal Agama
sahaja.

19

5.0 Isu Pendidikan Islam:


Isu yang berlaku di Indonesia dari dulu sehingga sekarang adalah mengenai Pendidikan
Islam yang terus didiskriminasi terutamanya dalam peruntukan bajet negara. Diskriminasi
bajet ini telah mengakibatkan kepincangan sehingga guru- guru pengajian al-Quran juga
tidak mempunyai peruntukan belanjawan. Hal ini disampaikan oleh Sekretaris Direktorat
Jenderal Pendidikan Islam Kementerian Agama Republik Indonesia ( Kemenag RI ), HM
Ishom YUSQI dalam program Perbincangan dan Bedah Buku 'Mendidik Tanpa Pamrih:
Kisah Para Pejuang Pendidikan Islam', Rabu (18/11/2015) di Aula Kantor P3M, Jalan
Cililitan Kecil, Jakarta Timur. Ishom YUSQI yang juga Guru Besar UIN Syarif Hidayatullah
Jakarta berharap dikotomi peruntukan pendidikan tidak berlaku lagi. Selama ini,peruntukan
yang sangat besar untuk pendidikan iaitu 20 peratus, masih berpihak kepada pendidikan
umum yang secara kuantitinya, institusi pendidikan umum jauh lebih sedikit jika
dibandingkan dengan institusi pendidikan Islam.

6.0 Analisis :
Berdasarkan kajian yang dibuat ,dapat dirumuskan bahawa pendidikan Islam di Indonesia
berada dalam tahap yang memuaskan.Meskipun Indonesia merupakan kerajaan Islam serta
banyak pesantren dan madrasah didirikan, namun , kekurangan dana yang diberi oleh pihak
kerajaan akan membantutkan kualiti pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam di
sini.Seperti yang kita sedia maklum, pendidikan yang berkualiti tidak mungkin dicapai tanpa
dana yang cukup.Dana juga sangat diperlukan untuk menyediakan infrastruktur yang
kondusif untuk para pelajar di samping memberi gaji yang sewajarnya kepada para guru.Di
sebalik kekurangan yang disebutkan di atas, kewujudan Kurikulum 2013yang dijalankan
oleh pihak Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia, dilihat sebagai satu langkah
yang baik dan seharusnya diberi pujian.

20

BRUNEI

21

1.0 Pengenalan :
Brunei Darussalam merupakan anggota ASEAN yang ke-6. Brunei merupakan sebuah
negara yang bersaiz kecil jika dibandingkan dengan negara Asean yang lain.Brunei didiami
oleh seramai lebih 400,000 orang..Bangsa Melayu merupakan majoriti dan meliputi 74% dari
penduduk Brunei manakala 16% penduduknya berbangsa Cina.Bahasa Melayu merupakan
bahasa rasmi di Brunei. Akan tetapi, kebanyakan orang bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Setelah Brunei mencapai kemerdekaan pada 23 Februari 1985, agama Islam telah dijadikan
sebagai agama rasmi manakala segala perkembangan negara adalah berdasarkan falsafah
Melayu Islam Beraja.
Kementerian Pendidikan Brunei bertanggungjawab mengurus sistem pendidikan,
manakala Kementerian Hal Ehwal Ugama pula bertanggungjawab terhadap Pendidikan Islam
di Brunei.Ia dipertanggungjawabkan untuk mewujudkan sistem pendidikan agama yang
tersusun kemas, di samping menyediakan lebih banyak kemudahan pengajaran dan
pembelajaran agama.Selain itu, kementerian ini ditugaskan untuk membuat pemantauan yang
berkesan dan berterusan ke atas semua jenis persekolahan agama serta meningkatkan kualiti
pegawai, guru dan kakitangan Jabatan Pengajian Islam melalui latihan, bengkel ataupun
kursus.
Struktur sekolah awam di Brunei adalah mengikut corak 6- 5-2, iaitu enam tahun sekolah
rendah, lima tahun sekolah menengah dan dua tahun pengajian pra-universiti.Pada tahun
2011, nisbah pelajar kepada guru untuk sekolah rendah adalah 11.34 : 1 manakala bagi
sekolah menengah pula adalah 10.2 : 1.Seterusnya, pada tahun 2012,Brunei mencatatkan
kadar celik huruf yang tinggi bagi golongan dewasa, iaitu sebanyak 99.6%.Kadar celik huruf
bagi golongan muda yang berumur 15 hingga 24 tahun juga mencatatkan rekod yang sama.
Brunei ialah negara yang mencapai taraf pendapatan tinggi.Oleh itu, bagi menjamin masa
depan negara dalam pengetahuan ekonomi global,Brunei telah membuat pelaburan yang
tinggi terhadap sistem pendidikannya.

22

2.0 Sejarah Perkembangan Pendidikan Islam:


Pada kurun ke- 16 Masihi, Brunei telah muncul sebagai sebuah negara yang aktif
menjalankan usaha penyebaran Islam di sekitar Pulau Borneo dan Filipina. Pada masa
ini,pengajaran agama Islam dikembangkan oleh golongan ulama seperti Khatib yang
mendorong tertubuhnya pusat pengajian yang dikenali sebagai balai. Penubuhan balai ini
bertujuan sebagai tempat pengajian secara umum dan sebagai tempat mencari calon yang
berpotensi untuk meneruskan kesinambungan para guru. Oleh itu,corak pengajian disini
terbahagi kepada dua.Pertama,pengajian umum yang tidak memerlukan kepandaian menulis
dan membaca jawi.Ia merujuk kepada pengajian berbentuk dikir Brunei, Ratib Saman,
mengaji Al-Quran dan Hadrah.Corak pengajian yang kedua pula merujuk kepada pengajian
lebih tinggi yang melibatkan para pelajar yang mempunyai kemahiran membaca dan menulis
jawi, mempelajari pelbagai ilmu seperti Ilmu Fiqh, Faraidh, Bab Nikah, Nahu dan Qawaid,
Tasauf dan Akhlak.
Pada tahun 1930,Brunei telah memperkenalkan sistem pendidikan persekolahan secara
teratur.Seterusnya,sebuah sekolah agama yang menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa
pengantar telah ditubuhkan pada tahun 1941 dan pada tahun 1946 pula,Pelajaran Agama
Islam telah dijadikan sebagai satu mata pelajaran di sekolah-sekolah Melayu. Setelah itu,pada
16 September 1956 , Brunei telah menubuhkan sekolah agama yang mengikut sistem Sekolah
Agama Negeri Johor.Di peringkat awal,segala sukatan pelajaran, buku-buku teks dan tenaga
pengajar didatangkan khas dari Johor. Di samping itu, mata pelajaran Pengetahuan Agama
Islam juga diajarkan di sekolah-sekolah Melayu dan Inggeris.
Pada tahun 1966 pula, Sekolah Menengah Arab ditubuhkan bagi memenuhi keperluan
pengajaran Pendidikan Islam dengan menggunakan pengantar Bahasa Arab.Selain itu,kursus
Perguruan Agama juga telah diperkenalkan bagi memenuhi keperluan tenaga pengajar.
Seterusnya, pada 8 Januari 1972, sebuah Maktab Perguruan bagi melatih bakal guru agama
telah dibuka.Seiring peredaran zaman, pendidikan agama Islam di Brunei kini menjadi lebih
sistematik dan dijadikan sebagai salah satu mata pelajaran wajib di semua sekolah.Selain itu,
Brunei juga

telah

berjaya menubuhkan institusi Pendidikan Islamnya sendiri seperti

Universiti Islam Sharif Ali (UNISSA) yang menjadi tanda kecemerlangan dan kegemilangan
hidup beragama di Brunei.

23

3.0 Institusi dan Kurikulum Pendidikan Islam :


Matlamat Pendidikan Islam Brunei adalah untuk pembentukan insan dan masyarakat
soleh.Di samping itu, dasar pendidikan Islam bagi negara ini pula ialah menekankan kepada
kepercayaan dan taat kepada Allah S.W.T, keutamaan kepada bahasa Melayu dan taat setia
kepada Raja.Brunei mempunyai banyak institusi Pendidikan Islam di peringkat menengah
antaranya ialah Sekolah Menengah Agama Arab Hasanal Bolkiah, Sekolah Agama Arab
Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit, ITQ (Institut Tahfiz al-Quran)
Hasanal Bolkiah dan Mahad Islam Brunei di Tutong. Kurikulum pendidikan ini dibuat
untuk mencapai tujuan-tujuan yang tertentu.Namun begitu,penulisan ini akan memfokuskan
terhadap contoh kurikulum yang dijalankan di Sekolah Menengah Agama Arab Hasanal
Bolkiah dan juga di ITQ (Institut Tahfiz al-Quran)Hasanal Bolkiah.
Pertama,Sekolah Menengah Agama Arab Hasanal Bolkiah menjalankan Kurikulum Sijil
Tinggi Pelajaran Agama (SAII).Kurikulum ini dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu,
kumpulan Syariah, kumpulan Usuluddin dan kumpulan Lughat.Kumpulan Syariah akan
memfokuskan terhadap pengajaran al-Quran,Fiqh/ Ushul Fiqh,Tafsir/ Ulum Al-Quran dan
juga Tarekh Islam/ Tasyri.Sementara itu, kumpulan Usuluddin akan memfokuskan terhadap
pengajaran al-Quran sebagai asas di samping pengajaran Tauhid/ Mantiq, Tafsir/ Ulum AlQuran,Tarekh Islam/ Tasyri.Kumpulan Lughat pula akan memfokuskan terhadap tiga mata
pelajaran iaitu Qawaid Arabiyah, Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris.
Kedua, kurikulum di ITQ (Institut Tahfiz al-Quran) Hasanal Bolkiah juga terbahagi
kepada 3 iaitu mata pelajaran Lisan, mata pelajaran Wajib dan juga mata pelajaran
Pilihan.Mata pelajaran lisan merangkumi Al-Quran dan Bahasa Arab, manakala mata
pelajaran Wajib meliputi Bahasa Arab, Bahasa Melayu, Fiqh Islam dan Tafsir/ Hadis.Mata
pelajaran Pilihan pula memberi peluang kepada pelajar untuk memilih antara mata pelajaran
Sejarah, Ilmu Alam, Ilmu Hisab dan sebagainya.Selain kurikulum di sekolah, terdapat juga
aktiviti kokurikulum yang boleh disertai oleh para pelajar, antaranya ialah dengan mengikuti
majlis-majlis keagamaan seperti sambutan Maulud Nabi, Tadarus serta menziarahi dan
membersihkan tanah perkuburan.

24

Sementara itu,terdapat juga institusi Pendidikan Islam di peringkat pengajian tinggi seperti
tertubuhnya universiti pertama Brunei iaitu Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan juga
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).Penulisan ini akan memfokuskan terhadap
kurikulum di UBD.Universiti ini telah membuka Institut Pengajian Islam dengan 3 jabatan di
bawahnya. Silibus yang digunakan kebanyakannya diambil dari Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.Jadual dibawah menunjukkan antara
kursus yang ditawarkan di Universiti Brunei Darussalam di peringkat Ijazah Sarjana Muda
Usul al-Din :

Komponen

Subjek / kursus

catatan

Bahasa

Arab, English, Logic/ Metodologi Kursus berikut diambil pada


Pemikiran Islam, Dirasah Nassiya.

tahun

pertama

pengajian

kecuali Dirasah Nassiya.


Aqidah

Tauhid,

Al-Milal

Wal-Nihal, -

Etika(Akhlaq), Tasawuf, Al-Falsafah,


Ideologi Moden, Pemikiran Islam
Moden
Pengajian Quran

Tafsir

Quran,

Ulum

Al-Quran, -

Hafalan Quran, Tajwid Al-Quran,


Analisis

Tafsir,

Tafsir

Topical,

Metodologi Tafsir, Elemen Bukan


Islam Dalam Tafsir, Pengajian Teks
Tafsir
Fiqh

Fiqh Al-ibadah, Fiqh Al-Muamalah, Usul Al-Fiqh, Sistem Politik Islam,


Fiqh Al-Ahwal Al-Shakhsiyah

Dakwah

al-Dakwah al-Islamiyyah, Orator dan Seruan Islam, Orientalisme Dan Kerja


Dakwah

Tradisi Kenabian

Hadith,

ulum

al-hadith,

Kajian -

Hadith Palsu

25

Sejarah

Sejarah

Islam,

Dunia

Muslim -

Kontemporari.
Latihan Akademik

Tesis yang dilaksanakan pada tahun akhir pengajian.

Secara dasarnya, kurikulum pendidikan Islam di Brunei adalah sama dengan kurikulum
pendidikan Islam di Malaysia. Ia hanya berbeza pada kaedah dan teknik pengajarannya
sahaja.

4.0 Kedudukan Pendidikan Islam :

Dalam menerapkan Islam, satu konsep dicipta dalam Sistem Pendidikan Negara ke-21
(SPN 21), iaitu Konsep Islamisasi Ilmu Pengetahuan.Ia mempunyai empat tujuan, pertama,
untuk mengasuh pemikiran,sikap hidup dan perwatakan kanak-kanak bagi membiasakan
mereka hidup bermasyarakat,saling bersefahaman dan bersepadu.Kedua, Untuk meyakinkan
kanak-kanak bahawa ilmu pengetahuan itu tidak bercanggah dengan hukum agama
Islam.Ketiga, menyediakan orientasi pendidikan yang berkemahiran.Keempat, menyalurkan
pemahaman-pemahaman yang sesuai dengan konsep kenegaraan yakni Negara Melayu Islam
Beraja.Konsep ini dilihat sangat sesuai dengan suasana negara ini yang mahu menjadikan
Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap.
Pada tahun 2011,Kementerian Pelajaran Brunei telah melancarkan satu pelan strategik
penggunaan sumber ICT dalam pendidikan yang perlu diseimbangkan dengan nilai
keislaman.Pelan ini dinamakan e-Hijrah yang mensasarkan pemasangan rangkaian ICT di
semua sekolah kerajaan menjelang tahun 2017.Ia bertujuan membolehkan pengajaran dan
pembelajaran secara digital dijalankan.Ringkasnya,pelan ini menunjukkan hasrat Brunei
untuk memodenkan sistem pendidikan ,mereka tanpa meminggirkan aspek keislaman.

26

Terbaru, dilaporkan dalam Brunei Times, Brunei mewajibkan kanak-kanak Islam antara
7 dan 15 tahun untuk dihantar ke sekolah tadika dan sekolah rendah agama(SRA)
berkuatkuasa 1 Januari 2013 dan ia merupakan sebahagian daripada Peraturan Wajib
Pendidikan Islam 2012 . Perkara ini didedahkan oleh Menteri Hal Ehwal Agama, Pengiran
Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Pengiran Haji Abdul Rahman.Perintah itu turut
membawa maksud semua kanak-kanak perlu memenuhi syarat untuk masuk ke tadika atau
sekolah rendah agama. Pendidikan agama bermaksud, menurut ajaran Ahli Sunnah Wal
Jamaah.Peraturan itu juga menggariskan tanggungjawab wajib ibu bapa untuk mendaftarkan
anak mereka di sekolah agama pada 1 Januari untuk penggal sekolah dan memastikan kanakkanak itu boleh terus bersekolah sepanjang tempoh pendidikan agama itu. Ibu bapa yang
gagal berbuat demikian dianggap melakukan kesalahan dan sekiranya didapati bersalah boleh
dikenakan denda tidak melebihi BND$5,000 (RM12,514) atau penjara tidak melebihi setahun
atau kedua-duanya sekali. Kanak-kanak perlu menghadiri sekolah agama untuk tujuh atau
lapan tahun. Kementerian bersedia melaksanakan perintah itu dan memerlukan kerjasama dan
komitmen penuh daripada semua pihak untuk program itu berjaya. Selain itu, ia juga selaras
dengan falsafah negara iaitu Kesultanan Melayu Islam.
5.0 Isu pendidikan Islam :
Isu yang pernah timbul adalah mengenai pernyataan taraf mata pelajaran Pendidikan
Islam dalam Sistem Pendidikan Negara Abad ke-21 (SPN 21) yang telah dibuat oleh
Kementerian Pendidikan Brunei.Dalam SPN 21, mata pelajaran agama Islam dijadikan
subjek elektif di peringkat menengah. Mata pelajaran Pengetahuan Ugama Islam adalah mata
pelajaran wajib di peringkat rendah tetapi di peringkat menengah (Tahun 7, 8 dan 9), ianya
dijadikan mata pelajaran elektif.Oleh itu, Dekan Fakulti Pendidikan Kolej Universiti
Perguruan Ugama Seri Begawan, Haji Yahya Haji Apong telah menyarankan agar SPN 21
dinilai semula. Beliau berpendapat Pengetahuan Ugama Islam (mata pelajaran agama) perlu
menjadi mata pelajaran teras dalam sesuatu sistem pendidikan. Jika SPN 21 tidak dinilai
semula, ia boleh menjejaskan hasrat untuk menjadikan negara Brunei ini sebagai Negara
Zikir.Selain itu,terdapat juga isu tentang kewibawaan guru agama.Antaranya ialah, guru
agama dikatakan tidak mencerminkan keperibadian yang sewajarnya iaitu berpegang teguh
kepada ajaran- ajaran Islam di samping tidak menitikberatkan soal agama terhadap diri
mereka sendiri.Selain itu, terdapat juga isu,masyarakat memandang rendah jawatan guru
agama dan ia ternyata dengan situasi guru agama pada sekitar tahun 60an, yang mana guru
agama dianggap sebagai orang yang terhormat serta disegani.
27

6.0 Analisis
Setelah pengkajian dibuat, dapat dirumuskan bahawa pendidikan Islam di Brunei dapat
dilaksanakan dengan efektif disebabkan oleh dasar pemerintahannya yang sangat
Islamik.Meskipun negaranya kecil, Brunei mempunyai matlamat yang besar khususnya
dalam aspek pendidikan. Dapat dilihat, pelajaran agama Islam ditekankan oleh kerajaan bagi
membentuk individu yang berakhlak, bermoral dan berkeperibadian luhur.Selain itu,
walaupun Islam dijadikan dasar bagi setiap aspek, namun Brunei

dilihat bijak

menyeimbangkannya dengan kemajuan teknologi, sebagai contoh, pelaksanaan e-Hijrah


dalam sektor pendidikan.Tindakan Brunei ini seharusnya dijadikan contoh oleh negara Islam
yang lain.

28

SINGAPURA

29

1.0 Pengenalan :
Singapura adalah sebuah negara bandar yang mencatatkan bilangan penduduk seramai
5.18 juta orang pada tahun 2011.Penduduk Singapura terdiri daripada masyarakat berbilang
kaum di mana 74% daripadanya adalah Cina, 13% Melayu dan 9% India. Singapura
mempunyai empat bahasa rasmi iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin dan
Bahasa Tamil.Namun begitu, kira-kira 80% daripada penduduknya celik huruf dalam Bahasa
Inggeris dan

sebahagian besar daripadanya

menggunakan dwi-bahasa.Singapura

membenarkan kebebasan beragama.Peratusan penganut Islam adalah 14.9% berbanding 51%


yang beragama Buddha.
Kementerian Pelajaran Singapura dipertanggungjawabkan untuk mengurus sistem
pendidikan di Singapura sementara Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) berperanan ke
atas pendidikan Islam di sana.Pendidikan di negara ini berteraskan kepada struktur 6-4-2 iaitu
enam tahun sekolah rendah, empat tahun sekolah menengah dan dua tahun pembelajaran pra
universiti. Nisbah pelajar kepada guru bagi sekolah rendah ialah 17.1: 1 dan 13.9:1 bagi
sekolah menengah.Sementara itu,

kadar celik huruf golongan dewasa pada tahun 2012

adalah sebanyak 96.4%. Manakala, kadar celik huruf yang dicapai oleh golongan muda yang
berumur 15 hingga 24 tahun adalah 99.9% bagi lelaki dan 99.8% bagi wanita.

2.0 Sejarah Perkembangan Pendidikan Islam :


Sejarah awal munculnya pendidikan Islam di Singapura dikatakan berkembang sejak awal
kedatangan Islam ke Singapura itu sendiri. Pendidikan Islam di Singapura disampaikan oleh
para ulama yang berasal dari negeri lain di Asia Tenggara atau dari Negara Asia Barat dan
dari benua kecil India. Para ulama tersebut di antaranya ialah Syaikh Khatib Minangkabau,
Syaikh Tuanku Mudo Wali Aceh, Syaikh Ahmad Aminuddin Luis Bangkahulu, Syeikh Syed
Usman bin Yahya bin Akil (Mufti Betawi), Syaikh Habib Ali Habsyi (Kwitang Jakarta),
Syaikh Anwar Seribandung (Palembang), Syaikh Mustafa Husain (Purba Baru Tapanuli), dan
Syaikh Muhammad Jamil Jaho (Padang Panjang). Potensi peningkatan umat Islam mula jelas
dengan pemerkasaan pendidikan di madrasah, masjid dan tertubuhnya pertubuhan bukan
kerajaan (NGO).

30

Setelah Singapura merdeka pada tahun 1965, The Administration of Muslim Law Act
(AMLA) telah dibentuk.Seterusnya, AMLA telah mencadangkan pembentukan Majlis
Ugama Islam Singapura (MUIS) pada tahun 1966. MUIS berfungsi sebagai satu badan agama
yang menjadi penasihat Presiden Singapura dalam hal berkaitan dengan agama Islam di
Singapura.MUIS juga telah memainkan peranan utama dalam memantau dan mengurus
perkembangan pendidikan Islam di Singapura melalui bahagian Religious Education Cluster
dan Mosque and Social Development Cluster.
Perkembangan pendidikan Islam di Singapura mula menjadi perhatian apabila Majelis
Pendidikan Anak-anak Islam (MENDAKI) mengambil berat isu pendidikan bagi anak-anak
muslim. Pemimpin Melayu Muslim berjaya menarik sokongan yang besar dalam kalangan
kelompok Melayu-Muslim dan pemerintah sehingga Majelis telah bertukar menjadi Yayasan
Mendaki (Council for the Development of Singapore Malay/Muslim Community) pada tahun
1982. Yayasan ini memberi kuasa kepada masyarakat melalui kecemerlangan dalam
pendidikan dalam konteks Singapura yang terdiri dari berbilang kaum dan agama. Pada tahun
2002, Yayasan MENDAKI diselaraskan dan memberi tumpuan kepada empat bidang utama
iaitu Pendidikan, Belia, Keluarga dan Pekerjaan. 30% Program MENDAKI menyasarkan
penduduk Melayu/Islam dan subsidi untuk program pencegahan dan pembangunan.
MENDAKI bergabung untuk saling menyokong dan mendokong dengan agensi-agensi
kerajaan, sekolah, masjid, pertubuhan Melayu/Islam, majikan, pusat komuniti dan pusat
MAECs, keluarga dan menjadi pusat perkhidmatan pelajar.

31

3.0 Institusi dan Kurikulum Pendidikan Islam:


Penulisan ini akan menghuraikan tentang institusi pendidikan Islam di Singapura,
antaranya madrasah sepenuh masa, madrasah separuh masa, sekolah Islam swasta serta
institut pengajian tinggi Islam.Sistem pendidikan madrasah sepenuh masa di Singapura
dilaksanakan di sekolah atau madrasah secara formal. Madrasah ini memperkenalkan sistem
pendidikan Islam, mempelajari al-Quran dan al-Hadith yang dikendalikan oleh alim ulama
atau dikendalikan oleh masjid.Setiap madrasah memiliki kurikulum diniah yang tersendiri
yang disebut sebagai kurikulum Azhari. Setiap madrasah akan membuat perjanjian dan
penyemakan kurikulum diniah mereka dengan universiti-universiti di Timur Tengah.
Contohnya Madrasah al-Maarif dan Madrasah Wak Tanjong telah melaksanakan
penyemakan kurikulum diniah mereka ke Riyadh dan Universiti Azhar untuk tujuan
kelayakan pelajar mereka menyambung pelajaran ke sana. Kumpulan mata pelajaran diniah
yang terdiri dari komponen subjek Pendidikan Islam,Syariah,Usuluddin serta Bahasa Arab
yang kesemuanya berasal dari 18 subjek Azhari. Manakala kurikulum kebangsaan
(Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Geografi, Sejarah Sains,Kimia, Fizik, Biologi
serta AddMath)menawarkan peperiksaan O Level dan A Level untuk melayakkan mereka
memasuki universiti tempatan atau universiti di Malaysia seperti di Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia dan Universiti Malaya.
Di Madrasah al-Arabiah al-Islamiah misalnya, penumpuan diberikan kepada
kurikulum diniah dan kebangsaan untuk melahirkan saintis Muslim. Oleh itu, mata pelajaran
sains tulen ditawarkan di samping kurikulum diniah dengan tambahan kurikulum tahfiz dan
al-Quran. Madrasah al-Junied pula memberi tumpuan untuk melahirkan asatizah atau ulama.
Oleh itu madrasah ini memberi tumpuan kepada subjek diniah dan menawarkan beberapa
subjek kebangsaan yang utama sahaja iaitu Matematik, English dan Sains. Kesemua
madrasah menawarkan pendidikan Islam sepenuh masa sejak peringkat rendah hingga
peringkat A Level kecuali Madrasah al-Junied dan Madrasah al-Arabiah al-Islamiah yang
hanya menawarkan pengajian ke peringkat menengah sahaja. Satu-satunya Madrasah iaitu
Madrasah al-Irsyad masih menggunakan kurikulum diniah yang dibangunkan oleh MUIS
untuk mengambil peperiksaan Sijil Empat Thanawi (STE). Walau bagaimanapun, kurikulum
tersebut sudah diurus sepenuhnya oleh madrasah tersebut tanpa campur tangan MUIS.

32

Terdapat enam madrasah terbesar di Singapura pada masa ini yang menjalankan
pembelajaran sepenuh masa iaitu Madrasah al-Maarif al-Islamiah,Madrasah Wak Tanjong alIslamiah, Madrasah al-Sagoff, Madrsah al-Irsyad al-Islamiah, Madrsah Aljunied al-Islamiah
dan Madrsah al-Arabiah al-Islamiah.Semua madrasah ini diurus secara moden dan
profesional berserta kelengkapan yang baik terutama sistem teknologi maklumat. Secara
umumnya, semua kemudahan diberikan oleh kerajaan untuk kemudahan madrasah yang
dibina di atas tanah wakaf. Setiap madrasah memiliki jawatankuasa pengurusan sendiri yang
berdaftar di bawah Akta Pendidikan. Ahli Jawatankuasa tersebut telah berdaftar dengan
Kementerian Pendidikan (MOE) pada setiap dua tahun dengan nasihat dari MUIS.Dari aspek
kokurikulum,pelajar madrasah mempunyai kegiatan luar darjahnya yang tersendiri namun
agak kurang apatahlagi kegiatan pasukan beruniform. Ia adalah disebabkan kurangnya
infrasturuktur dan prasarana yang lengkap untuk memantapkan kegiatan tersebut dan atas
beberapa alasan peribadi yang melibatkan masalah aurat, pergaulan dan beberapa perkara lain
Sementara itu,terdapat juga madrasah separuh masa atau lebih tepat dipanggil
pendidikan tidak formal.Madrasah separuh masa yang dijalankan di masjid menggunakan
kurikulum aLIVE iaitu sebahagian dari pelaksanaan program Singapore Islamic Education of
Singapore (SIES). Kurikulum ini dibahagikan kepada 5 peringkat.The Kids Islamic Education
Programme (Kids aL.I.V.E.) direka khusus untuk kanak-kanak 5-8 tahun.Ia bertujuan
memberi pendedahan Pendidikan Islam kepada golongan ini dengan cara yang
menyeronokkan.Bagi kanak-kanak 9 12 tahun pula, ia dinamakan The Tweens Islamic
Education Programme (Tweens aL.I.V.E.) yang mana ia memfokuskan kepada pengajaran
Islam menggunakan kaedah penemuan dan praktikal.Ini bagi memupuk pemahaman di
samping membantu golongan ini mempraktikkan Islam.
Selain itu,The Teens Islamic Education Programme (Teens aL.I.V.E.). adalah untuk
remaja berusia 13-16 tahun .Ia bertujuan memberi peluang kepada remaja untuk mencari
identiti, keyakinan diri serta tujuan hidup melalui kaedah pengajaran Islam yang
menarik.Selain itu, program ini juga memupuk kemahiran membuat keputusan, komunikasi,
perhubungan dan sebagainya.The Youth Islamic Education Programme (Youth aL.I.V.E) pula
disasarkan untuk mereka yang berumur 17-24 tahun.Ia bertujuan menyediakan platform
untuk membincangkan isu agama dengan lebih intensif di mana aspek kajian dan pembacaan
memainkan peranan penting dalam program ini.Seterusnya, The Adult Islamic Education
Programme pula dikhususkan untuk golongan dewasa, di mana ia bertujuan mengukuhkan
pemahaman golongan ini tentang Islam dalam kehidupan seharian mereka.
33

Terdapat empat mata pelajaran dalam kurikulum aLIVE iaitu Faith & Practices
(Akidah dan Fiqh), Character & Life Skill (Akhlaq), Social & Civilisational Islam (Sirah dan
Tarikh) dan Quranic Literacy (Iqra dan Quran). Keempat-empat mata pelajaran ini
dilaksanakan secara bersepadu mengikut tema dan tahap yang ditetapkan. Contohnya tema
kejiranan akan diajar kepada pelajar tahap 2 (Tweens). Melalui tema tersebut, pelajar akan
diajar berdasarkan keempat-empat aspek mata pelajaran iaitu tentang aspek akidah dan fiqh,
akhlaq, sirah dan ayat al-Quran yang berkait dengan aspek kejiranan menurut Islam.
Pendidikan Islam separuh masa ini tidak ada peperiksaan. Pelajar difokuskan untuk
memahami Islam sebagai cara hidup, teori dan amali. Ringkasnya,setiap peringkat program
ini menggunakan pendekatan pengajaran Pendidikan Islam yang bersesuaian dengan tahap
umur pesertanya.
Selain itu, terdapat juga Sekolah Islam swasta (Private Islamic Religious School).Ia
turut

berfungsi

mendokong

dan

menyokong

pelaksanaan

pendidikan

Islam

di

Singapura,antaranya ialah al-Khairiah Islamic School, Madrasah at-Tahzibiah al-Islamiah dan


Sekolah Ugama Radin Mas. Madrasah ini ditubuhkan atas nama syarikat dan menggunakan
kurikulum diniah sendiri (tumpuan Pengajian al-Quran dan Fardu Ain) secara separuh masa
dan dilaksanakan di hujung minggu dalam bentuk tuisyen. Sekolah ini merupakan alternatif
untuk ibu bapa yang tidak memilih madrasah separuh masa di masjid. Selain itu, usaha
pembangunan pendidikan Islam juga digerakkan oleh Andalus Corporation. Pertubuhan yang
berdaftar dengan pendaftar pertubuhan ini menawarkan kelas bimbingan nurseri, prasekolah,
kanak-kanak, menengah, remaja, dewasa, tahfiz hingga peringkat diploma kepada masyarakat
Islam di Singapura.Seterusnya,terdapat sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam (IPTI) yang
berjaya ditubuhkan dan diiktiraf oleh Singapura.Institut tersebut adalah

Kolej Islam

Muhammadiyah Singapura atau dikenali juga sebagai Muhammadiyah Islamic College


Singapore (MICS).ia menyediakan 3 peringkat program pengajian iaitu program sijil,
diploma dan ijazah sarjana muda. Program sijil yang ditawarkan merangkumi Pre-Diploma
Certificate in Arabic Language dan Pre-Diploma Certificate in Islamic Studies.Selain itu,
program diploma yang ditawarkan pula merangkumi Diploma in Arabic Language dan
Diploma in Islamic Studies (Syariah), manakala program ijazah sarjana muda yang
ditawarkan pula merangkumi Bachelor of Syariah (Comparative Mazahib) dan Bachelor
of Dakwah Management.Oleh itu, selaras dengan hasratnya untuk menjadi penyampai
pendidikan tinggi Islam yang utama di Singapura dan MICS telah merancang untuk
menawarkan lebih banyak program pengajian pada masa depan.
34

4.0 Kedudukan Pendidikan Islam :


Pada tahun 2008, MUIS telah memperkenalkan Joint Madrasah System (JMS) bagi tujuan
membantu meningkatkan sistem pengurusan dan kesinambungan visi dan misi madrasah bagi
melahirkan para agamawan Islam. JMS ini juga telah mewujudkan kurikulum yang
komprehensif dan seimbang antara ilmu Islam dan sains moden dan pendekatan yang
digunakan adalah mengikut keperluan semasa.
Pada tahun 2009, tiga madrasah telah menyertai JMS iaitu Madrasah al-Irsyad alIslamiah, Madrasah Aljunied al-Islamiah dan Madrasah al-Arabiah al-Islamiah apabila satu
perjanjian (MoU) ditandatangani oleh pengurusan madrasah pada tahun 2007. JMS ini
membolehkan pengurusan madrasah mendapat sumber manusia, kewangan dan infokomunikasi daripada MUIS, manakala pihak pengurusan madrasah memberi tumpuan kepada
fungsi teras madrasah iaitu mendidik pelajar dan melahirkan pemimpin masa depan agama
dan asatizah. Melalui sistem JMS ini juga, para guru madrasah juga diberi latihan perguruan
(trained teachers and educators) di National Institute of Education (NIE) dengan kerjasama
Akademi MUIS. Di samping itu juga, para guru madrasah diberikan Latihan Khas Pengajaran
dan Pembelajaran.
Perkembangan Islam di Singapura memperlihatkan peningkatan dengan tertubuhnya
lembaga-lembaga Islam yang lain. Lembaga Swadaya Masyarakat Islam (LSM) merupakan
NGO yang bergabung untuk kepentingan kemajuan komuniti muslim di Singapura.
Penglibatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam perkembangan pendidikan Islam
memperlihatkan kesungguhan masyarakat Islam di Singapura untuk mengangkat martabat
pendidikan Islam, walau dalam keadaan yang terhad dan kekangan sebagai sebuah agama
minoriti dalam negara sekular. Walau bagaimanapun, penglibatan NGO dalam sistem
pendidikan Islam di Singapura hanya sebagai pendokong dan kesinambungan dakwah Islam
untuk masyarakat awam sahaja.
Contohnya, di Darul Arqam, program pendidikan Islam yang dilaksanakan khas untuk
masyarakat yang mahu memeluk Islam dan baru memeluk Islam. Dengan itu, modul yang
diperkenalkan hanya sesuai untuk sasaran mereka.manakala NGO yang lain seperti Persatuan
Pemuda Islam Singapura pula menubuhkan kelas tuisyen, kindergarten, pre-school dan
childcare untuk memastikan kanak-kanak Islam mendapat pendidikan Islam yang sewajarnya
sejak kecil.

35

Pengajian Islam (Awam) juga dijalankan untuk masyarakat awam pada hujung minggu
iaitu kelas fardu ain, kelas Bahasa Arab, kelas untuk Muslimah, kelas Haji dan Ummah, dan
kelas al-Quran. Terdapat juga masjid-masjid yang melaksanakan pengajian Islam untuk
masyarakat awam seperti Darul Quran, Darul Hadith, Darul Fiqh, Pemikiran Islam Masa
Kini, pemikir-pemikir Islam dan sebagainya. Selain itu masjid juga melaksanakan Mosque
Kindergarten dan Religious Queries Service.

5.0 Isu Pendidikan Islam :


Pertama,terdapat diskriminasi terhadap orang Melayu Islam di Singapura.Pemerintah
ingin melaksanakan polisi-polisi yang akan menghakis identit masyarakat Melayu termasuk
melaksanakan pendidikan wajib yang akan membawa kepada penutupan madrasah.Kedua,
terdapat sesetengah pihak mempersoalkan kemampuan pelajar madrasah untuk bersaing
dengan pelajar dari sekolah nasional serta meragui masa depan pelajar madrasah yang dilihat
sebagai tidak menentu.Timbul persoalan, adakah golongan ini mampu berdikari serta mencari
nafkah untuk menampung diri dan keluarga mereka kelak.Ketiga, timbul juga isu yang
mempersoalkan tentang bantuan kewangan yang diterima oleh madrasah serta apakah
peranan MUIS dalam memastikan dana yang diterima digunakan dengan cermat.

6.0 Analisis
Berdasarkan

penelitian,

perkembangan

pendidikan

Islam

di

Singapura

memperlihatkan kesungguhan masyarakat Islam di sini untuk mengangkat martabat


pendidikan Islam walaupun umat Islam di sini adalah minoriti dalam negara sekular.Pelbagai
inisiatif dijalankan antaranya, penubuhan madrasah berbentuk sepenuh masa serta separuh
masa yang rata-ratanya dibina di atas tanah wakaf dan menjalankan operasi dengan bantuan
kewangan oleh MUIS.Di samping itu juga, pendidikan Islam sangat dititiberatkan oleh
minoriti Muslim di sini sehingga mendorong tertubuhnya pelbagai Badan Bukan
Kerajaan(NGO) yang membantu kelangsungan pendidikan Islam di sana.Akan tetapi,
kurikulum pendidikan Islam berada dalam ruang lingkup yang agak terhad kerana berada di
bawah institusi yang dibangunkan oleh MUIS seperti madrasah dan ia tidak diguna pakai
dalam sistem pendidikan nasional Singapura.

36

THAILAND

37

1.0 Pengenalan :
Thailand merupakan sebuah negara yang tidak pernah dijajah.Pada tahun 2011, Thailand
mencatatkan bilangan penduduk seramai 67.6 juta orang. Kira-kira 75% daripada penduduk
Thailand adalah dari kalangan etnik Thai, 14% etnik Cina, dan 3% etnik Melayu. Etnik lain
pula adalah masyarakat yang tinggal di kawasan tanah tinggi merentasi Laos, Kemboja dan
Myanmar.Agama rasminya ialah agama Buddha.Oleh itu, ia didominasi oleh hampir 95%
penduduk yang beragama Buddha dan hanya 5% masyarakat Islam yang kebanyakannya
tinggal di wilayah selatan Thailand.Bahasa Thai digunakan di seluruh negara ini, tetapi di
banyak wilayah terdapat juga bahasa dan dialek tempatan tertentu.
Kementerian Pelajaran Thailand bertanggungjawab ke atas sistem pendidikan di
Thailand.Pendidikan di negara ini adalah berdasarkan struktur 6-3-3 iaitu 6 tahun sekolah
rendah, 3 tahun menengah rendah dan 3 tahun menengah atas.Sementara itu, nisbah pelajar
kepada guru untuk sekolah rendah dan sekolah menengah adalah 19.9: 1.Pada tahun 2010,
Thailand mencatatkan kadar celik huruf bagi golongan dewasa sebanyak 96.1% manakala
kadar celik huruf golongan muda berumur 15 hingga 24 tahun adalah 96.4% bagi lelaki dan
96.3% bagi wanita.
2.0 Sejarah Perkembangan Pendidikan Islam :
Pada tahap awal pendidikan agama Islam di kawasan Thailand Selatan, ia melaksanakan
pengajian al-Quran. Pengajian al-Quran adalah sesuatu yang mesti dipelajari oleh setiap
Muslim. Pengajian ini dilaksanakan di masjid dan rumah-rumah Tok guru.Selanjutnya,
muncullah pendidikan pondok yang mana ia merupakan institusi pendidikan yang amat
penting di Selatan Thailand.Alumni pondok memiliki kedudukan yang sangat penting dalam
masyarakat khususnya dalam bidang keagamaan iaitu menjadi imam, khatib bilal, ahli
jawatankuasa masjid atau tok lebai.
Pendidikan formal mula dilaksanakan oleh pemerintah bermula pada masa raja
Chalalongkarn atau Rama V pada tahun 1899. Namun begitu, sekolah ini kurang mendapat
sambutan masyarakat. Seterusnya, pada tahun 1921, pemerintah mengeluarkan undangundang yang mewajibkan persekolahan bermula dari kelas satu sehingga kelas empat.
Walaupun undang-undang tersebut dikeluarkan, namum masyarakat Islam di Selatan
Thailand khususnya di empat wilayah iaitu Patani, Yala, Narathiwat dan Satun tidak
menyambut baik penguatkuasaan undang-undang tersebut.
38

Seterusnya, pada tahun 1966, pemerintah Thailand telah mewajibkan seluruh institusi
pondok untuk berdaftar di bawah Akta rongrian Rat Son Sasna Islam. Sejak itu institusi
pondok di Selatan Thailand mula berubah dan terhasillah sekolah agama yang mula
menggabungkan antara pendidikan agama dan akademik.Namun begitu, guru-guru
pendidikan akademik disediakan oleh pemerintah. Pemerintah akan memberi bantuan
terhadap sekolah yang melaksanakan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pemerintah.
Pada akhir tahun 1970-an, sekolah agama yang memiliki dua aliran iaitu agama dan
akademik mula mendapat sambutan dari masyarakat. Ramai pelajar dihantar untuk menuntut
ilmu pengetahuan di instusi tersebut. Dengan demikian peranan pondok semakin mengecil.
Pada tahun 1981 pula , dilaporkan terdapat sejumlah 199 buah sekolah agama atau madrasah
dan 122 daripadanya melaksanakan pendidikan umum di Thailand.
Pada tahun 1982 , kerajaan Thailand telah menukarkan taraf sekolah-sekolah pondok

menjadi sekolah agama Islam swasta.Sekolah kategori ini majoritinya berada di empat
wilayah Selatan Thailand iaitu Wilayah Pattani, Narathiwat, Yala dan Setul. Wilayah-wilayah
tersebut merupakan wilayah kontroversi dan mendapat perhatian oleh Kementerian
Pendidikan di Bangkok.
3.0 Institusi dan kurikulum Pendidikan Islam:
Institusi bagi pendidikan Islam di Thailand, antaranya ialah Tadika (Sekolah Rendah
Persendirian), Sekolah Kerajaan, Sekolah Tradisional Pondok, Sekolah Islam Swasta dan
juga Institut Pengajian Tinggi.Tadika(sekolah rendah persendirian) biasanya bersambung
dengan masjid.Sekolah jenis ini menyediakan pembelajaran agama asas bagi pelajar gred 1
hingga gred 6.Dianggarkan terdapat 1600 tadika di wilayah Pattani, Narathiwat dan juga
Yala.Seterusnya, sekolah kerajaan merujuk kepada sekolah yang menggunakan kurikulum
dan standard yang sama dengan semua sekolah di Thailand.Namun begitu, sekolah jenis ini
menyediakan pembelajaran agama selama dua jam seminggu, yang mana pelajar boleh
memilih untuk menghadiri kelas agama Islam ataupun Buddha.Ramai ibu bapa Muslim
memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerajaan kerana kualiti yang ada
padanya, namun sesetengah dari mereka berpendapat, pembelajaran agama Islam selama 2
jam seminggu tidak mencukupi.Dinyatakan bahawa, kurang dari 30% pelajar Muslim
menghadiri sekolah jenis ini disebabkan beberapa faktor antaranya, pilihan ibu bapa, jarak
dan juga masalah pengangkutan.

39

Beralih pula kepada sekolah tradisional pondok. Antara pondok yang termasyhur adalah
Pondok Tok Guru Haji Nor, Pondok Tok Guru Haji Leh, Pondok Tok Guru Haji Somad (Haji
Abd al Samad ) dan juga Pondok Tok Guru Ghani atau juga dikenali sebagai Pondok Padang
Langa.Sekolah jenis ini memiliki ciri seperti berikut.Pertama, ia dipengaruhi dengan sistem
pendidikan abad pertengahan, iaitu halaqah dimana murid-murid akan duduk melingkari
guru.Kedua, pendidikannya tidak memakai sistem klasikal, iaitu tiada pengkhususan
pengajaran bagi tahap berbeza.Ketiga, pelajaran berfokuskan kepada kitab-kitab yang dibaca
tiga kali sehari di sebuah halaqah terbuka yang dikenali sebagai

balaisah. Guru bebas

mengajar mengikut cara mereka yang tersendiri.Tiada cara pengajaran yang khusus
ditetapkan.Keempat, pelajar akan mencatat segala pengajaran dan penjelasan yang diberikan
oleh guru.Kelima, tidak ada ujian atau peperiksaan. Keenam, pembelajaran di pondok tidak
mempunyai tempoh masa, seseorang pelajar bahkan boleh sahaja seseorang itu belajar di
pondok selama 10 tahun.
Seterusnya, sekolah Islam swasta pula merujuk kepada sekolah pondok yang telah
dimajukan.Antara ciri sekolah ini ialah, pertama, ia menerapkan sistem klasikal

iaitu

berdasarkan kelas-kelas dan mempunyai tahap pendidikan sesuai dengan tingkatan yang
ditetapkan.Ia dapat dibahagikan kepada tiga tingkatan iaitu Ibtidaiyah, mutawasithah dan
tsanawiyah.Kedua, ia mempunyai kurikulum, silibus dan jadual pelajaran yang tetap.Ketiga,
ia diajar oleh tenaga pengajar yang memiliki kepakaran.Keempat, sekolah jenis ini
mengajarkan dua jenis ilmu pengetahuan iaitu pengetahuan umum dan pengetahuan agama.
Buku-buku pengetahuan umum dibuat oleh Jabatan Pendidikan dan mengikut kurikulum
yang dikeluarkan oleh pemerintah. Mata pelajarannya terdiri Bahasa Inggeris, Bahasa
Thailand,

Matematik,

Sains,

Kegiatan

Keorganisasian

dan

Kegiatan

Kemasyarakatan.Manakala, buku pengetahuan agama dibuat sendiri oleh pihak madrasah


antaranya ialah, mata pelajaran al-Quran, Aqidah, Syariah, Bahasa Melayu, Pengajian Islam,
Bahasa Arab, Tauhid, Fiqih, Hadist, Tafsir, Tarikh, Qawaid. Pada pukul 8 pagi sehingga 12
tengahari, diajarkan ilmu-ilmu agama manakala pada pukul 1 tengahari sehingga 4 petang
diajarkan pelajaran umum.Kelima, disamping tenaga pengajar, sekolah ini juga mempunyai
tenaga pentadbir yang akan melakukan kerja di bahagian akademik, kewangan dan
sebagainya.Keenam, disebabkan adanya pengajaran yang bervariasi, wujudnya, pelbagai
fasiliti dan kemudahan seperti makmal komputer, makmal sains dan sebagainya.Antara
contoh sekolah Islam swasta ini ialah Mahad Attarbiyah dan Madrasah Ar-Rahmaniyyah
Patani.
40

Di peringkat pengajian tinggi pula, terdapat College of Islamic Studies of Songkla


University sebagai sampel. Tahap pendidikan yang terdapat di sini adalah peringkat sarjana
selama 4 tahun, meliputi Islamic Law, Islamic Studies, Arabic Language serta Islamic
Economic and Management.Selain itu, ditawarkan juga program pendidikan di peringkat
Master meliputi Pengajian Islam dengan pengkhususan Islamic Law,Usuludin,Islamic History
and Civilization serta Islamic Education.
4.0 Kedudukan Pendidikan Islam :
Pada tahun 2003,Kementerian Pelajaran Thailand telah memperkenalkan kursus yang
dikenali sebagai "Sosial,Agama, dan Pengajian Kebudayaan, "yang dipelajari selama 1-2 jam
oleh pelajar dari setiap gred.Kursus ini mengandungi maklumat tentang semua agama yang
diiktiraf di negara ini. Pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang agama tertentu
boleh belajar di sekolah agama dan boleh memindahkan kredit kepada sekolah awam.
Selain itu, sejak tahun 2004, kerajaan berhasrat mendaftarkan sekolah jenis pondok namun
tidak mahu mengiktiraf mereka, di mana graduan sekolah ini tidak dibenarkan menyambung
pengajian di peringkat pengajian tinggi Thailand.Apabila sekolah pondok mendaftar dengan
pihak kerajaan, mereka akan menerima dana berdasarkan jumlah pelajar yang mendaftar di
situ.Sesetengah sekolah pondok memberi pilihan kepada pelajar untuk mengambil kelas
tambahan mata pelajaran yang berkaitan dengan kurikulum kerajaan, bagi membolehkan
mereka mendapat pengiktirafan kerajaan.

41

5.0 Isu pendidikan Islam :


Kerajaan Thailand tidak mempercayai sistem pondok kerana mereka beranggapan
bahawa sekolah jenis ini melahirkan golongan militan dan tidak menonjolkan nasionalisme
Thailand.Selain itu, sekolah pondok juga digambarkan sebagai sekolah yang berkualiti
rendah serta kurang pengawasan terhadap sistem pembelajaran di samping kurangnya
peluang untuk pelajar mempelajari Bahasa Thai.
Selain itu, proses pendidikan Islam di wilayah selatan Thailand terjejas rentetan pergolakan
yang berlaku di Yala, Narathiwat dan Pattani.Pemberontakan kumpulan pemisah sejak tahun
2004, telah mengorbankan kira-kira 5,300 orang. Pasukan tentera bertindak menyerang
suspek militan di Masjid Krue Sae, Pattani pada 28 April 2004 dan membunuh lebih 30 orang
yang disyaki anggota pemisah. Keganasan itu membangkitkan penentangan penduduk Islam
terhadap kerajaan Buddha Thailand yang telah menakluk wilayah Kesultanan Pattani itu
sejak lebih 200 tahun.Rentetan itu, penduduk Islam lebih percaya dan berminat mendaftar
anak mereka di sekolah agama seperti sekolah pondok dan madrasah berbanding sekolah
bantuan kerajaan. Dilaporkan 70% pelajar menuntut di 6000 sekolah agama. 30% lagi belajar
di sekolah kerajaan. Akibatnya bilangan pelajar yang melanjutkan ke peringkat universiti
amat rendah.
6.0 Analisis :
Pendidikan Islam di Thailand dapat disimpulkan sebagai pendidikan yang dijalankan atas
inisiatif rakyat yang menginginkannya terutamanya rakyat Muslim Thai yang tinggal di
wilayah Selatan Thailand seperti Yala,Patani,Narathiwat,Satun serta Songkhla.Kemampuan
mereka membina dan mempertahankan institusi pendidikan Islam seperti sekolah pondok
serta sekolah Islam swasta,adalah suatu pencapaian yang boleh dibanggakan meskipun ianya
tidaklah semaju institusi pendidikan nasional.Tambahan pula, Muslim di sana adalah minoriti
dan tinggal di zon bergolak.Namun apa yang menyedihkan, tiada usaha konkrit pihak
berwajib dalam melindungi dan membantu masyarakat melayu Islam di Selatan Thailand
walaupun berbeza bangsa dan ideologi agama. Nilai nyawa dan kemanusiaan tidak lagi
menjadi agenda utama dalam menerapkan keharmoniaan kehidupan rakyat dan akhirnya
sistem pendidikan juga menjadi mangsa.

42

FILIPINA

43

1.0 Pengenalan :
Filipina merupakan sebuah negara yang mempunyai 7,107 buah pulau dan padat dengan
penduduk.Pada tahun 2011, Filipina mencatatkan bilangan penduduk seramai 95.83 juta
orang dan lebih separuh daripada mereka tinggal di kawasan bandar. Filipina mempunyai
kepelbagaian linguistik dan kebanyakan penduduknya bertutur sekurang-kurangnya salah
satu daripada tiga belas bahasa, antaranya ialah Tagalog, Cebuano, Ilokano, Hiligaynon,
Waray-Waray, Kapampangan, Bikol, Albay Bikol, Pangasinan, Maranao, Maguindanao,
Kanaray-a, dan Tausug. Di samping itu, terdapat

lebih daripada 160 dialek tempatan

dituturkan.Bahasa kebangsaan negara ini ialah Bahasa Filipino yang berasaskan kepada
Bahasa Tagalog dan ia juga menjadi bahasa rasmi negara di samping Bahasa Inggeris.80%
penduduk Fiilipina beragama Katolik dan penganut Islam hanya mewakili 5% sahaja yang
majoritinya tinggal di Pulau Mindanao.
Kerajaan membahagikan agensi pendidikan kepada 3 bahagian. Jabatan Pendidikan
(DepEd) bertanggungjawab terhadap pendidikan asas, manakala Penguatkuasa Pembangunan
Pendidikan Teknik dan Kemahiran (TESDSA) bertanggungjawab kepada perkembangan
tahap pertengahan.Sementara itu, pengajian tinggi dipantau oleh Pesuruhjaya Pengajian
Tinggi(CHED).Struktur sekolah awam di Filipina pula mematuhi struktur 6-4-2, iaitu enam
tahun sekolah rendah, empat tahun menengah rendah dan dua tahun bagi menengah atas.
Nisbah pelajar dan guru untuk sekolah rendah adalah 36 : 1 dan bagi sekolah menengah pula
adalah 35:1.Pada tahun 2012, Filipina mencatatkan kadar celik huruf sebanyak 95.4% bagi
golongan dewasa manakala kadar kelangsungan hidup bagi sekolah rendah nya adalah
75.3%.
2.0 Sejarah Perkembangan Pendidikan Islam :
Islam telah dikenali di Sulu pada abad ke-13.Ia telah dikembangkan melalui
perdagangan dan juga disebarkan oleh para daie yang dikenali sebagai Masaikh, Makdumin,
dan Aulia di Selatan Filipina.Pendidikan formal pada peringkat dasar dan menengah dikenali
sebagai maktab dan madrasah. Pendidikan maktab lebih dikhususkan untuk kanak-kanak
berusia 6 hingga 10 tahun. Ibu bapa akan membawa anak-anak mereka ke rumah individu
Muslim yang memiliki kebolehan dalam bidang bacaan Al-Quran.Di maktab ini,pelajar akan
membaca dan menghafal beberapa halaman al-Quran. Setelah itu, pelajar akan menamatkan
30 juzuk bacaan Al-Quran di maktab ini.

44

Pada tahun 1950, dua orang pendakwah dari Universiti Al-Azhar,Mesir tiba di Selatan
Filipina. Mereka telah membuka sebuah madrasah yang dikenali sebagai Al-Kuliyat AlIstihadiyah yang terletak di Malubung, Lanao De Sur. Dengan adanya madrasah ini,
pemerintah telah melaksanakan program penambahbaikan staf pengajar, serta memperbaiki
kemudahan institusi madrasah dan mengembangkan program pendidikan Islam di pelbagai
institut pendidikan tinggi, khususnya di Mindanao.
Seterusnya, salah satu peristiwa yang amat bersejarah dalam bidang pendidikan Islam
di Filipina ialah dengan tertubuhnya institusi pendidikan tinggi Islam pada tarikh 22
November 1973. Institusi ini didirikan berdasarkan Keputusan Presiden No. 342. Institusi ini
menyediakan peluang kepada mahasiswa Muslim dan non-Muslim di peringkat perguruan
tinggi.Fokus utama institusi ini adalah kepada, pendidikan (pengajaran) penyelidikan, dan
ketaatan.
3.0 Institusi dan Kurikulum Pendidikan Islam :

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, terdapat sebuah madrasah di Malubung, Lanao
de Sur iaitu madrasah Al-Kuliyah Al-Istihadiyah. Antara kurikulum yang diterapkan dalam
madrasah ini ialah pertama, memperkenalkan angka-angka Arab sebagai sebahagian daripada
integrasi dalam subjek matematik.Kedua, Sejarah dan Geografi negara-negaraTimur Tengah
diperkenalkan dalam subjek Islam Sosial.Ketiga, Bahasa Arab yang mempunyai erti yang
releven dengan istilah ilmu pengetahuan diintegrasikan ke dalam subjek Sains.Keempat,
Akhlak dan etika Islam diintegrasikan ke dalam semua subjek.Kelima, subjek Sastera tidak
hanya dibatasi dengan sastera yang berbahasa Inggeris dan Filipina, akan tetapi dimasukkan
juga sastera bahasa Arab.Keenam, Bahasa Arab dijadikan sebagai bahasa yang biasa
digunakan bagi subjek-subjek utama.
Madrasah di Filipina biasanya menawarkan pendidikan asas dan tidak banyak madrasah
yang menawarkan pendidikan di peringkat kolej. Namun, di Mindanao, terdapat beberapa
buah madrasah yang menawarkan program di peringkat kolej iaitu Bangsamoro Islamic
Institute di Zamboanga, HMIJ Philippine Islamic Institute, Association of Islamic di
Pagadian, Sultan Kudarat Islamic Foundation Cad Academy di Wilayah Maguindanao,
Maahad Kutanato College di Cotabato, Jamiatul Philippine al Islamic dan Jamiatu Muslim
Mindanao Maravi.

45

Setakat ini, tiada madrasah yang menawarkan program Ijazah Islam selain daripada yang
ditawarkan di Universiti Filipina dan Mindanao State University.Akan tetapi, program ini
memerlukan kelayakan yang hanya boleh diperolehi dalam pendidikan sekular yang
ditawarkan oleh kebanyakan sekolah awam dan swasta yang diiktiraf oleh Jabatan
Pendidikan.Di Universiti Filipina, syarat untuk menjadi mahasiswa di Jabatan pengajian
Islam, adalah memiliki kebolehan dalam bahasa Arab. Mahasiswa yang tidak memiliki latar
belakang Arab disyaratkan untuk mengikuti kursus bahasa Arab pada peringkat rendah dan
pertengahan. Jabatan ini menawarkan pendidikan sehingga ke peringkat Master dengan
harapan alumni dari Universiti ini benar-benar berkelayakan dan memahami ajaran Islam,
kemanusiaan dan peradaban Islam untuk berkhidmat pada negara dan masyarakat.
4.0 Kedudukan Pendidikan Islam :
Dalam usaha menjadikan Pendidikan Islam sebagai aliran utama dalam sektor
pendidikan,Kerajaan Filipina melalui Jabatan Pendidikan (DepEd) telah mengeluarkan
Arahan Jabatan 51 (Department Order 51 ) bertujuan untuk mengintegrasikan bahasa Arab
dan nilai Islam (Arabic Language and Islamic Values (ALIVE), di kebanyakan sekolah awam
di seluruh negara. Dengan itu, banyak sekolah-sekolah awam telah menawarkan pengajaran
bahasa Arab dan nilai-nilai Islam sejak tahun 2004.Selain itu, kerajaan Filipina juga telah
membangunkan Road Map for Upgrading Muslim Basic Education ,sebuah program
komprehensif untuk pembangunan pendidikan umat Islam Filipina.Antara komponen
program ini adalah untuk membangunkan institusi madrasah dan menggerakkan dana khas
bagi pendidikan masyarakat Muslim.

46

5.0 Isu pendidikan Islam :


Antara isu pendidikan yang berlaku ialah mengenai cabaran yang dihadapi oleh institusi
keagamaan terutamanya dalam bidang pendidikan tinggi seperti madrasah.Cabaran besar
tersebut

datangnya

daripada

kerajaan

Kristian

Filipina

sendiri.Walaupun

dalam

perlembagaan, akta dan perkara yang berkaitan dengannya, memberikan hak terhadap
institusi ini, namun ia dilihat sekadar pernyataan di atas kertas semata-mata, tetapi tidak pada
realitinya. Selain itu, dapat dilihat dalam buku teks yang disediakan oleh pihak kerajaan,
terdapat pelbagai fakta yang tidak tepat mengenai Islam.Atas alasan ini juga, buku-buku teks
kerajaan tidak digunapakai dalam pengajaran, sebaliknya silibus diajar berpandukan teks
Islam yang diambil daripada institusi pengajian dari Mesir, Arab Saudi, Turki, Malaysia,
Indonesia dan lain-lain.Selain itu juga, terdapat bukti yang cukup jelas mengenai
campurtangan dan pengaruh Kristianisasi dalam penulisan buku teks Islam untuk peringkat
kolej.Kesalahan data dan fakta mengenai Islam ini telah dimuatkan dalam buku rujukan yang
dicetak oleh Kerajaan Filipina.

6.0 Analisis :

Berdasarkan kajian yang telah dibuat, pendidikan Islam di Filipina dapat dirumuskan
sebagai pendidikan yang sedang berkembang.Ini dapat dilihat apabila kerajaan mengarahkan
pengintegrasian bahasa Arab dan nilai Islam (Arabic Language and Islamic Values (ALIVE)
pada semua sekolah awam di Filipina, walaupun hakikatnya Filipina ditadbir oleh kerajaan
Kristian.Namun, di sebalik arahan tersebut, kerajaan mempunyai agenda tersembunyi,
apabila menukar fakta mengenai Islam yang terdapat dalam buku teks yang diedarkan ke
institusi madrasah.Tuntasnya,Muslim di Filipina perlu berhati-hati agar keharmonian
pendidikan Islam dapat terus dipelihara meskipun rakyat Muslim di sana hanyalah minoriti.

47

MYANMAR

48

1.0 Pengenalan :
Myanmar, atau dahulunya dikenali sebagai Burma mempunyai penduduk seramai lebih
61 juta orang , dimana penduduknya terdiri dari lebih 130 etnik yang berbeza.68% penduduk
merupakan etnik Bamar, manakala 9% etnik Shan, 6% etnik Karen dan 4% etnik Rakhine
yang kebanyakannya tinggal di kawasan terpencil dan tanah tinggi.Kebanyakan rakyat
Myanmar beragama Buddha mazhab Theravada.Kementerian Pendidikan Myanmar
bertanggungjawab ke atas penyediaan pendidikan asas sementara Kementerian Hal Ehwal
Agama bertanggungjawab kepada sekolah monastic.Di samping itu, Kementerian Hal Ehwal
Sempadan pula akan menjaga kebajikan sekolah di kawasan terpencil.
Struktur pendidikan di Myanmar pula adalah berasaskan 5-4-2 iaitu lima tahun sekolah
rendah, empat tahun menengah rendah dan dua tahun menengah atas.Pada tahun 2012,
Myanmar mencatatkan kadar celik huruf bagi golongan muda yang berusia 15 hingga 24
tahun adalah 98.54% bagi lelaki dan 97.17% bagi wanita.Manakala, kadar celik huruf bagi
golongan dewasanya ialah 95.08%.Seterusnya, nisbah pelajar kepada guru di Myanmar pula
adalah 29 : 1 bagi sekolah rendah, manakala nisbah di sekolah menengah pula adalah 32 : 1.

2.0 Sejarah Perkembangan Pendidikan Islam :


Agama Islam mula tiba di Myanmar pada tahun 1055 melalui perdagangan.
Diskriminasi etnik di Arakan menyebabkan pemerintahan Myanmar hanya memberi
perhatian kepada pendidikan etnik Buddha sahaja. Oleh sebab itu, etnik-etnik lain membuat
suatu sistem tersendiri dalam pendidikan etnik mereka, dan hal ini tidak terkecuali bagi
masyarakat Muslim Rohingya.Masyarakat Muslim ini membina madrasah dan maktab
dengan kurikulum yang tersendiri, walaupun ia belum diorganisasikan dengan baik.Tindakan
ini disifatkan sebagai satu tindakan yang berani dilakukan oleh mereka bagi melawan
penindasan.Berdasarkan data pada tahun 1997, terdapat sejumlah 759 buah madrasah di
Myanmar dengan di ibu kota Myanmar iaitu Yangon, jumlahnya sahaja telah mencecah 171
buah.Madrasah-madrasah ini dibangunkan dengan dana yang diperolehi dari dalam dan luar
negeri.

49

Pada tahun 2003, dilaporkan setiap desa di Arakan hanya memiliki satu sekolah dasar di
daerah terpencil dengan akses serta kemudahan yang terhad.Oleh yang demikian, perkara ini
telah mengakibatkan anak-anak di Myanmar berasakan, mereka hanya perlu untuk
menyumbang bagi kehidupan mereka sahaja, bukan untuk mencari ilmu. Selain itu, ibu bapa
juga hanya menyekolahkan anak-anak mereka di madrasah dan maktab untuk mempelajari
agama, Al-Quran, bahasa Arab dan juga bahasa Burma yang mana anak-anak di sana tidak
menggunakan bahasa tersebut dalam pertuturan mereka. Di Rahkine utara pula, kira-kira
85% gurunya adalah beragama Buddha dan 15% adalah Muslim. Hal ini mengakibatkan para
guru Buddha mengabaikan murid-murid Muslim. Ringkasnya, disebabkan masalah kekerasan
etnik yang berlaku di Myanmar, berlaku pengabaian terhadap pendidikan anak-anak Muslim
di sini.

3.0 Institusi dan Kurikulum Pendidikan Islam :


Madrasah merupakan institusi bagi penyebaran pendidikan Islam di Myanmar. Namun
begitu, madrasah di sini belum mendapat pengurusan yang baik dan rapi.Ini kerana, tidak ada
tahap usia khusus untuk mendaftar dan tidak ada pembatasan tahap pendidikan, bahkan
standard pendidikan madrasah ini biasanya memakan tempoh 10 tahun.Para pelajar di
madrasah biasanya menghafal Al-Quran selama 2 hingga 4 tahun tanpa memahami
maknanya.Setelah itu, mereka melanjutkan pelajaran ke Pakistan, Bangladesh bahkan ada
yang sampai ke semenanjung Arab.Selain menghafal Al-Quran, pelajaran yang diajar di
madrasah antaranya adalah Fiqh serta Bahasa Arab yang dimasukkan juga Nahu dan Hadith.
Bagi pembelajaran dalam bidang fiqh misalnya, mereka menggunakan buku Sharah Wiqayah
dan juga Kanzad Daqa'iq. Dalam pembelajaran hadith pula, mereka menggunakan buku-buku
seperti Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Abi Dawod, Ni Sai'i', Tirmidzi, Ibnu Majad Tahawi,
dan juga Muwatha' karya Imam Malik.

50

4.0 Isu Pendidikan Islam :


Masyarakat Islam masih jauh ketinggalan di belakang dalam perkembangan pendidikan
arus perdana di negara ini. Antara isu semasa tentang pendidikan, yang hangat berlaku di
Myanmar ialah tentang masalah etnik Rohingya yang tidak dapat ke sekolah. Rohingya
merupakan kumpulan etnik minoriti Islam yang tinggal di Arakan, barat Myanmar. Mereka
sering dinafikan hak asasi, sehingga sebahagian besar mereka tidak diberikan kerakyatan oleh
pemerintah Myanmar. Mereka tertakluk kepada pelbagai jenis peras ugut seperti terpaksa
membayar cukai secara arbitrari, rampasan tanah, meroboh rumah kediaman, pengusiran dan
sebagainya. Mereka digunakan sebagai buruh paksa bagi membina jalan dan bekerja di kemkem tentera. Masyarakat Rohingya juga tidak dibenarkan mengamalkan ajaran Islam dan
mengadakan apa jua majlis yang bercorak keagamaan. Pemberian Zakat dan penyembelihan
binatang qurban juga tidak dibenarkan kerana dikatakan menggugat ekonomi orang ramai di
seluruh negara.Pada bulan Jun 2012, telah berlaku proses pembersihan etnik Rohingya
apabila masyarakat Islam Rohingya di Arakan dibunuh dan diusir oleh masyarakat beragama
Buddha yang disokong oleh tentera pemerintah. Akibatnya, beribu-ribu melarikan diri keluar
negara termasuk Malaysia.
. Selain itu, terdapat isu kumpulan minoriti Islam di Myanmar tidak dibenarkan menjejakkan
kaki di Sittwe Universiti.Hal ini berlaku disebabkan oleh dasar pihak kerajaan dan pegawai
yang mewajarkan perkara tersebut bagi mengelakkan keganasan. Ini kerana, mereka
mendakwa jika agama Buddha dan Islam bercampur, pertempuran boleh meletus.Oleh sebab
itu, terdapat polis bersenjata dan juga pengawal awam yang menjaga pintu masuk utama
universiti itu bagi memastikan golongan Muslim ini tidak melanggar peraturan ini.
Selain itu, isu lain yang berlaku di Myanmar ialah tentang keperluan segera terhadap
pembaharuan dalam institusi madrasah.Ini kerana, minoriti Muslim di Myanmar menghadapi
pengecualian dalam pendidikan disebabkan oleh dasar diskriminasi dan sistem sekolah yang
berasingan.Dasar ini telah membawa kepada penurunan taraf status mereka dalam
masyarakat. Perkara ini berlaku terutamanya selepas tentera mengambil alih kuasa. Setelah
itu, agak sukar bagi kanak-kanak Islam untuk mendaftar di sekolah-sekolah negeri yang
dikendalikan.Ini kerana, wujudnya banyak halangan tersembunyi untuk mencegah
kemasukan mereka ke sekolah.Oleh sebab itu, pembaharuan dalam institusi madrasah perlu
segera dilaksanakan.

51

5.0 Analisis :
Sebagai rumusan, tahap Pendidikan Islam di Myanmar masih sangat lemah.Tuntasnya,
masalah utama Pendidikan Islam tidak dapat dijalankan dengan baik adalah disebabkan
adanya unsur diskriminasi terhadap minoriti Muslim seperti etnik Rohingya di sana.Mereka
tidak mendapat pengiktirafan sebagai rakyat bahkan ditindas dan dinafikan hak pada
kebanyakan perkara termasuk aspek pendidikan.Guru Buddha mengabaikan pendidikan
terhadap murid- murid Islam.Madrasah yang didirikan juga adalah dari inisiatif sendiri serta
tidak mendapat bantua kerajaan.Oleh itu, bagi meneruskan kelangsungan pendidikan Islam,
pembaharuan institusi ini sangat diperlukan.

52

VIETNAM

53

1.0 Pengenalan :
Vietnam mencatatkan jumlah penduduk seramai 87.84 million orang pada tahun 2011.
86% daripadanya adalah daripada etnik Kinh. Berbanding kesemua jumlah penduduk di
Vietnam, masyarakat Muslim hanyalah minoriti dan berjumlah tidak lebih dari 100 ribu
orang.Di samping itu, terdapat 53 etnik lain, yang kebanyakannya tinggal di bahagian yang
lebih terpencil di Vietnam.Vietnam merupakan sebuah negara ateisme yang mana ia tidak
mempunyai agama rasmi dan diperintah oleh kerajaan komunis.Namun begitu, Islam adalah
agama rasmi bagi masyarakat Cham.
Kementerian Pendidikan dan Latihan (MOET) bertanggungjawab ke atas polisi sistem
pendidikan Vietnam.Pendidikan di negara ini adalah berasaskan struktur 5-4-3 iaitu 5 tahun
sekolah rendah, 4 tahun menengah rendah dan 3 tahun menengah atas.Pada tahun 2011, kadar
celik huruf yang dicapai oleh golongan muda berumur 15 hingga 24 tahun di Vietnam ialah
97.5% bagi lelaki dan 96.7% bagi wanita, manakala kadar celik huruf bagi golongan
dewasanya pula ialah 93.4%.
2.0 Sejarah Perkembangan Pendidikan Islam :
Islam mula masuk ke Vietnam atau yang dahulunya dikenali sebagai kerajaan Cham,
pada akhir abad ke-11, yang dibawa oleh para pedagang India, Arab dan Parsi yang singgah
ke kawasan itu.Pada pertengahan abad ke 19 pula, jumlah penganut Islamnya mula
bertambah.Ini kerana,banyak Muslim Cham beremigrasi dari Kemboja dan menetap di daerah
Sungai Mekong. Ketika Vietnam menjadi jajahan Perancis pada awal abad ke 20 pula, kaum
Melayu Islam mulai memiliki pengaruh kuat pada orang Cham dan masjid-masjid serta
madrasah mulai banyak didirikan di daerah Selatan Vietnam.Sejak itu, para ulama Melayu
mula menyampaikan khutbah di masjid-masjid dalam bahasa Melayu.Orang ramai juga mula
mendapatkan pengajian di

madrasah-madrasah yang didirikan oleh orang Melayu

Cham.Sekitar tahun 1957 hingga 1975, ramai penduduk Muslim Vietnam meninggalkan
negara mereka kerana tekanan perang. Namun begitu,pada tahun 1986, kehidupan Muslim di
Vietnam bertambah baik sejak pemerintah sosialis melancarkan kebijakan Doi Moi
(Renovasi) , yang mana ia mula membuka ruang terhadap dunia luar dan juga pelaburan
asing.

54

Sejak itu, komuniti Muslim Vietnam dibolehkan mengorganisasikan diri mereka, dan
masjid-masjid diberi keizinan untuk kembali digunakan sebagai tempat ibadah selain
madrasah-madrasah juga dibolehkan menjalankan pengajaran agama Islam.Kini Vietnam
mengamalkan penyamarataaan agama, di mana, Islam bebas untuk diamalkan di negara ini
termasuklah agama-agama lain.Sejak sepuluh tahun kebelakangan ini, sejumlah masjid baru
diberi kebenaran untuk dibangunkan dengan bantuan negara-negara dan organisasi Islam
antarabangsa. Masjid terbesar di Vietnam kini terdapat di Xuan Loc, wilayah Dong Nai,
Vietnam Selatan. Masjid yang dibuka sejak tahun 2006 itu dibiayai pembangunannya oleh
Arab Saudi.Dapat dilihat, institusi masjid berkembang dengan baik di Vietnam..
3.0 Institusi Pendidikan Islam :
Disebabkan penyamarataan agama dan agama Islam bebas diamalkan, setakat ini tiada
gangguan dari pihak pemerintah untuk pembangunan dalam bidang kebudayaan dan
pendidikan Islam di Vietnam. Malah, setiap wilayah dilantik seorang wakil Islam yang
diiktiraf oleh kerajaan. Sekolah-sekolah agama yang diiktiraf juga menerima sedikit bantuan
untuk penggajian guru setiap tahun namun sumbangan adalah secara ala-kadar.Untuk
memastikan madrasah dan sekolah-sekolah agama dapat bertahan maka pemimpin-pemimpin
masyarakat Islam terpaksa berusaha mendapatkan sumbangan daripada masyarakat Islam
negara jiran (termasuk dari Malaysia). Malah, murid-murid yang berjaya menamatkan
pengajian asas di sekolah-sekolah agama tempatan dihantar menyambung pengajian di
beberapa sekolah pondok yang terdapat di negeri Kedah dan Terengganu. Antara contoh
madrasah ialah Madrasah An Nur yang terletak di Daerah 8,Kota Ho Chi Minh.
Pada tahun 2004, telah dibentuk sebuah organisasi komuniti Islam di An Gian iaitu sebuah
daerah yang bersempadan dengan Kemboja.Ia berperanan menguruskan berbagai urusan
umat Islam di selatan Vietnam misalnya mengumpulkan dana untuk kegiatan dakwah dan
pendidikan umat Islam, menyediakan biasiswa dan menghantar pelajar-pelajar Muslim ke
berbagai negara. Oleh itu, para pelajar Muslim Vietnam mampu masuk ke sekolah-sekolah
negeri,mahad dan universiti sama ada di dalam mahupun di luar negeri. Di antara negara
yang dijadikan tempat pelajaran bagi pelajar Vietnam adalah Malaysia, Indonesia, Saudi,
Libya dan juga Mesir. Mereka mempelajari berbagai bidang ilmu dan kepakaran.Sebahagian
mereka ada yang telah lulus dan kembali ke negara mereka, kemudian mendapatkan
pekerjaan dan melakukan pekerjaan di pelbagai bidang.

55

Namun begitu, kelompok ini adalah yang meraih ilmu terapan.Adapun yang mempelajari
ilmu syariah dan usuluddin tidak mendapatkan pekerjaan rasmi dan tidak ada lembaga atau
yayasan yang mahu membiayai mereka. Kerana itu, mereka sangat memerlukan sokongan
dari negara-negara Islam atau lembaga-lembaga sosial seperti mengangkat mereka sebagai
duat dan memberikan mereka bantuan seperti gaji bulanan untuk dapat melakukan aktiviti
dan agenda dakwah di tengah masyarakat mereka dan untuk memenuhi keperluan keluarga
mereka.
Terbaru, pada 22 November 2014,sebuah madrasah baru yang dinamakan madrasah
Darussalam,Kg Cha-Eh telah dirasmikan di Wilayah Tay Ninh yang terletak sejauh 2 jam
perjalanan dari Ho Chi Minh. Perkembangan Islam di wilayah pedalaman ini cukup lembab
berbanding di Ho Chi Minh. Keadaan ini berlaku kerana Pemerintah Sosialis Vietnam cukup
ketat mengawal aktiviti Islam terutama di pedalaman. Pengajaran Al Quran atau ilmu agama
tidak boleh dilaksanakan tanpa ada surat izin dari pemerintah setempat.Pembinaan madrasah
ini adalah daripada bantuan dana sebuah NGO di Malaysia.
4.0 Analisis:
Perkembangan Islam di Vietnam agak baik, di mana agama Islam tidak dihalang untuk
diamalkan serta banyak masjid didirikan di seluruh pelusuk Vietnam.Namun begitu, dari
aspek institusi formal pendidikan Islam seperti madrasah, perkembangannya agak
perlahan.Ini kerana, ia tidak banyak ditubuhkan berikutan kekangan dana.Pelajar Muslim
Vietnam juga kebanyakannya di hantar belajar di dalam dan luar negeri berikutan ketiaadaan
institusi pengajian tinggi Islam.Oleh itu, masalah utama yang perlu diatasi adalah dengan
mewujudkan institusi dan kurikulum khusus pendidikan Islam bagi kemaslahatan anak-anak
muda Muslim Vietnam.

56

LAOS

57

1.0 Pengenalan :
Laos adalah sebuah negara yang mempunyai struktur geografi yang besar, yang mana saiz
negara ini adalah lebih dua pertiga dari saiz negara Vietnam.Sebahagian besar negara ini
adalah kawasan pergunungan dan sesuai untuk kegiatan pertanian namun kawasannya agak
sukar untuk mengadakan komunikasi dalam talian. Laos mempunyai jumlah penduduk yang
agak kecil iaitu seramai hanya 6390000 orang.Ia mempunyai sekurang-kurangnya 49 kaum
etnik yang berbeza.Etnik Lao-Tai mencakupi hampir 58% daripada penduduknya.Disebabkan
oleh kepelbagaian etnik dan dengan kombinasi sesetengah masyarakat yang tinggal di
kawasan terpencil, timbul cabaran bagi menyampaikan pendidikan dalam bahasa Laos. Laos
dikenali sebagai salah satu negara yang mengamalkan sistem pemerintahan komunis dan
majoriti penduduknya merupakan pemeluk Buddha Theravada. Oleh itu, penduduk Muslim di
Laos adalah minoriti di sana.
Kementerian Pendidikan dan Sukan diberi tanggungjawab untuk mengurus sistem
pendidikan di Laos.Pendidikan di sini adalah mengikut struktur 5-4-3 iaitu lima tahun
sekolah rendah, empat tahun menengah rendah dan tiga tahun menengah atas.Pada tahun
2011 dan 2012, Laos mencatatkan kadar celik huruf bagi golongan lelaki berumur 15 hingga
24 tahun adalah 77.4% dan 68.7% bagi wanita.Kadar ini agak rendah jika dibandingkan
dengan kadar celik huruf di negara ASEAN yang lain dan yang lebih penting, ia
menunjukkan satu ketidaksaksamaan gender yang ketara.Namun begitu, nisbah pelajar
kepada guru bagi sekolah menengah di Laos agak baik iaitu 18:1.
2.0 Sejarah Perkembangan Pendidikan Islam :
Agama Islam pertama kali masuk ke Laos melalui para pedagang cina dari Yunnan. Dari
situ, umat Islam di Laos mula berkembang dengan membangunkan masjid di sana. Di Laos,
jumlah penduduk Muslimnya adalah sangat sedikit. Laos menerapkan sistem parti tunggal
iaitu komunis dan ia tidak membenarkan parti politik Islam mempunyai kekuasaan dan umat
Islam harus mampu berada dalam parti tunggal tersebut.Di samping itu, umat Islam di sana
dilemahkan oleh regim dan umat Islam sendiri yang masih belum mampu bangkit untuk
membina kekuatan tersendiri. Walaubagaimanapun, di Laos terdapat masjid yang mempunyai
maktab kecil yang mengajar kanak-kanak tentang Islam dan Bahasa Arab dan maktab ini
menggunakan Bahasa Lao sebagai bahasa pengantar. Ringkasnya, tidak terdapat institusi
apatah lagi kurikulum yang khusus untuk Pendidikan Islam di Laos kecuali seperti yang
disebutkan di atas.
58

3.0 Analisis :
Memandangkan Laos merupakan kerajaan Buddha, dan masayarakat Muslim Laos adalah
minoriti, tidak terdapat satu dasar khusus untuk pembangunan umat Islam di sana.Oleh itu,
institusi serta kurikulum khusus untuk pendidikan Islam selain pengajaran di maktab kecil
perlu diwujudkan.Akan tetapi,ia dilihat agak sukar untuk dicapai dalam situasi negara Laos
yang sedemikian.Namun, tidak mustahil,jika masyarakat Islam di sana bersatu,mereka
mampu menubuhkan institusi ini.

59

KEMBOJA

60

1.0 Pengenalan :
Kemboja merupakan negara yang paling kurang membangun di antara negara-negara
anggota ASEAN yang lain. Hampir 80% daripada penduduknya tinggal di kawasan luar
bandar.96% daripada penduduknya adalah beragama Buddha dan 90% dari mereka berbahasa
Khmer.Ia adalah sebuah negara yang agak muda penduduknya,yang mana dengan hampir
satu pertiga atau 32% daripada penduduknya berumur antara 0-14 tahun. The National
Supreme Council of Education yang diketuai oleh Perdana Menteri Kemboja sendiri,
bertanggungjawab untuk membangunkan polisi dan strategi jangka masa panjang bidang
pendidikan.Pendidikan negara ini berpandukan struktur 6-3-3 iaitu enam tahun sekolah
rendah, tiga tahun menengah rendah dan tiga tahun menengah atas.
Pada tahun 2009, kadar celik huruf bagi golongan dewasa di Kemboja ialah 73.9%.Selain
itu, kadar celik huruf bagi golongan muda berumur 15-24 tahun adalah 88.36% bagi lelaki
dan 88.57% bagi wanita.Struktur sekolah awam Kemboja mematuhi corak 6-3-3, iaitu, enam
tahun sekolah rendah, tiga tahun menengah rendah, dan tiga tahun pengajian menengah atas.
Kanak-kanak berumur 6 hingga 15 tahun perlu menghadiri sekolah. Terdapat kira-kira 3.1
juta kanak-kanak yang mendaftar di sekolah-sekolah, yang mana kira-kira 80% daripadanya
adalah pelajar dari kawasan luar bandar.Pada tahun 2012, Kemboja mencatatkan nisbah
pelajar kepada guru di sekolah rendah adalah sebanyak 48.5 : 1.
2.0 Sejarah Perkembangan Pendidikan Islam :
Setelah runtuhnya pemerintahan Khmer Merah pada tahun 1979, penduduk Kemboja
kembali menjalani kehidupan dan melaksanakan pembangunan setelah berlaku porakporanda dalam menghadapi keganasan pemerintahan tersebut.Ini termasuklah perubahan
terdapat kaum Muslim di Kemboja.Pada saat ini di Kemboja, telah dibangunkan 268 buah
masjid, 200 buah musolla, 300 buah madrasah Islamiyyah dan sebuah dewan sebagai tempat
penghafalan Al-Quran.Selain itu, munculnya organisasi-organisasi keislaman, seperti Ikatan
Kaum Muslimin Kemboja, Ikatan Pemuda Islam Kemboja, Yayasan Pengembangan Kaum
Muslimin Kemboja dan Lembaga Islam Kemboja yang membantu proses perkembangan
Islam di sana.

61

Di antara mereka, ada yang menduduki jabatan-jabatan penting dalam pemerintahan.


Tidak kurang dari 600 ulama dan guru agama telah terlibat dalam kegiatan keislaman dalam
kalangan masyarakat muslim di Kemboja. Akan tetapi, program-program mereka ini
mengalami masalah kewangan yang cukup besar, kerana mereka sangat miskin. Gaji para
tenaga pengajar juga tidak cukup untuk memenuhi keperluan keluarga mereka. Di samping
itu, sebahagian kurikulum pendidikan di beberapa sekolah agama juga sangat kurang dan
tidak tertulis secara rasmi.
Oleh sebab itu, kaum Muslim di Kemboja memerlukan pembangunan beberapa sekolah
dan penghasilan kurikulum pendidikan Islam yang rasmi. Hal ini kerana, selama ini sekolahsekolah yang terdapat di Kemboja dijalankan hanya berdasarkan ijtihad masing-masing.
Setiap sekolah dikuasai oleh seorang guru yang membuat kurikulum sendiri yang umumnya
masih lemah dan kurang, bahkan ada beberapa sekolah dibubarkan apabila guru-gurunya
berpaling mencari pekerjaan lain yang lebih baik untuk menolong kehidupan mereka. Mereka
juga sangat memerlukan terjemahan Al-Quran dan buku-buku Islamik khususnya yang
berkaitan dengan akidah dan hukum-hukum Islam.

3.0 Analisis :
Masyarakat Muslim Kemboja giat mengusahakan Pendidikan Islam walaupun mereka
berada di dalam pemerintahan Buddha.Akan tetapi, ianya hanyalah di tahap yang terlalu
asas.Oleh itu, mereka sangat memerlukan penubuhan instusi dan kurikulum yang khusus bagi
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam dapat dilaksanakan
dengan efektif.Namun begitu, masalah kewangan menjadi punca utama ianya tidak dapat
dilaksanakan.

62

KESIMPULAN
Setelah mengkaji pendidikan Islam di 10 buah negara Asean dari aspek pengenalan,
sejarah, institusi dan kurikulum, kedudukan serta isu yang berlaku,memperlihatkan beberapa
kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.Namun,dapat disimpulkan bahawa pendidikan
perkembangan Islam di sesebuah negara dipengaruhi oleh beberapa faktor.
Pertama, ia sangat dipengaruhi oleh struktur pemerintahan negara.Jika negara itu
merupakan negara Islam, perkembangan pendidikan Islam lebih positif disebabkan sokongan
yang diterima dari pihak kerajaan, manakala jika negara itu bukan negara Islam,terdapat
sedikit perumitan dalam perkembangannya.Sebagai contoh, pendidikan Islam yang
dijalankan di 3 buah negara iaitu Malaysia,Indonesia dan Brunei,dilihat agak sistematik dan
komprehensif.Kerajaan tidak menghalang pendidikan Islam,bahkan menyediakan ruang
untuk pengajaran Pendidikan Islam.Sementara, di negara seperti Myanmar dan Laos yang
pemerintahnya Buddha,rakyat Muslimnya ditindas serta tidak mendapat pengikitirafan
hak,bahkan kebenaran menjalankan pendidikan Islam juga tidak diberi.
Kedua, perkembangan pendidikan Islam dipengaruhi oleh peranan yang dimainkan oleh
badan pengelolanya.Sebagai contoh,di Singapura,Presiden Singapura memberi hak kepada
Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) untuk menasihatinya dalam aspek agama Islam serta
memberi hak pengurusan ke atas segala hal berkaitan Islam termasuk pendidikan.Meskipun
tidak mendapat perhatian dalam pendidikan nasional Singapura, pendidikan Islam dapat
dijalankan dengan baik dan efektif di bawah kelolaan MUIS dengan bantuan dana serta
kurikulum tersusun yang disediakan.Ini membuktikan badan pengelola berperanan besar
dalam membantu kelangsungan pendidikan Islam.
Ketiga, kewujudan institusi dan kurikulum yang lengkap, dapat membantu melahirkan
para pelajar yang berkualiti dan berpengetahuan luas dalam pendidikan Islam.Mengambil
contoh institusi pendidikan Islam di Malaysia, ia merangkumi peringkat sekolah
rendah,menengah juga pengajian tinggi,yang mana,para pelajar yang berminat untuk
menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi dalam bidang agama, ada ruang disediakan
untuk mereka.Selain itu,institusi pendidikan di Malaysia juga dilengkapi dengan kurikulum
atau silibus pengajian yang sesuai untuk setiap peringkat serta pembelajaran menjadi lebih
mendalam dan terperinci bagi setiap tahap peningkatan.Ini dapat membantu melahirkan
generasi muda yang celik agama.

63

Keempat, kewangan juga memberi kesan kepada perkembangan pendidikan Islam.Di


negara seperti Vietnam,Laos,Kemboja serta Vietnam, bantuan kewangan sangat diperlukan
bagi membantu pembinaan institusi pendidikan yang lebih kondusif.Masalah kewangan ini
berpunca dari sikap kerajaan yang membezakan antara pendidikan Islam dan pendidikan
nasional dan enggan memberikan bantuan.Rata-rata institusi yang sedia ada, mempunyai
banyak kekurangan dan kurang sesuai untuk para pelajar serta ia dibangunkan dengan dana
bantuan dari Badan Bukan Kerajaan(NGO).Di Indonesia pula, meskipun kerajaan memberi
bajet untuk sekolah Islam, namun, peruntukannya terlalu sedikit dan agihannya tidak mampu
menampung jumlah sekolah yang terlalu banyak.
Kelima,pergolakan dan konflik agama yang berlaku di sesebuah negara mampu
mengganggu gugat sistem pendidikan Islam sedia ada.Mengambil contoh negara Thailand,
sekolah Islam yang terletak di wilayah selatannya tergugat apabila terjadinya konflik antara
pihak tentera Buddha dan militan yang telah mengorbankan beribu nyawa.
Tuntasnya,dalam proses melahirkan generasi Islam yang musleh, pendidikan Islam
berfungsi sebagai akarnya.Akan tetapi, kejayaan pendidikan Islam di sesebuah negara
memerlukan kerjasama dan sokongan secara top down iaitu atas ke bawah, bermula dari
peringkat pentadbiran negara sehinggalah ke peringkat pelajar

64

Bibliografi
1) Abdul Halim Hj. Mat Diah (1989), Pendidikan Islam Di Malaysia Sejarah Dan Pemikiran
. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia.
2) Ahmad Jelani Halimi (2008), Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
3) Ahmad Mohd. Salleh (2004), Pendidikan Islam. Falsafah, Sejarah dan Kaedah
Pengajaran Pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
4) Dr. Muhamad Mustari (2011). Peranan Pesantren Dalam Pembangunan Pendidikan
Masyarakat Desa. MultiPress Yogyakarta.
5) Retrieved from http://www.thepatriots.my/sistem-pendidikan-negara-sebelum-merdeka/
6) Retrieved from http://www.uinalauddin.ac.id/download11%20Perkembangan%20Pendidikan%20Islam%20di%20Brunai%2
0-%20Suddin%20Bani.pdf
7) Retrieved from
https://attachment.fbsbx.com/file_download.php?id=917843941636566&eid=AStbe9DlvHV
P69AwOALVHIH3wkLX8ETP-GnZts7zp-Qdf5s8zV8_EEUh7GL2dtUCpI&inline=1&ext=1448754624&hash=AStYxVYGsMbOPaR8
8) Retrieved from
http://download.portalgaruda.org/article.php?article=182854&val=6315&title=Pendidikan%2
0Islam%20di%20Singapura
9) Retrieved from http://ejournal.um.edu.my/filebank/published_article/8957/Artikel%2009%20SAR%20singapore.pdf
10) Retrieved from http://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/rumusan-8/
11) Retrieved from http://kongrespendidikan.blogspot.my/2009/06/pendidikan-islam-suatuanalisis-5.html
12)Retrieved from http://dokumen.tips/documents/kelebihan-dan-kekurangan-di-lembagapendidikan-islam.html

65

13) Retrieved from http://wwwmikirdunk.blogspot.my/2009/04/masalah-masalah-internalpendidikan.html


14) Retrieved from http://www.slideshare.net/dr2200s/perkembangan-pendidikan-islam-dibrunei-dan-hala-tuju-g1
15) Retrieved from http://adinnurudin.blogspot.my/2012/05/pendidikan-islam-di-bruneidarussalam.html
16) Retrieved from

http://adillaharun.blogspot.my/2012/09/bila-brunei-wajibkan-tadika-

dan-sekolah.html
17) Retrieved from http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-368711.html
18) Retrieved from
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0128&pub=Utusan_Malaysia&sec=
Muka_Hadapan&pg=fp_04.htm
19)Retrieved from
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=722120654567439&id=31768005501
1503
20) Retrieved from
http://kumpulanirbah.blogspot.my/2012/10/tugasan-7-isu-isu-semasa-tamadun-islam.html
21)Retrieved from
http://www.futureglobalnetwork.com/projek-projek-fgn/projek-rohingya.html
22) Retrieved from
http://futureglobalnetwork.com/laporan-fgn/55-fgn-hails-obama-victory.html
23) Retrieved from
http://nadzirshafie-titiankasih.blogspot.my/2014/11/sumbangan-madrasah-darussalamwilayah.html

66

24) Retrieved from https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_pondok_Selatan_Thailand


25) Retrieved from https://nusacentre.wordpress.com/penyelidikan/penyelidikan-1/
26) Retrieved from
http://hairulfitri-islamicbook.blogspot.my/2010/03/kurikulum-pendidikan-islam-dimalaysia.html
27)Retrieved from
http://isalne13community.blogspot.my/2012/03/evaluasi-kurikulum-pai.html
28) Retrieved from
http://ar-sembilan.blogspot.com/2013/10/makalah-dinamika-perkembangan.html
29) Retrieved from
http://isalne13community.blogspot.my/2012/03/evaluasi-kurikulum-pai.html
30) Retrievd from http://eprints.ums.ac.id/34242/16/NASKAH%20PUBLIKASI.pdf
31)Retrieved from
https://ramayulis.wordpress.com/2012/11/30/pendidikan-islam-di-brunei-darussalam/
32) Retrieved from https://may2sdiary.wordpress.com/2013/09/14/islam-kamboja/
33) Retrieved from
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120705/dn_10/Tangani-dua-isu-utamadalam-sistem-pendidikan-Islam
34) Retrieved fom http://kongrespendidikan.blogspot.my/2009/12/karisma-dan-spinbergabung-idea.html
35) Retrieved from http://lms.kuis.edu.my/jurnal/wpcontent/uploads/2013/12/JPPPI_v1_5.pdf
36) Retrieved from http://www.nu.or.id/a,public-m,dinamic-s,detail-ids,60-id,63684-lang,idc,pendidikan+islamt,Untuk+Memajukan+Pendidikan+Islam++Kehadiran+Negara+Belum+Total-.phpx

67

37) Retrieved from http://www.slideshare.net/dr2200s/perkembangan-pendidikan-islam-dibrunei-dan-hala-tuju-g1


38) Retrieved from
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130326/lu_06/Pergolakan-selatanThailand-korbankan-5300-nyawa#ixzz3tQg2l3FO
39) Retrieved from http://readi.asean.org/readi.asean.org/media/files/ASOER1.pdf
40) Retrieved from http://www.muis.gov.sg/documents/Annual_Reports/muishtml/index.html
41) Retrieved from http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-BlueprintBM.pdf
42) Retrieved from http://unipdupaib2012.blogspot.my/2014/10/sejarah-dan-perkembanganpendidikan.html

68

Você também pode gostar