Você está na página 1de 3

INGATAN DAN LUPAAN

DEFINISI INGATAN
Ingatan merupakan proses mental yang menyimpan perkara-perkara yang telah
dipelajari, dan kemudian mengeluarkannya kembali sebagai tindak balas dalam
situasi yang diperlukan, seperti menyelesaikan masalah atau aktiviti pengajaran
dan pembelajaran selanjutnya. Mengikut Atan Along (1968), ingatan boleh
diertikan sebagai kebolehan seseorang dalam pemilihan dan penerimaan
rangsangan sebagai maklumat dan pengalaman untuk disimpan dalam otaknya.
Fein (1978) mentafsirkan ingatan sebagai pemprosesan maklumat yang diterima
dalam otaknya, menyimpan dan mengeluarkannya. Verno (1980) berpendapat
ingatan merupakan bentuk menyimpan maklumat-maklumat yang bermakna
untuk menjadi pengalaman pada masa depan. Kesimpulannya, ingatan
merupakan proses kebolehan manusia untuk menerima maklumat, memproses
dan menyimpannya dalam otak, kemudian mengeluarkannya ketika diperlukan.
DEFINISI LUPAAN
Lupaan merupakan kesukaran untuk mengingat/ mengeluarkan kembali sesuatu
pengalaman yg telah dialami. Lupaan juga boleh didefinisikan sebagai
perubahan dalam persepsi atau pengamatan idea-idea yang telah dipelajari.
Lupaan merupakan satu motif, iaitu perkara tertentu sahaja yang dilupai kerana
ia tidak penting atau tidak berguna untuk seseorang individu .
JENIS-JENIS LUPAAN
1)Keusangan/ hilang kesan ingatan.
2)Lupaan gangguan
3) Lupaan terdesak
i) KEUSANGAN
Otak akan akan melupai maklumat yg disimpan dlm ingatan jangka panjang
kerana faktor keusangan. Keusangan berlaku apabila maklumat yg disimpan
dalam ingatan jangka panjang digunakan / diingat kembali. Jika maklumat jangka
panjang tidak diaktifkan ia mudah dilupai.
ii) LUPAAN GANGGUAN Gangguan yg berlaku kepada maklumat yg tersimpan
dalam ingatan jangka panjang. Contohnya, proses pembelajaran yg baru
mengganggu proses pembelajaran yg lama.
iii) LUPAAN TERDESAK Lupaan yg disebabkan oleh gangguan emosi individu yg
mendesaknya untuk melupakan maklumat yg tersimpan dalam ingatan jangka
panjang.
FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN LUPAAN
i)Minat
Perkara yg tidak diminati oleh pelajar akan mudah dilupai oleh mereka kerana
mereka tidak memberi penumpuan 100% semasa guru mengajar. Mereka juga
kurang berminat untuk melihat perkaitan bahan yg telah dipelajari dan ini boleh
menyebabkan mereka lupa dengan mudah.

ii)Perasaan takut dan bimbang


Pelajar yg berperasaan takut dan bimbang amat sukar utk mengingat kembali
fakta yg diajar oleh guru. Guru yg garang dan tidak peramah juga akan
menyebabkan keupayaan pelajar utk berfikir dan mengingati pelajaran terjejas.
iii)Peredaran masa
Makin lama jarak di antara masa sesuatu bahan yg dipelajari dan diingat
kembali, semakin kabur maklumat yg disimpan dalam ingatan jangka panjang
pelajar. Kesan ingatan (memory trace) beransur lemah, pengaburan berlaku
dengan peredaran masa yg lama, maklumat tersebut akan hilang dari ingatan.
iv)Keusangan
Persekitaran yg berubah akan menyebabkan kesukaran mengingat kembali
peristiwa atau pengalaman lama yg berkaitang dengan dirinya. Maklumat lama
yg disimpan dalam ingatan jangka panjang akan usang dan tidak sesuai
digunakan di dalam persekitaran yg baru. Contohnya, Ahmad mempunyai
pengalaman manis tentang kampungnya. Namun, selepas dia balik 25 tahun
kemudian, dia mendapati kampungnya sudah berubah dengan pesat. Maklumat
lama dalam ingatan jangka panjangnya sudah tidak boleh digunakan lagi.
v)Pengalaman yang pahit.
Individu mengelakkan pengalaman yg pahit dengan menolak pengalaman pahit
secara sengaja kepada bahagian otak tidak sedarnya kerana tidak mahu
mengingatinya lagi. Maklumat ini tersimpan kekal dalam ingatan tetapi tidak
timbul ke paras otak sedar manusia. Ini merupakan satu cara helah bela diri
manusia untuk menyesuaikan diri kepada persekitarannya.
vi)Masa yg tidak cukup untuk mengingat
Jika guru meminta jawapan dengan segera, maka pelajar tidak dapat menjawab
soalan dengan betul. Ini kerana pelajar berasa tertekan dan otak memerlukan
masa yg cukup ingat kembali sesuatu fakta.
CARA-CARA MENINGKATKAN INGATAN
i)

Belajar berlebihan

Kajian menunjukkan bahawa ingatan kekal lebih lama dan proses ingat kembali
menjadi lebih mudah apabila sesuatu bahan itu dipelajari secara berlebihan
sehingga dikuasai sepenuhnya. Guru patut galakkan pelajar supaya belajar
dengan berlebihan terutama dalam perkara yang pelajar mendapati sukar.
ii)

Pemahaman

Guru perlu menekankan tentang pemahaman konsep dan bukan menumpukan


kepada ulangan fakta. Apabila pelajar belajar dengan pemahaman mengikut
kategori, mereka akan belajar maklumat baru dengan cepat dan cekap.
Mengajar untuk kefahaman memerlukan bahan yang bermakna. Sebagai
contoh : murid diberi angka berikut untuk diingat: 100816449362516941 Oleh
kerana angka di atas melebihi had untuk disimpan dalam ingatan jangka pendek
adalah sukar untuk mengingat kembali semua angka tersebut. Dengan

kefahaman ia merupakan satu tugas yang mudah. Sebenarnya angka-angka di


atas merupakan kuasa dua untuk angka dari 10 hingga 1.
iii)

Mengaitkan bahan baru kepada yang sedia ada

Guru patut berusaha untuk mengaitkan perkara-perkara baru yang diajar


kepada pembelajaran yang sudah diterima. Apabila bahan baru dikaitkan
dengan pengetahuan sedia ada murid, pengajaran menjadi lebih berkesan.
Pelajar perlu diingatkan tentang perkaitan antara pembelajaran baru dengan
yang lama dalam bentuk kategori. Dengan itu maka maklumat baru akan
disimpan dalam kategori tertentu yang teratur dan memudahkan proses ingat
kembali.
iv)

Mengajar dengan menggunakan bahan pembelajaran yang bermakna


supaya lebih mudah diingati oleh murid.

Guru boleh menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai untuk meningkatkan
kefahaman mereka, seterusnya membentuk konsep yang betul.
v)

Iklim pembelajaran yang kondusif.

Membentuk iklim pembelajaran yang kondusif supaya emosi pelajar adalah


tenteram sebelum aktiviti pembelajaran dimulakan. Emosi pelajar yang cemas
akan gagal memperoleh keberkesanan hasil pembelajaran, dan seterusnya
mengurangkan kuantiti ingatan.
vi)

Mengajar secara menarik untuk menangkap perhatian pelajar.

Gunakan teknik motivasi yang sesuai supaya pelajar berasa seronok semasa
pembelajaran. Menggalakkan pelajar dengan memberi ganjaran dan elakkan
hukuman yang akan membunuh semangat pelajar serta mengurangkan ingatan
mereka.
KESIMPULAN
Ingatan dan lupaan merupakan dua perkara penting yang berkaitan dengan
pembelajaran. Dalam pemprosesan maklumat manusia belajar tentang banyak
perkara tetapi pada masa yang sama apa yang dipelajari itusebahagian sahaja
yang boleh diingat manakala bahagian yang lebih banyak melalui proses lupaan.
Sebagai guru adalah penting mengambil langkah-langkah tertentu supaya
murid-muridnya dapat meningkatkan ingatan dan mengurangkan lupaan
semasa menjalani proses pembelajaran.

Você também pode gostar