Você está na página 1de 46

ar Terkembang

Antara Komersialisme &


Intelektualisme
Perbandingan Layar Terkembang & Surat-Surat Perempuan Johor

Shahidah binte Mahfodz (JEA070023)


Muhammad Jailani bin Abu Talib (JEA080708)

-Surat Perempuan Jo
Tujuan
Tujuan
Menganalisis nilai komersialisme dan nilai intelektualisme yang
terdapat dalam novel Surat-Surat Perempuan Johor (SSPJ).

Menganalisis nilai komersialisme dan nilai intelektualisme yang


terdapat dalam novel Layar Terkembang.

Membandingkan nilai komersialisme dan nilai intelektualisme


dalam novel Surat-Surat Perempuan Johor dan Layar Terkembang.
Latar Belakang
Latar Belakang Surat-Surat Perempuan Johor - Faisal Tehrani

1 Tempat ketiga dalam “Sayembara Novel Sejarah dan Tradisi Johor 1” anjuran Yayasan Warisan Johor
pada tahun 2005.

2 Novel ini mengangkat tema cinta dalam pelbagai aspek iaitu cinta dua zaman, cinta kepada bangsa, cinta
kepada nusa, cinta kepada sejarah, cinta kepada agama dan cinta hebat antara dua bangsa.

3 Sarat dengan pengajaran dan ini disulami dengan bahasa puitis dan arkaik.

4 Disampaikan dalam bentuk warkah dan surat, novel ini memaparkan dua watak utama,
iaitu Ungku Nur dan Ungku Hamidah.

Surat-Surat Perempuan Johor


Latar Belakang
Latar Belakang Layar Terkembang - Sutan Takdir Alisjahbana

1 Diterbitkan pada 1936.

2 Digunakan penulis sebagai wadah untuk meluahkan gagasannya akan kedudukan ideal bangsanya.

3 Penulis menggagaskan bahawa sebuah pembaharuan yang dapat mengambil tempat sekiranya
keterikatan dengan yang lama dapat diputuskan.

4 Ditulis sebagai tindak balas terhadap drama Sandhyakala Ning Madjapahit oleh Sanusi Pane.

Layar Terkembang
Sinopsis
Sinopsis Surat-Surat Perempuan Johor - Faisal Tehrani

Menelusuri pengalaman, perasaan, dan pemikiran dua watak wanita bangsawan Johor.

1 Berlatarkan kisah sebenar, novel SSPJ mengupas sejarah sejak dari asal-usul penciptaan
khalifah Allah hingga kepada pesan dan nasihat bagi menegakkan peradaban mulia.

2
Ungku Nur merupakan lambang wanita moden yang masih gigih melakukan kajian untuk menunjukkan
ketamadunan Johor yang kaya dengan sejarah dan sering mengutamakan agama dalam setiap aspek
kehidupan.

3
Ungku Hamidah pula lambang wanita tradisional. Biarpun dididik dalam lingkungan
istana yang penuh dengan adab dan tatatertib, Ungku Hamidah tidak menjadikannya
sebagai halangan untuk beliau berdikari dan menjadi seorang usahawan, sesuatu yang
jarang didengar pada zamannya.

4
Setiap warkah yang mereka utuskan pada anggota keluarga mereka disulami dengan pantun
dan falsafah, membincangkan sejarah Majalah Ahkam Johor, proses pemodenan Johor oleh
Almarhum Sultan Abu Bakar dan Sultan Ibrahim, hubungan erat Johor dan Turki serta cita-cita
untuk mengenepikan sekularisasi sebagai tenaga memulihkan kegemilangan sejarah demi
mencapai kemurnian akidah.

Surat-Surat Perempuan Johor


Sinopsis
Sinopsis Layar Terkembang - Sutan Takdir Alisjahbana

Menceritakan perjuangan wanita Indonesia berserta cita-citanya. Menggunakan watak dua gadis bersaudara
dengan perbezaan perspektif kehidupan sebagai protagonis dan antagonis.

1 Maria adalah seorang perempuan yang lincah dan periang dan masih menuntut pada tahun akhir
di H.B.S Carpentier Alting Stichting.

2 Tuti pula serius, aktif dalam kegiatan wanita dan menjadi guru di Sekolah H.I.S Arjuna di Petojo. Ibu
mereka sudah meninggal dunia dan mereka berdua kini tinggal dengan bapa mereka.

3
Yusuf, tunang kepada Maria yang merupakan seorang mahasiswa kedoktoran di Sekolah Tabib Tinggi.
Kedua-dua Yusuf dan Maria saling mencintai tetapi ini tidak disenangi oleh kakaknya, Tuti.

4 Tuti, yang pernah berpidato di Kongres Putri Sedar mengenai hak dan kebebasan wanita ingin para
wanita bangkit memperjuangkan hak dan kebebasan mereka.

5 Para peringkat akhir cerita, Maria menghadapi penyakit tuberkulosis. Maria sempat berpesan pada Tuti
sebelum peninggalannya agar Tuti dan Yusuf bernikah.

Layar Terkembang
Konsep Kajian
Konsep Kajian Intelektualisme

“..bermaksud perhatian pada aktiviti-aktiviti yang dapat merangsang


pemikiran di samping memberi pengetahuan-pengetahuan baru yang
dapat dimanfaatkan oleh para pembaca.” - Pengkaji
Intelektualisme
Intelektualisme

Keagamaan
Kepimpinan
Kedudukan dan Peranan Wanita

Surat-Surat Perempuan Johor


Intelektualisme
Intelektualisme Keagamaan

Unsur doksologi atau mukadimah

Dalam setiap bahagian awal warkah Ungku Hamidah, akan dimulakan dengan memberi puji-pujian
terhadap Allah s.w.t. serta selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. bersama keluarga dan rakan-
rakannya.

“Segala puji bagi Allah Taala dan selawat serta salam atas Nabi dan
keluarganya dan taulannya. Alhamdulillah syukur yang setinggi-tingginya
kepada Yang Maha Esa. Bahawasanya inilah al-waraqah al-mardhiyah
yang dihiaskan dengan salam dan tahiyah.” (2007:17)

Mukadimah seperti di atas dikatakan mengikut gaya kesusasteraan Parsi yang dinamakan
doksiologi. Gaya seperti ini biasanya terdapat pada teks-teks sastera klasik seperti Sejarah Melayu
atau Hikayat Raja Pasai tetapi penulis turut menggunakannya dalam novel ini.

Surat-Surat Perempuan Johor


Intelektualisme
Intelektualisme Keagamaan

Penerapan Surah dan Hadis

Ungku Nur memetik surah al-Araf ayat 30 untuk menasihati ayahnya supaya mereka
tidak terjerumus dalam golongan yang sesat.

“Satu golongan mendapat petunjuk dan satu golongan lagi sudah


pasti baginya kesesatan, mereka itu telah mengambil syaitan-syaitan
sebagai pelindung mereka selain Allah, dan mereka mengira bahawa
mereka mendapat petunjuk.” - (2007:74)

Begitu juga dengan penggunaan hadis:

“Sesungguhnya imam adalah laksana perisai, yang orang ramai akan


berperang di sebelah belakangnya, dan ia akan dijadikan sebagai
pelindung.” - (2007:94)

Menunjukkan bagaimana penulis berdakwah dengan menjadikan al-Quran sebagai


sumber ilhamnya untuk menyampaikan ajaran Islam dalam bentuk naratif supaya
pembaca mendapat manfaatnya.

Surat-Surat Perempuan Johor


Intelektualisme
Intelektualisme Keagamaan

Sejarah Islam (Sirah)

Kisah, riwayat atau perjalanan hidup seseorang nabi atau rasul.

Bertujuan mendidik para pembaca bahawa perbuatan yang mereka lakukan itu pernah berlaku pada zaman silam.

Sebagai contoh, Ungku Nur mengungkapkan kembali saat Mashitah dihukum oleh Firaun dengan dihumbankan ke
dalam kawah api.

“Walaupun Mashitah ragu untuk mendepani maut, tetapi anak kecil di dalam dukungannya
telah bersuara mengingatkannya tentang keimanan kepada Allah.” (2007:31).

Peristiwa ini diungkapkan oleh Ungku Nur sebagai seorang anak kerana dia berasa bertanggungjawab
memperbetulkan kelakuan ayahnya yang salah, yang selama ini sering mengagungkan model barat tanpa
menyedari bahawa ajaran Islam itu lebih penting dan bermanfaat.

Surat-Surat Perempuan Johor


Intelektualisme
Intelektualisme Kepimpinan

Kepimpinan di Peringkat Negeri

Penekanan terhadap keperibadian seseorang sultan dengan merujuk kepada kitab


Tsamarat al-Muhimmah yang dikarang oleh Raja Ali Haji pada tahun 1304 Hijrah.

Menekankan kedudukan seorang Sultan sebagai khalifah dan imam yang


bertanggungjawab memelihara Islam dan undang-undangnya.

Memberikan contoh Sultan Abu Bakar yang memerintah Johor antara tahun 1862
hingga 1895 yang telah menegakkan syariah Islam sebagai tatacara hidup supaya
menuju negeri abadi.

Kamdi Kamil dalam Pejuang Terbilang Johor (2004:19) menganggap Sultan Abu
Bakar sebagai pelopor pemodenan Johor kerana usahanya merapatkan hubungan
dengan para pegawai dan saudagar British di Negeri-Negeri Selat.

Surat-Surat Perempuan Johor


Intelektualisme
Intelektualisme Kepimpinan

Kepimpinan di Peringkat Keluarga

Pentingnya peranan seorang ayah dalam memimpin keluarganya.

Ayah Ungku Nur tidak peka dengan minat anaknya, memaksa anaknya berkahwin dengan Asri untuk
kepentingan politik.

Berbeza dengan Sultan Abu Bakar, nenda Ungku Hamidah yang dikatakan “berlembut dan membuka
mulut, menitahkan yang baik-baik”

Prihatin akan cucunya, Ungku Hamidah dan ini membuat Ungku Hamidah menghormati nendanya itu
dan selalu mendengar nasihatnya.

Surat-Surat Perempuan Johor


Intelektualisme
Intelektualisme Kepimpinan

Kepimpinan di Peringkat Keluarga

Ditekankan peranan seorang suami dalam membimbing isterinya.

Keadaan ini tidak berlaku pada Asri, ingin beristerikan seorang kerabat diraja kerana kedudukan dan
gelarannya walaupun dia tahu Ungku Nur bukan wanita pilihannya.

Peranan seorang ayah dan suami amat penting kerana beliau yang mencorakkan arah tuju
keluarganya. Sekiranya dia tidak menjalankan peranannya dengan baik, ini akan menyebabkan
keruntuhan rumah tangga dan seterusnya membawa kepada masalah-masalah sosial yang lain.

Surat-Surat Perempuan Johor


Intelektualisme
Intelektualisme Kedudukan & Peranan Wanita

Ungku Hamidah (zaman tradisional) dibesarkan dalam lingkungan istana dan dididik dalam pelbagai
kemahiran hidup seperti melakukan gubahan daun sirih pelbagai bentuk.

Turut dihantar ke istana Pulau Penyengat untuk belajar ilmu agama, mengaji tawarikh, salasilah, siasah,
bermaulud, berzanji serta menelaah teks-teks sastera klasik seperti hikayat, syair dan pantun.

Menunjukkan bahawa golongan diraja tidak meletakkan kaum perempuannya di kedudukan yang
rendah, malah mereka turut dididik dalam kemahiran hidup yang dapat dimanfaatkan kelak apabila
sudah bersuami dan beranak.

Surat-Surat Perempuan Johor


Intelektualisme
Intelektualisme Kedudukan & Peranan Wanita

Ungku Nur (zaman moden) baru sahaja mendapat gelaran “Profesor Madya” tetapi masih terus melakukan
kajian sehingga ke Turki bagi mencari bahan sejarah yang menunjukkan hubungan kerajaan Johor dengan
kerajaan Uthmaniyyah.

Menjelaskan bahawa bukan kaum lelaki sahaja yang mendominasi bidang akademik, malah kaum
wanita juga berupaya melakukannya juga.

Apatah lagi, Ungku Nur menghidapi penyakit barah tetapi ini tidak menjadi halangan untuk meneruskan usahanya.

Surat-Surat Perempuan Johor


Intelektualisme
Intelektualisme

Emansipasi Wanita
Pendidikan
Kebebasan

Layar Terkembang
Intelektualisme
Intelektualisme Emansipasi Wanita

Takrifan

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:386) mendefinisikan emansipasi sebagai


pembebasan daripada perhambaan atau pemberian hak yang sama dalam hukum iaitu
wanita mendapat hak yang sama dengan lelaki.

Harlina Halizah Siraj (2006:7), gerakan emansipasi wanita menyatakan bahawa peranan
asas wanita sebagai isteri, ibu, dan pendidik generasi dianggap sebagai fungsi tradisional
yang menyekat kebebasan wanita.
Aplikasi

Sutan Takdir menggunakan watak Tuti untuk menggerakkan emansipasi wanita. Memberikan
gambaran wanita di Indonesia pada ketika itu dan ini dapat dilihat melalui petikan ini:

“Ia yakin benar-benar, bahwa keadaan perempuan bangsanya amat buruk.


Dalam segala hal makhluk yang tiada mempunyai kehendak dan keyakinan,
manusia yang terikat oleh beratus-ratus ikatan manusia yang hanya harus
menurut kehendak kaum laki-laki.” (2000:8)

Layar Terkembang
Intelektualisme
Intelektualisme Emansipasi Wanita

Kaum wanita berani keluar dari kongkongan konvensional demi kemaslahatan hidup mereka.

Menyedarkan pembaca bagaimana wanita dapat digerakkan agar mendapat hak sewajarnya.

Jika berlaku perubahan yang positif dalam kalangan wanita, ini bukan sahaja memberi kesan
kepada dirinya, tetapi juga keluarga dan masyarakatnya.

Sebagai contoh ialah Ratna, isteri Saleh yang tidak menjadikan gelaran isteri sebagai
hambatan untuk beliau menyumbangkan tenaga dan fikirannya kepada masyarakat.

Sebelum berkahwin, Ratna ialah seorang guru tetapi setelah dia berkahwin, dia mengikut
Saleh ke kawasan desa di Sindanglaya untuk memulakan usaha pertanian. Di kawasan desa
tersebut, Ratna telah menggunakan pengetahuannya untuk membantu masyarakat di situ:

“...dengan bersungguh-sungguh pula ia...merapatkan dirinya dan berjasa bagi


tempat kediamannya. Tuti pernah menghadiri ia mengajar anak-anak perempuan
desa membaca dan menulis dan telah pernah pula ia mengikuti bertetamu ke
sebuah rumah orang desa, tempat ia mengajar beberapa gadis yang agak besar
menjahit dan merenda dan pengetahuan umum sedikit.” - (2000:157-158)

Layar Terkembang
Intelektualisme
Intelektualisme Pendidikan

Pendidikan lebih ketara di kawasan bandar berbanding kawasan desa sebagai contoh watak Tuti, Maria,
Yusuf, Ratna dan Saleh.

Kesemuanya berasal dari bandar dan mendapat pendidikan yang sempurna.

Berbeza dengan mereka yang menetap di kawasan desa sebagai contoh kawasan Sindanglaya yang
kebanyakan penduduknya hanya merupakan petani

Ratna mengusahakan kelas membaca dan menulis untuk membantu golongan tersebut.

Pentingnya pendidikan agar tidak ditipu selain memanfaatkannya untuk masyarakat

Penulis juga ingin menekankan bahawa pendidikan bukan sahaja untuk kaum lelaki tetapi juga kaum
wanita:

“Panjang lebar Tuti menerangkan pengaruh seorang ibu dalam didikan


anak yang di kemudian hari akan menjadi orang besar...perempuanlah
yang pertama kali memimpin anak dan menetapkan sifat-sifat yang mulia
yang seumur hidup tidak berubah lagi dalam jiwa anak.” - (2000:39)

Layar Terkembang
Intelektualisme
Intelektualisme Kebebasan

Keinginan

Disamakan dengan tujuan hidup iaitu matlamat seseorang dalam menentukan arah tuju hidupnya

Dalam kehidupan sebagai seorang wanita, penulis ingin menekankan peri pentingnya wanita turut
mempunyai keinginan mereka sendiri dan tidak mengendahkannya.

“Kepentingan dirinya sendiri, sedih dan senangnya, keinginan dan


kebenciannya sendiri sebagai manusia, itu tiada diindahkan.” (2000:38)

Seseorang wanita itu perlu diberikan kebebasan menentukan arah hidupnya berdasarkan kemampuannya.

Seorang wanita yang percaya akan tenaga dirinya, pandai berdikari, mempunyai fikiran sendiri serta
bertanggungjawab terhadap segala perbuatan dan fikirannya sendiri adalah ciri-ciri perempuan baru
yang diperlukan zaman ini.

Layar Terkembang
Intelektualisme
Intelektualisme Kebebasan

Perbuatan

Golongan pemuda pemudi yang mahu melakukan perubahan demi bangsa mereka.

Watak Saleh yang sanggup berhenti kerja walaupun mendapat gaji yang lumayan. Dia lebih rela
berdikari melakukan sesuatu yang diinginkannya.

“Tetapi itu dibuangnya saja dengan ucapan yang bukan-bukan: hendak bekerja sebagai manusia
bebas, hendak mencari pekerjaan yang sesuai dengan kata hatinya; pekerjaan kantor yang
tenang itu dikatakannya pekerjaan mesin yang mematikan semangat...” - (2009:23)
Saleh mudah menjawat pekerjaan dengan kelulusan diplomanya tetapi ini tidak menjadi halangan
untuknya melakukan sesuatu yang diingininya.

Membuktikan bahawa anak muda sepertinya wajar menolong bangsanya.

Ini dapat dilihat apabila di Sindanglaya, beliau sudah mula pekerjaan menternak, bersawah dan berkebun.
Malah, dia mempunyai cita-cita untuk membuka sebuah organisasi yang dapat melindungi hak para
penduduk desa agar hasil tanaman mereka mendapat harga yang setimpalnya.

Justeru, perbuatan Saleh bukan sahaja sekadar kata-kata sahaja, malahan ini dilaksanakannya dengan
baik supaya masyarakatnya mendapat manfaatnya.
Layar Terkembang
Konsep Kajian
Konsep Kajian Komersialisme

“Komersialisme menitikberatkan elemen-elemen komersial yang


dapat memberikan kesan pada kadar pembelian di pasaran. Perkara
yang mendasari kejayaan komersialisme dapat dijadikan pedoman
dalam penghasilan karya. Intelektualisme pula bermaksud perhatian
pada aktiviti-aktiviti yang dapat merangsang pemikiran di samping
memberi pengetahuan-pengetahuan baru yang dapat dimanfaatkan
oleh para pembaca.” - Pengkaji
Komersiallisme
Komersialisme

“Komersialisasi yang berkesan memberikan nilai


ekonomi lewat penciptaan kerja-kerja yang
memerlukan kepakaran yang tinggi serta gaji yang
besar – sebuah komponen penting dalam
pembangunan ekonomi yang stabil. Ekonomi sentiasa
berkembang dengan kebergantungan terhadap
aplikasi ilmu melalui komersialisasi teknologi-
teknologi baharu.” - Boulay D.A. et. al (2008:311)
Komersiallisme
Komersialisme
Pemeringkatan Komersialisme

Pencarian Konsep

Penyesuaian terhadap pasaran

Penghasilan Manuskrip

Pemasaran dan Pengedaran

Pemfokusan terhadap Kedudukan


Komersiallisme
Komersialisme Surat-Surat Perempuan Johor

Pola Cerita

“Novel SSPJ mengetengahkan teknik penulisan yang


menarik, yakni dengan penggunaan kaedah
epistolari..Kaedah epistolari yang diterapkan
memberikan daya tarikan yang tersendiri ke atas novel
tersebut atas keunikan pola cerita. Sementara isi cerita
novel itu sendiri merupakan sesuatu yang “mendatar” dan
“kering” sifatnya, penulis telah berjaya untuk
mengolahkan jalan cerita utama dengan menyelitkan
unsur-unsur lain yang sekali gus memberikan kelainan
bagi merancakkan kenikmatan pembacaan.” - Pengkaji
Komersiallisme
Komersialisme
Surat-Surat Perempuan Johor

Kulit Muka
Komersiallisme
Komersialisme
Surat-Surat Perempuan Johor

Imej Latar
Cebisan surat-surat Melayu lama

Imej Muka
Ungku Hamidah

Warna Dominan
Kuning dan Biru
Komersiallisme
Komersialisme
Surat-Surat Perempuan Johor

Kesan
Nilai antikuiti dan sejarah ditonjolkan
Komersiallisme
Komersialisme Surat-Surat Perempuan Johor

Warna
Warna Latar

Warna Sampingan
Komersiallisme
Komersialisme Surat-Surat Perempuan Johor

Warna kontrastif digunakan bagi menampakkan lagi nama penulis.

Anugerah yang dimenangi karya tersebut turut diletakkan bagi menarik minat pembaca.
Komersiallisme
Komersialisme
Surat-Surat Perempuan Johor

Imej Latar
Gunung Ararat

Imej Muka
Bunga Mawar berwarna Merah Jambu dan Kuning

Warna Dominan
Biru dan Putih
Komersiallisme
Komersialisme
Surat-Surat Perempuan Johor

Kesan
Nilai romantisme ditonjolkan
Komersiallisme
Komersialisme Surat-Surat Perempuan Johor

Warna

“Penggunaan warna biru sebagai sebuah warna yang dapat


menenangan batin sebenarnya selaras dengan konsep
psikologi warna yang bertanggapan bahawa biru merupakan
sebuah warna yang menenngkan. Hal tersebut bercanggah
dengan penggunaan merah yang sebaliknya melambangkan
nafsu buas ataupun lust.” - Pengkaji
Komersiallisme
Komersialisme Surat-Surat Perempuan Johor

Strategi Pemasaran

Pemasaran Khusus
Niche Marketing

“Setiap aspek penghasilan kulit buku dibuat selaras dengan citarasa


dan selera pasaran yang dikhususkan. Sebagai contoh, bagi khalayak
pencinta kebudayaan, sejarah, kesenian dan sebagainya, versi YWJ jelas
menepati ciri-ciri tersebut. Bagi demografi yang lebih muda yang gemar
pada novel yang bersifat cinta pula, versi ABW ditujukan khusus buat
khalayak tersebut.” - Pengkaji
Komersiallisme
Komersialisme
Layar Terkembang

Kulit Muka
Komersiallisme
Komersialisme
Layar Terkembang

Imej Latar
Ruang Hitam

Imej Muka
Kapal Layar

Warna Dominan
Hitam dan Merah

Teknik Penghasilan
Woodblock Printing
Komersiallisme
Komersialisme
Layar Terkembang

Imej Latar
Pohon

Imej Muka
Pasangan Lelaki dan Wanita

Warna Dominan
Hitam dan Cokelat

Teknik Penghasilan
Pen Drawing
Komersiallisme
Komersialisme Layar Terkembang

Strategi Pemasaran

Pemasaran Umum
Mass Marketing

“Penerbit mahupun penulis jelas telah menghasilkan karya Layar


Terkembang tanpa memberikan perhatian yang lebih terhadap pasaran
yang ditujukan. Dalam erti kata yang lain, penerbit menggunakan kaedah
pemasaran umum.” - Pengkaji
Komersiallisme
Perbandingan
Surat-Surat Perempuan Johor & Layar Terkembang
Komersiallisme
Perbandingan Surat-Surat Perempuan Johor & Layar Terkembang

Nilai Intelektualisme

“Kedua-dua novel mempunyai nilai intelektualisme yang jelas


serta ditulis dengan kesedaran akan khalayak pembaca. Dalam
hal ini, kedua-dua novel bertujuan untuk menganjak kesedaran
dalam diri pembaca serta mencetus perubahan pada diri
pembaca lewat kesedaran batiniah. Perihal tersebut selaras
dengap premis kajian yang meletakkan nilai intelektualisme
sebagai perkara yang dapat merangsang pemikiran pembaca
di samping memberi pengetahuan-pengetahuan baru yang
berguna buat pembaca.” - Pengkaji
Komersiallisme
Perbandingan Surat-Surat Perempuan Johor & Layar Terkembang

Nilai Intelektualisme

Keagamaan
Kepimpinan
Kedudukan dan Peranan Wanita
Surat-Surat Perempuan Johor
Emansipasi Wanita
Pendidikan
Kebebasan
Layar Terkembang
Komersiallisme
Perbandingan Surat-Surat Perempuan Johor & Layar Terkembang

Nilai Intelektualisme

“SSPJ dan Layar Terkembang kedua-duanya menunjukkan


kesejajaran bentuk dalam mengangkat status wanita dalam
masyarakat serta menekankan peranan wanita terhadap
pembangunan dunia. Kedua-dua unsur utama itu sekali gus
dapat merangkumkan nilai intelektualisme yang kental pada
kedua-dua novel.” - Pengkaji
Komersiallisme
Perbandingan Surat-Surat Perempuan Johor & Layar Terkembang

Nilai Komersialisme

“Ketidaksejajaran sebaliknya dapat diperhatikan pada nilai


komersialisme kedua-dua novel. Sedangkan SSPJ kaya dalam
penggunaan prinsip komersialisme pada kedua-dua versi yang
diterbitkan, karya Layar Terkembang kurang menitikberatkan
soal komersialisme.” - Pengkaji
Komersiallisme
Perbandingan Surat-Surat Perempuan Johor & Layar Terkembang

Nilai Komersialisme

“Perbandingan antara nilai komersialisme pada kedua-dua


novel dapat diibaratkan sebagai perbandingan antara dua
kutub yang langsung berbeza. Apatah lagi, sedangkan SSPJ
menggunakan kaedah pemasaran khusus, Layar Terkembang
menggunakan kaedah pemasaran umum. Biarpun aspek
romantisme turut dapat diperhatikan pada kulit muka baharu
Layar Terkembang, Layar Terkembang masih lagi terkebelakang
dari sudut nilai komersialismenya.” - Pengkaji
Rumusan
Rumusan Surat-Surat Perempuan Johor & Layar Terkembang

“Layar Terkembang dan SSPJ kedua-duanya menampakkan ciri-


ciri kekuatan masing-masing. Namun begitu, dari sudut
komersialisme, SSPJ jelas mempunyai perancangan komersial
yang lebih baik dan barangkali akan mengatasi kejayaan Layar
Terkembang. Namun begitu, pembaca juga turut harus akur
bahawa Layar Terkembang dapat disifatkan sebagai salah satu
daripada karya terpenting Sutan Takdir Alisjahbana. Hakikat
tersebut sekali gus memberikan nilai tambah kepada nilai
komersial buku tersebut.” - Pengkaji

Você também pode gostar