Você está na página 1de 4

APAKAH ITU MOTIVASI?

Motivasi merupakan satu penggerak dari dalam hati seseorang untuk melakukan atau
inginkan mencapai sesuatu matlamat. Motivasi boleh juga dikatakan sebagai
rancangan atau kehendak untuk menuju kejayaan dan mengelakkan daripada
kegagalan hidup.
Menurut Azmar Che Othman (2001), motivasi ialah rangsangan dalaman sebagai
pencetus semangat, iaitu penggerak kepada kelakuan untuk membangkitkan tindakan
yang berpunca daripada satu motif atau beberapa motif.
Menurut Robbins (2001), menyatakan definisi motivasi ialah kesediaan untuk
mengeluarkan tingkat upaya yang tinggi untuk tujuan organisasi yang dikondisikan
oleh kemampuan upaya itu untuk memenuhi beberapa keperluan individu.
Sebagai contoh dalam memotivasikan pekerja, syarikat atau sesebuah organisasi
hendaklah menyediakan kemudahan atau ganjaran kepada pekerja agar pekerja
bersemangat dan membuat sesuatu kerja tersebut dan memberi komitmen yang
berterusan. Kemudahan yang dimaksudkan ada seperti sesebuah organisasi boleh
menyediakan pengangkutan khas kepada para pekerja untuk membawa pekerja pergi
dan balik dari tempat kerja. Manakala, ganjaran yang dimaksudkan pula majikan atau
organisasi memberi bonus kepada pekerja apabila setiap kerja yang diberikan
disiapkan tepat pada masa yang ditetapkan .
Di dalam bahagian pendidikan, motivasi ini dapat dilihat apabila adanya anugerah
kepada guru cemerlang. Anugerah ini bertujuan memberi motivasi kerja kepada guru
tersebut dan secara tidak langsung ia mendorong seseorang guru tersebut untuk
berusaha ke arah kecemerlangan tersebut.
Oleh

itu,

motivasi

dapat

merangsangkan

prestasi.

Suasana

kerja

yang

memberangsangkan seperti kebebasan dalam cara melaksanakan kerja akan


menggalakkan

pengikut

untuk bekerja bersungguh-sungguh dan seterusnya

meningkatkan prestasi kerjayanya. Seterusnya ini menguntungkan bagi jangka masa


panjang kerana berupaya melahirkan ramai pengikut yang sentiasa bersaing secara
sihat untuk meningkatkan prestasi masing-masing dan juga prestasi unit atau jabatan
dan organisasi.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MOTIVASI


Antara beberapa faktor yang mempengaruhi motivasi adalah seperti berikut :
1)

Minat

Seseorang akan berasa terdorong untuk melakukan sesuatu kegiatan jika kegiatan
tersebut bersesuaian dengan minatnya. Contohnya minat seorang perkerja pelukis
pelan dalam bidang melukis pelan. Jika seseorang tersebut minat terhadap apa yang
mereka lakukan maka mereka akan melakukan sesuatu kerja tugasan itu bersungguh
sungguh.

2)

Sikap positif

Seseorang yang mempunyai sifat positif akan menyertai kegiatan tersebut secara
mendalam dan berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah yang timbul.

3)

Ganjaran Kecemerlangan

Ganjaran kecemerlangan biasanya merujuk kepada pemberian ganjaran selain


daripada gaji atau upah yang biasa diterima oleh kebanyakan pekerja. Ia berkesan
untuk menaikkan motivasi pekerja untuk melahirkan satu pencapaian hasil kerja yang
lebih baik berbanding biasa. Sebagai contoh, pekerja paling produktif diberikan
bonus, peluang melancong, cuti khas dan sebagainya. Mereka diraikan dalam satu
majlis khas dan gambar dipamerkan di tempat khas. Cara ini diharapkan dapat
memberi motivasi kepada pekerja lain agar turut bercita-cita untuk mendapat
pengiktirafan yang sama pada masa depan. Di kalangan organisasi yang melibatkan
penciptaan atau penghasilan baru, pekerja yang berjaya menghasilkan produk itu
diiktiraf dengan pelbagai ganjaran. Inilah budaya yang kerap membawa kesan positif
untuk menaikkan motivasi pekerja. Mereka bersedia melakukan sesuatu yang luar
biasa untuk menghasilkan sesuatu yang luar biasa.

4)

Jaminan Kerjaya

Satu perkara yang memberi motivasi kepada pekerja ialah jaminan mereka dapat terus
bekerja dan peluang untuk meningkat dalam kerjaya. Samada terus bekerja atau
diberi peluang kenaikan pangkat kedua-duanya boleh dikategorikan sebagai satu
jaminan kerjaya. Maka itu, organisasi perlu menunjukkan bukti bahawa setiap pekerja
diberi jaminan pekerjaan. Contoh jaminan ialah hal berkaitan perancangan organisasi
perlu dijelaskan kepada pekerja, melainkan hal yang sulit. Sikap sesetengah
organisasi yang terlalu menyembunyikan urusan organisasi memberi kesan negatif
kepada

pekerja

kerana

mereka

merasakan

seperti

ketidakpastian

kerjaya

mereka. Contohnya, jika organisasi merancang untuk membuka cawangan atau


memperbesarkan operasi, perkara ini dapat memberi motivasi kepada pekerja bahawa
tenaga mereka masih diperlukan dan secara tidak langsung juga membuka peluang
untuk mereka meningkat dalam kerjaya.

5)

Peluang Latihan

Organisasi wajar menawarkan peluang kepada pekerja untuk mengikuti latihan


sepatutnya seiring dengan keperluan semasa. Ini memberi motivasi kepada pekerja
bahawa tugas mereka tidak akan digantikan oleh pekerja baru yang mahir
komputer. Mereka rasa selamat dan boleh mengikut perubahan semasa yang berlaku
dalam organisasi. Pekerja yang mendapat peluang mengikuti latihan merasakan
tenaga mereka masih diperlukan oleh organisasi. Maka keadaan itu tentunya memberi
motivasi yang tingggi kepada mereka.
6)

Perkongsian Untung

Konsep perkongsian untung satu pendekatan yang dapat meningkatkan motivasi


pekerja. Mereka merasakan organisasi itu juga milik mereka disebabkan berpeluang
mendapat untung yang biasanya dinikmati oleh pemilik. Perasaan itu mendorong
pekerja melakukan yang terbaik dalam usaha untuk membantu organisasi mendapat
keuntungan lebih yang juga bermakna mereka juga berpeluang mendapat untung yang
lebih.Tidak rugi organisasi menawarkan perkongsian untung kepada pekerja. Perlu
diingatkan bahawa keuntungan yang dinikmati oleh organisasi juga adalah hasil
sumbangan atau usaha dilakukan oleh pekerja. Maka, pekerja juga berhak mendapat
apa yang mereka sumbangkan selain upah atau gaji yang telah ditetapkan.

RUJUKAN
1. Diambil dari web 2012
http://melayumaya.blogspot.com/2012/04/motivasi-pekerja-dalam-syarikat.html
2. Diambil dari web
http://bicaramentari.blogspot.com/2014/01/meningkatkan-motivsi-pekerja.html
3. Diambil dari web
http://www.strategic-human-resource.com/motivasi-pekerja.html

Você também pode gostar