Você está na página 1de 9

Bahasa secara teorinya ialah alat untuk membentuk minda, perasaan dan keinginan.

Lewat kebelakangan ini, penggunaan bahasa Melayu dikatakan telah dinodai, dikotori dan telah
dicemari ! Benarkah dakwaan tersebut ? Benarkah dakwaan yang mengatakan bahawa bahasa
Melayu iaitu kecintaan kita, nyawa kita bagi orang-orang melayu telah tercemar ? Tetapi apakah
yang dimaksudkan dengan pencemaran bahasa ? Khususnya dalam Kamus Dewan edisi ke 3,
pencemaran

bahasa

ialah

penggunaan

bahasa

yang

salah

dalam

masyarakat

Dua bidang utama yang wujud daripada tatabahasa ialah morfologi dan sistaksis.
Pemasalahan yang masih wujud tentang kesalahan tatabahasa ialah penggunaan tatabahasa
oleh murid di dalam bilik darjah sama ada dalam bentuk lisan mahu pun penulisan.Kesalahan
yang dimaksudkan ini ialah penggunaan tatabahasa yang tidak mematuhi hukum tatabahasa
bahasa Melayu dengan betul. Menurut Nik Safiah Karim (1980) yang mengatakan kesalahan
bahasa ditarifkan sebagai penggunaan bahasa yang melanggar peraturan-peraturan bahasa
yang telah dipersetujui sama ada pada peringkat sebutan,pilihan kata atau susunan frasa dan
ayat. Menurut Corder (1981) pula, kesilapan atau kesalahan bahasa ialah suatu bentuk
penggunaan bahasa yang menyimpang daripada sistem bahasa yang diterima oleh penutur jati
dan kesilapan itu meliputi aspek bahasa seperti tatabahasa, ejaan, sebutan, penggunaan
perkataan, istilah dan sebagainya.

Sistem pesanan ringkas (SMS), alat yang menjadi penghubung antara dua individu
dengan kaedah cepat dan menjimatkan, dikatakan merosakkan bahasa. Penggunaan simbol,
kod dan perkataan singkatan tertentu secara meluas itu dikatakan punca kemerosotan
penguasaan

Bahasa

Melayu

di

kalangan

masyarakat

dan

pelajar

sekolah.

Malah, antara sebab kemerosotan pencapaian kelulusan Bahasa Malaysia dalam Peperiksaan
Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2003 juga dikatakan berpunca daripada budaya
perkhidmatan sms dan sembang Internet di kalangan pelajar. Ramai calon menggunakan
singkatan perkataan dalam esei mereka seperti yang dilakukan ketika bersembang atau sms.
Setiap hari kita dapat melihat iklan sms ynag memaparkan penggunaan kata singkatan , kod,
atau simbol disiarkan di media elektronik dan media cetak . Seeseorang itu tidak sepatutnya
terikut-ikut dengan ragam bhasa basahan hingga menggunakannya ketika melakuka urusan
rasmi seperti karangan, surat rasmi dan memo. Antara contoh penyampaian dalam sms ialah, '
x ' bagi maksud tidak, ' 4 ' bagi maksud untuk, ' cmne ' bagi maksud macam mana, ' u ' bagi
maksud awak, ' tq ' bagi maksud terima kasih, ' lg ' bagi maksud lagi dan sebagainya.

Penggunaan singkatan perkataan berlaku terhadap semua bahasa di dunia, tetapi


tidak menjadi masalah jika mereka dapat membezakan penggunaannya untuk tujuan rasmi atau
tidak. Usaha untuk mengelakkan bahasa rasmi oleh sms patut dipikul oleh semua pihak,
misalnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) turut memberi khidmat nasihat bahasa, kursus,
ceramah dan kempen kesedaran. Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian,
Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Sharifuddin Ibrahim,
berkata DBKL sentiasa memantau bagi memastikan Bahasa Melayu dimartabatkan.
Katanya,semua pihak di bawah bidang kuasa DBKL terikat dengan Undang-undang Kecil
Wilayah Persekutuan 1982 pindaan 1985 yang mensyaratkan mereka meletakkan Bahasa
Melayu lebih jelas dan terang di papan tanda atau papan iklan , sekali pun jika ada bahasa lain
bersamanya.
Pengaruh bahasa asing juga merupakan penyebab kepada usaha dalam
memartabatkan Bahasa Melayu. Hal ini berlaku disebabkan oleh penggunaan istilah yang tidak
tepat. Ini dapat dilihat apabila penggunaan Bahasa Inggeris cuba dimelayukan. Sebagai
contoh,perkataan bajet yang merupakan perkataan yang diambil daripada Bahasa Inggeris iaitu
budjet. Perkataan budjet ini diambil dengan alasan bahawa sekiranya perkataan itu
dimelayukan ia akan bersifat ke arah negatif yang membawa makna orang yang suka
berbelanja. Pengaruh Bahasa Inggeris ini juga menyebabkan keruntuhan bahasa melayu
apabila penggunaannya semakin berleluasa dalam media elektronik. Contoh yang terbaru
media elektronik ialah penggunaan istilah infotainmen yang telah diperkenalkan oleh RTM.
Penggunaan istilah tersebut masih digunakan walaupun telah menerima banyak kritikan oleh
tokoh bahasa. Pengaruh bahasa asing juga menjadi masalah dalam usaha memartabatkan
Bahasa Melayu apabila penggunaan bahasa asing telah dipergunakan secara meluas daripada
pihak swasta dan pihak kerajaan. Sebagai contoh,program Rakan Cop,perkataan ini dieja dan
disebut dengan sebutan bahasa inggeris atau bahasa melayu.Kalau bahasa melayu huruf
konsonan dibaca dengan sebutan Rakan Kop dan bukannya Rakan Cop.Hal ini demikian
menyebabkan Bahasa Melayu tidak dapat dimartabatkan setanding dengan bahasa-bahasa
asing ekoran masyarakat malaysia sering mengamalkan penggunaan bahasa asing.
Sejak akhir-akhir ini, isu bahasa rojak semakin membimbangkan dalam kalangan rakyat
Malaysia. Hal ini, merupakan salah satu masalah yang serius dalam usaha untuk
memartabatkan lagi bahasa kebangsaan di Malaysia. Bahasa rojak yang digunakan merujuk
kepada bentuk dan penggunaan dengan mencampuradukkan Bahasa Melayu dengan Bahasa

Inggeris serta bahasa lain. Bahasa rojak sebenarnya memperkecil bentuk dan penggunaan
bahasa itu. Selain itu, bahasa rojak membawa pengertian ragam bahasa ,ini juga boleh
mengaibkan peradaban Malaysia amnya dan peradaban Melayu khasnya. Di samping itu,
bahasa rojak semakin berleluasa apabila pihak yang berpengaruh seperti ahli politik ,artis,
media massa dan sebagainya menggunakan bahasa campuran itu. Selain itu, program-program
di televisyen juga turut mempunyai bahasa rojak misalnya program Sure Heboh. Kesilapan
ejaan Bahasa Kebangsaan dan penggunaan bahasa rojak semakin ketara pada papan tanda
perniagaan, iklan dan lain-lain lagi. Bahasa rojak juga memudahkan komunikasi dan
mewujudkan kemesraan antara satu sama lain.Dengan ini, bahasa rojak boleh mengganggu
usaha penggunaan bahasa Melayu baku. Hal ini dapat di lihat melalui penggunaan bahasa
pasar dan bahasa dialek dalam kalangan masyarakat hari ini.
Masalah dalam memartabat bahasa melayu bermula daripada pengguna bahasa itu sendiri.Hal
ini

sedemikian,

masyarakat

tidak

menyedari

Bahasa

Melayu

itu

sebagai

bahasa

kebangsaan.Tambahan pula penguasaan Bahasa Inggeris amat diperlukan untuk kemudahan


masyarakat kelak apabila mencari pekerjaan.Persepsi masyarakat melayu juga terhadap
Bahasa Melayu ialah bahasa ini tidak dapat memberi kemajuan dalam kehidupan mereka
kelak .Perjuangan dalam penggunaan Bahasa Melayu dilakukan bersendirian oleh sasterawan
tanpa bantuan daripada mana-mana pihak yang berkuasa.Sikap orang melayu juga yang sering
mengagung-agungkan bahasa lain seperti Bahasa Inggeris.
Selain itu pihak-pihak yang berkuasa atau bertanggungjawab memandang remeh
terhadap penggunaan bahasa melayu. Hal ini dapat dilihat melalui pembikinan filem-filem atau
drama yang menggunakan bahasa rojak dan bahasa slanga di dalam dialog. Para pelajar tidak
semestinya mempelajari bahasa baku dalam aspek pendidikan di sekolah sahaja tetapi juga
mempelajarinya

melalui

keadaan

sekeliling.

Pada

waktu

yang

sama,peranan

buku,majalah,akhbar,dan media berbahasa melayu sebagai alat pembangunan fikiran,sosial


dan budaya rakyat Malaysia sudah semakin kurang menyerlah.Manakala usaha penterjemahan
dari bahasa asing ke bahasa kebangsaan juga masih terlalu kecil dan perlahan.Ini tidak
termasuk isu-isu seperti masalah penerbitan,penterjemahan,perbezaan pendapat dalam
kalangan penulis muda dan lama serta pertelingkahan dalam kalangan persatuan-persatuan
penulis.Dalam bidang perundangan,Bahasa Inggeris merupakan bahasa perundangan.

langkahlangkah yang pragmatik dapat diambil untuk mengatasinya.

Seperti yang telah dikatakan penggunaan bahasa rojak dan bahasa singkatan akan mencemari
martabat bahasa Melayu. Penggunaan bahasa rojak telah memberi gambaran wujud keadaan
kebahasaan yang tidak stabil dalam masyarakat. Keadaan ini berlaku akibat daripada
kemerosotan dan kehilangan kualiti, nilai serta ciri unggul bahasa Melayu selaku bahasa
kebangsaan. Lama-kelamaan beberapa ciri bahasa Melayu akan pupus dan digantikan dengan
beberapa ciri bahasa Inggeris. Lantaran itu, bahasa rojak akan menjadi bahasa ibunda orang
Melayu sekiranya gejala ini terus terjadi. Secara perlahan-lahan kita mungkin akan melucutkan
keupayaannya sebagai bahasa rasmi dan melunturkan fungsinya sebagai bahasa kebangsaan.
Natijahnya, penggunaan bahasa rojak merupakan tamparan kepada identiti dan kewibawaan
bahasa Melayu.
Semetelahan itu, penggunaan bahasa rojak dan bahasa singkatan boleh menjejaskan
pembelajaran di peringkat sekolah. Kini, kebanyakkan pelajar sering menggunakan bahasa
rojak untuk berkomunikasi dan menggunakan bahasa singkatan dalam penghataran sistem
pesanan ringkas (SMS). Apabila gejala ini dijadikan sebagai amalan seharian mereka, keadaan
ini akan menjejaskan keputusan peperiksaan bagi seseorang pelajar, sekolah mahupun negeri.
Hal ini demikian kerana, mereka tiada kemahiran dalam menulis karangan dengan
menggunakan bahasa yang betul. Mereka telah biasa menggunakan bahasa rojak dalam
kehidupan seharian mereka. Sehubungan itu, mereka akan menghadapi kesukaran untuk
menulis tanpa menggunakan bahasa rojak. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa
perbelajaran di peringkat sekolah akan terjejas disebabkan oleh bahasa rojak dan bahasa
singkatan.
Tambahan pula, penggunaan bahasa rojak dan bahasa singkatan akan menyebabkan
pengguna kelihatan tidak serius. Pengguna tidak menyusun perkara yang mahu diungkapkan
dengan matang dan mereka bercakap dengan tidak berfikir secara mendalam. Biar kita ambil
contoh, apabila seseorang pelayan menggunakan kata ganti nama you kepada pelanggannya,
dia merasakan dia sama taraf dengan pelanggan. Oleh itu, dia akan berlagak bahawa dia wajar
menjawab kata-kata pelanggan. Pelanggan adalah penting kerana tanpa pelanggan perniagaan
tidak dapat dijalankan. Keadaan ini mungkin akan menimbulkan kemarahan dan perasaan tidak
puas hati dalam kalangan pelanggan kerana mereka merasa dirinya tidak dihormati.
Sememangnya, pengguna akan kelihatan tidak serius ketika menggunakan bahasa rojak.

Setiap penyakit mesti ada penawarnya, begitu juga dengan gejala penggunaan bahasa rojak
dan bahasa singkatan.
Gejala ini dapat ditangani dengan menyarankan kesedaran terhadap penggunaan bahasa yang
betul di semua peringkat rasmi dalam masyarakat. Selaku pemimpin masyarakat, mereka
seharusnya menunjukkan teladan yang baik kepada rakyat. Mereka harus mengawal diri dalam
menggunakan bahasa dalam sesuatu majlis supaya mereka sentiasa menggunakan bahasa
yang betul, baik semasa menggunakan bahasa Melayu, mahupun Inggeris. Jika mereka
menggunakan bahasa Melayu, biarlah sepenuhnya digunakan perkataan-perkataan Melayu
begitu juga apabila berbahasa Inggeris. Keadaan ini akan menjadi ikutan kepada rakyat dan
lamakelamaan seluruh masyarakat dapat menggunakan bahasa dengan betul. Jelaslah
bahawa penggunaan bahasa yang betul oleh pemimpin masyarakat adalah penting dalam
mengatasi gejala bahasa rojak.
Selain itu, bagi mengelakkan bahasa rojak dan bahasa singkatan terus digunakan sikap
pengguna sendiri perlu berubah. Sikap menganggap bahasa Melayu kolot dan tidak standard
harus dihapuskan. Alasan yang menyatakan bahasa Melayu tidak mempunyai perbendaharaan
kata yang cukup untuk mengungkapkan sesuatu idea tidak boleh diterima. Hai ini demikian
kerana bahasa Melayu bersifat terbuka dan sanggup menerima perkataan-perkataan Inggeris
bagi menambahkan perbendaharaan katanya. Masyarakat seharusnya menyanjung tinggi
terhadap bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu dan mengelakkan dirinya daripada
menggunakan bahasa rojak. Sesungguhnya bagi mengelakkan menggunakan bahasa rojak
memerlukan disiplin, komitmen dan latihan diri yang bersungguh-sungguh. Tuntasnya, sikap
masyarakat perlu berubah supaya gejala ini dapat diatasi.
Peranan media massa juga penting bagi mengelakkan bahasa rojak dan bahasa singkatan
digunakan secara berleluasa. Kini, masyarakat amat dipengaruhi oleh media massa
terutamanya bagi golongan remaja. Program television, filem dan drama yang menggunakan
bahasa rojak dan bahasa singkatan akan dipelajari oleh remaja. Keadaan ini disebabkan
mereka mempunyai naluri yang tinggi untuk mencuba sesuatu. Seharusnya, program-program
television yang mengandungi penggunaan bahasa rojak tidak boleh ditayang keluar. Sebagai
contohnya, program Gengstarz, One In A Million dan Akademi Fantasia yang
menggunakan bahasa rojak harus ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Natijahnya, gejala
ini dapat diatasi melalui peranan yang dimainkan oleh pihak media massa.

Oleh itu, semua pihak harus mengambil berat terhadap gejala ini. Semua pihak harus
bekerjasama bak kata berat sama dipikut, ringan sama dijinjing untuk menangani gejala ini
sampai ke akar umbinya. Diharapkan selepas usaha meningkatkan penggunaan bahasa
Melayu dijalankan, martabat bahasa Melayu dapat dinaikkan sampai ke peringkat global.
Salah satu faktornya adalah daripada pengaruh rakan sebaya.Masyarakat selalu menyalahkan
pengaruh rakan sebaya apabila berlakunya sesuatu masalah yang melibatkan remaja.Bagi
faktor ini, betapa mudahnya seseorang remaja mempengaruhi remaja yang lain kerana mereka
sendiri tidak pasti akan identiti mereka sendiri.Maka,mereka lebih mudah menerima dan
mengulang kembali apa yang dilakukan oleh kebanyakan rakan mereka.Ingin mengikut
arus,trend

supaya

tidak

dikatakan

ketinggalan

zaman

Pengetahuan bahasa yang lemah juga menyumbang ke arah pencemaran bahasa.


Kebanyakan mereka yang menggunakan bahasa rojak,SMS,bahasa lucah dan sebagainya
adalah mereka yang mempunyai pengetahuan cetek dan tidak peka terhadap bahasa yang
digunakan dalam berkomunikasi. Selalunya mereka akan menggunakan bahasa harian mereka
terutamanya bahasa basahan iaitu bahasa pasar. Di samping itu,budaya asing yang meresap
masuk ke negara kita juga merupakan salah satu punca pencemaran bahasa ini berlaku.Hal ini
dapat dikaitkan dengan budaya hip-hop yang semakin popular dalam kalangan remaja di
Malaysia. Budaya ini menjadi popular dengan kemunculan kumpulan-kumpulan muzik seperti
Too Phat. Kemunculan muzik ini membawa kepada pencemaran bahasa kerana penciptaan lirik
lagu

menggunakan

bahasa

pasar.

Kesan daripada pencemaran bahasa ini juga akan menyebabkan Bahasa Melayu yang indah
akan dipinggirkan oleh generasi Melayu. Begitu juga pencemaran bahasa ini akan
menyebabkan kekeliruan bahasa kepada generasi akan datang. Apabila bahasa tercemar maka
ini akan menimbulkan kekeliruan kepada generasi akan datang untuk mempelajari sesuatu
bahasa tersebut. Generasi akan datang akan terkeliru untuk memperaktikkan bahasa yang
sesuai diguna pakai dalam kehidupan seharian. Selain itu,jika generasi akan datang mengikut
trend yang ada pada masa sekarang sudah tentu bahasa tersebut akan menjadi sejarah pada
suatu hari nanti kerana telah hilang identiti bahasa tersebut. Dalam perbualan atau pertuturan
kita seharian,kita seharusnya menggunakan Bahasa Melayu untuk memastikan Bahasa Melayu
tidak ditelan arus pemodenan atau globalisasi.

Kesan yang paling ketara adalah menyebabkan mutu Bahasa Melayu baku sama ada
lisan atau tulisan merosot. Perkara ini dapat dilihat dalam bidang pendidikan khususnya dalam
kalangan pelajar.Sekiranya penggunaan bahasa rojak dan istilah-istilah remaja tidak dibendung
dengan meluas,lama-kelamaan bahasa ini akan menjadi sebati kepada seseorang individu
tersebut. Para pelajar akan turut terpengaruh untuk menggunakan bahasa-bahasa yang
digunakan dalam perbualan dalam tugasan penulisan di sekolah.Oleh hal yang demikian,mutu
kualiti bahasa dalam kalangan pelajar pastinya akan semakin menurun dan tidak mustahil
sekiranya terdapat sekumpulan pelajar yang masih lagi tidak mengenal apa itu pantun dan
syair.

Bagi mengatasi masalah pencemaran bahasa adalah perlu langkah-langkah yang


drastik diambil bagi memastikan pencemaran bahasa tidak berleluasa. Antaranya ialah guruguru perlu lebih prihatin dalam mengajar bahasa Melayu kepada pelajar. Setiap kesalahan
pelajar ketika menggunakan bahasa Melayu perlu diatasi dengan segera. Aktiviti kebahasaan
perlu sentiasa diadakan bagi memastikan kesalahan-kesalahan berbahasa boleh diperbetulkan.
Ini akan mengurangkan kesalahan-kesalahan bahasa dan sekaligus melahirkan pengguna
bahasa

yang

betul.

Selain itu, para pelajar sama ada di peringkat rendah mahu pun di peringkat institusi
pengajian tinggi perlu mengubah sikap menganggap bahawa bahasa Malaysia itu mudah. Para
pelajar perlu sentiasa peka terhadap perkembangan bahasa Malaysia serta ingin meningkatkan
pengetahuan dalam bidang bahasa ini. Para pelajar juga disarankan agar sentiasa
menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Pelajar-pelajar juga disarankan agar banyak
membaca buku-buku, majalah-majalah dan bahan bacaan yang tulis dalam bahasa Melayu dan
seterusnya dapat meningkatkan pengetahuan mereka dalam bahasa.
Di samping itu, media elektronik dan bukan elektronik perlu menyekat penggunaan
bahasa yang tidak mengikut sebutan baku bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan
pendengar, penutur dan pengguna Bahasa Melayu. Media massa ini juga berperanan untuk
menyekat iklan-iklan dalam Bahasa Melayu yang menyalahi sistem Bahasa Melayu akibat
daripada terjemahan yang salah.

Ternyata rata-rata pencemaran bahasa berlaku di alam siber adalah gara-gara


penulisnya ingin menjimatkan masa. Pastinya kerana telah terbiasa dengan cara komunikasi
dalam telefon bimbit, melalui sistem pesanan ringkas. Walau bagaimanapun, mesej di telefon

adalah berlainan dengan mesej di alam siber. Ini kerana, mesej telefon cuma akan dibaca dan
difahami oleh penerimanya sahaja. Lain pula dengan perbualan di Internet yang pastinya akan
dilihat dan dibaca oleh rakan-rakan yang lain. Dan yang lebih teruk, apabila dibaca oleh
generasi yang sedang belajar seperti adik-adik yang bersekolah rendah. Kadang-kadang,
kekeliruan boleh berlaku apabila terdapat pelbagai versi ejaan perkataan.
Sikap tidak endah adalah lebih membahayakan kepada masa depan bahasa kita.
Apabila sesuatu yang telah diketahui, diabaikan. Contohnya penggunaan perkataan
infotainment dan sure heboh oleh stesen televisyen. Perkataan information dan entertainment
yang diubah suai menjadi infotainment dan perkataan sure (bahasa Inggeris) dan heboh yang
digabungkan menjadi satu istilah baru. Apa yang lebih menyedihkan, ia diwar-warkan ke serata
negara seolah-olah ia satu kemegahan yang patut dirasai oleh setiap rakyat Malaysia.
Namun begitu, tindakan yang diambil oleh pihak terbabit untuk membetulkan kesilapan ini, patut
dipuji seperti Kempen Pantau Tegur Bahasa yang dikelolakan oleh pihak Dewan Bahasa dan
Pustaka, di mana, bantuan rakyat diminta melaporkan kesalahan penggunaan bahasa yang
salah pada papan-papan iklan dan tempat awam. Ganjaran diberikan menikut jumlah pantauan
yang

dilakukan.
Dari segi penggunaan bahasa dalam media siber, sememangnya tiada undang-

undang khusus yang boleh digunakan dan dikuatkuasakan. Hal ini perlulah diambil perhatian
oleh pihak yang berkenaan. Walaupun tiada sebarang tindakan boleh dikenakan terhadap
pesalah bahasa, sekurang-kurangnya pesalah bahasa itu boleh dipantau dan diberikan
nasihat yang sewajarnya, terutamanya yang berkaitan dengan penggunaan bahasa yang tidak
sesuai dengan norma-norma ketimuran, seperti penggunaan bahasa kesat dan kasar untuk
mengatakan

pihak-pihak

tertentu,

baik

dalam

blog

mahupun

laman

sosial.

Mereka perlu sedar bahawa kebebasan itu bukanlah kebebasan mutlak. Pengguna media siber
juga terikat dengan peraturan atau akta tertentu, seperti Akta Multimedia, ISA dan OSA.
Sebenarnya, faktor persekitaran merupakan satu faktor yang membuatkan umum, melakukan
pencemaran tanpa mereka sedari. Ini kerana, kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat
sendiri. Seperti yang kita tahu, Malaysia terbentuk daripada struktur kaum yang berbilang. Tiga
kaum

utama

yang

mendominasi

adalah

Melayu,

Cina

dan

India.

Walaupun cuma tiga kaum yang terbesar, namun, bayangkan apa yang mungkin berlaku
apabila tiga jenis bahasa yang berlainan dicampuradukkan? Ibaratnya seperti, mencampurkan
asam pedas, sup dan kari dalam satu kawah yang sama. Walau bagaimanapun, tidak
seharusnya mana-mana pihak menyalahkan sesama sendiri atau menuding jari ke atas satu

sama lain. Ini kerana hidup bermasyarakat yang telah dibina sejak wujudnya negara Malaysia
ini bermaksud masyarakat perlu saling bertolak ansur dan berkerjasama. Penggunaan bahasa,
atau perkataan malah istilah daripada bahasa kaum lain adalah tidak salah sama sekali, malah
ia mampu melambangkan persepaduan dan kesepakatan. Cuma, biarlah berpada-pada dan
kena pada tempatnya.

Kesimpulannya, pencemaran bahasa ini merupakan suatu isu atau perkara yang
semakin meruncing sejak akhir-akhir ini.Namun,jika pihak-pihak yang bertanggungjawab
menjalankan tugas dengan penuh teliti dan kerap,tidak mustahil bahasa kita akan menjadi
bahasa antarabangsa yang berada di tahap terpenting khususnya dalam bidang pendidikan dan
perniagaan.Oleh itu,bagi pihak-pihak penerbit majalah atau drama juga haruslah sedar yang
mereka juga bertanggungjawab membawa pembaharuan dan penambahbaikan dalam bidang
bahasa.Dari sinilah kita mendidik masyarakat agar menggunakan bahasa yang betul dari segi
ejaan,sebutan,dan tatabahasa Bahasa Melayu.

Você também pode gostar