Você está na página 1de 5

Tajuk

Penulis

Abstrak

Peranan Sukan Dalam Pembentukan Negara Bangsa.

Kajian ini dijalankan untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan


dalam pembentukan Negara bangsa antara pelajar IPTA dan pelajar
IPTS yang melibatkan diri dalam sukan . Subjek kajian ini ialah 100
orang pelajar IPTA dan IPTS, termasuk 50 lelaki dan 50 wanita, yang
melibatkan diri dalam aktiviti sukan di institut pengajian masingmasing. Sampel kajian telah dipilih secara rawak dari dua institut
pengajian tinggi awam dan swasta di Selangor. Soal selidik yang
diedarkan terdiri daripada 40 item yang terdiri daripada empat
konstruk: pembentukan sahsiah diri, perkembangan intelek,
pembentukan jati diri dan perpaduan yang digunakan untuk menilai
tahap pembentukan Negara bangsa dalam diri pelajar. Data untuk
kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan Pakej Statistik Untuk
Sains Sosial ( SPSS ) Versi 20.0 untuk tingkap . Statistik deskriptif,
statistik min dan inferens, Ujian-t tidak bersandaran telah digunakan
untuk menilai data. Hasil analisis Ujian-t menunjukkan terdapat
perbezaan yang signifikan antara pelajar IPTA dan IPTS. Keputusan
kajian ini mungkin menarik minat pentadbir institut pengajian tinggi
untuk meningkatkan penglibatan pelajar dalam sukan di institut
masing-masing.

Pengenalan:
Sukan adalah agen perpaduan yang berkesan bagi segenap lapisan masyarakat. Dalam
perspektif ini, Malaysia adalah antara negara yang telah terbukti berjaya menggunakan
sukan sebagai platform kepada pengukuhan integrasi nasional. Sukan merupakan contoh di
dalam mendukung aspirasi 1 Malaysia yang melangkaui batasan agama, bangsa dan politik.
Bagi mengukuhkan lagi pencapaian sukan ke arah kegemilangan imej negara, Dasar Sukan
Negara perlu menjalani semakan berkala agar ianya dinamik bersesuaian dengan kaedah,
pemikiran dan teknologi terkini selaras dengan perkembangan dan keperluan sukan di
persada antarabangsa. Sejak belakangan ini, terdapat pendapat yang mula membincangkan
tentang penglibatan generasi muda dalam aktiviti-aktiviti sosial yang boleh merosakkan
keutuhan struktur masyarakat di negara ini. Golongan remaja didedahkan dengan
penglibatan tidak sihat seperti penentangan terhadap status quo (melalui demonstrasi jalan),
budaya mediokriti, apati dan sebagainya (Asmadi et. al, 2003). Melvister, 7 Mei 2013, turut
melaporkan kebiadaban sekumpulan pelajar Malaysia yang berada di luar negara
memaparkan gambar mereka menterbalikkan dan hina bendera Malaysia selepas PRU13
dikecam hebat di laman sosial. Dua orang pelajar daripada institut pengajian tinggi yang
berlainan turut melakukan kebiadaban dengan menghina lagu Negaraku. Salah seorang
daripada mereka telah bertindak mengubah suai seni kata lagu Negaraku dengan
perkataan-perkataan yang menjijikkan terhadap tanah air dan raja-raja Melayu dan
memaparkannya di laman sosial, facebook (Utusan Melayu, 10/6/2013) manakala seorang
lagi telah merekod dan memuat naik video beliau menyanyi lagu kebangsaan dengan selitan
nyanyian rap dalam bahasa Mandarin serta menyindir kerajaan dengan perkataan kasar dan
lucah di dalam laman web Youtube (Harian Metro, 9/8/2007). Isu-isu negatif ini jelas
menunjukkan kepincangan dalam pembentukan negara bangsa di kalangan pelajar IPT di
Malaysia.
Konsep Negara Bangsa
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), negara bangsa didefinisikan sebagai negara
berdaulat yang didiami oleh satu bangsa. Pembinaan negara-bangsa pula adalah
merupakan satu proses mewujudkan semangat kenegaraan atau perasaan kekitaan

dalam kalangan semua penduduk sesebuah negara (INTAN, 1980). Pembinaan Negara
Bangsa amat penting bagi sebuah negara yang berbilang kaum dan agama seperti
Malaysia. Keupayaan membina Negara Bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta
semangat patriotisme. Ia menjadi semakin penting lebih-lebih lagi dalam era globalisasi
yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal
serta manusia, tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara.
Matlamat kerajaan untuk membina Negara Bangsa adalah selari dengan gagasan Satu
Malaysia; rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan yang dihasratkan oleh YAB Dato
Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Hasrat Satu Malaysia
ialah membina sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang
dikongsi bersama, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan keadilan.
Tidak ada sesiapapun akan terpinggir untuk merebut peluang yang disediakan bagi
menyerlahkan segala keupayaan dan potensi masing-masing. Perpaduan merupakan aspek
penting dalam pembangunan negara. Oleh itu ianya perlu diberikan perhatian yang
bersungguh-sungguh oleh setiap orang. Kementerian Pelajaran akan terus menyokong
pembinaan Negara Bangsa bagi memperkukuhkan perpaduan, membina identiti nasional
dan semangat kebangsan serta membangunkan sumber manusia bersesuaian dengan
keperluan negara kita dalam menghadapi cabaran globalisasi (Muhammad Kartini, 2009).
Dalam membangunkan insan, pembentukan sahsiah adalah antara perkara yang penting.
Usaha ini bagi membentuk generasi masa hadapan dengan sahsiah, keperibadian dan
akhlak yang tinggi. Ketinggian keperibadian dan akhlak yang terbentuk dalam diri setiap
individu pelajar terutamanya remaja akan menjadi teras kepada pembangunan negara.
Pada usia muda, remaja pelajar mudah terpengaruh dengan hedonisme yang boleh
membawa kepada aktiviti sosial yang kurang berfaedah seterusnya membawa ke kancah
maksiat seperti mabuk, menagih dadah, merempit, melacur diri, berfoya-foya dan lain-lain.
Gejala tersebut perlu dibenteras dan langkah-langkah perlu diambil untuk menanganinya
sebelum ia merebak dan menjadi semakin berleluasa. Justeru, pembangunan insan yang
komprehensif melalui pendidikan diharap akan dapat membendung gejala sosial daripada
terus menular. Pendidikan bertujuan melahirkan individu yang seimbang daripada aspek
intelek, rohani, emosi dan jasmani. Potensi intelek perlu diperkembangkan kerana
seseorang perlu mempunyai kemampuan untuk berfikir secara logik dan rasional; membuat
keputusan dengan tepat dan menyelesaikan masalah dalam kehidupannya secara
bijaksana. Pemikiran kreatif dan kritis perlu diperkembangkan secara seimbang. Perkara ini
penting kerana didapati ramai yang boleh bertindak secara kreatif tanpa memikirkan secara
kritis akan kesan-kesannya. Sebagai contoh ramai remaja yang menunggang motorsikal
dengan pelbagai gaya atau aksi rempit tanpa secara kritis memikirkan kesannya jika
mengalami kemalangan. Selain itu, individu yang terdidik perlu mempunyai kemampuan
untuk berkomunikasi dengan berkesan; berinteraksi dengan persekitaran; dan dapat
menyesuaikan diri dengan keadaan kehidupan. Individu juga perlu mempunyai keimanan
dan kepatuhan kepada tuhan bagi melandasi segala aktiviti dalam kehidupannya. Konsep
Negara Bangsa akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi
memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana
kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat
perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai antara
kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah
mengutamakan kepentingan negara. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka
adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia
adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan
daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan. Nilai-nilai murni ini
diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus
kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui konsep Satu Malaysia ini tidak akan
wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah
Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk
bersama memajukan negara. Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang
kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang

membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta
manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan
membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi
dan kesetiaan. Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama
Satu Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi
menjayakan konsep ini.
Pembentukan Negara Bangsa Melalui Sukan
Sukan mampu menggalakkan pertandingan yang sihat, sikap muhibah dan toleransi yang
tinggi, persefahaman dan pembinaan kualiti moral dan fizikal yang berterusan. Sukan
memberi peluang dan ruang untuk mengintegrasikan pelbagai kaum kepada satu
masyarakat yang bersatu padu ke arah pemupukan maruah bangsa dan negara. Sukan
memberi manfaat yang amat besar terhadap aspek kemanusiaan sejagat yang melibatkan
peranan individu, masyarakat dan Negara (KBS, 2009). Menteri Belia dan Sukan dalam
menjawab pertanyaan lisan berkaitan peranan sukan dalam memupuk semangat patriotik
dan perpaduan di kalangan belia pelbagai kaum menegaskan sememangnya sukan
berperanan sebagai manhaj perpaduan tanpa mengira ideologi serta dapat menyemarakkan
semangat patriotik dalam kalangan pemain/penonton/penggiat sukan dan rakyat Malaysia
keseluruhannya. Penyertaan dalam aktiviti sukan juga tidak terhad kepada kaum tertentu,
bahkan kerajaan telah membuka peluang seluas-luasnya bagi mereka yang berminat untuk
terlibat dalam aktiviti sukan di semua peringkat. Pelaksanaan program oleh pihak
Kementerian adalah berlandaskan kepada Pelan Strategik KBS 2010-2015 di bawah Teras
Stategik Ketiga iaitu Pembudayaan Sukan Untuk Semua. Perancangan serta visi masa
panjang dalam usaha melahirkan golongan belia dan masyarakat berbudaya
sukan (sporting nation) adalah dengan menjadikan sukan sebagai salah satu platform ke
arah pembangunan dan penyatuan masyarakat (Idris, 2013). Melalui akhbar Utusan Online
(20.03.2011), Perdana Menteri turut menjelaskan bahawa sukan memainkan peranan
sangat penting sebagai penghubung dalam menjalin hubungan antara pelbagai etnik,
budaya, bangsa dan agama yang membentuk sebuah masyarakat yang bertenaga dalam
pembinaan negara. Selain itu menurut pakar sejarah tempatan, Profesor Emeritus Tan Sri Dr
Khoo Kay Kim, langkah paling berkesan memupuk semangat patriotic menerusi bidang
sukan adalah melalui sekolah. Sukan juga mampu membentuk kesedaran dalam diri
individu dan membangkitkan semangat pertandingan yang boleh membawa kepada
interaksi sosial, menggalakkan pembinaan kualiti fizikal dan moral masyarakat seterusnya ia
akan mewujudkan suasana yang kondusif untuk pemupukan perhubungan komuniti yang
lebih baik dalam pelbagai kumpulan etnik di Malaysia (Harian Metro, 14.07.2011).
Metodologi:
Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif penyelidikan yang bertujuan untuk mengkaji
perbezaan di antara faktor jenis institut pengajian tinggi di Malaysia yang terlibat dalam
sukan di Selangor. Sampel kajian terdiri 50 pelajar perempuan dan lelaki daripada dua buah
institut pengajian tinggi di Malaysia. Kajian ini menggunakan persampelan kuota sebagai
kaedah ini adalah lebih murah daripada mana-mana kaedah pensampelan lain dan cepat
dan juga memenuhi objektif penyelidik (Rajamanickam, 2001). Soal selidik tahap Negara
bangsa pelajar telah dibina dan disesuaikan dengan budaya dan persekitaran pelajar di
negara ini dan kemudian telah digunakan untuk mengukur pemboleh ubah yang dikaji. Soal
selidik yang telah disesuaikan telah diberikan kepada tiga orang pakar dalam bidang yang
dikaji, seorang pakar Bahasa dan pakar psikometrik untuk memeriksa soal selidik yang
disesuaikan untuk kesahihan kandungan dan bahasa yang selaras dengan tahap pelajar.
Setelah disahkan, satu kajian rintis telah dijalankan keatas 30 responden yang terdiri
daripada 15 pelajar IPTA dan 15 pelajar IPTS dengan ciri-ciri yang sama dari dua buah
institut pengajian tinggi di Kuala Lumpur dan sebagai untuk memeriksa kebolehpercayaan
instrumen dan ia menghasilkan indek kebolehpercayaan 0.86 (Jadual 1) dan ia boleh

diterima. Ini disokong oleh Kubiszyn dan Borich, 2000 yang menentukan nilai = 0.80-0.90
pekali kebolehpercayaan yang boleh diterima. Statistik deskriptif, Ujian-t telah dijalankan
menggunakan perisian SPSS versi 20.0 statistik.
Jadual 1 : Kajian rintis Soal Selidik Tahap Negara Bangsa Pelajar
Statistik Kebolehpercayaan
Cronbach's
N of Items
Alpha
.856
40
Kesimpulannya, kelima-lima persoalan kajian dibentuk:
1.
2.
3.
4.
5.

Apakah tahap sahsiah diri pelajar IPTA dan IPTS yang terlibat dengan sukan?
Apakah tahap intelek pelajar IPTA dan IPTS yang terlibat dengan sukan?
Apakah tahap jati diri pelajar IPTA dan IPTS yang terlibat dengan sukan?
Apakah tahap perpaduan pelajar IPTA dan IPTS yang terlibat dengan sukan?
Adakah terdapat perbezaan antara pelajar IPTA dan IPTS dalam mengimplementasi
konsep Negara bangsa?

Dan hipotesis kajian dirumuskan seperti berikut:


HO
H1

:Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan antara pelajar IPTA dan IPTS dalam
mengimplentasi konsep Negara bangsa.
:Terdapat perbezaan min yang signifikan antara pelajar IPTA dan IPTS dalam
mengimplentasi konsep Negara bangsa.

Soal Selidik Tahap Negara Bangsa Pelajar


Soal selidik ini mengandungi 40 item yang mengukur tahap identiti Negara bangsa pelajar
institut pengajian tinggi. Item-item soal selidik ini dibina berdasarkan empat konstruk yang di
terjemahkan secara mudah melalui definisi dan objektif konsep Negara bangsa. Empat
konstruk tersebut terdiri daripada pembentukan sahsiah diri, perkembangan intelek,
pembentukan jati diri dan perpaduan. Soal selidik ini mengukur setiap konstruk melalui skala
likert 1-5 iaitu 1 -Sangat tidak setuju 2 -Tidak setuju 3 Kurang setuju 4 -Setuju 5 -Sangat
setuju. Data yang didapati daripada soal selidik ini akan di analisis secara statistik deskriptif,
statistik min dan ujian-T tidak bersandaran. Analisis Ujian-T tidak bersandaran adalah bagi
melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan atau tidak antara tahap implementasi
konsep negara bangsa pelajar IPTA dan IPTS.
Procedure
Semua peserta dalam kajian ini ialah pelajar IPTA dan IPTS, institut pengajian tinggi di
Selangor. Penyelidik mengedarkan borang soal selidik secara rawak kepada 50 pelajar lelaki
dan 50 pelajar perempuan yang melibatkan diri dalam sukan di dua buah institut pengajian
tinggi awam dan swasta. Responden diberi masa seminggu untuk melengkapkan borang
soal selidik sebelum penyelidik melakukan proses pengutipan semula borang soal selidik.
Sebelum penyerahan borang soal selidik, penyelidik memberi penerangan dan menjelaskan
tujuan soal selidik ini dijalankan kepada pelajar dan meminta pelajar menjawab dengan jujur
sebagai penilaian ini boleh membantu dalam menilai tahap keberkesanan sukan dalam
pembinaan Negara bangsa.

Analisis Data:
Rujukan:
Asmadi et al. (2003). Building Students Patriotism through Islamic Education: An Empirical
Study on PHLI in Proceeding of Strengthen the Education System National Seminar at UTM
(Technology University of Malaysia), Johor: 19-21 October, pp.38-50.
Melvister (07.05.2013). Pelajar Hina Bendera Malaysia Selepas PRU13. Dilayari pada
14/10/2013 di http://www.melvister.com/2013/05/gambar-pelajar-hina-bendera-malaysiaselepas-pru13.html.
Utusan Melayu (10.06.2013). Pelajar IPTA di Pantai Timur hina lagu Negaraku. Dilayari
pada
14/10/2013
di
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130610/dn_38/Pelajar-IPTA-di-PantaiTimur-hina-lagu-Negaraku#ixzz2heXAOVCr
Harian Metro (09.08.2007). Hina Negara & Islam Secara Terbuka ?. Dilayari pada
14/10/2013
di
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Mutakhir/20070808091751/
Article/index_html.
Institut Tadbiran Awam (INTAN). (1980). Negara Kita: Sejarah, Pentadbiran dan Dasar-dasar
Pembangunan. Kuala Lumpur: INTAN.
Hajah Noresah bt Baharom. (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan
Pustaka. Kuala lumpur.
KBS (2009). Dasar Sukan Negara. Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
http://www.kbs.gov.my/dokumen/pekeliling/Dasar%20Sukan%20Negara%202009.pdf.
Idris bin Husin (2013). Sukan Berperanan Memupuk Semangat Patriotik Dan Perpaduan Di
Kalangan Belia Pelbagai Kaum. Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
http://www.kbs.gov.my/index.php/bm/component/content/article/2514-sukan-berperananmemupuk-semangat-patriotik-dan-perpaduan-di-kalangan-belia-pelbagai-kaum.
Harian Metro (14.07.2011). Minda: Sukan Penyemarak Semangat Patriotik. Dilayari pada
15.10.2013
di
http://www.hmetro.com.my/articles/Minda_Sukanpenyemaraksemangatpatriotik/Article/.
Utusan Online (20.03.2011). Sukan Main Peranan Penting Dalam Pembinaan Negara.
Dilayari
pada
15.10.2013
di
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=0320&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_29.htm.
Rajamanickam, M. (2001). Statistical Methods In Psychological And Educational Research.
New Delhi, India: Concept Publishing Company.
Kubiszyn, T., and Borich, G., (2000), Educational Testing and Measurement : Classroom
Application and Practice. Sixth Edition. New York : John Wiley & Sons, Inc.

Você também pode gostar