Você está na página 1de 2

KENYATAAN MEDIA GABUNGAN MAHASISWA BERSATU

Salam Sejahtera dan Salam Perjuangan Mahasiswa,


Syukur kita pada petang ini Gabungan Mahasiswa Bersatu yang terdiri
daripada Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya, Sekretariat Presiden-Presiden
Kolej Kediaman Universiti Malaya, Sekretariat Nur Al Falah Universiti Malaya telah
selesai membuat laporan polis berkenaan usaha sesetengah pihak untuk
menganjurkan Demonstrasi Baling di Universiti Malaya pada 15 Februari 2016.

Laporan ini dibuat berdasarkan artikel di portal media dan kenyataan YB


Rafizi Ramli pada sesi ceramahnya di Kok Lanas, Kota Bharu pada 16 Januari 2015.
Demonstrasi ini kononnya bakal diadakan untuk mengingati peristiwa Demonstrasi
Baling yang mana pada ketika itu mahasiswa turun ke Baling untuk
memperjuangkan hak petani yang kelaparan. Malah demonstrasi ini juga diadakan
untuk memperjuangkan nasib mahasiswa yang kelaparan.

Gabungan Mahasiswa Bersatu ingin menyatakan pendirian kami berkenaan


penganjuran Demonstrasi Baling ini atas sebab-sebab yang berikut:

1. MPPUM mewakili suara mahasiswa Universiti Malaya cukup kesal dengan


penganjuran demonstrasi yang dilihat sebagai cubaan untuk merosakkan
keharmonian yang sudah sedia wujud serta mengugat keselamatan warga
kampus di Universiti Malaya. Tindakan Rafizi Ramli dilihat sebagai satu
cubaan untuk menjaga kepentingan politiknya semata-mata. Penganjuran
tunjuk perasaan ini secara tidak langsung bakal mengundang kehadiran
penyokong fanatik parti politik dan budaya politik yang tidak sihat ke dalam
kampus. Kami ingin memberi amaran kepada Rafizi Ramli agar
bertanggungjawab sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini terhadap
warga UM.
2. Kami juga merasakan isu mahasiswa lapar tidak sepatutnya disensasikan dan
dipolitikkan untuk meraih sokongan dan simpati ramai. Mahasiswa bukanlah
alat atau senjata untuk dimanipulasikan untuk kepentingan sendiri. Sekiranya
ingin membantu golongan mahasiswa, adalah lebih baik untuk kita duduk
semeja untuk membincangkan langkah-langkah untuk mengekang masalah
kelaparan dalam kalangan mahasiswa.
Dengan ini, kami, Gabungan Mahasiswa Bersatu membantah dengan sekeraskerasnyap penganjuran Demonstrasi Baling di Universiti Malaya kerana demo ini
mempergunakan mahasiswa sebagai kuda tunggangan politik.

Rupa-rupanya laporan yang telah dikeluarkan oleh blog bernipu bukanlah satu
gurauan apabila perkara mengenai demonstrasi oleh penduduk Baling kepada
Mahasiswa bakal diadakan pada 15 Feb depan.
Dalam kenyataan itu, YB Rafizi juga mengatakan bahawa demonstrasi ini
diadakan bagi membalas kembali semangat mahasiswa yang pernah berhimpun di
Baling pada tahu 1974 bagi membela penduduk Baling yang berlapar disebabkan
kejatuhan harga komoditi.
Hairan juga apabila YB Rafizi berdegar-degar memberitahu kepada audiens akan
perkara ini. Namun, terdapat sedikit keraguan apabila dia mengatakan bahawa
demonstrasi 15 Feb adalah usaha oleh penduduk Baling sendiri?
Sejauh manakah kebenaran mengenai kenyataan YB Rafizi itu masih menjadi
satu persoalan seandainya masih tidak terdapatnya pengesaha daripada manamana pihak lain. Cukuplah Rafizi mengekeldaikan mahasiswa, ia memperlihatkan
anda dengan parti lawan anda tidak ketara bezanya.
Mungkin masih ramai yang tertanya-tanya bagaimana boleh tercetusnya
Demonstrasi Baling 1974 dahulu. Sekiranya berminat sila tekan

Você também pode gostar